Docstoc

Tugasan PTK DG 52 - Melahirkan generasi yang kreatif dan berinovasi

Document Sample
Tugasan PTK DG 52 - Melahirkan generasi yang kreatif dan berinovasi Powered By Docstoc
					                                                                     620826-07-5189

                                 RINGKASAN EKSEKUTIF


Matlamat penubuhan Institut Pendidikan Guru (IPG) ialah untuk melahirkan guru

sekolah rendah yang berkualiti. Untuk mencapai matlamat tersebut, latihan perguruan

kini   lebih   berorientasikan   kepada   proses   memperkembang,    menyubur     dan

memantapkan potensi guru pelatih dari aspek nilai, sahsiah, personaliti, ilmu keguruan

serta kemahiran pedagogi. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran yang

dibincangkan dalam tugasan ini dan penggunaan kemudahan infrastruktur dan

infostruktur terutamanya peralatan ICT secara optimum diharapkan akan dapat

membina jiwa pendidik bagi memastikan guru pelatih mendapat informasi secara

meluas, tersebar dan menggunakannya untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi

seterusnya akan meningkatkan kualiti guru keluaran IPG. Saya penuh yakin bahawa,

hanya guru yang kreatif dan inovatif yang akan dapat melahirkan generasi pelajar yang

kreatif dan berinovasi seterusnya akan memacu dan melonjakkan negara ke arah

ekonomi berpendapatan tinggi. Walaupun setengah program yang akan dibincangkan

dalam bahagian ini adalah perancangan oleh Bahagian Pendidikan Guru tetapi yang

saya akan jelaskan adalah tindakan yang saya ambil semasa proses pengajaran dan

pembelajaran untuk memastikan program itu berjaya dan memberi impak kepada

matlamat membina guru berkualiti yang dapat menerapkan budaya kreatif dan inovatif

kepada pelajar-pelajar di sekolah.




                                           1
                                                                        620826-07-5189



1.0   Pengenalan


Kreativiti berasal dari bahasa Latin “Creare” yang bermaksud membuat dan dalam

bahasa Greek bermaksud memenuhi. Guilford (1950) mendefinisikan kreativiti sebagai

satu komponen penting dalam semua kegiatan intelektual dan ia merupakan suatu

kebolehan untuk melahirkan idea-idea atau kebolehan untuk melahirkan banyak idea

berkaitan dengan penyelesaian atau menangani sesuatu masalah. Kreatif pula

bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan menyatukan idea secara unik

atau membuat sesuatu yang baru. Individu yang kreatif berkemampuan menjana

pemikiran untuk mencipta barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea

baru yang masih belum dicuba oleh orang lain.


Inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘pembaharuan’. Inovatif

adalah kesan daripada aplikasi keupayaan kreatif khususnya dalam bidang yang

memerlukan konsep-konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan yang baru. Maka,

inovatif secara umumnya bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau

mengubahsuai sesuatu untuk menjadikannya lebih baik dan berkualiti atau sebagai satu

cara memperkenalkan idea yang baru untuk mencipta sesuatu yang baru. Sesuatu

perkara itu dikenali sebagai inovasi jika ia adalah satu proses mengeluarkan idea dan

mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang baru.

Sesetengah   idea   dihasilkan   melalui   proses-proses   tertentu   seperti   rekacipta,

pembangunan, pengeluaran dan sebagainya, ia masih suatu inovasi jika idea tersebut

benar-benar dapat digunakan dan dimanfaatkan.




                                           2
                                                                     620826-07-5189


Generasi kreatif dan berinovasi sangat penting dalam melonjakkan negara ke arah

ekononomi berpendapatan tinggi kerana generasi yang demikian sifatnya akan dapat

memberi idea dan menjana pendapat baru dalam merancang, mengorganisasi,

mengarah, menyelaras dan mengawal program dalam organisasi. Seorang yang kreatif

dan inovatif pandai mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih

dengan memenuhi permintaan serta kepuasan pengguna dan berjaya melakukannya

dengan memerhatikan dan mempelajari gaya, masalah dan perubahan yang berlaku di

persekitaran mereka. Dengan ini akan meningkatkan produktiviti dengan adanya idea-

idea baru mengikut perubahan masa seterusnya akan melonjakkan negara ke arah

ekonomi berpendapatan tinggi seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan dalam

pembentangan Bajet 2010.


Guru yang kreatif dan inovatif akan dapat melahirkan generasi pelajar yang kreatif dan

berinovasi yang akan memenuhi wawasan dan aspirasi negara. Peranan guru kreatif

dan inovatif telah diiktiraf dengan dijadikan tema dalam sambutan Hari Guru Peringkat

Kebangsaan iaitu Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan (1992) dan Guru Inovatif

dan Kreatif Menjayakan Wawasan (1993, 1994).


Dalam membincangkan tugasan ini, saya telah menjelaskan peranan saya di IPDA

serta program dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dan

dilaksanakan oleh saya untuk menyokong hujah bagaimanakah saya telah berusaha

memastikan guru pelatih di institut ini telah diberikan dorongan dan rangsangan untuk

menjadi guru yang kreatif dan inovatif seterusnya akan dapat membangunkan generasi

kreatif dan berinovasi apabila mereka telah menjadi guru.




                                           3
                                                                      620826-07-5189

2.0   Peranan IPG dalam Pembangunan Negara


Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan nama baru bagi menggantikan maktab

perguruan setelah institusi berkenaan dinaikkan taraf mulai 1 April 2006. IPG induk

dikenali sebagai IPG KPM dan terdapat 27 buah kampus cawangan IPG di seluruh

negara. IPG Kampus Darulaman (IPDA) adalah salah satu kampus cawangan IPG yang

terletak di negeri Kedah. Selaras dengan naik taraf tersebut IPG kini telah menawarkan

program di peringkat ijazah sarjana muda bagi memenuhi keperluan Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah dalam

pelbagai mata pelajaran. IPDA menawarkan program ijazah melalui Kursus Perguruan

Lepasan SPM (KPLSPM). Kursus ini mengambil masa selama lima tahun setengah dan

dilaksanakan melalui dua peringkat iaitu kursus persediaan selama tiga semester di

kenali sebagai Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) dan pelajar

yang lulus akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.


Misi IPG adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui

program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidik sekolah bertaraf dunia bagi

mencapai visi IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru. Halatuju IPG adalah

terhadap tiga aspek kecemerlangan iaitu Cemerlang Pengajaran dan Pembelajaran,

Cemerlang Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi dan Cemerlang Pembangunan

Profesional Guru. Untuk mencapai ketiga-tiga aspek kecemerlangan tersebut kurikulum

latihan perguruan direka bentuk berdasarkan lima prinsip seperti dalam Rajah 1.




                                          4
                                                                         620826-07-5189



                                       Berasaskan
                                          Hasil
                                      Pembelajaran
                                                               Spiral
                                  (Outcome based)
                                                                  &
                   Holistik
                                      REKA BENTUK        Developmental
                                       KURIKULUM


                          Praktikal
                              &
                                                     Koheren
                        Kontekstual




                         Rajah 1 : Rekabentuk Kurikulum IPG


Di IPDA saya mengajar mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Tugas pensyarah kanan adalah

memberi kuliah, menyediakan dan menilai Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) dan

membuat kajian, penyelidikan serta inovasi berkaitan dengan latihan perguruan,

fasilitator Bina Insan Guru (BIG) dan penyelia Amalan Profesional (Praktikum). Saya

mempunyai ruang dan peluang yang cukup bagi melaksanakan tugas sebagai

pensyarah di institusi latihan perguruan bagi melahirkan guru pelatih yang kreatif dan

inovatif seterusnya akan melahirkan generasi yang kreatif dan berinovasi apabila guru

tersebut bertugas di sekolah nanti.




                                              5
                                                                        620826-07-5189



3.0   Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran ke arah melahirkan generasi

kreatif dan berinovasi


Dalam bahagian ini saya akan menjelaskan bagaimana kepelbagaian strategi

pengajaran yang saya laksanakan telah berjaya membina keyakinan kepada guru

pelatih di IPDA untuk menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif.


3.1    Guru Ubah Cara Bukan Isi Kandungan


Pendekatan 1: Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang Koheren


Setiap kali guru pelatih menyediakan RPH, saya tekankan perlu menyediakan RPH

bersifat koheren iaitu isi pengajaran, alat bantuan mengajar dan kreativiti guru pelatih

disepadukan dan dinyatakan dengan jelas, kemas dan teratur. Aktiviti-aktiviti yang

dipilih merupakan gerak kerja yang mampu memberi pengaruh terhadap perhatian,

berupaya   meningkatkan     kesan   terhadap   intelek,   ingatan,   emosi,   minat   dan

kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Strategi pengajaran yang akan digunakan perlulah dapat mencetuskan pemikiran

dikalangan pelajar (thinking classes) seperti kaedah sumbang saran, projek dan strategi

pembelajaran secara kooperatif dan kolaboratif.


Pendekatan 2: Kepelbagaian Strategi


Dalam sesi kuliah yang saya kendalikan, saya membawa kajian kes terhadap

kepentingan kepelbagaian strategi pengajaran. Saya menggunakan maklum balas

mengenai kepuasan pihak sekolah terhadap guru berhubung dengan aspek pengajaran



                                           6
                                                                        620826-07-5189


dan pembelajara yang dijalankan di IPDA. Maklum balas ini adalah prosedur kualiti MS-

ISO 9001:2008 yang diamalkan di institut ini. Guru pelatih disedarkan keperluan

mempelbagaikan strategi pengajaran kerana guru kerap berhadapan dengan pelajar

yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam

menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh

menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang

sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain

berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu

membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta

dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Penggunaan kaedah dan teknik

yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi

ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi

pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan dan proses pembentukan konsep-konsep

secara mudah dan berkesan dapat dilaksanakan.


3.2   Guru Pilih Model Pengajaran Efektif


Pendekatan 3 : Konsep Praktikal dan Kontekstual


Untuk melahirkan generasi kreatif dan berinovasi maka guru yang akan dihasilkan Saya

memberikan tiga model pengajaran bagi menghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan yang mampu merangsang kreativiti dan inovasi pelajr iaitu

Model Pengajaran Glaser, Model Pengajaran Sim dan Model Pengajaran Taba. Secara

umumnya kelebihan setiap model pengajaran ini adalah seperti berikut:




                                          7
                                                                      620826-07-5189

(i) Model Pengajaran Glaser


Model ini menekankan aspek objektif pengajaran yang akan dicapai selepas

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penyampaian perlu

diuruskan dengan sistematik berlandaskan strategi pengajaran iaitu pemusatan guru,

murid dan bahan, serta berlandaskan teori pembelajaran. Pengetahuan sedia ada pada

pelajar digunakan dalam merangka perlaksanaan pengajaran dan menyediakan tahap

peringkat soalan supaya dapat dijawab soalan berdasarkan kemampuan pelajar.


(ii) Model Pengajaran Sim


Model ini menekankan kepada aspek isi pelajaran dipilih berdasarkan objektif pelajaran

dan dirancang secara sistematik mengikut kaedah yang sesuai. Bahan pengajaran

perlu mengaitkan sumber persekitaran memudahkan pembelajaran dan menarik minat

pelajar, seterusnya mengekalkan perhatian kepada kandungan pelajaran yang ingin

disampaikan.


(iii) Model Pengajaran Taba


Model ini menekankan kepada kaedah penyampaian isi pelajaran perlu mengaitkan

penyusunan data, pembentukan konsep, pembentukan hukum dan penggunaan

aplikasi. Dengan menggunakan model Taba ini, perancangan penyampaian isi

pelajaran memerlukan fakta-fakta, konsep-konsep asas dan generalisasi yang

berkaitan.




                                          8
                                                                        620826-07-5189


Setelah dilaksanakan adalah diharapkan guru pelatih lepasan IPDA akan mempunyai

pilihan model pengajaran yang sesuai dan mempunyai kesedaran bahawa pelajar

adalah insan yang boleh dibentuk, diajar, ditingkatan keupayaannya dan seterusnya

akan melahirkan golongan yang kreatif dan berinovasi.


3.2    Guru Pilih Pendekatan Metakognitif


Metacognitif adalah merujuk kepada kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan

strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang

dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikir itu sendiri. Seseorang yang ingin

menyelesaikan satu masalah akan mengalami proses merancang , memantau, menilai

keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan

langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian

masalah tersebut. Pendekatan Metacognitif yang saya berikan kepada guru pelatih

adalah seperti berikut


(i) Kaedah perbincangan


Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru wujudkan sesi

perbincangan yang akan melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar

dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea

serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-

cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti

perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir




                                           9
                                                                           620826-07-5189


perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk

membuat ulasan perbincangan.


(ii) Kaedah Pemerhatian


Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui

pemerhatian    atau    pemodelan,     iaitu   pemerhatian,   mengingati,   reproduksi   dan

penangguhan motivasi. Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan

pengajaran dapat dicapai melalui penyampaian harus cekap dan menarik, demonstasi

guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat dan akhirnya hasilan guru hendaklah

mempunyai mutu yang tinggi


(iii) Ingatan dan Lupaan


Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku

tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah

ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap

gambaran      atau    praktikal   pembelajaran.    Walaupun,    ingatan    boleh   mewakili

pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta

saling berpengaruhi antara satu sama lain.


Setelah dilaksanakan kepada guru pelatih, saya dapati proses pembelajaran dan

pengajaran yang dilaksanakan lebih terancang, berkesan dan meningkatkan kemahiran

pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran terutama kemahiran asas seperti

menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.




                                              10
                                                                       620826-07-5189

3.3   Guru perlu menangani kematangan yang berbeza


Saya selalu menekankan kepada guru pelatih bahawa kesediaan belajar antara

seorang individu dengan seorang individu yang lain biasanya tidak sama kerana tahap

atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah.

Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan

mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan sosial mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal

seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada

peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran

mereka. Untuk memastikan guru pelatih dapat mengaitkan aspek tersebut dalam

pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pengajaran secara kajian kes dilaksanakan.

Guru pelatih berbincang dalam kumpulan dan kajian kes berkaitan dengan masalah

perbezaan kesediaan belajar diberikan dengan dikaitkan daripada tiga sudut

pandangan dari segi kematangan iaitu kematangan fizikal, kematangan intelek dan

kematangan emosi


(i) Kematangan fizikal


Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi.

Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru perlu berhati-hati terhadap

perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian

terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting.

Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan

perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran.

Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar.



                                          11
                                                                       620826-07-5189


Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru

harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja

penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan

lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar untuk meneruskan pembelajaran.


a. Kematangan intelek


Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan

membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imaginasi), kebolehan untuk

mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan

kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak.

Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan,

iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses

mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan

pada tahap sejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan

kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek

seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan

proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini

tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam

kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan

adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, guru perlulah mengambil kira perbezaan-

perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan

seterusnya melaksanakan tugas pengajaran.


b. Kematangan Emosi



                                          12
                                                                     620826-07-5189


Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui

satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi

nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan. Ahli-ahli

psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan

tindak balas fisiologi. Gerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu

jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum,

emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang

melibatkan penyelarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi

yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah

laku yang nyata


4.0   TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) SEBAGAI PENGUPAYA

KEPADA PEMBINAAN GENERASI KREATIF DAN INOVATIF


Sebagai pensyarah yang terlibat secara langsung dengan pengajaran subjek Teknologi

dalam Pengajaran dan Pengajaran, saya telah menggabungkan kemahiran-kemahiran

ICT dalam pengajaran sebagai satu bentuk kemahiran generik yang wajib dikuasai oleh

semua guru pelatih ke arah melahirkan guru yang kompeten, kreatif dan inovatif. Dalam

bahagian ini saya akan menjelaskan bagaimana pendekatan berasaskan ICT

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah berjaya membina keyakinan

kepada guru pelatih di IPDA menggunakan ICT sebagai pengupaya bagi menjadi

seorang guru yang kreatif dan inovatif.




                                          13
                                                                        620826-07-5189

4.1    Mod Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ICT


Guru pelatih yang akan menggunakan ICT sebagai medium pengajaran dijelaskan

bahawa terdapat empat jenis mod dalam pengajaran dan pembelajaran yang

berteraskan   ICT   (Pusat   Perkembangan      Kurikulum,   2001)   iaitu   mod   tutorial,

penerokaan,aplikasi dan komunikasi. Sebelum menggunakan mod-mod tersebut, guru

pelatih dikehendaki membuat perancangan yang teliti supaya pengajaran mencapai

objektif dan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar-pelajar. Secara umumnya

mod pembelajaran itu adalah seperti berikut:


(i)    Mod Tutorial


Mod ini digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan

dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena

dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Mod tutorial sesuai

digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya

mempunyai keupayaan yang berbeza. Di samping itu, mod ini juga sesuai digunakan

sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang

lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif. Antara

kelebihan mod ini ialah dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar

sendiri dan mengikut kemampuan sendiri boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk

belajar.




                                          14
                                                                       620826-07-5189

b. Mod Penerokaan


Mod penerokaan digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat

secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan

internet. Mod ini digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau

keadaan secara tunjukcara dibawah kawalan pengguna dan dapat mempelajari dan

mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem. Mod penerokaan

memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai

sesuatu perkara. Mod ini sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri

penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan

kaedah pembelajaran kajian masa depan.


Mod penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada

pelajar dan guru kerana dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian

masalah sebenar, memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam

terhadap kandungan pelajaran disamping meberi peluang kepada pelajar menentukan

hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Mod penerokaan juga memberi kebaikan

kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-

strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.


c. Mod Aplikasi


Mod aplikasi digunakan sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu

pelajar   melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada

pelajar yang lain. Mod aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja




                                         15
                                                                    620826-07-5189


lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah

diintepretasi seperti proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada

mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk

mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses

membuat pengkelasan atau menyisih data. Mod aplikasi memberi kebaikan kepada

pelajar dimana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar

kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat

meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan

komputer dialam pekerjaan kelak.


d. Mod Komunikasi


Mod komunikasi digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di

lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks,

grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video

Conference dan laman web. Mod komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran

berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan.

Kebaikan mod komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui

aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk sikap

bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-

maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.


Apabila diberikan kefahaman tentang kegunaan,kaedah dan kelebihan setiap mod,

didapati guru pelatih lebih yakin memilih penggunaan ICT dalam pengajaran. Ini dapat




                                         16
                                                                     620826-07-5189


dikesan daripada kerja kursus projek yang dihantar kepada saya yang kemas dan tepat

persembahannya.


4.2   Aplikasi Inovasi ICT Dalam Pengajaran


Kemudahan ICT yang lengkap di IPDA membolehkan saya membangunkan sistem

aplikasi dan sistem maklumat untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Saya sendiri telibat dalam pembangunan perisian terutamanya Sistem Pengurusan

Pembelajaran atau Learning Management System (LMS). LMS adalah sistem yang

dbangunkan sebagai     memenuhi     keperluan e-pembelajaran dan memantapkan

pengurusan pengetahuan kearah satu sistem pengurusan pembelajaran yang efektif.

Sehingga tahun 2009 terdapat dua LMS yang digunakan iaitu :

  j-QAF ON-LINE :

  Saya menggunakan sistem ini sebagai medium

  untuk berinterkasi dengan guru pelatih j-QAF

  bagi kursus masa cuti.                            http://202.71.104.70/2008/utara/

  LMS-IPDA:

  Aplikasi berasaskan web ini digunakan untuk

  latihan guru di IPDA (sepenuh masa dan masa

  cuti). Guru pelatih mendaftar kursus, pensyarah
                                                    http://www.lmsipda.net
  dan berinteraksi melalui ruangan forum dan

  email yang disediakan dalam sistem ini.


Sistem aplikasi yang dibangunkan di IPDA digunakan secara meluas dan telah menjadi

budaya di IPDA. Inovasi dan pembangunan perisian terus diberikan galakkan dan



                                            17
                                                                        620826-07-5189


mendapat sokongan dan pengiktirafan dari pihak BPG dan menjadi platform bagi guru

pelatih untuk berinteraksi secara tidak bersemuka dengan pensyarah.


Selain pensyarah, guru pelatih juga dikehendaki menyediakan tapak untuk inovasi

kumpulan melalui pembinaan sebuah laman web yang memuatkan semua elemen

pembelajaran ke dalam laman ini. Pengguna-pengguna seluruh dunia boleh mengakses

laman ini secara online dan mereka boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman terkini.


Setelah dilaksanakan aplikasi inovasi ICT dalam pengajaran saya dapati terdapat

potensi yang besar dalam merubah cara belajar seseorang kerana guru dapat

mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran sementara pelajar pula berpeluang

menentukan teknik yang bersesuaian dengan keupayaan mereka dan akan mengalami

dan merasai suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber

maklumat serta rujukan juga tidak lagi terikat kepada teks daripada buku semata-mata

tetapi kombinasi dari maklumat-maklumat terkini. Kesan lain ialah didapati guru pelatih

IPDA lebih mahir dalam pengendalian ICT dan mempunyai ketrampilan dan kreatif

dalam mencari maklumat berkaitan dengan kursus termasuk kajian ilmiah mereka.


4.3   ICT Dalam Pengajaran Mikro


Pengajaran Mikro adalah satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran

pengajaran   guru   dalam   aspek-aspek    tertentu   seperti   set   induksi,   motivasi,

penyoalan,variasi rangsangan, penggunaan papan pengajaran, alat bantuan mengajar,

pengukuhan, penutup dan lain-lain. Dalam konteks pengajaran, Pengajaran Mikro

memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempraktikkan dan mencubakan teori-




                                          18
                                                                       620826-07-5189


teori pembelajaran terkini, melatih kecekapan bertutur, menulis dan menyesuaikan diri

dengan situasi kelas sebelum memasuki kelas sebenar. Kekuatan atau kelemahan

pengajaran guru pelatih akan dikesan melalui rakan/tayangan video dan rakaman video

dapat melihat situasi sebenar gaya guru bercakap,berdiri ,berhadapan dengan kelas

dan melalui perbincangan selepas sesi pengajaran, guru pelatih dapat memahami

kekuatan, kebaikan dan kelemahan serta kesalahan pengajaran dan seterusnya

berusaha memperbaiki kelemahan pengajaran beliau dan ini akan meningkatkan

keyakinan untuk menghadapi situasi sebenar.


Dalam Pengajaran Mikro, saya meminta pelajar mempraktikkan pengajaran dan

pembelajaran berteraskan ICT supaya beberapa pendekatan baru dapat dimanfaatkan.

Guru      pelatih   diminta   melaksanak   pembelajaran   koperatif   yang   merupakan

pembelajaran dalam kumpulan kecil dapat dipertingkatkan melalui penggunaan

multimedia, serta penghasilan projek kecil seperti hipermedia, penyelidikan dan interksi

on-line. ICT juga digunakan untuk menyelesaikan masalah dan percambahan dan

perkongsian hasil intelek melalui ICT dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti produk .

Guru pelatih diminta menggunakan bahan media berasaskan ICT yang dibina bagi

membolehkan guru pelatih dalam kumpulan pengajaran mikro tersebut mendapat

gambaran yang lebih jelas mengenai sesuatu permasalahan yang perlu diselesaikan

serta menunjukkan cara penyelesaiannya. Saya akan menjejaki perkembangan

pengajaran guru pelatih melalui rangkaian “on line Learning Management System

(LMS)”.




                                            19
                                                                         620826-07-5189


Setelah dilaksanakan beberapa semester, saya dapati pendekatan ICT dalam

Pengajaran Mikro dapat mencungkil bakat, kreativiti dan inovasi guru pelatih saya

dalam mengendalikan aspek tertentu seperti melaksanakan model pengajaran, teori

pembelajaran dan dapat menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan

pembelajaran. ICT juga didapati dapat memotivasi guru pelatih untuk terus belajar

kerana ia dapat menarik minat dan perhatian. Kesan daripada visual dan interaktif

sumber berasaskan ICT membantu menumpukan perhatian dan menggalakkan kerana

tidak jemu dan mampu menyiapkan tugasan pembelajaran dalam jangkamasa yang

lama. ICT juga dapat memotivasikan guru pelatih dengan cara melibatkan pelajar

melalui kerja-kerja penghasilan. Melalui pengajaran dan pembelajaran berteraskan ICT,

saya dapat melibatkan semua guru pelatih dalam penghasilan kerja yang berasaskan

teknologi   termasuk    pemprosesan      kata,   hypermedia,    grafik   computer   dan

telekomunikasi. Mereka akan menyukai aktiviti berkenaan kerana dapat meningkatkan

kreativiti, ekspresi kendiri dan kebanggaan melihat hasilan yang kelihatan professional.

Disamping itu ICT juga dapat meningkatkan anggapan pelajar bahawa pembelajaran

dikawal oleh mereka sendiri dan termotivasi secara intrinsik.


4.4   Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)


Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) didefinisikan sebagai

strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer untuk menyampaikan

keseluruhan atau sebahagian dari kandungan matapelajaran (Rao et.al, 1991).

Penggunaan PPBK di IPDA bermula pada tahun 1999 apabila IPG ini terlibat dengan

Projek Sekolah Bestari. Penggunaan Perisian Pengajaran-Pembelajaran Berbantukan




                                           20
                                                                        620826-07-5189


Komputer (PPBK) dapat memberikan kebaikan berbanding dengan kaedah pengajaran

tradisional.


PPBK terkini menggabungkan elemen multimedia dalam pakej pembelajaran. Kajian

oleh   Jamaludin    dan   Zaidatun   (2000)     menunjukkan   proses   pengajaran    dan

pembelajaran menggunakan multimedia menjadi lebih menarik, interaktif dan

menyeronokkan. Ini adalah kerana teknologi multimedia sangat dinamik maka apabila

ianya diserapkan dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu konsep pembelajaran

baru gabungan dari pendekatan pendidikan dan hiburan yang dinamai edutainment

(education and entertainment). Oleh itu isi kandungan pelajaran dapat disampaikan

dalam pelbagai bentuk dan mod seperti hiburan dan permainan.                  Kajian ini

menunjukkan teknologi Multimedia mampu kesan positif kepada bidang pendidikan

kerana kelebihannya yang dapat meningkatkan interaksi di antara pengguna dengan

komputer.      Saya menggunakan multimedia interaktif sebagai salah satu medium

pengajaran dan pembelajaran bagi guru-guru pelatih di IPDA. Kesan daripada itu, saya

dapat mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dari berbentuk sehala

kepada pembelajaran yang dinamik dan lebih berkualiti.


5.0    Teknologi Sentiasa Berubah : Guru Perlu Peka Dengan Perubahan


Teknologi sentiasa berkembang dan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran

berasaskan teknologi diterokai oleh pakar pendididikan di seluruh dunia. Teknik-teknik

pembelajaran terkini seperti “Project Based Learning”, “Interactive Learning”, dan

“Virtual Reality” mula diperkenalkan di Malaysia. Peralatan dan perkakasan seperti

“Electronic Whiteboard”, “Smart Board”, “Library Automation” , “Videoconferencing”



                                           21
                                                                      620826-07-5189


semakin digunakan secara meluas. Semua ini adalah contoh-contoh yang melibatkan

penggunaan teknologi canggih dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi akan

membantu menjadikan generasi masa depan lebih keratif dan inovatif. Bagi

menyempurnakan misi pendidikan bertaraf dunia maka saya meminta pihak

pengurusan IPDA menyediakan kemudahan tersebut untuk digunakan dalam latihan

perguruan.


“Program Based Learning” (PBL) anjuran Intel Teach to The Future adalah program

yang membolehkan guru pelatih memperolehi pengetahuan yang bersepadu iaitu dari

aspek bidang ilmu pengetahuan dan pedagogi yang merangkumi pelbagai kaedah dan

cara mengajar seperti kajian lapangan, projek, simulasi dan perbincangan. Program ini

dapat diakses oleh pengguna-pengguna di seluruh dunia dan boleh bertukar-tukar idea

antara satu dengan yang lain. Program ini membenarkan atau menggalakkan pelajar

dan pensyarah IPG mengakses, bertukar-tukar idea dan pengalaman melalui jaringan

internet di seluruh dunia. Saya telah memasukkan program ini di dalam kerja kursus

berasaskan ilmu (KKBI)bagi guru pelatih dengan harapan semua guru pelatih IPG akan

memanfaat teknologi dan memperkenalkan program ini di sekolah nanti.


6.0   Bina Insan Guru (BIG) : Program Holistik Sebagai Pelengkap Pembinaan

Jati Diri Guru

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan untuk

melahirkan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual

dan sahsiah yang tinggi. Program ini secara ringkasnya memantapkan fizikal, rohani,

emosi dan intelektual melalui aktiviti air dan darat . Program ini menekankan aspek




                                          22
                                                                        620826-07-5189


kepimpinan, pengurusan diri, mengukuhkan keperibadian, sahsiah serta etika

keguruan.

Sebagai jurulatih BIG, saya akan memastikan pembangunan ilmu pengetahuan,

kemahiran, intelektual, serta nilai etika dan moral yang tinggi diberikan perhatian

supaya dapat melahirkan jati diri guru yang holistik. Sesungguhnya BIG akan menjadi

elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik sebagai insan yang sentiasa

bersedia berkhidmat untuk negara serta menjayakan wawasan untuk melahirkan

generasi pelajar yang kreatif dan inovatif.


7.0    Rumusan dan Cadangan


Sistem Pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang pesat. Pelbagai

kaedah baru diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran guru menjadi lebih

berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Dari semasa ke semasa

saya mempertingkatkan keupayaan untuk mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi

dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah selari dengan

saranan yang diberikan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin iaitu :


      “Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam

      melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada

      yang lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral

      yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable”




                                              23
                                                                         620826-07-5189


Perkembangan ICT memberi satu impak yang mendalam terhadap amalan guru

terutamanya     penggunaan     media    pengajaran   dalam   proses     pengajaran    dan

pembelajaran. Perkembangan pesat ICT dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu

lebih   mudah     diakses,   disebar   dan   disimpan   manakala      kecanggihan    serta

kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan terkini.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan ICT mampu melahirkan pelajar

yang lebih kreatif dan inovatif serta berdaya saing. Imej profesion preguruan juga dapat

dimartabatkan     sejajar    dengan    kecanggihan   dalam   proses     pengajaran    dan

pembelajaran. Justeru itu dapatlah dikatakan bahawa penggunaan ICT akan dapat

melahirkan guru yang membina generasi masa depan yang emerlang, gemilang dan

terbilang yang mampu merealisasikan wawasan 2020.


8.0     Penutup


Saya juga perlu berusaha membina dan meningkatkan kualiti pengajaran, menetapkan

wawasan dan matlamat yang jelas tentang apa yang hendak dicapai dan sangat yakin

matlamat boleh dicapai. Pelbagai strategi pengajaran yang dilaksanakan dinilai dan

dianalisis dan didapati memberikan impak yang besar kepada guru pelatih kerana dapat

merangsang dan mendorong budaya pembelajaran sepanjang hayat, meningkatkan

dan memantapkan tahap keilmuan, membina pemikiran strategik dan bersedia berubah

mengikut perubahan persekitaran. Guru pelatih IPDA kini lebih yakin dan selesa

mencurahkan kepakarannya dan kompeten menggunakan kemudahan peralatan untuk

meningkatkan kualiti pengajaran ke arah melahirkan generasi kreatif dan inovatif.




                                             24
                                                                        620826-07-5189



9.0   RUJUKAN


Ab Rahman Ahmad. 1994. “The use of computers in the development of the
      investigative learning in Mathematics “, Asia Pacific Information Technology in
      Training and Education (APITITE 94), Brisbane, Australia.

Allesi, S.M. Trollip, R.S. 1985. Computer based instruction method and development.
      Englewood Cliffos, New Jersey: Prentice Hall.

Bahagian Pendidikan Guru. 2003. Panduan Budaya IPG

Bahagian Pendidikan Guru. 2009. Perancangan Strategik IPGM

Bandura, Albert. 1986.Social foundations of thought and action: A social cognitive.
      Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. xiii, 617 pages. 013815614X.

Capron, H.L, Perron, J.D. 1993. Computers and information syatems. The Benjamín:
      Cumming Publishing Company.

Guilford, J.P. 1950. Creativity, American Psychologist, Volume 5, Issue 9, p444-454.

Jamalludin Harun and Zaidatun Tasir .2000. “Pengenalan Kepada Multimedia.” Kuala
      Lumpur :Venton Publishing.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Panduan Progran Ijazah Sarjana Muda
      Perguruan dengan Kepujian

Mel Slater. Anthony Steed. Yiorgos Chrysanthou. 2002. Computer Graphic and Virtual
      Environments. Addison- Wesley. Pearson Education Limited

Yusuf Hashim. 1998. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar
      Bakti Sdn Bhd.




                                           25

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:4644
posted:6/22/2010
language:Malay
pages:25
Description: Tugasan PTK DG52