Sistem Maklumat Banduan Asing (SiMBA) Jabatan Penjara Malaysia
Shared by: xmv12517
Categories
Tags
jabatan penjara malaysia, jabatan penjara, hukuman mati, penjara malaysia, sistem maklumat, yang di-pertuan, yang di pertuan agong, keputusan peperiksaan, peperiksaan penilaian tahap kecekapan, penilaian tahap kecekapan, keputusan peperiksaan ptk, peperiksaan ptk, file format, selamat datang ke, hak cipta terpelihara
-
Stats
- views:
- 19
- posted:
- 6/27/2010
- language:
- Malay
- pages:
- 11
Document Sample


Sistem Maklumat Banduan Asing (SiMBA) Jabatan Penjara Malaysia
Klik pada butang SiMBA
Untuk membuat capaian ke Sistem Maklumat Banduan Asing (SiMBA), pengguna
terlebih dahulu perlu membuat capaian kepada Laman Web Jabatan Penjara Malaysia
(www.prison.gov.my).Selepas itu pengguna perlu klik pada butang SiMBA yang terdapat pada
sebelah kiri laman web pada ruangan Perkongsian Maklumat.
Setelah pengguna klik pada butang SiMBA, paparan utama sistem akan dipaparkan seperti di
atas. (Sistem Simba juga boleh dicapai pada alamat http://jpmportal.prison.gov.my)
Untuk pengguna yang pertama kali masuk ke dalam sistem, katanama dan katalauan pengguna
yang diberi perlu dimasukkan pada ruangan yang disediakan dan klik atau Enter pada butang
Masuk. Sekiranya pengguna ingin mengosongkan ruangan katanama dan katalaluan klik pada
butang Semula.
Katanama dan katalaluan pengguna dipantau oleh Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat
Penjara Malaysia. Selaga permohonan ini akan ditapis dahulu dan kepada badan tertentu
sahaja yang dapat menggunakan sistem SiMBA.
Seterusnya paparan skrin seperti dibawah akan dipaparkan, pengguna dikehendaki menukar
kata laluan yang diberi kepada katalauan baru (panjang katalaluan minimum 6 dan maksimum 8
dan boleh terdiri daripada aksara atau nombor) dan klik butang Tukar. Untuk mengosongkan
ruangan katanama dan katalaluan klik pada butang Semula.
Setelah katalaluan ditukar, sistem akan mengeluarakan menu katalaluan telah berjaya ditukar
dan pengguna akan menggunakan katalaluan yang baru untuk membuat capaian kepada
sistem.
Masukan katanama dan katalaluan baru pada ruangan yang disediakan dan klik pada butang
Masuk. Sekiranya katalaluan tidak sah penggun perlu memasukan semula dan hanya 3 kali
cubaan dibenarkan sebelum katanama pengguna disekat
Setelah katanama dan katalaluan berjaya disahkan, pengguna akan mendapat paparan menu
utama sistem di mana pengguna boleh membuat pilihan pada ruangan Menu List Item Tapisan
Laporan yang terdiri daripada Negara, Institusi dan Susu Ikut. Pilihan ini tidak semestinya
mendatori (terpulang pada pengguna untuk pilih atau tidak walau bagaimanapun sekurang-
kurangnya SATU (1) pilihan mesti dipilih untuk menjana laporan). Seterusnya setelah
pengunaan memilih pada list item berkenaan, laporan boleh dijana dengan mengklik pada
pautan jenis laporan yang disediakan. Pautan-pautan yang disediakan adalah seperti dibawah :-
1 – Banduan Luar Negara
2 – Banduan Dagang
3 – Banduan Dagang Lebih Sepuluh (10) hari
4 – Akan Bebas Dalam Masa 10 Hari
5 – Akan Bebas Dalam Masa 30 Hari
1 2 3 4 5
Apabila jenis pautan di klik, sistem akan menjana dan memuat turun laporan dalam bentuk PDF
(pastikan setiap PC pengguna yang menbuat capaian pada sistem SiMBa ini telah di instalasikan
dengan Acobat Reader) dan pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk melihat laporan
dengan menekan butang Open atau butang Save untuk simpan pada cakera keras dan paparan
dan Cancel untuk membatalkan janaan dan muat turun.
Gambar di bawah merupakan contoh apabila pengguna memilih untuk klik pada Open.
Apabila anda selesai menggunakan Sistem SiMBA, pastikan klik pada link Logout untuk keluar
dari sistem ini.
Klik pada butang Logout
Apabila klik pada Logout mesej seperti di bawah akan dipaparkan. Seterusnya, anda bolehlah
tutup pelayar internet anda.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan
klik pada link Hubungi Kami seperti paparan di bawah.
Klik pada Hubungi Kami
Related docs
Get documents about "