Docstoc
EXCLUSIVE OFFER FOR DOCSTOC USERS
Try the all-new QuickBooks Online for FREE.  No credit card required.

Masa Depan Palestin

Document Sample
Masa Depan Palestin Powered By Docstoc
					                   Masa Depan Palestin
           Dari Kaca Mata Al-Israa‟ wa Al-Mi‟raaj


Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Ketibaan bulan Rejab selalunya dikaitkan dengan peristiwa al-Israa‟ wa al-Mi‟raaj.
Walaupun saya pernah bertemu dengan sekurang-kurangnya lima pendapat yang
diperselisihkan ulama tentang tarikh sebenar peristiwa itu, namun umumnya umat Islam
secara masyhur menerima 27 Rejab sebagai tarikh yang terpakai.

Jika kita mengimbas kembali ke beberapa tahun yang lalu, masjid-masjid sering
mengadakan keramaian memperingati peristiwa ini sehingga ada di antaranya mencapai
tiga malam berturut-turut. Banyak sungguh kisah yang dipaparkan sehingga kita terngaga
mendengar Israa‟ dan Mi‟raaj ini, yang pengisahannya terbang ke udara seperti mitos dan
buah mulut „Tukang Karut‟ al-Qassaseen. Tidak hairanlah golongan yang sememangnya
berpenyakit di hati, dengan mudah melemparkan racun dakyah dengan mengatakan kisah
al-Isra‟ wa al-Mi‟raj lebih merupakan dongengan daripada fakta yang tsabit dan realiti.
Golongan ini hidup di dalam masyarakat yang gemarkan kisah al-Israa' wa al-Mi'raaj versi
mitos yang tidak berdisiplin mengikut nas-nas al-Quran serta hadith dan riwayat sejarah
yang diterima pakai. Pada manusia yang mengagungkan logik akal ini mereka akan
menempelak kisah al-Quran yang 'tidak masuk akal', sedangkan yang tidak masuk akal itu
adalah versi kisah yang salah. Versi yang telah ditokok tambah dengan kesedapan riwayat
palsu sehingga memadam kemurnian dan ketinggian nilai yang asal.

Namun bagi kita, kisah al-Israa‟ wa al-Mi‟raaj adalah kisah yang tsabit dengan nas al-
Quran. Allah SWT menyebut di dalam surah Al-Israa‟ ayat 1:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-
Israa‟ 17: 1]

Begitu juga di dalam Sahih al-Bukhari dan syarahnya Fathul Bari memang banyak terdapat
riwayat yang membuktikan kebenaran dan perincian kisah ini.

Oleh kerana kisah ini merupakan salah satu kisah al-Quran, maka ia perlu dipelajari dan
diperbentangkan dengan menggunakan manhaj al-Quran. Sebagaimana kisah-kisah para
Nabi mesti dibersihkan dari riwayat Israiliyyat, maka kisah al-Israa‟ wa al-Mi‟raaj ini juga
mestilah didisiplinkan dengan hanya menyandarkan pengisahan dan pembelajaran
menerusi nas al-Quran dan riwayat-riwayat yang sahih. Kitab as-Seerah an-Nabawiyyah
as-Sahihah: Muhaawalah lee Tathbeeq Qawaa‟ed al-Muhadditheen fee Naqd riwaayaat as-
Seerah an-Nabawiyyah (Sirah Nabawiyyah Sahihah: Suatu Usaha ke Arah Mempraktikkan
Kaedah Para Ahli Hadeeth di dalam Penilaian Riwayat Sirah Nabawiyyah) oleh Doktor
Akram Dhiya‟ al-„Umari boleh dijadikan sebagai panduan di dalam menganalisa riwayat
yang sahih serta menyaringnya dari yang tidak sahih. Tidak mungkin cerita al-Israa' wa al-
Mi'raaj yang merupakan nas al-Quran serta kalam Nabi SAW yang sahih, dihuraikan
dengan menggunakan riwayat yang tiada asal usul dengan sesuka hati.
Tumpuan juga harus dibuat kepada usaha mengeluarkan teladan atau „ibrah kisah
tersebut dan bukan hanya membaca atau menceritakannya sebagai halwa telinga. Fungsi
kisah di dalam al-Quran adalah untuk membentangkan 'ibrah bagi orang-orang yang
sempurna akal fikirannya.

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat 'ibrah (teladan) bagi mereka yang
sempurna akal fikirannya. Ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia
mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya
dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah
petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. " [Surah Yusuf 12: 111]

Proses kita mendapatkan teladan menerusi kisah al-Israa‟ wa al-Mi‟raaj sememangnya
boleh dibuat dari pelbagai sudut. Amat banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dan
suatu penulisan atau penyampaian terpeinci boleh dibuat untuk mengumpulkan „ibrah dari
kisah tersebut. Walaupun saban tahun kita mengadakan kuliah atau ceramah bersempena
dengan peristiwa ini, kita tidak akan habis mengulas dan mengeluarkan segala teladan
daripadanya. Sememangnya al-Quran itu menzahirkan ketinggian lautan mukjizatnya
dengan cara ini.

Akan tetapi jika kita meninjau surah al-Israa‟, mahu tidak mahu kita mesti menyentuh topik
utamanya iaitu berkenaan dengan Palestin, Yahudi, sejarah dan masa depannya. Kerana
itu jugalah surah ini dikenali sebagai surah Bani Israel. Bahkan diskusi mengenai hal
ehwal Yahudi melalui surah al-Israa‟ ini memenuhi hampir seluruh surah berkenaan
hingga ke ayat 104 daripada 111 ayat surah berkenaan. Dalam ertikata yang lain,
perbincangan mengenai al-Israa' wa al-Mi'raaj tidak boleh sama sekali mengenepikan topik
Palestin dan Yahudi kerana ia menjadi isi terpenting surah al-Israa' itu sendiri.

Surah ini juga telah diturunkan di Mekah sebelum Hijrah, iaitu sebelum pertemuan dan
konfrontasi rasmi Nabi SAW dengan Yahudi di Madinah. Ia menjadi taklimat rabbani dari
Allah SWT agar Nabi SAW dan umat Islam bersedia, matang dan mengenali selok belok
tabiat, perancangan dan kesudahan Yahudi yang menjadi musuh utama umat Islam.

Di dalam ayat 4 dan 5, Allah SWT menyebut:

“Dan Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab (Taurat) itu: "Sesungguhnya kamu
akan melakukan kerosakan sebanyak dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku
sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas
kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada
kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka
menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.”

Para ahli tafsir yang silam berselisih pendapat di dalam menentukan apakah yang
dimaksudkan dengan dua kerosakan yang dilakukan oleh orang Yahudi itu. Misalnya Imam
at-Tabari menyatakan bahawa kerosakan yang pertama adalah pembunuhan yang
dilakukan oleh kaum tersebut terhadap Nabi Zakaria A.S. dan kerosakan yang kedua pula
adalah bilamana Yahudi membunuh anak baginda iaitu Nabi Yahya A.S. Namun apabila
kita merenung konteks ayat itu secara keseluruhannya, ia sukar untuk ditsabitkan
menerusi tafsiran yang cuba dibuat oleh Imam at-Tabari Rahimahullah. Penafsiran itu yang
bersandarkan kepada Israiliyyat, terbuka kepada semakan semula apatah lagi ia sukar
hendak disesuaikan dengan konteks ayat itu sendiri. Jika dua kerosakan itu adalah di
zaman Nabi Zakaria dan Yahya Alayhima as-Salaam, maka siapa pula "hamba-hamba Kami
yang kuat gagah" yang diutuskan Allah untuk menundukkan Yahudi pada masa tersebut?
Raja Babylon manakah yang dimaksudkan sebagai hamba-hamba Allah itu?
Dan Allah SWT menyifatkan pemerintahan Yahudi di era dua kerosakan itu sebagai
pemerintahan yang sombong dan angkuh dengan melampau. Maka pemerintahan
manakah yang sombong dan angkuh itu, jika kita menerima tafsiran berkenaan?

Maka persoalan-persoalan ini menjadikan kita tidak dapat menerima riwayat yang
dibentangkan oleh Imam at-Tabari Rahimahullah itu. Namun, tidaklah pula hal ini menjadi
suatu keaiban kepada Imam at-Tabari. Jauh sekali! Mungkin pada masa para ulama Tafsir
kita mengarang tafsir mereka, bangsa Yahudi ini hidup merempat dan terhina sehingga
tidak terlihat di pandangan para Ulama‟ kita bagaimana mereka ini boleh bangkit semula
sebagai bangsa yang bongkak ke arah merealisasikan kerosakan kedua mereka.

Firman Allah SWT:

“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari
dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah
dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh
dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap
berlaku.” [Al-Israa‟ 17.5]

Sesungguhnya kerosakan yang pertama yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah -Wallaahu
a‟laam- kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi di Yathrib sebelum tiba Nabi SAW di dalam
peristiwa Hijrah, juga selepasnya. Mereka mencetuskan peperangan berlanjutan di antara
Aus dan Khazraj. Mereka membuli bangsa Arab di Yathrib dengan propaganda mereka
bahawa Nabi akhir zaman akan muncul dari kalangan Yahudi dan akan memenangkan
sepenuhnya kaum Yahudi mengatasi Arab. Bahkan Aus dan Khazraj dihina kerana Yahudi
membanggakan kedudukan mereka sebagai 'Ahli Kitab'. Dalam masa yang sama mereka
menekan ekonomi Yathrib menerusi amalan riba dan monopoli perniagaan. Yahudi
berniaga secara sihat sesama mereka tetapi mengenakan riba yang tinggi apabila
berurusan dengan orang lain. Sesungguhnya penguasaan mereka adalah penguasaan
yang sombong bongkak dan kufur. Ini adalah kerana Yahudi pada masa itu telah pun
menolak keimanan kepada Nabi Isa Alayhi as-Salaam. Mereka adalah entiti kufur dan
kecelaan mereka adalah kecelaan yang tumbuh dari kekufuran terhadap Allah SWT.
Mereka mengkhianati perjanjian dan sentiasa bekerjasama dengan kaum Munafiq untuk
menyebarkan fitnah dan huru hara di segenap penjuru bumi.

Maka Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat ke Madinah
dan ketibaan „hamba-hamba Allah” yang kuat gagah dan perkasa ini telah mengusir jauh
Yahudi bersama fasad mereka bukan sahaja dari Madinah bahkan dari seluruh
Semenanjung Tanah Arab.

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan
Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami
jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.” [Al-Israa‟ 17.6]

Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa jahat ini tidak
berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung Tanah Arab, setelah terusir dari bumi
Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun berkuasa dan mengalahkan “mereka” iaitulah
umat Islam yang suatu ketika dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama
mereka. Ia adalah pertembungan gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa
bukanlah dengan kekuatan asli dari sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan
pihak „luar‟ berupa harta kekayaan dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai.
Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz (‫ )ﻢﻛﺎﻧﺪﺪﻣﺃﻮ‬iaitu “Kami perpanjangkan
sokongan” sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber ekonomi dan tenaga manusia
kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu adalah dari sumber luar.
Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi. Mereka
sedang menghancur binasakan bumi Palestin, umat Islam dan dunia secara
keseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini, Amerika
Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada Yahudi untuk
mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini menjadi kuasa besar
dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah menjadi sumber kekuatannya.

Namun, apakah semua ini kekal? Apakah Yahudi akan menang? Kita sebagai umat Islam
percaya bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam. Kita bersikap optimis
bukanlah dengan menyandarkan harapan kepada statistik kekuatan kita semata-mata.
Namun kita meyakininya dengan jiwa dan raga ini, kerana ia adalah janji Allah SWT dan
Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW tidak menyalahi
janji.

"Dan itulah hari-hari (kemenangan dan kekalahan) yang Kami gilirkan ia sesama manusia"
[ Surah Ali Imran 3: 140]

Seterusnya Allah SWT berfirman:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk
diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada
diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu)
kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu
(dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis)
sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-
Israa‟ 17: 7]

Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam.
Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun,
kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi
Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-
Khattab Radhiyallahu „anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan
kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan
iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh
diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan
dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa
itulah bumi Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan
bagi seluruh umat Islam!
“Tidak        akan
berlaku   Kiamat
sehinggalah
kamu memerangi
Yahudi.        Dan
kamu memerangi
mereka sehingga
pokok dan batu
berkata-kata.
Lantas           ia Nitraria Retusa atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai pokok Gharqad
menyebut, wahai (sumber: http://sisu.typepad.com/sisu/2004/week7/)
Muslim,     wahai
hamba       Allah,
dibelakangku ini
ada       Yahudi,
marilah ke sini
dan bunuhlah ia!
Kecuali    pokok
Gharqad kerana
ia adalah dari
pokok Yahudi”

[Hadeeth riwayat
al-Bukhari,
Muslim dan at-
Tirmidhi]

Hayatilah peristiwa al-Israa‟ wa al-Mi‟raaj ini dengan semangat membebaskan umat Islam
dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin serta penjajahan budaya, undang-
undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah air umat Islam yang tercinta. Allahu
Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd.

Rujukan:

1.    Haqaa‟iq Qur‟aaniyyah hawla al-Qadhiyyah al-Filastiniyyah (Hakikat-hakikat al-Quran
di sekitar Permasalahan Palestin) oleh Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi, penerbitan
Filastin al-Muslimah London NW2 4JQ, UK.

2.   As-Seerah an-Nabawiyyah as-Sahihah: Muhaawalah lee Tathbeeq Qawaa‟ed al-
Muhadditheen fee Naqd riwaayaat as-Seerah an-Nabawiyyah (Sirah Nabawiyyah Sahihah:
Suatu Usaha ke Arah Mempraktikkan Kaedah Para Ahli Hadeeth di dalam Penilaian
Riwayat Sirah Nabawiyyah) oleh Doktor Akram Dhiya‟ al-„Umari, Maktabah al-Obekan,
Riyadh.

ABU SAIF
25 Rejab 1425H / 9 September 2004

www.saifulislam.com

				
DOCUMENT INFO
Description: Peringatan tentang Masa Depan Palestin.
Deen Yusof Deen Yusof Basic Worker
About Still researching and studying the whole aspect of "world" Together, we share. Living is about sharing. The more you share, the happier you are.. :-)