DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU by leezaman

VIEWS: 15,962 PAGES: 16

									                                 TUGASAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


(a) Berdasarkan beberapa rujukan dan kefahaman anda, bincangkan beberapa definisi
   perbezaan Individu dari pelbagai sudut pandangan serta huraikan dengan jelas ciri-
   ciri perbezaan individu tersebut.


   1.0 Maksud Perbezaan Individu
   Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
   kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial
   atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu
   kumpulan.
   Merujuk kepada definisi yang diberikan oleh Borich dan Tombari (1997), perbezaan
   individu ialah:
           “Individual differences are the variations we observe among members of any group
           in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns
           and parent-child attachment.”
   Perbezaan     individu   di   sini   bukanlah   termasuk   keupayaan   dan   latar   belakang
   sememangnya merupakan faktor-faktor yang berbeza. Yang dimaksudkan disini ialah
   setiap murid akan bertindakbalas dengan cara-cara yang sama terhadap pengajaran guru.
   Rumusan daripada dapatan Pavlov ialah:
   Guru harus mengambil kira pembawaan perangai muridnya, khususnya berhubung dengan
   gerak balas murid yang diajarnya dan penggunaan bahan pengajaran. (Syarifah Alawiyah,
   1987)
   Daripada definisi diberi di atas perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di
   kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu, seperti temperamen, tahap
   tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.


   2.0 Maksud Tahap Tenaga, Pola Persahabatan Dan Temperamen
           2.1 Tahap tenaga
           Tahap tenaga     ialah merujuk kepada keadaan fizikal seseorang semasa terlibat
           dalam aktiviti, sama ada bertenaga, berstamina atau mudah penat. Misalnya, ketika



                                                                                               1
      kegiatan sukan dilakukan, terdapat individu yang mudah penat dan tidak mampu
      bersukan melebihi tahap tertentu.


      2.2 Pola persahabatan
      Pola persahabatan ialah merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam sesuatu
      kumpulan.     Menurut Moreno (1953), persahabatan boleh diukur melalui teknik
      sosiometri dan beberapa pola persahabatan boleh dikenal pasti dan boleh dipetakan
      dalam bentuk rajah sosiogram. Pola-pola persahabatan itu ialah seperti bintang,
      dyad, klik, rantai, pencilan dan singkiran.


      2.3 Temperamen
      Temperamen ialah tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang
      sebahagian besar diwarisi daripada ibu bapa seseorang. Sekiranya ibu bapa
      mempunyai tingkah laku yang bersopan santun, anak-anak akan mewarisi tingkah
      laku yang sama.


3.0 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus
utamanya ialah konteks sosial di mana seseorang kanak-kanak membesar dan
individuindividu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam perkembangan sepanjang
hayatnya. Terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi, iaitu (i) sistem mikro, (ii)
sistem meso, (iii) sistem ekso, (iv) sistem makro dan (v) sistem krono


      3.1      Perkembangan Pergerakan (Motor) Arnold Gesell
      Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi yang mementingkan baka sebagai
      penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu. Beliau mempercayai
      bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama dalam menentukan proses
      pembelajaran. Kebolehan kanak-kanak akan muncul apabila kanak-kanak sampai
      ke tahap kematangan tertentu. Beliau berpendapat, oleh kerana seseorang
      mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama, maka tidak akan ada dua orang



                                                                                       2
manusia yang serupa perkembangannya. Beliau juga berpendapat semua
perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan tertentu. Oleh itu, perkembangan
tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan.


3.2    Tugas Perkembangan Havighurst
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan dan harapan ibu bapa serta masyarakat
tentang pencapaian sesuatu tingkah laku oleh seseorang kanak-kanak pada
peringkat umur tertentu (Atan Long,1980). Newman (1999) berpendapat bahawa
tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai
individu untuk menambah penguasaan terhadap persekitaran. Dalam hayat
seseorang, daripada lahir hingga ke dewasa dan tua, dia harus memenuhi atau
mencapai tugas-tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat atau
budaya di mana seseorang individu itu tinggal. Teori Havighurst (1952) menegaskan
bahawa    perkembangan     seseorang   kanak-kanak    sangat   dipengaruhi   oleh
persekitaran. Perbezaan individu terjadi disebabkan oleh pengaruh persekitaran
yang berbeza.


3.3   Perkembangan Psikososial Erikson
Mengikut Erikson (1902-1994), seseorang kanak-kanak akan melalui lapan tahap
perkembangan sepanjang hayatnya, yang penuh dengan krisis. Untuk mencapai
tahap kesihatan psikososial, seseorang mesti berjaya mengatasi krisis yang
terdapat pada setiap tahap tersebut.   Kanak-kanak tersebut akan terus maju ke
tahap berikutnya, tetapi akan terus gagal sehinggalah ke akhir hayatnya.
Contohnya, jika seseorang itu gagal mengatasi krisis pada tahap remaja, iaitu
membentuk identitinya, dia akan terus maju pada tahap berikutnya, iaitu pada tahap
kemesraan lawan pengasingan diri, tetapi akan terus gagal, iaitu menjadi orang
yang terasing dan tidak dapat mencari pasangan hidup. Kemudian bila umur beliau
meningkat, beliau akan berada di tahap, iaitu generativiti lawan kebekuan atau
pemusatan kendiri. Pada tahap ini dia akan memusatkan perhatian pada dirinya
sahaja, tidak seperti orang lain yang berjaya mengatasi krisis pada peringkat
tersebut, yang akan mempunyai anak-anak dan dalam proses membesarkan anak-



                                                                                3
      anak mereka. Oleh sebab itu, Erikson berpendapat individu berbeza dalam usaha
      mereka mengatasi krisis pada setiap tahap peringkat perkembangan.
      Mengenai hubungan antara ibu bapa dengan anak, anak perlu mewujudkan
      perasaan “ikatan” dengan ibu bapa di peringkat awal, iaitu merasakan ibu bapa
      adalah orang istimewa dalam hidupnya dan tiada orang lain yang dapat
      menggantikan tempat mereka berdua. Hubungan sebegini dikenali juga sebagai
      hubungan menegak .Terjalinnya hubungan ini adalah sangat penting kerana ia akan
      menjadi asas kepada rasa selamat dan mempercayai orang lain semasa bergaul
      dengan dunia luar. Hubungan dengan sahabat atau rakan pula dikenali sebagai
      hubungan mendatar.
      Menurut Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for
      Effective Teaching, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat
      manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang
      atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah.
      Definisi-definisi yang diberi ini merumuskan bahawa terdapat pelbagai perbezaan
      individu yang boleh dilihat pada seseorang individu atau kumpulan tertentu seperti
      temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan, hubungan ibu bapa dengan anak-
      anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan
      atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu. Selain dari itu,
      terdapat juga beberapa aspek perbezaan individu yang perlu diketahui seperti
      jantina, ketinggian, berat, bentuk tubuh badan, gaya hidup, status sosio-ekonomi,
      suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah, masyarakat setempat dan
      sebagainya.


4.0   Ciri-ciri Perbezaan Individu
Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk
tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti
serta reaksi emosi. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya
hidup keluarganya, status sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di sekolah, suasana di
rumah di mana dia dibesarkan, komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu
bapanya dan cara keluarganya mengisi masa santai dan masa cuti sekolah.



                                                                                           4
   Slavin (1997), pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks
   pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam
   tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas
   sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Aspek-aspek perbezaan individu ini akan
   dijelaskan dalam bahagian berikut:
   1) budaya 2) sosial 3) gaya kognitif/gaya belajar 4) sistem nilai/norma 5) status sosio
   ekonomi 6)aspirasi/motivasi 7) kecerdasan 8) lokasi tempat tinggal 9) kesihatan/penyakit
   10) bangsa/bahasa 11) emosi 12)fizikal 13)personaliti / sahsiah


   5.0 Kesimpulan
   Terdapat implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran seperti dari
   segi kesediaan belajar, objektif pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku murid yang
   menggangu       pengajaran, perbezaan gaya kognitif, dan gaya belajar serta perbezaan
   personaliti. Walaubagaimanapun peranan guru adalah penting untuk mengatasi masalah
   perbezaan individu di kelas.


(b) Selain itu, perbezaan individu juga boleh dilihat dari aspek personaliti. Berdasarkan
   contoh dan rujukan dari buku-buku yang berkaitan, bincangkan mengenai
   personaliti dari pelbagai perspektif yang berbeza.


   1.0 Definisi Personalti
   Personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perlakuan manusia. (Abdul Majid ,
   1997). Setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-
   ciri keperibadian seseorang seperti ada individu yang peramah, pandai berkawan, popular
   dan disukai. Ada pula individu yang suka bersendiri, pendiam dan terlalu beringat tentang
   penyakit,   iaitu   mengelakkan   diri   daripada   memakan       makanan   tertentu   untuk
   menghindarkan alahan. Kita dapat mengetahui personaliti seseorang melalui wajah dan
   wataknya, iaitu termasuklah gaya percakapannya, tingkahlakunya, gaya berfikir, gaya
   bertindak dan gaya bekerja. Perkataan „personaliti‟ adalah berasal daripada perkataan
   „pesona‟ yang bermakna „topeng muka‟. Tafsiran kepada „topeng muka‟ ialah kebanyakan
   manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk



                                                                                              5
(Mohd. Saleh Lebar, 1994). Seterusnya, Adler (1948) mendefinisikan personaliti sebagai
gaya atau “stail” hidup seseorang manusia. Allport (1961) menyatakan personaliti sebagai
penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri
dan penyesuaiannya dengan persekitaran.


Freud pula telah mengemukakan “facets of personality” yang mengandungi id, ego dan
superego. Carl Jung pula membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan
ambivert. Antara ciri-ciri personaliti ekstrovert ialah periang, suka berkawan, petah
bercakap, peramah, mudah menyesuaikan diri, bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan
tahan lasak. Sementara ciri-ciri pelajar introvert pula ialah pendiam, kurang bersosial, lebih
berbakat dalam aktiviti penulisan, sensitif dan berhati-hati dalam membuat tindakan. Ciri-
ciri pelajar ambivert pula adalah kombinasi ciri-ciri personaliti ekstrovert dan introvert.


2.0 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Perbezaan Individu
Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu dari aspek personaliti terbahagi
kepada dua faktor yang besar, iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini
dijelaskan dalam bahagian berikut. Anda telah pelajari mengenai faktor baka dan faktor
persekitaran yang telah mempengaruhi perkembangan manusia.


    2.1 Faktor Baka
    Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada
    kedua-dua ibu bapanya. Setiap orang akan mewarisi sebahagian besar paras rupa,
    tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya
    hidup, sikap dan minat. Baka diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka
    semasa percantuman sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum
    yang mengandungi 23 kromosom untuk membentuk sel anak yang terdiri daripada 46
    kromosom. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata. Apabila seorang lelaki
    bermata coklat berkahwin dengan seorang wanita bermata biru, kemungkinan yang
    akan berlaku ialah semua anak mereka akan bermata coklat, tetapi membawa gen
    mata biru. Satu lagi kemungkinan ialah apabila seorang berkahwin dengan wanita
    dengan gen mata coklat-biru, tiga daripada empat orang anak mereka akan bermata



                                                                                              6
coklat dan seorang akan bermata biru. Apabila seorang berkahwin pula dengan wanita
bermata biru , 3 daripada anak mereka akan bermata coklat dan 1 bermata biru.


2.2 Faktor Persekitaran
Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan
dirinya. Ini bermakna persekitaran merupakan perkara-perkara yang bukan genetik
yang   mempengaruhi         seseorang   individu   (Papalia,   2001). Persekitaran   yang
mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan individu dengan kedua
orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga
lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media eletronik serta bahan
daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang,
masyarakat disekelilingnya dan rumah ibadat. Contohnya, cara ibu bapa mengasuh
anak-anak mereka adalah berbeza daripada satu keluarga dengan keluarga yang lain.
Akibatnya, lahirlah individu yang berbeza. Menurut Baumrind (dalam Santrock 2001),
terdapat empat bentuk asuhan keluarga:
(a) Ibu bapa authoritarian
(b) Ibu bapa authoritatif
(c) Ibu bapa mengabaikan anak
(d) Ibu bapa “indulgent”
Kanak-kanak perlu diajar mematuhi peraturan dan                 berdisiplin   sebab hidup
bermasyarakat memerlukan peraturan supaya wujud keadaan yang harmonis. Dengan
itu, dapat dirumuskan di sini bahawa perbezaan individu boleh dibahagikan kepada
dua faktor, iaitu faktor baka dan persekitaran.




                                                                                        7
3.0 Personaliti Dari Pelbagai Perspektif
   3.1 Perspektif Psikodinamik
   Menurut Teori Psikodinamik, tingkah laku manusia adalah hasilan dari bentuk interaksi
   di antara pelbagai komponen personaliti. Mengikut Freud, personaliti manusia itu terdiri
   daripada tiga komponen yang signifikan ini, id, ego dan superego.
      3.1.1 Id
      Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam
      pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan.
      Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang
      diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala
      bawah sedar. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi
      berkehendakkan kepuasan.
      3.1.2 Ego
      Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego
      berkembang secara berperingkat dan berada pada tahap sedar. Ego juga penuh
      dengan persepsi. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan
      identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya.
      3.1.3 Super ego
      Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkah laku
      psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau „conscience‟ seseorang
      individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik.
      Super ego berfungsi mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan
      seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana,
      peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Di sebalik
      super ego sentiasa wujud imej pengawalan.


   3.2 Perspektif Tret dan Sosial Behavioristik
   Mengikut American Psychiatric Association, tret personaliti adalah aspek personaliti
   yang prominen yang ditonjolkan dalam konteks sosial yang pelbagai. Dengan kata lain,
   seseorang individu itu mempunyai perwatakan yang boleh menentukan tingkah laku
   masing-masing. Sebagai contoh, seorang individu yang peramah selalu boleh menjadi



                                                                                         8
pendengar yang baik dan berminat dengan apa yang diperkatakan oleh individu lain.
Gordon Allport telah mengutarakan tiga jenis tret dengan tahap yang berbeza: tret
cardinal, tret pusat dan tret sekunder. Dalam kajian lain tentang personaliti, Raymond
Cattell telah mengutarakan struktur personaliti dengan 16 faktor primer dan 5 faktor
sekunder. Berdasarkan Teori Cattell, Goldberg pula telah mencadangkan lima dimensi
dalam model personaliti juga dikenali sebagai ‟ The Big Five‟ .


3.3 Teori Behavioris
Behavioris menerangkan personaliti dari aspek tindakbalas terhadap rangsangan
luaran. Mengikut Skinner, tingkah laku manusia ini diperolehi dari pelaziman operan
yang menitikberatkan pengukuhan selepas setiap tindakbalas dilakukan oleh individu
itu.


3.4 Perspektif Humanistik
 Mengikut psikologi kemanusiaan, individu manusia ini memainkan peranan yang aktif
 dalam menentukan bagaimana mereka bertingkah laku. Untuk itu psikologi humanistik
 memberi penekanan terhadap pengalaman subjektif individu tersebut dan bukan yang
 menentukan tingkah laku. Antara yang mempelopori pendapat ini adalah Abraham
 Maslowdan Carl Rogers.


3.5 Perspektif Kognitif
 Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat, sementara gaya
 belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Witkin
 (1940) telah mengenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya belajar bergantung latar (field
 dependence) dan gaya belajar bebas latar (field independence). Individu yang
 bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global, sementara individu yang
 bergaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal.
 Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965),
 kanak-kanak yang bergaya kognitif impulsif akan memilih pelbagai kemungkinan
 penyelesaian masalah dengan memberikan tindak balas yang cepat, tetapi kurang
 memberikan pertimbangan kepada ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut.



                                                                                        9
         Oleh itu, kanak-kanak yang bergaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat,
         tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif, yang mempunyai kecerdasan
         yang sama dengan pelajar impulsif, akan mengambil masa yang lama sebelum
         menjawab sesuatu soalan atau menyudahkan tugasan kerana dia membuat pelbagai
         pertimbangan   dalam   menjawab    atau menyelesaikan      masalah   dan   berharap
         jawapannya adalah paling tepat; atau menyerahkan tugasan yang disiapkan dengan
         sempurna.


     4.0 Kesimpulan
     Maksud personaliti dari pelbagai perspektif telah dibincangkan dengan jelas dan terdapat
     perbezaan pendapat di antara satu teori dengan teori yang lain. Sebagai rumusan
     mengenali personaliti ini begitu penting bukan sahaja bagi kumpulan pelajr yang baik
     mahupun kumpulan pelajar yang bermasalah. Menangani masalah pelajar melalui
     pembinaan konsep diri boleh membantu mereka membentuk personaliti yang baik.


( c ) Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian anda siapakah pelajar istimewa dan
     bagaimana cara anda mengenalinya? Sebagai seorang guru, reka satu program
     pengayaan dan pemulihan bagi satu mata pelajaran yang anda mengajar dengan
     lengkap.


     1.0 Pengenalan
     Kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa merupakan salah satu cirri
     perbezaan individu. Kanak-kanak berkeperluan khas ini merangkumi golongan kanakkanak
     pintar cerdas; kerencatan akal; cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal; bermasalah
     pembelajaran atau kesihatan dan sebagainya. Mereka yang dikenal sebagai berkeperluan
     khas ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjadi penyumbang kepada masyarakat dan
     negara. Mereka tidak wajar dipinggirkan, malah perlu diberi pendidikan. Bagaimanapun,
     disebabkan ciri-ciri istimewa mereka ini, maka pendidikan yang diberikan kepada mereka
     agak berbeza dan ia digelar sebagai Pendidikan Khas. Pendidikan khas didefinisikan
     sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
     yang mengalami pelbagai kecacatan/kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi



                                                                                          10
aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang
berteraskan rumah, hospital atau institusi.
Pendidikan khas juga boleh didefinisikan sebagai:
   “Special education means education by special methods appropriate to the
   requirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social developments
   cannot in the opinion of education authority be adequately promoted by ordinary
   means.”
Pendidikan khas juga merujuk kepada:
“Satu program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas
dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan
dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan sekolah biasa.” (Chua, 1992). Manakala Slavin (1997) pula mendefinisikan
pendidikan khas sebagai:
“Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah seperti kecacatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun
penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas”.
Menurut Gearhart dan Weishman (1980) pula, pendidikan khas ialah: Subsistem dalam
sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan
keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa. Manakala, Krik
dan Gallagher (1983) menyatakan bahawa golongan luar biasa meliputi golongan yang
bergeliga dan yang handikap. Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa pendidikan khas
merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari
segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya tidak mengalami pertumbuhan dan
perkembangan yang normal.


2.0 Definisi, Falsafah dan Objektif Program Pendidikan Inklusif
    2.0.1 Definisi
    Perkataan inklusif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “inclusive”, yang
    bermaksud “merangkumi”. Secara umumnya, program pendidikan inklusif membawa
    maksud program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas belajar bersama




                                                                                      11
    murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala
    kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status (Naim, 1997).


    2.0.2 Falsafah Pendidikan Inklusif
    Pendidikan untuk semua. Pendidikan Inklusif menawarkan kanak-kanak berkeperluan
    khas belajar bersama-sama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang
    sama.


    2.0.3 Objektif
    Objektif program pendidikan inklusif secara umumnya ialah untuk memberi peluang
    kepada pelajar berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai
    semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama dengan pelajar normal. Selain dari itu
    program ini juga bertujuan membantu pelajar berkeperluan khas agar dapat
    menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di
    sekolah dan di dalam komuniti dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya,
    mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada Negara
    dan bangsa. Barirah (1995) menyenaraikan empat objektif pendidikan inklusif seperti
    berikut:
    (i) Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan
    khas membawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
    (ii) Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan
    sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka.
    (iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding
    dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.
    (iv) Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan
    kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.


3.0 Model Program Pendidikan Inklusif
Di Malaysia kanak-kanak dengan keperluan Pendidikan Khas diberi pendidikan melalui
3 jenis program:
(i) Sekolah Pendidikan Khas



                                                                                       12
(ii) Kelas Percantuman Khas
(iii) Kelas Pendidikan Inklusif


4.0 Pendidikan Inklusif dan Isu-isu
Pembentukan strategi ke arah pelaksanaan pendidikan inklusif perlu berlaku di setiap
peringkat pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Bagaimanapun, sekolah adalah
tumpuan perubahan. Faktor berikut boleh dijadikan prasyarat ke arah pelaksanaan
pendidikan inklusif yang berkesan.
(i) Kepimpinan efektif dari pihak pengurusan sekolah yang komited untuk memenuhi
keperluan pembelajaran semua murid.
(ii) Keyakinan di kalangan guru bahawa mereka mampu membantu semua kanak-kanak
belajar.
(iii) Rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mengalami kejayaan.
(iv) Mengatur sistem sokongan kepada setiap guru.
(v) Komitmen untuk menyediakan peluang pembelajaran berdasarkan kurikulum yang
sama.
(vi) Menyediakan prosedur yang sistematik untuk mengesan dan menyemak kemajuan.
Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Bahagian
Sekolah mencadangkan peningkatan beberapa aspek kemudahan asas seperti berikut:
(i) Setiap kelas yang ada penyertaan Program Pendidikan Inklusif dicadangkan mempunyai
jumlah pelajar maksima seramai 35 orang pelajar termasuk jumlah maksima pelajar khas
seramai 3 orang pelajar dan dikendalikan oleh 2 orang guru.
(ii) Mewujudkan jawatan pembantu guru mengikut keperluan pelajar khas berkenaan.
(iii) Memperluaskan lagi jawatan penyelia pengasuh pelajar bagi keselesaan pelajar khas
dalam semua aspek perkembangan pelajar khas.


5.0 Definisi, Falsafah dan Objektif Program Pemulihan Dan Pengayaan
Dari Kamus Dewan, perkataan “pulih” membawa maksud “kembali seperti biasa” atau
“sembuh”‟. Bagaimanapun maksud pemulihan dalam konteks pendidikan bererti “sesuatu
usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul”.
Secara umumnya, pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai:



                                                                                          13
“Satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan pelajar yang mengalami
kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa
atau dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan”. (Sharifah Alwiah
Alsagoff, 1983).
Objektif pendidikan pemulihan adalah:
(i) membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran
(ii) membina keyakinan diri
(iii) membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh pelajar
(iv) memberi peluang kepada pelajar untuk belajar matematik mengikut kebolehannya
Bagi program pengayaan mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), ia membawa
maksud:
“ Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran
yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini pelajar akan mendapat peluang
tambahan untuk mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap
berdikari dan bakat kepimpinan mereka”.
Objektif program pengayaan adalah untuk:
(i) mengembangkan potensi pelajar ke tahap yang sebenar
(ii) membolehkan pelajar mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan lagi daya
kreativiti dan kebolehan intelek mereka.


6.0 Model Program Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan
Program pendidikan pemulihan dan pengayaan yang dijalankan berdasarkan kepada
penjelasan yang berikut ini. Program pengajaran pemulihan adalah proses berperingkat
yang disusun mengikut urutannya dan setiap peringkat saling berhubungan antara satu
sama lain. Sementara itu, program pengayaan berdasarkan kepada aktiviti yang boleh
dibahagikan kepada dua kategori:
(i) pengayaan secara mendatar: aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan
mengikut kebolehan.
(ii) pengayaan secara menegak: aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan pelajar



                                                                                     14
yang cerdas sahaja.


7.0 Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan dan Isu-isu
Pelaksanaan program pengajaran pengayaan dan pemulihan ini seperti dalam contoh
pengajaran matematik. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Contoh pelaksanaan program pemulihan dan pengayaan
dalam konteks ini ialah:
(i) Langkah pertama ialah menilai penguasaan kemahiran tertentu, sama ada sudah
dikuasai pelajar atau belum.
(ii) Sekiranya pelajar menguasai kemahiran yang dinilai, pelajar akan diberikan program
pengayaan.
(iii) Sekiranya pelajar belum menguasai kemahiran tesebut mereka diberikan program
pemulihan.
(iv) Dalam pengajaran ini, pelajar yang lambat menguasai kemahiran tidak diberi program
pengayaan.


8.0 Kesimpulan
Pendidikan khas adalah merupakan suatu kaedah pengajaran untuk pelajar istimewa atau
kanak-kanak istimewa seperti kanak-kanak cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat
akal termasuk kanak-kanak pintar. Progam yang dirancang di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia memerlukan bukan sahaja guru yang terlatih, tetapi penglibatan
pelbagai kepakaran, kurikulum khas dan kaedah pengajaran khas, malah pelbagai program
perlu diwujudkan dengan perancangan pelaksanaan yang rapi dan teliti. Program ini terdiri
daripada program pendidikan inklusif di mana pelajar golongan istimewa ini akan belajar
bersama dengan pelajar normal, rancangan pendidikan individu yang melibatkan satu
dokumen bertulis mengenai pelajar tersebut dan pendidikan pemulihan serta pengayaan
bagi mereka yang memerlukannya.




                                                                                          15
RUJUKAN


Sharifah Alwiyah Alsagof (1987), Psikologi Pendidikan II:Psikologi Pembelajaran Kognitif,
Bimbingan dan Kaunseling, Longman
Atan Long (1982), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Azizi Yahaya, Asmah suboh, Zurihanami Zakariya & Fawziah Yahya (2005): Aplikasi
kognitif dalam Pendidikan, PTS Publishing
Hutt, W. (1997). Individual Differences. Educational Psychology Interactive. Valdosta, GA:
Valdosta State University.
Joseph S. Renzulli (2004), Identification Of Students For Gifted And talented Programs,
Corwin Press
Don E. Amachek (1977), Human Dyanimacs In Psychology And Education, Corwin Press
Noran Fauziah yaakub (1991), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka
Prof. Dr. Khadijah Rohani (2008), Psikologi Pendidikan, Meteor Doc Sdn Bhd.




                                                                                       16

								
To top