; Perbandingan Mazhab Falsafah Dengan FPK
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

Perbandingan Mazhab Falsafah Dengan FPK

VIEWS: 1,365 PAGES: 4

  • pg 1
									Griffen Encharang PISMP BM Jan 09                                        IPG Kampus Batu Lintang




PERBANDINGAN                  MAZHAB-MAZHAB        FALSAFAH        DENGAN       FALSAFAH
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Falsafah pendidikan di Malaysia              boleh dihayati daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang telah diumumkan pada 1988.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah
haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.

    "Pendidikan          di    Malaysia   adalah   suatu   usaha   berterusan     ke     arah
    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
    mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
    bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
    mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
    memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
    negara,"

    Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara ialah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni
seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada
negara serta boleh memberi Mimbangan untuk kemajuan negara dan memupuk
perpaduan di kalangan tnkyat berbilang kaum. Program KBSR dan KBSM adalah dirancang
untuk mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

    Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada di negara Barat,
Timur ataupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan
sesuatu falsafah pendidikan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Bagaimanapun, ia pula
mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur
dan juga falsafah pendidikan Islam.

    Jika ditinjau secara keseluruhan, falsafah pendidikan kebangsaan inilah lebih mirip
dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme. Kedua-duanya menekankan matlamat
Griffen Encharang PISMP BM Jan 09                                             IPG Kampus Batu Lintang



pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat
keharmonian dan kemakmuran.


Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah
progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri
progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu
sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan
kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar
memperolehi i l m u pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam
tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak demokratik,
membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul. Selain
daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula
merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, iaitu mata pelajaran yang pula
dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

    Salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar
secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan, yang harmonis dan
seimbang.         Fungsi       ini   pula   boleh   dihayati   daripada   falsafah   pendidikan
rekonstruktisme, konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme.

    Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah pendidikan
Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan
KBSM mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu,
khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.

     Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan
dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia
boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional.

     Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di
Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu falsafah
yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.
Griffen Encharang PISMP BM Jan 09                                                   IPG Kampus Batu Lintang



KESIMPULAN

Pengajian Falsafah pada asasnya, merangkumi cabang-cabang falsafah, iaitu
metafizik, epistemologi dan aksiologi.

Metafizik atau ontologi, menumpukan perhatian terhadap kajian kewujudkan alam asli,
minda ,dan interaksi di antara kewujudan dengan minda, diri, keabadian manusia, dan
Tuhan. Epistemologi ialah falsafah ilmu, yang menumpukan kajian terhadap
bagaimana ilmu diperolehi, dan bagaimana diuji dan disahkannya. Manakala, aksiologi
merupakan falsafah moral, nilai murni dan estetika.

    Ahli-ahli falsafah, tidak kira sama ada falsafah Barat atau Timur, menggunakan
cabang-cabang falsafah ini sebagai rangka kajian untuk berfalsafah ke atas masalah
dan isu yang mereka memikirkan. Yang berbezanya ialah bidang pengajian khusus
mereka       masing-masing.         Secara   ammya,     ahli-ahli   falsafah   di     negara       Barat
menitikberatkan perkembangkan ilmu (epistemologi) yang membawa perkembangan
sains dan teknologi yang canggih. Ahli-ahli falsafah di negara Timur, pada
keseruluhannya, menumpukan perhatian mereka atas isu dan masalah masyarakat ,
moral dan estetika (aksiologi) yang membawa perkembangan nilai humanisme dan
etika.         Manakala         ahli-ahli    falsafah   agama       menumpukan               perhatian
mereka terhadap soalan kewujudan alam asal, realiti, dan masalah sosial
dan hubungan Tuhan (metafizik).

    Bagaimanapun, oleh kerana cabang-cabang falasfah, iaitu metafizik, epistemologi
dan aksiologi adalah saling berkait di antara satu sama lain, apa cabang falsafah yang
ditumpukan untuk berfalsafah harus pula berkait rapat dengan kedua-dua cabang
falsafah yang lain. Dengan perkataan-perkataan lain, aktiviti berfalsafah, khasnya
dalam pendidikan, harus menggunakan rangka falsafah yang merangkumi metafizik,
epistemologi dan aksiologi.



                                      Sumber: Dipetik daripada Ilmu Pendidikan untuk KPLI,

                                                                          Mok Soon Sang,2004
Griffen Encharang PISMP BM Jan 09   IPG Kampus Batu Lintang

								
To top