Cara Membuat Blogspot
Description
Cara Membuat Blogspot dengan penerangan yang mudah
Document Sample


Isi kandungan Jom Buat Blog (Blogspot)
9 BAB
BAB 1 - ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA PENDAFTARAN EMEL
GMAIL
BAB 2 - ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA PENDAFTARAN BLOG
BAB 3 - ANDA AKAN DI AJAR CARA - CARA "POSTING" UNTUK
BLOG ANDA . ANDA JUGA AKAN DI AJAR CARA-CARA UNTUK
"POSTING" TEKS, IMEJ(GAMBAR) DAN JUGA VIDEO YOUTUBE.
BAB 4 - ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA UNTUK "SETTING"
BLOG ANDA - PADA BAB INI ANDA BOLEH TETAPKAN PEMBACA BLOG
ANDA, PENULIS BLOG ANDA, BILANGAN "POSTING" UNTUK SATU
MUKASURAT DAN BANYAK LAGI.
BAB 5 - ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA UNTUK MENETAPKAN
"LAYOUT" BLOG. .ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA BAGAIMANA
UNTUK MEMASUKKAN GADJET SEPERTI JAM
DIGITAL,CALENDAR,UNDIAN,YOUTUBE GADJET,MARQUEE
TEKS,GAMBAR PROFILE,SENARAI BLOG(BLOG LIST),PAUTAN
KEPADA LAMAN WEB ATAU BLOG ORANG LAIN, BERITA DAN
SEBAGAINYA.
BAB 6 - ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA BAGAIMANA UNTUK
MENUKAR TEMPLAT BLOG ANDA BERSERTA DENGAN CONTOH.
BAB 7 - ANDA AKAN DI AJAR CARA-CARA UNTUK MENGURUS
BLOG ANDA MELALUI "BLOG DASHBOARD"
BAB 8 - ANDA AKAN DI AJAR BAGAIMANA UNTUK DAFTAR MASUK
(SIGN IN) / DAFTAR KELUAR (SIGN OUT) BLOG ANDA.
BAB 9 - ANDA AKAN DI DDEDAHKAN DENGAN APA ITU AKAUN
GOOGLE.
Cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini
bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak
berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!
Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu
(contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in
pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan
klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang
berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
(klik imej untuk besarkan)
2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh
diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL
bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke
blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
(klik imej untuk besarkan)
3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga
boleh diubah pada bila-bila masa.
(klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan,
menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Mulakan Menulis!
Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting >
Create”.
Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri
tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
(klik imej untuk besarkan)
Ubahsuai Rupa Blog Anda
Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link
ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi
kepada “Layout > Page Elements”
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik
“Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada
butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
Contoh sidebar yang dihasilkan:
Ok, Sampai di Sini Dulu
Related docs
Get documents about "