EDU 3101 Tutorial M6

Document Sample
EDU 3101 Tutorial M6 Powered By Docstoc
					NAMA           : GRIFFEN ANAK ENCHARANG        NO.KAD PENGENALAN      : 880228-52-6227

MATA           :EDU 3101 – FALSAFAH DAN        JABATAN                : ILMU PENDIDIKAN
PELAJARAN      PENDIDIKAN DI MALAYSIA


SOALAN TUTORIAL MINGGU 6:

Menghasilkan penulisan refleksi berkenaan implikasi terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia.

       Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni
dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para
pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi buah mulut masyarakat umum pada
tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita.
Justeru, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah berteraskan nilai-nilai
dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

       Kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah membawa implikasi-
implikasi seperti yang dihuraikan berikut kepada sistem pendidikan kita.

1. Implikasi terhadap kurikulum

   Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah
   Pendidikan Negara. Ini meliputi:

       Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
       bersepadu.
       Perubahan     bahan-bahan     pelajaran    yang    mengutamakan     nilai-nilai
       murni diserapkan ke dalam semua mata pelajaran.
       Perubahan       program     pendidikan    yang    berorientasikan    ke arah
       melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
       Perubahan      sistem    pendidikan     yang    berorientasikan   ke     arah
       pendidikan umum.
       Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran
       pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
2. Implikasi terhadap pendidik

   Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar
   dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini termasuk:

      Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan
      visi yang positif terhadap tugasnya untuk mepealisasikan tujuan dan
      cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
      Perubahan        profesional   dengan     mengubah strategi dan teknik
      pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
      pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

3. Implikasi terhadap institusi pendidikan

   Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
   melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan
   Kebangsaan. Ini meliputi:

      Perubahan        kemudahan-kemudahan     supaya     pelajar-pelajar mendapat
      peluang mengembangkan potensi mereka dari pelbagai aspek intelek, rohani,
      emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
      Perubahan,aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk
      nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
      Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-
      pelajar yang mencintai ilmu dan seterusnya membentuk budaya
      membaca dalam kalangan mereka.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:98
posted:7/4/2010
language:Malay
pages:2