Docstoc

STPM Ekonomi 2001 Kertas3

Document Sample
STPM Ekonomi 2001 Kertas3 Powered By Docstoc
					Nama:                                                               Kelas :

SULIT
Macro Ekonomi
Kertas 3
Set 1
2 jam




                                           PEPERIKSAAN PERCUBAAN
                                    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
                                      PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001

                                                        EKONOMI
                                                         Kertas 3
                                                         Dua jam


   Arahan Am:
      1. Ujian ini terbahagia kepada Bahagian A dan Bahagian B.
      2. Jawab 2 soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B.




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur
                                                             Bahagian A

                                                        Jawab 2 soalan sahaja.

1.           (a)           Terangkan bagaimana ekonomi anda berada dalam kesaimbangan.
                           (4 markah)
             (b)           Dasar fiskal bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah inflasi, ia juga
                           membantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Jelaskan.
                           (12 markah)
             (c)           Campurtangan kerajaan masih diperlukan bagi mengatasi
                           ketidaksaimbangan ekonomi 3 sektor. Huraikan.
                           (14 markah)


2.           (a)           Terangkan perbezaan KDNK pada harga faktor dengan KDNK pada harga
                           pasar. (6 markah)
             (b)           Dengan bantuan angka terangkan bagaimana sesebuah negara mengira
                           pendapatan negara menggunakan kaedah perbelanjaan. (14 markah)
             (c)           Negara A mempunyai pendapatan per kapita RM5000 manakala negara B
                           mempunyai pendapatan perkapita RM9000. Jelaskan mengapa angka ini
                           tidak menggambarkan kesejahteraan penduduk kedua-dua negara
                           berkenaan. (10 markah)

3.           (a)           Terangkan bagaimana kadar bank mempengaruhi kadar bunga . ( 8 markah)
             (b)           Jelaskan kesan perubahan bekalan wang terhadap harga, pelaburan dan
                           pendapatan negara. (16 markah)
             (c)           Huraikan hubungan kadar bunga dengan permintaan terhadap wang.
                           (6 markah)

4.          (a)            Apakah faktor-faktor penentu pelaburan dalam sesebuah negara?
                           ( 6 markah)
             (b)           Mengapa kerajaan Malaysia menggalakkan pelaburan asing?(10 markah)
             (c)           Dengan bantuan rajah-rajah terangkan kesan pelaburan ke atas
                           keseimbangan pendapatan negara. ( 14 markah)




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                               Page 2 of 14
                                                             Bahagian B

                                                        Jawab 2 soalan sahaja

5.           Jadual di bawah menunjukkan keluaran negara(Y) penggunaan (C) dan pelaburan
             bagi sebuah ekonomi dua sektor.


                                          Y                  C               I
                                       (RM juta)          (RM juta)       (RM juta)
                                          0                 600             600
                                         1000               1200            600
                                         2000               1800            600
                                         3000               2400            600
                                         4000               3000            600
                                         5000               3600            600

             (a)                        Apakah yang dimaksudkan dengan kecenderungan mengguna sut?
                                        Hitung kecenderungan mengguna sut dalam jadual di atas.
                                        (2 markah)

             (b)                        Dengan menggunakan persamaan,nyatakan fungsi penggunaan dan
                                        tabungan bagi ekonomi dua sektor ini.
                                        (4 markah)

             (c)                        Dengan menggunakan gambar rajah tentukan tingkat keseimbangan
                                        pendapatan negara.
                                        (5 markah)

             (d)                        Mengapakah pada tingkat pendapatan negara yang bernilai RM 5000
                                        juta,   ekonomi   tersebut  tidak   mencapai    keseimbangan?
                                        (2 markah)

             (e)                        Jika tingkat pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM
                                        4000 berapakah jumlah pelaburan yang perlu ditambah?
                                        (3 markah)

             (f)                        Mengapakah kecenderungan mengguna sut penduduk miskin
                                        biasanya lebih tinggi daripada penduduk kaya?
                                        (4 markah)




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                    Page 3 of 14
6.            Jadual dibawah menunjukkan jumlah penganggur berdaftar mengikut tingkat
              pendidikan dan jumlah pengangur yang tidak bekerja langsung di Malaysia,1985 –
              1990.


                                               Penganggur berdaftar mengikut tingkat

                                                            pendidikan


                                                                      Maktab, Universiti     Jumlah
                                       SRP dan                        dan institusi          penganggur
                                       lebih rendah                   pendidikan tinggi      yang tidak
               Tahun                                         SPM      yang lain              bekerja
                                                                                             langsung
                    1985                         3861       38314             3686               72386
                    1986                         4167       39566             5643                79478
                    1987                        35993       36893             5667                71466
                    1988                        32843       36831             8526                70662
                    1989                        28931       35992             7204                64678
                    1990                        20274       29054             5059                48069



             Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi,1991.

             (a)                        Apakah yang dimaksudkan dengan pengangguran? Bagaimanakah
                                        jumlah pengangguran dihitung pada sesuatu masa? (4 markah)

             (b)                        Hitung jumlah penganggur berdaftar pada setiap tahun antara tahun
                                        1985 hingga tahun 1990. Huraikan arah alirannya. (6 markah)

             (c)                        Mengapakah terdapat perbezaan antara penganggur berdaftar
                                        dengan penganggur tidak bekerja langsung? (2 markah)

             (d)                        Hitung peratusan penganggur SPM daripada jumlah penganggur
                                        berdaftar dari tahun 1998 hingga tahun 1990. Apakah ciri-ciri arah
                                        alirannya? Cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah
                                        pengangguran bagi kumpulan ini. (5 markah)

             (e)                        Berdasarkan arah aliran penggangur berdaftar, mungkinkah masalah
                                        pengangguran dapat diatasi denagn menjadikan Malaysia sebagi
                                        sebuah negara perindustrian? (3 markah)


Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                        Page 4 of 14
7.           Jadual dibawah menunjukkan kadar pertukaran ringgit Malaysia (RM) berbanding
             dengan dolar Amerika Syarikat (US$) dan pound sterling United Kingdom (UK £)

                            Malaysia: Kadar Pertukaran US$ dan UK £.

                                                        Kadar pertukaran   RM per unit
                            Tahun                             US$              UK £
                             1980                             2.22             5.30
                             1981                             2.24             4.29
                             1982                             2.32             3.76
                             1983                             2.34             3.40
                             1984                             2.42             2.83
                             1985                             2.42             3.49
                             1986                             2.60             3.82
                             1987                             2.49             4.67
                             1988                             2.71             4.87
                             1989                             2.70             4.34

                Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi,1990/1991.

             (a)           Takrifkan kadar pertukaran. (2 markah)

             (b)           Adakah ringgit Malaysia telah naik nilai atau turun nilai berbanding dengan
                           US$ dan UK £ antara t ahun 1981 dengan tahun 1980.? Hitung kadar naik
                           nilai atau turun nilai yang berlaku. (4 markah)

             (c)           Terangkan arah aliran perubahan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan
                           US$ dan UK £ dari tahun 1980 hingga tahun 1989. (6 markah)

             (d)           Berasaskan perubahan nilai Ringgit Malaysia dalam jadual di atas, apakah
                           yang boleh anda jangka berkenaan dengan
                           (i)  eksport Malaysia ke Amerika Syarikat. (2 markah)
                           (ii) import Malaysia dari United Kingdom? (2 markah)

             (e)           (i)          Hitungkan nilai RM1 dalam sebutan US$ dan UK £ pada tahun 1985.
                                        (2 markah)

                          (ii)          Hitung nilai US$1 dalam sebutan UK £ pada tahun 1986 dan tahun
                                        1989.
                                        (2 markah)




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                    Page 5 of 14
8             Jadual di bawah menunjukkan peratusan sumbangan sektor-sektor ekonomi
              kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia, 1975 –1990.

               Sektor ekonomi                                          1975     1980      1985           1990
               (i) Pertanian, perhutanan, perikanan                     28       23        21             19
               (ii) Perkilangan                                         16       20        20             27
               (iii) Perdagangan                                        13       12        12             11
               (iv) Perkhidmatan kerajaan                               13       10        12             11
               (v) Perkhidmatan-perkhidmatan lain.                      21       21        20             19
               (vi) Pembinaan                                            4        5         5              3
               (vii) Perlombongan dan kuari                              5       10        10             10

             (a)           Hitung sumbangan sektor peringkat pertama, sektor peringkat kedua, dan
                           sektor peringkat ketiga bagi tahun-tahun yang dinyatakan di atas.
                           (6 markah)

             (b)           (i)         Berdasarkan jawapan (a), apakah rumusan yang dapat anda buat
                                       tentang perubahan sumbangan sektor-sektor ekonomi Malaysia?
                                       (4 markah)
                           (ii)        Mengapakah arah aliran perubahan sumbangan sektor-sektor
                                       sedemikian berlaku? (2 markah)

            (c)         (i)             Nyatakan ciri-ciri perubahan struktur ekonomi antara tahun 1985
                                        dengan tahun 1990. (2 markah)
                       (ii)             Berdasarkan perubahan struktur ekonomi dalam jangka masa
                                        tersebut, apakah yang dapat anda perkatakan tentang pertumbuhan
                                        ekonomi Malaysia? (3 markah)

(d)                        Pada tahun 1980 dan tahun 1990, sumbangan sektor perlombongan dan
                           kuari kepada KDNK tidak berubah. Adakah ini bermakna bahawa nilai
                           keluaran sektor tersebut juga tidak berubah? Jelaskan. (3 markah)




                                                        KERTAS SOALAN TAMAT




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                    Page 6 of 14
                                         JAWAPAN KERTAS MODEL: SET 1/2001

1.           a.            Permintaan agregat sama dengan penawaran agregat.




                                               - Huraian AD dan AS dan rajah adalah perlu.

             (b)           -penurunan cukai –AD meningkat.
                           -peningkatan G – meningkat AD




                                                             Huraian rajah


             (c)           Pandangan ekonomi klasik tidak perlu campur tangan kerajaan.
                           Tingkat harga, upah, kadar bunga akan memembetulkan
                           ketidakseimbangan.

                           Campurtangan kerajaan melalui dasar fiskal dan kewangan perlu kerana
                           perubahan kadar bunga, kadar upah dan penawaran tidak membetulkan
                           ekonomi.




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                       Page 7 of 14
2.           (a)           KDNK hf = KNK hp - Cukai Tak Langsung + subsidi – pendapatan faktor
                           bersih dari luar negeri.

                           KNK hp = KDNK hf + Cukai Tak Langsung –subsidi + PF b LN

             (b)           Perbelanjaan penggunaan                            28600
                           Pelaburan termasuk Inventori                        8200
                           Pelaburan kerajaan                                  8100
                           Perbelanjaan Dalam Negara Kasar                    44900
                           (harga pasar)
                           -cukai tak Langsung                                 7800
                           + subsidi                                            800
                           Perbelanjaan dalam Negara Kasar                    37900
                           (Harga Faktor)
                           + eksport danPenerimaan Luar                       11900
                           -Import dan Pendapatan keluar                      11300
                           KNK hf                                             38500
                           Susutnilai                                          3500
                           KNB                                                35,000

             (c)           Kelemahan Pendapatan Perkapita.

                           i.           tidak menggambarkan perbezaan mengenai agihan pendapatan
                           ii.          kos hidup di berbagai-bagai negara berbeza.
                           iii.         Tidak menggambarkan perbezaan masalah pengangguran yang di
                                        hadapi.
                           iv.          Perbezaan masa rehat.
                           v.           Perbezaan struktur /komposisi keluaran negara.
                           vi.          Perbezaan keperluan hidup (terutamanya antara negara beriklim
                                        sejuk dengan negara beriklim panas).
                           vii.         Eksternaliti yang negatif –pencemaran.
                           viii.        Masalah kadar pertukaran.
                           ix.          Perbezaan kaedah pengiraan.

3.           (a)           BLR mempengaruhi bekalan wang MS




                                                        Huraikan rajah


Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                                   Page 8 of 14
             (b) kadar bunga




                     kadar bunga




                           Huraian rajah




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                  Page 9 of 14
(c)




                              Huraian rajah


4.           (a)           Penentu pelaburan (dengan penerangan)

             (i)           Kadar bunga




              Huraian rajah

             (i)           Kadar pulangan
             (ii)          Spekulasi
             (iii)         Kos pengeluaran
             (iv)          Teknologi
             (v)           Dasar Kerajaan


Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                             Page 10 of 14
             (b)           Kebaikan pelaburan asing
                           i)    AD bertambah
                           ii)   Berlakunya proses pengganda
                           iii)  Galakan industri baru.
                           iv)   Tambah peluang pekerjaan.
                           v)    Kalau keluaran dieksport, tambah tukaran asing.
                           vi)   Tingkatkan teknologi


(c)




5.           (a)           (MPC) ialah nisbah antara perubahan dalam penggunaan dengan
                           perubahan pendapatan.
                           MPC =     C = 600 = 0.6
                                     Y 1000

             (b)           C             = a + bY
                           C            = 600 + 0.6 Y
                           S            = -600 + 0.4 Y


Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                             Page 11 of 14
 (c)




       d)           Inventori akan bertambah.Kegiatan ekonomi akan berkurangan. Keseimbangan
                    keluaran negara dengan E pada keluaran negara RM3000 j.

       e)      Y    = 4000-3000
               Y    = 1000
           mPC     = 0.6
       Pengganda = __1 _
                         1-0.6
                   = 2.5
        I = Y = 1000 = 400
           2.5   2.5

       f) Perbelanjaan mereka bertambah bila Y bertambah.MPC =1 i.e belanja sebahagian
          besar pertambahan pendapatan mereka.Orang kaya sudah cukup belanja.




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                        Page 12 of 14
6 (a) Tenaga kerja ingin bekerja pada satu tingkat upah, tidak mendapat pekerjaan yang
       diingini.

b)
                                       Tahun             Jumlah penganggur
                                       1985                   45861
                                       1986                   49376
                                       1987                   78553
                                       1988                   78200
                                       1989                   72127
                                       1990                   54387

Jumlah penganggur meningkat di antara tahun 1985-1987 disebabkan kemelesetan
ekonomi.Selepas itu menurun disebabkan pertumbuhan ekonomi pesat selepas itu.

c) Tidak perlu daftar waktu meleset. Mereka penganggur bergeser.

d) Formula: Jumlah penganggur SPM     x 100
          Jumlah penganggur berdaftar

1988 – 47.1%
1989 - 49.9%
1990 -53.4%

Kadarnya naik. Perlu tingkatkan kemahiran dan tidak memilih pekerjaan.

e)           Ya. Ekonomi berkembang terutamanya sektor industri; tanpa buruh asing.


7.            (a) Kadar pertukaran ialah harga per unit wang asing yang dinyatakan pada
                  wang tempatan.Contohnya RM2.50 = US$1 atau RM1 = US$0.40.

             (b)       RM mengalami turun nilai kerana setiap US$1 kita perlu bayar RM iaitu
                      RM2.22 kepada RM 2.24 begitu juga UK£,RM 5.30 kepada RM 4.29.
                      US$ = -0.90 % turun nilai
                      UK£ = 19.06% naik nilai

             (c)       Bagi US$,RM merosot nilainya kecuali 1985. Naik semula 1989 hingga 1989
                       Bagi UK£,RM meningkat nilainya hingga 1994 ,turun dari 1985 hingga
                       1988,naik pada 1989.

(d)            (i) Eksport Malaysia naik kerana barangnya lebih murah dalam
                    sebutan US$, dan sebaliknya.
              (ii) Import Malaysia naik hingga 1984 keran barang UK lebih murah dalam
                    sebutan RM 1985 -1988 merosot kerana barang UK lebih mahal
                    dalam sebutan RM.


Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                        Page 13 of 14
             (d)           (i)      RM 1 = 1 = US$ 0.14 (1985)
                                       2.42

                              RM 1 = 1 = UK£ 0.286 (1985)
                                   3.49

                       (ii) US$1 = 2.60 = £ 0.68 (1986)
                                  3.82

                           US$1= 2.70 = £ 0.62 (1989)
                                4.34

8.(a)
                    Sumbangan                           1975     1980    1985             1990
                    Sektor
                    Peringkat                            33       33      31                29
                    pertama
                    Peringkat                            20       25      25                30
                    kedua
                    Peringkat                            47       43      44                41
                    ketiga

(b)(i) Sektor peringkat pertama merosot.
       Sektor peringkat kedua meningkat.
       Sektor peringkat ketiga merosot.
       Sektor kedua mengatasi serktor petama pada tahun 1990.
          Sektor peringkat pertama masih teratas.

                     (ii)Dasar mempelbagaikan ekonomi terutama perkilangan untuk eksport.

             (c)(i) Semua industri merosot kecuali perkilangan .
                (ii)Pertumbuhan ekonomi pesat kerana sektor perkilangan pesat daripada sektor
                    lain.
                     Pertanian merosot dari 31% ke 29%
                     Industri pesat dari 25% ke 30%
                     Perkhidmatan merosot 44% ke 41%

             (d)Tidak. KDNK 1990 lebih tinggi dari KDNK 1980.
                KDNK dari sektor kuari dan perlombongan lebih tinggi pada 1990 berbanding
                tahun 1980.




Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur                                           Page 14 of 14

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:299
posted:7/7/2010
language:Malay
pages:14
Description: Kertas STPM Ekonomi 2001 Kertas3
Deen Yusof Deen Yusof Basic Worker
About Still researching and studying the whole aspect of "world" Together, we share. Living is about sharing. The more you share, the happier you are.. :-)