Docstoc

UntoldBonus-Pengurusan-Kewangan

Document Sample
UntoldBonus-Pengurusan-Kewangan Powered By Docstoc
					PengurusanKewangan.com


Penulis: Zaidi Ismail (UrusInsan.Net) & Warga UrusInsan.
Bonus Rahsia:
Bonus   ini   disediakan   untuk   kemudahan   umum   dalam   lebih
memahami penggunaan OD dan kembali kepada asas kewangan yang
kukuh. Ingatlah, walaupun 1000 tahun yang berlalu, asas kewangan
tidak pernah berubah. Berikut adalah beberapa petikan yang pernah
dibincangkan satu ketika dahulu. Moga bermanfaat.
p/s- Ini hanya pendapat dan perbincangan tidak semestinya tepat!
Anda perlu kaji ianya sesuai untuk anda atau tidak. Harap maklum.




                      RAHSIAKAN BONUS INI


   TERPULANG KEPADA PEMBELI UNTUK MEMBUAT PILIHAN!
    TUJUANNYA ADALAH UNTUK MELIHAT ADAKAH MEREKA
   SANGGUP MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENGELUARKAN
        WANG BAGI MEMBANTU PENGURUSAN KEWANGAN
                       MEREKA SENDIRI???
1) Akaun Overdraft & Simpanan Biasa
Saya nak bertanya tentang akaun overdraft dan akaun simpanan
biasa. Mengikut kefahaman saya, semua wang masuk dan keluar
sebaiknya diuruskan melalui akaun overdraft. Soalan pertama, boleh
tak sekiranya saya menggunakan akaun simpanan biasa sebagai
platform saya. Saya memasukkan modal/simpanan awal sebanyak
rm11k dan semua pendapatan saya masukkan ke dalam akaun
simpanan. Wang keluar bulanan, simpanan dan pelaburan saya
ambil dari akaun ini. Adakah cara saya ini berkesan dan berbaloi?
Soalan kedua, jika baki akaun overdraft tidak boleh kurang dari 50%,
adakah baki akaun simpanan juga perlu dikekalkan sebegitu supaya
ianya stabil? Secara ringkasnya, saya hendak membandingkan
penggunaan akaun mana yg lebih berfaedah dan menguntungkan
sebagai alat dlm menguruskan kewangan saya.


JAWAPAN:
Pertama overdraft atau OD yg diperbincangkan adalah OD/ASB yakni
OD yg didapati dari cagaran ASB. OD <----- ASB
dan akaun simpanan pula adalah akaun simpanan di bank yg tidak
dicagarkan.
Diambil contoh yg diberikan oleh anda
OD (RM10,500) <-----ASB ( 11K) * berdasarkan 95% dari nilai ASB
Oleh itu anda boleh menggunakan OD sebanyak RM10,500
disamping pada waktu yg sama anda mendapat atau enjoy 8% kadar
keuntungan dari ASB. Dengan kata lain, anda boleh gunakan wang
ASB tanpa perlu mengeluarkan ASB dan anda masih enjoy
keuntungan penuh ASB.


Manakala akaun simpanan pula :- Akaun Simpanan (11K),
Jika anda guna akaun simpanan nilainya semakin susut dan anda
tidak menikmati keuntungan darinya. Tanpa saya perlu menjawab
dengan lebih lanjut, cuba anda fikirkan mana rasanya yg lebih
baik???


                                 2
ASB Loan
ASB Loan, soalan common yg sering saya terima, Ianya tergantung
kepada keadaan, matlamat dan objektif kewangan anda.
Contoh 1 :
Jika anda tidak mempunyai sebarang simpanan di ASB pada waktu
ini, Loan ASB amat merugikan. Anda boleh membuat pengiraan
sendiri @ boleh didapati forum-forum lain dan di Internet.
Contoh 2 :
Jika anda telah mempunyai simpanan ASB = Nilai loan ASB yg akan
anda ambil (dan tujuan anda adalah untuk Fast Track simpanan
anda) maka ini boleh menguntungkan anda (dgn syarat bayaran
bulanan anda adalah lebih rendah dari nilai simpanan bulanan anda.
Ini kerana anda tidak perlu membayar bayaran bulanan loan ASB
tersebut.
Contoh 3
Jika anda telah mencagarkan Sijil ASB anda untuk mendapatkan
OD/ASB, serta telah menggunakan OD/ASB anda, perlu diingat
bahawa anda mempunyai komitment terhadap OD anda, menambah
Loan ASB mungkin membebankan anda, ini kerana anda mungkin
belum mahir menggunakan OD anda.
Setelah penstrukturan semula kewangan anda dengan menggunakan
OD/ASB, anda seharusnya mempunyai nilai simpanan yg boleh anda
lakukan ke ASB anda semula, oleh itu besar kemungkinan anda tidak
memerlukan loan ASB tersebut.




Dividen ASB
Saya nak bertanyakan tentang RM57K dalam OD. kalau kita gunakan
OD tersebut tanpa di top-up, adakah bonus/dividen ASB akan dikira
berdasarkan balance OD ataupun 57K?
JAWAPAN:
Bonus/dividen ASB dikira berdasarkan nilai sijil ASB yang digunakan
semasa anda memohon OD.


                                  3
Penggunaan OD
Katakanlah saya buat OD about 15K. Saya gunakan untuk bayar
rumah 1K/month. Saya gunakan OD tersebut untuk 10month
payment w/o top-up the OD, saya simpan kat ASB 1K/month . Bila
dah cukup 10K saya convert ke sijil dan saya gunakan utk top-up my
OD. Adakah ini kaedah betul utk tingkatkan simpanan ataupun top-
up OD yg digunakan setiap bulan, selebihnya simpan kat ASB?


JAWAPAN:
Pertama dividen + Bonus ASB dikira dari jumlah keseluruhan
simpanan ASB, itu termasuk Sijil ASB dan juga simpanan setiap
bulan.


Kedua, tiada sebab untuk Top Up OD jika kita menggunakannya 50%
dari nilai OD dan selebihnya adalah untuk kegunaan kecemasan.
Kecemasan disini dikira yg membabitkan nyawa sahaja. Selain
daripada itu bukan dikira kecemasan.


Ketiga, OD digunakan sebagai ganti wang sendiri atau leverage dari
menggunakan wang kita sendiri yg mana sepatutnya disimpan bagi
meningkatkan pendapatan dari dividen + Bonus (cashflow) atau dari
hasil pelaburan (Capital Growth).


Keempat, oleh kerana kesemua pendapatan sekeluarga dimasukkan
ke OD, tiada sebab kenapa OD kita akan susut mendadak kecuali
terlebih guna atau boros dalam kegunaan OD kita.


Kelima - OD hanya tools atau alat kewangan, ianya bukan
penyelesaian kepada masalah atau matlamat kewangan kita, oleh itu
demi mencapai matlamat kewangan kita, pelbagai alat kewangan lain
perlu digabungkan dan ini memerlukan konsep serta kreativiti dalam
mengurus kewangan.




                                    4
Pengalaman Memohon OD
Sesiapa yang nak bermula buat OD guna Sijil ASB, meh aku
ceritakan sikit cara-cara dia
(aku pun mula2-mula tak tau sangat tapi dah 2 kali buat)


1) Pergi Kaunter Utama PNB kat sebelah Tabung Haji tu. Kat sini je yg
boleh buat sijil...Tempat lain memang tak boleh… Aku dah tanya...
2) Dalam tu, ada Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Kalau nak tanya
apa-apa kat sini la tempat nya… Citer la kat dia apa tujuan korang
nak berurusan....Jangan segan2...Kalau tak diorang pun boring..
sebab kerja tak ade pulak...
3) Sijil sekeping 10K...klu ada 30k..buat la 3 keping...lagi kecik lagi
bagus..itu yang aku belajar .. sebab senang nak tebus ke hangus
ke..hehehehe ...so isi la 2 keping borang kalau 20k...
sekeping kena caj RM2.
4) Dah selesai isi borang tu... pergi ambik nombot kat kaunter
khidmat pelanggan tadi tu...
5) Bila kena panggil, serahkan borang tu. Nanti dia tanya nak buat
2 keping ke...takpun kita cakap terus je saya nak buat 2 keping sijil.
Pro active skit la... Hehehe... Lepas tu tunggu jap...
5) Tak sampai 10 minit, sijil tu pun siap la...semak betul-betul nama ,
No kad pengenalan & No Akaun kita kat sijil tu... Kalau dah puashati,
Boleh la pergi RHB yang terdekat dengan tempat korang..


Di RHB:
1) Pergi jumpa Personal Banker dia yang duduk kat meja luar kaunter
2) Cakap kat diorang nak apply OD gunakan sijil ASB.
3) Isi borang dan hantar terus. (Mintak salinan sijil kita tu)
4) Tanya kat banker tu, bila boleh dapat...Lain tempat lain pula
stylenya.




                                    5
Pengiraan Bayaran OD
Saya nak tanya, macam mana pengiraan bayaran untuk OD?
Contohnya:
Dalam OD ada RM 10K
lepas tu kita pakai RM 3500, Balance RM 6500
Berapa bank akan charge? Sebab bank akan charge berdasarkan
daily interest. Mesti Banyak nak kena bayar...
Masih tak faham..


JAWAPAN:
Sebagai contoh - RHB bank - kadar faedah (BLR +0.25%).
Kadar Faedah / 365 hari (setahun) X kegunaan X jumlah hari guna.
7% / 365 hari X RM3500 X 30 hari = RM20.13


Kalau mahal gak tak tahu laa kan.


PS : Kadar faedah diatas tidak di kompaun, ini bermakna pengguna
tidak dikenakan kadar faedah yg digandakan, ianya akan dipotong
terus dari akaun semasa anda selepas 30 hari. sebab tu pengguna
OD tak perasan pun RM20 tu, sebab dah tolak terus kdari akaun.
Senang kira macam nie je , setiap RM1000 yg digunakan selama 30
hari (sebulan) pengguna dikenakan kadar faedah RM6, kalau berbelas
ribu, sendiri mau ingat laa. Kalau susah sangat tengok je statement
yg dihantar tiap-tiap buat, patikan anda simpan dan failkan
statement anda, simpan minima selama setahun sebelum
dilupuskan.


Selamat menggunakan kemudahan yang ada dengan betul dan
semoga anda mencapai matlamat kewangan anda.




                                  6
PERINGATAN DAN PANDUAN


OD/ASB hanyalah satu alat kewangan, tidak lebih dari itu dan
jangan salah guna dan buat hutang baru pulak atau menjadi boros
atau ingat boleh guna OD beli kereta BMW pulak ... yang penting
simpanan, lebih banyak simpanan, lebih banyak pendapatan
tahunan kita dan lebih kurang jumlah hutang yg dibayar setiap
tahun. Simpanan yang tinggi juga boleh digunakan sebagai modal
untuk memiliki harta dan kekayaan.


Harta ialah sesuatu yg memberikan pendapatan (income), kalau ada
tanah atau rumah sekalipun tapi tak bagi kita pendapatan / income
itu beban namanya sebab kita kena keluar duit perbelanjaan untuk
tanah dan rumah tersebut, maka ianya adalah beban. Beban ini
harus ditukar ke harta yang memberikan pendapatan.


Kalau nak beli kereta buat teksi, itu saya sokong sebab teksi boleh
menjana pendapatan, tapi kalau nak beli BMW dan Mercedes sebab
nak rasa seronok , boleh tunjuk kat org dan tambah hutang, orang
bodoh je buat kerja macam tu, susah senang kita sendiri yg tanggung
bukan orang lain.


Arwah ibu saya pernah pesan kat saya, jangan perasan yang orang
lain bercakap tentang kita sebab besar kemungkinan mereka sedang
bercakap tentang diri mereka sendiri.




                                  7
Sila lihat gambarajah diatas. Secara ringkas,
penstrukturan semula kewangan peribadi adalah seperti berikut:-


1. Jangan menggunakan OD lebih dari 50% dari nilainya,
ingat anda juga perlukan wang kecemasan.


2. Selesaikan hutang yang paling tinggi interest (along, kad kredit,
pinjaman pengguna dan diikuti oleh pinjaman interest rendah).
Dengan kata lain hutang yg tidak memberi pulangan dahulu. Jika
anda menggunakan kad kredit, pastikan anda guna kad kredit yg
tidak ada interest yakni Islamik Credit Card atau Caj Kad. pastikan
anda membayar nilai penuh yg anda guna pada kad tersebut setiap
bulan.


3. Kalau OD anda tidak cukup untuk menyelesaikan semua hutang,
bersabar, selesaikan yang paling kritikal dan diikuti dengan yang
kurang kritikal. Jika ada hutang yg boleh dipindahkan (defer) maka,
lakukannya untuk meminjam masa, pastikan anda membayar hutang
anda bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil keatas
anda.




                                   8
4. Bayaran bulanan hutang yg kini tidak perlu dibayar selepas
diselesaikan oleh OD haruslah mula disimpan ke ASB semula, ingat,
lebih banyak anda simpan, lebih byk pendapatan tahunan anda utk
membantu anda membayar hutang-hutang lain pula.


5. Berbelanja berhemah, lakukan bayaran bulanan sebanyak
mungkin secara automatik dan jangan berbelanja melebihi
pendapatan, anda gagal lakukan ini, segala matlamat kewangan anda
akan gagal, pusing la dok tang mana pun, anda tetap akan
menambah hutang jika masih berbelanja melebihi pendapatan.


SAVE , SAVE, SAVE dan SAVE sebanyak yg mungkin, maksimumkan
ASB anda dahulu sebelum memikirkan untuk melabur di tempat lain
pula.




                                 9
TAK TAHU GUNA KAD KREDIT
Kalau tak ada kad kredit dan tak tahu guna kad kredit, saranan saya
ialah jgn guna. Kalau nak guna belajar dulu.


Cara guna kad kredit amat mudah.
1. Bayar full amaun sebelum Due Date ikut statement bulanan.
2. Guna kad kredit dari masa Statement Date hingga ke Due Date.
3. Jangan guna kad kredit antara waktu Due Date dan Statement
Date (ini juga dikenali sebagai waktu bertenang atau cooling off
period) utk mengelak dari dikenakan finance charges.
4. Jangan bayar minimum payment, ALWAYS PAY FULL
untuk mengelakkan dikenakan interest.
5. Interest FREE period adalah antara statement date dan due date
(20 hari)
Kalau pening, tak faham, lebih baik jangan guna kad kredit.


Caj Kad Al-Rajhi.
1. Bayar Full amount sebelum due date ikut statement bulanan.
2. Guna antara statement date dan due date.
3. Tiada cooling off period.
4. Jika tidak membuat bayaran penuh kad akan digantunmg
penggunaan.
5. Interest FREE period 55 Hari
Sekali lagi, kalau tak faham lebih baik jangan guna caj kad.


PS : Anda tak boleh tambah pendapatan dari kad kredit atau Caj Kad
(sebab ianya duit pinjam yg kena bayar balik dalam masa 20 hari
atau 55 hari bergantung jenis kad), anda hanya boleh mengurangkan
kadar faedah jika kad kredit atau caj kad digunakan bersama dgn OD
anda (bg mengurangkan interest OD anda)




                                   10
MODAL TANPA HUTANG
Budget bulanan saya dan isteri ada lebihan dlm RM500 untuk saving.
Mohon pandangan rakan2, sekiranya saya bercadang mengambil PL
untuk membuat platform OD/ASB, yang mana lebih wajar;
1. buat loan di mana monthly repayment cover dlm RM500
2. buat loan di mana monthly repayment cover less than RM500
3. buat loan semaksima mungkin


p/s: saving saya ketika ini hanya ada RM2500 setelah digunakan utk
kecemasan pada awal tahun..


JAWAPAN:
Jika anda boleh savings RM500 sebulan, adalah lebih baik jika anda
terus menyimpan seperti biasa bagi menghasilkan modal tanpa
hutang (500 X 18 bulan = 9k), dalam masa 18 bulan anda akan
mempunyai modal untuk dijadikan sebagai ASAS ditambah dengan
simpanan yg sedia ada (9k + 2.7K = 11.7K).


Jika anda mempunyai pilihan untuk membuat simpanan, jangan
berhutang untuk menyimpan, anda akan rugi dalam jangka masa
panjang kelak. seperti juga perniagaan, modal perniagaan yg baik
adalah dari modal sendiri bukan dari modal pinjaman. Kita
meminjam @ leverage untuk membesarkan perniagaan bukan untuk
memmulakan perniagaan. Begitu juga dengan simpanan. Jangan
guna duit hutang untuk dijadikan simpanan.


Teruskan simpanan anda, tiada salahnya. Jangan gelojoh dan jangan
tamak, anda perlu bersyukur kerana anda boleh menyimpan RM500
setiap bulan tidak seperti kebanyakan orang yg langsung tidak mahu
menyimpan demi masa depan mereka sendiri.




                                 11
MENGAPA ASB DAN OD?


Saya kira semua dah tahu kenapa / mengapa kita guna OD/ASB
sebagai pelantar asas kepada pengurusan kewangan (Kalau ada tools
yg lebih baik, saya akan guna yg lebih baik dari OD/ASB). Untuk
orang Melayu khasnya dan golongan bumiputera Amnya, ASB adalah
merupakan satu alat mendatangkan pendapatan. Biarpun ianya
digelar sebagai alat pelaburan tapi jika diperhatikan betul2, ASB
tidak memberikan peningkatan modal (capital gain). Kita beli RM1
dan bila jual unit saham ASB masih pada keadaan RM1, tidak seperti
amanah saham yg lain yg memberikan peningkatan modal (capital
gain), beli RM1 dan pada keadaan tertentu boleh jual RM1.20
misalnya, keuntungan adalah pada peningkatan modal dan dividen
diberikan dalam bentuk unit percuma, tidak seperti ASB.
Fikir-fikirkanlah.


Dengan kata lain, gomen nak kasi duit free kat orang melayu tapi
orang melayu masih nak buang duit pergi labur kat internet atau kat
tempat-tempat yang tak sepatutnya, hanya kerana tamak dan orang
tamak selalu rugi. selepas lepas ini saya harap takda lagi yg tanya
sebab apa OD/ASB digunakan.


Antara sebab asas kepada OD/ASB dipilih sebagai tool dan pelantar
asas adalah kerana :-


1. Preservation of Capital ( pengekalan modal) yakni wang asal
didalam ASB dijamin dan tidak akan susut.


2. ASB memberikan pendapatan dalam bentuk dividen + bonus dari
modal asal dalam ASB dan pendapatan ini digunakan untuk
membayar kadar faedah yg dikenakan keatas OD , pembelian
barangan pengguna, kad kredit, kenderaan, rumah dan lain-lain lagi.




                                  12
3. OD/ASB memberikan kemudahan penggunaan wang ASB tanpa
perlu mengeluarkan modal asal ASB. Mana nak jumpa boleh guna
waktu yg sama dapat pendapatan dari penggunaan.


4. Penambahan wang simpanan ASB boleh dilakukan bila-bila masa
biarpun ASB tersebut telah ditukar ke OD/ASB.


5. Simpanan terjamin dan mempunyai nilai tukaran / leverage seperti
OD, takda tools lain yg menyamainya dan lebih murah berbanding
OD/ASB.


6. Nilai capping simpanan yg tinggi (sekitar RMN200K seorang tanpa
compounding).


7. Kita guna OD sebab OD cuma kenakan charge keatas jumlah yang
digunakan sahaja bukan jumlah OD yang diberikan tidak seperti
pinjaman yang mengenakan kadar faedah keatas keseluruhan
pinjaman tidak kira kita menggunaknnya atau tidak.


Penggunaan OD/ASB bergantung kepada keadaan semasa, kadar
faedah, pulangan dan keperluan individu terbabit.
OD/ASB hanyalah tools atau alat kewangan, ianya bukan
penyelesaian kepada masalah kewangan. Penyelesaian kewangan
bermula dari minda kita , kemudian diikuti oleh sikap dan seterusnya
perbuatan kita. Kebebasan kewangan ialah satu proses yg boleh
dilakukan oleh sesiapa dan pada bila-bila masa.




                                 13
SESUAI ATAU TIDAK?
Cuma nak mintak pandangan, aku sendiri tak ada banyak hutang
sangat dan setiap bulan bayar tak pernah miss dan ada la sedikit
simpanan    yang      dikredit   terus       dari   gaji   ke    tabung   haji.
Orang macam aku nie perlu ke buat OD/ASB??? Sebab aku dok cari
jalan untuk menambah tabungan, itu belum clear lagi dan belum
nampak jalan.


JAWAPAN
Saya tak tau nak cakap perlu ke tidak...Hanya anda yang kenal diri
anda. Nak senang carik jalan senang... yang penting tentukan
MATLAMAT!         Contoh ko nak pi penang.. ko pikir dulu.. matlamat
penang... nak pi sana berapa hari... untuk ape.. tetapkan semua tu
dulu...   Lepas tu barulah pikir naik bas.. kereta.. motor.. kapal
terbang.. naik sampan.. dan pastikan jalan yang ko pilih utk pegi
penang tu tak menyusahkan ko... dan sesuai dgn keadaan semasa
tu...


Sama jugak dgn kewangan.. kalau target menyimpan... macam mane
nak menyimpan... basic simpanan mestilah belanja kurang dari
pendapatan.. baru boleh simpan... atau pun guna OD/ASB utk
simpanan atau belanja.... dalam kata lain pakai duit ASB dalam masa
yang sama enjoy 8% dividen tahunan sebab duit ASB tadi dah tukar
jadi sijil.. pastu Apply OD untuk digunakan bagi perbelanjaan
(belanja mesti kurang dari pendapatan) ... gaji bulan tu semua sekali
boleh masuk ASB (utk mereka yg tak de komitmen bayaran
bulanan)... yg ade bayaran bulanan utk tempoh yg lama.. tolak dulu
bayaran    tu..    lepas   tu    baru        masukkan      dlm    simpanan...
ni bukan la gambaran 100%... tapi lebih kurang macam nie la yang
aku buat sekarang... +/- income lebihan dari pendapatan lain.




                                        14
APAKAH PENGURUSAN KEWANGAN YANG BETUL?
Sebenarnya tiada satu jenis pengurusan kewangan yang betul,
semuanya betul dan semuanya salah. Apa yg terlalu banyak
difokuskan ialah tools @ alat kewangan yakni produk kewangan. Bagi
saya,      apa yang penting adalah MATLAMAT dan FAHAM DIRI
SENDIRI. Ingat! Proses merancang serta mengurus kewangan adalah
bersifat individu, ini kerana keperluan kewangan setiap individu
adalah berbeza (unik) sifatnya.
Hati-hatilah jangan yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran.


Pengurusan kewangan bukanlah produk kewangan (tak kira la
produk kewangan apa sekalipun), pengurusan kewangan adalah
objektif serta proses kewangan. Jika anda (sesiapa shj) terlalu fokus
pada tools (sebagai contoh misalnya ambil PL dan kemudiannya buat
modal OD/ASB) saya kira ianya hanyalah penyelesaian sementara
selagi individu terbabit tidak faham konsep,
falsafah serta proses merancang dan mengurus kewangan yang pasti
Individu    terbabit   akan   ditimpa    masalah   kewangan    semula.


Bagi saya ini adalah salah induestri kewangan di negara ini, apa yg
berlaku ialah mereka terlalu fokus untuk menjual produk kewangan
mereka (dari produk perbankkan, insurans dan lain2) sehingga
membuatkan masyarakat umum tidak sedar akan kejahilan mereka
dalam mengurus kewangan. Tiada pendidikan kewangan diberikan,
apa yg ada hanyalah iklan yang menyuruh orang ramai membeli
produk     mereka.     Akhrnya   masyarakat    umum    (95%)   hanyalah
pengguna produk kewangan dan bukannya mengurus kewangan
mereka.
Saya tingalkan satu soalan, tanya diri anda. Apa itu penstabilan
kewangan? Setelah anda memilih atau menggunakan tools kewangan,
tidak kira apa tools sekalipun, bagaimana anda sukat kestabilan
kewangan anda? Fikir-fikirkan. Kejahilan menunjukkan kebodohan.




                                    15
Perbezaan ASB dan Unit Trust.
Apakah perbezaan pelaburan yg dibuat antara ASB dan Unit Trust
(UT) yang terdapat di Malaysia? Apa kelebihan jika kita menggunkan
tools spt OD/ASB berbanding OD/UT? Mungkin ASB lebih stabil dan
juga sebaliknya. Tetapi kadang-kadang UT ini memberikan
keuntungan yang tinggi.


JAWAPAN:
ASB diwujudkan sebagai sumber pendapatan kepada pencarum
(sebab tu beli RM1 dan jual pun RM1) manakala UT pula adalah
merupakan satu pelaburan modal (contoh beli RM0.5, jual RM1).


Perbezaan ketara antara keduanya selain daripada jaminan kerajaan
(beli RM1, jual RM1) dalam apa jua keadaan hatta ekonomi merudum
sekalipun, memberikan kestabilan kepada ASB.
Manakala UT komersil pula tiada jaminan pada modal asal (kecuali
beberapa UT terbaru yg berada dipasaran) , sebagai conton UT PB
takda jaminan modal, jadi terdapat kemungknan kerugian dari segi
modal (beli RM0.5 , jual RM0.1).


Antara perbezaan lain ialah bagaimana ASB dan UT komersil di
strukturkan, oleh kerana ASB memberikan pendapatan dari melalui
Dividen + Bonus (mempunyai cara pengiraannya yg tersendiri)
manakala peningkatan modal UT pula melalui jumlah bilangan UT yg
boleh di translasikan melalui penjualan UT tersebut dan disamping
unit percuma yang diberikan (disini diperlukan pengiraan Dollar Cost
Averaging), untuk menikmati hasil peningkatan modal hanya melalui
penjualan unit UT tidak seperti ASB.




                                   16
Antara perbezaan lain ialah kos pengendalian unit amanah tersebut,
pendapatan dari ASB dikecualikan dari cukai, kos pengendalian akan
dikenakan diakhir tahun dan telah ditolak dan kita mendapat
pendapatan bersih setelah itu, dgn kata lain PNB akan pastikan
keuntungan, tiada komisyen kepada agen dan sebagainya, dengan
kata lain kita memaksimakan setiap RM1 yg dilaburkan. Manakala
UT komersil pula melibatkan komisyen kepada agen (Cuba tanya
agen berapa komisyen dia???), kos pengendalian tinggi oleh Fund
Managers (syarikat UT) dan dikenakan cukai setelah penjualan
(Sila semak undang-undang cukai anda), dgn kata lain setiap RM1 yg
dilaburkan bukan RM1 sebenar, mungkin dari RM1 hanya 80 sen
sahaja yg dilaburkan sebab nak kena bayar banyak kos berkaitan.


Tidak dinafikan bahawa ada UT yg memberikan pulangan yg tinggi
(8 hingga 15% dan ada setinggi 20%) akan tetapi untuk menikmati
keuntungan tersebut anda perlu menjual unit anda, ini bermakna
setiap kali anda menjual unit anda, anda kehilangan potensi "Capital
Gain" dari "Dollar Cost Averaging" anda.


Secara ringkas, terdapat banyak perbezaan lain diantara ASB dan UT
dan begitu juga perbezaan antara OD/ASB dengan OD/UT atau OD/
ASB dengan OD/Hartanah, semuanya bergantung dengan
keperluan / objektif kewangan anda (semua ini hanyalah tools / alat
kewangan) macam spannar , screwdriver , tukul besi , paku dan
sebagainya, setiap satu ada fungsinya sendiri, jika tersalah akan
memakan diri. Bagi saya , kos adalah merupakan kriteria penting
dalam memilih satu-satu tools kewangan , ini termasuk juga
komplikasi dan pemaksimaan penggunaan disamping penghasilan
pendapatan dari tools yg digunakan, semua ini perlu
dipertimbangkan sebelum memilih sesuatu tools dan yg paling
penting ialah pemahaman terhadap penggunaan (never get involved
dalam sesutu perkara yg anda tidak faham) , ambil masa belajar ,
adalah lebih baik tidak buat sesuatu, dari membuat sesuatu yg salah.


                                  17
Biasanya saya akan sarankan sebagai individu bumiputera untuk
memaksimakan ASBnya dahulu sebelum mula melabur di UT.
Individu terbabit juga perlu diversify (mempelbagaikan) pelaburannya
seperti penuhkan ASB, UT (tidak lebih dari 20% dari pelaburan),
hartanah (tidak lebih dari 30%) , Saham (tidak lebih dari 20%) , Equiti
syarikat / perniagaan (tidak lebih dari 15%) , pelaburan eksotik (tidak
lebih dari 15%) dan mempunyai simpanan tunai sebanyak setahun
pendapatan. Semua ini bergantung kepada objektif kewangan anda,
tiada satu jalan terbaik, setiap dari kita adalah unik dari segi
keperluan dan kehendak.


Kesimpulan :-
ASB - Bagi pendapatan manakala
UT - Bagi peningkatan modal


Saya akan ikut cara Warrent Buffet jika dilihat dari sudut pelaburan.


ASB - Saya akan cuba penuhkan secepat mungklin (lagi cepat ianya
penuh, lebih banyak pendapatan saya (free money) - paling lama 15
tahun utk penuhkan ASB.


UT - Untuk Capital Gain - saya akan guna kaedah "buy and keep",
jangka masa panjang (20 hingga 25 tahun).


Dgn kata lain, jika saya akan abiskan masa 10 hingga 15 tahun
pertama utk penuhkan ASB , kemudian mula melabur di UT untuk
20 hingga 25 tahun akan datang (kemudian jual utk persaraan) dan
pindahkan wang keuntungan kepada tools yg lebih stabil untuk
mendapatkan pendapatan persaraan (tabung amanah dll). Itu kalau
saya, org lain saya tak tahu.




                                   18
Pertanyaan Tentang Insuran
Saya sendiri belum lagi memilki apa-apa insurance kerana kewangan
agak tight sedikit. Walau bagaimanapun saya dah ada Takaful Siswa
untuk 2 orang anak saya yang berusia 3 tahun dan 2 tahun, dalam
RM60 sebulan. Saya nak tanya pandangan tentang takaful mana satu
yang patut saya fikirkan. Saya pening tak tahu nak pilih yang mana
satu sebab terlampau banyak produk insurans sekarang. Matlamat
saya untuk mendapat perlindungan sekeluarga sekiranya berlaku
kemalangan atau kematian


JAWAPAN:
Pertama sekali, saya bukanlah seorang agen insurance dan saya
tidak jual apa-apa jenis insurance, apa yg bakal dipaparkan hanyalah
merupakan pendapat serta saranan saya sahaja.


Sebelum kita lihat apa keperluan perlindungan anda (insurance).
Apakah objektif kewangan anda? Jika saudara memerlukan pindahan
risiko kerana takut jika sesuatu berlaku kepada anda (kemalangan,
sakit dan kematian) maka saudara perlu membuat plan melindungi
bukan sahaja diri anda malah keluarga anda bg membolehkan
mereka meneruskan hidup biarpun tanpa perlu anda menyumbang
dari segi kewangan (tugas ini diambil alih oleh pihak ketiga -
Insurance / takaful).


Manakala jika objektif anda adalah untuk memberikan anak-anak
anda peluang pendidikan (bantuan kewangan pendidikan) maka
insurance / takaful bukanlah alat kewangan yg sesuai. Ini kerana
insurance / takaful tidak memberikan pulangan yg tinggi (mana anda
tahu berapa banyak yg diperlukan untuk menyediakan kos
pendidikan mereka kelak? anda mungkin ambil "coverage" RM50K
untuk 15 tahun akan datang untuk "cover" kos pengajian mereka,
apa berlaku jika mereka memerlukan lebih dari itu? apa berlaku jika
setelah lebih 10 tahun membayar premium insurance terbabit anda


                                  19
kita mendapati bahawa anda tidak lagi mampu untuk membayar
premium insurance tersebut? atau secara tiba-tiba anda memerlukan
wang setelah sekian lama membayar premium, bolehkah anda
mengeluarkannya dari insurance / takaful anda?


Sila teliti dan fikirkan antara dua objektif diatas, yg mana satu
objektif utama anda? objektif satu , dua atau kedua-duanya?


Jika objektif pertama anda adalah perlindungan berikut adalah
pendapat saya :-
1. Rule of Thumb - Jumlah coverage anda adalah 5 tahun
pendapatan tahunan anda. Walaubagaimanapun anda boleh bermula
dengan perlahan-lahan, tidak perlu coverage yg terlalu besar pada
mulanya, bermulalah dengan premium yg kecil dahulu mengikut
kesesuaian kondisi kewangan anda.


2. Premium untuk insuran tidak perlu besar (semuanya bergantung
kepada coverage serta objektif anda). Pemindahan risiko dan
perlindungan adalah kunci utama. Jika saya ditempat anda, saya
akan fokus pada perlindungan kemalangan serta kesihatan
(hospitalization), faedah kematian telahpun termaktub. Oleh itu PA
(kemalangan) serta Health Insurance (termasuk hospitalisasi) adalah
insurance yg akan saya ambil. Life Insurance atau Insurance hayat
tidak diperlukan.


3. Bergantung kepada siapa majikan anda / isteri , jika kedua-
duanya pekerja swasta, memang disarankan ambil perlindungan
insurance / takaful. Tapi kalau salah seorang merupakan bekerja di
perkhidmatan awam / badan berkanun / Syarikat GLC (yg sudah ada
perlindungan). Maka perlindungan tambahan tidak perlu kecuali
anda rasakan perlu dan setelah di teliti anda boleh "double claim”.
Kalau tidak buang masa je bayar premiums akhirnya samaada tak
boleh claim dari majikan atau dari syarikut insurance / takaful.


                                   20
Jika objektif anda adalah yg kedua - Tabungan Pendidikan.


1. Saya akan fokus pada simpanan (penuhkan ASB anda suami dan
isteri)
2. Mula menabung minima RM50 sebulan di SSPN (Skim Simpanan
Pendidikan National) Kenapa la "org kita" tak nak guna kemudahan
yg telah disediakan. Cari juga yg susah dan menyusahkan diri.


Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah: -


a. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk
mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka
diterima masuk ke IPT.
b. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan
kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak;
c. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara
dengan kadar pasaran;
d. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai
pendapatan;
e. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada
pindaan Akta 566); dan
f. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam
bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan
jumlah simpanan.


Jika anda mempunyai kedua-dua objektif, maka anda perlu
melaksanakan kedua-dua saranan yg telah diketengahkan.




                                 21
Jika saya berada ditempat anda,
Berikut adalah langkah yang akan saya ambil.


1. Menilai semual objektif kewangan (senaraikan objektif kewangan yg
diingini) serta menyenaraikan tindakan yg bakal diambil.
2. Menstrukturkan semula kewangan (meletak priority ditempatnya
dan diikuti perkaran yg kurang priority sebagai tindakan terakhir),
"Do one thing at a time and take action".
3. Cuba melupuskan hutang atau mengurangkan jumlah hutang yg
ada serta meningkatkan aliran tunai positif secepat mungkin.
4. Menstruktukan semula insurance / takarul yg ada mengikut
objektif serta keperluan yg betul (gunakan tools yg betul pada
tempatnya).
5. Membuat simpanan tetap setiap bulan
6. Menstabilkan aliran tunai serta situasi kewangan secepat mungkin
(tidak buat hutang baru atau menambah perbelanjaan bulanan).
7. Mula belajar dgn aggresive perancangan kewangan peribadi melalui
pergaulan, seminar, pembacaan dan sebagainya . "Get Educated in
Personal Finance".


Akhir kata, saya tidak akan endorse mana-mana syarikat kewangan,
insurance dan sebagainya. Ini kerana setiap dari kita saya percaya
boleh buat keputusan sendiri berdsarkan fakta bukan fantasi atau
"sales pitch" dari penjual yg hanya cuba menjual produk yg kita tidak
perlukan.


Sesiapun agen insurance / takaful anda, pastikan mereka adalah yg
jujur. Tanya mereka tentang komisyen yg mereka terima bagi setiap
skim insurance yg cuba mereka jual pada anda, biar mereka sertakan
bersama bukti. Tanya juga peratusan yang diambil oleh syarikat
insurance dari setiap wang premium yang anda bayar dan perapa
peratus sebenarnya dari wang premium tersebut digunakan untuk
melindungi anda. Carilah mereka yg telus dan ikhlas dengan anda.


                                  22
INGAT !!! Anda yg patut didahulukan bukan mereka. Mereka perlu
"SERVE ANDA" bukan sebaliknya. Dapatkan maklumat lengkap
berkenaaan dgn setiap skim yg ditawarkan dan buat perbandingan yg
jelas berpandukan objektif asal kewangan anda.




APA ERTI ALAT KEWANGAN? (TOOLS)
Seperti pandangan sebelum ini, apa sahaja "TOOLS" yg bersesuaian
boleh digunakan untuk mencapai objektif kewangan kita. Kalau anda
rasa UT/OD boleh digunakan silakan, tiada siapa yg menghalang.
Begitu juga 'Clean OD" , Term Loan + OD , FLexi Homeloan , OD/ASB
, simpanan , Hartanah malah hutang dengan along pun boleh kalau
nak, dengan syarat "TOOLS" tersebut memberikan pulangan dan
tidak menyusahkan diri kita.


Bagi saya "TOOLS" kurang penting , yg penting adalah OBJEKTIF
kewangan kita, selagi kita tidak tahu apa sebenarnya objektif
kewangan kita selagi itulah kebanyakan dari kita sibuk mencari
"TOOLS" yg kononnya boleh menyelamatkan kita atau mungkin
seperti ramai orang mencari "TOOLS" yg boleh menjadikan mereka
kaya. Sekali lagi kita bermimpi, "TOOLS" kewangan tidak boleh
menjadikan anda kaya.


Saya ingin nyatakan disini bahawa tiada satu "TOOLS" pun yg akan
menyelamatkan masalah kewangan anda atau menjadikan anda kaya
dan sebagainya. Perancangan kewangan adalah satu proses dan
untuk berjaya dalam kewangan peribadi, kita harus faham proses
tersebut. "TOOLS" yg digunakan hanyalah sebahagian daripada
proses tersebut.




                                 23
Prosesnya mudah.
1. Tetapkan Objektif Kewangan dan kemudian rancang bagaimana
untuk mencapainya.
2. Lupuskan semua hutang yg tidak memberi pulangan
3. Kurangkan Perbelanjaan dan Tingkatkan simpanan
4. Stabilkan kewangan
5. Tingkatkan Harta yang memberikan pulangan
6. Lindungi Diri dan Harta
7. Bebas Kewangan
8. Ulang Proses Diatas.


Rasanya dalam merealisasikan setiap proses diatas tiada satu
"TOOLS" pun yg disebut.




                                 24
SIMPANAN ASAS PENGURUSAN KEWANGAN!


Bercerita pasal simpanan, ramai yg bertanya macm mana saya boleh
menyimpan      /      melabur   70%        daripada   pendapatan   saya.


Perseolannya disini ialah bukan macam mana tapi bila ianya
bermula. Ianya bermula ketika saya berumur 12 tahun ketika saya
mahu membeli basikal untuk saya kesekolah. Ketika itu saya kenal
nilai wang. Saya mula menyimpan wang hasil dari belanja sekolah
dan   hasil    jualan     karipap     dan      nasi   lemak   disekolah.


Persoalan pokok yg patut ditanya pada diri sendiri ialah bukan nilai ,
jumlah atau mcm mana utk menyimpan tapi dah mula menyimpan
ke                                  belum?


Tak   guna    asyik    tanya    macam      mana   sedangkan   tidak   mula
menyimpan RM10 sebulan sekalipun, inikan pula nak tanya mcm
mana nak menyimpan RM1K atau RM10K sebulan. Persoalannya
ialah kenapa tak mula menyimpan? Biarpun hanya RM10 sebulan.


Kenapa tidak bermula? Apa yg anda tunggu? Dari RM10 sebulan
setelah 3 bulan ianya akan menjadi satu rutin ... Lepas itu anda anda
mula cuba menyimpan RM20 sebulan sehingga ianya menjadi rutin.
Lepas itu RM50 sebulan, RM100 sebulan, RM300 sebulan, RM500
sebulan dan 5 tahun kemudian anda dapati anda menyimpan RM1K
sebulan dan selama anda menyimpan selama 5 tahun anda mungkin
telah mengumpul lebih RM10K. Fenomena ini dikenali sebagai
"Conditioning" atau kebiasaan ... Bagi saya menyimpan 70% daripada
pendapatan saya adalah perkara biasa. Bagi saya kalau tidak boleh
menyimpan itu luar biasa kerana saya telah belajar mula menyimpan
sejak dari berumur 12 tahun.
Itu bermakna saya sudah belajar menyimpan selama 20 tahun.




                                      25
Sama juga seperti mengumpul hutang, bila dah biasa berhutang,
mula-mula RM10 pinjam kawan naik jadi RM50, lepas tu pinjam
RM100 lepas tu pinjam dari kad kredit RM200, lepas tu tambah
RM400 naik jadi RM1K , naik jadi RM2k , hutang along RM5K dan
seterusnya. Sebab tu ada orang tak boleh tidor malam dengan lena
sebab berhutang. Tapi yang mana dah biasa atau "condition" dalam
keadaan berhutang, biarpun bernilai jutaan ringgit, dia boleh tidor
bukan sahaja dalam keadaan lena malah kuat berdengkur.


Sama seperti pertanyaan bagaimana hendak menguruskan badan.
Persoalannya ialah bukan bagaimana tapi sudah bermula atau
belum? Dah mula bersenam atau belum ... Dah mula makan sarapan
yang berkhasiat atau belum ..Dah mula kurangkan makan siang dan
malam atau belum? Kalau itu pun belum, macam mana anda masih
sibuk bertanya bagaimana caranya nak kuruskan badan. Ini kerana
anda tahu caranya cuma anda yang tidak mahu bermula. Terpulang!




MATLAMAT KEWANGAN?


Pastikan setiap sesuatu yg kita buat dengan duit kita tuh, kita kene
tanye diri kita soalan2 berikut:
1. Untuk apa aku simpan? Kenapa tak guna je?
2. Kenapa nak belanja? Ape faedahnye?
3. Kenapa bagus simpan kat situ? Kenapa tak simpan kat tempat
lain?
4. Siapa yang untung? Aku ke dia?


Pelbagai lagi persoalan mudah yang boleh menduga akal dan diri kita
sendiri... Semoga berjaya!




                                   26
MASALAH NAK BERKAHWIN?
Saya ini baru bertunang dan nak kena buat simpanan perkahwinan,
gaji bulanan saya RM 1500 dan saya baru nak belajar menyimpan di
ASB. Katakan la saya dapat simpan RM900 sebulan maka dalam
setahun saya dapat simpan RM 900 x 12 = RM 10, 800
Boleh ke saya buat OD untuk simpanan ASB. Lepas tu gunakan duit
OD tu utk perkahwinan saya. Kiranya simpanan ASB tu tak terusik
dan kita masih leh dapat dividen kan? Untuk pengetahuan juga,
tunang saya tidak mempunyai gaji yang lumayan. Kebanyakan
gajinyer diberi kepada keluarga kerana masalah kewangan.
So, masalah hantaran dipikul oleh saya seorang.


JAWAPAN:
Anda boleh menyimpan RM900 sebulan, apa yang susahnya?
RM900 X 10 bulan = RM9K
RM900 X 20 bulan = RM18K
RM900 X 30 bulan = RM27K


Maka pilih sahaja berapa lama yang perlu untuk menyimpan supaya
cukup untuk matlamat kewangan anda. Jangan ambil sikap
"dah nak terberak baru nak buat tandas"
Anda cuma perlukan masa, takkan dah tak tahan sangat nak
menikah kot? Kalau tunang anda dah tak sabar nak kahwin, suruh
dia cari duit bantu anda, kalau dating boleh sama-sama , makan
boleh sama-sama esok lusa "tidur" pun bersama takan tak boleh cari
duit bersama?? Logik kan?


Teman wanita saya sendiri dah 3 tahun ajak kahwin, jawapan saya
mudah "my way or the highway" , saya kata kat dia "kalau nak
tunggu, kalau dah tak sabar sgt cari orang lain" , saya tak emotional
tentang benda-benda macam ni, itu saya la kan, org lain saya tak




                                 27
tahu, saya fikir senang dan buat cara senang , saya tak suka
menyusahkan diri saya dan juga orang lain kelak.
Jadi saranan saya, ambil masa, kumpul duit dan tak perlu tergesa-
gesa. Kalau nak diikutkan kalau setakat nikah RM500 pun tak abis,
tapi sebab nak tunjuk kat orang kampung punya pasal, nak hantaran
la , kenduri kendara laa , ambil gambar laa , bersanding la.. sebab tu
RM20K pun tak cukup.


Lagi satu, belum kahwin, tunang dah sibuk nak selesaikan masalah
kewangan orang lain "kaum keluarga punya masalah" , diri sendiri
tak tolong dulu, tapi sibuk nak tolong orang lain. Inilah masalah dan
penyakit orang Melayu secara umum, sibuk nak bantu orang lain
sebelum bantu diri sendiri. Saya pun tolong adik beradik jugak,
tapi saya tolong dengan ilmu dan saya pastikan saya kaya dulu baru
bantu yang lain.


Tepuk dada tanya iman. dimana kedudukan anda sekarang dan
ambil keputusan untuk ambil tindakan yang perlu, bukan ambil
tindakan "bodo" ikut nafsu dan buat perkara ikut hati. Setakat nikah
kahwin nie, bila-bila boleh buat, esok kalau nak pun boleh
sebenarnya, kita saja yang buat susah sebab ikut "trend" orang lain.




                                  28
KENAIKAN BLR?
Bagaimana pula sekiranya BLR akan naik pada masa hadapan?
Apakah penggunaan OD & ASB ini masih lagi relevan?


JAWAPAN:


Semuanya tergantung kepada kadar kenaikan dan juga keadaan
semasa ketika itu. Saya tidak dapat melihat masa depan, namun jika
kita membuat persediaan untuk menghadapinya, kita akan berada
didalam keadaan yang lebih mantap dan selesa. Semuanya
bergantung kepada perkembangan semasa.


Oleh kerana itu simpanan tunai beserta asset kekal amat penting
untuk "hedge" apa juga tekanan kewangan masa hadapan. Potfolio
individu harus diimbangi antara asset kekal dan pendapatan dari
assets. Ini termasuklah asset kekal yang dapat memberikan kenaikan
nilai pada kadar yang boleh di "sustain". Biarpun terdapat
penguncupan nilai tambah pada asset kelak, namun ianya hanyalah
percatuan atas asset kekal dan nilai sebenar asset akan pulih dalam
jangka sederhana.


Bagi penggunaan alat kewangan pula, ianya tergantung pada
keadaan ketika itu dan juga "availability" yang ada ketika itu.
Diingatkan berkali-kali bahawa bukan tools yang menyelesaikan
masalah atau memberi masalah, semuanya tergantung kepada cara
kita menggunakannya.




                                  29
ADAKAH IDEA ANDA OK?


Saya tidak akan kata OK atau TIDAK OK "IDEA" apa jua idea anda.
Bagi saya, semuanya bermula dengan objektif atau "niat" anda buat
semua ini. Selebihnya cuma cara / kaedah / teknik sahaja.


Seperti mana Isac Newton , Albert Einstein dan nama-nama saintis
besar atau orang-orang terkaya didunia lain jika kita membaca
biography (kisah hidup mereka) seperti Bill Gates atau Warrent Buffet
bukan bermula dengan "macam mana aku nak kaya" tetapi mereka
bermula dengan "bagaimana aku boleh membuat sesuatu" atau
"bagaimana aku boleh mencipta sesuatu" , ianya bermula dengan
keinginan untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang lebih baik.




Isac Newton seorang pemikir berfikir bagaimana sesuatu itu berkait
sehingga berjumpa "gravity" , manakala Einstein pula memikirkan
"teori relativiti" sebelum berjumpa formula "e=mc2", Bill Gates hanya
mahu mencipta sebuah mesin / perisian yang memudahkan urusan
kerja seharian manusia sebelum menghasilkan "Microsoft" manakala
"the Omaha Cronicles" Warrent Buffet hanya mahu mencari nilai
tambah sebelum menjadi "pelabur professional".


Oleh itu semuanya bermula dengan "objektif" atau "niat" sebelum
boleh mencari formula. Kita menggunakan OD/ASB kerana mengikut
hukum dan objektif berikut: -
1. Rule no 1 = Never loose your money
2. Rule no 2 = Never forget rule no 1


OD/ASB menepati objektif tersebut. Anda kena bertanya pada diri
sendiri apa yang cuba saudara capai = matlamat / objektif saudara
dan apakah dengan menggunakan teknik / kaedah yang sedang
saudara cuba ini dapat mencapai matlamat / objektif tersebut.


                                  30
Perbincangan diatas bukanlah dari seorang penasihat dan pakar
bertauliah. Ianya adalah pendapat peribadi, cadangan dan saranan
yang difikirkan terbaik untuk dilaksanakan. Kami tidak
bertanggungjawab jika anda mengalami kerugian dalam
menggunakan kaedah yang disarankan. Tujuan utama pendedahan
dan perkongsian ini dilakukan adalah untuk membuka minda dan
jalan kepada anda dalam menetapkan matlamat supaya lebih
mudah menguruskan kewangan anda. Mungkin ada sesetengah
perkataan dan ayat diatas Nampak seolah-olah agak keras namun
ianya terbukti menyedarkan dan membuka mata yang telah
tertutup selama ini. Semoga apa yang kami paparkan ini dapat
membantu anda, sekurang-kurang anda tahu apa yang perlu
dilakukan jika dalam keadaan sedemikian. Wang anda adalah hak
anda.
Jangan lupa keluarkan zakat kerana sumber pendapatan anda
bukanlah 100% bersih. Semoga Berjaya!!!




                               31
PENAJA 1:
Bagaimana untuk Menyimpan sehingga 140% atau lebih daripada
Pendapatan anda.


Adakah anda tahu bahawa jika anda tidak mempunyai sebarang
simpanan, OD atau pinjaman peribadi, anda masih boleh menyimpan
100% daripada perbelanjaan anda dengan menggunakan kad kredit
dengan kadar faedah 0%?


Ini satu kenyataan, anda boleh menggunakan kad kredit anda 0%
interest FREE dan wang yang biasanya anda belanja akan dapat
disimpan di ASB sebagai contoh dengan kadar 8% setahun.


Bayangkan jika perbelanjaan makan & minum, duit minyak, tol,
roadtax kereta, insurance kereta, bayaran ansuran rumah, ansuran
kereta dan macam-macam lagi yang boleh digunapakai oleh kad
kredit anda kini boleh terus disimpan ke akaun simpanan atau
pelaburan anda.


Jika dulu anda berbelanja sebanyak RM1K misalnya, kini 100% boleh
disimpan terus ke akaun simpanan atau pelaburan anda, oleh itu jika
selama ini sebagai contoh anda berbelanja 40% daripada pendapatan
anda , 10% utk simpanan dan selebihnya untuk membayar hutang,
kini anda boleh menyimpan hampir 90% daripada pendapatan anda
terus ke akaun simpanan atau pelaburan anda, ini bermakna jika
pendapatan bersih anda adalah sebanyak RM 2000 sebulan, dengan
menggunakan kaedah dan teknik anda boleh menympan sehingga
RM1800 daripada pendapatan anda.


Jika selama ini anda telahpun berjaya menyimpan lebih daripada
50% daripada simpanan anda, kini anda boleh menympan atau
melabur lebih daripada 140% daripada pendapatan anda, bunyi
seperti pelik bukan, tapi itulah hakikatnya, tanpa ilmu serta


                                  32
pengetahuan tentang alat kewangan / tools kewangan seperti kad
kredit, anda pasti tidak akan dapat mengetahui kaedah serta cara
yang betul menggunakan kad kredit utk kelebihan anda.


Bagaimana ianya dilakukan? senang dan mudah sahaja, jangan guna
satu belanja kad kredit anda sepertimana pihak bank mahu anda
menggunakan kad kredit anda, anda hanya perlu guna "opposite"
atau "bertentangan" dengan apa yang disyorkan oleh pihak bank (kad
kredit anda). Mengikut telunjuk mereka adalah untuk mengkayakan
mereka, anda perlu bijak dan mereka yang perlu ikut telunjuk anda,
barulah mereka bekerja untuk anda dan seterusnya mengkayakan
diri anda.


Semua ini diterangkan didalam group "Urusinsan Millionaires Inside"
Jumpa anda didalam forum group Millionaires Inside


Salam
Zaidi Ismail
UrusInsan.Net




                                 33
PENAJA 2:
Menyimpan @ Melabur sehingga 2X Pendapatan Anda.


Anda sudah tahu bagaimana untuk menyimpan sehingga 140% dari
pendapatan bulanan anda daripada hanya menggunakan kad kredit
anda dengan betul. Pernahkah anda terfikir yang mana anda boleh
menyimpan atau melabur sehingga 2X pendapatan anda, kini ramai
telah boleh menyimpan 100% daripada pendapatan mereka, mereka
telah master satu daripada pelbagai teknik dan kaedah membuat
simpanan atau pelaburan.


Bunyinya pelik dan ganjil bukan, Kini anda boleh menyimpan @
melabur sehingga 2X pendapatan anda setiap bulan. Teknik ini
adalah sebahagian daripada teknik "exelerated savings" atau
kebanyakan bertanya saya macam mana nak "boost" savings mereka.
Teknik ini adalah salah satu daripadanya.


Tahukah anda, jika anda menggabungkan penggunaan kad kredit
dan OD/ASB, anda boleh menyimpan sehingga 2X pendapatan anda?
Menggunakan kad kredit dengan betul sahaja membolehkan anda
menyimpan sehngga 140% daripada pendapatan anda dan jika
digabungkan pula dengan OD/ASB dan dengan bantuan ASB sendiri,
anda kini boleh menyimpan sehingga 2X pendapatan anda tanpa
menyusutkan OD anda.


Objektif asal penggunaan teknik ini adalah untuk memaksimakan
ASB anda secepat mungkin (samaada RM200K utk individu atau
RM400K utk suami isteri) ini bagi membolehkan anda mendapat
pendapatan tahunan ASB lebih RM16K setahun utk individu atau
RM32K setahun utk suami isteri bergantung kepada dividen + bonus
ASB. Bayangkan jika anda mempunyai pendapatan RM2000 sebulan,
anda kini boleh menyimpan di ASB sehingga RM4000 sebulan (dalam
masa 4 tahun anda telah memenuhkan ASB anda sebanyak RM200K


                                 34
@ 8 tahun utk RM400K) ini tidak diambil kira jika pendapatan anda
bertambah setiap tahun. Ianya seperti menentang hukum alam,
tetapi ianya masih boleh dilaksanakan jik dilakukan dengan betul.


Sungguh menakjubkan bukan? Bagaimana ianya boleh dicapai?
Apakah cara pelaksanaannya? Berapakah tempoh masa ianya
dilakukan? Tanpa perlu membuat sebarang pinjaman , apa yg anda
perlukan hanyalah kad kredit dan OD/ASB anda.


Semua ini banyak lagi yg diterangkan didalam group
"Urusinsan Millionaires Inside"


Salam
Zaidi Ismail
UrusInsan.Net




                                  35
PENAJA 3:
Menyelesaikan Pinjaman Rumah anda dalam masa 5 tahun.
Anda pasti sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan hutang
rumah anda dari 30 tahun kepada hanya 15 tahun, anda juga boleh
melakukannya sendiri daripada 15 tahun kepada hampir 10 tahun
sahaja, ianya sgt mudah.


Tapi tahukah anda cara untuk menyelesaikan pinjaman perumahan
anda kepada hanya 5 tahun atau kurang? bergantung kepada objektif
kewangan anda, anda boleh menyelesaikan pinjaman perumahan
anda kepada 5 tahun atau kurang. Baru-baru ini, abang saya sendiri
mengenengahkan peluang ini kepada saya.


"Di, aku nak buat rumah kat kampung, aku perlukan RM25K untuk
membina sebuah banglo dikampung diatas tanah sendiri, RM22K
akan diberikan oleh kerajaan manakala selebihnya hampir RM25K
memerlukan perbelanjaan sendiri, ada cara tak selain dari guna duit
simpanan, tanya beliau kepada saya"


Cabaran ini memberikan saya satu peluang untuk mencuba teknik
yang sedang saya rencanakan. Setelah mengambil kira faktor usia
dan pendapatan abang saya (usia 45 tahun pendapatan bersih RM
1,700 sebulan dgn 6 orang anak). Saya mencadangkan pinjaman
perumahan yg sedia ada dilangsaikan secepat mungkin. Setelah
dikira , dibelek dan dengan menggunakan teknik ini, kami dapat
membayar penuh pinjaman perumahan tersebut dalam masa kurang
dari 2 tahun (baki pinjaman adalah sebanyak RM36K).


Alat yg digunakan adalah KWSP2, OD/ASB dan kad kredit, baki
terkini KWSP2 abang saya ialah sebanyak RM2K sahaja (selebihnya
telah dikeluarkan sebelum ini). Setelah proses ini selesai kelak, abang
saya bakal mempunyai rumah yg tiada pinjaman perumahan dan




                                  36
juga mempunyai cukup wang (RM25K) untuk membina rumah
persaraan beliau kelak.


Bagaimana saya dan abang saya melakukannya?


Ikuti sambungan kisah ini di group "Urusinsan Millionaires Inside"




Salam
Zaidi Ismail
UrusInsan.Net




    Lawati & Sertai Kami Secara Percuma Di:
                    www.urusinsan.net


      Anda Juga Berpeluang Membuat Wang
                Dengan Affiliate Ebook Ini:
           www.pengurusankewangan.com




                                 37

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:239
posted:7/3/2010
language:Malay
pages:37