Docstoc

LANGKAH2

Document Sample
LANGKAH2 Powered By Docstoc
					LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUAT OD-ASB
OD-ASB CIMB
Minimum sijil : RM12,000
Rate : BLR - 1.65%
MOF : 90%

1. Bawa buku ASB ke cawangan ASNB untuk membuat sijil
ASB.
Sampai disana, isi borang permohonan untuk membuat sijil ASB. Di kaunter, borang yang telah
diisi dan RM10 diberikan kepada kerani yang bertugas. Tak sampai 10 minit, semuanya beres.
Sijil bernilai $$$$$ ada ditangan.

2. Pergi CIMB terdekat
Apa yang diperlukan

- IC
- Salary Slip
- Sijil ASB
- Buku ASB

Sampai disana berikan semuanya diatas untuk dibuat salinan sambil itu, silalah mengisi borang
permohonan OD/ASB. Itu saja. Lepas semuanya selesai, boleh lar buat-buat tanya pasal produk
CIMB yang lain seperti Credit Card, Refinancing, ASB Loan, Unit trust dan macam-macam lagi.
Ini dapat memberikan semangat kepada beliau untuk mempercepatkan urusan permohonan anda
:)

So, sekarang tunggu masa nak sign LO.


3. Sign LO
Bank akan telefon untuk beritahu supaya datang sign LO. Boleh juga buat ATM kad untuk
current account OD. Minggu depannya boleh ambik buku cek. OD masuk dalam 1-2 minggu
bergantung kepada PNB.

Kos yang perlu untuk projek OD/ASB CIMB ini :-

Sijil ASB = RM10
CIMB Fees = RM162.15
*Deposit Akaun Semasa = RM500
Total : RM672.15

*Syarat untuk buka akaun semasa baru, boleh keluar balik jika perlu. Ada juga cawangan CIMB
yang tidak minta deposit ini.



4. Tunggu duit masuk Current Account
Untuk tahu duit sudah masuk atau belum kena tengok Account Balance baru nampak jumlah
untuk OD. Overdraft limit akan menunjukkan RM0.00 jikalau duit belum digunakan. Setelah
duit digunakan baru limit akan menunjukkan angka negatif.

5. Berbelanja dengan berhemah

Dah dapat duit tu jangan pulak joli katak. Jangan jadi red indian dapat senapang :) Kena ingat
anda perlu maintain sekuruang-kurangnya 10% dari duit OD untuk servis interest. Kalu baki
akaun tidak mencukupi untuk bayar interest, OD akan ditukar menjadi term loan yang lebih
tinggi interestnya. Jadi kenalah sentiasa beringat.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:27
posted:7/1/2010
language:Malay
pages:2