Docstoc

MODUL TAHUN 3

Document Sample
MODUL TAHUN 3 Powered By Docstoc
					Bidang      :   Akademik.


Tajuk       :   Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran.

                Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
Objektif    :
                1.   memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.
                `
                2.   meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran A /3A


Langkah-    :   Set Induksi:
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai mata pelajaran
                yang diminati.

                1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang
                   kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

                2. Murid menyenaraikan beberapa mata pelajaran teras yang perlu
                   dikuasai untuk persediaan UPSR.

                3. Murid mengisi Lampiran A /3A yang diedarkan.

                4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap
                   mata pelajaran teras dan elektif.


Penilaian   :   Murid dapat melengkapkan lampiran yang diberi.



Rumusan     :   Murid mengetahui kepentingan setiap mata pelajaran teras.



Falsafah    :   Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam
                akademik




                                                                                  1
                                                                 LAMPIRAN A/3A


Arahan:

Lengkapkan borang di bawah mengikut kategori.




          Mata Pelajaran Teras                  Mata Pelajaran Elektif




                                                                             2
Bidang      :   Akademik.


Tajuk       :   Kemahiran Membaca - Mencari Isi Penting


Objektif    :   Pada akhir sesi murid-murid dapat :

                1. mengetahui kepentingan membaca.

                2. memahami petikan yang disediakan.

                3. mencatat isi-isi penting.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran A /3B


Langkah-    :   Set Induksi:
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kulit buku cerita dan
                meminta murid meneka isi cerita buku tersebut.

                1. Wakil murid mengambil petikan yang disediakan dan berbincang
                   dalam kumpulan. ( Lampiran A/3B )

                2. Murid memahami petikan yang dibaca dan mencari isi-isi penting.

                3. Setiap kumpulan diberi peluang untuk memberi pendapat tentang
                   persembahan kumpulan lain.


Penilaian   :   Pemahaman pembacaan berdasarkan catatan isi-isi penting.



Rumusan     :   Teknik membaca yang betul dapat membantu murid dalam
                memahami bahan bacaan.


Falsafah    :   „Membaca Jambatan Ilmu.‟




                                                                                     3
                                                       LAMPIRAN A/3B



Contoh:

          Cerita 1:
          Ada seekor monyet berbulu hitam suka bergayut dari satu
          pokok ke pokok yang lain. Suatu hari Sang Monyet melihat
          buah pisang yang masak ranum. Sang Monyet sangat
          gembira dan memakan buah itu.

                Sang Monyet itu kekenyangan lalu tertidur di atas
          pokok. Sang Monyet bermimpi berjumpa puteri monyet dari
          Gunung Berangan. Oleh kerana terlalu gembira, Sang Monyet
          bertepuk tangan menyebabkan badannya tidak seimbang lalu
          jatuh ke tanah.




          Cerita 2:
          Ada dua orang budak lelaki bernama Alif dan Ameng. Mereka
          suka bermain bola sepak di padang berdekatan dengan
          rumah mereka. Mereka bercita-cita untuk menggantikan David
          Beckham dan Ronaldo.

                Selain bermain bola mereka juga suka bermain
          badminton. Kehebatan Datuk Lee Chong Wei dan Datuk
          Misbun Sidek mendorong mereka untuk menghasilkan buku
          skrap tentang perkembangan dan kejayaan jaguh badminton
          tersebut.




                                                                       4
Bidang      :   Akademik.


Tajuk       :   Kemahiran Belajar – Mengulangkaji


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                1. menggunakan kaedah mengulangkaji dengan betul.

                2. memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran A/3C

                Set Induksi:
Langkah-    :   Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menceritakan cara
langkah         mereka mengulangkaji pelajaran di rumah.

                1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.

                2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran A/3C.

                3. Setiap kumpulan diminta memilih dan menyenaraikan kaedah
                   mengulangkaji yang betul.

                4. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.

                5. Guru Bimbingan dan Kaunseling       merumuskan kepentingan
                   kaedah mengulangkaji yang betul.


Penilaian   :   Hasil perbincangan murid.



Rumusan     :   Teknik mengulangkaji dapat membantu pelajar dalam proses
                pembelajaran.


Falsafah    :   Minda kita memang berpotensi untuk mengingati apa yang telah kita
                pelajari.




                                                                                5
                                                           LAMPIRAN A/3C




Arahan:

Pilih kaedah mengulangkaji yang betul.




 menonton televisyen                        bermain


          kuiz              mencatat                  membaca


 latih tubi                    menjawab soalan             tidur


                     bertanya guru              mandi


   menyalin jawapan rakan yang baik


                 makan                   menyalin hasil kerja kawan




                                                                       6
Bidang      :   Akademik.


Tajuk       :   Kemahiran Berfikir - Pemikiran Kreatif.

                Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
Objektif    :
                1. melahirkan idea yang sama dengan cara yang berbeza.

                2. mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang sedia ada
                   dengan mengubah dan mengembangkannya.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Kertas A4


Langkah-    :   Set Induksi:
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa peralatan
                yang terdapat dalam kelas dan murid menyebutnya.

                1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil.

                2. Murid diminta melukis satu objek secara spontan.

                3. Murid mengumpul dan menyusun atur gambar-gambar yang telah
                   dilukis mengikut kreativiti.

                4. Setiap kumpulan membina satu cerita berdasarkan gambar-
                   gambar yang telah disusun secara kreatif dan kritis.

                5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil setiap kumpulan
                   membaca cerita yang dihasilkan.


Penilaian   :   Murid dapat mencetuskan idea kreatif.



Rumusan     :   Setiap murid berupaya meningkatkan kreativiti apabila diberi
                bimbingan.


Falsafah    :   Setiap manusia ada kebolehan dan sekiranya digunakan dengan
                cara yang positif ianya akan memberikan hasil yang sempurna.

                                                                               7
Bidang      :   Akademik.


Tajuk       :   Kemahiran Pengurusan Masa – Bijak Masa


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                1. mengenal pasti jenis aktiviti yang perlu dilakukan mengikut
                   keutamaan sebagai seorang murid.

                2. menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan.

                3. menyedari kepentingan pengurusan masa dengan berkesan.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran A/3D

                Set Induksi:
Langkah-    :   Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya kepada murid mengenai
langkah         aktiviti mereka seharian dan tempoh masanya.

                1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran A/3D
                   kepada semua murid.

                2. Murid-murid mengisi maklumat semakan masa dalam tempoh
                   masa 24 jam.

                3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan                 tentang
                   kepentingan pengurusan masa kepada murid.


Penilaian   :   Murid dapat menyatakan aktiviti utama yang perlu dilakukan
                sebagai seorang murid.


Rumusan     :   Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.



Falsafah    :   “Masa itu emas”.



                                                                                   8
                                                          LAMPIRAN A/3D



                              BORANG SEMAKAN
                          PENGGUNAAN MASA HARIAN


 Pagi                Aktiviti             Malam             Aktiviti
 07.00                                    07.00
 08.00                                    08.00
 08.00                                    08.00
 09.00                                    09.00
 09.00                                    09.00
 10.00                                    10.00
 10.00                                    10.00
 11.00                                    11.00
 11.00                                    11.00
 12.00                                    12.00
Petang               Aktiviti              Pagi             Aktiviti
 12.00                                    12.00
 01.00                                    01.00
 01.00                                    01.00
 02.00                                    02.00
 02.00                                    02.00
 03.00                                    03.00
 03.00                                    03.00
 04.00                                    04.00
 04.00                                    04.00
 05.00                                    05.00
 05.00                                    05.00
 06.00                                    06.00
 06.00                                    06.00
 07.00                                    07.00


Petunjuk:
            KS   =   Kerja Sampingan         KK   =   Kokurikulum
            AG   =   Aktiviti Keagamaan      RK   =   Rekreasi
            MS   =   Masa Persekolahan       KT   =   Kelas Tuisyen
            UK   =   Ulangkaji               KR   =   Kerja Rumah
            TR   =   Tidur                   PR   =   Bermain
            TV   =   Menonton TV             UD   =   Urus Diri




                                                                          9
Bidang      : Kerjaya


Tajuk       : Mengenali Kerjaya


Objektif    : Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan jenis-jenis
              pekerjaan berdasarkan tugas, tempat kerja dan
              kepentingannya.


Masa        : 60 minit


Sasaran     : Murid Tahun 3


Bahan       : Lampiran K/3A


Langkah-    : Set Induksi
langkah       Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar
              beberapa jenis pekerjaan. Murid-murid bercerita berdasarkan
              gambar tersebut.

              1. Bersoal jawab secara lisan mengenai pekerjaan
                 berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-murid.

              2. Penerangan dan perbincangan berdasarkan jawapan yang
                 telah diberikan oleh murid.

              3. Mengedarkan Lampiran K/ 3A dan murid-murid menjawab
                 soalan

              4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                 keseluruhan tentang pekerjaan tugas, tempat kerja dan
                 kepentingan pekerjaan.


Penilaian   : Murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan.


Rumusan     : Setiap pekerjaan mempunyai fungsi dan kepentingan yang
              berbeza.


Falsafah    : Setiap pekerjaan memberi sumbangan kepada pembangunan
              masyarakat dan negara.


                                                                            10
                                                                                   LAMPIRAN K/3A

Isi tempat kosong dengan pernyataan yang sesuai.


                        Nama pekerjaan : ....................................................

                        Tempat bertugas : .....................................................

                        Bidang tugas : ...........................................................

                                               ..........................................................


                        Nama pekerjaan : ....................................................

                        Tempat bertugas : .....................................................

                         Bidang tugas : ...........................................................

                                               ............................................................


                        Nama pekerjaan : ....................................................

                        Tempat bertugas : .....................................................

                        Bidang tugas : ...........................................................

                                                ..........................................................


                        Nama pekerjaan : ....................................................

                        Tempat bertugas : .....................................................

                         Bidang tugas : ...........................................................

                                               ..........................................................



                         Nama pekerjaan : ....................................................

                         Tempat bertugas : .....................................................

                         Bidang tugas : ...........................................................

                                                  ..........................................................
                                                                                                              11
Bidang      : Kerjaya


Tajuk       : Minatku


Objektif    : Pada akhir sesi, murid-murid dapat memilih pekerjaan berdasarkan
              minat.


Masa        : 60 minit


Sasaran     : Murid Tahun 3


Bahan       : Kertas A4


Langkah-    : Set Induksi :
langkah       Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab dengan murid-murid
              mengenai pekerjaan mengikut bidang.

              1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membentuk
                 kumpulan berdasarkan minat mereka, sama ada kumpulan
                 pekerjaan yang memakai uniform atau bukan beruniform.

              2. Murid-murid berbincang di dalam kumpulan mengenai jenis
                 pekerjaan yang berkaitan

              3. Beberapa orang wakil daripada kumpulan membentangkan
                 jawapan.

              4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                 keseluruhan tentang jenis-jenis pekerjaan.



Penilaian   : Murid-murid menyenaraikan pekerjaan berdasarkan minat.


Rumusan     : Setiap individu mempunyai minat kerjaya yang berbeza.


Falsafah    : Murid-murid didedahkan kepada peluang-peluang pekerjaan
              seterusnya meneroka minat sesuatu pekerjaan.



                                                                            12
Bidang      : Kerjaya


Tajuk       : Impianku


Objektif    : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

              1. mengenali dan mengetahui kerjaya pilihan.

              2. menerangkan bidang tugas kerjaya pilihan mereka dengan
                 melengkapkan karangan berpandu.


Masa        : 60 minit


Sasaran     : Murid Tahun 3


Bahan       : Lampiran K/3B


Langkah-    : Set Induksi :
langkah       Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab dengan murid-murid
              tentang kerjaya yang diminati.

              1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat ulasan tentang
                 jawapan yang diberikan oleh murid.

              2. Mengedarkan Lampiran K/ 3B dan murid-murid menjawab soalan

              3. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.

              4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                 keseluruhan tentang kepelbagaian pekerjaan mengikut minat
                 masing-masing.


Penilaian   : Murid menyiapkan latihan yang diberi.


Rumusan     : Terdapat pelbagai jenis kerjaya yang boleh dipilih mengikut minat
              seseorang.


Falsafah    : Manusia memilih pekerjaan berdasarkan minat.


                                                                              13
                                                    LAMPIRAN K/3B


Lengkapkan karangan dengan perkataan yang sesuai.



Saya bercita-cita ingin menjadi seorang ________________.

Tempat saya bertugas di ____________________________.

Tugas saya adalah merawat _________________________.

Bagi mencapai cita-cita, saya perlu _____________________

bersungguh-sungguh. Di samping itu, saya perlu sentiasa

mendengar nasihat ____________________ di rumah dan

_________________ di sekolah.


Saya juga mesti menjadi seorang murid yang ___________

dan __________________. Saya berharap agar cita-cita saya

ini akan ____________________ dan dapat membantu

______________ nyawa orang ramai.




                                                               14
Bidang      : Kerjaya


Tajuk       : Persekitaran Tempat Bekerja


Objektif    : Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan cara bekerja
              melibatkan peralatan yang digunakan.


Masa        : 30 minit


Sasaran     : Murid Tahun 3


Bahan       : Lampiran K/3C


Langkah-    : Set Induksi
langkah       Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan jenis alatan yang
              digunakan dalam sesuatu pekerjaan. Contoh: gari, stetoskop dan
              lain-lain.

                1. Bersoal jawab tentang nama dan fungsi peralatan berdasarkan
                   sesuatu pekerjaan.

                2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan
                   tentang suasana pekerjaan dan alatan yang digunakan.

                3. Mengedarkan bahan lampiran K /3C dan murid-murid menjawab
                   soalan.

                4. Perbincangan jawapan murid.


Penilaian   : Murid-murid menyiapkan latihan yang diberikan


Rumusan     :   Suasana pekerjaan yang berbeza memerlukan peralatan
                yang berbeza .


Falsafah    : 1. Setiap pekerjaan yang dijalankan melibatkan suasana
                 bekerja dan aktiviti kerjaya yang berbeza.

                2. Penggunaan peralatan yang bersesuaian dapat melancarkan
                   pekerjaan.


                                                                             15
                                                              LAMPIRAN K /3C

Nama :    __________________________________________________________

Kelas :   _____________________________        Tarikh : ____________________

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

                                 Nama alat : _______________________

                                 Kegunaan : _______________________

                                 Jenis pekerjaan:____________________



                                 Nama alat : _______________________

                                 Kegunaan : _______________________

                                 Jenis pekerjaan:____________________


                                 Nama alat : _______________________

                                 Kegunaan : _______________________

                                 Jenis pekerjaan:____________________


                                 Nama alat : _______________________

                                 Kegunaan : _______________________

                                 Jenis pekerjaan:____________________


                                 Nama alat : _______________________

                                 Kegunaan : _______________________

                                 Jenis pekerjaan:____________________



                                                                               16
Bidang      :   Kerjaya


Tajuk       :   Lakonan Kerjaya


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat melakonkan watak-watak sesuatu
                pekerjaan.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Murid Tahun 3


Bahan       :   Lampiran K / 3D ( Kad Arahan )


Langkah-    :   Set Induksi
langkah
                Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab secara lisan tentang
                watak sesuatu pekerjaan.

                1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang
                   sesuatu pekerjaan melibatkan perlakuan dan peralatan yang
                   digunakan.

                2. Membentuk kumpulan murid melibatkan jenis pekerjaan yang
                   berbeza.

                3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran K/ 3D.

                4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
                   watak-watak yang telah dipilih.

                5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                   keseluruhan berdasarkan lakonan tersebut.


Penilaian   :   Murid melakonkan watak dan dialog sesuatu pekerjaan.


Rumusan     :   Berlainan pekerjaan melibatkan watak dan suasana bekerja yang
                berbeza


Falsafah    :   Setiap pekerjaan yang dijalankan melibatkan suasana yang berbeza.


                                                                                17
                                                        LAMPIRAN K/3D
                                                           LAMPIRAN 3E




KAD ARAHAN 1

    Kumpulan anda dikehendaki melakonkan situasi pekerjaan di hospital
    atau klinik

    Watak : 1. Doktor
            2. Jururawat
            3. Pesakit




KAD ARAHAN 2

    Kumpulan anda dikehendaki melakonkan situasi guru yang sedang
     mengajar di dalam kelas.

    Watak : 1. Guru
           2. Murid-murid




KAD ARAHAN 3

    Kumpulan anda dikehendaki melakonkan watak seorang pegawai polis
    yang sedang bertugas di suatu sekatan jalanraya.

    Watak : 1. Pegawai polis
           2. Pemandu kereta
           3. Penunggang motosikal




                                                                         18
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Adab Berkawan


Objektif   :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                  1. mengetahui adab-adab berkawan dengan betul.

                  2. memahami kepentingan mempunyai kawan.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 3


Bahan      :   Lampiran PS /3A


Langkah-   :   Set Induksi :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mendapatkan
               pasangan kawan yang paling rapat dan bersoal jawab mengenai
               aktiviti ini.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanyakan kepada murid
                     siapa yang mempunyai kawan rapat dan memberitahu nama
                     kawan mereka.

                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan dan
                     membimbing murid tentang adab-adab berkawan seperti:-

                     -    Hormat- menghormati

                     -    Tolong-menolong

                     -    Kerjasama

                     -    Sopan

                     -    Bertolak ansur

                     -    Jujur




                                                                              19
                3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PS/
                   3A dan meminta murid untuk menulis pengalaman mereka
                   berkaitan nilai murni yang terdapat pada lampiran .

                4. Murid dipilih secara rawak dan diminta untuk membacakan
                   hasil catatan mereka.

                5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                   keseluruhan tentang adab berkawan.



Penilaian   :   1. Murid dapat menyiapkan lampiran PS/3A secara bertulis.

                2. Bersoal jawab secara lisan dengan murid.



Rumusan     :   Adab berkawan menjamin kesejahteraan hidup.


Falsafah    :   1. Kawan yang beradab memberi kesejahteraan dalam pergaulan.

                2. Adab berkawan mengeratkan persaudaraan.




                                                                             20
    LAMPIRAN PS/3A


l




                     21
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Keselamatan Di Sekolah


Objektif   :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                  1. mengetahui perkara-perkara yang boleh mendatangkan
                     kemudaratan dari segi keselamatan diri dan kesihatan.

                  2. memahami bahawa keselamatan haruslah diutamakan demi
                     kesejahteraan hidup.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 3


Bahan      :   Tiada


               Set Induksi:
Langkah-   :
               Guru Bimbingan dan Kaunseling masuk ke kelas dan memadamkan
langkah
               sementara lampu / kipas di dalam bilik darjah dan bersoal jawab
               tentang tindakannya.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberikan penerangan
                     tentang keselamatan diri di sekolah.

                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid mengenai
                     perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan di
                     sekolah.

                          -   Tidak membawa benda tajam ke sekolah seperti pisau,
                              gasing, pemutar skru, kerambit dan sebagainya.

                          -   Menunggu ibu bapa di tempat yang terbuka.

                          -   Mengenalpasti dan menjauhi kawan-kawan nakal.

                          -   Menjauhi tempat yang tidak selamat di sekolah seperti
                              bilik / kawasan yang sunyi, longkang, cerun bukit, bilik
                              suis, soket dan sebagainya.




                                                                                    22
                3. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan pengalaman
                   mereka berada di tempat yang tidak selamat.

                4. Guru merumuskan secara keseluruhan berkaitan polisi sekolah
                   selamat.



Penilaian   :   Murid dapat menyatakan tindakan menjaga keselamatan diri di
                sekolah.



Rumusan     :   Keselamatan di sekolah haruslah diutamakan demi keselesaan
                dan kesejahteraan murid.


Falsafah    :   1. Utamakan keselamatan diri dalam kehidupan.

                2. Keselamatan diri menjamin masa depan yang bermakna.




                                                                             23
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Kesucian Rohani


Objektif   :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                  1. menilai perkara yang baik dan tidak baik dalam kehidupan
                     seharian.

                  2. menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak
                     baik.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 3


Bahan      :   Petikan akhbar isu semasa

               Lampiran PS/3B


Langkah-   :   Set Induksi :
langkah        Meneka aksi guru / lakonan. Contoh: lakonan gaya merokok, buli,
               gaya merempit dan lain-lain.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan petikan akhbar
                     tentang isu-isu semasa berkaitan dengan murid masa kini.
                     Contoh: Gejala buli, rempit, ponteng, merokok dan sebagainya.

                  2. Bersoal jawab dengan murid mengenai pengetahuan sedia ada
                     berkaitan isu semasa.

                  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PS/
                     3B dan meminta murid menyenaraikan gejala negatif yang
                     dilakukan oleh murid.

                  4. Memilih murid untuk membaca hasil dapatan mengenai nilai
                     negatif dan membuat rumusan berkaitan dengan gejala negatif
                     yang berlaku dalam kalangan murid yang perlu dielakkan.

                  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
                     menyenaraikan amalan murni yang perlu diamalkan.




                                                                                  24
                6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan berkaitan
                   dengan amalan murni di kalangan murid.

                7. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan bersama murid
                   berkaitan aktiviti yang telah dijalankan.



Penilaian   :   Menyiapkan latihan yang diberikan       dan    jawapan   semasa
                pembentangan dan sumbangsaran.



Rumusan     :   Nilai murni perlu dipupuk dalam kehidupan seharian.



Falsafah    :    1. Manusia bermaruah dinilai dari segi akhlak dan penampilan
                    diri.

                 2. Nama baik diri, keluarga, sekolah bergantung pada nilai-nilai
                    murni yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.




                                                                               25
LAMPIRAN PS/3B




            26
Bidang      :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk       :   Sekolahku Sayang


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                   1. menanam rasa bersyukur dan berterima kasih kepada sekolah

                   2. memupuk kesedaran kepada murid mengenai peranan dan
                      sumbangan sekolah kepada mereka.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran PS/3C


Langkah-    :   Set Induksi:
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya murid di mana mereka
                berada sekarang.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
                      mengenai jasa sekolah kepada mereka sejak awal
                      persekolahan.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
                      sumbangan sekolah kepada mereka seperti ilmu pengetahuan,
                      kemudahan sekolah, bantuan kewangan dan sebagainya.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PS/
                      3C perkara yang perlu dilakukan murid untuk membuktikan
                      kasih sayang kepada sekolah.

                   4. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama murid membuat
                      rumusan dan memberi motivasi agar murid berusaha
                      memberikan sumbangan kepada sekolah.



Penilaian   :      1. Murid dapat menyiapkan lampiran PS/3C secara bertulis.

                   2. Penglibatan murid semasa aktiviti sumbangsaran.



                                                                                  27
Rumusan    :     1. Murid menyedari sumbangan sekolah kepada mereka dan
                    menimbulkan kesedaran untuk berbakti kepada sekolah.

                 2. Setiap murid mesti menghargai sumbangan sekolah kepada
                    mereka.


Falsafah   :   1. Murid patut bersyukur dan berterima kasih kepada sekolah
                  yang banyak berjasa kepada mereka.

               2. Membalas jasa pihak sekolah dengan meningkatkan prestasi
                  dan kecemerlangan diri.




                                                                           28
                                            LAMPIRAN PS/3C

Senaraikan sumbangan sekolah kepada anda.




Senaraikan sumbangan anda kepada sekolah.




                                                      29
Bidang     :   Psikososial Dan Kesejahteraan Mental


Tajuk      :   Jutawan Muda


Objektif   :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                  1. mengetahui kepentingan wang dalam kehidupan.

                  2. memupuk sikap suka menabung dan berjimat cermat.

                  3. berbelanja secara berhemah dan menguruskan kewangan
                     dengan baik.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 3


Bahan      :   Lampiran PS/3D


Langkah-   :   Set Induksi :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid meneka nilai syiling
               dalam saku.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid, berapakah
                     jumlah wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka.

                  2. Sumbangsaran murid menyatakan kegunaan wang di sekolah
                     dalam kehidupan seharian.

                  3. Menerangkan langkah-langkah yang boleh menjimatkan
                     kewangan untuk membantu meringankan beban ibu bapa.

                     -    Membawa bekal dari rumah

                     -    Menabung

                     -    Membeli sekiranya perlu atau berjimat

                  4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PS/
                     3D dan meminta murid untuk melukis tabung masa hadapan
                     mereka.



                                                                             30
                  5. Berdasarkan lukisan murid Guru Bimbingan dan Kaunseling
                     membuat rumusan secara keseluruhan.



Penilaian   :   Menyenaraikan kegunaan wang saku secara berhemah.

                Kreativiti murid menghasilkan lukisan tabung mereka.



Rumusan     :    Murid-murid perlu bijaksana dalam menguruskan kewangan.



Falsafah    :   Murid-murid perlu membelanjakan wang secara bijaksana.




                                                                           31
LAMPIRAN PS/3D




            32
Bidang      :   Keibubapaan


Tajuk       :   Ciri-ciri Keluarga Bahagia


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                   1. memahami kepentingan menghormati ibu bapa.

                   2. menyayangi ibu bapa.

                   3. menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Gambar Keluarga / Lampiran IB/3A


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar sebuah
                keluarga kepada murid. Murid diminta bercerita tentang gambar
                tersebut.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai ciri-
                      ciri keluarga bahagia.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran IB/ 3A.

                   3. Murid-murid menulis ciri-ciri keluarga bahagia yang diimpikan.

                   4. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.



Penilaian   :      Murid dapat menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia berdasarkan
                   lampiran yang diberikan.



Rumusan     :      Setiap murid perlu menghormati dan menyayangi ibu bapa untuk
                   membina keluarga bahagia.




                                                                                       33
                             LAMPIRAN IB/3A




CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
     YANG SAYA IMPIKAN




                                         34
Bidang     :   Keibubapaan


Tajuk      :   Keluargaku


Objektif   :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                  1. memahami tentang peranan dan tanggungjawab mereka
                     terhadap keluarga.

                  2. menjelaskan tentang salasilah keluarga asas.

                  3. mengenali lebih dekat setiap ahli keluarga mereka.


Masa       :      60 minit


Sasaran    :      Tahun 3


Bahan      :      Gambar keluarga, kertas A4


Langkah-   :   Set Induksi :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-
               gambar berkaitan dengan sebuah keluarga.

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan
                     murid berkaitan dengan keahlian sebuah keluarga.

                  2. Murid menceritakan perihal dirinya dalam keluarga.

                  3. Murid menghasilkan salasilah keluarga masing-masing.

                  4. Murid menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap
                     ahli keluarga.

                  5. Guru Kaunseling meminta murid membuat kumpulan dan
                     membentangkan     tugasan    masing-masing   dalam
                     kelompok kecil.

                  6. Murid membuat       rumusan      berdasarkan   tajuk   yang
                     dibincangkan.




                                                                             35
Penilaian   :    Murid berupaya menceritakan salasilah keluarga dan
                 menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
                 keluarga.



Rumusan     :   Setiap ahli keluarga perlu mengetahui salasilah keluarga
                dan bertanggungjawab menjalankan peranan masing-
                masing ke arah melahirkan sebuah keluarga yang sentosa.


Falsafah    :    1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masing–
                    masing dan saling bekerjasama.

                 2. Melahirkan budaya “Yang tua dihormati, yang muda
                    disayangi”.

                 3. Mengamalkan sikap berkasih sayang, berkerjasama,
                    hormat-menghormati dan bertanggungjawab.




                                                                       36
Bidang      :       Keibubapaan


Tajuk       :       Komunikasi – Bersopan Santun


Objektif    :       Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                       1. menghormati keluarga dengan bertutur secara sopan.

                       2. menyayangi dan menghormati keluarga.


Masa        :       60 minit


Sasaran     :       Tahun 3


Bahan       :       Tiada


Langkah-    :       Set Induksi :
langkah             Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan sikap
                    biadap adik dengan kakak atau abang.

                       1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi
                          pendapat mengenai dialog dalam lakonan tersebut.

                       2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan cara yang betul
                          berkomunikasi dengan ahli keluarga.

                       3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
                          semula perbualan yang bersopan dalam ahli keluarga.



Penilaian   :          Murid-murid dapat menyatakan secara lisan cara-cara
                       berkomunikasi dan menghormati ahli keluarga.



Rumusan         :      Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli
                       keluarga.



Falsafah    :          Perasaan penting dalam komunikasi.



                                                                                   37
Bidang      :   Keibubapaan


Tajuk       :   Adab Seorang Anak


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                   1. mengetahui adab seorang anak dengan ibu bapanya..

                   2. menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran IB/3B


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan cara
                seorang anak bersalam dengan ibu dan bapa.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
                      mengenai lakonan tadi.

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran kerja
                      kepada murid.

                   3. Murid melengkapkan lampiran IB/ 3B yang diberikan.

                   4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
                      keseluruhan tentang adab seorang anak.



Penilaian   :      Murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan



Rumusan     :      Seorang anak perlulah menjaga adab dengan ibu dan bapa.




                                                                                 38
                                                               LAMPIRAN IB/3B

                                                               LAMPIRAN IB/3B


   Arahan : Tandakan ( _/ ) pada situasi yang betul dan ( X ) pada situasi yang
            salah.

1. Aizar meninggikan suara ketika bercakap dengan ibu dan bapanya.


2. Ahmad mendengar nasihat yang diberikan oleh bapanya.


3. Mazidul bersalaman dengan ibu dan bapanya sebelum pergi ke sekolah.


4. Badrul menunjukkan muka yang masam apabila ibunya melarang daripada
   bermain dengan rakan.

5. Laila menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya ketika ibunya tidak sihat.


6. Amran membongkokkan badan ketika melintas di hadapan ibu dan bapanya.


7. Khairul menghempaskan pintu bilik apabila ditegur oleh ibunya.


8. Ahmad mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana membelikannya
   sebuah basikal baru.


9. Zurina keluar bermain tanpa meminta kebenaran daripada ibu dan bapanya.


10. Aisyah mengajak kawan-kawannya menonton televisyen di dalam bilik ibu
    bapanya.


   Catatan : Penilaian ditentukan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling yang
   menjalankan aktiviti.




                                                                                  39
Bidang      :   Keibubapaan


Tajuk       :   Salasilah Keluarga


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                1. mengetahui dan mengenali ahli keluarga dengan
                   lebih dekat lagi.

                2. mengeratkan dan menambahkan rasa kasih sayang di
                   kalangan ahli keluarga.


Masa        :      60 minit


Sasaran     :      Tahun 3


Bahan       :      1. Gambar-gambar ahli keluarga

                   2. Manila kad, gunting, gam dan pensel warna.


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan lagu
                Keluarga Bahagia ( contoh dari kumpulan nasyid Saujana ).

                   1. Mengarahkan murid-murid mengeluarkan gambar-
                      gambar ahli keluarga ( telah dimaklumkan lebih awal )

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan manila
                      kad untuk murid-murid menampalkan gambar ahli
                      keluarga secara “Pokok keluarga‟ mengikut kreativiti
                      masing-masing.

                   3. Murid-murid juga diminta menulis karangan pendek
                      bertajuk „Keluarga saya‟ di bahagian bawah manila kad.


Penilaian   :      Murid berupaya menyatakan aktiviti-aktiviti menolong ibu
                   bapa di rumah.




                                                                              40
Rumusan    :      Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang
                  konsep menolong dalam keluarga bagi menambahkan rasa
                  kasih sayang.


Falsafah   :   1. Setiap ahli keluarga perlu mempunyai jalinan hubungan yang
                  erat bagi keharmonian keluarga.

               2. Mengetahui peranan dan tanggung jawab masing-masing
                  dalam ahli keluarga.




                                                                         41
Bidang     :   Pembangunan Diri Murid


Tajuk      :   Kad Ucapan


Objektif   :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                  1. menghargai sumbangan dan pertolongan orang lain

                  2. mengamalkan sikap berbudi bahasa

                  3. mengamalkan sikap saling hormat menghormati.


Masa       :   60 minit


Sasaran    :   Tahun 3


Bahan      :   Kertas warna A4 dipotong dua

               Kotak


Langkah-   :   Set Induksi :
langkah        Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan beberapa contoh kad
               ucapan.

                  1. Setiap murid menuliskan nama masing-masing pada kertas kecil.
                     Gulung kertas tersebut dan masukkan kertas tersebut ke dalam
                     kotak yang disediakan.

                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil murid secara bergilir-
                     gilir untuk mencabut nama ( rahsiakan, jika nama sendiri dan
                     pulangkan semula )

                  3. Edarkan kertas warna dan minta murid membuat sekeping kad
                     berisikan kata-kata semangat atau nilai yang positif terhadap diri
                     rakan. Hias kad dengan cantik.

                  4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil seorang demi seorang
                     untuk menyerahkan kad penghargaan kepada rakan yang namanya
                     telah terpilih tadi.

                  5. Bimbing pelajar untuk ucapkan terima kasih dan bersalam jika
                     sama jantina.



                                                                               42
                6. Beri imbuhan kepada kad yang tercantik.



Penilaian   :   Supaya murid saling hormat menghormati antara satu sama lain



Rumusan     :   Berbudi bahasa amalan hidup kita


Falsafah    :   Perhubungan yang harmonis bermula dari respon non verbal,
                contohnya senyuman dan boleh diikuti dengan respon verbal seperti
                ucapan salam, kata-kata positif terhadap rakan-rakan atau individu lain
                dan sebagainya.




                                                                               43
Bidang      :   Pembangunan Diri Murid


Tajuk       :   Potensi Diri – Promosi Diri


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                 1. meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap

                 2. meningkatkan penghargaan kendiri apabila diterima oleh rakan-rakan


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Tiada


Langkah-    :   Set Induksi
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menyebut beberapa nama murid dalam
                kelas tersebut sebagai pengenalan kepada tajuk yang hendak diajar .

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid duduk secara
                      berpasangan.

                   2. Murid memperkenalkan nama sebenar dan maklumat diri secara
                      bergilir-gilir kepada pasangan masing-masing.

                   3. Murid diminta memperkenalkan dirinya dengan lebih mendalam dari
                      aspek keluarga, cita-cita, hobi dan sebagainya.

                   4. Murid diminta mengingati maklumat yang diceritakan oleh
                      pasangan mereka dan seterusnya menceritakan maklumat
                      pasangan mereka di hadapan kelas.


Penilaian   :   Murid dapat mengingat nama serta latar belakang rakan-rakan secara
                spontan.


Rumusan :       Mewujudkan budaya hormat menghormati




                                                                                44
Falsafah   :   1. Setiap insan yang dilahirkan sudah tentu mempunyai nama
                  tersendiri

               2. Tak kenal maka tak cinta.




                                                                  45
Bidang      :   Pembangunan Diri Murid


Tajuk       :   Semangat Cintakan Sekolah

                Tanggungjawab Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                   1. menjelaskan tentang carta organisasi.

                   2. memahami tentang peranan dan tanggungjawab warga sekolah.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Carta Organisasi sekolah ( Lampiran PD/3A )

                Set Induksi
Langkah-    :   Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan carta organisasi
langkah         sekolah.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
                      berkaitan dengan peranan Guru Besar dan Penolong Kanan.
                      - Nama
                      - Peranan Guru Besar dan Penolong Kanan

                   2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid-murid
                      melengkapkan carta organisasi sekolah dalam lampiran PD/3A.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan berdasarkan
                      tajuk yang dibincangkan.


Penilaian   :   Murid berupaya menamakan pentadbir sekolah.



Rumusan     :   Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan
                pentadbir sekolah.


Falsafah    :   Mengamalkan sikap menghormati Guru Besar, Penolong Kanan dan
                warga sekolah.


                                                                             46
                                                           LAMPIRAN PD/3A




Arahan : Lengkapkan tempat kosong dengan nama yang betul mengikut sekolah
masing-masing.




                       Carta Organisasi Sekolah

                        SK ___________________________

                                 GURU BESAR




        GPK                        GPK                       GPK
    PENTADBIRAN              HAL EHWAL MURID             KOKURIKULUM




                                                                            47
Bidang      :   Pembangunan Diri Murid


Tajuk       :   Pengurusan Diri - Panduan Menunggang Basikal


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

                1. menunggang basikal dengan selamat

                2. menyayangi diri sendiri


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran PD/3B


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya kepada murid siapa yang boleh
                menunggang basikal dan menceritakan pengalaman mereka.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepentingan
                      keselamatan ketika menunggang basikal.

                   2. Murid melakonkan aksi menunggang basikal di beberapa lokasi
                      yang diminta oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi panduan cara
                      menunggang basikal dengan betul.

                   4. Murid melabelkan bahagian-bahagian basikal di Lampiran PD/ 3B



Penilaian   :      Murid melakonkan aksi menunggang basikal yang betul.



Rumusan     :      Murid mampu menunggang basikal dengan betul.


Falsafah    :   1. Kita perlu menyayangi diri sendiri.

                2. Utamakan keselamatan diri di jalan raya.


                                                                                48
LAMPIRAN PD/3B




            49
Bidang      :   Pembangunan Diri Murid


Tajuk       :   Potensi Diri- Bingo


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat:

                   1. mengenali rakan-rakan.

                   2. menyesuaikan diri dengan suasana baru.

                   3. membina keyakinan diri.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Lampiran PD/3C ( Kertas Bingo )


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya tentang permainan dalaman
                yang mereka tahu dan seterusnya memperkenalkan permainan Bingo.

                   1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Bingo ( Lampiran
                      PD/3C ).

                   2. Murid-murid bertemu rakan untuk mengisi Bingo.

                   3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyemak sama ada maklumat
                      yang diperolehi benar atau tidak.



Penilaian   :      Murid dapat melengkapkan maklumat        berkaitan dengan peribadi
                   rakan-rakan mereka.




                                                                                50
Rumusan    :   Murid dapat mengenali potensi diri melalui perbincangan dengan rakan.



Falsafah   :   Merapatkan hubungan silaturrahim.




                                                                                 51
                                                                                                      LAMPIRAN PD/3C

                                                            BINGO


     Arahan:

 1. Cari rakan dan bertanya hal yang berkaitan dengan diri mereka.
 2. Sekiranya penyataan di bawah menyamai ciri yang ada pada rakan anda, minta
    mereka menulis nama mereka di ruangan yang berkaitan.




1. Lahir pada bulan Oktober

     ..........................................................   6. Ayah dan ibu bekerja
     ..
                                                                     ..................................................................
                                                                     ..
2.    Suka berjalan bersama keluarga


     ..........................................................   7. Tinggal berdekatan dengan sekolah
     .

3. Suka makan coklat                                                 ..................................................................
                                                                     ..

     ..........................................................   8. Menulis dengan menggunakan tangan
     .                                                               kiri

4. Suka warna merah                                                  ..................................................................
                                                                     .

     ..........................................................
     .
                                                                  9. Datang ke sekolah menunggang basikal
5. Mempunyai seorang abang dan
   kakak
                                                                     .................................................................

                                                                  10. Minat membaca buku
     ..........................................................
     ..

                                                                     ...............................................................




                                                                                                                                   52
Bidang            :   Pendidikan Pencegahan ( Alkohol )


Tajuk             :   Mitos dan Realiti Tentang Kegunaan Alkohol.


Objektif          :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan        tanggapan
                      sebenar mengenai alkohol.


Masa              :   30 minit


Sasaran           :   Tahun 3


Bahan             :   Lampiran PP/3A


Langkah-langkah   :   Set Induksi
                      Murid melihat gambar         jenis-jenis   minuman   beralkohol.
                      ( Lampiran PP/3A )

                         1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan
                            murid-murid tentang minuman yang boleh diminum dan
                            minuman yang tidak boleh diminum.

                         2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyatakan kesan
                            buruk meminum minuman yang dilarang.


Penilaian:        :   Murid-murid dapat mengenal pasti minuman yang dilarang
                      meminumnya.


Rumusan           :   Elak alkohol supaya imej diri bersih.


Falsafah          :   Alkohol membawa keburukan.
                      Tidak semua tanggapan yang baik, merupakan perkara baik.




                                                                            53
LAMPIRAN PP/3A

             .




            54
Bidang       :    Pendidikan Pencegahan


Tajuk        :    Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS


Objektif     :    Pada akhir sesi, murid-murid dapat menyatakan langkah-langkah
                  mencegah jangkitan penyakit HIV / AIDS pada diri dan keluarga.


Masa         :    60 minit


Sasaran      :    Tahun 3


Bahan        :    CD ( keluaran AADK berkaitan dengan HIV / AIDS ) LCD dan laptop.


Langkah-     :    Set Induksi :
                  Guru Bimbingan dan Kaunseling menayangkan tayangan CD yang
Langkah           berkaitan dengan pencegahan HIV / AIDS

                     1. Soal jawab secara lisan dengan murid berkaitan CD yang
                        ditayangkan ( mesej yang ingin disampaikan ).

                     2 Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan punca
                       jangkitan penyakit HIV / AIDS.

        3. Guru      3.   Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
                          cara mencegah jangkitan penyakit dan kesan HIV /AIDS
                          terhadap manusia.



Penilaian    :    Murid-murid menyatakan cara mencegah penyakit HIV / AIDS.



Rumusan      :    Terdapat beberapa cara mencegah jangkitan penyakit HIV/ AIDS



Falsafah     :    Ilmu dan amalan yang baik mencegah jangkitan penyakit HIV / AIDS




                                                                                 55
Bidang      : Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )


Tajuk       : Permainan Cantuman Bersiri


Objektif    : Pada akhir sesi, murid-murid dapat:

                  1. mengenalpasti bahan-bahan kimia yang merbahaya.
                  2. didedahkan dengan bahaya penyalahgunaan bahan-bahan
                     kimia.


Masa        : 60 minit


Sasaran     : Tahun Tiga


Bahan       : Gambar bahan-bahan kimia merbahaya. ( Lampiran PP/3B )
              ( bensin, tinner, gam kasut, aerosol, gasolin, cecair pemetik api,
              cat, gam kayu )


              Set Induksi :
Langkah -   : Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan 4 jenis bahan yang
langkah       berlainan bau dan warna. ( Contoh : pewangi, minyak angin,
              minyak petrol dan rempah ).

                  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengagihkan murid
                     kepada kumpulan berempat.
                  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan puzzle
                     gambar-gambar bahan kimia yang berbeza kepada setiap
                     kumpulan.
                  3. Murid-murid diminta mencantumkan permainan bersiri
                     tersebut dan menamakan bahan-bahan kimia tersebut.
                  4. Murid-murid berbincang tentang kegunaan bahan-bahan
                     kimia tersebut.
                  5. Pembentangan hasil perbincangan.
                  6. Penjelasan lanjut daripada guru tentang bahaya
                     penggunaan bahan-bahan tersebut.



                                                                               56
Penilaian   : Murid bekerjasama menyiapkan puzzle dan membuat
              sumbangsaran idea tentang penggunaan bahan-bahan kimia.



Falsafah    : Setiap bahan kimia mempunyai kegunaan tersendiri dan akan
              menjadi bahaya jika disalahguna.




                                                                          57
LAMPIRAN PP/3B




            58
59
Bidang      :   Pendidikan Pencegahan


Tajuk       :   Perbezaan Ubat, Rokok Dan Racun


Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat membezakan jenis-jenis ubat,
                rokok dan racun.



Masa        :   30 minit


Sasaran     :   Tahun Tiga.


Bahan       :   Lampiran PP/3C ( Carta jenis ubat, rokok dan racun )


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling menyebut jenis-jenis ubat dan racun
                yang mereka pernah lihat di rumah.

                1.   Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada
                     enam kumpulan dan mengedarkan setiap kumpulan satu
                     permainan cantuman bersiri.

                2.   Murid dikehendaki mencantum kad bersiri.

                3. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan
                   dengan murid.

                4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat penjelasan dan
                   bimbingan tentang perbezaan ubat, rokok dan racun.

                5. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PP/3C.
                   Murid dikehendaki menjawab soalan tersebut.

                6. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan dan
                   membuat rumusan secara ringkas tentang perbezaan ubat,
                   dadah dan racun.


Penilaian   :   Menyiapkan latihan yang diberi.



                                                                            60
Rumusan    :   Terdapat perbezaan di antara ubat, dadah dan racun.


Falsafah   :   Manusia seharusnya boleh membezakan di antara ubat, dadah dan
               racun.




                                                                       61
                                                                              L AMPIRAN PP/3C

Nama:...................................................................

Tahun:......................

 Arahan : Jawab soalan di bawah, suaikan perbezaan antara ubat ,
          rokok dan racun.




      Bahan atau kimia amat                                            Bahan yang boleh
     merbahaya kepada individu                                         meragut nyawa .
      yang menggunakannya



                                              Bahan yang boleh
                                            menyembuhkan penyakit




           Ubat




         Dadah




         Racun




                                                                                           62
Bidang      :   Pendidikan Pencegahan ( Rokok )


Tajuk       :   Jauhi Personaliti Kabur

Objektif    :   Pada akhir sesi, murid-murid dapat:

                   1. menyenaraikan 5 personaliti negatif perokok.
                   2. membezakan personaliti perokok dan bukan perokok.


Masa        :   60 minit


Sasaran     :   Tahun 3


Bahan       :   Gambar (Lihat Lampiran PP/3D , PP/3E dan PP/3F ).


Langkah-    :   Set Induksi :
langkah         Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melihat
                seorang perokok tegar. (Lihat Lampiran PP/3D)

                   1. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan
                      perasaan mereka setelah melihat gambar.

                   2. Murid diberikan lembaran kerja ( Lampiran PP/3E ).

                   3. Murid diminta menyenaraikan secara bertulis
                      tingkah laku atau imej negatif.

                   4. Murid diminta membuat rumusan mengenai imej
                      seorang perokok bersama Guru Bimbingan dan
                      Kaunseling dengan merujuk Lampiran PP/3D.


Penilaian   :   Murid-murid menjawab soalan di lampiran PP/3E


Rumusan     :   Elak merokok supaya imej diri bersih.


Falsafah    :   Kesedaran tentang kepelbagaian personaliti manusia memberi
                panduan kepada murid membina dan membentuk imej yang
                positif untuk mencapai kepuasan dan kejayaan hidup yang
                lebih bermakna dan bernilai.


                                                                           63
                       LAMPIRAN PP/3D



GAMBAR PEROKOK TEGAR




                                   64
          LAMPIRAN PP/3E




PEROKOK TEGAR




                      65
                                      LAMPIRAN PP/3F




PEROKOK TEGAR
  KEKEMASAN DIRI
                                    PENCEMARAN




 KEBERSIHAN




RUANG KERJA




               BUSUK   PEMBAZIRAN
PEMAKANAN




                                                  66

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: MODUL, TAHUN
Stats:
views:1188
posted:7/5/2010
language:Malay
pages:66