Docstoc

MODUL TAHUN EMPAT

Document Sample
MODUL  TAHUN EMPAT Powered By Docstoc
					Bidang     :   Akademik


Tajuk      :   Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran


Objektif   :   Murid dapat:

                  1. Memberi maklumat tentang kepentingan setiap mata pelajaran
                     dalam Tahap 2.
                  2. Mendedahkan kepentingan setiap mata pelajaran di peringkat
                     sekolah rendah.
                  3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Kertas A4


Langkah-   :   Set induksi:
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa
               mata pelajaran yang mereka pelajari.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan
                     setiap mata pelajaran.

                  2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata
                     pelajaran menggunakan kertas A4 yang diberikan.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap
                     mata pelajaran Tahap 2:

                           a.   Bahasa Malaysia
                           b.   Bahasa Inggeris
                           c.   Matematik
                           d.   Sains
                           e.   Pendidikan Agama Islam / Moral
                           f.   Kemahiran Hidup
                           g.   Kajian Tempatan
                           h.   Pendidikan Seni Visual

                                                                             1
                         i.   Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatan
                         j.   Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Penilaian   :   Melalui catatan maklumat yang dibuat oleh murid.

                Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan
Rumusan     :   murid memperolehi kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai
                murni.


Falsafah    :   Ilmu Panduan Hidup




                                                                              2
Bidang      :   Akademik


Tajuk       :   Kemahiran Belajar - Kemahiran Menggunakan Kamus


Objektif    :   Murid dapat:
                  1. Memahami kepentingan penggunaan kamus.
                  2. Mencari sumber maklumat dengan tepat dan cepat.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 4


Bahan       :   Kamus Bahasa Melayu, Laptop / LCD, Lampiran A 4A


                Set induksi:
Langkah-    :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid tentang
                cara mencari makna perkataan yang tidak difahami.
                    1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan perkataan-
                       perkataan yang jarang atau tidak pernah didengar oleh
                       murid. Contoh – ( cangkir, jamung )
                    2. Guru Bimbingan dan     Kaunseling   membimbing    murid
                       menggunakan kamus.
                    3. Murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan yang
                       dipaparkan.
                    4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan petikan
                       berkaitan kepada murid.
                    5. Murid membaca, menggunakan kamus dan mencatat
                       perbendaharaan kata dalam buku nota.


Penilaian   :   Murid dapat mencari makna perkataan menggunakan kamus.



Rumusan     :   Pendedahan tentang kepentingan menggunakan kamus dalam
                pembelajaran yang berkesan.


                                                                                 3
Falsafah   :   1. Membaca jambatan ilmu.
               2. Kaya perbendaharaan kata, luas pengetahuan.




                                                                4
                                                   Lampiran A 4A

                    Tuan Rumah Menang


     Terengganu     melonjak     tangga     keenam      selepas
menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi Liga Super yang
terpaksa dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
semalam selepas ditunda kelmarin akibat hujan lebat.

     Tuan rumah hanya memerlukan lapan minit untuk membuka
jaringan menerusi bekas penyerang bawah 20 tahun
kebangsaan, Abdul Manaf Mamat yang mengejutkan pelawat
menerusi gerakan serangan pertama mereka.

     Dominasi pasukan bimbingan Ken Worden itu berterusan
pada babak kedua, namun terpaksa menanti sehingga masa
kecederaan untuk menjaringkan gol kedua menerusi sepakan
percuma Zairo Anuar Zailani.




                                                               5
Bidang     :   Akademik


Tajuk      :   Kemahiran Mendengar Berkesan


Objektif   :       1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat dalam proses
                      mendengar.
                   2. Murid dapat menggunakan deria mata, telinga, hati dan minda
                      dalam proses mendengar.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Laptop / LCD, Rakaman bunyi-bunyian (alat muzik / bunyi haiwan /
               kenderaan ), Lampiran A 4B


               Set Induksi:
Langkah-   :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan rakaman bunyi-
               bunyian. Contoh: alat muzik / bunyi haiwan / kenderaan
                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
                     tentang bunyi-bunyian tersebut.
                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
                     bunyi-bunyian tersebut mengikut urutan.
                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan           kepentingan
                     mendengar aktif dalam proses pembelajaran.
                  4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang langkah-
                     langkah dalam proses mendengar.
                   Proses Mendengar
                         i.   Dengar
                        ii.   Lihat
                       iii.   Faham / Menghayati
                       iv.    Buat catatan

                   5. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberikan oleh Guru
                      Bimbingan dan Kaunseling seperti berikut:

                                                                              6
                            Buletin Utama
                            Cadangan aktiviti:
                            -   Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
                            -   Seorang murid (mewakili kumpulannya) diminta
                                menyampaikan berita berpandukan petikan yang diberi
                                oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
                            -   Satu    kumpulan     bertindak sebagai pengganggu
                                penyampaian berita (membuat bising: tepuk tangan/
                                ketawa/ menyanyi/ dll)
                            -   Satu kumpulan bertindak sebagai pendengar dan pelapor
                                isi-isi penting
                            -   Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
                                pentingnya mendengar dengan menggunakan kombinasi
                                telinga dan mata secara optimum


Penilaian   :   Murid diberikan ujian dengan menulis semula bahan yang didengar
                daripada Penyampai Berita.



Rumusan     :   Kemahiran mendengar adalah salah satu proses yang berterusan.


                  1. Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.
Falsafah    :
                  2. Rajin bertanya bertambah ilmu




                                                                                7
Lampiran A 4B




            8
Bidang     :   Akademik


Tajuk      :   Pengurusan Masa ( 8X3 )


Objektif   :   Murid dapat:
                 1. Mengenal pasti aktiviti yang perlu seorang murid lakukan
                 2. Menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan
                 3. Mengenal pasti kepentingan pengurusan masa


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Kalkulator ( Untuk kegunaan guru ), Lampiran A 4C


               Set induksi:
Langkah-   :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling membuka perbincangan          dengan
               meminta murid menyenaraikan aktiviti harian mereka .
                 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi
                     anggaran masa setiap aktiviti yang disenaraikan.
                 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan panduan mudah
                     pembahagian masa dengan kaedah 8 X 3.
                          8 jam TIDUR
                          8 jam REHAT ( Beribadat , riadah )
                          8 jam BELAJAR ( Termasuk waktu belajar di sekolah )
                 3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi panduan dan
                    meminta murid mengisi jadual waktu persendirian pada hari
                    persekolahan dan juga cuti sekolah.
                 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memasukkan
                     nama mata pelajaran pada hari dan masa yang sesuai .
                 5.   Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih murid secara rawak
                      untuk membentangkan hasil kerja mereka dan menggalakkan
                      murid lain untuk bertanya atau memberi pendapat.



                                                                                    9
                  6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.



Penilaian   :   Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk dijadikan
                panduan dalam mengurus masa.



Rumusan :       Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.


Falsafah    :   Masa itu nyawa




                                                                          10
                                                  Lampiran A 4C

                      JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN
HARI/MASA   7.30pg-
            2.00ptg
  ISNIN


 SELASA


  RABU


 KHAMIS


 JUMAAT


 SABTU


  AHAD



                                                             11
            :
Bidang          Akademik

Tajuk       :   Masihkah Kau Ingat

            :   Murid dapat:
Objektif             - Mengaplikasi teknik mengingat dalam proses pembelajaran.

            :   60 minit
Masa
            :
Sasaran         Tahun 4
            :
Bahan           Lampiran A 4D, Klip Video ( bahan tambahan )


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling menayang 5 keping gambar secara
                pantas dan meminta murid menyebut semula gambar tersebut dalam
                tempoh 1 minit.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menayangkan klip video yang
                      sesuai dan memberi 5 soalan berkaitan klip video tersebut. Murid
                      tidak dibenarkan mencatat.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengulang tayang klip video
                      dengan membenarkan murid mencatat. Guru Bimbingan dan
                      Kaunseling memberikan 5 soalan yang berbeza.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membandingkan
                      dapatan aktiviti pertama dan kedua. Guru Bimbingan dan
                      Kaunseling memberi penekanan pentingnya konsep mencatat dan
                      mengulang dalam proses mengingat.



Penilaian   :   Catatan murid berdasarkan aktiviti yang diberi


Rumusan     :   Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting


Falsafah    :   Ilmu itu hendaklah difahami dan diamalkan
                “Ilmu yang tidak diamalkan laksana pohon tidak berbuah” – Bidalan Arab



                                                                                  12
              Lampiran A 4D


Kad Imbasan




                         13
                                    Klip Video

                               Masihkah Kau Ingat




Contoh Soalan:

   1. Berapakah orang lelaki yang muncul dalam klip video tersebut?

  2. Berapa jumlah kon yang terdapat dalam klip video tersebut?

  3.   Apakah yang dibawa oleh perempuan yang berbaju hijau?

  4.   Apakah yang ditakuti oleh orang yang melalui khemah itu?

  5.   Bagaimanakah situasi di tempat tersebut?




* Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru. Sebarang jawapan yang
diberi oleh murid boleh diterima jika bersesuaian.




                                                                               14
Bidang      :   Kerjaya

Tajuk       :   Kenali Minat Anda


                Murid dapat:
Objektif    :     1. Mengenali minat masing-masing
                  2. Menyesuaikan minat dengan kerjaya yang ingin diceburi

                60 minit
Masa        :

Sasaran     :   Tahun 4

Bahan           Gambar pekerjaan / suasana di tempat kerja, Lampiran K 4A
            :

Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar suasana di
                tempat kerja.

                   1. Soal jawab secara lisan dengan murid.

                   2. Beberapa orang murid mencatat contoh pekerjaan yang
                      mereka lihat dan diketahui.

                   3. Perbincangan pekerjaan yang mereka minati dan murid
                      menyatakan bidang tugas kerjaya tersebut .
                      Contoh : Kerjaya Polis. Apakah bidang tugasnya?

                   4. Membuat lembaran kerja ( Suaikan kerjaya dengan bidang
                      tugas )

                   5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                      keseluruhan tentang kerjaya yang dibincangkan.


Penilaian   :   Menyiapkan latihan yang diberikan


Rumusan     :   Setiap orang mempunyai minat yang berbeza .Namun secara realiti ,
                adakalanya minat dan kerjaya yang diceburi tidak sama jadi jangan
                putus asa .



                                                                                    15
Falsafah   :   Minat mempengaruhi individu dalam memilih kerjaya.




                                                                    16
                                                                                           Lampiran K 4A

1. Minat saya ialah:

         a. _________________________________
         b. _________________________________
         c. _________________________________


2. Saya boleh
                         jika anda boleh buat.

         Saya boleh.............

              a. Membaca
              b. Menulis
              c. Mengira
              d. Melayari Internet
              e. Menjahit
              f. Memasak
              g. Lain-lain:

                 i. ..................................................................

                 ii. ..................................................................

                 iii. ..................................................................

                 iv. ..................................................................




                                                                                                      17
Bidang      :   Kerjaya


Tajuk       :   Aku dan Kerjaya.


Objektif    :   Murid dapat:
                  1. Menyatakan usaha yang dilakukan demi mencapai kejayaan.
                  2. Mengenali potensi diri bagi mencapai cita-cita kerjayanya.


Masa        :   60 minit

Sasaran     :   Tahun 4
            :
Bahan           Kertas mahjong, pen marker, Lampiran K 4B


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Lakonan tanpa suara oleh seorang murid yang sukarela
                menggayakan perwatakan kerjaya yang diminatinya.

                    1. Murid meneka perwatakan kerjaya yang dilakonkan.

                    2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang
                       kerjaya yang telah dilakonkan.

                    3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

                    4. Kemudian murid diminta untuk membuat peta minda berkaitan
                       dengan usaha untuk mencapai kerjaya yang dipilih .

                    5. Pembentangan hasil dapatan dan Guru Bimbingan dan
                       Kaunseling membuat rumusan.


Penilaian   :   Menyiapkan peta minda yang diarahkan.

            :
Rumusan         Usaha perlu ada untuk mencapai sesuatu kerjaya yang dipilih.


Falsafah    :   Kerjaya yang dipilih harus disertai dengan usaha yang berterusan.




                                                                                    18
                                                              Lampiran K 4B

   PETA MINDA



  DOKTOR                                   GURU
  _______________________________          _______________________________

  _______________________________          _______________________________

  _______________________________          _______________________________

  _______________________________          _______________________________

  _______________________________          _______________________________




                           USAHA UNTUK MENCAPAI
                            KERJAYA YANG DIPILIH




AHLI PENIAGAAN                             JURUTERA
_______________________________            _______________________________

_______________________________            _______________________________

_______________________________            _______________________________

 _______________________________           _______________________________
MODUL 3 TAHUN 4
 _______________________________           _______________________________



                                                                             19
Bidang      :   Kerjaya

Tajuk       :   Aktiviti ko-kurikulum dan kerjaya
                Murid dapat:
Objektif    :
                  1. Menjuruskan aktiviti kokurikulum ke arah kerjaya yang sesuai.
                  2. Mengaplikasikan nilai-nilai yang diterapkan dalam aktiviti
                    kokurikulum kepada kerjaya.

                60 minit
Masa        :

                Tahun 4
Sasaran     :
                Jigsaw puzzle (gambar kerjaya), Lampiran K 4C
Bahan       :
Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Murid mencantumkan semula gambar ( Seperti „jigsaw - puzzle‟ ) di
                papan putih.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid berkaitan
                     gambar. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengaitkan gambar
                     dengan aktiviti ko-kurikulum.

                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
                     persatuan dan kelab yang ada di sekolah.

                  3. Perbincangan kumpulan .
                     - Menyatakan kerjaya-kerjaya yang berkaitan dengan persatuan /
                     kelab / unit beruniform dan nilai-nilai murni yang dapat diamalkan
                     daripada persatuan kelab / unit beruniform yang disertai.

                  4. Pembentangan hasil dapatan dan rumusan oleh Guru Bimbingan
                     dan Kaunseling.


Penilaian   :   Borang pengurusan grafik dilengkapkan

                Setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi dapat memberikan nilai yang
Rumusan     :
                sesuai.
                Nilai murni yang terdapat di dalam kokurikulum membantu dalam
Falsafah
            :   kerjaya kita .



                                                                                      20
                                                    Lampiran K 4C

AKTIVITI KOKURIKULUM SAYA IALAH:
   i.........................................
   ii........................................
   iii......................................


Nilai-nilai murni aktiviti persatuan saya ialah:-




                             NILAI-NILAI MURNI
                              DALAM AKTIVITI
                              BERPERSATUAN




                                                               21
            :   Kerjaya
Bidang
            :   Aku Seorang Ahli Perniagaan
Tajuk
Objektif    :   Murid dapat:
                  1. Menyatakan jenis-jenis dan tugas ahli perniagaan
                  2. Menyenaraikan kelebihan menjadi ahli perniagaan

            :   60 minit
Masa
            :   Tahun 4
Sasaran
            :   Lampiran K 4D
Bahan
Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar orang sedang
                berniaga.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid tentang gambar
                     yang ditunjukkan.

                  2. Murid dibahagikan kepada kumpulan.

                  3. Murid menyenaraikan jenis-jenis perniagaan dan kelebihan
                     menjadi ahli perniagaan.

                  4. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil
                     perbincangan.

                  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumus isi perbincangan.

Penilaian   :   Murid menyenaraikan tugas dan kelebihan menjadi ahli perniagaan.

Rumusan     :   Bidang perniagaan adalah kerjaya yang boleh diceburi.

Falsafah        90% rezeki adalah dari bidang perniagaan.
            :




                                                                                   22
                                                          Lampiran K 4D


                             Suasana Pekerjaan




Senaraikan tugas dan kelebihan menjadi ahli perniagaan.


                       Tugas Ahli Perniagaan




                 Kelebihan Menjadi Ahli Perniagaan




                                                                     23
Bidang      :   Kerjaya

Tajuk       :   Masa Depanku

Objektif    :   Murid dapat:
                  - Menerangkan perbezaan antara matlamat jangka pendek dan
                      jangka panjang.

Masa        :   60 minit

Sasaran     :   Tahun 4

Bahan       :   Kad aktiviti, kertas warna, pen marker, krayon dan bahan hiasan
                Lampiran K 4E dan Lampiran K 4F

Langkah-    :   Set Induksi:
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal tentang cita-cita murid.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan Kad Matlamat
                      Jangka Pendek dan menjelaskannya. Contoh: 5A - UPSR

                   2. Sesi perbincangan: Murid menyatakan matlamat mereka secara
                      individu.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan Kad Matlamat
                      Jangka Panjang dan menjelaskannya.

                      Contoh: Ijazah - Saya ingin mendapatkan ijazah dalam bidang
                      kedoktoran.

                   4. Sesi perbincangan: Murid menyatakan kerjaya pilihan.

                   5. Murid mencatat dalam lampiran yang diberi oleh Guru
                      Bimbingan dan Kaunseling serta menghiasinya dengan lakaran
                      yang disukai.

Penilaian   :   Murid dapat menyenaraikan matlamat jangka pendek dan jangka
                panjang.

Rumusan     :   Setiap individu perlu ada matlamat hidup yang jelas.
Falsafah        Perancangan matlamat yang betul dapat menjamin kehidupan yang
                sempurna




                                                                                    24
                                                          Lampiran K 4E




                 Matlamat Jangka Pendek

Nama                 :

Tahun                :

Sasaran Pencapaian   :

                                      Penilaian Semasa

 Matapelajaran    UPSR
                         Ujian 1     Ujian 2    Ujian 3     Ujian 4


Bahasa Melayu


Bahasa Melayu


Bahasa Inggeris


   Matematik


     Sains


Keputusan


Tandatangan :                      Tarikh :




                                                                      25
                                                                   Lampiran K 4F


               Matlamat Jangka Panjang

Potong perkataan di bawah dan lekatkan di ruang yang disediakan.




                                 Sila Lekat Di sini




                                                           Tamat Tingkatan
     Universiti                  Penganggur                     Tiga

                                                               Mempunyai
   Pusat Serenti                Pondok Buruk               Pekerjaan Yang Baik


  Menjadi Orang
    Ternama                     Kereta mewah                 Penagih Dadah



   Rumah Besar                   Hidup Susah                Keluarga Bahagia

                                               Keluarga Porak
                     Basikal                      Peranda

                                                                              26
Bidang      :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk       :   Hidup Bermasyarakat

Objektif    :   Murid dapat:
                  1. Mengenali jiran dan masyarakat sekeliling
                  2. Hidup perlukan masyarakat
                  3. Bersikap toleransi dan tolong-menolong

Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 4


Bahan       :   Lampiran PS 4A


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid bercerita tentang jiran
                mereka.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PS 4A
                      yang menunjukkan gambar gotong royong.

                   2. Murid diminta memberikan maklum balas terhadap gambar yang
                      terdapat dalam Lampiran PS 4A.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menulis
                      kenyataan berdasarkan gambar yang terdapat pada Lampiran
                      PS 4A.

                   4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                      keseluruhan tentang faedah hidup bermasyarakat.



Penilaian   :      Menyiapkan latihan yang diberikan




                                                                                  27
                 1. Manusia memerlukan orang lain untuk menjalani kehidupan
Rumusan    :     2. Hidup perlukan jiran dan masyarakat
                 3. Setiap individu saling menyumbang antara satu sama lain.


Falsafah   :   Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.




                                                                               28
Lampiran PS 4A




            29
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Kemahiran Mengawal Emosi

               Murid dapat:
Objektif   :
                  1. Mengetahui cara mengawal emosi dalam semua keadaan.
                  2. Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku akibat
                     emosi yang tidak stabil.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Keratan Akhbar


Langkah-   :   Set Induksi :
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat lakonan gaya orang yang
               tidak rasional. Contoh: ketawa seorang diri, bercakap seorang diri, dan
               lain-lain.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan keratan akhbar
                     mengenai tindakan yang tidak rasional. Contoh: bergaduh,
                     merempit, mengamuk dan sebagainya.

                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling merangsang murid dengan
                     soalan-soalan berdasarkan petikan akhbar.

                      -   Soalan berdasarkan pertanyaan Apa, Siapa, Bila, Di mana,
                          Bagaimana dan Mengapa perkara itu terjadi.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan ulasan terhadap
                     jawapan murid.

                  4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tindakan yang
                     perlu diambil ketika berada dalam keadaan emosi tidak stabil /
                     tidak rasional.

                                                                                     30
                   5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan akibat tidak
                      dapat mengawal emosi.

Penilaian   :   Penglibatan murid semasa aktiviti perbincangan dan soal jawab.

                Perbuatan tidak dapat mengawal emosi mendatangkan kesan kepada
Rumusan     :   individu yang terlibat dan orang lain perkara ini boleh dihindarkan
                dengan cara mengawal emosi.


Falsafah    :   Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna




                                                                                      31
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Katakan Tidak!

               Murid dapat:
Objektif   :
                  1. Mengetahui dan membezakan antara perkara yang positif dan
                     negatif.
                  2. Mengatakan tidak kepada gejala-gejala negatif.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Keratan akhbar dan gambar-gambar gejala negatif, kertas lukisan /
               kertas A4

           :   Set induksi :

               Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil beberapa orang murid
               melakonkan perbuatan tidak bermoral tanpa suara.
               Contohnya: merokok, mencuri, vandalisme dan sebagainya.

                      1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan petikan
                         akhbar berkaitan isu gejala negatif melibatkan murid-murid.

                      2. Meminta murid menyenaraikan apa yang dilihat berkaitan
Langkah-                 nilai negatif.
langkah
                      3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan perkara
                         negatif dan meminta murid menyatakan „tidak‟ pada gambar
                         perbuatan negatif yang ditunjukkan.

                      4. Seterusnya murid melukis poster „Katakan Tidak‟ kepada
                         gejala negatif. Contoh: rokok, buli, arak, dadah dan lain-lain.

                      5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                         keseluruhan tentang aktiviti yang dijalankan.




                                                                                           32
                  1. Melalui penglibatan dalam perbincangan dan soal jawab.
Penilaian   :     2. Poster dihasilkan melalui aktiviti melukis.

Rumusan     :   Murid bijak menolak secara berhemah terhadap perkara-perkara
                negatif.


Falsafah    :   Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan




                                                                               33
Bidang      :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk       :   Berfikiran Positif

Objektif    :   Murid dapat:

                   1. Berfikir secara positif.
                   2. Menjauhi gejala-gejala yang tidak sihat.
Masa
            :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 4


Bahan       :   Lampiran PS 4B (Senikata lagu undang-undang pengakap)

                Set induksi:
Langkah-    :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menyanyikan lagu undang-undang
                pengakap dan meminta murid meneka nama lagu yang dinyanyikan.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan senikata lagu
                      undang-undang pengakap dan meminta murid menjelaskan
                      apa yang mereka faham tentang isi yang terdapat dalam lirik
                      lagu tersebut.

                   2. Menyebut nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu tersebut.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menjelaskan 3
                      perkara yang menunjukkan pemikiran positif iaitu suci fikiran,
                      suci perkataan dan suci perbuatan.

                   4. Murid menyanyikan lagu undang-undang pengakap bersama-
                      sama.

                   5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
                      pemikiran positif.


Penilaian   :   Murid dapat membezakan antara pemikiran positif dan negatif.




                                                                                       34
           :   Pada masa kini banyak gejala sosial yang sering disalah tafsir dan
Rumusan
               perbuatan itu boleh mempengaruhi murid-murid.


Falsafah   :   Berfikiran positif pemangkin gaya hidup sihat.




                                                                                    35
                                                            Lampiran PS 4B




 UNDANG-UNDANG             UNDANG-UNDANG             UNDANG-UNDANG
   PENGAKAP                  PENGAKAP                  PENGAKAP
Dipercayai taat berguna   Dipercayai taat berguna   Dipercayai taat berguna
  Bersaudara berbudi        Bersaudara berbudi        Bersaudara berbudi
   kasihkan binatang         kasihkan binatang         kasihkan binatang
    Menurut perintah          Menurut perintah          Menurut perintah
  Tabah hati, berjimat      Tabah hati, berjimat      Tabah hati, berjimat
      Suci fikiran              Suci fikiran              Suci fikiran
     Suci perkataan            Suci perkataan            Suci perkataan
    Suci perbuatan            Suci perbuatan            Suci perbuatan




 UNDANG-UNDANG              UNDANG-UNDANG             UNDANG-UNDANG
   PENGAKAP                   PENGAKAP                  PENGAKAP
Dipercayai taat berguna   Dipercayai taat berguna    Dipercayai taat berguna
  Bersaudara berbudi        Bersaudara berbudi         Bersaudara berbudi
   kasihkan binatang         kasihkan binatang          kasihkan binatang
    Menurut perintah          Menurut perintah           Menurut perintah
  Tabah hati, berjimat      Tabah hati, berjimat       Tabah hati, berjimat
      Suci fikiran              Suci fikiran               Suci fikiran
     Suci perkataan            Suci perkataan             Suci perkataan
    Suci perbuatan            Suci perbuatan             Suci perbuatan




                                                                     36
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Saya Anak Bermaruah

               Murid dapat :
Objektif   :
                  1. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri
                  2. Berusaha menghindari diri dari gejala negatif


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Lampiran PS 4C (Borang maklumat diri)

               Lampiran PS 4D (Borang kelebihan dan kelemahan diri)


Langkah-   :   Set induksi:
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling mengeluarkan wang kertas RM10
               yang tertera gambar DYMM Agong pertama Tuanku Abdul Rahman
               Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad. Kemudian mempersoalkan
               mengapa kebanyakan murid tidak mengenali tokoh tersebut
               sedangkan wang digunakan setiap hari dalam kehidupan.

                 1. Penerangan tentang aktiviti cara mengisi borang yang akan
                    diedarkan.

                 2.   Murid melengkapkan borang maklumat diri di Lampiran PS 4C

                 3. Murid menyenaraikan kekuatan dan kelemahan diri di Lampiran
                    PS 4D

                 4.   Guru Bimbingan dan Kaunseling mengambil hasil kerja murid
                      secara rawak dan membacanya.

                 5.   Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.




                                                                                  37
Penilaian   :   Murid dapat melengkapkan Lampiran PS 4C dan Lampiran PS 4D



Rumusan     :   Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan diri.
                Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki disamping berusaha untuk
                memperbaiki diri ke arah kebaikan.


Falsafah    :   Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan
                nama.




                                                                                 38
                                                 Lampiran PS 4C

Arahan : Lengkapkan Maklumat Diri Anda


                                    DIRI SAYA




Nama          :…………………………………………………
Nama panggilan :……………………………………………
Alamat        : …………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….
Nama Bapa :…………………………………………………………
Nama Ibu      :…………………………………………………
Bil. Adik-beradik   :………………………………..
Anak yang ke        :…………………………
Cita-cita     :
              1. …………………………………………………

              2. …………………………………………………

Hobi :
              1. ………………………………………………..

              2. ………………………………………………..

Makanan kesukaan         :…………………………………………………..…
Minuman kesukaan         :………………………………………………………
Tinggi saya         :……………… cm
Berat saya          :……………… kg
Idola saya          :………………………………………………
Kawan karib saya    :……………………………………………………
Tempat yang selalu saya lawati   :………………………………………………………
Tempat yang ingin saya lawati    :………………………………………………………

                                                             39
Orang yang paling saya sayangi :
   1. ………………………………………………………………………………………………
   2. ………………………………………………………………………………………………
   3. ………………………………………………………………………………………………

Orang yang banyak membantu dan berjasa kepada saya :
   1. ………………………………………………………………………………………………
   2. ………………………………………………………………………………………………
   3. ………………………………………………………………………………………………




                                                       40
            Lampiran PS 4D




+ve   -ve




                        41
Bidang      :   Keibubapaan


Tajuk       :   Aduhai Ayahku


Objektif    :   Murid dapat:

                   1. Mengetahui peranan dan tanggungjawab bapa sebagai ketua
                      keluarga


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 4


Bahan       :   Kertas mahjung, kertas A4, pen marker


Langkah-    :   Set induksi :
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar
                berkaitan dengan pekerjaan.

                   1. Guru      Bimbingan   dan   Kaunseling bersoal   jawab   tentang
                       pekerjaan bapa murid.
                   2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
                   3. Murid diminta menyenaraikan peranan dan tanggungjawab
                       seorang bapa.
                   4. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.

                Guru Bimbingan dan Kaunseling dan murid membuat rumusan tentang
                peranan dan tanggungjawab bapa dalam keluarga .


Penilaian   :   Murid berupaya menyenaraikan peranan dan tanggungjawab bapa.


Rumusan     :   Bapa berperanan mencorak kehidupan keluarga.


Falsafah    :   Keberkatan hidup bermula dari keredhaan ibu bapa


                                                                                    42
Bidang     :   Keibubapaan


Tajuk      :   Istimewanya Ayah dan Ibuku


Objektif   :   Murid dapat:

                  1. Mengetahui keistimewaan yang ada pada ibu bapa masing-
                     masing.
                  2. Membezakan antara sikap positif dan negatif.
                  3. Menyenaraikan sikap-sikap positif ibu dan bapa.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Lampiran IB 4A dan Lampiran IB 4B


Langkah-   :   Set induksi :
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan petikan sajak Ayah
               dan Ibu. Murid diminta mendeklamasikan sajak tersebut.

                  1. Seorang murid diminta untuk memilih salah seorang idolanya
                     sama ada ibu atau ayah.

                  2. Murid tadi diminta untuk menceritakan mengenai sikap idolanya
                     yang sangat disukai.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta semua murid memilih
                     idola mereka.

                  4. Murid diminta menulis ciri-ciri peribadi idola yang disukai
                     berdasarkan lampiran yang diedarkan.

                  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai sifat-
                     sifat positif yang perlu ada pada seorang ibu dan ayah.

                  6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara

                                                                                   43
                      keseluruhan tentang tajuk.



Penilaian   :   Murid dapat melengkapkan ciri-ciri idola masing-masing berdasarkan
                lembaran kerja yang diberi.



Rumusan     :   Setiap anak perlu menanamkan nilai kesyukuran dalam diri kerana
                dikurniakan ibu bapa yang mempunyai banyak keistimewaan.



Falsafah    :   Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia




                                                                                     44
                                                                                      Lampiran IB 4A

Arahan : Lukiskan gambar idola anda.




IDOLA SAYA IALAH :.................................................................

ISTIMEWANYA IBU / AYAH SAYA KERANA :

1.___________________________________________________________

2.___________________________________________________________

3.___________________________________________________________

4.___________________________________________________________

5.___________________________________________________________

6.___________________________________________________________

7.___________________________________________________________

8.___________________________________________________________

9.___________________________________________________________

10.___________________________________________________________



                                                                                                  45
                                       Lampiran IB 4B



                  AYAH IBU

       AYAH IBU DUA JIWA SUNGGUH MULIA
   KASIH SAYANG MEREKA TIADA TANDINGANNYA
        TIADA NILAIANNYA TIADA GANTINYA

    AYAH BEKERJA TAK HIRAUKAN PENAT LELAH
   DEMI KEBAHAGIAAN ANAKNYA YANG TERCINTA
MENGHARAPKAN NANTINYA JADI INSAN YANG MULIA …

     IBU TAK JEMU-JEMU MELAYANI MAHUMU
  SEMUA YANG DIINGINKAN CUBA DITURUTINYA …
   ABADI KASIHNYA SEHINGGA ... KE SYURGA …


     AIR MATA KEDUANYA PERSIS PERMATA
          PASTIKAN TERBITNYA NANTI
             DARI HATI YANG SUCI
  BUKANNYA KECEWA DENGAN SIKAP ANAKNYA…




                                                        46
Bidang      :     Keibubapaan


Tajuk       :     Kad Hikmah

Objektif    :     Murid dapat :

                     1. Mengetahui tarikh lahir setiap ahli keluarga.
                     2. Memupuk sikap berkasih sayang antara ahli keluarga.
                     3. Melahirkan penghargaan mereka kepada ahli keluarga
                        melalui kad yang disediakan.
Masa
            :     60 minit


Sasaran         : Tahun 4


Bahan       :     Kertas Lukisan, pensel warna dan kertas warna

                  Set induksi :
Langkah-    :
langkah           Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut
                  jenis-jenis kad ucapan.

                     1. Murid diminta menyenaraikan nama ahli keluarga dan
                        tarikh lahir mereka dalam kertas lukisan.

                     2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid
                        menyediakan kad hari lahir yang mempunyai gambar,
                        tarikh lahir dan nama ahli keluarga.

                     3. Kad hari lahir yang telah siap dihantar kepada ahli
                        keluarga.

            :     Murid menyediakan kad hari lahir yang mempunyai gambar ahli
Penilaian
                  keluarga.


Rumusan     :     Mengingat tarikh lahir setiap ahli keluarga boleh mengeratkan
                  jalinan kekeluargaan


Falsafah          Keluarga sejahtera membawa bahagia
            :



                                                                                47
Bidang      :   Keibubapaan


Tajuk       :   Kasih sayang


Objektif    :   Murid dapat:

                   1. Mengetahui dan mengenali ahli keluarga dengan lebih
                      dekat lagi.
                   2. Mengeratkan dan menambahkan rasa kasih sayang di
                      kalangan ahli keluarga.

Masa        :   30 minit

Sasaran     :   Tahun 4
Bahan           Lampiran IB 4D
            :
                Set induksi :
Langkah-    :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menunjukkan
                gambar ahli keluarga masing-masing.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan carta
                      kenali ahli keluarga.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cara
                      mengisi carta kenali ahli keluarga.

                   3. Murid-murid mengisi carta tersebut berdasarkan
                      pengetahuan sedia ada mereka mengenali ahli keluarga.

                   4. Bagi murid yang tidak dapat mengisi bahagian tersebut
                      dengan lengkap boleh menyambung tugasan di rumah .

                Murid mengenali ahli keluarga mereka dengan lebih dekat lagi.
Penilaian   :
                Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang
Rumusan     :
                pentingnya mengenali ahli keluarga masing-masing.
Falsafah    :   Kasih sayang tidak boleh dijual beli




                                                                                48
                                                               Lampiran IB 4D


                   SOAL SELIDIK KENALI AHLI KELUARGA

Arahan : Isikan maklumat mengenai ahli keluarga anda.



                              Kegemaran
Ahli             Makanan        Minuman        Warna    Hobi   Cita-cita
Bapa
Ibu
Kakak
Abang
Adik




                                                                           49
Bidang     :   Keibubapaan


Tajuk      :   Main masak-masak

           :   Murid dapat:

                  1. Memahami tanggungjawab setiap ahli keluarga.
Objektif
                  2. Memainkan peranan sebenar setiap ahli keluarga.
                  3. Membentuk kerjasama yang kukuh dalam kalangan ahli
                     keluarga.

Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 4


Bahan      :   Plastesin dan kertas warna

               Set induksi :
Langkah-   :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar sebuah
               keluarga bahagia yang sedang menjamu selera kepada murid-
               murid.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid-
                     murid kepada beberapa kumpulan.

                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan peranan
                     dan membuat agihan tugas kepada setiap ahli dalam
                     kumpulan.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta ahli keluarga
                     menyediakan satu hidangan (makan tengah hari ) untuk
                     ahli keluarga.

                  4. Murid membentuk plastesin (peralatan dapur dan bahan
                     masakan).

                  5. Murid melakonkan peranan mereka.

                  6. Guru Bimbingan dan Kaunseling memerhati dan
                     membimbing setiap aktiviti lakonan mereka.

                  7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan

                                                                            50
                      secara keseluruhan tentang tanggungjawab setiap ahli
                      keluarga melalui perbincangan.

                   Contoh :

                         a. Adakah mereka berjaya menghasilkan hidangan
                            makan tengah hari tersebut?

                         b. Apakah perasaan mereka semasa melakonkan
                            peranan yang diberi?

                         c. Siapakah ahli yang paling penting dalam
                            keluarga?



Penilaian   :   Melakonkan peranan sebagai salah seorang ahli keluarga.



Rumusan     :   Setiap ahli keluarga mempunyai peranan yang besar dalam
                membentuk keluarga bahagia.


Falsafah    :      Keluargaku penyeri hidupku




                                                                             51
Bidang     :   Pembangunan Diri


Tajuk      :   Potensi Diri / Kemahiran Membuat Keputusan


Objektif   :   Murid dapat:

                  1. Mengenalpasti bakat dan kemampuan diri.
                  2. Mengawal emosi dalam apa jua situasi.
                  3. Merancang dan menentukan tindakan.


Masa       :   60 minit


Sasaran    : Tahun 4


Bahan      :    1. Lampiran PD 4A
                2. Kertas A4.


Langkah-   :   Set induksi:
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
               kemalangan jalan raya. Dicadangan gambar kemalangan jalan
               raya dari keratan akhbar atau Lampiran PD 4A

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
                     menyatakan beberapa kemalangan yang mereka
                     ketahui.

                  2. Murid diminta menyatakan tindakan yang pernah diambil
                     ketika mereka menghadapi situasi kemalangan.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih satu situasi
                     kemalangan dan meminta murid menyenaraikan
                     langkah-langkah yang perlu diambil.

                  4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membincangkan
                     keputusan yang diambil oleh murid.

                  5. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang
                     dibincangkan.


                                                                             52
Penilaian   :   Murid dapat menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil
                ketika menghadapi kemalangan.



Rumusan     :   Murid perlu bertenang dan prihatin terhadap diri serta
                persekitaran ketika menghadapi sebarang situasi.


Falsafah    :   Berfikir sebelum bertindak




                                                                           53
Lampiran PD 4A




            54
Bidang     :   Pembangunan Diri


Tajuk      :   Pengurusan Diri / Awal Remaja


Objektif   :   Murid dapat:
                 1. Menguruskan diri dengan baik.
                 2. Menjaga kebersihan diri.
                 3. Menyayangi diri sendiri.
                 4. Menjaga penglihatan, pendengaran, sentuhan dan
                     tutur kata.


Masa       :   60 minit


Sasaran    : Tahun 4


Bahan      :    1. Gambar murid lelaki dan perempuan
                2. Lampiran PD 4B


Langkah-   :   Set induksi:
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar remaja
               yang berlainan jantina.

               Murid diminta mencari dan menyatakan perbezaan dari gambar
               tersebut dan mengaitkan dengan diri mereka sendiri.

                 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan perubahan
                    yang berlaku dalam proses akil baligh ( lelaki dan
                    perempuan) serta menekankan kepentingan menjaga
                    penglihatan, pendengaran, sentuhan dan tutur kata dalam
                    pergaulan.

                 2. Murid menyenaraikan adab-adab dalam pergaulan dari
                    aspek penglihatan, pendengaran, sentuhan dan tutur kata
                    seperti dalam Lampiran PD 4B.

                     Contoh:

                     Penglihatan (tidak menjeling / merenung terlalu lama).
                     Pertuturan (tidak mengejek / memaki, pujian).

                                                                              55
                      Sentuhan (tidak memukul , meraba, bersalaman)

                  3. Murid membentangkan senarai yang telah dilengkapkan.

                  4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dari
                     perbincangan dan menekankan aspek pencegahan.

                     Contoh:

                     Pergaduhan antara pelajar biasanya berpunca daripada
                     perbuatan menjeling, diikuti dengan ejek-mengejek dan
                     akhirnya bergaduh. Pencabulan biasanya bermula dengan
                     renungan jahat, disusuli dengan pujukan seterusnya
                     sentuhan.


Penilaian   :   Murid dapat menyenaraikan adab-adab dalam pergaulan dari
                aspek penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pertuturan.



Rumusan     :   1. Murid perlu mengetahui perubahan fizikal pada diri sendiri.

                2. Murid perlu menghormati bentuk fizikal seseorang.


Falsafah    :   Hormatilah orang di sekeliling anda.




                                                                                 56
                      Lampiran PD 4B




Boleh                 Jangan




        PENGLIHATAN

Boleh                 Jangan




        PERTUTURAN

Boleh                 Jangan




         SENTUHAN




                                  57
Bidang      :   Pembangunan Diri


Tajuk       :   Asas Komunikasi


Objektif    :   Murid dapat:
                   1. Berkomunikasi dengan yakin dan berkesan.
                   2. Menggunakan laras bahasa yang betul.
                   3. Melatih diri untuk bersopan-santun dalam pertuturan.


Masa        :   60 minit


Sasaran     : Tahun 4


Bahan       :   Kertas A4.


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
                dialog dalam situasi majlis hari lahir yang pernah mereka hadiri.
                Contoh: Murid mengucapkan tahniah semasa majlis hari lahir.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid lain
                      memberi komen tentang dialog yang terdapat dalam
                      lakonan tersebut.

                   2. Murid dan guru berbincang tentang kepentingan
                      berkomunikasi dengan laras bahasa yang betul dan
                      bersopan-santun.

                   3. Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
                      menulis dialog dan melakonkannya. (contoh: situasi di
                      pasar, situasi perayaan kaum)

                   4. Guru membuat rumusan tentang kepentingan
                      berkomunikasi dengan betul dan berkesan.


Penilaian   :   Murid berkomunikasi dengan betul melalui dialog serta lakonan
                mengikut situasi.


                                                                                    58
Rumusan    :   Murid perlu melatih diri untuk berkomunikasi dengan yakin dan
               berkesan.


Falsafah   :   Komunikasi yang baik membentuk peribadi mulia.




                                                                           59
Bidang      :   Pembangunan Diri


Tajuk       :   Semangat Cintakan Sekolah / Benci Vandalisme


Objektif    :   Murid dapat:

                   1. Memupuk semangat sayangkan harta benda sekolah.
                   2. Menghargai kemudahan yang disediakan.
                   3. Menanam sikap benci kepada vandalisme.


Masa        :   60 minit


Sasaran     : Tahun 4


Bahan       :      1. Gambar vandalisme .
                   2. Kertas lukisan.


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan                gambar
                vandalisme dan murid diminta memberi ulasan.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
                      menyatakan tempat yang kerap berlakunya vandalisme
                      di kawasan sekolah.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
                      menyatakan tindakan yang perlu diambil ketika mereka
                      berhadapan dengan vandalisme.

                   3. Murid melukis    poster   dengan   tajuk   „Kami    Benci
                      Vandalisme‟.

                   4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
                      berdasarkan tajuk yang dibincangkan.


Penilaian   :   Murid dapat melukis poster „Kami Benci Vandalisme‟.



                                                                              60
Rumusan    :      1. Murid perlu bertanggungjawab menjaga harta benda
                     sekolah dan kemudahan awam.

                  2. Menanam sikap membenci vandalisme di kalangan
                     murid.

Falsafah   :   Sayangi dan hargailah kemudahan yang disediakan.




                                                                    61
Bidang     :   Pembangunan Diri


Tajuk      :   Semangat Cintakan Sekolah / Menjaga Kebersihan


Objektif   :   Murid dapat:

                  1. Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah.
                  2. Menanam sikap sukakan kebersihan.


Masa       :   60 minit


Sasaran    : Tahun 4


Bahan      :    1. Lampiran PD 4C
                2. Wisel.
                3. Cebisan kertas / sampah.


Langkah-   :   Set induksi:
langkah
               Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan contoh gambar
               tentang sikap murid terhadap kebersihan dan murid diminta
               memberi ulasan dari gambar tersebut. Rujuk Lampiran PD 4C

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
                     menyatakan tempat yang paling kotor di sekolah dan
                     menyatakan tindakan yang perlu diambil untuk
                     membersihkan kawasan tersebut.

                  2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
                     kawasan untuk mereka bergotong royong membersihkan
                     kelas.

                  3. Murid bersaing untuk memastikan kawasan mereka
                     bersih sehingga Guru Bimbingan dan Kaunseling
                     menamatkan dengan tiupan wisel.

                  4. Murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang telah
                     dijalankan.



                                                                         62
Penilaian   :   Murid melaksanakan aktiviti bergotong royong membersihkan
                kelas.



Rumusan     :   1. Murid perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan.
                2. Menanam sikap sukakan kebersihan.


Falsafah    :   Kebersihan mencerminkan peribadi unggul.




                                                                        63
Lampiran PD 4C




            64
Bidang      :   Pembangunan Diri


Tajuk       :   Potensi Diri


Objektif    :   Murid dapat:

                   1. Bersedia menerima teguran dan pandangan orang lain.
                   2. Menanamkan budaya bermaaf-maafan.


Masa        :   60 minit


Sasaran     : Tahun 4


Bahan       :   Kertas A4


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Murid memilih pasangan dengan mencari sahabat karib mereka
                di dalam kelas.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memilih
                      pasangan masing-masing (sama jantina)

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas
                      kosong A4 kepada semua murid.

                   3. Murid diminta mencatatkan sikap positif yang terdapat
                      pada diri pasangan masing-masing.

                   4. Setiap murid akan membaca catatan          mengenai
                      pasangan masing-masing di hadapan kelas.

                    5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta pandangan
                       murid lain sama ada mereka mempunyai pandangan
                       yang sama.


Penilaian   :   Murid dapat mengenalpasti sikap positif yang ada pada
                pasangan masing-masing.


                                                                            65
Rumusan    :      1. Murid dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan
                     yang ada pada diri sendiri supaya lebih berkeyakinan.

                  2. Murid dapat mengekalkan sikap positif yang ada pada
                     mereka.

                  3. Sentiasa menerima cadangan, nasihat atau teguran
                     secara terbuka dan tidak berdendam.


Falsafah   :   Tidak ada manusia yang sempurna.




                                                                         66
Bidang        :   Pendidikan Pencegahan



Tajuk         :   Jauhi Rokok.


                  Murid dapat:
Objektif      :
                    1. Menyenaraikan 5 ciri negatif perokok.
                    2. Membezakan perokok dan bukan perokok.


Masa          :   60 minit


Sasaran       :   Tahun 4


Bahan         :   Lampiran PP 4A, Kertas A4



Langkah     - :   Set induksi:
Langkah
                  Murid melihat gambar yang dipamerkan. Rujuk Lampiran PP 4A

                     1. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka
                        setelah melihat gambar.

                     2. Murid diminta menyenaraikan secara bertulis keburukan merokok.

                     3. Murid diminta membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.


Penilaian     :   Murid dapat menyenaraikan keburukan merokok.



Rumusan       :   Tabiat merokok adalah amalan yang tidak baik.



Falsafah      :   Merokok membahayakan kesihatan.


                                                                                  67
                                  Lampiran PP 4A



KOLEKSI GAMBAR KUMPULAN PEROKOK




                                              68
Bidang      :   Pendidikan Pencegahan (Alkohol)


Tajuk       :   Mitos dan Realiti Alkohol


Objektif    :   Murid dapat:

                   1. Memberikan tanggapan sebenar mengenai alkohol.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 4


Bahan       :   Lampiran PP 4B, Lampiran PP 4C


Langkah-    :   Set induksi:
langkah
                Murid melihat gambar jenis-jenis minum beralkohol yang ditunjukkan
                oleh guru.

                   1. Setiap murid diberi Lampiran PP 4B dan Lampiran PP 4C.
                      Guru Bimbingan Dan Kaunseling menerangkan perkara
                      sebenar di sebalik tanggapan salah tersebut.

                   2. Murid diminta membuat rumusan mengenai keburukan tabiat
                      ketagihan alkohol.


Penilaian   :   Soal selidik.
                Jumlah ‟ ya‟ Bahagian A lebih banyak daripada Bahagian B
                menunjukkan murid dipengaruhi oleh tanggapan salah berkaitan
                ketagihan alkohol.


Rumusan     :   Tidak semua tanggapan yang baik, merupakan perkara baik.



Falsafah    :   Jauhi alkohol untuk kesejahteraan hidup.




                                                                               69
                                                                      Lampiran PP 4B

Sila tandakan ( _/ ) sekiranya pernyataan tersebut anda setuju, tandakan ( X ) sekiranya
pernyataan tersebut anda tidak setuju.

BAHAGIAN A

                                                                         YA TIDAK
1   Penggunaan alkohol membuat seseorang individu berasa seperti
    dewasa.
2   Alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan
    diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut
3   Alkohol membuatkan seseorang itu nampak "cool" dan berjaya.
4   Alkohol menghilangkan rasa bosan dan memberi keseronokan.
5   Adalah lebih baik mengambil alkohol semasa remaja supaya anda
    boleh berhenti mengambilnya semasa dewasa ketika anda
    mempunyai lebih tanggungjawab.
6   Alkohol dapat membantu melepaskan anda dari permasalahan
    dalam hidup.

BAHAGIAN B

                                                                       YA    TIDAK
1    Remaja yang tidak mengambil alkohol adalah lebih matang dan
     dapat berfikir secara rasional. Mereka juga kurang bermasalah.
2    Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh lebih dipercayai dan
     merupakan kawan yang sentiasa mengambil berat.
     Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa penggunaan
     alkohol.
3    Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana ini jelas tidak "cool"
     dan juga merbahaya.
4    Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila seseorang itu
     mengambil bahagian dalam aktiviti sihat dan tidak mabuk.
     Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan lama
     dan mudah dilupakan.
5    Remaja juga mempunyai tanggungjawab yang penting.
     Malahan, Alkohol boleh mengakibatkan ketagihan hingga ke
     peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat pada usia yang
     muda menjadikan seseorang itu lebih baik dan sihat apabila
     dewasa kelak.
6    Menghilangkan masalah melalui penggunaan alkohol
     merupakan penyelesaian jangka pendek sahaja. Menggunakan
     alkohol sebagai cara untuk menangani masalah adalah tidak
     benar. Penggunaannya akan menimbulkan lebih banyak
     masalah dalam jangka pendek dan panjang.


                                                                                     70
                                                                   Lampiran PP 4C



    Mitos                               Realiti tentang kegunaan alkohol
1   Penggunaan alkohol membuat          Remaja yang tidak mengambil alkohol
    seseorang individu berasa seperti   adalah lebih matang dan dapat berfikir
    dewasa.                             secara rasional. Mereka juga kurang
                                        bermasalah.
2   Alkohol memudahkan mereka           Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh
    mendapat ramai kawan dan            lebih dipercayai dan merupakan kawan
    diterima sebagai sebahagian dari    yang sentiasa mengambil berat.
    kumpulan tersebut                   Perhubungan
                                        antara kawan juga lebih sihat tanpa
                                        penggunaan alkohol.
3   Alkohol membuatkan seseorang        Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana
    itu nampak "cool" dan berjaya.      ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.
4   Alkohol menghilangkan rasa          Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
    bosan dan memberi keseronokan.      seseorang itu mengambil bahagian dalam
                                        aktiviti sihat dan tidak mabuk.
                                        Kegembiraan di bawah pengaruh alkohol
                                        tidak bertahan lama dan mudah dilupakan.

5   Adalah lebih baik mengambil         Remaja juga mempunyai tanggungjawab
    alkohol semasa remaja supaya        yang penting. Malahan, Alkohol boleh
    anda boleh berhenti                 mengakibatkan ketagihan hingga ke
    mengambilnya semasa dewasa          peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
    ketika anda                         pada usia yang muda menjadikan
    mempunyai lebih tanggungjawab.      seseorang
                                        itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
                                        kelak.
6   Alkohol dapat membantu              Menghilangkan masalah melalui
    melepaskan anda dari                penggunaan alkohol merupakan
    permasalahan dalam hidup.           penyelesaian jangka pendek sahaja.
                                        Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
                                        menangani masalah adalah tidak benar.
                                        Penggunaannya akan menimbulkan lebih
                                        banyak masalah dalam jangka pendek dan
                                        panjang.




                                                                                     71
                  Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )
Bidang        :


                  Jauhi Inhalan
Tajuk         :

                  Murid dapat:
Objektif      :
                     1. Menonjolkan idea-idea kreatif dalam lukisan.
                     2. Menyampaikan maklumat berkaitan berdasarkan lukisan.
              :
Masa              60 minit
              :
Sasaran           Tahun 4
              :
Bahan             Kertas lukisan, pensel warna, Lampiran PP 4D

                  Set induksi:
Langkah     - :
langkah           Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan beberapa contoh
                  gambar berkaitan inhalan sebagai panduan.
                     1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang gambar
                        yang dipamerkan. Bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.
                     2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas lukisan dan
                        pensel warna kepada murid-murid.
                     3. Murid melukis poster yang mengandungi kata-kata yang
                        menggambarkan kebencian pada inhalan.
                     4. Lukisan dipamerkan di papan kenyataan kelas.


                  Murid menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.
Penilaian     :


                  Guru menyemai sikap benci inhalan.
Rumusan       :


                  Jauhi Inhalan Hidup Pasti Ceria
Falsafah      :




                                                                                 72
Lampiran PP 4D




            73
                 Pendidikan Pencegahan Dadah
Bidang       :



Tajuk        :   Dadah, Cegah Sebelum Terjebak.


                 Murid dapat:
Objektif     :
                    1. Membentuk tingkahlaku yang baik
                    2. Menyatakan rasa benci terhadap dadah

Masa         :
                 30 minit

Sasaran      :   Tahun 4


Bahan        :   Bahan berkaitan Bahaya Dadah, „Dadah Musuh Negara‟ dan alatan
                 multimedia, ikrar anti dadah (sumber : PPDa)


Langkah    - :   Set induksi :
langkah          Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti dengan meminta
                 seorang murid membaca ikrar “Kami Benci Dadah”.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat pengajaran secara
                      kelas tentang penyalahgunaan dadah yang dibenci oleh setiap
                      agama.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan
                      dengan murid mengenai soalan-soalan berikut:-
                        i.Mengapakah semua agama menentang penyalahgunaan
                            dadah?
                        ii. Apakah hukum penyalahgunaan dadah kepada individu
                            menurut agama anutan murid ?

                   3. Setiap murid dibimbing dan diberi peluang untuk memberikan
                      jawapan masing-masing.

                   4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
                      jawapan yang diberikan oleh murid mengikut perspektif agama.




                                                                               74
                   1. Sesi Soal jawab
Penilaian   :
                   2. Pemerhatian


Falsafah    :   Amalan tanpa ilmu adalah sia-sia




                                                   75
Bidang      :   Pendidikan Pencegahan


Tajuk           Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS

                Murid dapat:
Objektif    :
                   1. Menyatakan punca jangkitan penyakit HIV / AIDS.
                   2. Menyenaraikan cara-cara mencegah jangkitan pada diri dan ahli
                      keluarga.

Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 4


Bahan       :    Carta HIV / AIDS, Brosur HIV / AIDS ( disediakan oleh Guru Bimbingan
                dan Kaunseling )


Langkah-    :   Set induksi :
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan carta Punca dan
                Akibat Penyakit HIV / AIDS.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
                     tentang carta yang ditunjukkan.

                  2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan
                     diberi tugasan seperti Lampiran PP 4E. Setiap kumpulan
                     membuat pembentangan.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai
                     akibat penyakit HIV / AIDS


Penilaian   :   Murid dapat menjawab soalan dalan Lampiran PP 4E


                Amalkan gaya hidup sihat
Falsafah    :




                                                                                  76
                                                             Lampiran PP 4E




Tugasan Kumpulan



Kumpulan 1         :   Punca-punca HIV

Kumpulan 2         :   Kesan HIV ke atas pesakit

Kumpulan 3         :   Kesan psikologi kepada diri pesakit

Kumpulan 4         :   Cara-cara mencegah HIV




                                                                         77

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:1920
posted:7/5/2010
language:Malay
pages:77
Description: Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bimbingan dan Kaunseling sekolah Rendah