Docstoc

STPM Bahasa Malaysia 2001 Kertas 2

Document Sample
STPM Bahasa Malaysia 2001 Kertas 2 Powered By Docstoc
					Nama:                                                                      Kelas :


SULIT
Bahasa Melayu
Kertas 1
Set 1
3 jam




                                        PEPERIKSAAN PERCUBAAN
                                 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
                                   PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001


                                                           BAHASA MELAYU
                                                               Kertas 2
                                                               Tiga jam



   Arahan Am:
    1. Jawab satu soalan daripada bahagian A dan C, dan soalan-soalan
       dalam bahagian B dan D.

      2. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

      3. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung ( ).




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 750 patah
perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini.
                                                   [ 50 markah ]


      1. Perkembangan pesat dalam sektor perkilangan mengakibatkan
         pencemaran alam sekitar. Bersetujukah anda dengan pendapat ini.

      2. Pada waktu ini, masyarakat Malaysia mampu mendapatkan rawatan di
         klinik dan hospital swasta yang tumbuh seperti cendawan selepas
         hujan. Pada pendapat anda apakah kebaikan dan keburukan
         perkembangan penyakit pusat rawatan swasta.

      3. Kebelakangan ini ramai orang mati disebabkan oleh penyakit jantung
         yang menyerang secara tiba-tiba. Salah satu faktor penyakit jantung
         ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang pada zaman serba
         mencabar ini.
         Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

      4. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Persatuan Seniman, anda
         telah ditugaskan mengkaji tentang faktor-faktor kemerosotan filem-
         filem tempatan dan langkah-langkah mengatasinya.
         Tulis laporan anda selengkapnya.




Bahagian B


      5. Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini
         dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannnya.
         Rumusan hendaklah dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada
         tiga perenggan, dan panjangnya antara 180 hingga 200 patah
         perkataan.
                                                         [ 20 markah ]


           Industri perikanan merupakan salah satu cabang sumber pendapatan
      negara. Antara sumbangan utama industri perikanan ialah memberikan
      peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Rata-rata penduduk
      tempatan yang tinggal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bekerja
      sebagai nelayan. Bekerja sebagai nelayan dapat mengurangkan kadar
      pengangguran di Malaysia. Sumbangan industri perikanan yang lain ialah
      menggalakkan tukaran mata wang asing. Kegiatan ini dapat meningkatkan
      pendapatan negara.



Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                            Page 2 of 12
        Ikan menjadi sumber makanan rakyat tempatan juga merupakan
      sumbangan utama industri perikanan kepada perkembangan ekonomi
      Malaysia. Selain itu, ikan merangkumi lebih kurang 2/3 jumlah protein
      yang diperlukan oleh rakyat Malaysia kerana protein ini merupakan
      sumber yang paling murah dan dapat diterima oleh semua golongan
      Masyarakat. Ikan juga menjadi sumber vitamin A dan D yang utama
      selepas daging.

           Perikanan Laut Dalam dijalankan di perairan melebihi 32 kilometer dari
      pantai sehingga ke perairan antarabangsa. Perikanan laut dalam termasuk
      aktiviti menangkap ikan paus, tuna dan kod. Kegiatan ini dijalankan di
      perairan antarabangsa seperti di Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan
      Artik, Lautan Atlantik dan lain-lain. Kapal-kapal besar yang digunakan
      dilengkapi dengan peralatan moden seperti memproses ikan, bilik sejuk
      dan kilang air batu. Kapal-kapal ini menggunakan teknologi moden.Oleh
      itu hasil tangkapan ikan laut dalam lebih banyak kerana menggunakan
      kemudahan menangkap ikan yang lebih efisyen.

            Kegiatan Perikanan Laut cetek melibatkan kegiatan menangkap
      ikan-ikan kecil, ketam,udang,sotong, tiram dan kerang di kawasan-
      kawasan berhampiran pantai. Perikanan laut cetek biasanya dijalankan
      di perairan tidak melebihi 32 kilometer dari pantai. Hasil dari usaha ini
      amat sedikit kerana kaedah menangkap yang kurang efisyen terutamanya
      dirujukkan kepada kaedah tradisional yang memerlukan kepakaran
      melalui pengalaman dan keperluan awak-awak. Antara peralatan yang
      biasa digunakan ialah jala, pancing, pukat hanyut, pukat tarik, pukat jerut
      ,tangkul , bubu dan rawai.

          Menurut perangkaan Bank Dunia , Malaysia telah menghasilkan
      sebanyak 800 000 tan metrik ikan setahun termasuk ketam, udang,
      kerang, sotong dan hasil-hasil laut dalam yang lain. Daripada jumlah 800
      000 tan metrik ini didapati 500 000 tan metrik dihasilkan di Semenanjung
      Malaysia dan 300 000 tan metrik dari Sabah dan Sarawak. Anggaran ini
      telah meletakkan Malaysia di tempat ke 15 dalam senarai negara terkaya
      dengan sumber perikanan di dunia .

          Sektor perikanan laut juga merupakan pencarian utama bagi penduduk
      di sekitar pantai. Lebih kurang 112 754 orang nelayan terlibat dalam
      sektor penangkapan ikan di Malaysia pada tahun 1982. Seramai 80 337
      orang nelayan di Sabah dan 12 667 orang nelayan di Sarawak. Oleh itu,
      nelayan di Malaysia          mesti dilindungi daripada kemuingkinan-
      kemungkinan yang akan dihadapi oleh mereka ketika menjalankan tugas.
      Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah memperkenalkan Skim
      Perlindungan Nelayan bermatlamat melindungi nelayan sekiranya mereka
      mendapat kemalangan atau kecederaan di mana-mana tempat di dunia.

          Industri perikanan  amat penting untuk meningkatkan pendapatan
      negara. Pelbagai masalah telah melanda industri perikanan dan
      kerjasama semua pihak untuk menjaga industri perikanan agar terus
      kekal hingga generasi akan datang.




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                             Page 3 of 12
Bahagian C

Jawab satu soalan dalam bahagian ini.                              [15 markah ]

6. Alih bahasa petikan di bawah ini kepada bahasa Melayu Moden.

      “Sudah pandai singgang ikan?”

      “Singgang ikan apa?”

      ‘Ikanlah…ikan apa-apa kalau nak singgang, sudah pandai ?’

      “ Kata emak, kalau singgang bubuh asam gelugur , bubuh lengkuas ,lepas
      itu bubuh garam sikit ,bubuh manisan sedikit !”

      “ Uhhh,sudah pandai !’kata Mak Wan Siti, kalau rebus udang pula
      bagaimana Mek Jarah?”

       “Rebus udang senang sahaja ,nampak kulit jadi merah ,masaklah !” kata
      Mek Jarah .

      “ Uuhhh,haa…haahh!’

      Mak Cik Limah ,Mak Wan Siti serta Mak Cik Esah tertawa sekaligus .


      “Kalau nasi hangit ,hendak buat apa !” tanya Mak Cik Esah

      “Dulu nasi hangit sekali “,kata Mek Jarah .

      “Siapa masak? “tanya Mak Esah .

      “Mak masak,tapi mak suruh kita tengok api. Kita turun buang air naik ke
      rumah , nasi bau hangit!”

      “Bila mak balik dari sungai, mak bubuh daun sirih atas nasi, lepas itu
      tudung.”

        (dipetik dan diubah suai daripada Fatimah Busu ,Cerpen “Cincin” ‘)




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                Page 4 of 12
      7. Alih petikan iklan di bawah ke dalam bentuk prosa biasa.

                                                 TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN
                                                 KERAJAAN NEGERI SELANGOR
                                                   SESI PENGAMBILAN 2/2001


         Pemohon-pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Kerajaan
         Negeri Selangor bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama, Diploma, dan
         Sijil di Universiti / Institusi / Politeknik Tempatan bagi sesi pengambilan 2 / 2001.

         2. Permohonan hanyalah terbuka kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan
         Selangor Darul Ehsan yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :-
             a) Pemohon lahir di negeri Selangor; atau
             b) Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Selagor; atau
             c) Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
             d) Telah mendapat tawaran di Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA)
                 Tempatan / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
             e) Pemohon atau bapa yang telah bermastautin lebih daripada 5 tahun di negeri
                 Selangor. (Sila kemukakan dokumen sokongan).

         3. Tawaran Pinjaman Pelajaran ini adalah terbuka kepada semua peringkat kursus
         KECUALI Iajazah Sarjana (Master)dan Doktor Falsafah (Ph.D) / Diploma Lepasan
         Ijazah / Matrikulasi / Asasi Sains / Pra-Diploma.

         4.      Borang permohonan boleh didapati di:
                 a) Di pejabat Setiausaha Kerajan Negeri Selangor, Shah Alam, atau
                 b) Di Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti / Institusi / Politeknik
                 c) Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm beralamat sendiri
                     berserta setem berharga 30 sen ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
                     Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah
                     dikemukakan melalui pihak Hal Ehwal pelajar Universiti / Institusi / Politeknik
                     yang berkenaan atau dihantar terus kepada alamat seperti di bawah:-

                 Setiausaha,
                 Lembaga Pengamanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor,
                 Tingkat 3, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
                 Bagunnan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
                 40503 SHAH ALAM.

         5. Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 7 November 2001 (Rabu). Borang-
         borang permohonan yang diterima lewat selepas tarikh tersebut tidak akan
         dipertimbangkan.


                              SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                 Page 5 of 12
Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap
    kesalahan jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
                                                       [ 15 markah ]
   Beberapa tahun lalu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melapurkan
sekurang-kurangnya       30    orang     pensyarahnya       telah     meletak
jawatan.Penghijrahan tenaga pengajar         universiti ke sektor swasta
terutamanya daripada fakulti perubatan, pengurusan, dan ekonomi
nampaknya sampai kepada tahap yang kritikal .Tindakan mereka berpindah
ke sektor swasta ataupun ke negara lain yang maju telah menimbulkan
masalah kekurangan tenaga pengajar profesional. Masalah brain drain ini
bukan sahaja melanda negara ini, malah semua negara membangun juga
mengalaminya .

  Sebagai negara yang mengamalkan sistem pasaran bebas, tidak ada
sekatan dikenakan ke atas moboliti pekerja yang berpindah demi
memperolehi ganjaran yang lebih lumayan .Berbeza dengan sektor kerajaan
.Sektor swasta mempunyai banyak kelebihan, terutama dari segi bonus,
intensif, kemudahan perubatan dan pengangkutan. Namun demikian ada di
antara cendekiawan ini yang mendakwa bahawa intensif berupa wang
bukanlah pilihan utama mereka untuk berhijrah ke sektor swasta atau ke luar
negeri. Keputusan dan pengiktirafan bekerja yang memberi lebih kebebasan
untuk maju, merupakan alasan yang diberi. Dalam sektor swasta golongan
cendekiawan ini diberi bantuan teknologi dan kewangan untuk menjalani
penyelidikan yang lebih menyeluruh.




                                                         KERTAS SOALAN TAMAT




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                         Page 6 of 12
                                          JAWAPAN KERTAS MODEL: SET 1/2001

Bahagian A

Soalan 1

Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan perkembangan dalam sektor
perkilangan dan faktor-faktor lain.

1.Faktor Perkilangan

 Isi 1 : Pencemaran air daripada pembuangan sisa kilang ke sungai. Ini
menimbulkan bahaya kepada manusia dan hidupan air. Contohnya 20 batang
sungai di negara ini tercemar dan airnya tidak selamat untuk diminum.
Hampas-hampas sisa kilang juga ada yang dibakar oleh tuan punya kilang
dan ini menyebabkan sebatian tertentu disebarkan ke udara.

Isi 2. Pembuangan sisa kilang yang tidak terancang juga merupakan punca
berlakunya pencemaran. Kilang-kilang yang mengeluarkan asap berlebihan
boleh menambah kadar plumbum di udara. Ini menyebabkan air hujan
berasid dan berbahaya kepada manusia.

2.Faktor Lain

Isi 3. Penggunaan kereta berenjin yang banyak dewasa ini menyumbangkan
pencemaran udara. Bahan buangan dari ekszos kenderaan yang
menggunakan petroleum akan menyebarkan gas karbon monoksida yang
berbahaya.

Isi 4. Penebangan hutan yang tidak terkawal juga menyumbangkan kepada
pencemaran alam. Tumbuh-tumbuhan penting kerana membekalkan oksigen
yang penting untuk manusia dan tumbuh-tumbuhan. Penebangan hutan juga
akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem ekologi.

Isi 5. Kerajaan telah menggubal undang-undang untuk menjaga alam sekitar,
tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan dengan sempurna.

Isi 6. Masyarakat juga tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk
mengatasi masalah pencemaran.

Kesimpulan

Masalah pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pelbagai faktor, bukannya
disebabkan perkembangan sektor perkilangan sahaja.




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                       Page 7 of 12
Soalan 2

1.Kebaikan

Isi 1. Memberikan peluang kepada masyarakat untuk mendapat khidmat
rawatan dan perubatan yang lebih baik kerana kepakaran dan peralatan yang
mencukupi.

Isi 2. Memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat

Isi 3. Meningkatkan taraf kesihatan penduduk Malaysia

Isi 4. Menjimatkan kos, tidak perlu ke luar negara untuk mendapat rawatan.
Hal ini dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar negara.


2. Keburukan

Isi 5. Kebanyakan klinik dan hospital swasta bermatlamatkan keuntungan.

Isi 6. Kos rawatan yang tinggi menyusahkan golongan berpendapatan
rendah.

Isi 7. Kos rawatan tidak setimpal dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.



Soalan 3

Isi 1. Tekanan hidup
Ramai orang menghadapi tekanan hidup. Ketegangan fikiran akan berlaku.
Emosi terganggu meningkatkan degupan jantung dan akan membawa
kepada sakit jantung.

Isi 2. Amalan merokok boleh menyebabkan penyakit jantung. Asap rokok
mengandungi nikotin, tar dan karbon monoksida. Nikotin berfungsi
menambah mendapan lemak pada arteri koronori jantung, arteri tersumbat.

Isi 3. Mereka yang mengamalkan amalan pemakanan yang tidak sihat juga
merupakan punca penyakit jantung. Kekurangan potassium menyebabkan
kekejangan arteri. Makan secara berlebihan pula boleh menyebabkan obeseti
akan membebankan jantung.

Isi 4. Rakyat Malaysia semakin sibuk dengan pekerjaan mereka. Ini
menyebabkan mereka tidak mengamalkan senaman. Kerja-kerja yang


Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                           Page 8 of 12
mereka lakukan tidak memerlukan pergerakan badan, tenaga dalam badan
tidak digunakan, berat badan akan meningkat, pemendapan lemak akan
menyebabkan penyakit jantung.


Isi 5. Ada juga mereka yang menghidap penyakit jantung ini mewarisinya
daripada keluarga. Ini bermakna faktor genetik juga merupakan punca
penyakit jantung. Mereka perlu mendapat rawatan awal sekiranya ada
keluarga-keluarga terdekat menghidap penyakit ini.



Soalan 4

Format: Laporan

Isi 1: Pengusaha filem tempatan memerlukan kos yang tinggi untuk
menerbitkan filem yang bermutu. Mereka memerlukan khidmat penulis skrip
yang berwibawa untuk menghasilkan skrip terbaik yan boleh menarik minat
penonton daripada pelbagai latar belakang masyarakat dan golongan.

Isi 2: Negara kita amat kekurangan sutradara . Arahan filem yang tidak
sempurna akan menjejaskan mutu filem negara.

Isi 3. Pelakon-pelakon hanya memiliki kecantikan rupa paras. Oleh yang
demikian mereka tidak dapat menghayati watak yang diberikan. Tambahan
pula pelakon-pelakon sekarang kurang disiplin dan mereka bersikap tamak
dengan berlakon beberapa filem dalam satu masa.

Langkah-langkah
Isi 4: Peralatan perfileman yang canggih mampu meningkatkan mutu filem.
Teknologi canggih juga dapat meningkatkan kesan khas . Oleh yang demikian
pihak pengeluar filem mesti berusaha meningkatkan keupayaan tersebut
agar filem kita tidak hanya memaparkan persoalan yang remeh .


Isi 5: Pusat latihan khusus untuk bakal pelakon-pelakon perlu ditubuhkan. Ini
dapat menjamin negara kita menghasilkan pelakon yang berkaliber dan
berdisiplin dan seterusnya mengharumkan nama negara.

Soalan 5

Isi Utama : Industri perikanan merupakan sumber utama pendapatan
negara. Selain itu, memberikan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar
pengangguran.

Isi 1 : Ikan menjadi sumber makanan dan merangkumi 2/3 protein yang
diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Isi 2 : Kegiatan perikanan laut dalam dijalankan di perairan melebihi 32
kilometer ke perairan antarabangsa, dilengkapi kemudahan menangkap yang
efisyen dan hasil tangkapannya banyak.


Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                             Page 9 of 12
Isi 3 : Kegiatan perikanan laut cetek dijalankan di perairan tidak melebihi 32
kilometer dari pantai dan menggunakan kaedah tradisional yang memerlukan
pengalaman awak-awak.

Isi 4 : Malaysia merupakan pengeluar utama industri makanan di dunia.

Isi 5 : Sektor perikanan merupakan sumber rezeki utama penduduk sekitar
pantai.




Isi 6 : Nelayan Malaysia mesti dilindungi ketika menjalankan tugas. Kerajaan
telah memperkenalkan skim insuran untuk nelayan.

Kesimpulan : Industri perikanan memainkan peranan penting untuk
peningkatan ekonomi negara.



Soalan 6

Mak Siti ingin tahu sama ada Mek Jarah sudah tahu memasak singgang ikan.
Mek Jarah pula ingin tahu ikan apa yang dimaksudkan Mak Wan Siti. Mak
Wan Siti pula ingin tahu sekiranya Siti sudah tahu memasak singgang ikan
dari segala jenis ikan.

Mek Jarah menyatakan sekiranya ingin memasak singgang ikan mesti
dibubuh asam gelugur, lengkuas, garam dan manisan. Mak Wan Siti memuji
kepandaian Mek Jarah memasak singgang ikan. Mak Limah ingin tahu
bagaimana cara Mek Jarah merebus udang. Mek Jarah menerangkan
sekiranya kulit udang sudah kemerah-merahan, tandanya udang itu telah
masak. Mereka pun tertawa.

Mak Cik Esah pula ingin tahu bagaimana hendak mengatasi masalah nasi
hangit. Mek Jarah menerangkan bahawa nasinya pernah hangit. Mak Esah
ingin tahu siapa yang memasaknya. Mek Jarah menerangkan bahawa
emaknya yang memasak nasi itu. Emaknya menyuruhnya menjaga api nasi.
Mek Jarah turun buang air dan apabila dia naik ke rumah nasinya hangit.
Apabila ibunya balik dari sungai, ibunya meletakkan daun sirih di atas nasi
dan menutup periuk nasi tersebut.




Soalan 7

Kerajaan negeri Selangor menawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri
. Pinjaman ini ditawarkan untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama, diploma



Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                            Page 10 of 12
dan sijil di Universiti, Institusi, serta Politeknik Tempatan bagi sesi
pengambilan 2/2001

   Permohonan terbuka kepada rakyat negeri Selangor yang memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan. Pemohon mestilah dilahirkan di negeri
Selangor atau ibu atau bapa pemohon dilahirkan di Selangor. Pemohon yang
dilahirkan di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 layak memohon
pinjaman ini. Pemohon juga telah mendapat tawaran di Institusi Pengajian
Tinggi Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Mereka yang telah
bermastautin lebih daripada lima tahun di Selangor juga boleh memohon
pinjaman ini, namun begitu mereka mesti mengemukakan surat sokongan.

 Tawaran ini terbuka kepada semua peringkat kursus kecuali Ijazah Sarjana
Muda, Doktor Falsafah, Diploma Lepasan Ijazah, Matrikulasi, Asasi Sains dan
Pra-Diploma.


  Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti, Institusi dan Politeknik.
Pemohon mestilah mengemukakan sampul surat 16cm x 23cm beralamat
sendiri berserta setem 30 sen dan dihantar ke alamat ,Setiausaha, Lembaga
Pengamanah Kumpulan Wang Biasiswa Selangor, Tingkat 3, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz, 40503
Shah Alam. Permohonan mereka hendaklah dihantar melalui Hal Ehwal
Pelajar pusat pengajian masing-masing atau menghantar terus ke alamat
yang dinyatakan.

 Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 November 2001 (Rabu). Borang-
borang permohonan yang diterima lewat selepas tarikh permohonan tidak
akan dipertimbangkan.



Soalan 8

1           Kesalahan                                          Beberapa tahun lalu
            Alasan                                             Tiada tanda koma
            Pembetulan                                         Beberapa tahun lalu,
2           Kesalahan                                          Melapurkan
            Alas an                                            Kesalahan ejaan
            Pembetulan                                         Melaporkan
3           Kesalahan                                          Penghijrah
            Alasan                                             Penghijrah merupakan kata nama
            Pembetulan                                         Penghijrahan
4           Kesalahan                                          Daripada
            Alasan                                             Kesalahan kata sendi daripada
            Pembetulan                                         Dari
5           Kesalahan                                          Kepada tahap
            Alasan                                             Kesalahan penggunaan kata sendi
            Pembetulan                                         Ke tahap
6           Kesalahan                                          Memperolehi


Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                           Page 11 of 12
            Alasan                                             Kesalahan imbuhan
            Pembetulan                                         Memperoleh
7           Kesalahan                                          Intensif
            Alasan                                             Penggunaan perkataan tidak sesuai
            Pembetulan                                         Insentif
8           Kesalahan                                          Di antara
            Alasan                                             Kesalahan penggunaan kata sendi
            Pembetulan                                         Antara
9           Kesalahan                                          Dalam
            Alasan                                             Dalam berfungsi kata sendi nama yang
                                                               berfungsi sebagai kata arah
            Pembetulan                                         Di
10          Kesalahan                                          Menjalani
            Alasan                                             Kesalahan imbuhan
            Pembetulan                                         Menjalankan




Portal Pendidikan Utusan 2001 - 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                         Page 12 of 12

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:508
posted:7/7/2010
language:Malay
pages:12
Description: Kertas STPM Bahasa Malaysia 2001 Kertas 2
Deen Yusof Deen Yusof Basic Worker
About Still researching and studying the whole aspect of "world" Together, we share. Living is about sharing. The more you share, the happier you are.. :-)