Penjajah Malaysia Realiti di sebalik isu pendatang tanpa izin by gzn12524

VIEWS: 473 PAGES: 22

									                Realiti di sebalik isu pendatang tanpa izin
                                    Oleh Muhammad Salleh (September 2002)


Migrasi tenaga pekerja antarabangsa bukanlah sesuatu fenomena yang baru dan begitu juga dengan hipokrasi dan
kempen menentang fenomena ini. Hampir kesemua negara di Asia kini menerima atau menghantar pekerja asing,
terutamanya untuk memenuhi jurang kuasa tenaga pekerja dalam pekerjaan-pekerjaan tertentu. Malah,
pengeksportan pekerja kini telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara-negara yang miskin, dan
fenomena ini telah dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi. Pertubuhan Tenaga Pekerja Antarabangsa (ILO) kini
menganggarkan bahawa terdapatnya lebih kurang enam juta pekerja dari Asia yang bekerja di luar negara, dengan
jumlah yang hampir sebesar itu meninggalkan negara asal mereka tanpa izin. i

Kemerosotan ekonomi di Asia Timur pada tahun 1997 dan 1998 serta pergolakan ekonomi yang berlaku sekali lagi
pada tahun 2002 telah menumpukan fokus pada pekerja-pekerja asing di rantau Asia. Misalnya, pada tahun 1998, ia
dianggarkan bahawa terdapatnya sejuta pekerja migran di Negara Thai, dengan hanya 300,000 daripada mereka
berada di negara itu secara sah. Malaysia pula dianggarkan menjadi destinasi bagi 1.8 juta pekerja asing, dengan
kebanyakan mereka datangnya dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. ii Hanya 500,000 daripada mereka dikatakan
mempunyai dokumen perjalanan yang sah, dan malah beberapa sumber mengatakan bahawa jumlah itu mungkin
lebih tinggi lagi, terutamanya di negeri Sabah. iii Misalnya, Tenaganita, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang
menangani isu-isu pekerja migran, pernah mengatakan bahawa terdapatnya lebih kurang 3 juta pekerja sah dan tidak
sah di Malaysia, iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah penduduk. iv Akhbar-akhbar di Filipina pula pernah
melaporkan bahawa jumlah pendatang tanpa izin di negeri Sabah melebihi setengah juta orang. v Serupa dengan itu,
seorang ahli parlimen di negeri Johor telah mengatakan bahawa terdapatnta sejuta pendatang dari Indonesia pada
tahun 1995 di negeri itu sendiri.vi Tetapi isu pekerja asing bukanlah khusus kepada Malaysia dan Negara Thai. Ia
dianggarkan bahawa terdapatnya 200,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan beribu-ribu lagi di Jepun,
dan kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.vii Seperti yang dapat dilihat, isu pendatang
asing dan tanpa izin adalah isu yang mempunyai kepentingan di hampir kesemua negara di Asia.

Dari satu perspektif, migrasi dapat membawa manfaat kepada semua pihak yang berkenaan. Kepada pendatang
asing, ia dapat menawarkan peluang mencari pendapatan yang tidak ditawarkan di negara asal. Bagi negara
penghantar, ia menawarkan peluang bagi mereka yang menganggur, serta punca pendapatan asing viii; bagi negara
penerima pula, ia menawarkan aliran tenaga pekerja murah yang mengekalkan gaji pada tahap yang rendah dan
kadar pertumbuhan pada tahap yang tinggi. Namun, migrasi juga seringkali mempunyai sudut gelap, terutamanya
bagi pekerja-pekerja asing tidak mahir yang menjadi mangsa kepada pencabulan hak asasi manusia, penyeksaan,
pemenjaraan tidak adil, diskriminasi dan sekatan-sekatan yang lain. Pencabulan-pencabulan seperti ini juga dihadapi
oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis-aktivis yang mempertahankan hak-hak pekerja asing.
Walaupun pekerja migran dipertahankan oleh undang-undang antarabangsa, iaitu Deklarasi Hak Asasi Manusia
Antarabangsa serta undang-undang ILO, fakta bahawa kerajaan-kerajaan adalah bertanggungjawab bagi pengamalan
undang-undang ini bermakna bahawa mereka seringkali gagal menyiasat dan menghukum kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh tangan swasta, sehingga mereka menjadi sebahagian daripada masalah ini. Malah, campur tangan
pegawai-pegawai kerajaan seringkali adalah lebih mendalam lagi, dan ini sangatlah jelas jika kita mengkaji pekerja
migran dari Indonesia yang berpusat di Malaysia.

Walaupun tumpuan rencana ini adalah pada migrasi di antara Indonesia dan Malaysia, ini tidak bermakna bahawa
Malaysia hanya menjadi destinasi pekerja-pekerja dari Indonesia. Sebaliknya, kes migrasi dari Indonesia menjadi
pilihan di sini kerana ia dapat mendedahkan beberapa faktor asas di sebalik pengeksploitasian pekerja biarpun di
Indonesia ataupun di Malaysia. ix Faktor-faktor asas ini dapat dilihat di mana-mana negara di mana migrasi
merupakan fakta seharian, termasuk Filipina, Meksiko, Bangladesh dan sebagainya. Namun, Indonesia juga
merupakan sebuah negara dengan aliran migrasi khusus. Indonesia, sebuah negara dengan lebih 206 juta penduduk,
masih sedang bergelut dengan kesan-kesan krisis kewangan pada tahun 1997 dan 1998, serta reformasi-reformasi
yang ditekankan oleh IMF, pergolakan politik, gerakan-gerakan kemerdekaan, konflik perkauman dan peralihan dari
pemerintahan diktator kepada pemerintahan demokrasi borjuasi.
Dalam pada itu, Indonesia merupakan sebuah negara pengeksport tenaga pekerja yang utama di dunia. Ia
dianggarkan bahawa di antara tahun 1969 dan 1994, seramai sejuta penduduk Indonesia telah meninggalkan negara
asal mereka itu untuk mencari pekerjaan di negara asing, dengan Arab Saudi, Malaysia dan Singapura menjadi
tumpuan bagi 90 peratus daripada penghijrah tersebut. Walaupun terdapatnya pelbagai masalah dalam usaha
mengkaji dan mentafsir aliran migrasi dari Indonesia secara terperinci, x beberapa sifat umum dapat dilihat.
Misalnya, kebanyakan penduduk Indonesia yang meninggalkan negara tersebut adalah pekerja tidak mahir, dan
kebanyakan daripada mereka ini terdiri daripada golongan perempuan. xi Dari segi ini, migrasi ke luar negara
merupakan salah satu jalan yang terbuka kepada warganegara Indonesia yang ingin memperbaiki keadaan ekonomi
mereka. Misalnya, pada tahun 1997, sebuah laporan ILO telah mendapati bahawa seorang pekerja Indonesia hanya
menerima RM0.28 setiap hari di negara asalnya, berbanding dengan RM2 atau lebih di Malaysia. xii

Kebanyakan pekerja asing di Malaysia berasal dari Indonesia, dan kebanyakan mereka merupakan pekerja tidak
mahir dan tanpa izin. Ini bermaksud bahawa mereka telah memasuki Malaysia tanpa dokumentasi sah atau bahawa
dokumen perjalanan mereka telah menjadi luput. Kehadiran begitu ramai pekerja migran telah menjadi isu politik
yang besar di Malaysia, terutamanya berkenaan dengan ketegangan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia,
serta kerisauan pencabulan hak asasi manusia. Misalnya, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Bersatu Sabah
pernah mengatakan bahawa kemasukan pekerja Indonesia dapat mengubah imbangan perkauman, sambil
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seringkali melihat rakyat
Indonesia sebagai kebaikan dari segi pilihanraya. Sehubungan dengan itu, isu pendatang tanpa izin yang diberikan
hak mengundi telah menjadi isu hangat di negeri Sabah.xiii Propaganda kerajaan pula menyalahkan pendatang asing
bagi masalah-masalah sosial seperti jenayah, pelacuran dan pengedaran dadah, lalu menjadikannya penting bagi
ahli-ahli politik kelihatan seperti menjaga sempadan negara dengan menahan dan menghantar kembali pekerja tanpa
izin ke negara asal.

Tuntutan dari pihak majikan Malaysia bagi tenaga pekerja yang murah, terutamanya bagi sektor tanaman,
pembinaan dan perkhidtaman, telah meningkatkan aliran pekerja tanpa izin ke Malaysia. Dengan mengupah pekerja
asing tanpa izin, pihak majikan di Malaysia dapat membayar gaji yang tersangat rendah tanpa menawarkan jaminan
seperti insurans, sambil mengelakkan cukai kerajaan bagi pekerja asing dan mengerjakan pekerja itu buat masa yang
lama dalam keadaan-keadaan yang kurang baik. Namun, gaji tersebut masih lebih tinggi daripada gaji yang dapat
diperolehi di Indonesia sendiri. Orang-orang tengah, agensi-agensi pengupahan dan pegawai-pegawai kerajaan
korupse di kedua-dua negara juga mempunyai kepentingan untuk mengekalkan aliran pekerja asing itu.

Dalam pada itu, kerajaan-kerajaan Malaysia dan Indonesia telah meningkatkan usaha untuk memastikan yang
pekerja asing semakin menggunakan cara-cara sah untuk memasuki Malaysia. Indonesia telah meningkatkan
kawalan ke atas pengeksportan tenaga pekerja melalui Departemen Tenaga Kerja di Jakarta, sambil Malaysia telah
bergantung kepada gabungan pengampunan (atau amnesti) dan penghantaran pendatang tanpa izin kembali ke
negara asal. Walaupun akhbar-akhbar tempatan di Malaysia seringkali merujuk kepada isu pengeksploitasian
pekerja sebagai rasional di sebalik usaha kerajaan Malaysia ini, sebab sebenarnya adalah berkaitan dengan isu
kewangan dan keselamatan.

Namun, perbezaan sah-tidak sah ini adalah sesuatu yang agak kabur. Misalnya, polis marin di Malaysia kadang-kala
membenarkan kemasukan pendatang tanpa izin jika mereka diberikan rasuah, dan pihak migran seringkali dapat
menghindari pemenjaraan dengan cara yang sama. Malah, ia biasanya adalah lebih murah bagi seorang pekerja
untuk tiba di Malaysia tanpa dokumen sah dan mencari pihak majikan yang sanggup mengerjakannya, daripada
membayar yuran bagi pasport, visa dan permit bekerja. Lebih-lebih lagi, meskipun hipokrasi kerajaan Malaysia dan
akhbar-akhbar tempatan yang mengutarakan isu hak asasi manusia dan pengeksploitasian pekerja, realitinya adalah
bahawa usaha-usaha ini tidak menjaga hak asasi pekerja itu di negara asal. Inilah hakikatnya sehingga pekerja tanpa
izin dapat menjadi pekerja sah dengan sekelip mata, sebagaimana pekerja sah dapat menjadi pendatang tanpa izin
dengan tiba-tiba. xiv Di sebalik usaha-usaha palsu kerajaan Malaysia dan Indonesia, terdapatnya kuasa-kuasa
ekonomi kapitalis yang menjadikan apa-apa undang-undang sesuatu yang tidak dapat dikerjakan. Keperluan bagi
tenaga pekerja murah di Malaysia di samping kekayaan yang dapat diraih daripada pengeksportan pekerja dari
Indonesia telah menjadikan apa-apa isu hak asasi manusia seolah-olah sesuatu yang diketawakan. Pada masa yang
sama, pencabulan hak asasi itu terus berlaku dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini, seperti yang akan
ditunjukkan, adalah jika kelas pekerja Malaysia berganding bahu dengan saudara-saudari mereka dari negara-negara
jiran untuk menumbangkan sistem yang mewujudkan kezaliman itu, iaitu sistem kapitalis global.
Sejarah migrasi ke Malaysia
Terdapatnya tiga fasa umum dalam aliran migrasi dari Indonesia. Dalam fasa pertama, iaitu dari tahun 1969
sehingga 1979, hampir setengah daripada penghijrah dari Indonesia telah menjadikan Eropah (dan biasanya
Belanda) sebagai destinasi mereka. Dalam fasa kedua, dari tahun 1979 sehingga 1989, tiga perempat daripada
migras Indonesia telah menuju ke Timur Tengah, dan biasanya ke Arab Saudi. Dalam fasa ketiga, iaitu sejak akhir
tahun 1980-an, Timur Tengah telah kekal sebagai destinasi utama bagi penghijrah dari Indonesia, tetapi Asia
Tenggara juga telah menjadi destinasi yang penting, terutamanya apabila Malaysia dan Singapura telah menjadi
ekonomi-ekonomi yang kekurangan pekerja. Maka, statistik kerajaan Indonesia menunjukkan bahawa jumlah
migran sah ke Malaysia, Singapura dan Brunei telah meningkat dari 6,000 orang setahun sehingga purata tahunan
sebanyak 50,000 orang pada awal tahun 1990-an.

Sebenarnya, migrasi rakyat Indonesia ke Malaysia bukanlah sesuatu fenomena baru (malah, pendatang-pendatang
pertama ke kawasan Malaya datangnya dari Sumatera dan Jawa). xv Jalan-jalan utama yang digunakan ditunjukkan
dalam rajah di bawah:

Rajah 1: Jalan-jalan migrasi utamaxvi




Seperti yang dapat diperhatikan dalam sejarah imigrasi tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia dan dari peta di atas,
terdapatnya dua jalan utama bagi pendatang tanpa izin. Namun, kedua-dua jalan ini – iaitu dari Jawa Timur ke
Sumatera dan akhirnya ke Semenanjung Malaysia, dan dari Sulawesi ke Kalimantan Timur dan akhirnya ke
Sabahxvii – merupakan jalan-jalan yang digunakan sebelum abad ke-18 bagi tujuan perdagangan beras dan kelapa.
Meskipun sejarah ini, isu pendatang tanpa izin hanya telah mendapat perhatian umum pada tahun 1980-an.

Polisi-polisi ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1980-an telah meletakkan tekanan pada perindustrian pesat,
perluasan sektor awam dan kemajuan luar bandar.xviii Penciptaan hampir sejuta pekerjaan baru di bawah rancangan-
rancangan ini telah menarik ramai penduduk luar bandar ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Georgetown, sambil menimbulkan kekurangan pekerja dalam sektor-sektor tertentu, terutamanya sektor tanaman,
pembinaan dan perkhidmatan rumahtangga. xix Sebenarnya, kadar pengangguran masyarakat tempatan pada tahun
1980 masih lagi berada pada tahap yang tinggi, iaitu 6.0 peratus, tetapi kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan tidak
diingini oleh rakyat tempatan dan maka terpaksa diisi oleh pekerja migran. xx

Menurut Departemen Tenaga Kerja Indonesia, jumlah pekerja Indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia dan
Singapura melalui cara-cara sah telah meningkat dari 720 orang pada tahun 1979-1980 sehingga 7,801 pada tahun
1982-1983. Pada masa yang sama, anggaran rakyat Indonesia yang memasuki Malaysia tanpa izin dikatakan berada
di antara 200,000 dan 700,000 orang. xxi Kemasukan pendatang tanpa izin ini secara umumnya digalakkan oleh
kerajaan Malaysia dan tidak dipentingkan oleh kerajaan Indonesia sebelum kemerosotan ekonomi sedunia mula
dirasai di Malaysia pada pertengahan tahun 1980-an. Bermula pada tahun 1982, persepsi umum (yang digalakkan
oleh kerajaan) telah mengatakan bahawa pendatang asing sedang merampas pekerjaan dari rakyat Malaysia (kadar
penangguran telah meningkat sehingga 8.3 peratus pada tahun 1986) sambil mereka disalahkan kerana mengekalkan
kadar gaji pada tahap yang rendah, meningkatkan kos perumahan, meningkatkan cukai perkhidmatan sosial seperti
pendidikan, dan menjadi punca jenayah.

Masalah-masalah awal
Ini telah menimbulkan dua masalah bagi kerajaan Malaysia – kemasukan pekerja asing masih diperlukan untuk
memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mengurangkan kekurangan tenaga pekerja dalam sektor-sektor
tertentu, tetapi rakyat Malaysia terpaksa diyakinkan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah-langkah tegas ke
atas sesiapa yang memasuki Malaysia „tanpa izin.‟ Pada bulan Mei 1984, pegawai-pegawai Malaysia dan Indonesia
telah bertemu di Medan dan telah menandatangani perjanjian untuk menangani imigrasi tanpa izin dalam sektor
tanaman dan perkhidmatan rumahtangga. Kedua-dua negara itu bersetuju untuk menubuhkan sebuah majlis bersama
untuk mengelola penghantaran pekerja ke Malaysia, termasuk pengurusan segala dokumentasi yang diperlukan. xxii
Sebenarnya, perjanjian pada tahun 1984 itu adalah penting hanya kerana ia menunjukkan bahawa isu pendatang
tanpa izin telah menjadi isu yang penting bagi kedua-dua negara yang terlibat. Langkah-langkah untuk menjamin
hak asasi pendatang asing sebenarnya tidak dipentingkan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia, Musa Hitam,
mahupun oleh Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Admiral Sudomo. Malah, Kesatuan Pengeluar-Pengeluar Tanaman
Malaysia (MAPA) telah menentang penghantaran pekerja-pekerja tanpa izin kembali ke Indonesia pada tahun 1985
kerana kerugian yang akan dijana oleh usaha ini. xxiii

Sambil kemerosotan ekonomi telah menjadi semakin mendalam, usaha kerajaan telah menjadi semakin tegas. Pada
tahun 1985, seramai 12,582 pendatang dari Indonesia telah dihantar kembali ke negara asal, xxiv dan pada tahun 1986,
pihak polis telah melancarkan Operasi Seberang, yang telah menyasari pusat-pusat perhimpunan rakyat Indonesia.
Kerajaan Malaysia juga telah menggunakan Pasukan Bertugas VII, iaitu sebuah pasukan ketenteraan yang menjadi
terkenal selepas menghalang pelarian dari Vietnam daripada memasuki Malaysia, untuk meronda perairan Malaysia.
Namun, pada masa ini juga, ramai pengulas di Indonesia dan Malaysia telah mengatakan bahawa tindakan-tindakan
ini tidak diusahakan sepenuh hati – jumlah pendatang tanpa izin yang dihantar kembali ke negara asal sudah pasti
dapat ditingkatkan, tetapi kerajaan Malaysia enggan berbuat sedemikian kerana gabungan sebab-sebab seperti usaha
menghindari ketegangan diplomatik dengan Indonesia, keperluan pertumbuhan kapitalis dan mengukuhkan majoriti
Melayu-Islam yang diperlukan oleh UMNO.

Dalam pada itu, Kesatuan Tenaga Kerja Indonesia (IMSA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 untuk mengawal aliran
pekerja Indonesia ke Timur Tengah. IMSA merupakan sebuah konsortium agensi-agensi pengupahan yang diberikan
lesen oleh Departemen Tenaga Kerja untuk mengatur kontrak dengan pihak majikan di luar negara dan mengatur
penghantaran pekerja. Sambil aliran pekerja ke Teluk Saudi telah meningkat, pegawai-pegawai Indonesia telah
melihat penghantaran pekerja ke luar negara sebagai alat yang berguna untuk mengatasi kelebihan tenaga pekerja di
Indonesia.xxv Misalnya, rancangan lima tahun ke-empat, iaitu Repelita IV telah meletakkan sasaran seramai 225,000
pekerja untuk dihantar ke luar negara untuk meringankan beban kuasa tenaga pekerja yang semakin bertumbuh. xxvi
Pada pertengahan tahun 1980-an, laporan-laporan mengenai kezaliman dan penindasan yang dialami oleh pekerja-
pekerja Indonesia di Timur Tengah mula mendapat paparan di kalangan rakyat. Kerajaan Indonesia pada masa ini
lebih mementingkan hubungan Indonesia-Arab Saudi daripada pekerja mereka sendiri – misalnya, Admiral Sudomo
telah meluluskan perundangan yang menghalang pekerja Indonesia daripada berbincang dengan suratkhabar semasa
berada di luar negara. xxvii Walaupun migrasi ke Arab Saudi ini sangatlah berbeza dari segi kualiti dan kuantiti
daripada migrasi ke Malaysia, pengalaman ini sangatlah penting dalam membentukkan undang-undang Indonesia
untuk mengawal migrasi ke luar negara.

Keperluan perjanjian baru
Menjelang tahun 1988, ia telah menjadi jelas bahawa Perjanjian Medan telah gagal untuk menghalang kemasukan
pendatang tanpa izin dari Indonesia ke Malaysia, atau untuk memujuk pekerja-pekerja luar negara untuk
menggunakan jalan-jalan sah kerana harganya yang tinggi. Berhadapan dengan tentangan awam di kalangan rakyat
Malaysia terhadap pendatang tanpa izin, perjanjian Indonesia-Malaysia yang baru telah diperkenalkan pada bulan
Julai 1988.xxviii Di bawah perjanjian baru tersebut, kerajaan Malaysia akan mengesahkan pekerja-pekerja tanpa izin
jika mereka melaporkan diri ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, dan kemudiannya kembali ke Indonesia untuk
mendapat surat perjalanan khas yang dikenali sebagai Surat Perjalanan Laksana Pasport. Jika mereka kemudiannya
mempunyai pihak majikan di Malaysia yang sanggup membiayai perjalanan meteka, kerajaan Malaysia akan
memberikan mereka permit bekerja selama dua tahun dengan kemungkinan perlanjutan setahun. Kerajaan Indonesia
pula telah berjanji bahawa pekerja-pekerja tanpa izin dapat memperolehi dokumen-dokumen tersebut di Dumai
(bagi pekerja-pekerja di Semenanjung Malaysia) dan di Nunukan (bagi pekerja-pekerja di Sabah dan Sarawak).
Kerajaan Malaysia telah mengutarakan usaha ini sebagai cara untuk menyekat imigrasi haram sambil kerajaan
Indonesia pula mengumumkannya sebagai cara untuk mengakhiri pengeksploitasian oleh pihak majikan di Malaysia.

Beribu-ribu pekerja telah menggenggam peluang ini, tetapi pegawai-pegawai imigrasi Indonesia tidak bersedia
untuk jumlah permohonan. xxix Ini sedikit sebanyaknya disebabkan oleh orang-orang tengah yang telah mencuba
membuat permohonan bagi pekerja-pekerja Indonesia yang mereka mengatakan tidak dapat meninggalkan tempat
bekerja (orang-orang tengah ini telah membuat keuntungan besar dengan cara ini). Pada bulan September, kerajaan
Indonesia telah berubah langkah dan memerlukan pekerja-pekerja memohon surat perjalanan tersebut secara
peribadi. Sekali lagi, jumlah pemohon telah mengejutkan pegawai-pegawai imigresen, terutamanya di Sabah, di
mana feri-feri di antara Sabah dan Kalimantan telah melebihi muatan untuk memenuhi keperluan pekerja-pekerja
tersebut. Apabila sebuah feri yang dipenuhi pekerja-pekerja tanpa izin telah karam di Selat Lombok pada bulan Mei
1989, isu imigrasi tanpa izin telah mendapat fokus umum sekali lagi. Pada tahun 1991, sebuah lagi feri telah karam
di Selat Melaka; kali ini feri tersebut sedang menghantar pendatang-pendatang tanpa izin kembali ke Indonesia dan
diiringi oleh polis maritim Malaysia. Kejadian-kejadian ini telah mengutarakan persoalan-persoalan mengenai
tanggungjawab kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam usaha menjaga keselamatan pekerja migran, termasuk
migran yang telah memasuki Malaysia tanpa izin.

Persoalan yang telah menggempa hubungan Indonesia-Malaysia pada tahun 1990 adalah hukuman mati yang
dikenakan ke atas seorang pekerja tanpa izin Indonesia yang bernama Basri Masse di Sabah. xxx Basri Masse
merupakan seorang imigran Bugis dari Sulawesi Selatan yang ditahan di Kota Kinabalu pada tahun 1983. Dia
dituduh mengedar lebih 900 gram dadah, dan telah ditahan tanpa akses kepada pegawai konsular mahupun peguam.
Selepas diberitahu bahawa dia akan dihukum mati, dia telah mencuba melarikan diri dari balai polis, tetapi ditahan
semula – percubaan melarikan diri itu diambil sebagai bukti kesalahannya. Meskipun itu, terdapatnya pelbagai
masalah dengan kes dakwaan Basri Masse tersebut. Misalnya, seorang sahabat Basri bernama Patta, yang pada
mulanya juga didakwa dengan kesalahan yang sama, akhirnya didakwa dengan kesalahan yang lebih ringan dan
dilepaskan pada tahun 1986, walaupun dia dapat menjadi saksi dalam kes Basri. Sebab mengapa Patta diberikan
hukuman yang lebih ringan tidak pernah dijelaskan, dan malah laporan yang diberikan oleh dua korporal polis yang
membuat tahanan itu sangatlah bercanggah. Lebih-lebih lagi, kerajaan Malaysia tidak memberitahu kerajaan
Indonesia bahawa seorang rakyat Indonesia telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan yang membawa hukuman
gantung. Meskipun kempen yang dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan Bugis di Malaysia dan keluarga Basri, dia
telah digantung pada tahun 1990, lalu membangkitkan persoalan jika dia, sebagai seorang pendatang tanpa izin,
telah dihadapkan dengan makhamah secara adil (beberapa pihak telah mengatakan bahawa hukuman Basri
bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa).

Berhadapan dengan pengaruh kes ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan peluang bagi kesemua imigran tanpa
izin tanpa mengira kewarganegaraan untuk memperolehi permit bekerja sah. xxxi Mereka yang melaporkan diri
kepada kedutaan atau konsulat Indonesia dan memperolehi dokumentasi sah akan diberikan pengampunan dan hak-
hak asasi yang serupa dengan pekerja Malaysia. Pada masa yang sama, pekerja-pekerja yang tidak melaporkan diri
akan dihadapkan dengan makhamah dan dihantar kembali ke negara asing, dan pihak majikan yang mengupah
pekerja tanpa izin akan dihukum denda sebanyak RM420 bagi pekerja ladang, RM500 bagi pekerja pembinaan dan
RM360 bagi pembantu rumahtangga.

Namun, sebagaimana dengan rancangan tahun 1988, pengampunan baru tersebut telah menarik jumlah pemohon
yang ramai, tetapi pengurusan permohonan sangatlah lemah dan skala korupse sangatlah luas. xxxii Misalnya, ramai
pekerja telah membuat permohonan sebelum tarikh terakhir dan telah membayar yuran sepenuhnya tetapi akhirnya
mendapati diri mereka tanpa surat perjalanan yang sah dan maka ditahan oleh pihak polis. Malah, kebanyakan
agensi pekerjaan Malaysia telah mengenakan yuran yang jauh lebih tinggi daripada had yang dikenakan oleh
kedutaan Indonesia, iaitu RM180. Seorang duta Indonesia telah mengaku bahawa tipu-helah sangatlah berleluasa
dan bahawa jumlah mangsa mungkin melebihi 10,000 orang. xxxiii Berhadapan dengan fakta bahawa hanya 122,634
daripada 311,434 pekerja yang telah membuat permohonan sebelum tarikh terakhir telah mendapat dokumen
sahxxxiv, pengampunan tersebut dilanjutkan sehingga hujung bulan Januari 1993. xxxv

Namun, ia kelihatan seperti kerajaan Malaysia sekali lagi tidak bersedia bagi jumlah pekerja tanpa izin yang telah
membuat permohonan. Pada bulan Julai 1992, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa 30 peratus daripada
pemohon tersebut dijangkiti HIV. Maka, ujian perubatan dan surat kesihatan diperlukan bagi sesiapa yang ingin
mendapat permit bekerja; pekerja migran yang tidak melulusi ujian tersebut akan dihantar kembali ke negara asal
kerana „merbahaya kepada masyarakat Malaysia.‟ Kadar jangkitan HIV yang tersangat tinggi itu sebenarnya
merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk menafikan permit bekerja bagi lebih 100,000 pekerja sambil
mengukuhkan imej pekerja Indonesia yang negatif di mata masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mencabar statistik 30 peratus tersebut, dan kerajaan Malaysia akhirnya terpaksa memberikan pembetulan. xxxvi

Sepanjang masa pengampunan tersebut, kerajaan Malaysia juga telah mengusahakan polisi-polisi yang bercanggah.
Misalnya, di antara bulan Januari dan Jun 1992, seramai 40,000 pendatang dari Indonesia telah ditahan di bawah
operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Ops Nyah I. Bermula pada 1hb Julai 1992 (iaitu sehari selepas
pengampunan berakhir), Ops Nyah II telah dimulakan dan lebih 1,000 pekerja Indonesia telah ditahan. Bersamaan
dengan usaha itu, kerajaan Malaysia telah mengubahsuai sembilan kem tahanan baru dan melancarkan enam
batalion Pasukan Polis baru di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk menghalang pendaratan haram.
Pada bulan Februari 1993, Ops Nyah II telah ditingkatkan, dan para pekerja yang telah membuat permohonan tetapi
belum mendapat permit telah ditahan, walaupun tanggungjawab untuk mendapat permit tersebut tidak lagi berada di
bawah kawalan mereka. Namun, pada masa yang sama, keperluan bagi pekerja Indonesia telah meningkat, dengan
ekonomi Malaysia bertumbuh pada kadar 8 peratus setahun. Pada tahun 1992, kerajaan Indonesia telah
mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan jumlah pekerja yang dihantar ke Malaysia berdasarkan permintaan
yang disetujui oleh Malaysia. xxxvii Misalnya, pada bulan Ogos, sambil beribu-ribu pekerja sedang ditahan dan
dihantar kembali ke Indonesia, Menteri Dalam Negeri Malaysia Megat Junid telah mengatakan bahawa Malaysia
memerlukan 500,000 pekerja asing yang baru.

Kehuru-haraan usaha pendaftaran tersebut telah membawa Kementerian Dalam Negeri untuk mengumumkan
penghadan pada kesemua usaha pengupahan pekerja asing bermula pada 12hb April 1993. Namun pada awal bulan
Jun 1993, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia memerlukan 80,000 pekerja asing dan akan
mengupah pekerja-pekerja ini dari Indonesia, Negara Thai, Filipina, Pakistan dan Bangladesh. xxxviii Pada masa yang
sama, kerajaan di Sabah telah menghadkan kesemua permohonan bagi pekerja asing – ini mungkin berkaitan dengan
usaha mengerjakan kesemua pendatang asing yang sudah berada di Sabah serta ketakutan Parti Bersatu Sabah
dengan kemasukan imigran Islam. Oleh kerana terdapatnya keperluan bagi pekerja asing, undang-undang itu tidak
berjaya menghadkan kemasukan pendatang asing. xxxix Sebaliknya, ia, hanya mengurangkan kemungkinan yang
seorang pekerja dapat memasuki Sabah dengan cara sah. Secara ringkas, sifat huru-hara polisi Malaysia dan ketidak-
sinambungan di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah telah memastikan kegagalan.

Sekali lagi, percanggahan polisi
Pada 15hb Oktober 1994, Menteri Tenaga Kerja Indonesia yang baru, Abdul Latief telah bertemu dengan
rombongan Malaysia yang diketuai oleh Lim Ah Leck di Bali, lalu mengumumkan secara tidak realistik bahawa
Indonesia tidak lagi akan menghantar pekerja tidak mahir ke luar negara, dan bahawa jalan-jalan baru untuk
menghantar pekerja mahir akan diperkenalkan. xl Undang-undang Indonesia yang baru itu dikenakan pada kesemua
agensi pengupahan pekerja, bukan sahaja agensi yang menghantar pekerja ke Malaysia. Buat kali pertama, agensi-
agensi tersebut dibenarkan mengenakan pekerja-pekerja Indonesia bagi yuran pengupahan, latihan, pentadbiran dan
pengangkutan ke Malaysia (di bawah undang-undang lama, yuran-yuran ini sepatutnya dikenakan pada pihak
majikan). Para pekerja juga diperlukan mendapat kontrak bekerja yang lengkap sebelum bertolak ke negara
destinasi, dan syarat-syarat untuk memperolehi lesen operasi dijadikan lebih tegas.

Walaupun undang-undang ini dikatakan menjaga hak pekerja yang bakal berhijrah, ia juga telah membawa manfaat
bagi Departemen Tenaga Kerja. Misalnya, dalam usaha menghalang agensi-agensi kecil yang mengeksploitasi
pekerja, undang-undang baru telah mengenakan kapital operasi minimum sebanyak Rp374 juta bagi mana-mana
agensi pengupahan. Namun, agensi-agensi kecil tersebut masih dapat beroperasi dengan ejen-ejen Malaysia untuk
membekalkan pekerja dan mereka masih dapat beroperasi sebagai orang tengah bagi agensi-agensi yang lebih besar.
Lebih-lebih lagi, demi kepentingan keuntungan, Departemen Tenaga Kerja telah menubuhkan sebuah badan
kerajaan baru, dikenali sebagai PT Binajasa Abadikarya, dengan kapital asas sebanyak Rp12.5 bilion. Badan ini
diberikan tugas menerima dan mengagihkan segala permohonan pekerja yang datangnya dari Malaysia atau Arab
Saudi.xli Oleh kerana badan tersebut dijadikan sebuah anak syarikat kepada PT Astek, iaitu syarikat insurans pekerja
yang diarah oleh kerajaan, dan oleh kerana kesemua pekerja migran perlu mendapat insurans, PT Astek sudah pasti
meraih keuntungan yang besar.

Di Malaysia pula, percanggahan-percanggahan polisi telah berterusan. Pada bulan Januari 1994, Megat Junid telah
mengumumkan penghadan baru pada pengupahan pekerja tidak mahir dan separuh mahir, dan Akta Sekatan Pekerja
Asing telah diluluskan untuk meningkatkan denda bagi pihak majikan yang didapati mengupah pekerja tanpa izin.
Pada bulan Mac 1994, pihak polis telah menahan seramai 1,000 pendatang asing dari Filipina semasa upacara
keagamaan di Gereja St. John‟s di Kuala Lumpur. Tujuan operasi tersebut dikatakan untuk menunjukkan bahawa
mana-mana kumpulan pendatang asing sudah pasti merupakan pendatang tanpa izin dan bahawa mereka sudah pasti
terlibat dengan kegiatan jenayah. Sebenarnya, hanya 31 daripada lebih 1,000 orang yang ditahan itu didapati tidak
mempunyai dokumen sah. Lebih-lebih lagi, Leah Makabenta, seorang wartawan Filipina yang telah melaporkan
berita tersebut, telah dibuang negara.

Pada bulan Oktober 1995, Majlis Kabinet Malaysia Bagi Pekerja Asing telah mengumumkan syarat-syarat baru bagi
pendatang asing. Walaupun dihebohkan oleh media massa tempatan sebagai reformasi besar, sebenarnya
kebanyakan syarat-syarat tersebut sudah lama merupakan sebahagian daripada Akta Pekerjaan, walaupun ia tidak
diamalkan dengan tegas. Di antara syarat-syarat tersebut adalah bahawa pihak majikan mesti memohon kepada
Pasukan Bertugas Pekerja Asing bagi pekerja asing, bahawa pihak majikan mesti membayar cukai pekerja asing
dengan sendiri dan bukannya membayar cukai tersebut dengan gaji pekerja, dan bahawa pekerja asing hanya
dibenarkan memasuki Semenanjung Malaysia melalui lapangan terbang atau pelabuhan tertentu. Di samping itu,
permohonan oleh pihak majikan akan dihantar ke sebuah agensi tunggal di negara penghantar; di Indonesia, agensi
tunggal tersebut merupakan PT Bijak. Penyaluran segala permohonan pekerja ke PT Bijak telah membawa
peningkatan tinggi dalam yuran bagi pekerja Indonesia yang mencuba memasuki Malaysia secara sah – hasilnya
adalah bahawa kemasukan tidak sah telah meningkat. xlii

Seiringan dengan syarat-syarat baru ini, kerajaan Malaysia juga telah memusnahkan kawasan perumahan setinggan
pendatang tanpa izin. Namun demikian, kebanyakan kawasan perumahan ini telah menjadi rumah bagi pendatang
sah dan juga pendatang tanpa izin, dan kebanyakan mereka telah menetap di Malaysia selama lebih sepuluh tahun.
Dalam kebanyakan kes, penduduk-penduduk setinggan ini telah membayar sebahagian besar daripada gaji mereka
kepada orang-orang tengah untuk mendapat bekalan air dan elektrik. Walaupun kerajaan dan media massa telah
memberikan tumpuan kepada usaha memusnahkan kawasan-kawasan setinggan ini, tidak terdapatnya usaha untuk
mencari dan mendakwa orang-orang tengah ini, yang sudah pasti meraih keuntungan besar dari kesusahan
pendatang asing.xliii

Usaha pendaftaran pekerja asing yang baru telah dimulakan pada tahun 1996, di bawah mana pihak majikan dalam
bidang pertanian atau tanaman dengan pekerja tanpa izin dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Negara Thai
mempunyai sehingga 31hb Disember 1996 untuk mendaftar pekerja-pekerja tanpa izin, selagi mereka telah menjadi
penetap di Malaysia sebelum 16hb April 1996. Pengampunan itu telah diluaskan untuk membenarkan pekerja-
pekerja tanpa izin yang ditahan polis untuk meninggalkan negara tanpa dakwaan sebelum hujung bulan Januari
1997. Kesemua pendatang tanpa izin yang lain akan dihantar kembali ke negara asal, dan penghadan baru pada
pengupahan pekerja asing diamalkan. xliv Namun, pada masa yang sama, Kementerian Sumber Manusia telah
mengumumkan bahaa 45,000 pekerja asing akan diperlukan bagi bidang tanaman dan rumahtangga. xlv

Pada bulan Oktober 1996, Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed telah memberi amaran bahawa sebagai
sebahagian daripada rancangan baru, pendatang tanpa izin dan mereka yang bertanggungjawab untuk membawa
mereka ke dalam Malaysia akan disebat rotan. xlvi Perubahan kepada akta imigrasi tersebut diluluskan pada bulan
Disember 1996, dan juga melibatkan denda sebanyak RM50,000, penjara sehingga 10 tahun dan enam sebatan rotan
bagi sesiapa yang didapati membawa masuk pendatang tanpa izin. Mereka yang didapati memalsukan visa, permit
bekerja dan dokumen-dokumen lain dapat didenda sebanyak RM100,000. Pekerja migran juga menghadapi
hukuman yang lebih berat, termasuk dua tahun dalam penjara, dan sebatan rotan bagi sesiapa yang telah dihantar
kembali ke negara asal dan telah memasuki Malaysia semula.

Menjelang 1hb Januari 1997, operasi pendaftaran tersebut telah diselesaikan di Semenanjung Malaysia; Sabah telah
menjalankan operasi yang serupa pada separuh pertama tahun 1997. Seramai 423,180 pekerja tanpa izin telah
didaftarkan (seramai 413,832 lagi pendatang tanpa izin telah didaftarkan di Sabah), lalu membawa kerajaan
sebanyak RM400 juta dalam cukai pendatang asing. Sejurus selepas tempoh mendaftar tamat, Operasi Pintu telah
dimulakan dengan pihak polis menyiasat setiap rumah, menyerbu ladang-ladang, pasar-pasar, kilang-kilang,
kawasan-kawasan pembinaan dan kawasan perumahan setinggan. xlvii Sambil penahanan beribu-ribu pendatang tanpa
izin diramalkan, rancangan telah dimulakan untuk menyediakan pusat-pusat tahanan bagi pendatang-pendatang
tanpa izin yang baru ditangkap.xlviii

Walaupun usaha-usaha pendaftaran ini berguna dalam mengawal status kebanyakan pekerja asing, masalah-masalah
asas tidak berubah. Aliran pekerja asing ke Malaysia telah berterusan; misalnya, di Nunukan, ia dianggarkan bahawa
150 orang telah memasuki Malaysia tanpa izin setiap bulan. xlix Sebab-sebab bagi aliran berterusan ini sudah pasti
dapat dikaitkan dengan perkembangan tidak sama rata dalam sistem kapitalis serantau. Misalnya, kegagalan
rancangan penanaman buah oren di Kalimantan telah menyebabkan jumlah petani yang menghijrah ke Malaysia
meningkat dari 250 pada tahun 1990 sehingga 6000 pada tahun 1997.l Lebih-lebih lagi, korupse terutamanya di
kalangan pegawai polis dan imigresen terus menjadi masalah. Pasukan Bertugas Pekerja Asing akhirnya dibubarkan
pada bulan Februari 1997, dan pihak majikan diarahkan berhubung secara langsung dengan Jabatan Imigresen jika
mereka ingin mengupah pekerja asing.li

Krisis kewagan Asia Timur dan selepas
Dengan kemerosotan ekonomi semakin menjadi kenyataan, Kementerian Dalam Negeri telah mengumumkan
bahawa 400,000 pekerja dalam bidang-bidang „tidak produktif‟ akan dihantar kembali ke negara asal sebelum bulan
Ogos 1998, biarpun mereka memegang visa atau permit bekerja yang sah. lii Beberapa pekerja asing dalam bidang
perkhidmatan akan diberikan peluang untuk memasuki bidang tanaman dan pengeluaran, di mana masih terdapatnya
kekurangan pekerja. Usaha-usaha seperti ini dikatakan akan mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, dan
jumlah pekerja migran yang akan dihantar pulang dikatakan akan melebihi satu juta orang. liii Walaupun jumlah
tersebut akhirnya ditarik balik, pemenjaraan dan penghantaran kembali pekerja-pekerja asing telah berlaku tanpa
kawalan. Dalam salah satu peristiwa zalim, 545 rakyat Aceh (yang disahkan sebagai pelarian oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu) telah ditahan di beberapa kem tahanan di Melaka dan Kuala Lumpur. Mereka telah
berjuang menentang penghantaran mereka kembali ke Aceh (di mana mereka sudah pasti menemui kematian di
tangan tentera Indonesia), dan ada di antara mereka yang telah ditembak oleh polis Malaysia. Mereka akhirnya
dihantar kembali ke Aceh dalam belenggu, dan kebanyakan mereka mengalami kecederaan serius. Usaha ini telah
mendatangkan pengutukan antarabangsa, dan lebih berkaitan dengan usaha mendiamkan aktivis-aktivis politik dari
Indonesia daripada menghantar kembali pendatang tanpa izin.

Pada masa yang sama, corak serangan ke atas pendatang tanpa izin yang diikuti oleh pengampunan telah
diusahakan. Kerajaan Malaysia telah menawarkan pengampunan baru pada bulan Ogos 1998, tetapi sekali lagi,
rancangan itu dibenamkan dalam keadaan huru-hara. Pegawai-pegawai imigresen tidak mampu mendaftar jumlah
pekerja yang begitu ramai – misalnya, di Nunukan, di antara 1,000 dan 2,000 pendatang asing telah mengunjungi
pejabat imigresen yang kecil untuk memohon pasport. liv Dalam pada itu, kerajaan Indonesia dan usahawan-
usahawan swasta telah melihat peluang untuk meraih keuntungan dari keperluan pengangkutan yang dibangkitkan
oleh perjalanan pekerja-pekerja tanpa izin. Pada bulan Julai 1998, kerajaan Malaysia telah menawarkan sistem
pengangkutan laut Indonesia sebanyak RM60 seorang untuk membawa pendatang migran kembali ke Indonesia,
tetapi pihak Indonesia tersebut telah menuntut RM150.lv Pada bulan November 1998, Departemen Tenaga Kerja
Indonesia telah menubuhkan sebuah badan baru untuk mengangkut pekerja asing kembali ke Indonesia. Badan baru
tersebut terdiri daripada empat syarikat, di mana tidak satu pun mempunyai pengalaman dalam bidang pengupahan
pekerja. Apa yang menjadi jelas adalah bahawa empat syarikat tersebut akan mendapat monopoli lumayan dalam
pengangkutan pendatang-pendatang tanpa izin kembali ke Indonesia.lvi Meskipun segala usaha kerajaan Malaysia,
masih terdapatnya keperluan bagi pendatang asing dalam sektor-sektor tertentu; maka, pada bulan Oktober 1998,
Malaysia telah meningkatkan kuota bagi pekerja asing yang mahir sehingga 120,000, dan pada bulan November,
Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa Malaysia memerlukan 220,000 lagi pekerja dalam sektor
pembinaan. Pada pihak Indonesia pula, Departemen Tenaga Kerja telah berusaha untuk meningkatkan keuntungan
yang dapat diraih dari pekerja-pekerja Indonesia di luar negara.

Dengan ancaman kemerosotan ekonomi yang melanda Asia Timur pada awal tahun 2002, isu pendatang tanpa izin
sekali lagi telah memasuki kanca mata umum. Pada pertengahan tahun 2002, ia diumumkan bahawa kerajaan telah
meminda Akta Imigresen “bagi memperuntukkan hukuman yang berat terhadap kesalahan memasuki negara ini
secara tidak sah, menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin.” lvii Di bawah undang-undang baru itu, pendatang
tanpa izin yang memasuki negara ini secara tidak sah dapat didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak
melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan dikenakan sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan. Majikan yang
menggaji pendatang tanpa izin dapat didenda di antara RM10,000 dan RM50,000 bagi setiap pendatang tanpa izin
atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Lebih-lebih lagi, penghuni atau pemilik premis yang
membenarkan mana-mana pendatang tanpa izin masuk boleh didenda di antara RM5,000-RM30,000 atau dipenjara
tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pendatang tanpa izin yang dijumpai di premis
tersebut.lviii

Namun, pada bulan Ogos 2002, pihak majikan di Malaysia telah membuat aduan mengenai kekurangan tenaga
pekerja, dan terdapatnya juga ramalan bahawa harga-harga sayuran akan meningkat sebanyak 30 peratus kerana
kekurangan pekerja pertanian. lix Berhadapan dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa 500,000 pekerja
asing dalam bidang pembinaan di Malaysia merupakan pendatang tanpa izin, kerajaan Malaysia telah meluluskan
30,000 permit baru dalam dua minggu pertama bulan Ogos, iaitu hampir 2,000 permit setiap hari. Maka, terdapat
percanggahan dalam polisi ini – walaupun ingin kelihatan seperti mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan
pergantungan pada pekerja asing, realitinya adalah bahawa bidang-bidang seperti pertanian dan pembinaan hanya
dapat bergerak lancar dengan kerjasama pendatang asing itu. Percanggahan polisi itu nyata dalam kata-kata Menteri
Sumber Manusia Fong Chan Onn: “Malaysia beraspirasi untuk menjadi bebas daripada pergantungan pada pekerja-
pekerja asing, tetapi realiti sukar adalah bahawa dalam proses peralihan dari ekonomi intensif tenaga pekerja kepada
ekonomi intensif teknologi, kita memerlukan masa untuk berubahsuai.” lx

Sambil laporan-laporan telah muncul dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah antarabangsa mengenai kematian di
antara 30 dan 40 pendatang asing akibat kekurangan makanan dan minuman serta kes-kes kerogolan kanak-kanak di
kem-kem tahanan, lxi apa yang menjadi jelas adalah bahawa sambil kerajaan dan pihak berkuasa terus gagal
menangani isu ini, golongan yang merana adalah pendatang asing yang mengalami segala pencabulan hak asasi,
keadaan-keadaan bekerja yang buruk, gaji yang rendah serta taraf kehidupan yang melarat. Secara ringkas, ia dapat
dikatakan bahawa kerajaan Malaysia belum mengutarakan polisi yang cukup baik untuk menangani isu pendatang
asing. Dari masa ke semasa, usaha-usaha diambil untuk menangani masalah-masalah khusus yang dibangkitkan oleh
pekerja-pekerja asing, tetapi usaha-usaha ini seringkali bercanggah dengan satu sama lain.

Pengeksploitasian di Indonesia
Kebanyakan penerangan mengenai pengeksploitasian memberikan fokus kepada masalah-masalah yang dihadapi
oleh para pekerja di negara penerima. Namun, pentas bagi kebanyakan pencabulan hak asasi pekerja sudah bermula
di negara penghantar, malah sebelum pekerja bertolak ke negara asing. Ini biasanya melibatkan seluruh proses
pengupahan, korupse di kalangan pegawai-pegawai di negara asal, pengangkutan yang tidak selamat ke negara
penerima dan pelbagai lagi kesusahan yang lain dalam perjalanan ke negara baru. Maka, mana-mana perbincangan
mengenai isu pendatang asing perlulah bermula di negara asal sendiri. Sebelum mengkaji proses pengupahan,
beberapa nota mengenai polisi-polisi kerajaan Indonesia diperlukan.

Polisi-polisi kerajaan Indonesia terhadap pengeksportan pekerja adalah berdasarkan kepentingan-kepentingan
ekonomi, dan seringkali mengabaikan kepentingan-kepentingan sosial. Misalnya, di bawah Repelita Ke-VI,
tumpuan diberikan kepada jumlah pekerja yang akan dieksport, apakah keadaan pasaran pekerja, bagaimana migran
dapat menyumbang kepada ekonomi kebangsaan dan sebagainya. Repelita Ke-VI juga bermatlamat untuk
mengurangkan penghijrahan migran tidak mahir sehingga kosong peratus lxii – logik kerajaan di sebalik usaha ini
adalah bahawa kebanyakan kes keganasan terhadap migran Indonesia berlaku dalam sektor tidak mahir. Namun,
balasan-balasan kerajaan Indonesia dapat ditingkatkan lagi lxiii – misalnya, mereka dapat menggunakan kuasa
diplomatik untuk mendirikan hubungan-hubungan bilateral dengan negara-negara penerima untuk menjaga hak
migran. Pada masa ini, konsulat-konsulat Indonesia seringkali memberikan amaran kepada pekerja-pekerja
Indonesia di luar negara agar jangan menjadi sebahagian daripada pertubuhan-pertubuhan pekerja atau badan-badan
sokongan.

Walaupun perbezaan di antara pendatang „sah‟ dan pendatang „tanpa izin‟ kelihatan sangat jelas, realitinya adalah
begitu berbeza. Kebanyakan pengupah, biarpun syarikat yang besar atau kecil, bergantung kepada rangkaian
hubungan di tahap perkampungan, dan orang tengah yang sama dapat membekalkan pekerja kepada syarikat-
syarikat sah dan tidak sah pada masa yang sama. Kebanyakan agensi pengupahan didaftarkan di Indonesia sebagai
syarikat-syarikat (persero terbatas atau PT). Terdapatnya tiga jenis syarikat seperti itu. Yang pertama adalah
syarikat-syarikat yang mempunyai lesen beroperasi dari Departemen Tenaga Kerja, iaitu syarikat-syarikat besar
yang mempunyai kapital yang mencukupi untuk memenuhi syarat-syarat kementerian. Walaupun syarikat-syarikat
ini mempunyai lesen, ia tidak bermakna bahawa kesemua pekerja yang mereka mengupah memasuki Malaysia
dengan sah – pegawai-pegawai syarikat biasanya tidak menunggu penghantaran dokumen-dokumen dari Malaysia
dan bersubahat dengan pegawai-pegawai imigresen di Indonesia dan Malaysia untuk menghantar pekerja dengan
secepat mungkin. Demi mengalahkan persaingan, syarikat-syarikat seperti ini biasanya memperolehi visa-visa dua
atau tiga bulan bagi para pekerja dan bukannya visa bekerja yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia.

Kategori yang kedua terdiri daripada syarikat-syarikat kecil atau pengupah-pengupah individu, yang dinamakan calo
atau pialang – mereka ini mengupah pekerja bagi syarikat-syarikat yang lebih besar. Mereka ini tidak dibenarkan
melibatkan diri dengan pengangkutan pekerja ke luar negara, kerana mereka tidak memenuhi keperluan-keperluan
kapital di bawah akta tahun 1994. Kategori terakhir, dan kategori yang terbesar, terdiri daripada syarikat-syarikat
yang tidak mempunyai kaitan dengan pengupah berlesen atau dengan Departemen Tenaga Kerja. Walaupun
kebanyakan laporan dalam akhbar Indonesia mengenalpasti kateogori ini sebagai pihak yang paling
bertanggungjawab bagi kes-kes penipuan dan penderaan pekerja, apa yang jelas adalah bahawa pihak ini seringkali
digunakan oleh syarikat-syarikat yang lebih besar bila diperlukan.

Pada masa yang sama, korupse mencemari seluruh proses pengupahan dan menyumbang kepada pencabulan hak-
hak asasi. Satu bentuk korupse ini adalah cukai-cukai tidak sah pada migran sebagai ganti bagi permit yang
diperlukan. Misalnya, satu dokumen yang diperlukan untuk mendapat pasport adalah kad pengenalan atau Kartu
Tanda Penduduk (KTP). Perdagangan KTP ini telah membunga dalam beberapa tahun yang lalu di tempat-tempat
bertolak seperti Pontianak, di mana pegawai-pegawai di pejabat imigrasi tempatan akan (bagi sedikit duit)
mengatakan bahawa seseorang datangnya dari kawasan itu, walaupun dia mungkin datangnya dari daerah yang
lain.lxiv Di samping ini, perlibatan pegawai-pegawai kerajaan dan pihak polis dalam menghantar pendatang tanpa
izin merupakan perkara biasa.lxv

Disebabkan kebutaan pihak berkuasa di Malaysia dan Indonesia kepada isu-isu seperti ini, tidak menghairankanlah
bahawa kemalangan-kemalangan sewaktu mengangkut pekerja migran merupakan kejadian yang sering berlaku.
Misalnya, pada 20hb Julai 1993, 47 pekerja tanpa izin telah mati lemas di perairan Morib, Selangor, apabila kapal
yang mereka menggunakan karam. Ia dianggarkan bahawa 500 pendatang tanpa izin telah meninggal dunia di Selat
Melaka di antara tahun 1990 dan 1995 dalam usaha memasuki Malaysia. lxvi Seramai 40 pendatang asing lain telah
mati lemas dalam perjalanan di antara Sumatera dan Malaysia pada 27hb Julai 1997, apabila kapal yang mereka
menaiki berlanggar dengan sebuah kapal tanki di Selat Melaka. Kapal tersebut dikatakan tidak mempunyai lampu
dan telah bertolak pada waktu malam untuk mengelakkan perhatian pihak berkuasa. lxvii Sejauh mana pegawai-
pegawai Indonesia dan Malaysia meraih keuntungan dari pengeksportan pekerja migran, mereka adalah
bertanggungjawab bagi kematian-kematian ini.

Malasah-masalah yang dihadapi oleh pekerja asing di Malaysia
Kebanyakan sektor ekonomi Malaysia yang bergantung kepada pekerja-pekerja asing juga bergantung kepada
tenaga pekerja kontrak. Secara ringkas, tenaga pekerja kontrak adalah sistem di mana pihak majikan mengupah
seorang kontraktor tenaga pekerja dan memberikan segala tanggungjawab bagi mengupah pekerja kepada kontraktor
tersebut, dan bukannya mengupah pekerja tersebut secara langsung. lxviii Pihak majikan membayar kontraktor, dan
kontraktor tersebut membayar para pekerja, biasanya tanpa pengetahuan pihak majikan itu sendiri. Sebenarnya,
kebanyakan pekerja kontrak tidak mempunyai apa-apa kontrak bertulis, tidak menikmati apa-apa ganjaran, dan
bekerja di bawah keadaan-keadaan yang salah di sisi undang-undang Malaysia, apatah lagi di sisi taraf
antarabangsa. lxix Bagi pihak majikan, sistem ini memudahkan usaha mereka kerana memberikan tanggungjawab
kepada orang lain, sambil mereka dapat mengurangkan kos gaji. Bagi pihak kontraktor, sistem tersebut sangatlah
lumayan kerana mereka berurusan secara langsung dengan para pekerja dan dapat mengambil sebahagian daripada
gaji mereka.

Bagi para pekerja, walaupun ia bermakna bahawa mereka dapat mencari atau mengubah pekerjaan dengan mudah
dan tanpa masalah birokratik, ia juga bermakna bahawa mereka seringkali tertakluk kepada kepentingan-
kepentingan luar. Tanpa mengira jika pekerja itu adalah pekerja sah atau tanpa izin, mereka biasanya mempunyai
hutang yang besar dengan pihak kontraktor, dan kadang-kala dipaksa bekerja untuk membayar hutang tersebut.
Pihak kontraktor pula dapat memeras pekerja tanpa izin dengan mengancam melaporkan pekerja itu kepada pihak
berkuasa jika tidak membayar hutang. Ini hanyalah satu daripada masalah yang dihadapi oleh pekerja kontrak;
masalah-masalah lain akan dibincangkan di bawah, tetapi secara asasnya, ia merangkumi penyimpanan surat
perjalanan oleh pihak kontraktor untuk memastikan yang para pekerja tidak melarikan diri, pengambilan sebahagian
daripada gaji pekerja oleh kontraktor, kegagalan memberikan sumbangan bagi pihak pekerja kepada rancangan
keselamatan sosial Malaysia, dan sebagainya. Menurut Jabatan Pekerja, di antara tahun 1992 dan bulan Jun 1996,
pendatang dari Indonesia telah membuat 30 aduan mengenai gaji yang belum dibayar dan 28 lagi aduan berkenaan
dengan pemecatan.lxx Jumlah aduan yang sangat rendah berbanding dengan jumlah pendatang asing dari Indonesia
menunjukkan kesusahan yang dihadapi oleh pendatang asing, terutamanya apabila berhadapan dengan pihak
berkuasa.lxxi

Biarlah kita mengkaji beberapa daripada masalah-masalah ini secara terperinci, bermula dengan isu gaji. Secara
umumnya, pekerja asing menerima gaji yang lebih rendah daripada pekerja tempatan, walaupun mereka sepatutnya
mendapat gaji yang sama bagi pekerjaan yang sama jika mereka diupah secara sah. Di kalangan pekerja migran,
pekerja kontrak biasanya menerima gaji yang lebih tinggi sedikit daripada pekerja yang diupah secara langsung,
kerana mereka biasanya tidak menerima sebarang ganjaran. Tidak terdapatnya undang-undang gaji minimum di
Malaysia; Akta Pekerjaan (yang hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia) meletakkan beberapa taraf
minimum, seperti hak mengambil cuti sakit dan hari bekerja lapan jam. Jika terdapatnya gaji umum bagi sesuatu
sektor, ia biasanya telah dimenangi melalui rundingan kolektif oleh sebuah kesatuan pekerja dan bukannya melalui
sistem perundangan.lxxii Meskipun itu, hanya beberapa pekerja kontrak dan pekerja asing merupakan ahli kesatuan
pekerja. lxxiii Lebih-lebih lagi, walaupun Departemen Tenaga Kerja di Indonesia menjanjikan gaji minimum bagi
pekerja-pekerja Indonesia, ia sebenarnya tidak mempunyai kuasa ke atas gaji yang diterima oleh pekerja. lxxiv
Misalnya, akhbar The Sun telah melaporkan pada 7hb Julai 1996 bahawa pekerja asing di kilang G. Tek Elektronics
di Kawasan Perindustrian Prai telah menerima gaji sebanyak RM300, iaitu RM130 kurang daripada gaji seorang
pekerja tempatan.lxxv

Para pekerja asing juga seringkali menjadi mangsa kepada keadaan-keadaan bekerja yang melarat – jumlah
kematian dari kemalangan kawasan pembinaan yang rasmi bagi Januari sehingga September 1995 dikatakan adalah
26 orang, tetapi jumlah ini sudah pasti lebih tinggi kerana pihak majikan seringkali menyembunyikan apa-apa
kejadian agar mereka tidak didakwa melanggar Akta Gantirugi Pekerja. lxxvi Akta ini memerlukan pihak majikan
memastikan yang para pekerja mereka mempunyai insurans bekerja. Maka, jika pihak majikan melaporkan apa-apa
kemalangan yang melibatkan pekerja tanpa izin atau pekerja tanpa insurans, mereka dapat didenda atau dipenjarakan
di bawah Akta Gantirugi Pekerja, Akta Kesihatan dan Keselamatan Bekerja atau Akta Kawalan Pekerja Asing.

Secara rasmi, pekerja asing yang sah dibenarkan menjadi ahli kesatuan pekerja, tetapi sebenarnya ini bukanlah
pilihan yang terbuka kepada mereka (para pekerja tanpa izin tidak dibenarkan menjadi ahli kesatuan pekerja sama
sekali). lxxvii Salah satu kebaikan sistem kontrak bagi pihak majikan adalah bahawa persoalan keahlian dalam
kesatuan pekerja jarang sekali timbul, kerana pihak kontraktor mempunyai kuasa ke atas para pekerja dari segi
rundingan gaji, keadaan-keadaan bekerja dan sebagainya. Akta Kesatuan Pekerja Malaysia (yang diamalkan di
seluruh Malaysia, dan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia) membenarkan pekerja asing menjadi ahli-ahli
kesatuan pekerja, selagi mereka tidak menjadi pegawai dalam kesatuan-kesatuan pekerja tersebut. Sebenarnya, tidak
ramai pekerja asing menjadi ahli kesatuan pekerja, kerana gabungan beberapa sebab. lxxviii Usaha-usaha kerajaan
telah melemahkan kesatuan-kesatuan pekerja Malaysia; misalnya beberapa kesatuan pekerja utama seperti Kesatuan
Pekerja Ladang Kebangsaan telah melihat jumlah ahli mereka merosot dalam beberapa tahun yang lalu. lxxix Pada
tahun 1997, ia dianggarkan bahawa hanya lima peratus daripada keahlian kesatuan pekerja di Malaysia terdiri
daripada pekerja kontrak, dan jumlah pekerja asing sudah pasti kurang daripada perangkaan tersebut. lxxx

Dari segi sejarah, kesatuan-kesatuan pekerja Malaysia seringkali melihat pekerja migran sebagai pesaing dengan
pekerja-pekerja tempatan, terutama sekali kerana pekerja asing sanggup menerima gaji yang lebih rendah daripada
yang dituntut oleh kesatuan-kesatuan pekerja.lxxxi Walaupun sikap-sikap tradisional ini masih berleluasa, gerakan
kesatuan pekerja telah mula mengubah langkah dalam beberapa tahun yang lalu. Misalnya, pada tahun 1997,
presiden MTUC, Zainal Rampak telah mengutarakan isu pengeksploitasian pekerja asing setelah dua pekerja dari
Indonesia meninggal dunia selepas kemalangan di tapak pembinaan, tetapi Menteri Sumber Manusia Lim Ah Lek
menafikan rungutan Zainal sebagai usaha kesatuan-kesatuan pekerja untuk mendapat lebih ramai ahli yang
membayar yuran. Malah, Lim Ah Leck telah mengatakan bahawa pekerja asing tidak patut menjadi ahli kesatuan
pekerja kerana hanya berada di Malaysia buat sementara waktu. lxxxii

Pengeksploitasian pekerja perempuan
Pekerja perempuan asing di Malaysia, yang biasanya menjadi pembantu rumah atau bekerja dalam sektor
perkhidmatan, menghadapi pengeksploitasian yang lebih mendalam daripada pekerja-pekerja lain. Misalnya, badan-
badan bukan kerajaan di Indonesia telah melaporkan pelbagai penderaan pekerja-pekerja perempuan di
Malaysia, lxxxiii dan satu laporan telah mengatakan bahawa kadar kematian dan pembunuhan diri di kalangan
pembantu rumah Indonesia di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kadar biasa. Menurut Solidaritas Perempuan,
sebuah kumpulan sokongan bagi pekerja perempuan migran, kes-kes yang melibati kaum perempuan di antara tahun
1991 dan 1997 termasuklah keganasan, kematian dan kecederaan. Keperluan bagi pembantu rumah telah meningkat
dengam mendadak pada tahun 1990-an, sambil lebih ramai perempuan dari kelas menengah mencari pekerjaan dan
memerlukan orang untuk menjaga anak mereka. Ia dianggarkan bahawa jumlah pekerja perempuan yang diberikan
permit untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah meningkat dari 585 rakyat Indonesia pada tahun 1991 sehingga
39,112 pada tahun 1992, 57,563 pada tahun 1996 dan lebih kurang 90,000 pada tahun 1997. lxxxiv

Para pekerja perempuan ini biasanya menetap di rumah pihak majikan, dan ini bermakna bahawa mereka terpulau
dari para pekerja lain dan seringkali tidak mempunyai saksi dalam kes-kes gangguan seksual.lxxxv Jurang di antara
masa bekerja dan masa rehat sangatlah kabur, dan kebanyakan pekerja perempuan ini bekerja untuk lebih daripada
15 jam setiap hari. Pembantu-pembantu rumah juga seringkali diabaikan oleh perundangan pekerja dan polisi-polisi
kerajaan yang direka untuk menjaga keselamatan para pekerja.lxxxvi Tuntutan bagi pekerja perempuan dari Indonesia
sedikit sebanyak dikuasai oleh sikap rakyat Malaysia terhadap pembantu rumah dari negara-negara lain. Pembantu
rumah dari Indonesia dahulunya kurang diinginkan berbanding dengan pembantu rumah dari Filipina, kerana
mereka dikatakan tidak memahami Bahasa Inggeris dan mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah. Tetapi
selepas hukuman mati ke atas seorang pembantu rumah dari Filipina bernama Flor Contemplacion di Singapura,
pada tahun 1995, tuntutan bagi pembantu rumah dari Indonesia meningkat kerana ia dikatakan bahawa pekerja
perempuan dari Filipina terlalu sedar diri.

Masalah yang biasanya dihadapi oleh pembantu rumah dari Indonesia di Malaysia adalah penafian gaji dan
pemaksaan menyediakan masakan haram bagi pihak majikan Cina. lxxxvii Laporan-laporan mengenai usikan seksual
dan penderaan fizikal seringkali disiarkan dalam media massa Indonesia, dan beberapa kes juga dilaporkan kepada
konsul Indonesia. Serupa dengan itu, Kesatuan Kebajikan Pekerja Indonesia (PKAI) di Kuala Lumpur telah
menerima 212 aduan di antara bulan Februari 1994 dan September 1995. Walaupun kebanyakan aduan yang dibuat
dengan PKAI melibatkan kegagalan membayar gaji, masalah-masalah yang dihadapi pekerja asing sebenarnya lebih
mendalam lagi – misalnya laporan-laporan PKAI mengenalpasti beberapa pekerja perempuan yang tidak dibayar
gaji selama lebih setahun, dipaksa bekerja selama 16 atau 17 jam sehari, rampasan pasport oleh pihak majikan dan
sebagainya.

Peningkatan dalam tuntutan bagi pembantu rumah dari Indonesia telah berlaku seiringan dengan peningkatan dalam
pengeksportan haram perempuan bagi tujuan pelacuran. Terdapatnya dua corak kepada pengeksportan ini. lxxxviii
Yang pertama melibatkan pengupahan perempuan bagi tujuan pelacuran secara langsung oleh ejen-ejen di
Indonesia. Yang kedua melibatkan perempuan yang diupah menjadi pembantu rumah tetapi kemudiannya dipaksa
ke dalam gejala pelacuran oleh ejen-ejen di Malaysia. Perempuan yang dibawa masuk ke Malaysia melalui corak
pertama biasanya mendapati diri mereka terkurung di hotel-hotel di pantai timur Sabah. Misalnya, pada tahun 1992,
sembilan perempuan yang berusia di antara 16 dan 22 tahun dijumpai dikurung di Hotel Tawau, di mana mereka
dipaksa bekerja sebagai pelacur. Selama dua bulan, mereka tidak diberikan makanan jika mereka enggan
melacurkan diri, dan kesusahan mereka hanya berakhir apabila dua daripada mereka berjaya menjumpai konsul
Indonesia.lxxxix

Namun, pekerja perempuan biasanya diletakkan dalam tangan ejen-ejen Malaysia, yang menentukan tempat bekerja
mereka, iaitu biasanya pelacuran paksa atau pekerjaan di kelab malam bagi kebanyakan perempuan tanpa izin.
Misalnya, satu kes yang mendapat paparan umum di Indonesia merupakan kes dua belas perempuan muda yang
dipaksa melacur di Cheras, berdekatan dengan Kuala Lumpur. Mereka hanya diberikan nasi dan garam sebagai
makanan dan didera jika enggan mengikut arahan pihak majikan. Perempuan itu hanya dijumpai selepas salah
seorang daripada mereka melompat dari tingkap pada tingkat kedua dan melarikan diri ke balai polis. xc Kes ini
menunjukkan bagaimana perempuan migran dapat menjadi mangsa kepada ejen-ejen, tetapi ia juga memberikan
petanda akan sikap kedutaan Indonesia di Malaysia. Selepas dua belas perempuan itu diselamatkan, kedutaan
Indonesia enggan menerima mereka walaupun mereka tidak mempunyai duit mahupun tempat tinggal. Mereka
akhirnya dibiayai oleh PKAI, yang juga membayar tambang mereka untuk kembali ke Indonesia. Pada bulan Januari
1995, kedutaan tersebut telah melepaskan kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa kedutaan tersebut telah
menghantar dua belas perempuan itu kembali ke Indonesia dan bahawa pihak majikan mereka telah dipenjarakan
selama tiga tahun. Sebenarnya, pihak majikan tersebut tidak pernah dihadapkan dengan makhamah, dan apabila
PKAI telah mencuba membetulkan kesilapan-kesilapan kedutaan Indonesia, mereka dituduh dengan menegangkan
hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. xci

Serbuan dan kem-kem tahanan
Di bawah Akta Imigresen Malaysia, seorang migran dapat ditahan, dipenjarakan dan dihantar kembali ke negara asal
jika melanggar mana-mana syarat yang terkandung dalam akta tersebut. Di samping itu, sesiapa yang dijangkiti
wabak penyakit, pelacur serta keluarga migran juga tertakluk kepada syarat-syarat yang sama. Akta tersebut
membenarkan pegawai-pegawai imigresen untuk menahan dan melakukan operasi tanpa waran dan untuk menahan
sesiapa selama 30 hari sehingga keputusan berkenaan dengan masa depan migran tersebut diambil. Beban bukti
jatuhnya pada bahu migran, iaitu, pendatang asing perlulah menunjukkan bahawa mereka berada di Malaysia
dengan sah; beban ini bukannya jatuh pada bahu pegawai-pegawai imigresen. Di samping denda-denda yang besar,
akta tersebut telah dipinda pada tahun 1993 untuk membenarkan pihak berkuasa mengenakan cukai kompaun bagi
migran yang telah melakukan lebih dari satu kesalahan di bawah Akta Imigresen – hasilnya merupakan punca
pendapatan yang sangat besar bagi Jabatan Imigresen. Misalnya, di antara bulan Mac 1993 dan Mac 1994, jabatan
itu telah meraih RM11.5 juta dalam denda, bukan sahaja dari migran sendiri, tetapi juga dari individu-individu yang
didapati merumahkan migran.xcii

Perubahan nyata dalam polisi kerajaan telah berlaku dengan permulaan Ops Nyah I dan Ops Nyah II pada tahun
1992. Pasukan utama yang terlibat dalam Ops Nyah II merupakan Pasukan Polis Hutan (PPH), iaitu sebuah pasukan
yang ditubuhkan oleh pihak British semasa zaman penjajahan. Bermula pada 1hb Julai 1992, empat batalion PPH
yang baru digerakkan di Semenanjung Malaysia untuk menahan pendatang tanpa izin, dan PPH juga telah menjadi
unit utama dalam Pasukan Bertugas Khas, yang ditubuhkan pada tahun 1994 untuk mengurus penahanan pendatang
tanpa izin di seluruh Malaysia. Di Sabah, siri operasi-operasi yang dikenali sebagai Ops Badang telah dimulakan
pada tahun 1995 untuk menahan pendatang tanpa izin, dan menjelang bulan September pada tahun itu, operasi
ketujuh telah digerakkan di Kota Kinabalu. Pada 22hb September, Pasukan Bertugas Khas, PPH, tentera laut,
pegawai imigrasi, Rela, polis tempatan dan beberapa badan yang lain telah menahan lebih 1,000 pendatang asing
yang disyaki memasuki negara tanpa izin. xciii

Walaupun keganasan tidak dilaporkan dalam serbuan-serbuan seperti ini, ia bukanlah kes bahawa keganasan tidak
pernah berlaku. Misalnya, pada tahun 1998, empat orang askar dari Batalion Ke-11 Rejimen Di-Raja Melayu
dihadapkan dengan makhamah kerana menyerang dan membunuh seorang rakyat Indonesia di Teluk Rumania,
Johor Baharu. Menurut laporan-laporan akhbar, askar itu telah menyerang dan memukul Latisu Paribok semasa
serbuan di Teluk Rumania, dan Latisu telah meninggal dunia di balai polis. Sembilan lagi pendatang asing dan
seorang warganegara Malaysia juga dibawa ke hospital selepas dijatuhkan dan dipukul oleh askar tersebut. xciv
Namun, aduan yang paling kerap dibuat adalah bahawa pendatang-pendatang sah seringkali ditahan oleh pihak
berkuasa, terutamanya sekali kerana pihak majikan mereka yang memegang pasport mereka atau kerana perubahan-
perubahan polisi bermakna bahawa mereka tidak pasti akan syarat-syarat pada sesuatu masa tertentu.xcv

Jika disabit bersalah, seorang migran dapat dihantar ke kem-kem tahanan untuk menunggu hantaran kembali ke
negara asal. Keadaan-keadaan di pusat-usat tahanan imigresen telah mendapat perhatian antarabangsa pada bulan
Ogos dan September 1995 selepas Tenaganita, iaitu sebuah badan bukan kerajaan, telah menyiarkan kenyataan
akhbar bertajuk, “Penderaan, Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja-Pekerja
Migran di Pusat-Pusat Tahanan.” xcvi Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez, pada mulanya dituduh dengan
memfitnah oleh Kementerian Dalam Negeri, dan akhirnya ditahan kerana “laporan yang salah.” Pada masa laporan
Tenaganita tersebut dikeluarkan, ia dipercayai bahawa terdapatnya lebih daripada 9,000 pendatang tanpa izin yang
ditahan di kem-kem tahan di merata negara, dan kebanyakan mereka dikatakan berasal dari Indonesia. Terdapatnya
sembilan kem tahanan atau pusat tahanan imigrasi di Semenanjung Malaysia, serta sekurang-kurangnya lapan lagi
kem di Sabah dan Sarawak.xcvii Di salah satu kem tahanan yang paling besar, di Semenyih, Negeri Sembilan, lebih
daripada 47,000 orang banduan telah dipenjarakan dan dilepaskan di antara bulan Januari 1992 dan Julai 1995
sehaja.xcviii Pada tahun 1995, dua wartawan dari The Sun Magazine telah melaporkan bahawa terdapatnya 1,634 di
kem tahanan Semenyih.xcix

Sehingga tahun 1994, kem-kem ini jatuh di bawah pengurusan PPH, tetapi selepas laporan dalam sebuah akhbar
tempatan yang mendedahkan gejala korupse dan pengurusan yang kurang baik di kem Semenyih, PPH digantikan
oleh Jabatan Imigresen. Di bawah PPH, lebih kurang 80 banduan dilepaskan setiap hari dari Semenyih, tetapi di
bawah Jabatan Imigresen, jumlah banduan yang dilepaskan setiap hari merosot sehingga empat orang. Ini bermakna
bahawa kem tersebut telah menjadi sesak, sambil serbuan-serbuan pihak berkuasa telah membawa lebih ramai lagi
pendatang asing untuk dipenjarakan. c Di samping itu, ia telah menjadi biasa bagi kebanyakan pendatang asing di
kem-kem tahanan untuk berada di kem-kem tersebut di antara lima bulan dan setahun.

Biarlah kita mengkaji laporan Tenaganita yang disebutkan di atas untuk melihat keadaan-keadaan yang dihadapi
oleh pekerja-pekerja asing di kem-kem tahanan. Berdasarkan temuramah dengan lebih 300 orang bekas banduan di
kem tahanan, memorandum Tenaganita tersebut telah memetik kesalahan-kesalahan khusus di kem Semenyih, yang
terletak di luar Negeri Sembilan. Laporan tersebut telah menotakan bahawa lebih empat puluh orang banduan telah
meninggal dunia di kem tersenut akibat penyeksaan dan penyakit-penyakit yang mudah dicegah seperti cirit-birit
dan beri-beri (bekas Menteri Dalam Negeri Megat Junid telah mengaku di Parlimen bahawa 46 orang banduan telah
meninggal dunia di kem-kem tahanan, termasuk 42 orang di Semenyih ci). Pada bulan Ogos 1995, seorang wartawan
dari The Sun yang telah berkunjung ke kem tahanan di Semenyih telah menerbitkan rencana yang mengatakan
bahawa statistik di kem tersebut telah menunjukkan bahawa 59 orang banduan telah meninggal dunia di kem itu
sendiri. Dalam temuramah dengan pihak berkuasa di kem tersebut, statistik tersebut tidak dinafikan. Laporan-
laporan lain juga telah mengesahkan bukti yang terkandung dalam memorandum Tenaganita tersebut. Di antara
keadaan-keadaan yang dilaporkan dalam laporan Tenaganita adalah:
      Selepas ketibaan di kem tahanan, kesemua migran diarah menanggalkan baju dan diperiksa untuk duit dan
          barangan berharga seperti jam tangan. Kebanyakan migran mengadu bahawa mereka tidak menerima resit
          pengakuan dan tidak menerima semula duit mereka apabila mereka dilepaskan.
      Terdapatnya tujuh blok di kem Semenyih. Ia dianggarkan bahawa setiap blok dapat dipenuhi oleh 400
          migran. Namun, hanya terdapatnya tiga tandas dan satu tempat mandi bagi 400 orang. Menurut banduan-
          banduan yang diterumah, mereka hanya dibenarkan mandi sekali setiap empat hari atau mengikut kesukaan
          pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi, keadaan tandas yang tidak bersih menjadikannya lebih mudah bagi
          penyebaran wabak penyakit.
      Pekerja migran hanya diberikan dua gelas air kecil setiap hari. Jika mereka meminta air yang lebih banyak,
          mereka dipukul atau dipaksa berdiri di bawah matahari selama beberapa jam. Bagi makanan tengahari dan
          malam, mereka mendapat sedikit nasi, dengan sedikit sayuran dan sekeping ikan kecil, atau satu ikan yang
          dikongsi bersama oleh dua puluh migran.
      Oleh kerana kekurangan makanan dan air, majoriti daripada banduan telah mengalami penyahhidratan dan
          malnutrisi. Ramai daripada mereka mengalami beri-beri, gastritis dan luka perut, odema, kesakitan tulang,
          pelbagai masalah kulit dan cirit-birit. Malah, migran tersebut tidak diberikan rawatan perubatan, dan hanya
          dibawa ke Hospital Kajang apabila berada dalam keadaan tenat atau sudah meninggal dunia.
      Air dan kain bersih diberikan kepada kaum perempuan yang memenuhi kehendak seksual pihak berkuasa.

Laporan-laporan ini telah disahkan oleh kajian-kajian yang lain sejak tahun 1995. Misalnya, pada tahun 2002,
akhbar-akhbar di Filipina telah melaporkan kematian lebih 10 warganegara Filipina di kem tahanan Menggatal, di
Sabah. Ia dilaporkan bahawa migran-migran ini meninggal dunia akibat kekurangan makanan dan minuman. Di
samping itu, beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pendatang-pendatang asing juga mengalami
kesusahan semasa dihantar kembali ke negara asal. Menurut statistik kerajaan, 23,961 pekerja Indonesia dihantar
kembali dari Malaysia pada tahun 1997, iaitu 62.8 peratus daripada jumlahnya. cii Di antara laporan-laporan yang
paling menjijikkan adalah bahawa pegawai-pegawai imigresen seringkali menggunakan jongkang atau sampan
untuk menghantar pekerja-pekerja asing kembali ke Indonesia, sambil menyimpan duit tambang bagi diri mereka
sendiri.ciii Terdapatnya juga laporan bahawa seorang perempuan yang hamil dengan anaknya yang pertama dibawa
ke pelabuhan Tawau di atas trak dengan banduan-banduan yang lain. Dia telah mendapat kontraksi rahim semasa di
atas trak, dan telah melahirkan anak yang kemudiannya meninggal dunia. civ Malah, selepas tiba di Indonesia,
kehidupan bekas migran itu tidak menjadi lebih senang. Misalnya, akhbar Straits Times telah melaporkan kisah
seorang perempuan di Nunukan yang telah menjual anaknya agar dia dapat kembali ke kampungnya. Rencana yang
sama juga melaporkan bahawa kini terdapatnya lebih kurang 80,000 rakyat Indonesia yang dihantar kembali dari
Indonesia yang berada di sekitar Nunukan. cv

Propaganda kerajaan
Idea bahawa pekerja-pekerja migran adalah bertanggungjawab bagi segala masalah sosial dalam masyarakat adalah
isu antarabangsa, terutamanya kerana propaganda kerajaan-kerajaan yang ingin mencari orang untuk disalahkan.
Maka, tidak menghairankanlah bahawa pekerja-pekerja migran seringkali dilihat sebagai kelas bawahan dalam
masyarakat yang lebih kaya, dan seringkali menjadi mangsa kepada propaganda kerajaan yang menyatakan bahawa
mereka merupakan punca segala gejala sosial.cvi Di samping kes-kes jenayah, pendatang asing juga disalahkan bagi
pelbagai lagi gejala buruk dalam masyarakat. Misalnya, pada tahun 1995, Menteri Perpaduan Kebangsaan dan
Kemajuan Masyarakat dilaporkan mengatakan bahawa 80 peratus daripada peminta sedekah merupakan pendatang
asing,cvii walaupun tidak terdapatnya bukti bahawa ini adalah benar. Ini bukanlah sama dengan mengatakan bahawa
pekerja migran tidak terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti jenayah, tetapi persepsi bahawa migran adalah
punca utama sesuatu masalah sosial lebih terikat dengan propaganda daripada realiti. Biarlah kita mengkaji isu
jenayah untuk memahami apa yang dimaksudkan.

Kaitan di antara jenayah dan migran di Malaysia telah menjadi berleluasa semasa kemerosotan ekonomi pada
pertengahan tahun 1980-an. Namun, maklumat yang disebarkan di kalangan masyarakat oleh kerajaan seringkali
tidaklah jelas. Rajah-rajah yang menunjukkan peningkatan dalam jumlah jenayah yang dilakukan oleh pendatang
dari Indonesia gagal untuk mengambil kira jumlah jenayah yang dilakukan di Malaysia secara menyeluruh,
misalnya. Jumlah jenayah yang dilakukan oleh warganegara Indonesia seperti yang digunakan oleh rencana-rencana
kerajaan, tidak memberikan apa-apa pemahaman mendalam mengenai isu jenayah; sebaliknya, usaha-usaha seperti
ini hanya mengukuhkan perasaan anti-imigran. Bekas Menteri Dalam Negeri Megat Junid pernah berkata bahawa
rakyat Indonesia melakukan 1.2 peratus daripada kesemua jenayah di Malaysia, yang dia mengatakan adalah tinggi
berbanding dengan penduduk migran dari negara-negara lain. Walaubagaimanapun, dia telah mengatakan benda
yang sama sepuluh tahun sebelum itu, lalu menjadikan maklumat tersebut sesuatu yang patut dipersoalkan.cviii

Pendatang asing, terutamanya pendatang tanpa izin, juga seringkali menjadi mangsa jenayah, tetapi ini sedikit
sebanyaknya tidak dilaporkan oleh media massa. Keengganan pendatang asing untuk melaporkan jenayah juga
menjadikan mereka sasaran bagi pihak polis korupse. Lebih-lebih lagi, jenis-jenis jenayah yang biasa dialami oleh
pendatang asing seperti usikan seksual, pemaksaan bekerja, dan penafian gaji, adalah jenayah di sisi undang-undang
Malaysia. Tetapi ketidak-hadiran apa-apa jaminan keselamatan, seperti keselamatan dari dakwaan imigesen bagi
mereka yang ingin membuat dakwaan, bermakna bahawa kebanyakan jenayah terhadap pendatang asing tidak
dilaporkan mahupun dihukum. Lebih-lebih lagi, hukuman mati, terutamanya hukaman mati mandatori bagi jenayah-
jenayah tertentu, sudah lama dikutuk oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia. Sehingga ini, tiga imigran
Indonesia telah dihukum mati di Malaysia, iaitu Ramli Kechik pada tahun 1986, Basri Masse pada tahun 1990 dan
Karno Marzuki pada tahun 1992. Seperti yang telah dikatakan di atas, kes Basri telah menjadi isu hangat di
Indonesia kerana pelbagai kerumitan dalam kes tersebut.

Migrasi dan kapitalisme
Kebebasan manusia untuk bergerak dengan bebas dari satu kawasan ke kawasan yang lain bagi sebab-sebab
ekonomi, politik atau sosio-budaya merupakan sebahagian besar daripada sejarah manusia. Tetapi kebebasan itu
telah dihadkan pada masa-masa moden dengan pendirian sempadan-sempadan politik dan negara-negara yang
meluluskan undang-undang imigrasi untuk mengawal migrasi antara sempadan. Namun, undang-undang ini
seringkali tidak memadai bagi aliran migrasi antarabangsa. Dalam tiga dekad yang lalu, migrasi tenaga pekerja di
seluruh dunia telah berkembang dengan pesat. cix Di bawah undang-undang seperti yang telah dititikberatkan di atas,
golongan yang ditindas bukan sahaja kelas pekerja dari negara penghantar, bahkan juga kelas pekerja di negara
penerima.

Dari segi ini, konsep penindasan adalah konsep yang penting bagi pemahaman Marxsis mengenai sejarah dan
masyarakat moden. Ia merujuk kepada diskriminasi secara sistematik oleh satu kumpulan sosial terhadap kumpulan
sosial yang lain berdasarkan ciri-ciri yang diwarisi seperti warna kulit dan jantina atau ciri-ciri yang dipupuk dari
segi sosial seperti kepercayaan agama dan orientasi seksual. Walau apapun sebab-sebabnya, kelas-kelas pemerintah
telah melancarkan penindasan terhadap kumpulan-kumpulan tertentu untuk memastikan pembahagian dan
pemisahan di kalangan mereka yang diperintah. Sekian lama, kumpulan-kumpulan tertentu telah mengalami
penindasan disebabkan bangsa atau kaum atau negara asal mereka. Corak penindasan ini memang jelas kelihatan di
bawah diskriminasi yang dialami oleh pendatang-pendatang asing di Malaysia.

Di sebalik segala retorik mengenai imigrasi, sistem pengeksploitasian dan ketidak-samarataan sedunia merupakan
dasar yang memaksa manusia meninggalkan negara-negara asal mereka, biarpun sebagai pelarian atau imigran.
Sebab-sebab utama bagi migrasi dari Indonesia sebenarnya adalah serupa dengan kebanyakan negara membangun
yang lain. Kekurangan peluang pekerjaan memaksa golongan menganggur untuk mencari pekerjaan di luar negara.
Pembangunan bergabung dan tidak sama rata juga adalah faktor penting. Sambil beberapa sektor ekonomi
Indonesia, seperti sektor infrastruktur dan pengeluaran, sedang berkembang dengen pesat, sektor pertanian telah
diabaikan.cx Kebanyakan rakyat di luar bandar tidak menerima pendidikan yang baik, dan apabila mereka berhijrah
ke bandar, latihan pertanian mereka menjadi tidak berguna. Ini memaksa mereka mencari pekerjaan di luar negara.

Dari segi ini, ia adalah penting untuk bahawa majoriti imigrasi berlaku di dalam negara asal dan di antara negara-
negara Dunia Ketiga. Meskipun fakta bahawa majoriti penduduk dunia hidup dalam kemiskinan, hanya 2.5 peratus
daripada umat manusia kini menetap di luar negara asal mereka. Faktor asas yang menjadi pra-syarat bagi
kewujudan imigrasi adalah tuntutan ekonomi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara di
Eropah, serta negara-negara membangun seperti Malaysia dan Singapura. Negara-negara seperti ini bukanlah
menerima imigrasi secara pasif, tetapi sedang menciptakan keadaan-keadaan yang memaksa imigrasi.

Biarpun secara bersejarah atau pada masa mutakhir, imigrasi adalah faktor yang penting bagi ekonomi-ekonomi
kapitalis. Fungsi utama migrasi adalah untuk membekalkan sesuatu ekonomi dengan tenaga pekerja khusus yang
murah. Semasa zaman pertubuhan dan kadar pengangguran yang rendah, pekerja-pekerja asing digunakan untuk
mengekalkan kadar gaji yang rendah. Semasa zaman kemerosotan pula, para pekerja ini dijadikan mangsa bagi
segala keburukan masyarakat. Polisi imigrasi sesebuah kerajaan sebenarnya ditentukan oleh keperluan-keperluan
kapitalis yang sememangnya tidak mempunyai kaitan dengan keperimanusiaan. Walaupun kebanyakan kerajaan
barat dan beberapa negara membangun mencuba menghadkan jumlah pendatang asing, sistem kapitalis sedunia
memastikan yang masih terdapatnya keperluan bagi tenaga pekerja asing. Mungkin ia kelihatan seperti terdapatnya
percanggahan di antara polisi sempadan yang ditutup dalam satu tangan dan tuntutan bagi tenaga pekerja murah
dalam tangan sebelah. Dalam realiti, oleh kerana sempadan yang ditutup adalah pra-syarat bagi pencabulan hak
imigran yang berjaya melintasi sempadan tersebut, maka ia tidak menghairankanlah bahawa golongan yang
merangkul keuntungan dari keadaan ini adalah kelas kapitalis dan kelas pemerintah, sambil mereka yang merana
adalah kelas pekerja.

Para pekerja yang cukup „bernasib baik‟ untuk menjual tenaga pekerja mereka di negara lain biasanya bekerja dalam
sektor-sektor khas di bawah keadaan-keadaan yang melarat. Mereka biasanya bekerja di ladang-ladang, kilang-
kilang kain, elektronik dan makanan, serta kilang-kilang yang diusahakan oleh perusahaan-perusahaan
multinasional. Apabila sesebuah negara dilanda krisis ekonomi, merekalah yang merupakan golongan pertama untuk
dipecat. Kesatuan-kesatuan pekerja pula tidak mengenali mereka sebagai sebahagian daripada kelas yang patut
dipertahankan oleh mereka. Walaupun merupakan sebahagian penting daripada kuasa tenaga pekerja, hak-hak asasi
mereka dicabuli demi perlanjutan sistem kapitalis.

Maka, apa yang jelas adalah bahawa keselamatan pendatang asing tidak dapat bergantung pada polisi-polisi
imigresen sahaja. Walau apapun langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menghadkan kemasukan
pendatang tanpa izin, perbezaan taraf gaji di antara Malaysia dan negara-negara jirannya akan memastikan aliran
pendatang tanpa izin berterusan. Walaupun ia mungkin benar bahawa terdapatnya lebih banyak jaminan
keselamatan bagi pekerja migran dengan status „sah‟ berbanding dengan pendatang tanpa izin, ini bukanlah sentiasa
kes-nya dalam realiti. Mendaftar dengan kerajaan biasanya adalah lebih mahal dan dapat mengambil masa yang
lama, dan bagi kebanyakan rakyat Indonesia yang miskin, ia biasanya adalah lebih mudah dan murah untuk
mengelakkan segala birokrasi Departemen Tenaga Kerja.

Meskipun kesusahan-kesusahan seperti ini, pekerja migran di kebanyakan negara telah bermula mengambil
bahagian secara radikal dalam gerakan-gerakan pekerja. Para pekerja migran di Hong Kong telah memulakan
tindakan militan untuk menghalang pemotongan gaji. Pekerja-pekerja migran di sempadan Amerika Syarikat-
Meksiko telah beratur untuk berjuang demi hak-hak mereka. Para pekerja asing di London telah bersatu dengan
kelas pekerja tempatan untuk menentang pemecetan tidak adil dan pemotongan gaji. Dalam setiap contoh ini, apa
yang menjadi tulang belakang kepada aktivisme baru di kalangan pekerja migran adalah sokongan dari kelas pekerja
tempatan. Di Malaysia, masalah utama adalah pembahagian di antara perjuangan pekerja migran dan aktivisme
pekerja tempatan. Masalah kedua pula adalah jurang di antara aktivisme pekerja di Malaysia dan gerakan pekerja di
negara-negara jiran.

Berhadapan dengan ini, sebuah gerakan bersatu – yang menggabungkan unsur-unsur kelas pekerja di Malaysia dan
Indonesia, tanpa mengira jika pekerja tersebut adalah pendatang tanpa izin atau tidak – hanya sebuah gerakan seperti
inilah yang dapat mencapai hak-hak asasi bagi mereka yang dieksploitasi di bawah sistem kapitalis. Seperti yang
dijelaskan di atas, polisi sempadan yang ditutup bersamaan dengan undang-undang yang berdiskriminasi terhadap
pendatang-pendatang asing sangatlah baik bagi pihak kapitalis. Di bawah keadaan seperti ini, mereka dapat meraih
keuntungan yang paling besar dari pekerja imigran dan pada masa yang sama menggunakan mereka untuk memeras
pekerja tempatan dan mengekalkan taraf gaji yang rendah.

Gerakan pekerja mesti memahami bahawa ia bukanlah pekerja imigran yang bertanggungjawab bagi penghapusan
pekerjaan dan peningkatan kadar pengangguran, mahupun kemerosotan dalam taraf kehidupan. Segala gejala ini
sebenarnya disebabkan oleh sifat parasitik sistem kapitalisme. Perjuangan kita untuk mengakhiri pengeksploitasian
mestilah memeluk saudara-saudari kita dari seberang sempadan. Ini hanya akan dicapai jika kita berjuang demi hak-
hak asasi pendatang asing dan pembukaan sempadan, yang sentiasa menjadi sebahagian daripada hati perjuangan
sosialis antarabangsa. Bagi pihak sosialis, matlamat kita adalah untuk menghancurkan pembahagian dan pemisahan
yang semakin dihuraikan dengan ungkapan-ungkapan seperti „pendatang tanpa izin‟ dan „tidak sah.‟ Ini hanya dapat
dilakukan dengan menghancurkan penindasan yang mengakibatkan isu pendatang asing menunjukkan batang
hidung. Ini sudah pasti bermakna memberi sokongan kepada kaum-kaum yang ditindas, tetapi kita juga perlu
memahami bahawa konsep „pendatang tanpa izin‟ adalah cara zalim untuk membahagikan penduduk sesebuah
negara dengan kelas pekerja di negara yang lain. Realitinya adalah bahawa pembahagian kelas pekerja mengikut
bangsa, biarpun di antara rakyat Indonesia dengan Malaysia, atau kaum Cina dengan kaum Melayu, dan sebagainya,
hanya menyembunyikan persamaan-persamaan yang dapat menyatukan kelas pekerja. Dan ini hanya dapat
dilakukan jika sistem kapitalis yang melahirkan pembahagian tersebut ditumbangkan, dan ditumbangkan oleh usaha
kolektif kelas pekerja.

Biarlah kita berakhir dengan kata-kata Vladimir Lenin: “Kesedaran kelas pekerja hanya dapat menjadi kesedaran
politik yang tulin jika para pekerja dilatih untuk memberi tentangan kepada setiap kes kezaliman pemerintah,
penindasan, keganasan dan kekerasan, tanpa mengira kelas mana yang diakibatkan – hanya jika mereka dilatih,
lebih-lebih lagi, untuk memberi tentangan dari pandangan demokrasi sosial [iaitu, sosialis revolusioner] dan
bukannya pandangan yang lain.”cxi Maka, bagi pihak sosialis, tidak terdapatnya perbezaan jika kumpulan-kumpulan
tertentu ditindas kerana bahasa, agama, kewarganegaraan atau suku kaum mereka. Dalam setiap kes, tanggungjawab
kita adalah untuk mempertahankan mereka yang ditindas dan menunjukkan perpaduan dengan mereka.

Nota
Rencana ini telah menggabungkan beberapa sumber akhbar serantau. Jakarta Post, Tempo, Kompas, Straits Times,
Sinar Pagi, Cenderawasih Pos, Suara Pembaruan, Suara Kaltim, Republika dan Merdeka diterbitkan di Indonesia.
The Sun, The Sun Magazine, The Star, The Sunday Star, Utusan Malaysia, Business Times dan New Straits Times
diterbitkan di Semenanjung Malaysia. Daily Express dan Borneo Post diterbitkan di Sabah. The Phillipine Daily
Inquirer diterbitkan di Filipina.
i
     Lihat Jakarta Post, 3hb Mac 2000.
ii
 Dari Pejabat Migrasi Antarabangsa, “IOM Menakuti Peningkatan Mendadak Dalam Migran Tanpa Izin di Asia
Tenggara Yang Dilanda Krisis,” 8hb Jun 1998.
iii
      Kajian Penduduk Sementara, Jabatan Ketua Menteri, Kota Kinabalu (1988).
iv
 Lihat juga K. S. Jomo dan V. Kanapathy, „Economic Liberalization and Labour in Malaysia: Efficiency and
Equity Considerations in Public Policy Reform,‟ kertas yang dihantar kepada ILO, Bangkok (1996).


v
 Lihat J. Esplanada, “Peningkatan pendatang haram Filipina di Sabah,‟ Philippine Daily Inquirer, 30hb Oktober,
1999. Lihat juga The Sun, 23hb September 1996.

vi
      The Star, 16hb Disember 1995.
vii
  A. Kassim, „In Search of Greener Pastures: Malaysian Illegal Workers in Japan,‟ dalam H. Komai (penyunting),
Overview of Emigrant Workers to Japan in Developing Countries, Jepun, Universiti Tsukuba (1993), muka surat
163-183.
viii
   Kepentingan pengeksportan tenaga pekerja bagi ekonomi Indonesia ditunjukkan oleh Rancangan Repelita Ke-
enam (1995-1999), di mana ia diramalkan bahawa 1.25 juta pekerja migran akan dihantar ke luar negara. Jika
rancangan ini tidak tergendala oleh krisis ekonomi pada tahun 1997-1998, seramai empat juta penduduk Indonesia
akan berada di luar negara dengan cukai pendapatan sebanyak AS$8.5 bilion bagi ekonomi Indonesia.
ix
  Untuk kajian mengenai migrasi di antara Filipina dan negeri Sabah, lihat M. Salleh, „Konflik perkauman di Sabah:
Isu bumiputera dan pendatang asing dari perspektif sosialis,‟ di laman web Suara Sosialisme Malaysia,
http://arts.anu.edu.au/suara
x
 G. J. Hugo, „Migrasi tenaga pekerja antarabangsa dan keluarga: Beberapa pemerhatian di Indonesia,‟ Asian and
Pacific Migration Journal, Jilid 4, Nombor 2-3, muka surat 273-301.
xi
      Sebaliknya, aliran tenaga pekerja Indonesia ke Malaysia, secara umumnya, terdiri daripada pekerja lelaki.
xii
  Lihat „Tekanan Emigrasi dan Perubahan Struktur: Kajian Kes Indonesia,‟ ILO, International Labour Migration
From Indonesia, Bab 3, http://www.ilo.org/public/english/protection/migrant/papers/emindo/ch3.htm
xiii
   Misalnya, lihat Daily Express, 29hb September 1999, muka surat 1; Borneo Post, 12hb November 1999; dan N.
N. Samah dan W. N. Wan Chik, „Keputusan Likas dibatal - Mahkamah dapati wujud pengundi hantu pada pemilihan
1999,‟ Utusan Malaysia, 9hb Jun 2001. http://members.tripod.com/skypin/politik/pol153.html. Untuk penerangan
lebih lanjut, lihat M. Salleh, seperti nota 6.
xiv
       Lihat „RM$10 untuk kad pengenalan palsu,‟ The Borneo Post, 18hb Ogos, 1999.
xv
 Lihat P. Pillai, People on the Move: An Overview of Recent Immigration and Emmigration in Malaysia, Institut
Kajian Strategik dan Antarabangsa (1992), Kuala Lumpur.
xvi
    Dari G. J. Hugo, „Tenaga Pekerja Indonesia Memandang Ke Luar Negara,‟ Universiti Adelaide,
http://www.migrationinformation.org/Profiles/display.cfm?ID=53
xvii
   Lihat juga E. Spaan, „Taikong and calo: Peranan orang tengah dan broker dalam migrasi antarabangsa Jawa,‟
International Migration Review, Jilid 28, Nombor 1, muka surat 93-113.
xviii
    Lihat C. P. Lim, Industrial Development: Introduction to the Malaysian Industrial Masterplan, Penerbit
Pelanduk (1987), Petaling Jaya.
xix
  J. Nagayam, „Penyerapan Pekerja Migran di Malaysia,‟ Asia and Pacific Migration Journal, Jilid 1, Nombor 3
dan 4 (1992), muka surat 485.
xx
  Misalnya, lihat F. R. Dorall, „Pekerja asing di Malaysia: Isu-isu dan kesan-kesan migrasi ekonomi tanpa izin
mutakhir dari dunia Malayu,‟ dalam The Trade in Domestic Helpers, Kuala Lumpur, PDC (1989), muka surat 287-
316.
xxi
  G. J. Hugo, “Migrasi Tenaga Pekerja Indonesia ke Malaysia: Aliran dan Kesan-Kesan Polisi,” Southeast Asian
Journal of Social Science, Jilid 21, Nombor 1 (1993).
xxii
        „Ditandatangani, Persetujuan Tenaga Kerja dan Lintas Batas RI-Malaysia,‟ Kompas, 13hb Mei 1984.
xxiii
        „Mengamankan Pendatang Haram,‟ Tempo, 23hb Mac 1985.
xxiv
        „Derita Para Pendatang Haram,‟ Tempo, 24hb Januari 1987.
xxv
        Lihat Kompas, 11hb Jun 1984.
xxvi
        Lihat G. J. Hugo, seperti nota 7.
xxvii
         „Jangan Bicara Kepada Wartawan,‟ Tempo, 20hb Julai 1985.
xxviii
         Tempo, 16hb Julai 1988.
xxix
         „Berkah dan Masalah,‟ Tempo, 25hb Januari 1989.
xxx
        „Setelah Eksekusi di Dini Hari,‟ Tempo, 27hb Januari 1990.
xxxi
         „Pekerja Indonesia Berlumba Mengejar Tarikh Akhir KL,‟ Jakarta Post, 25hb Jun 1992.
xxxii
   Misalnya, lihat A. Kassim, „Pekerja Imigran di Malaysia: Isu, Masalah dan Harapan,‟ dalam B. H. Lee dan S.
Oorjitham (penyunting), Malaysia and Singapore: Experiences in Industrialisation and Urban Development, Fakulti
Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya (1993), muka surat 124-162. Lihat juga M. Z. Zain, „Polisi-Polisi Awam
Yang Menguasai Pekerja Migran di Malaysia,‟ kertas yang disiarkan semasa Bengkel Antara Negara ILO Mengenai
Pekerja-Pekerja Migran Dalam Industri Tanaman, 12hb-16hb November 1991, Kuala Lumpur.
xxxiii
         „Ribuan TKI Tertipu di Malaysia,‟ Kompas, 3hb September 1992.
xxxiv
         Lihat Straits Times, 26hb Oktober 1990.
xxxv
         „200,000 TKI Ilegal Dicari-cari dan Ditangkap Polisi Berwenang di Malaysia,‟ Sinar Pagi, 21hb Mei 1993.
xxxvi
         „Data AIDS Malaysia Mengejutkan Akan Dikaji Semula,‟ Jakarta Post, 29hb Julai 1992.
xxxvii
          „Mulai Juli, Pengiriman TKI Ke Malaysia Ditingkatkan,‟ Kompas, 26hb Jun 1992.
xxxviii
          „Meledak, Permintaan TKI Dari Malaysia,‟ Kompas, 21hb Mei 1993.
xxxix
         „Tak Sekadar Sambal Belacan,‟ Kompas, 23hb September 1993.
xl
      „Januari 94 Depnaker Tetapkan Prosedur Pengirim TKI ke LN,‟ Kompas, 23hb November 1993.
xli
       „RI Mencari Pasaran Eksport Baru Bagi Pekerja,‟ Jakarta Post, 29hb Julai 1994.
xlii
        „Utang Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia,‟ Cenderawasih Pos, 25hb Januari 1996.
xliii
        The Star, 24hb Mac 1996.
xliv
        The Sunday Star. 15hb September 1996.
xlv
        The Sun, 21hb Oktober 1996.
xlvi
        Straits Times, 19hb Disember 1996.
xlvii
         Business Times, 7hb Januari 1997.
xlviii
         Kompas, 9hb November 1997.
xlix
        Kompas, 12hb Ogos 1997.
l
     „Jeruk Habis, Ribuan Tenaga Kerja Ke Sarawak,‟ Kompas, 16hb September 1997.
li
     Straits Times, 19hb Disember 1996.
lii
       Utusan Malaysia, 13hb November 1997.
liii
       „Tukar Pekerjaan Atau Kembali Ke Negara Asal, Pekerja Asing Diberitahu,‟ The Star, 9hb Januari 1998.
liv
       Suara Pembaruan, 16hb November 1998.
lv
       Suara Pembaruan, 13hb Julai 1998.
lvi
       Suara Pembaruan, 12hb November 1998.
lvii
        Dari http://www.kdn.gov.my/bm/aktaimm.htm
lviii
        „Indonesia Menentang Undang-Undang Imigrasi Malaysia Yang Baru,‟ Associated Press, 26hb Ogos, 2002.
lix
       Jakarta Post, 23hb Ogos 2002.
lx
   Seperti nota 59. Lihat juga Migration News, Malaysia/Indonesia, September 2002, Jilid 9, Nombor 9,
http://migration.ucdavis.edu/mn/sep_2002-17.html
lxi
       Channel NewsAsia, 8hb Ogos 2002.
lxii
  Lihat Departemen Tenaga Kerja, Republic of Indonesia, 1998. Strategi Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Ke
Luar Negeri, Departemen Tenaga Kerja, Jakarta.
lxiii
  Lihat R. Adi, Migrasi Internasional Tenaga Kerja di Indonesia: Harapan dan Kenyataan, Pusat Penelitian Unika
Atmajaya (1995), Jakarta.
lxiv
        „KTP Tembak Hantui Pembuatan Pasport,‟ Akcaya, 16hb Ogos 1997.
lxv
        Lihat Tempo, 23hb Mei 1992.
lxvi
        „TKI Menyeberang Selat Malaka Lewat Pelayaran Ilegal,‟ Suara Pembaruan, 2hb Mei 1995.
lxvii
         Kompas, 28hb Julai 1997.
lxviii
    Lihat juga R. Adi, Beberapa aspek tenaga kerja kontrak internasional: Studi kasus di Indonesia, Pusat
Penelitian Unika Atmajaya (1986), Jakarta.
lxix
        Seperti nota 68.
lxx
  Dari rajah-rajah dalam W. Salleh, „Bengkel Mengenai Pekerja Asing Di Malaysia.‟ Kertas yang disiarkan semasa
bengkel pekerja asing di Malaysia yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya, 23hb Oktober
1996.
lxxi
  Lihat juga R. Devi, „Jon and Labour Contracting in Peninsular Malaysia: A Study of Selected Private Plantations,
Land Development Schemes and Construction Sites,‟ Latihan Ilmiah, Institut Pengajian Tinggi (1986), Unversiti
Malaya.
lxxii
     Lihat Parti Sosialis Malaysia, Kajian dan Sudut Pandangan, Tenaga Pekerja (Labour), Bab 2,
http://www.geocities.com/CapitolHill/Parliament/4990/chpt2_1.html
lxxiii
         Lihat Suara Pembaruan, 13hb Februari 1995.
lxxiv
         „Naik, Upah TKI di Malaysia dan Singapura,‟ Republika, 8hb Ogos 1995.
lxxv
        The Sun, 7hbJulai 1996.
lxxvi
         New Straits Times, 22hb September 1995.
lxxvii
   Lihat A. Dass, Beyond Repair – Reflections of a Malaysian Trade Unionist, Pusat Sumber Asia Monitor (1991),
Hong Kong.
lxxviii
          Parti Sosialis Malaysia, seperti nota 72.
lxxix
         Seperti nota 78.
lxxx
   A. Navamukundan, „Tenaga Pekerja Kontrak di Ladang-Ladang Malaysia,‟ kertas yang dihantar kepada ILO
semasa Seminar Rantau Asia-Pasifik bagi pertubuhan-pertubuhan kesan sekerja mengenai Pekerja Kontrak, New
Delhi, 21-25 April 1997.
lxxxi
   K. S. Jomo dan P. Todd, Trade Unions and the State in Peninsular Malaysia, Penerbitan Universiti Oxford
(1994), Kuala Lumpur.
lxxxii
          New Straits Times, 19hb Februari 1997.
lxxxiii
     Lihat juga C. Tharan, „Pembantu rumah Filipina di Malaysia,‟ dalam Trade in Domestic Helpers: Causes,
Mechanisms and Consequences, Kuala Lumpur, APDC (1989), muka surat 272-286, dan J. S. Samuel, „Pembantu-
pembantu rumah perempuan Filipina di Malaysia: Satu kajian kes di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya,‟
Latihan Ilmiah, Pengajian Asia Tenggara (1987/1988), Universiti Malaya. Lihat juga P. S. Lau, „Pembantu rumah
Filipina di Lembah Kelang,‟ Latihan Ilmiah, Jabatan Antropolgi dan Sosiologi (1993/1994), Universiti Malaya.
lxxxiv
          G. J. Hugo, seperti nota 10.
lxxxv
    Lihat M. Tobing, M. Hartiningsih, A. M. Dewabrata dan W. Krastawan, Perjalanan nasib TKI-TKW: Antara
rantai kemiskinan dan nasib perempuan, PT Gramedia (1990), Jakarta.
lxxxvi
   N. Heyzer, G. L. A. Nijeholt dan N. Weerakoon (penyunting), The Trade in Domestic Workers: Causes,
Mechanisms and Consequences of International Migration, Pusat Pembangunan Asia dan Pasifik (1994), Kuala
Lumpur.
lxxxvii
           Lihat „Yang Untung Calo, Yang Melarat TKI,‟ Akcaya, 23hb Oktober 1997.
lxxxviii
           Lihat Human Rights Watch, A Modern Form of Slavery, New York.
lxxxix
          Lihat Kaltim, 21hb Disember 1992.
xc
      Lihat Merdeka, 23hb Disember 1994.
xci
       Suara Pembaruan, 4hb Januari 1995.
xcii
        Daily Express, 24hb September 1995.
xciii
        Borneo Post, 23hb September 1995.
xciv
        Utusan Express, 7hb Jun 1997.
xcv
        Lihat Suara Kaltim, 19hb Januari 1995.
xcvi
   Tenaganita, Kenyataan akhbar, „Penderaan, Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap
Pekerja-Pekerja Migran di Pusat-Pusat Tahanan,‟ 27hb Julai 1995, Kuala Lumpur.
xcvii
         Lihat Parti Sosialis Malaysia, seperti nota 72.
xcviii
         Seperti nota 97.
xcix
        S. Gan dan E. Papachan, The Sun Magazine, „Shattered Dreams,‟ 20hb Ogos 1995, muka surat 6.
c
     Utusan Malaysia, 18hb Februari 1998.
ci
      The Sun, 30hb Julai 1995.
cii
       Utusan Malaysia, 19hb Februari 1998.
ciii
       Suara Kaltim, 10hb Ogos, 1995.
civ
       Seperti nota 103.
cv
  „Ibu-ibu yang Dideportasi Menjual Bayinya untuk Biaya Pulang ke Kampung Halaman,‟ Straits Times, 3hb
September 2002.
cvi
  Misalnya, lihat A. Kassim, „The Unwelcome Guests: Indonesia Immigrants and Malaysian Public Responses,‟
Journal of Southeast Asian Studies, Pusat Kajian Asia Tenggara, Universiti Kyoto, Jepun, Jilid 25, Nombor 2,
September 1987, muka surat 265-278.
cvii
        The Star, 17hb Februari 1996).
cviii
        Lihat Tempo, 24hb Januari 1987 dan Forum Keadilan, 8hb Jun 1995.
cix
       Seperti nota 1.
cx
  Perkara yang serupa sebenarnya juga dapat dilihat di Malaysia, di mana pengabaian sektor pertanian telah
menyebabkan migrasi penduduk luar bandar ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan
Johor Baharu.
cxi
       V. I. Lenin, „Apakah yang dapat dilakukan?‟ Selected Works, Jilid 1 (Moskow, 1975), muka surat 145.

								
To top