Docstoc

Nasihat berharga

Document Sample
Nasihat berharga Powered By Docstoc
					          Masa depan akan datang dengan sendirinya


Allah berfirman di dalam Al-Quran:


Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, maka janganlah kalian
minta untuk disegerakan…
surah An-Nahl, ayat1


Berdasarkan firman Allah S.W.T. ini, kita janganlah mendahulukan sesuatu yang belum
terjadi!! Adakah anda mahu mengeluarkan bayi dari kandungan ibunya sebelum
waktunya dilahirkan atau adakah anda mahu menuai tanaman sebelum tiba musimnya….
Ingatlah saudaraku, esok hari adalah sesuatu yang belum pasti , sesuatu yang belum
nyata, belum wujud, dan tidak mempunyai sebarang warna dan rasa. Oleh sebab itu,
mengapa kita harus menyibukkan diri anda dengan hari esok, memikirkan kejadian-
kejadian yang akan terjadi, meramalkan bencana-bencana yang bakal menimpa,
menangis menatap masa depan, menyangka yang diri mereka akan hidup kelaparan,
menderita sakit berpanjangan, menjangkakan yang umur dunia sudah hampir ke
penghujungnya.

Bukankah kita tidak tahu sama ada kita akan berjumpa dengan hari esok atau tidak, dan
sama ada hari esok menjanjikan kegembiraan atau kesenangan.

Sudah terang, lagi tersuluh, hari esok masih dalam alam ghaib dan belum turun ke muka
bumi ini. Oleh itu, janganlah kita menyeberangi satu jambatan sebelum kita sampai
diatasnya. Mungkin sahaja jambatan itu hanyut dibawa arus deras sebelum kita sempat
berdiri diatasnya ataupun mungkin juga kita akan terhenti jalan sebelum sampai ke
jambatan itu atau mungkin juga kita sampai di jambatan itu dan berhasil untuk
menyeberanginya…


Di dalam syariat, kita dilarang untuk memberi kesempatan kepada fikiran untuk
memikirkan masa depan dan membuka-buka alam ghaib, dan kemudian kita terhanyut di
dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya kerana itu semua dikategorikan
sebagai thulul amal ( angan-angan yang terlalu jauh ) . Tindakan ini tidak wajar dan
tidak masuk akal sama sekali kerana kita seolah-olah mahu melancarkan perang terhadap
bayang-bayang kita.

Namun , yang melanda umat manusia di masa kini, justeru menjurus ke arah itu. Mereka
sering gelisah, cemas dan takut terhadap pelbagai ramalan daripada pelbagai pihak
tentang akan terjadinya kemiskinan, kebuluran, kesakitan , kegawatan ekonomi,
peperangan dan banyak lagi. Padahal jika mereka mengetahui , semua itu merupakan
buah daripada ajaran-ajaran syaitan..
Syaitan itu menjanjikan ( menakut-nakutkan ) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (
jika kamu bersedekah atau menderma ) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan
yang keji ( bersifat bakhil dan kedekut ) ; sedang Allah menjanjikan kamu ( dengan )
keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya….. ( Al Baqarah : 268)


Oleh sebab itu, kita harus sedar bahawa usia kehidupan kita terletak pada “ genggaman
yang lain”. Dengan kesedaran itu, tentu sahaja kita tidak akan menggadaikan masa kita
untuk sesuatu yang tidak ada .

Saudaraku, biarkanlah hari esok datang dengan sendiri, janganlah kita sering bertanya
khabarnya, janganlah kita menunggu tibanya waktu itu dan jangan pula kita memenuhi
jiwa kita dengan perasaan cemas dan gelisah memikirkan seribu satu kemungkinan di
keesokan hari sebab hari ini and sudah sangat sibuk..

 Jika kita berasa hairan, lebih hairan lagi mereka yang berani menebus kesedihan pada
suatu masa yang belum tentu matahari sudi untuk ternit, bulan sudi untuk muncul dengan
cara bersedih pada hari ini. Oleh sebab itu, hindarilah diri kita dari angan-angan yang
berlebih-lebihan..

				
DOCUMENT INFO
Description: Masa depan akan datang dengan sendiri
Deen Yusof Deen Yusof Basic Worker
About Still researching and studying the whole aspect of "world" Together, we share. Living is about sharing. The more you share, the happier you are.. :-)