Mencontohi Sifat Wuduk dan Tayammum Rasulullah SAW.

Description

Wahai orangorang yang beriman apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangantangan kamu hingga sikusiku kamu dan sapulah kepala kamu serta basuhlah kakikaki kamu sehingga ke kedua mata kaki AlMaidah 56
Sesungguhnya aku diperintah agar berwuduk apabila aku ingin mendirikan solat HR Abu Daud 3760 Tirmizi 1848 Nasaii 173 Disahihkan oleh AlAlbani Lihat asSahihah 57621
Dari Humran bin Aban bahawasanya Uthman meminta air untuk berwuduk lalu menyebutkan sifat wuduk Nabi Beliau berkata di penghujung hadis Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini kemudian mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkatakata keji pada diriya maka diampunkan segala dosadosa yang telah berlalu HR Bukhari 11213 Muslim 226 Dan AnNasaii 1698
Sesiapa berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian ke masjid lalu ia dapati orang sudah selesai mengerjakan solat Allah memberikan pahala sebagaimana pahala orang yang sudah solat tidak dikurangi sedikitpun ganjaran yang mereka perolehiHR Abu Daud No 564 Nasaii No 865 Disahihkan oleh AlAlbani Lihat Sahih Jamiu asSaghir No 6039
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosadosa dan mengangkat derajat kamu Mereka menjawab Mahu wahai Rasulullah Baginda bersabda Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah sering berjalan ke masjid solat jamaah dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat Yang demikian itu adalah ribat jihadperjuangan yang demikian itu ribat yang demikian itu ribat

Hr Muslim 133

Reviews
Shared by: Nu'man Mohd Faisal
Stats
views:
401
rating:
not rated
reviews:
0
posted:
3/1/2009
language:
pages:
0
WUDUK MENURUT SUNNAH RASULULLAH (Sallallahu „Alaihi wa-Sallam) Oleh: Ust. Rasul Bin Dahri www.rasuldahri.com SIFAT WUDUK RASULULLAH Menurut bahasa wuduk iaitu didhammahkan huruf wawnya bermaksud berwuduk. Jika difathahkan wawnya bermaksud air wuduk. Menurut syara: Menggunakan air bersih untuk membasuh anggota tertentu yang ditetapkan oleh syara: 1 “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”.1 “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk”.2 “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwuduk)”.3 “Tidak diterima solat seseorang antara kamu jika berhadas sehinggalah dia berwuduk”.4 “Kunci solat itu ialah bersuci, diharamkan (melakukan sesuatu kecuali pekerjaan solat) setelah bertakbir dan penghalalannya ialah setelah memberi salam”.5 “Sesungguhnya aku diperintah agar berwuduk apabila aku ingin mendirikan solat”.6 1 2 3 4 5 6 . Al-Maidah. 5:6. . H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. . H/R Muslim 1/60. . H/R Bukhari. 1/206. Muslim. No. 225. . H/R Abu Daud. No 60. Tirmizi. No. 3. Dan Ibnu Majah. No 275. . H/R Abu Daud 3760. Tirmizi 1848. Nasaii 1/73. Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: as-Sahihah. 57621. 2 WUDUK YANG SEMPURNA MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA “Apabila seseorang hamba Muslim atau mukmin berwuduk, setelah membasuh wajahnya, keluar dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh matanya bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosadosanya”.7 Barang siapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosadosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya”.8 “Barang siapa berwuduk seperti ini (wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”.9 “Bersuci itu sebahagian dari iman”.10 7 8 9 . H/R Muslim 1/148. . H/R Muslim 3/133. . H/R Muslim 3/113. . H/R Muslim. 1/140. 10 3 “Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman meminta air untuk berwuduk, lalu menyebutkan sifat wuduk Nabi. Beliau berkata di penghujung hadis: Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata keji pada diriya maka diampunkan segala dosa-dosa yang telah berlalu”.11 “Sesiapa berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian ke masjid, lalu ia dapati orang sudah selesai mengerjakan solat, Allah memberikan pahala sebagaimana pahala orang yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun ganjaran yang mereka perolehi”.12 “Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah,13 sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”.14 11 12 . H/R Bukhari 11/213. Muslim 226. Dan An-Nasaii. 1/698. . H/R Abu Daud No. 564. Nasaii. No. 865. Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: Sahih Jamiu asialah keadaan sulit untuk berwuduk, seperti dalam keadaan sakit Saghir. No. 6039. 13 . Kalimah yang jamaknya atau terlalu sejuk. 14 . H/r Muslim. 133. 4 “Bahawa Rasulullah ketika sampai ke perkuburan, baginda mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu penghuni negeri kaum mukminin, insyaAllah kami menyusul kamu). Alangkah gembiranya hatiku ketika melihat saudara-saudaraku! Para sahabat berkata: Bukankah kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kamu ini para sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang-orang yang belum muncul. Mereka bertanya: Bagaimana engkau mengenali umat yang belum muncul wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai kuda berwarna putih berada di tengah-tengah kuda berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat mengenalinya? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang bertanda disebabkan dari wuduk, aku menjadi perintis mereka menuju telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa orang yang didorong ke telaga sebagaimana unta yang sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini, marilah ke sini!” 15 “Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. 15 . Malik, Nasaii 1/93-94. Ibnu Majah 4306. Ibnu Khuzaimah 6. Ahmad 2/300, 408. Muslim. 1/150. Baihaqi 4/78 5 Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”.16 TATACARA (SIFAT WUDUK) RASULULLAH 1. Berniat : Amalan niat di dalam hati tanpa dilafazkan. Menyengajakan atau bersungguh-sungguh mengerjakan sesuatu kerana menunaikan ibadah. Ibnu Taimiyah berkata: “Tempat niat di hati, bukan di lisan sebagaimana yang disepakati oleh para imam kaum Muslimin, sama ada ibadah, taharah, solat, zakat, puasa, haji, membebaskan hamba, jihad dan selainnya. Jika diucapkan dengan lisannya tetapi berlainan dengan kehendak hati, maka yang diterima hanya yang diniatkan oleh hatinya bukan lafaznya. Sebaliknya jika diucapkan niat dengan lisannya sedangkan berlainan dengan niat di hati maka tidak diterima menurut kesepakatan Imam-Imam Muslimin”.17 Setiap amal dituntut agar dimulakan dengan niat sebagaimana sabda Rasullullah: “Setiap amal itu dimulakan dengan niat, sesungguhnya bagi setiap insan mengikut apa yang diniatkan”.18 2. Membaca Basmalah (bismillah): Baginda bersabda: “Tiada wuduk bagi siapa yang tidak menyebut nama Allah di atas wuduknya”.19 16 . H/R Ahmad. 5/252. Dihasankan oleh Nasruddin al-Albani rahimahullah dalam Jamiu as-Saghir. No. 461. 17 . Lihat: Majmu‟ ar-Rasail al-Kubra. 1/234. 18 19 . H/R Bukhari. 1/9. Muslim. 6/48. . Ahmad, Abu Daud 101. Tirmizi 26. Ibnu Majah 399. Irwaul Ghalil. Disahihkan oleh Al-Albani dalam al-Jami‟ 7444. 6 “Semasa Rasulullah meletakkan tangannya di dalam air, baginda bersabda: Berwuduklah kamu sekalian dengan nama Allah. Maka aku melihat air keluar dari celah-celah jari-jemari baginda sehinggalah orang yang terakhir (dapat berwuduk). Thabit bertanya (kepada Anas): Berapa jumlah mereka? Sekitar tujuh puluh orang (jawab Anas) ”.20 3. Membasuh kedua telapak tangan: “Apabila kamu berwuduk maka mulakanlah dari anggota-anggota kanan kamu”.21 “Pada lafaz Tirmizi dan Ibnu Majah: Apabila salah seorang kamu bangun (tidur) malam”. “Uthman meminta air untuk berwuduk maka dibasuhnya kedua telapak tangannya tiga kali. Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini”.22 “Dari hadis Abdillah bin Zaid, beliau telah ditanya tentang wuduknya Nabi maka beliau menuangkan air dengan tangannya, lalu membasuh tangannya tiga kali”.23 20 21 22 23 . H/R Bukhari. 1/236. Muslim. 8/411. Dan Nasaii. 78. . H/R Ahmad dan Abu Daud. . H/R Bukhari dan Muslim. . H/R Bukhari. 1/255. Dan Muslim. 3/121. 7 “Dari Aus bin Abi Aus dari datuknya berkata: Aku melihat Rasulullah berwuduk, baginda membasuh telapak tangannya tiga kali iaitu membasuh kedua telapak tangannya”.24 Membasuh sela-sela (celah-celah) jari-jemari tangan atau kaki. “Apabila kamu berwuduk, maka sela-selalah (celah-celah) jari-jemari kedua tangan kamu dan kaki kamu”.25 “Sempurnakanlah wuduk dan basuhlah sela-sela (celah-celah) jari-jemari kamu”.26 Menurut Imam San‟ani27 “Secara lahirnya, lafaz jari-jemari yang dimaksudkan adalah jari-jemari kedua tangan dan kedua kaki. Ianya telah dijelaskan melalui hadis Ibnu Abbas”. Ketika berwuduk disunnahkan menggerak-gerakkan cincin untuk menghilangan daki/kotoran: “Apabila berwuduk, baginda menggerak-gerakkan cincinnya”.28 4. Berkumur-kumur: : Memasukkan air ke mulut sambil beristinsyak (serentak memasukkan air ke hidung).29 Syariah berkata: 24 25 26 . H/R Ahmad 4/9. An-Nasaii. 1 /55 dengan isnadnya yang sahih. . H/R Ahmad. Ibnu Majah dan Tirmizi. . H/R Abu Daud No. 142. Tirmizi No. 38. Nasaii No. 114. Ibnu Majah No. 497. Hakim 1/148. Dan disahihkan oleh Al-Albani rahimahullah dalam Sahih Jami‟ as-Sagir No. 940. 27 . Lihat: Subulus Salam 1/47. 28 . H/R Ibnu Majah dan Daraqutni. 8 Bahawa dalam mulut dan hidung termasuk muka.30 Ketika berkumur-kumur hendaklah menggerakkan air di dalam mulut dengan bersungguh-sungguh. “Dari Aisyah pada mensifati wuduk Nabi. Bahawa apabila berwaduk, baginda berkumur-kumur”.31 Istinsyak ialah: Memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan kemudian menghembuskannya “istinsyak ” setelah mengeluarkan air dari mulut: “Baginda berkumur-kumur memasukkan air ke hidung (serentak) dengan sebelah tangan dan melakukannya tiga kali”.32 Istinsar ialah: Bersungguh-sungguh memasukkan air ke hidung dengan tangan kanan, kemudian menghembuskannya dari hidung dengan tangan kiri: “Dari Laqit bin Sabirah berkata: Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang wuduk! Baginda bersabda: Sempurnakanlah wuduk kamu, selaselalah celah-celah jari-jemari kamu dan basuhlah hidung dengan menyedut air kecuali ketika kamu berpuasa”.33 29 . Menurut An-Nawawi: “Dari hadis ini, diambil dalil bahawa mazhab yang paling benar ialah sunnah diketika berkumur-kumur dengan memasukkan air ke hidung serentak pada setiap kali (berwuduk) dengan tiga kali cedukan air”. Lihat: Sahih Muslim. 3/123. 30 . Lihat: Nailul Autar. 1/125. 31 32 33 . H/r Bukhari dan Abu Daud. 143. . H/R Bukhari 1/255. Muslim. 3/121. . Tirmizi. 38. Abu Daud. 142. Ibnu Majah. 407. Ibnu Hibban, Hakim dan Az-Zahabi. Disahihkan oleh Ibnu Hajar. 9 “Dari Ali beliau meminta air wuduk, kemudian ia berkumur-kumur dengan menghisap air ke hidungnya dan menghembuskan dengan tangan kirinya. Ia berbuat ini tiga kali, kemudian berkata: Inilah cara bersuci Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam”.34 Hendaklah menghembuskan sebagaimana hadis: air dari hidung setelah berkumur-kumur “Bersabda Rasululullah: Apabila seseorang berwuduk maka hendaklah ia memasukkan air ke dalam hidungnya kemudian ia menyisihkan (menghembuskannya) keluar”.35 “Abdi Khairin berkata: Suatu ketika kami sedang duduk memerhatikan Ali berwuduk, beliau memasukkan air yang separuh takungan tangannya ke mulutnya (serentak memasukkan ke hidungnya). Berkumur-kumur dan membasuh hidungnya. Setelah itu menghembuskan dengan tangan kirinya, beliau melakukannya tiga kali. Beliau berkata: Barangsiapa yang suka menyaksikan wuduk Rasulullah maka berwuduklah seperti ini”.36 5. Membasuh Muka: Allah berfirman: “Dan basuhlah muka kamu”.37 Humran bin Aban berkata bahawa Uthman bin Affan membasuh muka sebanyak tiga kali.38 34 35 36 37 38 . H/R Ahmad dan Nasaii. . H/R Bukhari 1/229. Muslim. 237. Abu Daud 140. . H/R Ad-Darimy. Al-Albani mensahihkan hadis ini. . Al-Maidah. 5:6. . H/R Bukhari. 1/312. Muslim. 226. 10 “Telah diberi kepada Rasulullah air wuduk, lalu baginda berwuduk, kemudian ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali, kemudian membasuh mukanya tiga kali”.39 Batas muka dimulai di bahagian yang ditumbuhi rambut sehinggalah ke dagu dan janggut. Lebarnya dari tepi telinga kanan sehingga ke tepi telinga kiri. Abu Tsaur dan Ishak menghukum wajib mensela-sela janggut, jika meninggalkannya dengan sengaja wajib mengulangi wuduk dan solatnya kerana Nabi Muhammad sentiasa mensela-sela janggutnya dengan air: “Nabi mengambil seceduk air lalu dimasukkan di bawah dagunya dan mensela-sela janggutnya. Kemudian bersabda: Beginilah diperintahkan oleh Tuhanku Azza wa-Jalla”.40 “Sesungguhnya baginda mensela-sela air pada janggut baginda”.41 6. Membasuh Tangan Hingga Ke Siku Siku percantuman antara hasta dengan lengan sebelah atas:42 ialah tempat “Dan (basuhlah) tangan-tanganmu sehingga ke siku-sikumu”.43 39 40 . H/R Abu Daud. . Abu Daud 145. Baihaqi. 1/54. Hakim. 1/49. Menurut al-Albani: Hadis sahih. Lihat: Al-Jamiu as- Saghir. 4572. 41 . At-Tirmizi 31 disahihkan olehnya. Ibnu Majah 430. Hakim 1/149. Ibnu Khuzaimah. Ibnu Hibban. Menurut Tirmizi, Hakim dan Ibnu Khuzaimah, hadis sahih. Lihat: Kitab Syarus as-Sunnah 1/421. AlBagawi. Dan Tahzibut Tahzib 5/69. 42 . Lihat: Kamus Muhith. 43 . Al-Maidah. 5:6. 11 “Dari Nu‟aim bin al-Mujmir ia berkata: Aku melihat Abu Hurairah berwuduk lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian ia membasuh tangan kanannya hingga mengenai lengan atasnya, kemudian tangan kirinya hingga mengenai bahagian lengan kirinya hingga mengenai bahagian lengan atasnya. Di akhir hadis ini Abu Hurairah berkata: Demikianlah aku melihat Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam berwuduk”.44 “Bahawa apabila baginda berwuduk diratakan air hingga sampai kedua-dua sikunya”.45 7. Menyapu Air Ke Seluruh Kepala: Paling rajih cara menyapu kepala ialah seluruh bahagian kepala. Ibnu Qudamah menjelasan:46 “Sebahagian manusia berpendapat: Menyapu kepala hanya sebahagian sudah memadai kerana berpendapat bahawa huruf dalam bermakna sebahagian . Mereka menafsirkan ayat: Sapulah air pada sebahagian kepalamu. Walaubagaimanapun bahawa huruf bermakna: Seluruh kepala sebagaimana firman Allah: “Dan sapulah kepalamu (bermaksud: keseluruhan kepalamu)”. Menurut Imam Asy-Syaukani: “Sesungguhnya tidak ada penjelasan yang tepat yang boleh menafsirkan kepada erti sebahagian . Malah Sibaweih telah membantah tafsiran tersebut di 15 tempat di dalam kitab beliau”.47 44 45 46 47 . H/R Muslim 1/246. Dalam Sahih Muslim 1/149. . H/R Daruqutni 1/15. Baihaqi 1/56. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Jamiu as- Saghir No. 4574. . Lihat: Al-Mughni (Dalam persoalan wuduk). . Lihat: Nailul Autar 1/193. 12 Keterangan dari hadis yang membuktikan bahawa Rasulullah menyapu seluruh kepalanya: “Bahawasanya Nabi menyapu kepala baginda dengan kedua tangannya maka ditemukan kedua tangannya, digerakkan ke belakang. Dimulakan dari bahagian hadapan kepalanya kemudian terus menyapu dengan kedua tangannya sehingga ke tengkuknya, kemudian dikembalikan semula kedua tangannya kebahagian dimana baginda bermula”.48 8. Mengusap Air Pada Kedua Telinga: Mengusap kedua telinga di bahagian luar dan dalam dari sisa air di tangan.49 Menurut al-Albani: Tidak ada keterangan di dalam Sunnah mewajibkan mengambil air baru untuk menyapu telinga. Memadailah sisa air yang digunakan untuk menyapu kepala, sebagaimana hukumnya harus menyapu air di kepala dari sisa air membasuh tangan berdasarkan hadis Ar-Rabi‟ binti Mu‟awidz: “Dari Rabi‟ binti Mu‟awiz bahawa nabi sallallahu „alaihi wa-sallam menyapu air di kepala baginda dengan sisa air yang ada pada kedua tangan baginda”.50 “Bahawa nabi sallallahu „alaihi wa-sallam mengusap kepala dan kedua telinganya pada bahagian luar dan bahagian dalamnya”.51 48 49 50 51 . H/R Bukhari 1/251. Muslim 235. Tirmizi No. 28. . Lihat: Sifat Wuduk Nabi. Hlm. 15. Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin. . H/R Abu Daud. Lihat: Silsilah Dho‟ifah. Hlm. 995. . Ahmad 4/132. Abu Daud 1/19 sanad yang sahih. Disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Ahadis Sahihah No. 261. 13 “Dan bagi Nafi‟: (Nabi) mengusap (menyapu) kepalanya dan kedua telinganya, bahagian dalamnya dengan kedua jari telunjuknya dan bahagian luarnya dengan ibu jarinya”.52 “Kemudian baginda menyapukan di kepala dan memasukkan kedua jari telunjuk ke dalam telinga, lalu mengusap bahagian belakang kedua kuping telinganya ibu jari”.53 Menurut Imam Ahmad, Ibnu Musayyib, „Ato, Al-Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, Sa‟ied bin Jubair, An-Nakhaie, At-Thauri dan Malik bahawa kedua telinga termasuk bahagian kepala maka hukum menyapunya sama dengan menyapu kepala. Rasulullah bersabda: “Dari Ibnu Majah selain dari muka, dari Nabi salallahu „alaihi wa-sallam baginda bersabda: Kedua-dua telinga termasuk sebahagian dari kepala”.54 9. Menyapu Serban Dan Ubun-Ubun: Bagi yang memakai serban55 memadai menyapu di atas ubun-ubun kemudian di atas serbannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad: “Dari „Amru bin Umaiyah berkata: Aku telah melihat Rasulullah sallallahi „alaihi wa-sallam menyapu air ke atas serban dan kedua sepatu baginda”.56 52 53 54 . H/R Nasaii. . H/R Abu Daud 135. Nasaii 140. Ibnu Majah 422 dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah. . Abu Daud 134. Tirmizi 37. Ibnu Majah 44. Menurut al-Albani: Hadis sahih. Lihat: As-Silsilah As-Sahihah. 1/36. 55 . Perhatian: Serban tidak sama dengan songkok, kupiah, topi. Tidak boleh menyapu di atas songkok, kupiah atau topi 56 . H/R Bukhari 1/266. 14 Menurut Imam Ahmad, Nabi mengusap serban dan jambulnya. sejalan berdasarkan hadis Mughirah bin Syu‟bah:57 Dilakukan “Dari Mughirah bin Syubah, bahawa Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam berwuduk lalu menyapu ubun-ubun (jambul)58 dan atas serban serta dua sepatunya”.59 “Bahawa Nabi menyapu air di atas kedua sepatunya dan serbannya”.60 10. Menyapu Di Atas Telekong Atau Jilbab: Dibolehka bagi wanita mengusap air di atas telekong atau jilbabnya berdasarkan amalan Ummah Salamah yang mengusap air di atas jilbabnya. Hal ini telah di nyatakan oleh Ibnu Munzir.61 11. Membasuh Dua Kaki: Wajib membasuh kaki sehingga ke mata kaki atau buku lali: “Dan (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga kedua mata kaki”.62 57 58 . Lihat: al-Mughni. 1/310. . Menurut Lisanu al-Arabi ialah rambut yang tumbuh di dahi. Asal kalimahnya jamaknya 59 60 61 62 bermakna jambul. . H/R Ahmad, Bukhari dan Muslim. 1/159. . H/R Bukhari. No. 204-205. Muslim 1/159. . Lihat: Al-Mughni 1/312 dan 1/383-384. . Al-Maidah. 5:6. 15 “Dari Uthman bin Affan, bahawa ia pernah meminta bejana, lalu menungkan air atas kedua telapak tangannya tiga kali, kemudian membasuhnya, lalu memasukkan yang sebelah kanannya dalam bejana, kemudian berkumurkumur dan menghisap air ke hidung, kemudian membasuh mukannya tiga kali dan kedua tangannya sampai siku-siku tiga kali, kemudian mengusap kepalanya, lalu membasuh kedua kakinya tiga kali sampai mata kakinya, kemudian ia berkata: Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini”.63 “Kemudian baginda mengusap kepalanya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepadanya, kemudian ia memcuci kedua kakinya sehingga ke mata kaki sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepadanya”. “Dari Abdillah bin Amr ia berkata: Rasulullah pernah tertinggal dari kami dalam satu perjalanan, lalu ia menyusul kami, sedang waktu Asar telah meliwati kami, maka kami mulai berwuduk dan mengusap kaki-kaki kami. Abdullah bin Amr berkata: Kemudian baginda memanggil dengan suara yang tinggi: Celaka bagi tumit-tumit dari nereka, dua kali atau tiga kali”.64 “Celaka bagi tumit-tumit dari neraka”.65 63 64 65 . H/R Ahmad, Bukhari dan Muslim. . H/R Ahmad, Bukhari dan Muslim. . H/R Muslim. 16 “Dari Jabir bin Abdillah ia berkata: Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam pernah melihat suatu kaum berwuduk sedang tumit-tumit mereka tidak terkena air, lalu ia bersabda: Celaka bagi tumit-tumit dari neraka”.66 “Celaka bagi tumit-tumit dan dalam telapak-telapak kaki dari neraka”.67 – “Dari Jarir bin Hazim dari Qtadah dari Anas bin Malik bahawa ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi sedang ia telah berwuduk, ia meninggalkan punggung kakinya sebesar tempat kuku – lalu Nabi bersabda kepadanya: Ulangilah dan baguskanlah wadukmu”.68 Berkata Syariah: “Celaka bagi tumit-tumit dari neraka” hadis ini menunjukkan atas wajibnya membasuh dua kaki, begitulah pendapat jumhur.69 Supaya lebih sempurna maka dibasuh kaki sampai ke betis sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah radiallahu „anhu: – “Kemudian membasuh kaki kanannya sehingga ke paras betisnya kemudian membasuh kaki kirinya sehingga ke paras betisnya – Diakhir hadis beliau berkata: Beginilah aku lihat Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam (berwuduk)”.70 Hendaklah dibasuh celah-celah jari-jemari kaki dan mencela-cela dengan jari kelengkeng: 66 67 68 69 70 . H/R Ahmad. . H/R Ahmad dan Daruqutni. . H/R Abu Daud, Ahmad dan Durqutni. . Lihat: Naulul Autar. 1/143. . H/R Muslim. 1/246. 17 “Bahawa Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam apabila berwuduk menggosokgosok (celah-celah) jari-jemari kedua kakinya dengan jari kelengkengnya”.71 As-San‟ani menjelaskan: “Hadis ini adalah dalil yang menjelaskan kewajipan menggosok celah-celah jari-jemari, sebagaimana yang ditetapkan dari hadis Ibn Abbas, yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dan dihukum hasan oleh Imam Bukhari. Adapun caranya ialah menggosok menggunakan jari kelengkeng bermula dengan bahagian bawah jari-jemari. Mengenai menggosok dengan tangan kiri maka sebenarnya ia tidak terdapat walaupun satu nas, ia hanya pendapat Imam al-Ghazali yang diqiaskan kepada istinja.72 MEMBASUH SATU KALI, DUA KALI DAN TIGA KALI Dibolehkan membasuh anggota wuduk satu kali satu kali, dua kali dua kali atau tiga kali tiga kali. Tidak boleh membasuh sehingga empat kali. Sepakat ulama membasuh sekali hukumnya wajib. Membasuh dua kali dan tiga kali adalah sunnah.73 Kecuali kepala dan telinga hanya diusap sekali usapan:74 “Telah berwuduk Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam (membasuh) satu kali, satu kali”.75 Membasuh dua kali: “Bahawa Nabi membasuh anggota wuduk dua kali, dua kali”.76 Membasuh tiga kali, tiga kali: 71 . Abu Daud 148. Tirmizi 40. Ibnu Majah 446. Menurut Al-Albani: Hadis ini sahih (Al-Jamiu as- Saghir. 4576). 72 . Lihat: Subus Salam Syarah Bulugul Maram. As-San‟ani. 73 74 75 76 . Lihat Majmu al-Fatawa. 1/229. . Lihat: Bidayatul Mujtahid 1/13. Tarjih Ibnu Rusyd. . H/R Bukhari 1/226. . H/R Bukhari 1/226. 18 “Baginda membasuh anggota-anggota wuduknya tiga kali”.77 “Dari Uthman bahawa Nabi membasuh anggota wuduk tiga kali tiga kali”.78 “Seorang Badwi menemui Rasulullah menanyakan wuduk. Rasulullah memperlihatkannya tiga kali tiga kali dan baginda bersabda: Itulah bilangan wuduk, barangsiapa menambah dari itu ia telah berbuat keburukan, 79 pelanggaran dan kezaliman”. BERDOA SELEPAS BERWUDUK Berkata Ibnu Qaiyim rahimahullah: “Setiap hadis mengenai zikir ketika sedang berwuduk yang dibaca oleh orang awam bagi setiap anggota wuduk adalah bid‟ah, tiada dalilnya dari syara. Hadis-hadis mengenainya bercanggah dan dusta semata. Nabi tidak pernah mengucapkannya dan tidak pernah mengajarkan kepada ummah. Yang benar diterima dari Nabi hanyalah tasmiyah (membaca bismillah) pada permulaan wuduk”. Menurut Imam an-Nawawi rahimahullah: “Semua doa-doa ketika sedang berwuduk tidak ada dalilnya (dari syara), tidak pernah disebut oleh para salaf”. Terdapat doa selepas berwuduk yang dianjurkan oleh Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam: “Tiada seorang pun antara mengucapkan: 77 78 79 berwuduk dengan sempurna, kemudian ia . H/R Bukhari dan Muslim. . H/R Ahmad dan Muslim. . H/R Ahmad, Nasaii dan Ibnu Mjah. 19 “Pasti (yang membaca doa di atas ini) akan dibukakan baginya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh masuk yang mana dia kehendaki”.80 Pada hadis riwayat at-Tirmizi terdapat penambahan di hujungnya iaitu: “Ya Allah, jadikanlah aku golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku golongan orang-orang yang membersihkan diri!”.81 “Dari Abi Sa‟ied al-Khudri radiallahu „anhu berkata: Telah bersabda Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam: Barangsiapa berwuduk kemudian setelah selesai ia membaca: Maka (dengan membaca doa ini) dituliskan di tempat tulisan, kemudian terpelihara dalam lambaran , maka tidak akan binasa sehingga ke hari kiamat”.82 TAYAMMUM MENURUT SUNNAH 80 81 82 . H/R Muslim No. 234. Abu Daud no. 169. Tirmizi No. 55. Nasaii. 148. DanIbnu Majah. 470. . Hadis ini disahihkan oleh Al-Albani rahimahullah. . Disahihkan oleh al-Albani. Lihat: Al-Jami‟ 6046. 20 RASULULLAH (Sallallahu „Alaihi wa-Sallam) Oleh: Ust. Rasul Bin Dahri www.rasuldahri.com Tayammum Tayammum menjadi pengganti wuduk dan mandi hadas ketika ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air. Iaitu berdasarkan firman Allah „Azza wa-Jalla dan sabda Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam: 21 “Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau selah seorang antara kamu buang air besar atau bersetubuh dengan perempuan dan tidak memperolehi air, maka hendaklah bertayammum dengan tanah yang baik iaitu sapulah muka dan kedua tanganmu”. An-Nisa‟ 43. Cara-Cara Bertayammum “Dari Imran bin Husin berkata: Ketika kami dalam perjalanan berserta Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam baginda mendirikan solat bersamasama manusia, maka terdapat seorang lelaki menyendiri. Maka baginda bertanya kepadanya: Apa yang menegah engkau dari mendirikan solat? Beliau menjawab: Saya dalam keadaan junub sedangkan air tidak ada. Baginda bersabda: gunakanlah tanah (tayammum), cara demikian cukuplah bagimu”. H/R Bukhari dan Muslim. “Dari Imar berkata: Aku berjunub dan tidak mendapatkan air, maka aku bergelimang dengan tanah lalu aku solat, kemudian aku ceritakan kepada Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam, maka baginda bersabda: Memadai anda melakukan seperti ini: Baginda menepukkan kedua telapak tangannya ke tanah, kemudian ditiupnya lalu disapukan ke mukanya dan ke dua telapak tangannya”. H/R Bukhari. 22 “Memadailah dengan menepuk kedua telapak tanganmu ke tanah, kemudian hembus lalu sapukan ke muka dan ke dua tanganmu sampai ke pergelangan”. H/R Daruqutni. Orang Yang Berjunub Ketika Ketiadaan Air “Rasulullah sallallahu „alaihi wa-sallam solat bersama beberapa orang. Ketika baginda selesai solat, kelihatan ada seorang lelaki yang menyendiri dan tidak ikut solat, maka baginda bertanya: Apa gerangan wahai si Fulan kamu tidak bersolat dengan manusia? Dia menjawab: Saya berkeadaan junub dan tidak memperolehi air. Baginda bersabda: Gunakanlah tanah ia sudah memadai. Imran menjelaskan: Ketika mereka memperolehi air, maka Rasulullah memberinya setimba air kepadanya dan bersabda: Pergilah dan jiruskanlah ke tubuhmu”. H/R Bukhari. Boleh Mengulangi Solat Ketika Ditemui Air “Dua orang lelaki keluar untuk musafir, maka ketika tiba waktu solat mereka tidak membawa air. Bertayammumlah mereka dengan tanah yang baik dan mengerjakan solat. Setelah selesai solat mereka menemui air, maka seorang 23 dari mereka mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan yang seorang lagi tidak mengulanginya. Kemudian mereka menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa itu. Maka baginda bersabda kepada orang yang mengulangi solatnya: Anda telah berbuat sesuai dengan sunnah dan solat anda memenuhi sunnah dan kepada yang mengulangi wuduk dan solatnya baginda bersabda: Anda mendapat ganjaran dua kali ganda”. H/R Abu Daud dan Nasaii. Orang Yang Cedera Atau Sakit “Kami berpergian dalam satu pelayaran. Tiba-tiba salah seorang dari kami ditimpa batu yang mencederakan kepalanya. Kemudian dia bermimpi yang mewajibkan mandi, lalu dia bertanya kepada para sahabatnya: Apa pendapat kamu apakah aku dibolehkan bertayammun? Mereka menjawab: Tiada bagimu keringinan kerana anda boleh memperolehi air. Maka orang itu mandi dan kemudian dia meninggal dunia. Maka ketika kami menemui Rasulullah kami khabarkan kepada baginda tentang perkara tersebut. Baginda bersabda: Mereka telah membunuhnya, mereka dibunuh pula oleh Allah kerana mereka tidak bertanya sedangkan mereka tidak tahu. Ubat kebodohan adalah bertanya. Memadailah bagi orang itu bertayammum dan mengeringkan lukanya atau membalut lukanya dengan kain lalu menyapu bahagian atasnya”. H/R Abu Daud, Ibn Majah dan Daruqatni dan disahihkan oleh Ibnu Sikkin. 24

Related docs
Sifat Solat (Sembahyang) Nabi
Views: 2098  |  Downloads: 206
Mencontohi mandi hadas (junub) Rasululullah.
Views: 781  |  Downloads: 92
PG78_Che_Guevara_dan_Revolusi_Kuba
Views: 10  |  Downloads: 2
Sirah Nabawiyah Mustafa Sibaie
Views: 0  |  Downloads: 0
Risalatul Murid_Petunjuk Jalan Thariqat
Views: 71  |  Downloads: 18
Manhaj Salaf Aqidah Salaf
Views: 451  |  Downloads: 47
hsp_sej_f4
Views: 645  |  Downloads: 14
Other docs by Nu'man Mohd Fa...
Mencontohi mandi hadas (junub) Rasululullah.
Views: 781  |  Downloads: 92
Manhaj Salaf Aqidah Salaf
Views: 451  |  Downloads: 47
Himpunan Doa2 Daripada Hadist (Hisnul Muslim)
Views: 646  |  Downloads: 78
Allah Di Langit
Views: 275  |  Downloads: 56
Sifat Solat (Sembahyang) Nabi
Views: 2098  |  Downloads: 206