eKSA Kastam Di Raja Malaysia Negeri Terengganu by gzn12524

VIEWS: 0 PAGES: 43

									SISTEM e-KSA


  Versi 2.0




      1
                        Senarai Kandungan


NO                          PERKARA         MUKASURAT
1    PENGENALAN                                 3
2    RINGKASAN PROSES KERJA VERSI 1             4
3    RINGKASAN PROSES KERJA VERSI 2             6
4    MENU BAHAGIAN PENGURUSAN                   8
5    BAHAGIAN PENGURUSAN e-KSA                  9
6    TAMBAH ADMIN                              10
7    TAMBAH CALON                              11
8    BANK SOALAN                               12
9    PAPAR SOALAN                              14
10   BORANG MASUKKAN SOALAN OBJEKTIF           15
11   BORANG MASUKKAN SOALAN SUBJEKTIF          16
12   BINA SET SOALAN OBJEKTIF                  18
13   BINA SET SOALAN SUBJEKTIF                 20
14   PEPERIKSAAN                               22
15   PEPERIKSAAN BULANAN                       23
16   PEPERIKSAAN KHAS                          24
17   SEMAKAN KEHADIRAN                         25
18   TAMBAH NOTA                               26
19   TETAPAN                                   27
20   ARKIB SOALAN                              28
21   KATA LALUAN                               30
22   MENU PENGGUNA : Login                     31
23   PEPERIKSAAN                               32
24   PEPERIKSAAN e-KSA 2008                    33
25   SOALAN                                    34
26   SEMAK                                     35
27   HANTAR                                    36
28   SPESIFIKASI KOMPUTER                      37




                                  2
e-KSA Kastam Di Raja Malaysia
Pengenalan
Sistem eKSA KDRM merupakan sebuah sistem peperiksaan
online    yang   dibangunkan      atas       ilham   Pengarah     KDRM
Terengganu Tuan Haji Salleh Md Said. Sistem ini bertujuan
untuk menguji pengetahuan kakitangan KDRM mengenai
bidang tugas mereka secara khasnya dan maklumat terkini
KDRM secara amnya. Dengan adanya e-KSA, peperiksaan
dapat dilakukan dengan kerap, dan secara tidak langsung,
dapat     memastikan    kakitangan       KDRM        sentiasa    prihatin
terhadap perkembangan terkini.


Sistem ini meliputi soalan objektif dan subjektif. Walau
bagaimanapun, fasa pertama sistem ini hanyalah meliputi
bahagian     objektif   sahaja.       Fasa    ini    bertujuan    untuk
membantu pihak KDRM memperjelaskan keperluan mereka
terhadap sistem peperiksaan online. Oleh yang demikian,
eKSA Fasa 1 merupakan asas kepada sebuah sistem eKSA
yang lebih besar dan lengkap.


Fasa 1 meliputi modul pangkalan data soalan, memilih
soalan untuk membina set peperiksaan, memilih calon yang
akan terlibat dengan peperiksaan, menyemak markah calon,
arkib soalan, info peperiksaan serta pendaftaran pengurus
sistem.


                                  3
Ringkasan Proses Kerja Fasa 1


Sebelum sesuatu peperiksaan boleh dijalankan, proses
pertama yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:


  1) mendaftarkan        pengurus           sistem   untuk      mentadbir
     modul-modul tertentu
  2) memasukkan data soalan ke dalam sistem
  3) mendaftarkan        nama   kakitangan           ke    dalam     sistem
     maklumat kakitangan di dalam eNAMPAK.


Setelah sistem mempunyai soalan-soalan yang mencukupi,
pihak   KDRM       boleh     membina          set    peperiksaan.      Set
peperiksaan merupakan satu koleksi soalan yang telah
ditetapkan tarikh serta peratus markah untuk lulus. Soalan-
soalan ini perlu dipilih setiap kali pihak KDRM ingin
menjalankan    peperiksaan.         Proses      yang      terlibat   adalah
seperti berikut:


  1) membina       set     soalan       –    pengurus       sistem    akan
     menentukan tarikh peperiksaan, tempoh menjawab,
     peratus kelulusan serta tempat peperiksaan.




                                    4
2) Memilih soalan – memilih soalan yang diperlukan
  daripada    pangkalan     data   mengikut        jumlah    yang
  diperlukan.


3) Mengesahkan set soalan – set yang telah pasti akan
  digunakan perlu disahkan untuk mendapatkan nombor
  siri peperiksaan.


4) Memilih calon peperiksaan – pegawai latihan akan
  memilih    calon-calon    yang   akan    terlibat   di    dalam
  peperiksaan.   Masa      peperiksaan    setiap    calon    akan
  ditentukan di sini. Angka giliran akan dijana oleh
  sistem.


5) Mencetak senarai calon yang terlibat.




                             5
Setelah senarai calon diedarkan, calon perlu menjawab
peperiksaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Berikut adalah proses menjawab peperiksaan :


  1) login ke dalam sistem menggunakan nombor kad
    pengenalan
  2) sekiranya calon telah bersedia, sistem akan memulakan
    pemasa dan memaparkan soalan peperiksaan secara
    rawak. Susunan soalan adalah berbeza untuk setiap
    calon.
  3) Setelah calon habis menjawab, mereka perlu klik
    butang HANTAR dan sistem akan merekod jawapan
    mereka. Calon yang telah menghantar jawapan tidak
    boleh    lagi   menyemak       dan   membetulkan   jawapan
    mereka.


Di bahagian pengurusan pula, pihak pentadbir boleh melihat
senarai   calon     yang   telah     menjawab     peperiksaan.
Berdasarkan permintaan pihak KDRM Terengganu semasa
kajian sistem, pihak pentadbir perlu melakukan semakan
jawapan sebelum markah boleh diperolehi. Oleh itu, pihak
pentadbir perlu menyemak markah setiap calon yang telah
menjawab peperiksaan, dan jika disahkan, markah akan
dikira oleh sistem. Setelah markah dikira, senarai markah
boleh dicetak oleh pihak pengurusan.


                               6
Seterusnya, setelah tarikh peperiksaan telah lepas, set
soalan ini akan dimasukkan ke dalam Arkib Soalan. Tujuan
arkib soalan ini adalah untuk membolehkan calon membuat
ulangkaji.

Ringkasan Proses Kerja Versi 2


No                                Perkara


1    Set   soalan   boleh   digunakan   berulangkali   dalam   beberapa
     peperiksaan.


2    Peperiksaan boleh dijalankan beberapa hari.


3    Daftar Calon - Pendaftaran kakitangan Kastam ke dalam sistem
     berdasarkan stesen dan negeri untuk menduduki peperiksaan.


4    Peperiksaan Objektif dan Subjektif.


5    Kemasukan soalan – memasukkan soalan ke dalam bank soalan.


6    Kemaskini soalan – memaparkan dan mengemaskini soalan.


7    Bina Set Soalan – membina set soalan untuk digunakan
     berulangkali di dalam peperiksaan berlainan.




                                   7
8    Set Peperiksaan – menentukan peperiksaan bulanan atau khas,
     tarikh mula dan tamat peperiksaan, negeri yang terlibat, markah
     lulus, nama atau no siri peperiksaan serta memilih set soalan
     yang akan digunakan.


9    Pilih calon – untuk peperiksaan khas, calon-calon boleh dipilih
     daripada senarai kakitangan yang ada di dalam pangkalan data.


10   Jawab Peperiksaan – calon akan login ke dalam lobi peperiksaan.
     Sekiranya peperiksaan telah tamat tempoh menjawab, maka
     markah untuk percubaan pertama dikira sebagai 0. percubaan
     seterusnya dianggap sebagai latihan.


11   Semak Kehadiran - pengiraan markah objektif dilakukan secara
     automatik oleh sistem. Calon boleh mendapat markah sebaik
     sahaja selesai menjawab. Untuk subjektif pula, markah akan
     dikira berdasarkan markah yang diberi pemeriksa.


12   Arkib soalan - memaparkan senarai peperiksaan lalu, dan slide
     perbincangan soalan-soalan peperiksaan eKSA yang telah lepas.


13   Nota - admin boleh memuatnaik nota untuk rujukan kakitangan
     Kastam menghadapi peperiksaan eKSA disamping meningkatkan
     pengetahuan dalam bidang tugas.


14   Tambah Admin - admin boleh dipilih dari kalangan kakitangan
     untuk membantu menguruskan peperiksaan berdasarkan skop
     tugas yang diberikan.



                                 8
15   Tukar Katalaluan - admin boleh menukar sendiri katalaluan.


16   Semakan Markah – admin boleh membuat semakan markah
     percubaan      pertama    kakitangan       yang   telah    menjawab
     peperiksaan.


17   Cetakan   -    cetakan   senarai   calon   berdasarkan    stesen(bagi
     peperiksaan khas), serta cetakan keputusan peperiksaan secara
     keseluruhan atau berdasarkan stesen.




                                    9
MENU BAHAGIAN PENGURUSAN




MUKA DEPAN

  1. Log   masuk    e-KSA     untuk   calon    hanya    perlu
    memasukkan No. K/P dan kata laluan.
  2. Log masuk e-KSA untuk admin perlu memasukkan ID
    admin dan kata laluan.
  3. Di bahagian atas sistem ini terdapat pautan untuk ke
    Web Kastam, Utama, Nota, info Peperiksaan, manual
    dan login.
  4. Untuk login kali pertama, katalaluan baru perlu ditukar.

                             10
BAHAGIAN PENGURUSAN e-KSA.

 1. Laman   utama     ini    dapat     dilihat   setelah    admin
   memasukkan ID admin dan kata laluan yang betul.
 2. Di bahagian ini terdapat menu-menu utama iaitu
   Tambah    Admin,         Tambah     Calon,    Bank      Soalan,
   Peperiksaan,   Semakan          Kehadiran,    Tambah     Nota,
   Tetapan, Arkib Soalan dan Tukar Katalaluan.
 3. Bahagian Pengurusan hanya perlu klik pada menu-
   menu tersebut untuk masuk ke bahagian menu yang
   diperlukan. Seperti contoh sekiranya pihak pengurusan
   ingin menambah admin, ianya hanya perlu ke menu
   tambah admin dan seterusnya.




                              11
TAMBAH ADMIN

 1. Setelah Pihak pengurusan klik pada menu Tambah
   Admin, Pihak Pengurusan akan masuk ke halaman ini
   iaitu halaman Tambah Admin.


 2. Di halaman ini, Pihak Pengurusan perlu mengisi nama
   Negeri, Nama Pegawai, Login ID, Kata Laluan dan
   Fungsi untuk menambah admin.


 3. Bagi Nama Negeri dan Fungsi, Pihak Pengurusan hanya
   perlu memilih dari senarai yang telah terdapat dalam
   sistem ini.




                          12
4. Setelah   semua   diisi   Pihak   Pengurusan   perlu   klik
  Simpan. Ianya adalah untuk menyimpan semua data
  yang telah diisi tadi.


5. Butang    Reset   adalah       untuk   Pihak   Pengurusan
  mengemaskini semula data tersebut sebelum ianya
  disimpan. Butang Reset digunakan sekiranya Pihak
  Pengurusan membuat kesilapan semasa memasukkan
  data-data tersebut.




                             13
TAMBAH CALON


 1. Halaman Tambah Calon, Untuk ke halaman ini Pihak
    Pengurusan hanya perlu klik pada menu Tambah Calon
    di halaman Utama.

 2. Di dalam halaman ini Pihak Pengurusan boleh membuat
    carian calon, mendaftar calon dan juga boleh melihat
    senarai calon.

 3. Untuk membuat carian calon, Pihak pengurusan boleh
    membuat carian dengan memasukkan nama negeri dan
    memasukkan kata kunci nama.

 4. Pihak pengurusan hanya perlu memilih nama negeri
    yang terdapat dalam sistem ini. Pihak Pengurusan juga
    boleh membuat carian untuk semua negeri dengan
    memilih semua.

 5. Bagi mendaftar Calon,Pihak Pengurusan perlu mengisi
    data berkaitan Calon seperti Nama Negeri, Stesen,
    Nama Penuh Pegawai, No. Kad Pengenalan Baru, No.
    Kakitangan dan Kumpulan Pegawai.

 6. Nama Negeri, Stesen dan Kumpulan Pegawai, Pihak
    Pengurusan hanya perlu memilih dari data yang
    bersesuaian yang telah terdapat dalam sistem tersebut.

 7. Untuk senarai Calon, Pihak Pengurusan boleh edit dan
    hapus data tersebut.




                           14
BANK SOALAN

 1. Bank Soalan adalah halaman untuk Pihak Pengurusan
   memaparkan soalan dan menambah soalan.
 2. Soalan terbahagi kepada 2 jenis iaitu KSA Umum dan
   KSA Perkastaman. Setiap jenis terbahagi kepada 2 iaitu
   Objektif dan Subjektif.
 3. Di halaman ini juga terdapat menu untuk Bina Set
   Soalan.




                             15
BANK SOALAN

 1. Di dalam paparan yang sama dengan Bank Soalan juga
   terdapat menu Kemaskini Soalan dan Bina Set Soalan.


 2. Menu ini adalah untuk paparan yang lebih kasar dan
   terperinci.


 3. Di dalam menu Kemaskini Soalan, Terdapat sub-sub
   menu    iaitu    Soalan   Objektif   KSA   Umum,      Soalan
   Subjektif       KSA   Umum,      Soalan    Objektif     KSA
   Perkastaman dan Soalan Subjektif KSA Perkastaman.




                              16
4. Untuk setiap sub menu tersebut, pihak pengurusan
  boleh melakukan Paparan Soalan dan Tambah Soalan.


5. Pihak Pengurusan hanya perlu klik pada Papar Soalan
  untuk   Memaparkan     Soalan   dan   sekiranya   untuk
  menambah soalan, Pihak Pengurusan hanya perlu klik
  pada butang Tambah Soalan.


6. Bagi menu Bina Set Soalan, terdapat 2 sub menu iaitu
  Set Soalan Objektif dan Set Soalan Subjektif.


7. Untuk Membina Set Soalan, Pihak Pengurusan hanya
  perlu klik pada butang Bina Soalan yang terdapat
  dalam setiap sub menu tersebut.




                          17
PAPAR SOALAN

 1. Apabila Pihak Pengurusan Klik Pada butang Papar
   soalan yang terdapat dalam sub menu kemaskini
   soalan di dalam halaman Bank Soalan maka halaman
   ini akan muncul


 2. Di dalam halaman ini membolehkan Pihak Pengurusan
   melihat   kesemua   soalan   yang   telah   dimasukkan
   mengikut kategori. Seperti contoh sekiranya Pihak
   Pengurusan Klik papar soalan pada menu Soalan
   Objektif KSA umum, maka kesemua soalan yang
   terdapat dalam menu tersebut akan dapat dilihat oleh


                          18
  Pihak Pengurusan. Ini juga sama untuk menu-menu
  yang lain.


3. Untuk memaparkan soalan tersebut, Pihak Pengurusan
  perlu memilih katakunci yang terdapat di bahagian atas
  halaman ini. Terdapat 3 katakunci dan apabila Pihak
  Pengurusan telah pilih katakunci tersebut, klik pada
  butang Papar Mengikut Katakunci.


4. Maka soalan akan dipaparkan.




                         19
BORANG MASUKKAN SOALAN OBJEKTIF

 1. Untuk ke halaman ini, Pihak Pengurusan perlulah klik
    pada butang Tambah Soalan yang terdapat dalam sub
    menu kemaskini Soalan.

 2. Halaman ini adalah untuk menambah soalan, Pihak
    Pengurusan hanya perlu kata kunci yang terdapat di
    bahagian atas. Ini adalah untuk mengklasifikasikan
    setiap soalan tersebut.

 3. Seterusnya Pihak Pengurusan boleh membina soalan
    dengan menaip soalan di dalam kotak soalan tersebut.
    Sekiranya Pihak pengurusan ingin edit tulisan dan
    sebagainya, dibahagian atas tersebut terdapat ikon-
    ikon untuk editing.

 4. Di bahagian bawah kotak soalan tersebut, Pihak
    Pengurusan perlulah mengisi pilihan jawapan. Iaitu
    sebanyak 4 pilihan jawapan.

 5. Pihak pengurusan juga perlu mengisi pilihan jawapan
    yang di bahagian pilih jawapan dengan hanya perlu klik
    pada jawapan yang betul bagi soalan tersebut.

 6. Sekiranya soalan itu sudah selesai, Pihak Pengurusan
   perlulah Klik pada butang Tambah Soalan KSA Umum.




                           20
BORANG MASUKKAN SOALAN SUBJEKTIF

 1. Apabila Pihak Pengurusan klik pada Tambah soalan di
   sub menu Kemaskini Soalan untuk bahagian Soalan
   Subjektif, maka paparan ini akan muncul.
 2. Langkah untuk bahagian ini adalah sama dengan
   bahagian   objektif.   Iaitu   memilih   kata   kunci,   dan
   mengisi soalan.




                             21
1. Paparan ini adalah dalam halaman yang sama dengan
  borang masukkan soalan subjektif.
2. Untuk bahagian ini Pihak Pengurusan hanya perlu
  mengisi katakunci jawapan bagi solan yang di atas.
3. seterusnya setelah selesai, Pihak Pengurusan perlulah
  klik pada butang Tambah soalan.




                         22
BINA SET SOALAN OBJEKTIF

  1. Untuk ke halaman ini Pihak Pengurusan hanya perlu klik pada butang Bina
     Set Soalan yang terdapat dalam sub menu Bina Soalan.
  2. Di dalam halaman ini Pihak Pengurusan perlu mengisi nama set, keterangan
     berkaitan dengan set tersebut, Jumlah soalan KSA Umum dan Jumlah Soalan
     KSA Perkastaman.
  3. Setelah semuanya diisi Pihak Pengurusan perlu klik pada butang Bina Set
     Soalan untuk membina set soalan tersebut.




                                      23
BINA SET SOALAN OBJEKTIF

1. Setelah Pihak Pengurusan Klik Bina Set Soalan, halaman ini akan dipaparkan.
2. Di halaman ini, Pihak Pengurusan akan memilih soalan- soalan yang akan diisi
   dalam set soalan tersebut.
3. Di bahagian halaman ini terdapat keterangan berkaitan dengan soalan-soalan.
   seperti jumlah soalan yang perlu diisi, Jumlah soalan yang telah dimasukkan dan
   seterusnya.
4. Untuk memilih soalan, Pihak Pengurusan perlu memilih kata kunci soalan dan klik
   pada butang Papar Mengikut Katakunci.
5. Setelah soalan dipaparkan, Pihak pengurusan pilih soalan dengan tick pada
   soalan yang dikehendaki di bahagian kanan soalan iaitu bahagian pilih soalan.
6. Setelah semua soalan dimasukkan, sistem akan menyenaraikan kesemua soalan
   yang telah diisi untuk set soalan tersebut.




                                       24
BINA SET SOALAN SUBJEKTIF

  1. Untuk membina set soalan subjektif, Pihak Pengurusan hanya perlu klik pada
     butang Bina Set Soalan yang terdapat dalam sub menu Bina Set soalan iaitu
     di bahagian Set Soalan Subjektif.
  2. Setelah terdapat paparan ini, Pihak Pengurusan perlu mengisi Nama Set,
     Keterangan Set, Jumlah Soalan KSA Umum dan Jumlah Soalan KSA
     Perkastaman.
  3. Seterusnya, Klik Pada Butang Bina Set Soalan.




                                         25
1. Apabila Pihak pengurusan Klik Butang Bina Set Soalan pada halaman sebelum
   maka akan ke paparan seterusnya iaitu halaman ini.
2. Di halaman ini Pihak Pengurusan akan dapat melihat detail soalan dan arahan
   yang perlu dilakukan.
3. Untuk membina set soalan, Pihak Pengurusan perlulah memilih kata kunci
   terlebih dahulu dan klik pada butang Papar Mengikut Katakunci.
4. Soalan-soalan yang terkandung dalam katakunci akan disenarai dalam
   senarai soalan dibahagian bawah.
5. Pihak Pengurusan hanya perlu tick soalan yang hendak dimasukkan ke dalam
   set soalan tersebut di bahagian Pilih Soalan.




                                      26
PEPERIKSAAN

  1. Untuk Ke halaman ini, Pihak Pengurusan perlu klik pada menu Peperiksaan di
     halaman Utama.
  2. Di dalam halaman ini Pihak Pengurusan boleh memilih kategori Peperiksaan.
  3. Di dalam halaman ini juga terdapat senarai Peperiksaan Objektif Bulanan,
     Peperiksaan Objektif Khas dan Peperiksaan Subjektif.




                                      27
PEPERIKSAAN BULANAN

  1. Setelah Pihak Pengurusan memilih Bulanan Pada Kategori Peperiksaan maka
     halaman ini akan dipaparkan.
  2. Pihak Pengurusan perlu mengisi data-data dalam ruang kategori yang telah
     ditetapkan.
  3. Untuk Kategori Peperiksaan, Bulan/Tahun Peperiksaan dan Jenis Peperiksaan
     Pihak Pengurusan hanya perlu memilih data yang terdapat dalam sistem.
  4. Setelah lengkap diisi, Pihak Pengurusan akan Klik Pada Bina Peperiksaan.




                                       28
PEPERIKSAAN KHAS

  1. Untuk ke halaman Khas Peperiksaan, Pihak Pengurusan hanya perlu pilih khas
     pada kategori Peperiksaan.
  2. Langkah-langkah yang perlu dijalan oleh Pihak Pengurusan adalah sama
     dengan     langkah-langkah   yang   dijalankan   dalam   halaman   Peperiksaan
     Bulanan.
  3. Pihak Pengurusan perlu menentukan Jenis Peperiksaan,Penglibatan, Tarikh
     Peperiksaan dan Senarai Tempat dengan memilih pilihan yang telah terdapat
     dalam sistem tersebut.
  4. Untuk Tarikh Peperiksaan, Pihak Pengurusan hanya perlu klik pada ikon yang
     terdapat di bahagian Tarikh Peperiksaan.




                                         29
SEMAKAN KEHADIRAN

  1. Semakan Kehadiran Untuk membuat semakan dan pengesahan untuk
     Peperiksaan Objektif Bulanan, Peperiksaan Objektif Khas dan Set Peperiksaan
     Subjektif.
  2. Untuk Menyemak Bahagian Pengurusan klik pada ‘Semak’ Di bahagian kanan
     senarai.




                                     30
TAMBAH NOTA

  1. Tambah Nota, Bahagian Pengurusan hanya perlu klik pada menu Tambah
     Nota di laman utama.
  2. Di halaman ini Bahagian Pengurusan dikehendaki mengisi tajuk, tarikh,
     penulis, sinopsis dan Bahagian Pengurusan boleh memuat naik fail dalam
     bentuk pdf.




                                   31
TETAPAN

  1. Tetapan adalah halaman untuk menetapkan Nama dan Kod Negeri.
  2. Bahagian Pengurusan hanya perlu memasukkan Nama Negeri dan Kod Negeri
     (tidak lebih 5 huruf).
  3. Setelah itu klik pada butang Simpan.
  4. Untuk menetapkan Nama Stesen, masukkan maklumat Stesen iaitu nama
     stesen dan pilih Negeri yang terdapat di bawah senarai negeri.
  5. Klik pada butang simpan untuk simpan dan klik butang reset untuk reset
     semula maklumat.




                                       32
ARKIB SOALAN

  1. Apabila Pihak Pengurusan Klik pada menu Arkib soalan di menu utama
     dengan itu Pihak Pengurusan akan ke halaman ini.
  2. Di halaman ini terdapat senarai soalan-soalan yang telah dijawab.
  3. Pihak Pengurusan boleh memilih Jenis Peperiksaan yang ingin dipaparkan
     iaitu samada objektif ataupun subjektif.
  4. Sekiranya ingin memaparkan soalan, Pihak Pengurusan hanya perlu klik pada
     Papar di bahagian Slide Persembahan.




                                       33
1. Perbincangan Soalan Peperiksaan e-KSA akan dipaparkan setelah link papar
   diklik.
2. Di halaman ini soalan dan jawapan dipaparkan mengikut Kod Peperiksaan
   yang telah dipilh.




                                  34
KATA LALUAN

1. Tukar kata laluan, adalah untuk Bahagian Pengurusan menukar kata laluan.
2. Untuk menukar kata laluan Bahagian Pengurusan hanya perlu mengisi Login ID,
   Katalaluan dan ulang Katalaluan.
3. Untuk keluar dari sistem bahagian pengurusan perlulah klik pada menu KELUAR
   yang terdapat di bahagian atas halaman tersebut.




                                       35
MENU PENGGUNA




LOGIN

1. Log Masuk e-KSA pengguna hanya perlu masukkan No. KP dan katalaluan.
2. Seterusnya klik pada Log Masuk.




                                      36
PEPERIKSAAN

    1. Setelah pengguna Log Masuk ke dalam sistem, maka dengan ini pengguna
       akan boleh mengakses ke halaman seterusnya iaitu halaman peperiksaan.
    2. Halaman ini membolehkan pengguna untuk menukar kata laluan dan
       detail peperiksaan serta untuk ke menu utama.
    3. Untuk menjawab soalan peperiksaan, pengguna hanya perlu klik pada
       JAWAB.




                                    37
PEPERIKSAAN e-KSA 2008

     1. Dalam Halaman ini pengguna akan dapat melihat maklumat peribadi dan
        maklumat untuk peperiksaan yang akan diambil.
     2. Untuk mula menjawab pengguna perlu klik pada butang Mula Menjawab
        dan sekiranya pengguna hendak ke menu utama klik pada butang Kembali
        ke Lobi.




                                    38
SOALAN

    1. Setelah pengguna klik pada butang mula menjawab, maka halaman
         soalan akan dipaparkan.
    2. Dengan ini pengguna boleh menjawab soalan-soalan yang disediakan.
    3. Masa menjawab telah ditetapkan di oleh Pihak Pengurusan.
    4. Pengguna harus menjawab dalam masa yang telah ditetapkan.
    5. Masa yang ditetapkan terdapat di bahagian atas halaman tersebut.
    6. Di bahagian senarai soalan, akan disenaraikan soalan yang wajib dijawab
         oleh pengguna.
    7. Warna pada senarai soalan tersebut akan berubah sekiranya pengguna
         telah   menjawab    soalan-soalan   tersebut.   Seperti   contoh   sekiranya
         pengguna menjawab soalan nombor satu maka warna pada nombor di
         senarai soalan akan berubah dari warna hijau kepada warna jingga.
    8. Sekiranya pengguna telah selesai menjawab, maka pengguna boleh
         menyemak soalan dengan klik pada butang SEMAK di bahagian bawah
         halaman tersebut.
    9. Untuk menghantar soalan, pengguna perlu klik pada butang HANTAR.




                                       39
SEMAK

    1. Setelah pengguna klik pada Butang SEMAK, halaman senarai soalan-
        soalan yang telah dijawab oleh pengguna akan dipaparkan.
    2. Di halaman ini pengguna hanya dibenarkan untuk menyemak tanpa boleh
        mengemaskini atau sebagainya.
    3. Setelah menyemak, Pengguna harus menghantar jawapan tersebut
        dengan klik pada butang HANTAR.




                                     40
HANTAR

    1. Untuk ke halaman ini, pengguna haruslah klik butang Hantar pada
         halaman sebelumnya.
    2. Di halaman ini akan dipaparkan keputusan terhadap peperiksaan yang
         telah diambil oleh pengguna tersebut.
    3. Selain itu, halaman ini memaparkan Bil. Percubaan, Markah Pertama dan
         Markah Tertinggi pengguna.
    4. Untuk log keluar, pengguna perlulah klik pada menu Login yang terdapat
         di bahagian atas halaman tersebut.




                                       41
Keperluan Minimum



1. Pelayan

Perkakasan
Intel® Dual Core Processor
1024MB DDR2 SDRam Memory
80GB SATA HDD
Network Card
Monitor
Papan kekunci
Tetikus

Perisian
Sistem Pengoperasian : Linux / Windows Server 2003
Pelayan Web : Apache 2.0 / IIS 6.0
Lain-lain : MySql Server 4.3, Php 4.0


2. Pelanggan

Perkakasan
Intel® Dual Core Processor
512MB DDR2 SDRam Memory
80GB SATA HDD
Network Card
Monitor
Papan kekunci
Tetikus

Perisian
Sistem Pengoperasian: Windows XP
Lain-lain : Internet Explorer 6.0 (Java enable) , Firefox 2.0




                                           42
LESEN DAN JAMINAN



Jaminan


Jaminan yang diberikan untuk Sistem e-KSA ini adalah meliputi pepijat (bugs) yang
terdapat pada sistem. Jika terdapat masalah pada sistem maka kami akan
memperbetulkan kesilapan tersebut tanpa bayaran berkuatkuasa pada 1 Jun 2008
sehingga 31 Disember 2008 . Jaminan in adalah selama 6 bulan. Jika terdapat
pembetulan perlu dilaukan selepas tarikh tersebut di atas , maka pihak kami berhak
untuk mengenakan bayaran berdasarkan kerja yang dilakukan. Jika terdapat
penambahan    modul   maka    pihak   kami   berhak    untuk   mengenakan   bayaran
berdasarkan kerja yang dilakukan.


Lesen


Lesen untuk sistem e-KSA adalah hanya untuk Kastam Diraja Malaysia dan hanya
boleh diinstall pada satu server/pelayan.     Penggunaannya pula terhad untuk
kegunaan Pegawai Kastam Diraja Malaysia sahaja. Jika terdapat keperluan untuk
install di server yang berlainan , maka pihak Kastam Diraja Malaysia perlu
memaklumkan kepada pihak kami. Pihak kami berhak mengenakan bayaran jika
pihak kami perlu menginstall semula sistem tersebut.




                                        43

								
To top