STPM Makroekonomi Kertas2 Bahagian A by bahar19852010

VIEWS: 660 PAGES: 12

More Info
									                         PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM
                                  EKONOMI
                           KERTAS 2 MAKROEKONOMI
                                   [Tiga jam]

                                     Bahagian A

Jawab semua soalan.


1. Keluaran Negara Bersih tidak termasuk
   A. cukai syarikat.
   B. susut nilai.
   C. untung tak di bahagikan.
   D. bunga pendahuluan bank.


2. Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenai perhitungan keluaran
   negara Malaysia?
   A. Penghitungan cara keluaran dilakukan dengan menggunakan harga tetap dan
      harga semasa.
   B. Tiga cara penghitungan iaitu cara perbelanjaan, cara pendapatan dan cara
      keluaran digunakan.
   C. Keluaran negara hanya dihitung dengan menggunakan dua cara iaitu cara
      perbelanjaan dan cara keluaran.
   D. Penghitungan cara perbelanjaan hanya dilakukan dengan menggunakan
      harga tetap.


3. Yang manakah antara berikut dimasukkan juga ke dalam pengiraan pendapatan
   negara?
   A. Pertambahan nilai rumah disebabkan oleh inflasi.
   B. Nilai tempat kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerja sebagai
      sebahagian daripada upah.
   C. Wang hadiah sebanyak RM5 000 untuk galakkan jualan.
   D. Bunga yang dibayar kepada pemegang surat jaminan kerajaan.


4. Jumlah nilai jualan barang-barang dan perkhidmatan akhir dalam tahun 2001
   ialah RM50 juta, manakala inventori pada akhir tahun 2000 dan tahun 2001
   masing-masing ialah RM1 juta dan RM2 juta. Keluaran negara kasar tahun 2001
   ialah
   A. RM48 juta
   B. RM49 juta
   C. RM50 juta
   D. RM51 juta
5. Jadual di bawah menunjukkan data Pendapatan Negara bagi sebuah ekonomi.

             Butiran                                   Nilai (RM juta)

             Perbelanjaan penggunaan                      2 860
             Perbelanjaan kerajaan                           810
             Pelaburan                                      820
             Bayaran pindahan                               175
             Eksport                                      1 160
             Import                                       1 020
             Penerimaan pendapatan dari luar negeri           30
             Pembayaran pendapatan ke luar negeri        110
             Cukai tak langsung                             780
             Subsidi                                          80
             Susut nilai                                    320

   Berdasarkan data di atas, berapakah perbezaan nilai antara Keluaran Dalam
   Negara Kasar pada harga pasar dengan Keluaran Dalam Negara Kasar pada
   harga faktor?
   A. RM860 juta
   B. RM460 juta
   C. RM780 juta
   D. RM700 juta


6. Antara yang berikut, yang manakah faktor utama yang membezakan antara
   KDNK dengan KNK Malaysia?
   A. Pendapatan pelaburan dan upah buruh asing
   B. Kemasukan modal dan buruh asing
   C. Eksport-eksport barang dan perkhidmatan
   D. Aliran keluar modal


7. Dengan menggunakan dasar fiskal, kerajaan boleh menambahkan atau
   mengurangkan perbelanjaan dengan
   A. menaikkan atau menurunkan kadar inflasi.
   B. menaikkan atau menurunkan kadar bunga bank.
   C. menambahkan atau mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi.
   D. menaikkan atau menurunkan cukai.
8. Dalam gambar rajah di bawah, S + T adalah fungsi tabungan dan cukai, I + G
   adalah fungsi pelaburan dan perbelanjaan kerajaan dan YF adalah tingkat
   Pendapatan Negara pada guna tenaga penuh.

       S, I
                                A S+T

                                  B          I+G



              O            Y     YF                   Y



  Jarak tegak AB dalam gambar rajah di atas adalah merujuk kepada
  A. lebihan belanjawan kerajaan.
  B. jurang deflasi.
  C. jurang inflasi.
  D. kecenderungan menabung marginal.

9. Sebelum tingkat guna tenaga penuh dicapai, pertambahan perbelanjaan
   kerajaan tanpa perubahan cukai akan menyebabkan jumlah output
   A. meningkat.
   B. tidak berubah.
   C. berkurangan.
   D. tetap tetapi harga merosot.

10. Dalam suatu ekonomi tertutup sebuah negara, penggunaan (C) = 100 + 0.75Y,
    pelaburan (I) = RM400 juta dan perbelanjaan kerajaan (G) = RM250 juta.
    Berapakah keseimbangan pendapatan negara tersebut?
    A. RM1000 juta
    B. RM750 juta
    C. RM3000 juta
    D. RM300 juta

11. Cukai berkadar akan memberi kesan secara langsung kepada
    A. tabungan dan pelaburan.
    B. inflasi dan deflasi.
    C. penggunaan autonomi.
    D. kecenderungan mengguna sut.

12. Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan proses pertambahan
    penawaran wang mengikut analisa Keynes?
    A. Penurunan tingkat harga, peningkatan permintaan dan pertambahan output.
    B. Penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan, peningkatan permintaan
       dan pertambahan output.
    C. Kenaikan harga, pertambahan pelaburan dan pertambahan output.
    D. Penurunan kadar bunga, pertambahan pelaburan, peningkatan harga dan
       pertambahan output.
13. Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank.

              Aset                                Liabiliti

       Rizab tunai           RM50          Deposit semasa             RM300
       Pinjaman j/pendek     RM70
       Pinjaman j/panjang    RM180

                             RM300                                    RM300

   Nisbah kecairan bank ini ialah
   A. 50%.
   B. 30%.
   C. 20%.
   D. 40%.


14. Andaikan bahawa jumlah urus niaga ialah 400, halaju edaran wang ialah 5 dan
    penawaran wang berubah daripada RM200 kepada RM250. Berasaskan kepada
    Teori Kuantiti Wang, tingkat harga yang baru ialah
    A. RM10.00
    B. RM2.50
    C. RM3.13
    D. RM8.00


15. Dasar kewangan boleh menggalakkan pertambahan pelaburan melalui
    A. kenaikan nisbah rizab.
    B. kenaikan kadar diskaun.
    C. pertambahan penawaran wang.
    D. pengawalan inflasi.


16. Jika berlaku bocoran dalam proses penciptaan wang oleh bank-bank
    perdagangan maka
    A. keupayaan bank perdagangan mencipta wang semakin berkurangan.
    B. bank perdagangan perlu menambahkan lebihan cadangan.
    C. bocoran ini tidak akan memberikan sebarang kesan kepada proses
        penciptaan wang.
    D. bekalan wang dalam ekonomi semakin berkurangan.


17. Golongan yang memperolehi faedah daripada perlindungan tarif di sesebuah
    negara ialah
    A. pengeluar domestik barang-barang lain.
    B. pengeluar domestik barang yang diberikan perlindungan.
    C. pengguna domestik barang yang diberikan perlindungan.
    D. pengguna di negara asing bagi barang yang diberikan perlindungan.
18. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran barang X dan Y oleh negara A dan
    negara B apabila kedua-dua negara tersebut menggunakan semua faktor
    pengeluarannya.

                                  Barang        Negara A      Negara B

      Sebelum pengkhususan           X             40            60
                                     Y             70            40

      Selepas pengkhususan          X             -             120
                                    Y           140              -

   Berapakah pertambahan output akibat pengkhususan?
   A. 20 barang X dan 30 barang Y
   B. 20 barang X dan 70 barang Y
   C. 60 barang X dan 70 barang Y
   D. 60 barang X dan 30 barang Y


19. Prinsip faedah berbanding menyatakan bahawa jumlah output dapat
    dimaksimumkan apabila setiap barang yang dikeluarkan oleh negara mempunyai
    A. kos lepas yang lebih rendah.
    B. kos berbanding yang lebih baik.
    C. kos pengeluaran yang lebih rendah.
    D. kos lepas yang lebih tinggi.


20. Tarif cenderung untuk
    A. mengurangkan jumlah perdagangan dunia.
    B. meningkatkan kecekapan pengeluaran dunia.
    C. meningkatkan perdagangan antarabangsa.
    D. meningkatkan upah benar di seluruh dunia.


21. Andaikan Brazil lebih cekap daripada Malaysia dalam mengeluarkan kopi dan
    getah. Jika Malaysia mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran getah,
    maka
    A. Brazil patut mengeluarkan getah manakala Malaysia patut mengeluarkan kopi
        dan berdagang antara satu sama lain.
    B. Brazil patut mengeluarkan kedua-dua barang dan tidak perlu berdagang.
    C. Brazil patut mengeluarkan kopi manakala Malaysia patut mengeluarkan getah
        dan berdagang antara satu sama lain.
    D. Malaysia patut mengeluarkan kedua-dua barang dan tidak perlu berdagang.
22. Antara yang berikut, yang manakah bukan faktor yang menyebabkan kejatuhan
    nilai ringgit?
    A. Peningkatan dalam citarasa masyarakat untuk membeli barang import.
    B. Peningkatan dalam eksport barang-barang.
    C. Kenaikan tingkat harga umum dalam negeri.
    D. Kejatuhan kadar bunga dalam negeri.


23. Jadual di bawah menunjukkan eksport dan import barang nampak sebuah
    negara.

      Tahun                Eksport                             Import

                   Harga                  Kuantiti     Harga            Kuantiti

      I             200                   5 000        250              7 000
      II            280                   5 500        300              6 800

   Imbangan perdagangan negara tersebut
   A. bertambah buruk.
   B. tidak berubah.
   C. bertambah baik.
   D. memperolehi lebihan.


24. Keseimbangan pasaran pertukaran asing dicapai apabila
    A. permintaan cadangan asing sama dengan penawaran cadangan asing.
    B. permintaan modal asing sama dengan penawaran modal asing.
    C. pelaburan asing jangka panjang sama dengan pelaburan tempatan jangka
       panjang.
    D. permintaan mata wang asing sama dengan penawaran mata wang asing.


25. Dalam sistem kadar pertukaran tetap, lebihan imbangan pembayaran yang
    berterusan akan menyebabkan bank pusat
    A. menjual surat jaminan kerajaan melalui operasi pasaran terbuka.
    B. menjual mata wang asing.
    C. mencetak mata wang baru.
    D. membeli mata wang asing.


26. Imbangan akaun yang manakah dalam imbangan pembayaran Malaysia yang
    sentiasa menunjukkan angka negatif?
    A. imbangan akaun dagangan
    B. imbangan akaun asas
    C. imbangan akaun semasa
    D. imbangan akaun perkhidmatan
27. Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan lebih baik melalui
    A. keluaran negara bersih.
    B. pendapatan benar per kapita.
    C. pendapatan negara kasar.
    D. pendapatan per kapita.


28. Imbangan asas dalam imbangan pembayaran Malaysia adalah
    A. imbangan perkhidmatan + imbangan modal jangka panjang.
    B. imbangan akaun perdagangan + imbangan modal jangka panjang.
    C. imbangan perkhidmatan + bayaran pindahan.
    D. imbangan akaun semasa + imbangan modal jangka panjang.


29. Globalisasi ditakrifkan sebagai
    A. sistem pemasaran baru dalam dunia perdagangan moden.
    B. peningkatan saling pergantungan ekonomi negara terhadap negara asing.
    C. kolonialisme korporat baru terhadap negara kurang maju.
    D. pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia.


30. Matlamat utama penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ialah
    A. memperluaskan pasaran serantau.
    B. mempercepatkan pengurangan kadar tarif ke atas barangan industri melalui
       Tarif Keutamaan Berkesan Bersama.
    C. membentukkan dasar-dasar yang bolah menguntungkan negara-negara
       ASEAN.
    D. merapatkan hubungan perdagangan antara negara-negara ASEAN.
                                     Bahagian B
Jawab lima soalan sahaja.

31.   Apakah pendapatan boleh guna dan bagaimanakah ianya dihitung?
                                                                        [6 markah]

32.   Bagaimanakah keseimbangan pendapatan negara dapat di tentukan dalam
      ekonomi tiga sektor?                               [6 markah]

33.   Selain dari kadar bunga, apakah faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi
      perbelanjaan penggunaan isi rumah?               [6 markah]

34.   Dengan menggunakan Teori Kuantiti Wang, bagaimana anda menerangkan
      perhubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga?
                                                               [6 markah]

35.   Huraikan bagaimanakah Dasar Kewangan Kualitatif dapat digunakan
      untuk mengatasi masalah inflasi.                           [6 markah]

36.   Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan perhubungan antara
      kadar syarat perdagangan dengan imbangan perdagangan.
                                                                   [6 markah]

37.   Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan bebas yang diamalkan di
      Malaysia.                                                [6 markah]

38.   Terangkan tiga faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi sesebuah
      negara.                                                 [6 markah]
                                     Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja

39 a) Huraikan cara penghitungan pendapatan negara yang diamalkan di
      Malaysia dengan menggunakan kaedah pengeluaran.           [6 markah]

   b) Apakah kebaikan yang dapat di perolehi dengan menggunakan kaedah
      tersebut?                                                [4 markah]


40 a) Jelaskan perbezaan antara pelaburan autonomi dengan pelaburan teraruh.
                                                           [6 markah]

   b) Terangkan kesan peningkatan pelaburan ke atas keseimbangan pendapatan
      negara dalam ekonomi dua sektor.
                                                           [4 markah]


41 Dengan berdasarkan analisa Keynes, terangkan kesan peningkatan bekalan
   wang ke atas harga dan aktiviti ekonomi.                    [10 markah]


42 a) Terangkan struktur imbangan pembayaran Malaysia.                [6 markah]

   b) Bagaimanakah kemerosotan dalam kadar syarat perdagangan boleh
      menimbulkan kesan buruk terhadap imbangan pembayaran Malaysia?
                                                             [4 markah]
                                          Bahagian D

Jawab dua soalan sahaja.

43. Data berikut adalah mengenai pendapatan negara bagi sesebuah negara.

              Butir                                     RM juta

              Elaun pengangguran                         100
              Upah dan gaji                            2000
              Sewa                                       500
              Untung tak dibahagi                        750
              Dividen                                    200
              Cukai keuntungan syarikat                  250
              Biasiswa kepada pelajar                    150
              Bunga bersih                               300
              Caruman KWSP                               120

   a) i    Apakah maksud bayaran pindahan?                             [1 markah]
      ii   Berapakah nilai bayaran pindahan?                           [2 markah]

   b) Hitung keuntungan syarikat dalam ekonomi tersebut.               [2 markah]

   c) Hitung nilai pendapatan negara.                                  [2 markah]

   d) i    Apakah pendapatan persendirian?                        [1 markah]

      ii   Hitung nilai pendapatan persendirian.                       [2 markah]


44. Jadual di bawah menunjukkan tingkat pendapatan negara dan penggunaan bagi
    sebuah ekonomi.

              Pendapatan negara (Y)            Penggunaan
                  RM juta                       RM juta

                      300                   200
                      400                   340
                      500                   400
                      600                   460
                      700                   520
                      800                   580



   a) Apakah kecenderungan mengguna sut dan kecenderungan menabung sut?
                                                            [2 markah]

   b) Berapakah nilai kecenderungan mengguna sut dan kecenderungan
      menabung sut?                                            [2 markah]
   c) Nyatakan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan.            [2 markah]

   d) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara apabila tabungan adalah
      sifar.                                              [2 markah]

   e) Pada tingkat pendapatan negara manakah ekonomi akan berada dalam
      keseimbangan jika pelaburan adalah RM300?                [2 markah]


45. Jadual berikut menunjukkan proses penciptaan wang dalam suatu sistem bank.
    Rizab bank berlebihan bagi bank ini adalah sifar.

             Peringkat             Deposit       Rizab        Pinjaman

             1                     1 000          200          800
             2                        -            -           -
             3                        -            -           -




             Jumlah

   a) Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah rizab bank?          [2 markah]

   b) Berapakah nisbah rizab bank tersebut?                          [2 markah]

   c) Lengkapkan jadual di atas sehingga peringkat ketiga.       [2 markah]

   d) Hitungkan:
      i. jumlah deposit semasa.
      ii. jumlah rizab.
      iii. jumlah pinjaman.                                           [4 markah]
46. Rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi kain dan kapas di
    negara M dan N sebelum perdagangan.

      Kain                                        Kain
      (unit)                                      (unit)


                                                   500

        200


                                                                                    1000

               0                     600 Kapas (unit)      0             Kapas (unit)

                   Negara M                                        Negara N

   a) Apakah yang dimaksudkan dengan faedah berbanding?                    [2 markah]

   b) Hitung harga relatif untuk satu unit kapas bagi kedua-dua negara
      berkenaan.                                                       [2 markah]

   c) Tentukan negara manakah yang menikmati fedah berbanding dalam
      mengeluarkan barang tersebut.                            [1 markah]

   d) Andaikan kadar pertukaran dipersetujui oleh kedua-dua negara untuk
      melakukan perdagangan ialah 1 unit kapas = 0.5 unit kain.

      i. Tunjukkan kadar pertukaran tersebut secara gambar rajah bagi kedua-dua
         negara.                                            [1 markah]

      ii. Jika negara M ingin menggunakan 300 unit kapas, hitung penggunaan unit
          kain dan kapas bagi kedua-dua negara selepas mereka berdagang.
                                                              [2 markah]

      iii. Berapakah lebihan unit kain yang akan di perolehi oleh negara M dan N?
                                                                  [2 markah]




                                 KERTAS SOALAN TAMAT

								
To top