Perkara 153 Perlembagaan malaysia by bahar19852010

VIEWS: 2,103 PAGES: 44

More Info
									  KERASIONALAN
        &
     PERSEPSI
   MASYARAKAT
    TERHADAP
PERKARA 153 DALAM
  PERLEMBAGAAN
    MALAYSIA
 PENGENALAN
PERLEMBAGAAN
  MALAYSIA
                 DEFINISI PERLEMBAGAAN

•   Sesebuah negara yang berdaulat semestinya mempunyai perlembagaan.
    Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan dasar.. Di dalamnya
    terdapat prinsip-prinsip serta peraturan yang menentukan bentuk kerajaan
    yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan.

•   Tujuan perlembagaan dibentuk adalah untuk menjamin dan melindungi
    rakyat,menentukan kewajipan warganegara terhadap bangsa dan
    negara,seterusnya memantapkan undang-undang.
                           SEJARAH

•   Perlembagaan Malaysia telah dirangka berdasarkan nasihat daripada
    Commission Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956.
    Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan
    pada 31 Ogos, 1957.
             KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
•   Asas Perlembagaan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah
    Melayu 1957.

•   Salah satu ciri menarik Perlembagaan Malaysia ialah kedudukan unsur-
    unsur Melayu yang dikenali sebagai unsur-unsur tradisi Kesultanan Melayu,
    bahasa, hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam yang kesemuanya
    berkait rapat dengan nilai dan kehidupan orang-orang Melayu.

•   Orang Melayu dan Perlembagaan Negara boleh dibincangkan dengan
    melihat aspek-aspek Melayu di dalam perlembagaan.

•   Ketuanan Melayu dilindungi oleh perlembagaan. Oleh itu, walau sebarang
    parti politik yang berkuasa, orang-orang Melayu tidak perlu risau tentang
    kedudukan mereka.

•   Mempertahankan Melayu dan kemelayuan tidak bermakna perkauman. Ini
    perlu difahami oleh semua orang di negara ini,sama ada orang Melayu
    mahupun kaum-kaum lain. Melayu dan kemelayuan sebenarnya penting
    untuk kestabilan negara kerana ciri-ciri ini pada hakikatnya adalah sejarah,
    identiti dan sifat negara Malaysia.
                             PINDAAN

•   Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dari semasa ke semasa mengikut
    keadaan dan keperluan masyarakat. Pindaan boleh dilakukan di Parlimen
    apabila mendapat persetujuan dua pertiga atau lebih daripada anggota
    Dewan Rakyat.
                          ORGANISASI

•   Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Oleh itu perlembagaan
    negara telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan
    dan Kerajaan Negeri.
                            ARTIKEL 153

•   Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan
    Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang
    Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu
    bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-
    kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan
    awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai
    sebahagian daripada sosial kontrak.

•   Fasal (1) Artikel 153 menyatakan:

•   “Adalah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi
    kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kepentingan yang sah
    komuniti-komuniti lain berdasarkan peruntukan dalam Artikel ini”.
•   Di dalam Perlembagaan Malaysia,perhatikan penggunaan perkataan-
    perkataan “melindungi” dan “kedudukan istimewa” (dan bukan “hak
    istimewa” atau “kelebihan istimewa” ).

•            Jadi, ketika itu adalah difikirkan semestinya ada “pemeliharaan”
    untuk melindungi orang Melayu dari ditenggelami kaum lain.Oleh itu ,
    pengunaan “kedudukan istimewa” orang Melayu, yang ketara sekali
    bertujuan untuk mempertahankan diri iaitu untuk melindungi agar terus
    wujud.

•   Selain itu, Fasal (2) mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan
    melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dengan menyimpan
    kedudukan-kedudukan “pada kadar yang difikirkannya munasabah” di
    dalam perkhidmatan awam, kemudahan pendidikan dan lesen-lesen
    perniagaan.
•   Fasal (30 dan (6) pula menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh,
    untuk tujuan memenuhi Fasal (2), memberi arahan umum kepada pihak
    berkuasa yang relevan, yang akan seterusnya menurut dengan seharusnya.
             Di samping itu, terdapat fasal yang berasingan merangkumi
    peruntukan kedudukan dalam pendidikan tinggi iaitu Fasal (8A). Ia
    mengatakan sekiranya terdapat tempat-tempat tidak mencukupi bagi mana-
    mana kursus pengajian, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi arahan
    bagi “penyimpanan kadar-kadar tertentu bagi tempat-tempat itu untuk orang
    Melayu apabila Yang di-Pertuan Agong merasakan munasabah, dan pihak
    berkuasa harus menuruti dengan tepat arahan-arahan tersebut.”

•   Bagi perlindungan terhadap bukan Melayu dari sebarang pencerobohan
    yang mungkin ke atas kepentingan mereka yang sedia ada; terdapat
    beberapa peruntukan di bawah fasal yang berbeza di dalam Artikel ini,
    menghalang perlucutan kemudahan-kemudahan sedia ada yang dinikmati
    mereka, sama ada di dalam perkhidmatan awam, pendidikan atau lesen
    perdagangan. Daripada fasal-fasal melindungi ini, Fasal (5) dan (9) adalah
    terutamanya paling signifikan.

•   Fasal (5) mengandungi satu ayat, yang mengatakan: Artikel ini tidak
    mengurangkan dari peruntukan di dalam Artikel 136” dalam Fasal (1) dan
    Fasal (2) Artikel 153, yang bertajuk “Simpanan kuota bagi perkhidmatan,
    permit dan sebagainya, bagi orang-orang Melayu dan pribumi mana-mana
    negeri Sabah dan Sarawak”.
PERKHIDMATAN
    AWAM
•   Di dalam Perlembagaan Malaysia , dinyatakan bahawa Yang diPertuan
    Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya untuk menentukan
    perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan
    memperuntukkan suatu kadar yang difikirkan perlu oleh Yang DiPertuan
    Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam(selain daripada
    perkhidmatan awam sesuatu Negeri).

•         Bagi menentukan, mengikut Fasal (2), perezapan bagi orang Melayu,
    dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mengenai jawatan-jawatan dalam
    perkhidmatan awam ,Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa
    arahan am sebagaimana yang dikehendaki kepada mana-mana
    Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana
    pihak berkuasa yang bertanggungjawab.Suruhanjaya atau pihak berkuasa
    itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna

•        Walau bagaimanapun,dalam menjalankan tugas-tugasnya di bawah
    Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang persekutuan mengikut
    Fasal (1) hingga (3) Yang diPertuan Agong tidak boleh melucutkan jawatan
    awam yang dipegang oleh seseorang itu.Dalam perkhidmatan awam,tanpa
    mengira bangsa,semua orang mestilah diberi layanan yang baik dari segi
    kenaikan pangkat,gaji dan kebajikan yang lain.
•      Pada tahun                                           JADUAL: PEGAWAI BAHAGIAN
       1968,hanya 36%                                          DALAM PERKHIDMATAN
       daripada keseluruhan                                 KERAJAAN PADA 1 NOVEMBER
       pegawai kerajaan                                       1968 MENGIKUT BANGSA
       diliputi oleh orang                       Perkhidmatan              Melayu   Bukan     Jumlah
                                                                                     Melayu
       Melayu.Bagi pegawai
       sains dan profesional               Perkhidmatan Pentadbiran         706      515       1221
       adalah lebih kecil
                                          Arkitek,jurutera dan pegawai       73      370       443
       jumlahnya berbanding                          profesional
       bukan Melayu                      Pegawai kesihatan dan perubatan     64      693       727
       terutamanya bagi
       pegawai kesihatan                        Ahli Sains Fizikal           13      51         64
       dan perubatan yang
       hanya merangkumi                         Ahli Sains Sejati            60      108       169
       hanya 9% dari jumlah                  Prangkawan Profesional          38      166       204
       pegawai yang ada.
                                          Perkhidmatan Undang-Undang         70      37        107

                                            Perkhidmatan Beruniform         331      369       700

    Sumber:Kajian Semula Pelaksanaan
                                         Pengangkutan dan media massa        67      188       255
    Perkara 153,Perlembagaan Malaysia
    semenjak Tahun 1957 dengan
    rujukan khas kepada Malaysia Barat               Jumlah                 1392    2447       3839
EKONOMI
•   Melayu ialah masyarakat terbesar dengan mencapai 60%

•   Cina pula mewakili 25%

•   India pula membentuk 7% hingga 10%

•   Kaum Bumiputera terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600, 000 orang

•   Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang

•   Orang Asli seramai 140, 000 orang tinggal di Semenanjung Malaysia.
    Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup seperti nomad,
    dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden
    Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka masih kekal sebagai kumpulan
    etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik
    yang lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh sistem ekonomi mereka yang
    tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah
    sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli.
•   Jelasnya, seperti juga dengan bidang pelajaran tinggi, keadaan orang
    Melayu dalam bidang ekonomi sebelum merdeka ketinggalan jauh
    berbanding dengan kaum-kaum lain. Penjajah membolot 60 peratus
    daripada kekayaan negara sementara yang baki dimiliki oleh bukan Melayu.
    Mengikut perhitungan kasar yang dibuat, hanya satu peratus sahaja
    daripada kekayaan ekonomi negara yang berada di tangan orang Melayu
    pada zaman penjajah. Di bandar-bandar biasanya tidak ada kedai yang
    dimiliki oleh orang Melayu. Semua perniagaan dimiliki dan diusahakan oleh
    orang bukan Melayu. Semua pekerja, selain daripada pemandu kereta dan
    "orderly" atau budak pejabat, semuanya terdiri daripada bukan Melayu.

•   Di negeri-negeri yang tidak bersekutu di mana Kerajaan tidak dikuasai
    sepenuhnya oleh Inggeris, terdapat ramai juga pegawai pentadbiran dan
    kerani Melayu. Mereka ini tinggal di bandar. Di negeri-negeri bersekutu iaitu
    Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan pegawai British mengepalai
    semua jabatan dan ramai daripada pegawai rendah dan kerani terdiri
    daripada orang India dan Ceylon.


•   Majoriti orang Melayu menjadi penanam padi atau nelayan kecil dengan
    pendapatan yang amat rendah sekali. Pada mulanya Kerajaan Malaysia
    yang merdeka memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar kerana
    ramai daripada orang Melayu hanya tahu bercucuk tanam.
•   Pada abad ke-19, jurang pendapatan antara kaum-kaum di Malaysia
    semakin melebar.

•   Melayu pada masa tersebut tinggal di kawasan yang lebih terpencil yang
    serba kekurangan dengan infrastruktur yang lengkap.

•   Majoriti orang India pada masa itu bekerja sebagai penoreh getah.Justeru,
    mereka menetap di ladang getah dan berpendapatan rendah.

•   Kebanyakan orang Cina pula tinggal di kawasan bandar. Mereka
    memonopoli bidang perniagaan dan perlombongan kerana kebanyakan
    mereka pada masa itu merupakan pendatang asing yang dibawa masuk
    oleh British ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai kuli di kawasan bandar
    dan perlombongan.
•   Pada tahun 1970,
                                 JADUAL: KADAR KEMISKINAN
    majoriti orang
    Melayu iaitu 68.4%
    hidup dalam              Kawasan           1970          1990
    kemiskinan
    berbanding bukan
                              Jumlah           49.3           16.5
    Melayu iaitu 26%.
•   Hal ini berlaku
    ekoran daripada        Luar Bandar         58.6           21.1
    hasil peninggalan
    penjajah Inggeris di      Bandar           24.6           7.1
    mana kebanyakan
    orang Melayu di luar
                           Ketermiskinan                      3.9
    bandar berada
    dalam kemiskinan
    iaitu 58.6%
    berbanding di
    bandar iaitu 24.6%.

                               Sumber: Rancangan-Rancangan Malaysia
•   Selain itu, jurang            JADUAL: JURANG PENDAPATAN ANTARA
    pendapatan antara                           KAUM
    bumiputera dan
    bukan bumiputera             Nisbah         1970    1980    1990    1999
    masih tinggi iaitu RM     ketaksamaan
    1 pendapatan bagi          pendapatan
    orang Melayu                isirumah
    berbanding RM 2.3
    bagi orang Cina dan
    RM 1.8 bagi orang
    India.                    Luar Bandar:      1:2.1   1:1.8   1:1.7   1:1.8
                                Bandar




                            Bumiputera: Cina    1:2.3   1:1.9   1:1.7   1:1.7


                            Bumiputera: India   1:1.8   1:13    1:13    1:1.4
                         JADUAL: KADAR KEMISKINAN MENGIKUT NEGERI
•   Pada tahun
    1970, kadar       Negeri              1970           1990
    kemiskinan        Kuala Lumpur         -              3.7
    tertinggi iaitu
    melebihi 60%      Selangor            29.2            7.6
    di negeri-        Pulau Pinang        43.7            8.7
    negeri yang
                      Johor               45.7            9.8
    mempunyai
    penduduk          N.Sembilan          44.8            9.1
    majoriti          Melaka              44.9           12.4
    Melayu dan        Pahang              43.2           10.0
    bumiputera.
                      Sarawak              -             21.0
                      Perak               48.6           19.2
                      Perlis              73.9           17.4
                      Terengganu          68.9           31.3
                      Kedah               63.2           29.9
                      Kelantan            76.1           29.6
                      Sabah                -             29.7
                      Malaysia            49.3           16.5
•   Pada tahun 1970, pemilikan kekayaan negara bagi orang Melayu
    hanya 24% berbanding bukan Melayu iaitu 34% . Hal ini masih
    lagi berlarutan sehingga dalam Rancangan Malaysia Kelapan
    juga,matlamat pencapaian sebanyak 30% pemilikan kekayaan
    negara masih belum tercapai.Ini kerana kebanyakan daripada
    orang Melayu tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan
    dalam bidang perniagaan dan pengurusan kekayaan negara

•   Selain itu, lesen, permit, kontrak kerajaan, kedai, kawasan hutan
    dan kawasan perniagaan, modal, berbagai-bagai dana diadakan.
    Saham dari syarikat-syarikat yang tersenarai dan syarikat baru
    diagihkan kepada bumiputera untuk menaikkan bahagian mereka
    dalam perniagaan dan perusahaan. Latihan dan pelajaran
    pengurusan diberi kepada yang berminat berniaga. Kakitangan
    Kerajaan pun dibenarkan bersara lebih awal dan kemudian diberi
    latihan dan peluang untuk menyertai bidang perniagaan dan
    perusahaan.
•   Sehubungan itu juga, kerajaan telah mengenalpasti tokoh-tokoh
    perniagaan bumiputera yang telah mencapai kejayaan dalam
    pengurusan syarikat sendirian atau awam. Bilangan mereka tidaklah
    ramai. Mereka ini diberi peluang untuk membeli jumlah saham yang
    lebih besar atau diberi projek-projek kerajaan yang hendak diswastakan.

•   Usaha untuk mengagihkan peluang untuk perniagaan bagi bumiputera
    tidak bermula secara bersungguh-sungguh sehinggalah berlaku
    rusuhan kaum pada 1969. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk
    barulah terdapat peluang yang luas untuk orang Melayu melibatkan diri
    dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

•   Seterusnya, supaya saham yang diagih kepada bumiputera terus kekal
    di tangan mereka, kerajaan terpaksa menubuhkan saham-saham
    amanah dan pelbagai agensi bumiputera. Melalui cara ini bukan sahaja
    saham-saham kekal di tangan bumiputera dan menyumbang kepada
    peratusan ekonomi yang dikhaskan bagi mereka, malah lebih ramai
    bumiputera dapat memiliki saham dalam syarikat-syarikat besar.
    Daripada 12 juta bumiputera, tujuh juta lebih memiliki saham dalam
    syarikat besar melalui saham amanah.
JADUAL: PERATUSAN HAK MILIK MODAL SAHAM (Pada Nilai Tara) Syarikat
                    Berhad, 1995 dan 1999


        Kumpulan Hak Milik                        1995       1999

  Bumiputera (Individu,Institusi dan              20.6       19.1
           Agensi Amanah)

                Cina                              40.9       37.9

                India                              1.5       1.5

            Rakyat Asing                          27.7       32.7

          Syarikat Nomini                          8.3       7.9

               Jumlah                             100        100



                        Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan
•   Di dalam Artikel 53 dinyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan
    melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dengan menyimpan
    kedudukan-kedudukan “pada kadar yang difikirkannya munasabah” bagi
    permit atau lesen-lesen perniagaan.

•   Fasal (30 dan (6) menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh, untuk
    tujuan memenuhi Fasal (2), memberi arahan umum kepada pihak berkuasa
    yang relevan, yang akan seterusnya menurut dengan seharusnya.
•   Walau bagaimanapun,Yang diPertuan Agong tidak berhak untuk melucut
    atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit
    atau lesen yang dinikmati atau dipegang oleh seseorang itu.Baginda juga
    tidak mempunyai kuasa untuk menolak permintaan seseorang untuk
    membaharui sesuatu permit atau enggan memberi sesuatu permit atau
    lesen kepada waris, pengganti atau penerima serahak seseorang itu.

•   Bagi tujuan perlindungan terhadap bukan Melayu dari sebarang
    pencerobohan yang mungkin ke atas kepentingan mereka yang sedia ada;
    terdapat beberapa peruntukan di bawah fasal yang berbeza di dalam Artikel
    ini, menghalang perlucutan kemudahan-kemudahan sedia ada yang
    dinikmati mereka, sama ada di dalam permit atau lesen-lesen perniagaan.
    Daripada fasal-fasal melindungi ini, Fasal (5) dan (9) adalah terutamanya
    paling signifikan.
PENDIDIKAN
        Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain
                       memperuntukkan :

                                                mana-
  “ perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana
Negeri-
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak .......... mengenai biasiswa,
               lain-
bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau
 kemudahan-
 kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh
             apa-
  memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki
                              mana-
    bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang
                                               mana-
   dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana
    pihakberkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian
                          lain-
 biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau
                     kemudahan-
       latihan atau kemudahan-kemudahan khas itu ; dan
   Suruhanjaya atau pihakberkuasa itu hendaklah mematuhi
              arahan-                   sempurna.”
              arahan-arahan itu dengan sempurna.”
•   Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuota
    peluang pendidikan ke tingkatan enam, kursus Matrikulasi dan peringkat
    universiti juga disediakan untuk orang Melayu dan bumiputera Borneo
    (rujuk Fasal (8A)). Pemberian biasiswa kepada orang Melayu dan
    bumiputera Borneo setakat kemampuan kerajaan, (rujuk Fasal (2), (3), (4))
    Perkara 12 (1) memberikan hak yang sama kepada kanak-kanak atau
    pelajar untuk mendapat kemudahan pendidikan di institusi pendidikan yang
    dibiayai oleh kerajaan. Dengan itu, kemasukan warganegara ke mana-
    mana institusi pendidikan tidak boleh dibeza-bezakan berdasarkan agama
    bangsa atau keturunan. Contohnya, seorang pelajar Melayu, boleh memilih
    masuk belajar ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), demikian juga seorang
    pelajar Cina bebas memilih untuk masuk belajar ke Sekolah Kebangsaan.
• Penjajah Inggeris telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus
  mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan.

• Oleh kerana latar belakang sosioekonomi yang tidak mengizinkan
  dan peluang pendidikan yang terhad di kawasan luar bandar, maka
  bilangan pelajar Melayu di institusi pendidikan tinggi sangatlah
  terhad.

• Kemasukan ke institusi pendidikan tinggi juga pada awalnya
  ditentukan oleh pihak pengurusan yang diasaskan pada kelayakan
  dan merit seseorang calon.
•   Pada tahun 1970,bilangan pelajar
    yang mengikuti peringkat ijazah     BILANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI
    pertama di IPTA ialah 40.2% iaitu                 1959-
                                                TAHUN 1959-70
    seramai 3084 pelajar. Kaum
    bukan bumiputera ialah seramai
    4311 orang iaitu sebanyak 56.2%.    TAHUN     JUMLAH         BIL.
    Di Universiti Malaya pula, pada                PELAJAR      PELAJAR
    tahun 1959 hingga 1960, bilanga                             MELAYU
    pelajar Melayu hanya 19.2%
    berbanding bukan Melayu iaitu
    80%.
                                        1959-60      332          62



                                        1964-65     1736         358



                                        1969-70     5566         1825
           (Sumber: Laporan
           Jawatankuasa Majid 1971)
       PERATUSAN PELAJAR MENGIKUT BANGSA DI
                               1968-
              UNIVERSITI TAHUN 1968-69



          Bangsa

                          CINA          MELAYU         LAIN-LAIN

 Jenis kursus

   Bidang Sains           81.2%           12.8%            6%


Fakulti Kejuruteraan      92.6%           1.8%             5.6%


 Fakulti Perubatan        70.6%           18.6%           10.8%




                       (Sumber: Laporan Jawatankuasa majid 1971)
  Jadual: Peratusan Bilangan Penuntut Mengikut
           Bangsa di Universiti Malaya


Tahun                  Melayu                Bukan Melayu
1959-60                  19.2                     80
1960-61                  22.1                     77
1961-62                  21.5                    78.5
1962-63                  20.4                    79.6
1963-64                  20.6                    79.4
1964-65                  24.4                    75.6
1965-66                  25.4                    74.6
1966-67                  28.8                    71.2
1967-68                  30.7                    69.5
1968-69                  32.6                    67.2

          Sumber: Laporan Abdul Majid,1971
                           JADUAL: PERATUSAN PENUNTUT MENGIKUT
•   Dalam jurusan sains,   BANGSA DAN FAKULTI (BERASASKAN SAINS )
    bilangan pelajar                 DI UNIVESITI MALAYA
    Melayu di Universiti
    Malaya adalah
    sangat rendah. Dari    Tahun     Bangsa    Sains   Kejuruteraan   Pertanian   Perubatan
    tahun 1964 hingga
    1970, seramai 119
    siswazah Melayu        1968-69   Melayu    7.2         0.32         3.42        5.12
    telah dihasilkan                  Cina     27.1       10.09         5.12        11.6
    dalam semua bidang               Lain-     9.7         2.97          2.5         8.6
                                        Lain
    sains. Sejak 1965,
    seramai 126
                           1969-70   Melayu     6.3        0.4           2.9         4.5
    siswazah bukan                    Cina     27.32       9.28         5.29        10.98
    Melayu dari Fakulti              Lain-      9.64       2.61         2.21        9.27
    Sains sahaja dan                    Lain
    dua kelas pertama
    dan 117 doktor         1970-71   Melayu     5.02       0.16         2.91        4.10
    bukan Melayu telah                Cina     29.54       9.64         5.50        11.02
                                     Lain-     10.13       2.53         2.88        9.89
    dihasilkan.                         Lain
•   Dalam bidang
    profesional,                 JADUAL: PERATUSAN KAUM PROFESIONAL
    golongan                        MENGIKUT KAUM YANG BERDAFTAR
    bumiputera         Profesion       Bumi   Cina   India   Bumi   Cina   India
    ketinggalan jauh
    berbanding bukan   Akauntan        11.2   81.2   6.2     16.1   75.2   7.9
    bumiputera. Pada   Arkitek         23.6   74.4   1.2     27.6   70.7   1.5
    akhir Disember
    2002, jumlah       Doktor          27.8   34.7   34.4    33.4   32.1   31.9
    golongan
                       Doktor Gigi     24.3   50.7   23.7    30.9   45.7   21.9
    profesional
    bumiputera         Doktor          35.9   23.7   37.0    40.2   23.7   33.5
    bertambah             Veterinar
    sebanyak 39%
    namun peratusan    Jurutera        34.8   58.2   5.3     38.1   55.2   5.2
    ini amat rendah
                       Juru Ukur       44.7   49.6   3.7     48.3   45.6   3.2
    berbanding
    bumiputera.        Peguam          22.3   50.0   26.5    29     43.3   26.6

                       JUMLAH          29.0   55.9   13.2    33.1   52.4   12.9




                                     Sumber:Rancangan Malaysia Kelapan
•   Walaupun kedudukan istimewa pendidikan telah terkandung di dalam
    perlembagaan,namun orang Melayu dan bukan Melayu telah banyak
    bertoleransi.

•    Toleransi dalam sistem pendidikan wujud di peringkat rendah,menengah
    dan tinggi.Contohnya,terdapat 60 buah sekolah menengah harian yang
    terus menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.Ini mencabar
    kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ia
    betentangan dengan Penyata Razak 1956.Selain itu,sekolah berasrama
    penuh,sekolah menengah kebangsaan agama,MRSM dan Matrikulasi
    dikhususkan kepada orang Melayu.Namun,mulai tahun 2003, ruang 10%
    telah diberikan kepada bukan bumiputra untuk memasuki MRSM dan
    program matrikulasi.
•   Di peringkat tinggi, setiap         JADUAL: JUMLAH PELAJAR IJAZAH
    kaum mempunyai institusi           PERTAMA DAN DIPLOMA DI INSTITUSI
    pendidikan tinggi masing-                                     1995-
                                       PENDIDIKAN AWAM TEMPATAN, 1995-
    masig. UiTM dikhususkan
    kepada orang Melayu, Kolej                      2005
    Tafe kepada orang India
    dan Kolej Tunku Abdul
    Rahman kepada orang              Peringkat
    Cina. Kerajaan juga
    membenarkan Universiti              Pendidikan    1995      2000      2005
    Tunku Abdul Rahman
    beroperasi hasil usaha gigih
    MCA selama 30 tahun. Di
    IPTA, peratusan pelajar             Ijazah       75,709    170,794   244,527
    bumiputera dan bukan
    bumiputera masing-masing
    ialah 60% dan 40%. Di IPTS
    pula,nisbah bumiputera
    dengan bukan bumiputera             Diploma      46,480    92,304    148,025
    ialah sebanyak 20% dan
    80%. Ini menunjukkan
    majoriti pelajar di IPTS ialah
    bukan bumiputera.                   Jumlah       122,189   263,098   392,552
    Kesannya, pergaulan antara
    kaum terbatas mengikut
    kumpulan etnik tertentu.
  JADUAL: BILANGAN INSTITUSI, PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA, SEHINGGA 31 DISEMBER 2002


          INSTITUSI                BILANGAN      BILANGAN
                                     INSTITUSI     PELAJAR

    IPTS Bertaraf Universiti           11          29,747

 IPTS Bertaraf Universiti (Kolej       1            488
            Universiti)

IPTS Bertaraf Univesiti (Kampus        3           6,836
    Cawangan Dalam Negara)

IPTS Bertaraf Universiti (Kampus       4           4,740
      Cawangan Luar Negara)

 IPTS Bukan Bertaraf Univesiti        518         252,789
            (Kolej)
       Keseluruhan IPTS               534         294,600
•   Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai untuk mengikuti
    pendidikan tinggi, kerajaan telah mewujudkan IPTS yang dibuka kepada
    semua kaum tanpa dikenakan sebarang kuota. Bahasa Inggeris juga diberi
    kelonggaran untuk digunakan sebagai bahasa pengantar.

•   Sebelum kaedah meritokrasi digunakan untuk kemasukan ke IPTA, kaedah
    kuota digunakan, iaitu berasaskan populasi pada 70-an iaitu 55 peratus
    Bumiputera, 35 peratus Cina dan 10 peratus India.Kuota itu dikira
    berasaskan keseluruhan bilangan pelajar, bukan semestinya setiap kursus.
    Sejak sesi kemasukan 2002/2003, kaedah kuota untuk kemasukan ke IPTA
    dimansuhkan.

•   Kedudukan Bumiputera bagi ketiga-tiga tahun berturut-turut diamalkan
    meritokrasi ialah 68.9 peratus pada sesi 2002/2003, 62.6 peratus pada sesi
    2003/2004 dan 63.8 peratus pada 2004/2005. Dalam sistem meritokrasi,
    kedudukan Bumiputera lebih selesa berbanding dengan penggunaan kuota,
    yang hanya menetapkan 55 peratus.
•   Sistem meritokrasi juga dilihat mengurangkan bilangan pelajar Melayu bagi
    kursus-kursus kritikal. Kebanyakan kursus kritikal seperti Perubatan,
    Pergigian, Perakaunan dan kejuruteraan dalam ketiga-tiga tahun
    pelaksanaannya, kedudukan Bumiputera melebihi sistem kuota sedia ada
    iaitu melebihi 55 peratus. Program Perubatan pada tahun lalu misalnya 56.4
    peratus, Pergigian 58.9 peratus, Kejuruteraan Elektronik 72.8 peratus,
    Kejuruteraan Kimia 63.4 peratus manakala Perakaunan 57.5 peratus.
    Bagaimanapun, kedudukan Bumiputera dalam program Undang-Undang,
    Farmasi dan Ekonomi tidak mencapai 55 peratus.

•   Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, (Fasal 2,3,4) telah memperuntuk
    mengenai biasiswa, bantuan dan lain keistimewaan pelajaran atau latihan
    atau kemudahan khas diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera
    Borneo setakat kemampuan kerajaan. Jelasnya, keistimewaan biasiaswa
    tidak lagi dikhususkan kepada pelajar bumiputera walaupun ini telah
    termaktub di dalam Perlembagaan. Pemberian biasiswa telah diubah
    kepada pinjaman pendidikan boleh ubah mengikut keputusan pelajar. Yang
    terbaru apabila kesemua pelajar perlu membuat pinjaman pendidikan iaitu
    PTPTN untuk membiayai kos pendidikan mereka.
•   Amat jelas bilangan pelajar
                                      JADUAL: SAIZ PENDUDUK
    bukan bumiputra lebih tinggi
    berbanding pelajar              MALAYSIA,1995-
                                    MALAYSIA,1995-2005 (juta orang)
    bumiputra, walaupun jumlah
    penduduk bumiputra pada         Penduduk      1995 (%)     2000 (%)     2005 (%)
    tahun 2000 ialah 65.1%
    berbanding cina 26.0% dan
    India 7.7%. Sewajarnya         Bumipuputera   12.47/63.3   14.56/66.1   16.59/67.3
    golongan bumiputera diberi
    keistimewaan dalam aspek
    pendidikan berikutan jumlah
                                       Cina       5.22/26.5    5.58/25.3    6.04/24.5
    bumiputera yang
    ramai.Majoriti yang tinggal
    di luar bandar kurang
    mendapat kemudahan                India        1.49/7.6     1.63/7.4     1.78/7.2
    pendidikan yang sempurna.

                                    Kaum lain      0.50/2.6     0.27/1.2     0.25/1.0



                                     Jumlah         20.68        23.27        26.04
                                      Penduduk
•   Pada umumnya , boleh dikatakan bahawa tidak terdapat banyak
    perkembangan dalam undang –undang Perlembagaan mengenai
    pendidikan.Pindaan Perlembagaan Persekutuan dilakukan kepada
    Perkara153 untuk menjamin peluang pendidikan tinggi bagi pelajar
    Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.Pemberian bantuan
    biasiswa serta bantuan khas pendidikan turut disediakan untuk
    orang Melayu dan dan Bumiputera Borneo, setakat kemampuan
    kerajaan seperti yang diperuntuk dalam Perkara153.
KESIMPULAN
•   Perlembagan Malaysia umumya dan Artikel 153 khususnya bukanlah
    bertujuan untuk melindungi kepentingan bumiputera semata-mata.
    Mempertahankan hak-hak bumiputera tidak bermakna perkauman.
    Sebaliknya, ia turut menjaga kepentingan bukan bumiputera. Walaupun
    bumiputera merupakan penduduk pribumi dan telah termaktub di dalam
    perlembagaan dengan mempunyai hak-hak istimewa, namun, kesanggupan
    mereka untuk berkongsi dengan kaum lain amat bernilai. Begitu juga
    dengan semangat toleransi bukan bumiputera ke arah menjamin perpaduan
    kaum di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab
    mempertahankan Perlembagaan Malaysia demi kejayaan negara yang
    cemerang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.
…TERIMA
KASIH…

								
To top