Perjanjian Sempadan Dimuktamad Pahang Terengganu Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia by nfn20801

VIEWS: 252 PAGES: 32

									                                                                   Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia




Bil : 42 JULAI - DISEMBER 2007             ISSN 0128-0424


       Perjanjian Sempadan Dimuktamad
       Pahang - Terengganu




       P
             roses pemetaan dan penandaan sempadan Terengganu dan Pahang yang dilaksanakan selama 15 tahun
             sejak 1992, akhirnya dimuktamadkan apabila dua negeri berjiran itu menyatakan persetujuan menerusi
             memorandum persefahaman (MoU) persempadanan yang dimeterai pada 19 Mac 2007, di Hotel Hyatt Regency
       Kuantan Pahang.

       Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan perbelanjaan RM3.7 juta
       itu telah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan dua kerajaan negeri terbabit.

       Penetapan sempadan Pahang dan Terengganu itu adalah berasaskan perjanjian yang dimeterai antara Queen of
       Britain dengan Raja Siam di Bangkok pada 29 November 1899 dan diwartakan melalui Warta Pahang Government
       Gazette bertarikh 1 Jun 1990.

       Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pahang diwakili oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan bin Yaakob
       dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Abdullah bin Wan Salleh, manakala Terengganu oleh Menteri Besarnya,
       Datuk Seri Idris bin Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar bin Nong.

       Turut menyaksikan majlis bersejarah itu Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk
       Hamid bin Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Puan Fatimah Raya bt. Nasron
       dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kedua-dua negeri terbabit.

       Dengan termeterai perjanjian itu kerajaan negeri berkenaan dapat memantau aktiviti pembangunan, pertanian dan
       penerokaan tanah secara haram yang sering berlaku di kawasan persempadanan kedua-dua negeri itu dengan lebih
       berkesan.

                                                                                                                         1
                     Sidang Pengarang                           Rencana Pengarang

                    Pengurusan Tertinggi
                     Datuk Hamid bin Ali


                                                                I
         Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia        novasi adalah penyumbang utama kepada produktiviti,
                                                          pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.
                Dato Dr. Abdul Kadir bin Taib             Jabatan yang berupaya mencapai prestasi tinggi dalam
    Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia inovasi akan mempunyai tempat sebagai peneraju masa
                                                       hadapan.
                   Ahmad Fauzi bin Nordin
            Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)          Inovasi tidak terhad kepada penciptaan tetapi juga
                                                       merangkumi proses pembawaan idea ke pasaran. Pada
              Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud          asasnya, inovasi merangkumi pembaharuan dalam
             Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)         produk, proses dan sistem yang memberi nilai tambah
                                                       kepada pelanggan dan masyarakat.
                      Ketua Penyunting
                      Ahamad bin Zakaria                        Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab
                                                                warga JUPEM untuk mengimbas kembali pencapaian,
                Timbalan Ketua Penyunting                       kejayaan, serta pengharapan jabatan di tahun yang lalu
                                                                dan muhasabah diri dalam melaksanakan misi, visi, dan
                   Amran bin Abu Rashid
                                                                fungsinya, bagi meningkatkan lagi inovasi di jabatan.
                          Penyunting                            Menyedari kepentingan inovasi kepada penjanaan
                 Muhammad Husaini bin Ya’cob
                                                                pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, warga
                   Murdinah bt. Abdul Rahim
                                                                JUPEM perlu meningkatkan keazaman serta semangat
                  Wan Safinah bt. Wan Azlan
                                                                yang lebih kental dengan penuh iltizam dalam mencorak
                                                                dan memajukan jabatan seterusnya dapat memenuhi
                  Pengarang/Jurugambar                          kehendak pelanggan dan meningkatan delivery system.
                    Zulkefle bin Abu Bakar
                  Mohamad Rosli bin Mursidi                     Produk baru JUPEM seperti ortofoto dan peta geoid antara
                Syed Mahadhir bin Syed Ahmad                    gambaran kepada agensi-agensi dan komuniti pengguna
                   Mohd Zakaria bin Gzazali                     tentang pengeluaran hasil inovasi warga JUPEM.
                                                                Penonjolan kepada umum itu bertujuan untuk mendapat
              Ketua Rekabentuk/Percetakan                       maklum balas agar inovasi dalam penghasilan produk baru
                   Muhammat Puzi bin Ahmat                      dapat ditingkatkan lagi. Seterusnya inovasi serta imej
                                                                Jabatan dapat dimartabatkan sesuai dengan peranan dan
                                                                fungsi JUPEM sebagai agensi yang unggul dalam bidang
                           Makluman                             pemetaan di Malaysia.
    Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini
    tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan.        Manakala pelaksanaan kerja-kerja ukur kadaster secara
        Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan             total digital di jabatan ini adalah untuk memperkasakan
                  sumbangan dari pembaca.                       lagi aktiviti ukur bagi meningkatkan lagi kepercayaan
                                                                pelanggan kepada jabatan.
     Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui
           Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:                Sumbangan inovasi yang berterusan daripada warga
                         Pengerusi                              JUPEM, terutamanya dalam penggunaan sistem komputer
                  Penerbitan Berita Ukur                        akan menjadikan jabatan terus unggul di dalam
                        Tingkat 13,                             perkhidmatan awam bagi menjana pembangunan negara.
                 Bangunan Wisma JUPEM
                      Jalan Semarak
                   50578 Kuala Lumpur
                     Tel: 03-26170800                                             Detik Sejarah JUPEM
                    Faks: 603-26170990
                                                                       1969 - Komputer diperkenalkan buat pertama kali dalam
    Renungan                                                             prosesan kerja Jabatan dengan pewujudan Seksyen
    Telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Secerdik-cerdik manusia adalah                      Khidmat Komputer
    yang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyak
    persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang- Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan
    orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dengan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat. -
    membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”.                  Sidang Pengarang
    HR. Ibnu Majah & Ibnu Abiddunya



2     BERITA UKUR
Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 1/2007


M
        esyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 1/2007 telah diadakan pada 15 - 16 Januari 2007 di Bilik Mutiara,
        Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini merupakan salah satu aktiviti terpenting jabatan bagi
        membincangkan serta mengkaji semula keseluruhan prestasi kerja JUPEM bagi tahun 2006.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JUPEM dari ibu pejabat dan juga negeri. Pembentangan laporan
prestasi kerja tahunan untuk Bahagian Pemetaan telah di sampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Nordin, Pengarah
Ukur Bahagian Pemetaan manakala pembentangan laporan prestasi kerja bagi Bahagian Kadaster telah disampaikan
oleh Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster.




Di samping itu, mesyuarat ini juga membincangkan perancangan-perancangan dan kajian yang akan dijalankan oleh
Bahagian Pemetaan dan Bahagian Kadaster untuk mencapai Sasaran Kerja Tahun (SKT) bagi tahun 2007. Di akhir
mesyuarat Y. Bhg Ketua Pengarah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pegawai
dan kakitangan yang begitu komited dan gigih di dalam memastikan aktiviti jabatan berjalan dengan lancar dan
mencapai prestasi yang telah ditetapkan.




                                                                                                                 3
    AMANAT Tahun Baru 2007


    M
           ajlis Amanat Tahun Baru 2007 Jabatan Ukur dan
           Pemetaan Malaysia (JUPEM) berlangsung
           pada 15 Januari 2007 bertempat di Perkarangan
    Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.

    Di dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua
    Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah
    menyampaikan amanatnya kepada semua warga JUPEM
    yang hadir. Antara amanat yang beliau sampaikan adalah
    supaya semua warga JUPEM dapat menumpukan kerjaya
    mereka di jabatan ini untuk kesejahteraan masyarakat
    dengan menyediakan perkhidmatan ukur dan pemetaan
    yang efisien.

    Bagi memberkati majlis, bacaan doa telah dibacakan oleh
    Tuan Haji Jalani bin Haji Bahari. Majlis seterusnya diikuti
    dengan persembahan lagu daripada kumpulan koir JUPEM
    bermula dengan lagu ‘Negaraku’, ‘Perkhidmatan Awam’
    dan ‘JUPEM ke Arah Jaya’ yang bertujuan untuk
    meningkatkan lagi jatidiri dikalangan kakitangan JUPEM
    terhadap negara. Manakala bacaan ikrar JUPEM telah
    diketuai oleh Tuan Haji Muhammat Puzi bin Ahmat
    bertujuan untuk meningkatkan komitmen dan taat setia
    kakitangan terhadap kerja-kerja jabatan yang telah di
    amanahkan.

    Sempena dengan Majlis Amanat 2007 itu, upacara penyampaian Sijil-sijil Penghargaan oleh YBhg. Datuk Ketua
    Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, juga diadakan untuk pesara-pesara JUPEM yang telah menyumbang bakti
    selama mereka berkhidmat di jabatan ini dan kepada kakitangan yang memberikan khidmat dalam Majlis Bersama
    Jabatan (MBJ).




4    BERITA UKUR
Majlis Menandatangani Kontrak e-Kadaster


S
          elaras dengan pelaksanaan total digital, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memperkasakan
          ukur kadaster dengan membangunkan projek e-Kadaster. e-Kadaster merupakan projek pembangunan yang
          dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Projek yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 ini adalah sangat penting kepada JUPEM bagi meningkatkan lagi
aktiviti ukuran hak milik tanah, strata dan juga stratum sama ada dari segi prosedur kerja mahupun kaedah pemprosesan
data.




Bagi melaksanakan projek ini, JUPEM telah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak eKadaster (T8/2006) antara
NRE dengan Precision Portal Sdn. Bhd. pada 25 Januari 2007 di Bilik Mutiara, Wisma Sumber Asli Putrajaya. Y.B.
Dato’ Sazmi bin Miah, Setiausaha Parlimen NRE, mempengerusikan majlis itu.

Upacara penyerahan kontrak kepada Encik Aminudin bin Mustapha, Pengarah Eksekutif, Precision Portal Sdn. Bhd.
disempurnakan oleh YBhg. Datuk Suboh bin Mohd Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar (NRE). Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Hamid bin Ali turut hadir JUPEM bagi
menyaksikan upacara penyerahan itu.

Justeru, Pelaksanaan e-Kadaster itu dapat mewujudkan sistem Pengurusan Data Kadaster, membangunkan Pangkalan
Data Ukur Strata/Stratum/Marin, menyediakan infrastruktur dan maklumat serta memanfaatkan penggunaan Teknologi
Satelit (GPS) dalam pengukuran kadaster.




                                                                                                                        5
    Pelancaran Malaysia Marine Research Survey (MyMRS)



    P
          ada 22 Mac 2007, Majlis Pelancaran Malaysia Marine Research Survey (MyMRS) telah diadakan di Borneo
          Pulp Wharf, Pelabuhan Bintulu Sarawak. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Abd Rahim Bin Hussin, Pengarah
          Bahagian Dasar Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri mewakili
    YBhg. Dato’ Muhammad Hatta bin Ab. Aziz, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara merangkap Pengerusi
    Jawatankuasa Pelantar Benua Malaysia.

    Majlis pelancaran yang dianjurkan secara bersama oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan
    Malaysia (JUPEM) dan TL Geosciences Sdn. Bhd. menandakan bermulanya pelaksanaan Malaysia Marine Research
    Survey (MyMRS). MyMRS dilaksanakan dengan menggunakan kapal M.V. Teknik Perdana bagi membuat pengukuran
    dan pengumpulan data-data GPS, seismic, batimetri, magnetik dan graviti bertujuan bagi membuat justifikasi teknikal
    dan submission kepada Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua (Commission on the Limits of the Continental
    Shelf (CLCS))




                                                                                     Upacara perasmian projek
                                                                                     Malaysia Marine Research Survey
                                                                                     (MyMRS) oleh En. Abd Rahim bin
                                                                                     Hussin, Pengarah Bahagian
                                                                                     Dasar Keselamatan Maritim, MKM
                                                                                     sambil diiringi oleh En. Ahmad
                                                                                     Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur
                                                                                     Bahagian (Pemetaan) JUPEM.




    Kapal M.V. Teknik Perdana yang
    digunakan dalam pelaksanaan
    kerja-kerja pengumpulan data
    projek MyMRS.




6    BERITA UKUR
                                                                                        Pegawai JUPEM yang terlibat dalam
                                                                                        projek MyMRS bersama En. Ahmad
                                                                                        Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur
                                                                                        Bahagian (Pemetaan), En. Tan Ah Bah,
                                                                                        Pengarah Ukur Seksyen (Hal Ehwal
                                                                                        Persempadanan) selaku Ketua Pasukan
                                                                                        Teknikal Pelantar Benua dan En. Zakaria
                                                                                        bin Saat, Pengarah Ukur Topografi
                                                                                        Sabah.




ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
(PTK)TAHUN 2006 JUPEM
                                     Kumpulan Pengurusan dan Profesional                        120

                                     Kumpulan Sokongan I                                       1342

                                     Kumpulan Sokongan II                                       666



                                                    JUMLAH CALON                               2128


                                                       Kursus                                             Peperiksaan

                                     Lulus / MTK      LB      TMTK                      Lulus / MTK        LB      TMTK
         Nama Skim                   (a)     (b)                           (A)          (e)       (f)                             (B)
Bil                       Gred                        (c)      (d)                                         (g)      (h)
        Perkhidmatan                 Bil     Bil                     (a)+(b)+(c)+(d)    Bil       Bil                       (e)+(f)+(g)+(h)
                                                      Bil      Bil                                         Bil      Bil
                                    Calon   Calon                                      Calon     Calon
                                                    Calon     Calon Jumlah Calon                         Calon     Calon    Jumlah Calon
                                    Aras    Aras                                       Aras      Aras
                                                    Aras II   Aras I                                     Aras II   Aras I
                                     IV       III                                       IV        III

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

1     Juruukur*         J54 - TK6                                           1
2     Juruukur*         J52 - TK5                                          13
3     Juruukur          J48 - TK4                                           4
4     Juruukur          J44 - TK3                                          20
5     Juruukur          J41 - TK2                                                       0         0         1        0             1
6     Juruukur          J41 - TK1                                                       0         28       70       21           119
Jumlah Kecil P & P                                                                                                               120
Kumpulan Sokongan I
7     PembantuTeknik    J36 - TK3                                                        1        51       33        1            86
8     PembantuTeknik    J29 - TK2                                                        1        13       7         0            21
9     PembantuTeknik    J29 - TK1                                                       39       153       51        1           244
10    Juruteknik        J22 - TK3                                                       4         69       25        4           102
      Juruteknik
11                      TK2                                                             3        149       75        3           230
      (J17 & N17)
      Juruteknik
12                      TK1                                                             40        351     264        4           659
      (J17,N17 & C17)
      Jumlah Kecil Sokongan I                                                                                                   1342
                                      JUMLAH KECIL P & P dan SOKONGAN I                                                         1462

                                                                                                                                              7
                                                             Penilaian (PMR dan kebawah)
                                                                                                             (C)
                                                     Lulus /MTK          LB     TMTK           (C)
                Nama Skim                                                                                 Bilangan
     Bil                               Gred         (i)       (j)        (k)       (l)   (i)+(j)+(k)+(l)
               Perkhidmatan                                                                                 Calon
                                                Bil Calon Bil Calon Bil Calon Bil Calon     Jumlah
                                                                                                         Keseluruhan
                                                Aras IV     Aras III   Aras II   Aras I      Calon
    Kumpulan Sokongan II
    1   Pengawal Keselamatan KP11-TK1         2      0                   0          0           2
        Juruteknik Percetakan
    2                           N11-TK1       2      0                   0          0           2
        Rendah
    3   Operator Mesin          N1-TK1        1      0                   0          0           1
    4   Pembantu Am Rendah      N1-TK2       11      4                   0          0          15
    5   Pembantu Am Rendah      N1-TK1       12      6                   0          0          18
    6   Tukang Batu (K3-Batu)   R9-TK1        1      0                   0          0           1
    7   Tukang Kayu (K3-Kayu) R9-TK1          1      0                   0          0           1
    8   PRA-Kadaster            R4-TK3       27      5                   1          0          33
    9   PRA-Kadaster            R1-TK2      103     17                   2          1         123
    10 PRA-Kadaster             R1-TK1      223     76                  17          3         319
    11 PRA-Pemetaan             R4-TK3        1      1                   0          0           2
    12 PRA-Pemetaan             R1-TK2       24      4                   1          0          29
    13 PRA-Pemetaan             R1-TK1       53     39                   3          3          98
    14 Pemandu                  R3-TK2       4       1                   1          0           6
    15 Pemandu                  R3-TK1       10      1                   0          1          12
    16 Jaga                     R1-TK2        1      0                   0          0           1
    17 Jaga                     R1-TK1        1      2                   0          0           3
           Jumlah Kecil Sokongan II         477    156                  25          8         666
                                        JUMLAH BESAR                                                        2188



    Aktiviti Falak Syarie
    JUPEM di Teluk Kemang




    P
           egawai daripada Seksyen Geodesi, JUPEM, Encik Saripul Hissam bin Saidon (satu dari kiri) sedang memberikan
           penerangan kepada pelajar dari Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya semasa melakukan kajian cerapan
           kenampakan hilal di Baitul Hilal, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2007.

    Aktiviti kajian cerapan kenampakan hilal ini dilakukan pada setiap bulan hijriah kecuali bulan Ramadan, Syawal dan
    Zulhijjah. Pihak-pihak yang terlibat, terdiri daripada JUPEM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti
    Malaya dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
8    BERITA UKUR
Aktiviti cerapan matahari istiwa (transit), semasa vernal equinox adalah pada 21 Mac 2007. Fenomena ini berlaku
ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa. Cerapan ini telah dilakukan oleh JUPEM, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka. Lokasi cerapan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka.




                                                         Encik Zainal Abidin bin Musa dari Seksyen Geodesi
                                                         JUPEM, sedang memberi ceramah kepada para peserta
                                                         kursus semasa Bengkel Tatacara Pengendalian Teleskop
                                                         pada 8 - 10 Mei 2007 bertempat di Sutera Beach Resort,
                                                         Merang Setiu, Terengganu. Bengkel ini adalah anjuran
                                                         Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Para peserta
                                                         kursus terdiri dari pegawai dari jabatan/pejabat mufti
                                                         seluruh Malaysia.




Encik Zainal Abidin bin Musa (dua dari kanan) sedang
memberikan penerangan ketika aktiviti cerapan langit
malam semasa Bengkel Tatacara Pengendalian Teleskop
pada 8 hingga 10 Mei 2007. Cerapan telah dilakukan di
Balai Cerap Hilal KUSZA. Para pelajar sekolah dan
penduduk di persekitaran telah dijemput hadir semasa
aktiviti cerapan langit malam dilakukan.




                                                                                                                     9
     Taklimat Asas Penerbitan Dan Penulisan
     Anjuran JUPEM


     D
            asar penerbitan berita ukur dan laporan tahunan jabatan telah dikeluarkan bagi tujuan mengawal kualiti,
            keberkesanan dan keseragaman berita yang diterbitkan oleh JUPEM dalam menyampaikan berita semasa
            kepada warga jabatan dan orang ramai. Kakitangan yang dipilih untuk hadir taklimat ini merupakan mereka
     yang terlibat secara langsung dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa penerbitan. Untuk menerbitkan berita ukur
     sebanyak 2 kali setahun dan laporan tahunan jabatan setiap tahun, ia memerlukan komitmen daripada semua pihak
     supaya ia dapat dikeluarkan mengikut jadual.

     Bertempat di Mahkota Hotel, Melaka, satu taklimat asas penerbitan dan penulisan telah diadakan pada 12 hingga 16
     Mac 2007. Seramai 16 orang kakitangan JUPEM dari Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, Seksyen
     Percetakan Peta, Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster dan Seksyen Perkhidmatan Pemetaan telah menyertai
     taklimat ini.

     Peserta telah diberi pendedahan asas cara penulisan yang baik serta memahami teori dan konsep dalam penerbitan
     berita dan laporan tahunan jabatan. Penceramah-penceramah yang dijemput merupakan mereka yang banyak
     pengalaman dalam bidang masing-masing iaitu dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Dewan Bahasa
     dan Pustaka (DBP) dan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM Melaka) serta Pegawai dari JUPEM sendiri.

     Penggunaan gaya bahasa dan tatabahasa yang betul, amatlah mustahak bagi seorang penulis sesebuah buletin
     atau berita ukur seperti mana yang telah disampaikan oleh Datuk Zakaria b. Abdul Wahab, penceramah dari BERNAMA.
     Beliau juga menerangkan konsep, reka bentuk dan cara penulisan laporan tahunan jabatan yang menarik, ringkas
     dan mudah difahami oleh pembaca. Pemilihan gambar yang betul juga memainkan peranan penting dalam sesebuah
     berita dan penyampaian isi kandungan perlulah lebih kreatif dan relevan dengan isu-isu semasa. Modul taklimat itu
     merangkumi tajuk asas fotografi, etika dan protokol supaya peserta mendapat pengetahuan asas berkaitannya.




     Overview dasar berita ukur dan laporan tahunan Datuk Zakaria Abdul Wahab dari BERNAMA
     disampaikan oleh En. Ahamad bin Zakaria, Pengarah Ukur menyampaikan ceramah ‘ Asas Kewartawanan, Etika dan
     Seksyen 3P.                                            Protokol’.




     Penceramah dari DBP, En. Abd Karim Abu Bakar Peserta kursus diberi teori dan amali semasa latihan dalam
     menekankan pengunaan bahasa Malaysia yang betul kumpulan.
     dalam ceramah beliau.
10    BERITA UKUR
Tiga kumpulan dibentuk untuk membincangkan konsep Perbincangan dalam kumpulan untuk penambahbaikan
laporan tahunan dan berita ukur.                  laporan tahunan dan berita ukur JUPEM.


Berikut adalah modul-modul taklimat tersebut:-

i. Overview Dasar Berita Ukur dan Laporan Tahunan Jabatan
    Oleh: En. Ahmad bin Zakaria
    Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

ii. Peranan Buletin dan Laporan Tahunan Dalam Sesebuah Organisasi
     Oleh: En. Izham Suhaimi Ahmad
     BERNAMA

iii. Teori dan Proses Penerbitan Berita/Laporan Tahunan
      Oleh: En. Izham Suhaimi Ahmad
      BERNAMA

iv. Asas Tipografi
     Oleh: Pn. Zahara bt Ramli
     Universiti Teknologi Mara Malaysia

v. Konsep dan Jenis Penulisan Berita
    Oleh: Datuk Zakaria Abdul Wahab
    BERNAMA

vi. Asas Kewartawanan, Etika dan Protokol
    Oleh: Datuk Zakaria Abdul Wahab
    BERNAMA

vii. Pemilihan Foto Dalam Penerbitan Berita dan Laporan
     Oleh: En. Mustaza Mohd Yusoff
     BERNAMA

viii. Penggunaan Gaya Bahasa dan Tatabahasa
     Oleh: En. Mohd Noor Jabar
     Dewan Bahasa dan Pustaka

ix. Konsep Penulisan Laporan Tahunan Jabatan
    Oleh: En. Abd Karim Abu Bakar
    Dewan Bahasa dan Pustaka

x. Penyuntingan: Semakan Akhir, Bina Gaya, Tatacara dan Senarai Semakan
    Oleh: En. Abd Karim Abu Bakar
    Dewan Bahasa dan Pustaka

Dari maklum balas dan interaksi peserta dengan penceramah, masih banyak lagi kelemahan serta ruang yang perlu
diperbaiki bagi menghasilkan sebuah berita ukur atau laporan tahunan jabatan lebih menarik serta menjadi rujukan
agensi lain dan orang ramai. Adalah menjadi harapan pihak pengurusan, dengan adanya taklimat asas penerbitan
dan penulisan ini, ia dapat memberi pengetahuan serta pendedahan kepada mereka yang terlibat secara langsung
agar dapat dibuat penambahbaikan ke atas apa jua penerbitan jabatan.
                                                                                                                   11
     Seminar Penghayatan Islam Hadhari


     J
          UPEM dijemput menghadiri Seminar Penghayatan Islam Hadhari anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam
          Sekitar (NRE) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 23 Februari 2007 (Jumaat)
          bertempat di Dewan Musytari, Residence Hotel UNITEN, Kajang Selangor

     Program bermula dengan tayangan video, kemudian sesi ceramah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka
     Dr. Hj. Abd. Hamid bin Othman, Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia. Bagi meningkatkan lagi kefahaman
     peserta-peserta seminar ini sesi soal jawab antara peserta dengan penceramah menyusul selepas majlis ceramah
     selesai.

     Peserta JUPEM terdiri daripada beberapa orang pegawai dari seksyen-seksyen berikut:

     * Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan,

     * Seksyen Perkhidmatan Pemetaan,

     * Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan,

     * Seksyen Kartografi,

     * Seksyen Topografi Semenanjung dan

     * Seksyen Percetakan Peta

     Program seumpama ini dianjurkan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan dikalangan
     masyarakat seiring dengan pembangunan negara.




12    BERITA UKUR
Bengkel MyMRS


P
        re-Mobillization Workshop di bawah projek Malaysia Marine Research Survey (MyMRS) anjuran bersama
        Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PETRONAS dan TL Geosciences Sdn. Bhd. telah diadakan
        pada 7 dan 8 Februari 2007 di Hotel Marriot, IOI Resort, Putrajaya. Bengkel kerja ini telah di rasmikan oleh
YBhg. Datuk Hamid Bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia selaku Ketua Kumpulan Kerja Pelantar
Benua. Bengkel ini diadakan bertujuan bagi membentangkan kertas-kertas kajian hasil secondary data review oleh
pakar-pakar yang dilantik sebagai persiapan kepada ahli-ahli Pasukan Kerja Teknikal Pelantar Benua yang terlibat
dalam misi pengukuran dan kerja-kerja pemantauan bagi projek MyMRS yang akan dilaksanakan bermula Mac hingga
Julai 2007.

Majlis perasmian bengkel tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Jaafar, Ahli Suruhanjaya Commision
on the Limits of the Continental Shelf (CLCS) merangkap Penasihat Jawatankuasa Pelantar Benua Malaysia, Tuan
Hj. Mohd Yunus bin Abdul Razak (Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia), Kapten Sahak bin Omar
(Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional), YBhg. Dato’ Dr Abdul Kadir Taib (Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia), Encik Ahmad Fauzi Nordin (Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) JUPEM), Encik Abdullah bin
Karim (Vice President Exploration and Business PETRONAS) dan pegawai-pegawai daripada JUPEM, JMG, Pusat
Hidrografi Nasional, Majlis Keselamatan Negara (Jabatan Perdana Menteri), Jabatan Peguam Negara, Wisma Putra
(Kementerian Luar Negeri), MIMA, Petronas Carigali Sdn. Bhd dan TL GeoSciences Sdn. Bhd.




                  Ucapan perasmian oleh Datuk Hamid Ali selaku Pengerusi Kumpulan Kerja
                  Pelantar Benua Malaysia




Pegawai dari pelbagai agensi yang terlibat dalam Projek Pelantar Benua Malaysia hadir sebagai peserta bengkel
kerja MyMRS.
                                                                                                                         13
     Lawatan Delegasi Sudan ke JUPEM

     Delegasi dari negara Sudan seramai 16 orang telah
     mengunjungi Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur pada 14
     Jun 2007. Lawatan mereka merupakan lawatan rasmi yang
     bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi sistem-sistem yang
     digunakan di jabatan ini dalam kerja pengukuran dan
     pemetaan di seluruh negara.

     Taklimat khas diadakan di Bilik Mutiara, Bangunan Wisma
     JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sebelum sesi
     lawatan yang telah diatur oleh pihak urus setia JUPEM
     dijalankan.




14     BERITA UKUR
                            CERAMAH AGAMA
                            Oleh Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz
                            PENCERAMAH BEBAS : USTAZ HASAN MAHMUD AL-HAFIZ

                            TARIKH : 26 JUN 2007 (SELASA)
                            TEMPAT : DEWAN UKUR JUPEM
                            MASA : 9.30 - 10.30 PAGI

                            TAJUK : UMAT BERSATU, ULAMA MEMANDU, BERDASARKAN WAHYU.

Di dalam ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz, beliau mengambil petikan ayat dari
Surah Al-Baqarah ayat 45 yang menghuraikan mengenai umat Islam yang menjadi contoh terbaik kepada makhluk
manusia yang lain.Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, kerana mereka akan menjadi saksi atas perbuatan
orang yang menyimpang dari kebenaran di dunia mahupun di akhirat.

Beliau juga memetik ayat 170 dari Surah Al-Anbiyaa’ yang bermaksud “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu,
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. Disinilah moral pergerakan dan reformasi perubahan yang
luar biasa dari segi fizilkal, emosi, sosial, mental serta spritual sebagai Insan Rabbani, Muhammad bin Abdullah
dilahirkan.

Beliau menjelaskan pandangan Napoleon Bonaparte, “ kalaulah saya diizinkan menjadi pemimpin dunia, saya akan
kumpulkan cerdik pandai di dunia ini untuk memimpin dunia dengan menggunakan prinsip Islam”.Beliau sengaja
memetik pandangan bukan Islam untuk menyedarkan orang Islam sendiri mengenai kehebatan Islam.

Beliau menjelaskan manusia disuruh untuk mentadbir, mengurus dan menerokai alam ini, di dunia mahupun di angkasa
sebagai khalifah di muka bumi. Tetapi kita jangan terperangkap mengatakan kita manusia terpilih hebat dan mulia,
kerana firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan
amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka
khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia, Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan
amat bodoh”. Beliau menjelaskan bahawa dikalangan manusia ada yang baik dan ada jahat, ada yang zalim dan ada
juga yang bodoh.

Beliau menjelaskan maksud ulama yang disebut di dalam Al-Quran ialah orang yang rasa takut kepada Allah. Manakala
di dalam hadis menjelaskan, Ulama adalah pewaris para nabi yakni mewarisi Risalah bukan kedudukan nabi.

Menurut beliau, seorang tokoh ulama Arab Saudi iaitu bekas mufti ada menyebut, ” Ulama itu adalah golongan yang
sangat faham agama Allah berdasarkan sumber Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.”

Ulama juga orang yang beramal dengan Ilmu mereka. Ulama terbahagi kepada dua, satu golongan Ulama ialah
mereka yang melaksanakan Ilmu Agama manakala golongan yang satu lagi faham agama tapi tidak berkata apa-apa.
Ulama yang tidak menyampaikan ilmunya dan tidak mencegah maksiat yang berlaku, maka golongan inilah yang
terakhir sekali masuk syurga.

Beliau menjelaskan tanda-tanda mengenal Ulama ialah dari segi pakaian kerana pakaian merupakan lambang atau
tanda seseorang Ulama seperti di dalam Kitab Syarah Al-Tarmizi yang bertajuk Libas, di dalam kitab tersebut Nabi
ada mengajar ciri-ciri pakaian Ulama. Tanda yang kedua ialah mereka ini takut kepada Allah, tidak bersekongkol
dengan benda-benda yang haram dan syubhah.

Cara musuh Islam melemahkan umat Islam :

* Menggunakan cara pemikiran baru supaya umat Islam sendiri yang melemahkannya.
* Menghapuskan ajaran Islam dikalangan Umat Islam
* Menyekat pemikiran Islam dan penulisan Islam.
* Seserangan Ketenteraan.

Beliau menyeru supaya umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar dengan mengamalkan apa yang terkandung
di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beliau menyatakan bahawa negara-negara yang mengamalkan Islam orang bukan
Islam juga akan hidup dengan tenteram dan aman. Beliau turut berpesan agar menyatakan buat apa yang kita boleh
buat dan juga jangan tunggu apa yang kita tidak boleh buat. Iaitu mendidik anak dengan Islam, cara berpakaian Islam
dan mengamalkan Islam sepenuhnya di dalam kehidupan seharian.

                                                                                                                      15
     Hari Pekerja 2007

     H   ari pekerja yang disambut pada setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap pekerja dan majikan
         yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara.

     Aset yang paling penting bagi sesebuah negara, yang juga menentukan turun naik dan jatuh bangunnya negara
     tersebut adalah warganya. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda penghargan kepada warga JUPEM keseluruhannya
     pihak pengurusan jabatan ini telah menerima jemputan dari pihak penganjur Kementerian Sumber Manusia menyertai
     sambutan Hari Pekerja 2007 dengan menghantar 50 kakitangan JUPEM bersama-sama agensi kerajaan dan swasta
     yang lain, meraikan sambutan itu.

     Perhimpunan bagi sambutan Hari Pekerja 2007 bersama Perdana Menteri Malaysia ini telah diadakan pada 5 Mei
     2007 bertempat di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur




     Kontinjen JUPEM telah membuat persediaan awal untuk sama-sama menjayakan perhimpunan peringkat kebangsaan
     itu. Sesi taklimat khas telah diadakan pada 4 Mei 2007 bertempat di Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur,
     diketuai oleh pegawai dari seksyen Perkhidmatan dan Pentadbiran, JUPEM Ibu Pejabat Kuala Lumpur.




     Sijil Penghargaan dari pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia telah dianugerahkan kepada
     semua peserta yang hadir dalam sambutan Hari Pekerja 2007.


16    BERITA UKUR
AKTIVITI JUPEM W. P. LABUAN
Lawatan Delegasi Malaysia-Indonesia ke Stesen Triangulasi Bukit Timbalai Labuan




Ahli Mesyuarat peringkat Co - Project Directors
Persempadanan Malaysia - Indonesia telah
membuat lawatan ke Stesen Triangulasi Bukit
Timbalai di W.P. Labuan pada 28 Mac 2007




                                                                Pengarah Ukur dan Pemetaan Cawangan
                                                                Topografi Sabah dan Pengarah Ukur dan
                                                                Pemetaan Cawangan Topografi Sarawak serta
                                                                wakil Indonesia berada di stesen Bukit Timbalai
                                                                (BT68) pada 28 Mac 2007




Taklimat 5S di JUPEM Labuan
Pegawai Latihan 5S JUPEM Sabah
menyampaikan Taklimat Amalan 5S kepada
Pegawai dan kakitangan JUPEM W.P. Labuan
pada 08 Mac 2007.




                                                                                                                  17
                                           Taklimat Perkhidmatan dan Pentadbiran
                                           ke JUPEM Labuan

                                           Pegawai dari Seksyen Perkhidmatan dan
                                           Pentadbiran (2P) menyampaikan taklimat
                                           Perkhidmatan dan Pentadbiran kepada para
                                           peserta yang terdiri daripada pegawai dan
                                           kakitangan JUPEM W.P. Labuan pada 31
                                           Januari 2007




     Perarakan Maulidur Rasul
     Kontinjen JUPEM Labuan

     Kontinjen JUPEM W.P. Labuan pada
     majlis perasmian perarakan Maulidur
     Rasul di Dataran Labuan pada 31
     Mac 2007.




                                                Kontinjen JUPEM W.P. Labuan
                                                berarak melalui jalan utama di bandar
                                                Labuan pada 31 Mac 2007.




                                                             bersambung ke m.s. 32

18    BERITA UKUR
                              SISTEM MOBILISASI FAIL-FAIL UKUR
                       DI ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI
                          SECARA DIGITAL SEPENUHNYA (eMOBILISASI)

                                                     Oleh ;
                                     Tuan Haji Muhamed Kamil Bin Mat Daud,
                                           Bahagian Kadaster, JUPEM
1. Pendahuluan
Sistem ini bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja mobilisasi kerja-kerja Jabatan antara Jabatan Ukur dan Pemetaan
Negeri (JUPEM Negeri) secara digital sepenuhnya atau dikenali sebagai eMobilisasi. Selaras dengan gesaan Kerajaan
terhadap keberkesanan sistem penyampaian (delivery system), Jabatan telah mengambil pendekatan untuk
melaksanakan kerja-kerja mobilisasi yang melibatkan negeri-negeri yang bersempadanan. Kerja-kerja mobilisasi
yang dilaksanakan sebelum ini tidak dijalankan secara digital sepenuhnya.

2.Keperluan eMobilisasi kepada JUPEM Negeri
Modul eMobilisasi ini akan dapat mengatasi beberapa masalah yang menghalang kerja mobilisasi daripada
dilaksanakan secara digital sepenuhnya serta membantu Jabatan di dalam memantau status kerja-kerja mobilisasi di
setiap JUPEM Negeri yang terlibat. Untuk memudahkan pelaksanaan kerja melalui modul eMobilisasi ini, JUPEM
Negeri yang melakukan proses mobilisasi akan dikenali sebagai Origin State (OS) manakala JUPEM Negeri yang
menerima kerja mobilisasi tersebut dikenali sebagai Remote State (RS).
Bagi membolehkan Pejabat Ukur Daerah Remote State (PUD RS) menerima kerja mobilisasi secara terus daripada
Timbalan Pengarah Ukur Origin State (TPU OS), segala maklumat yang berkaitan dengan PUDRS perlu dimasukkan
ke dalam eSRS di OS. Modul handshake SPDK - SAPD di dalam server IMS JUPEM Negeri yang terbabit
dipertingkatkan bagi membolehkan kerja-kerja mobilisasi dapat dihantar kepada PUD RS melalui handshake. Modul
File Transporter dalam server di Pejabat Ukur Daerah yang menerima fail-fail mobilisasi dipertingkatkan bagi
membolehkan fail-fail mobilisasi ini diterima terus daripada TPU OS. Bagi membolehkan maklumat-maklumat dan
data daripada Unit Cadastral Prosessing System RS (CPS RS) yang dihantar kepada OS dijana semula oleh OS,
maklumat pemproses (doer) dan Ketua Unit di Unit CPS RS hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eSRS OS.

3.Prosedur Mobilisasi Fail ke JUPEM Negeri
Prosedur yang ditetapkan adalah bagi kerja-kerja yang bersempadan dan berhampiran dengan sempadan kedua-
dua JUPEM Negeri, di mana fail-fail ukur akan dihantar ke JUPEM Negeri berkaitan secara digital. OS hendaklah
mendaftarkan fail tersebut seperti biasa di dalam eSRS sehinggalah ke peringkat penyediaan dan pengeluaran eSKL.
Fail-fail hendaklah dihantar hingga ke peringkat tindakan TPU OS. Fail-fail ini kemudiannya hendaklah dihantar kepada
Juruukur Daerah Remote State (JUD RS) melalui modul handshake SPDK - SAPD. Bagi memastikan fail-fail yang
dihantar telah diterima melalui sistem, satu laporan senarai fail yang telah dihantar perlu disediakan dan dihantar
kepada JUD RS berserta dengan satu salinan kepada Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Ibu Pejabat JUPEM oleh
JUPEM OS.
Sebaik sahaja JUD RS menerima fail-fail mobilisasi daripada TPU OS, JUD RS hendaklah memastikan maklumat-
maklumat eSKL adalah lengkap sebelum mendaftarkannya. Jika tidak lengkap, fail tersebut hendaklah dipulangkan
semula melalui modul handshake. JUD RS yang menerima kerja tersebut hendaklah mendaftarkannya ke dalam
SAPD Upgrade melalui modul District Survey Record System (DSRS) bagi tujuan merekod dan memudahkan kerja-
kerja pemantauan. PUD RS hendaklah menjalankan ukuran secara digital sepenuhnya dan memastikan kesemua 16
fail JUPEM ASCII seperti di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 11 Tahun 2005 dihantar ke
JUPEM Negeri.
Penghantaran kerja kepada TPU RS oleh JUD RS adalah melalui modul file transporter di server PUD RS. Senarai
fail yang siap diukur perlu disediakan dan dihantar kepada TPU RS bagi memastikan fail-fail yang dihantar telah
berjaya diterima melalui sistem.TPU RS menghantar fail tersebut kepada Ketua Unit CPS RS menggunakan modul
handshake SPDK-SAPD untuk diproses dan disemak. Prosedur bagi pemprosesan kerja ukur hakmilik tanah yang
siap diukur hendaklah mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 2 Tahun 2003.

4. Pewartaan Pegawai Ukur
Pegawai-pegawai ukur yang terlibat dengan kerja-kerja mobilisasi ini hendaklah diwartakan mengikut Seksyen 12(1)(b)
Kanun Tanah Negara 1965 oleh OS di mana kerja-kerja mobilisasi tersebut akan dibuat.

5. Ciri-Ciri Fail Mobilisasi
Ciri-ciri fail yang boleh dimobilisasikan adalah seperti berikut:
i)      Fail-fail tersebut merupakan fail yang berhampiran dengan sempadan JUPEM Negeri yang terlibat.
ii)     Fail kerja semasa.
iii)    Fail perlu disediakan dengan eSKL.
iv)     Fail yang dimobilisasikan akan dibuat sepenuhnya oleh RS sehingga ke peringkat penyediaan JK (T1) dan PA
(T1). Kemajuan kerja akan dikira sebagai kemajuan RS.
                                                                                                                        19
20   BERITA UKUR
6.Dokumen-Dokumen Diperlukan
Kerja mobilisasi perlu disediakan dalam bentuk SKL digital (eSKL) yang mengandungi maklumat bearing, jarak, luas,
kedudukan lot yang jelas dan lain-lain maklumat yang perlu bagi menentukan sempadan dan kedudukan lot dijalankan
kerja ukuran dengan lengkap. Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan Pelan Akui (PA) bagi kawasan yang
hendak diukur perlu disertakan dalam bentuk digital.

7.Peruntukan Nombor Lot, Nombor Jilid Kiraan Dan Nombor Pelan Akui
Nombor lot akan dijanakan melalui sistem eSRS oleh OS dan dihantar bersekali dengan eSKL yang disediakan.
Manakala nombor Jilid Kiraan dan nombor PA akan diberikan oleh OS melalui penjanaan daripada eSRS sebaik
sahaja fail-fail yang siap tersebut diterima daripada RS.

8.Penghantaran Doukumen
Sebelum pengukur menghantar kerja, semua laporan hendaklah dijanakan menggunakan aplikasi Title Survey Module
(TSM). Bagi kerja-kerja yang bermasalah atau tidak dapat dikerjakan, fail hendaklah dipulangkan semula berserta
dengan minit yang lengkap serta surat-surat daripada PTD/PTG.
Sekiranya kerja ukuran memerlukan persetujuan tuan tanah dan pihak Pejabat Tanah, urusan tersebut perlu diselesaikan
terlebih dahulu oleh JUD RS. Surat menyurat dengan Pejabat Tanah dan pihak-pihak yang terlibat perlu disertakan
kepada JUPEM OS. Ketua Unit CPS RS akan menghantar terus kerja yang siap kepada TPU OS menggunakan
modul eMobilisasi.
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri (PUPN) yang terlibat hendaklah memastikan kesemua 16 fail JUPEM ASCII
dihantar ke JUPEM OS sebagaimana Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 11 Tahun 2005. Carta alir
prosedur pelaksanaan kerja eMobilisasi ditunjukkan dalam Rajah 1 dan 2.

9.Penghantaran Laporan Bulanan
Bagi memastikan kerja-kerja mobilisasi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan jayanya, JUPEM Negeri perlu
menyediakan laporan bulanan kedudukan setiap fail yang diterima dan disiapkan kepada Bahagian Kadaster Ibu
Pejabat JUPEM bagi tujuan pemantauan pada minggu pertama setiap bulan.
Setiap pergerakan fail melalui sistem yang dibekalkan perlu disertakan dengan senarai fail yang dihantar kepada
cawangan yang terlibat. Ini bertujuan bagi memastikan fail-fail tersebut diterima oleh cawangan yang terbabit.
Satu laporan senarai fail yang telah diterima atau dihantar semula perlu disediakan dan dihantar kepada PUPN OS,
PUPN RS berserta dengan satu salinan kepada Pengarah Ukur Bahagian Kadaster.

10.Kesimpulan
Pengenalan sistem eMobilisasi kepada JUPEM Negeri adalah tepat pada masanya kerana dapat mengembangkan
sistem sedia ada yang digunapakai pada masa kini. Sistem sedia ada iaitu SPDK-SAPD Upgrade hanya dilaksanakan
dan digunakan dalam JUPEM Negeri tersebut sahaja iaitu penghantaran fail di antara JUPEM Negeri dan Pejabat
Ukur Daerah/Pejabat Ukur Jajahan dan sebaliknya. Wujudnya sistem eMobilisasi, penghantaran fail boleh dibuat
lebih dari satu JUPEM Negeri dan Pejabat Ukur Daerah/Pejabat Ukur Jajahan.




                                                                                                                       21
     Perarakan Maulidur Rasul 1428H
     Peringkat kebangsaan 2007




     P
           eluang menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau lebih dikenali dengan
           Maulidur Rasul pada tahun ini disahut warga JUPEM dengan menghayati keperibadian baginda SAW. Sambutan
           seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah
     SAW’, manusia yang agung di sisi Allah SWT.

     Sehubungan dengan itu kontijen JUPEM terdiri daripada 50 orang telah menyertai perarakan bersama lebih 12,000
     orang daripada pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul sempena menyambut
     kelahiran Nabi Muhamad SAW pada 31 Mac 2007 bersamaan 12 Rabiulawal 1428 Hijrah, di Kompleks Sukan Negara,
     Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

     Program itu bertujuan menghayati keperibadian baginda SAW, sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut
     Islam kerana kecintaan kita kepada baginda, dapat menjadikan kecintaan kita kepada Allah SWT.




     Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdin berkenan merasmikan majlis sambutan maulidur rasul pada
     tahun ini, baginda bertitah supaya umat Islam di negara ini membina hubungan dengan masyarakat berbilang bangsa,
     suku kaum dan agama bagi mewujudkan perpaduan, kerukunan dan kedamaian hidup. Baginda memberi contoh
     hubungan baik Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi dan Nasrani pada zaman awal Islam dengan mengadakan
     perjanjian dengan pemerintah bukan Islam pada zaman itu. “Dalam mesej dan risalah yang disampaikan kepada
     pihak berkenaan (Yahudi dan Nasrani), baginda menyatakan mengenai kebaikan Islam lantas mereka menerima
     hakikat bahawa perbezaan agama atau kepercayaan tidak menghalang kepada wujudnya kedamaian hidup.




     Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur Zahirah; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;
     timbalannya, Datuk seri Najib Tun Razak serta jemaah menteri beragama Islam.
22    BERITA UKUR
Mesyuarat Agung ke - 41
Jemaah Kebajikan Islam, Jabatan Kerajaan



M
        esyuarat Agung Tahunan kali ke - 41 Jemaah Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan Jalan Semarak, Kuala
        Lumpur telah berlangsung pada 28 Mac 2007 bersamaan 9 Rabiulawal 1428H bertempat di Dewan Ukur,
        Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN, mewakili YBhg. Datuk Hamid
bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap penaung Jemaah Kebajikan Islam.




Dalam ucapan perasmian beliau menyaran agar ahli jemaah meningkatkan lagi prestasi kerja dengan mengamalkan
amalan-amalan mulia dan kebajikan melalui program-program yang disusun oleh jemaah ini seperti kuliah di surau
JUPEM, sembahyang berjemaah, ceramah motivasi dan aktiviti-aktiviti kebajikan. Beliau juga mencadangkan kepada
barisan jawatankuasa jemaah ini mengambil pendekatan bagi membuka minda dan tingkatkan kesedaran kakitangan
mengenai Islam dengan mengadakan program jualan buku-buku, majalah berkala dan terbitan-terbitan ilmiah yang
boleh dijadikan pedoman kepada pembaca.

Warga jemaah ini juga boleh menyumbang kepada pertubuhan ini dengan mencari dana/sumbangan untuk
mengerakkan lagi aktiviti-aktiviti harian jemaah supaya lebih aktif serta dapat memberi impak positif kepada ahli
jemaah dan masyarakat umum.




Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Yang Dipertua Jemaah
Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan Jalan Semarak Kuala Lumpur Tuan haji Yunus merangkap pengerusi mesyuarat.
Mesyuarat telah diteruskan dengan sesi perbincangan memandangkan tiada pemilihan Ahli Jawatankuasa baru yang
dibuat bagi sesi 2006/2008 mengikut perlembagaan pertubuhan ini.




                                                                                                                    23
     Antara cadangan yang diusulkan oleh ahli Jemaah Kebajikan Islam ini adalah penukaran nama Jemaah Kebajikan
     Islam Jabatan Kerajaan Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada Jemaah Kebajikan Islam JUPEM atau singkatannya
     JAKIS. Cadangan itu bersesuaian dengan keadaan dan peranan jemaah ini dalam program-program kebajikan yang
     dijalankan ketika ini. Sesi dialog turut dibuka kepada ahli untuk kebaikan semua ahli jemaah.

     Diakhir majlis YBhg. Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud sudi menyampaikan cenderahati kepada Ahli
     Jawatankuasa Jemaah Kebajikan Islam, sesi 2006/2008 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.



     SEKILAS PANDANG ...........
     Memori PM Malaysia yang Pertama


     S
             ejak tahun 1977 JUPEM telah menganggotai Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Negeri-negeri. Melalui
             keanggotaan ini, JUPEM telah memainkan peranannya dalam memberi perkhidmatan menyediakan Kalender
             Islam, penentu Arah Kiblat dan juga cerapan hilal kepada masyarakat. Bagi maksud ini, JUPEM menggunakan
     peralatan dan kepakaran yang ada dalam membuat perkiraan di samping menyediakan alat dan tempat untuk cerapan
     hilal dengan kaedah yang terkini.




                        IMBAS KEMBALI - Kenangan ketika Tunku Abd Rahman, Bekas Perdana
                        Menteri Malaysia yang pertama mencuba alat ukur tiodolait melihat anak bulan
                        Ramadhan suatu ketika dahulu.
     Terdapat 26 buah tapak cerapan diseluruh negara yang dilengkapi dengan infrastruktur asas cerapan dalam
     menentukan awal bulan hijrah khususnya bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijah. Dalam hubungan ini, kakitangan
     JUPEM bersama dengan pegawai dari Hal Ehwal Islam Negeri akan menjalankan cerapan hilal di lokasi-lokasi yang
     telah ditetapkan.
24    BERITA UKUR
IMBAS KEMBALI BEKAS PEGAWAI KANAN JUPEM
Dato’ Ayob Saud

Kisah ini bermula pada tahun 1937. Sebagai penduduk Pulau Pinang yang merupakan rakyat British, peluang
mendapatkan sebarang pekerjaan boleh dikatakan sulit. Pada usia 19 tahun dengan memiliki sijil ‘Cambridge School
Certificate’, bertubuh tegap dengan susuk tubuh yang tegak bila berdiri, tidak bengkang-bengkok bila berjalan ditambah
dengan bergiat cergas dalam aktiviti sukan, peluang untuk menyertai Rejimen Askar Melayu atau Pasukan Polis agak
baik. Ibubapa telah memutuskan bahawa segala jawatan di dalam angkatan bersenjata tidak akan diberi keizinan
sama sekali. Namun demikian kedua ibubapa amat sukacita dan terus memberi restu mereka apabila saya diterima
sebagai Pelatih di Jabatan Ukur. Dengan gaji sebanyak 50 sen sehari. Hari Ahad dan kelepasan am sememangnya
hari berehat, tidak dikira bergaji kerana tidak bekerja. Bersama saya terdapat dua pelatih lagi iaitu Mohd. Amin dan
Mohd. Noor, yang sama-sama mengalami latihan di Jabatan Ukur Pulau Pinang selama beberapa bulan.

Suasana di dalam ruang kerja adalah sunyi sepi. Tidak ada peluang hendak bersembang atau bergebang kerana
masing-masing pekerja perlu tekun bekerja menurut dasar ‘card system’. Ada tiga seksyen iaitu ‘tracing’ , ‘computing’
dan ‘drafting’. Tiap-tiap seksyen ada ketuanya iaitu ‘Head Tracer’, ‘Head Computer” dan ‘Head Draughtman’. Ini
dikenali sebagai H.T., H.C. dan H.D. Ketiga-tiga (H) ini diletak pada tempat yang sesuai agar mereka dapat mengawasi
pekerja di bawah seksyen masing-masing.

Pegawai kanan didalam ruang kerja itu adalah dikenali sebagai Office Assistant (OA) yang bertanggungjawab kepada
Chief Surveyor yang biasanya seorang mat saleh dari England, Australia atau New Zealand. Hanya beliau sahaja
diperuntukkan sebuah bilik.

Card System yang saya sebutkan di atas, selepas merdeka dianggap sebagai bercanggah dengan hak asasi manusia
dan menunjukkan perjalanan kerja dalam masa 6 jam 45 minit setiap hari kecuali hari Sabtu masanya 4 jam 30 minit
termasuk pergerakan ke bilik air. Sekiranya ada keperluan ke bilik air, kita cuma dikehendaki menulis nama dan waktu
diatas sekeping kertas dan letakkan di atas meja OA, apabila selesai, masa diambil untuk tujuan kiraan tempoh masa
yang digunakan semasa ke bilik air.

Pelatih masing-masing diberi sebuah meja, seketul dakwat India, palate, sebatang pen dengan mata pen nombor
991, alat-alat untuk menulis dan beberapa kertas untuk melukis. H.D. adalah menjadi guru bagi kami.

Telah menjadi dasar Jabatan Ukur, bahawa segala tulisan termasuk tandatangan yang sepatutnya hak persendirian,
hendaklah mudah dibaca (legible). Oleh itu, kami dilatih printing dengan menggunakan alat-alat yang diberikan.
Ketul dakwat itu dengan menggunakan sedikit air, diputar-putar di atas palate sehingga wujud kualiti dakwat yang
boleh diterima. Printing dimulai dengan lukisan di atas kertas dengan menulis huruf ABC dan angka 123. Mata pen
nombor 991, bukan mudah hendak dikawal kerana pada lazimnya cuma boleh digaris dari atas ke bawah.

Selepas sebulan, pelatih Mohd. Amin dan Mohd, Noor berasa bosan, dengan kerenah cikgu dalam segala usaha
mereka membentuk huruf dan angka yang diharapkan. Akhirnya mereka terus menghilangkan diri. Dalam keadaan
tersebut, bagi saya, saya berhujah seorang diri atas agenda “ nak pi atau nak nanti ”. Akhirnya kekosongan tersebut
telah diisi oleh dua pemuda berbangsa cina iaitu Lim Hoey Yam dan Soon Kok Thyes.

Saya dengan sendirinya menjadi pelatih yang kanan. Walau bagaimanapun, mereka tidak terus berkekal dengan
Jabatan Ukur. Mereka berhenti selepas menerima latihan di Sekolah Teknik Kuala Lumpur.

Pada bulan Julai tahun 1937, saya telah mendapat peluang melanjutkan ilmu ukur tanah di Sekolah Teknik Kuala
Lumpur. Kedua-dua pelatih tersebut ikut serta. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan telah memberi kami biasiswa
selama 2 tahun di Sekolah Teknik dengan elaun 30 ringgit sebulan dan disambung dengan latihan praktikal lagi 2
tahun dengan gaji 40 ringgit sebulan.

Tiga atau empat buah rumah yang ditinggalkan kerajaan telah menjadi sekolah, asrama, pejabat dan dewan bagi
murid-murid yang datang dari seluruh Semenanjung. Pelajar-pelajar adalah terdiri daripada calon daripada jabatan
teknik seperti Jabatan Ukur, JKR, Telekom, D.I.D. dan bilangannya lebih kurang 100 orang.

Jabatan Ukur menaja dua kelas, iaitu satu untuk murid tahun pertama dan lagi satu untuk murid tahun kedua. Mata
pelajaran cuma ditumpu pada perkara bersangkutan dengan kerja ukur. Disamping itu, murid juga diberi syarahan
oleh pegawai Kesihatan bagi subjek First Aid.

Pada tahun 1937, generasi masa itu tidak seperti kini, leka dengan teknologi canggih. Kami cuma tekun belajar cara
mengguna alat pengukur tiodolit vernier, mempunyai sikap ingin tahu, tahan lasak, jujur, sabar dan teliti.

                                                                                                                         25
     Seorang mat saleh dari Jabatan Ukur telah dilantik sebagai pensyarah dan sebagai pegawai yang bertanggungjawab
     untuk melaksanakan dasar dan polisi yang telah digubal oleh Jabatan Ukur. Beliau telah dibantu oleh seorang lagi
     pembantu teknik yang berpangkat kanan dari Jabatan Ukur.

     Latihan ukur ditumpu khasnya pada kerja ukur kadaster dengan kegunaan alat-alat pengukur yang digunakan semenjak
     tahun 1900 dahulu iaitu teknik tiodolit dan rantai. Konsep ‘ Face Left ‘ dan ‘ Face Right ‘ ( F & F ) juga di amalkan.

     Disamping mengulangkaji pelajaran, saya juga membuka ruang untuk beriadah iaitu dengan menubuhkan pasukan
     Ragbi Sekolah Teknik selain bola sepak. Setelah tamat belajar di sana kami diberi waran perjalanan dengan percuma
     iaitu tiket keretapi kelas ketiga untuk pulang ke rumah masing-masing sebelum melapor diri ke pejabat pada esok
     harinya.

     Dengan itu tamatlah episod selama 2 tahun dan akan mulai dengan episod kedua juga selama dua tahun.

     Penulis ialah B.K.L.
     Sebagai “Batu Konkrit Lama”



     Sekitar......
     Ceramah Bulan Mei

     S
            eperti biasa program ceramah bulanan di JUPEM diteruskan demi kebaikan semua kakitangan di jabatan ini.
            Us. Mohd Nizam (Us. Ujang), Bekas Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
            (JAKIM) sekali lagi diundang khas oleh Jemaah Kebajikan Islam, Jabatan Kerajaan, Jalan Semarak, Kuala
     Lumpur untuk menyampainkan ceramah beliau untuk warga JUPEM, bertempat di Dewan Ukur Ibu Pejabat JUPEM
     Kuala Lumpur pada 8 Mei 2007 bersamaan 20 Rabiulakhir 1428H.




26    BERITA UKUR
Maal Hijrah 1428H
Peringkat kebangsaan




S
       ambutan Maal Hijrah 1428H/2007M peringkat kebangsaan telah diadakan
       pada 20 Januari 2007 bersamaan 1 Muharam 1428H bertempat di Kompleks
       Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Seramai 38 orang kakitangan
JUPEM telah dipilih menyertai perhimpunan tersebut secara rasmi bagi mewakili
warga JUPEM keseluruhannya. Bagi melicinkan pergerakan kontinjen JUPEM dalam
perarakan sambutan itu, taklimat kepada mereka yang terpilih telah diadakan di
Dewan Ukur JUPEM pada 18 Januari 2007.

Tema Sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1428H/2007M ialah “Insan Cemerlang Umah
Terbilang” menyatakan hasrat murni kerajaan ke arah memperkasa dan
memartabatkan umat Islam ke persada kegemilangan.

Titah ucapan perasmian Maal Hijrah 1428H/2007M peringkat kebangsaan
disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada tahun ini dua orang tokoh telah terpilih menerima anugerah Maal Hijrah 1428H.
Mereka ialah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Sheikh Ghazali
bin Abdul Rahman dan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim. Anugerah
tersebut telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis itu turut dihadiri Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin dan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Manakala pada 22 Januari 2007 bersamaan 3 Muharam 1428H bertempat di Surau JUPEM, Wisma JUPEM, Kuala
Lumpur berlangsungnya program ceramah agama sempena sambutan Maal Hijrah 1428H/2007M anjuran JUPEM
dengan kerjasama Jemaah Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Penceramah jemputan
ialah YBhg. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
dengan tajuk “ HIJRAH MEMBENTUK WARGA JUPEM YANG BERILMU DAN BERINTEGRITI ”.




                                                                                                                      27
     Larian Terowong SMART & Karnival Keluarga


                               J  UPEM bersama-sama sembilan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam
                                  Sekitar Malaysia (NRE) mengambil bahagian dalam program Larian Terowong SMART
                               & Karnival Keluarga anjuran NRE, yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Azmi bin Khalid,
                               Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mewakili YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
                               Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac 2007 (Ahad) berhampiran Pejabat Urusan
                               Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd Jalan Davis off Jalan Tun Razak)
                               sempena pembukaan terowong itu pada tahun ini.

     Pelepasan para peserta larian terowong sejauh 16 km telah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam
     Sekitar Malaysia. Beliau turut mengambil bahagian berlari bersama-sama peserta larian terowong sebagai tanda
     sokongan kepada mereka yang mengambil bahagian acara larian itu. Program larian terowong dan karnival keluarga
     bertujuan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat lagi Terowong SMART yang merupakan
     satu lagi mercu tanda kejayaan anak tempatan di negara kita. Hadir sama dan mengambil bahagian dalam acara
     larian tersebut, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

     Ruang pameran JUPEM menyediakan bahan-bahan untuk tatapan para pengujung supaya mereka dapat mengenali
     lebih dekat lagi peranan jabatan ini dalam menjana pembangunan negara melalui aktiviti ukur dan pemetaan di
     Malaysia dan persempadanan antarabangsa. JUPEM juga menghantar 5 orang pegawai penerangan di ruangan
     pameran itu bagi membantu para pengunjung mendapatkan informasi jabatan ini.




28    BERITA UKUR
PAMERAN
LABUAN INTERNATIONAL SEA CHALLENGE 2007

B
        ertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah di jemput
        untuk menyediakan gerai pameran bersama-sama 38 agensi jabatan kerajaan lain termasuk pihak swasta.
        Acara sukan tahunan anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Labuan
telah diadakan pada 1 hingga 6 Mei 2007, disertai peserta dari dalam dan luar negara.

Beberapa kakitangan JUPEM Labuan dengan bantuan seramai enam orang dari ibu pejabat JUPEM telah bertugas
memberi penerangan kepada pengunjung pameran berkaitan peranan dan fungsi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
serta perkhidmatan yang ditawarkan. Di sepanjang pameran tersebut, jualan beberapa produk jabatan seperti peta e-
map, peta jalan dan buku nama-nama pulau di Malaysia telah mendapat sambutan dari orang ramai.

Selain dari hari bertemu pelanggan, pameran yang disertai oleh JUPEM dalam mana-mana program telah memberi
banyak manfaat serta kesedaran kepada masyarakat jabatan yang perlu dirujuk jika terdapat masalah berkaitan kerja
pengukuran tanah dan lain-lain perkhidmatan. Aktiviti kerja jabatan ukur bukan sahaja terhad kepada pengukuran
hak milik tanah, malah lebih daripada itu yang meliputi pelbagai bidang seperti maklumat astronomi bagi penentuan
arah kiblat, takwim Islam serta maklumat data air pasang surut, tanda aras, stesen GPS dan sebagainya.

Terdapat 20 acara serta aktiviti pantai yang menarik penduduk setempat berkunjung ke pameran Labuan International
Sea Challenge 2007 (LISC ’07) yang dirasmikan oleh YB. Datuk Suhaili bin Abdul Rahman, ahli parlimen merangkap
pengerusi Perbadanan Labuan. Di samping pertandingan seperti tarik tali berperahu, berkayak dari Labuan ke Brunei
sejauh 92 km, memancing pesisir pantai terdapat juga persembahan kebudayaan, artis jemputan dan persembahan
bunga api. Dalam majlis penutupan LISC 07 pula, YB. Datuk Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan telah
sudi menyampaikan hadiah yang dipertandingkan sepanjang acara yang dijalankan. Hadiah utama bernilai RM
20,000.00 dalam acara Rolex/IGFA Labuan International Game Fishing Tournament 2007 telah dimenangi oleh pasukan
campuran dari Johor/Singapura yang berjaya menaikkan pelbagai jenis ikan seberat 205 kg.




                                                                                                                    29
     Kempen Derma Darah
     JUPEM 2007

     K
            empen derma darah anjuran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dengan kerjasama JUPEM telah diadakan
            pada 12 April 2007 bertempat di Dewan Ukur JUPEM. Sambutan dikalangan warga JUPEM amat menggalakan
            seperti tahun-tahun lepas. Penderma darah juga diberi sijil sebagai tanda penghargaan negara kepada mereka
     dalam amalan kebajikan dengan menyumbang darah bagi membantu menyelamatkan nyawa atau mereka yang
     memerlukannya ketika kecemasan. Program kempen derma darah dimulakan jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang yang
     diuruskan kakitangan-kakitangan, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.



     Sekitar Program Kempen Darah di JUPEM




30    BERITA UKUR
Sukan NRE Ke-2 tahun 2007



S
        ebanyak 11 buah agensi di bawah Kementerian
        Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah
        mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan NRE
Ke-2 yang berlangsung mulai 29 Jun hingga 1 Julai 2007
bertempat di Universiti Malaya. Pada tahun ini, Jabatan
Pengaliran dan Saliran Malaysia (JPS) telah menjadi tuan
rumah dan penganjur bagi kejohanan yang mempunyai 19
acara yang dipertandingkan di mana kebanyakan tempat
acara pertandingan dijalankan sekitar kawasan kampus
Universiti Malaya kecuali sukan golf, snuker dan tenpin
boling.


Timbalan Menteri NRE, YBhg. Dato’ S. Sothinathan telah
merasmikan kejohanan sukan tersebut bagi menggantikan
YBhg. Dato’ Seri Azmi b. Khalid, Menteri NRE. Matlamat
diadakan kejohanan sukan secara dwitahunan ini, diharap
dapat mewujudkan persaingan yang sihat serta kerjasama
yang erat ke arah mewujudkan semangat kerja berpasukan
di kalangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian NRE.


Semangat berpasukan inilah yang harus kita budayakan
dalam setiap kerja yang dilakukan untuk meningkatkan
kualiti dan produktiviti jabatan. Melalui aktiviti bersukan ini,
ia juga secara langsung dapat mengukuhkan hubungan dan
ikatan silaturahim di kalangan pegawai dan peserta
kontinjen sekalian, di samping bersaing antara satu sama
lain dengan semangat kesukanan serta hormat-
menghormati.




Kontinjen JUPEM telah menghantar seramai 170 orang atlet yang diketuai oleh En. Wan Zainuddin b. Wan Yusoff
selaku ketua kontinjen dan menyertai semua acara yang dipertandingkan. Pada tahun ini JUPEM telah mendapat
johan dalam pertandingan acara tenis dan snuker, manakala bagi acara dart dan catur di tempat yang ketiga. Majlis
penutup kejohanan sukan dan penyampaian piala pusingan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Ibrahim b. Abu
Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha II NRE pada 1 Julai 2007 di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya.
                                                                                                                    31
     Pada kejohanan sukan NRE ke-2, johan keseluruhan telah
     dimenangi oleh kontinjen dari FRIM, diikuti oleh pasukan
     JPS, JPSM, JMG dan JUPEM tempat kelima. Semangat
     kerjasama dan komitmen yang tinggi serta penuh
     tanggungjawab haruslah dipuji kepada kontinjen JUPEM
     yang menyertai kejohanan sukan tahun ini walaupun
     dengan serba kekurangan dan persediaan latihan yang
     singkat. Adalah diharapkan pada masa depan penglibatan
     semua pihak amatlah dihargai bagi memajukan sukan
     Jabatan dan lebih bersedia pada kejohanan sukan NRE
     ke-3 yang akan dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan
     Semenanjung Malaysia (JPSM).




     sambungan dari m.s.17




                                                                               Hari Keluarga JUPEM W.P.
                                                                               Labuan

                                                                               Sebahagian acara sukaneka untuk
                                                                               kanak-kanak sempena Hari
                                                                               Keluarga JUPEM W.P. Labuan pada
                                                                               24 Februari 2007




     Yang Di Pertua Kelab Sukan dan
     Kebajikan JUPEM W.P. Labuan
     bersama AJK Hari Keluarga JUPEM
     W.P. Labuan pada 24 Februari 2007.




     RALAT

     Detik Sejarah JUPEM

     Pada tahun 1962, Ibu Pejabat Jabatan Ukur berpindah dari Jalan Mounbatten ke Bangunan Ukur Jalan Semarak.
     (Bukan tahun 1942 seperti mana yang disiarkan dalam Berita Ukur Bilangan 41)
32    BERITA UKUR

								
To top