Faktor Perkembangan bijih timah

Document Sample
Faktor Perkembangan bijih timah Powered By Docstoc
					FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN
     BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU DAN
                  KESAN-KESANNYA
PERKEMBANGAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU
Tanah Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai hasil
galian terutamanya bijih timah sehinggakan digelar
Sivarnabumi oleh pedagang dari India pada zaman silam.
Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak
abad ke-9 lagi. Pada peringkat awal, para pembesar Melayu
telah terlibat secara langsung dalam perlombongan bijih
timah sejak kedatangan Belanda lagi. Sebagai contoh, Raja
Abdullah telah memajukan perusahaan bijih timah di
Perak. Bijih timah merupakan barang eksport dan
perusahaan tertua di negeri-negeri Melayu. Sehingga lebih
kurang tahun 1830-an, kebanyakan pelombong terdiri dari
orang Melayu yang menggunakan kaedah tradisi, iaitu
mendulang. Selepas tahun 1840-an, pelombong China mula
memainkan peranan utama dalam perlombongan bijih
timah. Mulai tahun 1910-an, syarikat-syarikat Eropah
menguasai perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.
Perusahaan bijih timah ini telah mendapat perhatian
daripada pihak British kerana sektor ini telah
mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan
permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah
mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah. Hal ini
disebabkan kerana mereka mempunyai modal yang besar
untuk melaksanakan aktiviti perlombongan secara besar-
besaran. Perusahaan bijih timah berubah dari intensif
buruh kepada intensif modal.Tanah Melayu terus menjadi
pengeluar bijih timah utama di dunia sehinggalah
tercetusnya Perang Dunia Kedua. Permintaan dunia
bertambah untuk bijih timah. Permintaan ini bertambah
akibat Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah.
Perkembangan perusahaan papan timah British dan
Amerika menyebabkan perlombongan besar-besaran bijih
timah terpaksa dilakukan demi memenuhi kehendak
permintaan antarabangsa. Perkembangan ini disebabkan
permintaan yang tinggi terhadap bijih timah untuk
perusahaan mengetin makanan. Harga bijih timah telah
melambung naik di pasaran antarabangsa dan ini telah
membawa kepada pengeluaran bijih timah yang bersepadu
daripada pelombong Eropah di Tanah Melayu. Bangsa
Eropah memainkan peranan yang amat penting dalam
memajukan bijih timah di Tanah Melayu. Hal ini demikian
kerana pengenalan kapal korek pada tahun 1912
membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan ini.
Perusahaan bijih timah berkembang dengan pesatnya pada
tahun 1920-an.
Syarikat Malayan Tin Dregging ialah syarikat Eropah
pertama yang menggunakan kapal korek. Menjelang tahun
1929, terdapat sebanyak 105 buah kapal korek di Tanah
Melayu. Hasil pengeluaran bijih timah pada tahun 1913
ialah 77000 tan. Perlombongan bijih timah mendatangkan
hasil yang amat lumayan kepada para pelabur Eropah di
Tanah Melayu. Syarikat dari Eropah ini terpaksa bersaing
kerana kemasukan pelabur-pelabur baru dari negara lain.
Hal ini secara tidak langsung mengembangkan lagi industri
perlombongan di Tanah Melayu. Menjelang akhir abad
ke-19, negeri-negeri di Tanah Melayu menjadi pengeluar
bijih timah terbesar di dunia. Perkembangan aktiviti
perlombongan bijih timah ini secara tidak langsung telah
memajukan negeri-negeri di Tanah Melayu.

				
DOCUMENT INFO
Description: Maklumat tentang Faktor Perkembangan bijih timah
Deen Yusof Deen Yusof Basic Worker
About Still researching and studying the whole aspect of "world" Together, we share. Living is about sharing. The more you share, the happier you are.. :-)