FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KELEMAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN

Document Sample
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KELEMAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN Powered By Docstoc
					 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KELEMAHAN
   PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR MENENGAH
       RENDAH DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH
              DAERAH BATU PAHAT, JOHOR




                  NORLIZA ZAKARIA




           UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KELEMAHAN
    PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM
PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR MENENGAH
          RENDAH DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH
                   DAERAH BATU PAHAT, JOHOR




                         NORLIZA ZAKARIA




           Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

                      Sebahagian daripada syarat

 Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)




                          Fakulti Pendidikan

                     Universiti Teknologi Malaysia




                              April 2006
                                DEDIKASI




                            --- Ditujukan Khas --




                                 Ayahanda,

              Zakaria Hj. Hassan yang menjadi idolaku dan sering

 memberiku semangat untuk terus melangkah dalam dunia penuh pancaroba ini.

                                   Bonda,

              Norhayati Lemas Abdullah yang telah membesarkan

             dan mendidik Angah tanpa rasa penat hingga hari ini.

                                  Kekanda,

                Noriza yang selalu memberi inspirasi untukku,

                                   Adinda,

                   Norfarida yang berkongsi zaman kecilku.

                           Buah hatiku nan comel,

            Redz Adam Iskandar yang selalu menghiburkan hatiku



--- Tanpa melupakan, insan-insan yang pernah berkongsi suka duka bersamaku ---
                                                                                     ii




                                PENGHARGAAN




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya dapat
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik), Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai Johor. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah
S.A.W, rasul sekalian umat.


Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan buat Encik Yusof Bin
Boon selaku penyelia yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang menyiapkan kajian ilmiah ini. Semoga Allah sentiasa memberkati
perjuangan dan membalas jasa beliau selalu.


Ucapan penghargaan juga buat keluarga tercinta, mak, abah, along, adik, ipar duai,
dan anak saudara yang selalu menceriakan, memahami, mendoakan dan sentiasa
memberi sokongan demi memperkayakan ilmu. Semoga kasih kalian sentiasa subur.


Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada pengetua dan guru-guru yang terlibat
dalam kajian ini. Kerjasama anda adalah amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
                                                                                   iii




                                     ABSTRAK




       Kajian ini adalah merupakan kajian kes yang bertujuan mengenal pasti faktor-
faktor yang menyumbang kepada kelemahan pelaksanaan penggunaan Bahasa
Inggeris dalam pembelajaran Matematik bagi pelajar menengah rendah di tiga buah
sekolah di Daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini hanya melihat faktor-faktor
kelemahan pelaksanaan dari empat aspek iaitu pengetahuan asas Matematik,
kemahiran berbahasa dalam Bahasa Inggeris, minat terhadap pembelajaran
Matematik dengan medium Inggeris dan bahan atau kemudahan berbahasa Inggeris
yang digunakan dalam pembelajaran Matematik. Seramai 16 orang guru Matematik
menengah rendah terlibat sebagai responden kajian. Alat kajian yang digunakan ialah
soal selidik yang mengandungi 40 item dengan pilihan jawapan Skala Likert.
Mengikut data-data yang telah dikumpulkan telah dianalisis menggunakan perisian
komputer Statistical Package for Social Science ( SPSS ). Analisis data dilakukan
untuk mencari nilai min, peratus dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan
pengetahuan pelajar mengenai asas Matematik adalah pada tahap sederhana iaitu
dengan nilai min 2.95, diikuti min sederhana oleh faktor-faktor lain seperti kemahiran
berbahasa Inggeris ialah 2.56, minat terhadap pembelajaran matematik menggunakan
Bahsa Inggeris ialah 2.84 serta bahan dan kemudahan ialah 2.77. Kajian
menunjukkan kelemahan dalam pengetahuan asas Matematik dan kemahiran
berbahasa Inggeris serta kurangnya minat terhadap perubahan medium dalam
pembelajaran Matematik adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kelemahan
pelaksanaan P&P subjek Matematik dalam bahasa Inggeris. Manakala bahan dan
kemudahan bukanlah faktor utama kelemahan pelaksanaan sekiranya pelajar
menggunakannya secara optimum.
                                                                                  iv




                                   ABSTRACT




       This case study aims to identify the factors contributed to the weaknesses in
English usage during the learning of Mathematics in 3 secondary schools in Batu
Pahat, Johore. There 4 factors are studied here. They include basic Mathematics
knowledge, English usage skills, interest on learning Mathematics with English
medium and facility provided. 16 lower form teachers that are chosen as respondents.
The instrument used was questionnaire with 40 questions using Likert Scale. The
mean, frecuency and percentages are analysed using Statistical Package for Social
Science ( SPSS ). Result shows that all factors has mean in average range. Basic
knowledge of Mathematics among students with mean 2.95, English usage skills is
2.56, interest on learning Mathematics with English medium is 2.84 and facility
provided is 2.77. Study shows that the weakness in basic Mathematics knowledge and
skills in English itself and lack of interest on medium changing in learning
Mathematics subject are the factors contribute to the weakness of running
Mathematics learning using English medium. Instead of that, facility provided is not
the main factor contributed to the weakness if the students know how to utilize them
optimally.
                                                      v




                            KANDUNGAN


BAB     PERKARA                         MUKA SURAT


        HALAMAN JUDUL                           i
        HALAMAN PENGAKUAN                       ii
        HALAMAN DEDIKASI                        iii
        HALAMAN PENGHARGAAN                      iv
        ABSTRAK                                 v
        ABSTRACT                                vi
        KANDUNGAN                                vii
        SENARAI JADUAL                           xi
        SENARAI SIMBOL                          xiii
        SENARAI LAMPIRAN                        xiv




BAB I   PENDAHULUAN


        1.1    Pengenalan                       1
        1.2    Latar Belakang Masalah           6
        1.3    Pernyataan Masalah               7
        1.4    Objektif Kajian                  8
        1.5    Persoalan Kajian                 8
        1.6    Rasional Kajian                  9
        1.7    Skop / Batasan Kajian            11
        1.8    Kekangan Kajian                  11
        1.9    Definisi Kajian                  11
        1.10   Kesimpulan                       13
                                                                         vi




BAB II    SOROTAN KAJIAN YANG BERKAITAN


          2.1   Pengenalan                                              15
          2.2   Sejarah dan Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris      16
          2.3   Peranan guru-guru dalam PPSMI ( ETEMS )                 17
          2.4   Isu – isu dan cabaran pelaksanaan                       18
          2.5   Pengetahuan Matematik                                   19
          2.6   Pencapaian Matematik dalam Menilai Pelaksanaan PPSMI 21
          2.7   Minat serta Sikap dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar   21
          2.8   Bahan dan Kemudahan Pembelajaran                        23
          2.9   Kesimpulan                                              24




BAB III   METODOLOGI KAJIAN


          3.1   Pengenalan                                              25
          3.2   Rekabentuk Kajian                                       25
          3.3   Persampelan                                             27
          3.4   Instrumen Kajian                                        27
          3.5   Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian           30
          3.6   Analisis Data                                           31
          3.7   Kesimpulan                                              32




BAB IV    DAPATAN KAJIAN


          4.1   Pengenalan                                              33
                                                                        vii

        4.2   Latar Belakang Responden                                  34
        4.3   Tahap Pengetahuan Asas Matematik Pelajar                  37
        4.4   Tahap Kemahiran Berbahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar 41
        4.5   Tahap Minat Pelajar Terhadap Pembelajaran Matematik
              Dengan Penggunaan Bahasa Inggeris                         44
        4.6   Bahan Dan Kemudahan Berbahasa Inggeris Dalam
              Pembelajaran Pelajar                                      48




BAB V   PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN


        5.1   Pendahuluan                                               52
        5.2   Perbincangan                                              53
              5.2.1   Perbincangan Persoalan Kajian 1                   53
              5.2.2   Perbincangan Persoalan Kajian 2                   55
              5.2.3   Perbincangan Persoalan Kajian 3                   57
              5.2.4   Perbincangan Persoalan Kajian 4                   59
        5.3   Rumusan                                                   60
        5.4   Cadangan-Cadangan                                         61
              5.4.1   Mengadakan Ujian Tahap Pengetahuan Asas           61
              5.4.2   Kempen Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam
                      Pembelajaran Matematik                            61
              5.4.3   Mengemaskinikan Ruang / Papan Kenyataan Istilah
                      Matematik                                         62
              5.4.4   Kotak Pertanyaan Tentang Matematik Dengan
                      Penggunaan Bahasa Inggeris                        62
              5.4.5   Mengadakan Kem Matematik Untuk Meningkatkan
                      Minat Pelajar                                     63
              5.4.6   Menganjurkan Festival Matematik                   63
              5.4.7   Mengadakan Kajian Dengan Skop lebih Besar         64
                                                            viii

               5.4.8   Mengadakan Kajian Dengan Mengambil
                       Pandangan Pelajar                    64


      5.5 Kesimpulan                                        64




RUJUKAN                                                     66


LAMPIRAN
                                                                      ix




                             SENARAI JADUAL



NO. JADUAL                        TAJUK                      MUKA SURAT

3.1      Pembinaan item-item soalan berkenaan
         faktor-faktor yang mendorong kepada
         kelemahan pelaksanaan penggunaan bahasa
         Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
             Matematik di kalangan pelajar dari persepsi
         guru                                                    27


3.2      Jumlah skor bagi setiap kenyataan                       30
3.3      Jumlah skor dan tahap pelaksanaan penggunaan
         bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
         pembelajaran Matematik                                  30
4.1      Taburan responden mengikut jantina                      34
4.2      Taburan responden mengikut kelulusan akademik           34
4.3      Taburan responden mengikut kelulusan ikhtisas           35
4.4      Taburan responden mengikut pengkhususan                 35
4.5      Taburan responden mengikut penyertaan dalam
         kursus ETEMS                                            36
4.6      Taburan responden mengikut tingkatan pelajar yang
         diajar subjek Matematik                                 36
4.7      Tahap pengetahuan asas matematik pelajar                38


4.8      Kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar        42
4.9      Minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
         Matematik dalam Bahasa Inggeris                         45
4.10     Bahan dan kemudahan yang digunakan dalam
                                                                      x

        pembelajaran Matematik pelajar                       49


                       SENARAI SIMBOL



FPK     -     Falsafah Pendidikan Kebangsaan
UPSR    -     Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SPM     -     Sijil Pelajaran Malaysia
KBSR    -     Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM    -     Kurikulum Baru Sekolah Menengah
BBM     -     Bahan Bantu Mengajar
ICT     -     Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
PPSMI   -     Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
              Bahasa Inggeris
PPD     -     Pejabat Pelajaran Daerah
SPSS    -     Statistical Package For The Social Sciences
P&P     -     Pengajaran dan Pembelajaran
                                                            xi




           SENARAI LAMPIRAN



LAMPIRAN   TAJUK



A          Borang soal selidik
B          Surat kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia
C          Surat akuan Fakulti Pendidikan, UTM
D          Surat rasmi sokongan kajian
                                       BAB I




                                   PENGENALAN




1.1    Pengenalan




       Pendidikan adalah suatu landasan yang penting untuk melahirkan pelajar-
pelajar atau ahli masyarakat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dalam sesebuah negara. Pendidikan juga memainkan peranan yang amat
penting sebagai agen dan alat untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan
dan keharmonian kaum khususnya di negara ini. Justeru itu pendidikan negara perlu
berlaku seiring dengan arus pembangunan negara apatah lagi apabila Malaysia kini
menuju Wawasan 2020.



       Seiring dengan Wawasan 2020 Malaysia memerlukan masyarakat aktif dan
proaktif di mana pendidikan memainkan peranan yang sangat signifikan. Pendidikan
negara untuk suatu dekad akan datang harus lebih dinamik untuk menyediakan
golongan pekerja berilmu sebagai satu langkah dan strategi pembangunan sumber
manusia bagi percepatkan proses pembangunan negara. Sejajar dengan itu ini amat
bergantung kepada dasar liberasi sistem pendidikan kearah melahirkan ramai pekerja
berilmu, rajin, tekun dan produktif.
                                                                                      2

         Bahasa Inggeris telah menjadi semakin penting dalam era globalisasi dimana
ia merentasi sempadan mana-mana negara. Bahasa inggeris juga dalah bahasa ilmu
pengetahuan dimana 80 peratus bahan dalam internet adalah berbahasa inggeris.
Sebagai bahasa hubungan antarabangsa, pelajar boleh memperolehi maklumat
mengenai perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik disamping
meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber. Melihat kepada
kepentingan bahasa Inggeris ini, maka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 telah dicadangkan oleh
kerajaan. Pada masa yang sama pelaksanaannya memberi peluang kepada guru dan
pelajar peluang menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisien
berkomunikasi dalam bahasa tersebut.



         Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris
secara berperingkat telah dijalankan bermula pada tahun 2003 bagi pelajar tahun 1,
tingkatan 2 dan tingkatan 6 bawah di semua sekolah kebangsaan. Sebelum
dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Soalan
peperiksaan telah disediakan menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dilakukan
sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di
dalam peperiksaan Sains dan Matematik bermula pada tahun 2008 bagi peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pada tahun 2005 bagi Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan pada tahun 2007 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).



         Kurikulum pendidikan adalah isi utama yang telah banyak berubah dan
pelbagai rombakan telah dilaksanakan. Perubahan berlaku adalah mengikut
perkembangan dan kehendak semasa. Menurut Razali (1996) perubahan kurikulum
ialah penukaran kurikulum sedia ada, sementara konsep pembaharuan kurikulum
memberi gambaran bahawa kurikulum yang sedia ada itu akan diberi elemen-elemen
baru. Manakala mengikut Taba (1962) pula menyatakan pembaharuan kurikulum
                                                                                     3

bermaksud perubahan bahagian tertentu di dalam kurikulum tanpa perubahan konsep-
konsep asas kurikulum atau organisasi.


       Tuntutan semasa sesebuah negara sering berubah. Banyak faktor boleh
mempengaruhi perubahan dalam kurikulum dan pendidikan. Razali (1996)
menghuraikan sebanyak lima faktor utama menyebabkan sesuatu kurikulum perlu
diperbaharui iaitu :



         (i)   Kewujudan ilmu-ilmu baru ekoran daripada penemuan baru mengikut
               keadaan semasa. Penemuan baru wujud disebabkan oleh kajian dan
               penyelidikan yang dijalankan oleh pakar sesuatu bidang. Kurikulum
               yang sedia ada perlu diubahsuai supaya pelajar-pelajar boleh
               mempelajari ilmu yang mutakhir

        (ii)   Kehendak masyarakat yang berubah mengikut citarasa dan keperluan
               semasa sesuatu masyarakat. Banyak perkara yang mempengaruhi
               perubahan kehendak masyarakat seperti taraf kematangan masyarakat
               berbeza diantara negara membangun dengan negara yang maju


       (iii)   Perkembangan dasar kerajaan turut mempengaruhi dalam perubahan
               kurikulum. Dasar kerajaan sangat dipengaruhi perkembangan dunia
               semasa, keperluan nasional sesebuah negara dan perkembangan sains
               dan teknologi.

        (iv)   Idea-idea baru yang diperkenalkan oleh pakar pendidikan adalah satu
               ransangan pihak penggubal kurikulum untuk melakukan pembaharuan.
               Antara faktor yang boleh dijadikan contoh adalah penggunaan
               komputer di sekolah, ilmu pengurusan di dalam bidang perniagaan dan
               perindustrian. Dengan itu pengubahsuaian kurikulum perlu dibuat
               terutama isi kandungan dan mata pelajaran terbabit.
                                                                                      4

        (v)   Kelemahan yang terdapat dalam sistem perkembangan kurikulum
              yang sedia ada juga mendorong usaha-usaha bagi memperbaharui
              kurikulum seperti pemilihan objektif dan penggunaan bahan bantu
              mengajar


       Manakala mengikut Najib Tun Razak (1997) menyatakan perubahan serta
reformasi pendidikan mesti bersifat ‘Systematic Change’, ia tidak boleh satu
komponen sahaja dan semua komponen itu mesti diolah sedemikian rupa supaya
perubahan kita bersepadu dan holistik serta komprehensif. Sementara itu, menurut
Tan Sri Musa Mohamad (2001) menyatakan tidak dapat dinafikan bahawa sistem
pendidikan yang proaktif akan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Melalui sistem
pendidikan yang mantap dan berkualiti, natijahnya akan memberi implikasi yang
bukan sedikit kepada pembangunan negara.



       Perubahan terhadap pendidikan telah berlaku sejak zaman sebelum merdeka
hingga kini. Secara umumnya boleh dikatakan terdapat tiga fasa utama pembaharuan
kurikulum bagi memenuhi tuntutan semasa sama ada didorong oleh masyarakat,
kerajaan, guru, dan pakar pendidikan. Tiga fasa tersebut ialah sebelum kedatangan
kuasa Barat, semasa penjajahan Barat dan selepas negara mencapai kemerdekaan.



       Sebelum kedatangan kuasa Barat, sistem pendidikan adalah berbentuk tidak
formal seperti membuat senjata atau seni mempertahankan diri. Kedatangan ulama
islam dari Tanah Arab dan India membawa kepada sistem sekolah pondok dengan
corak pendidikan lebih sistematik iaitu pecahan kepada ajaran Islam iaitu pelajaran
Al-Quran, Tauhid, Fekah, Fardu Ain, Fardu Kifayah dan lain-lain. Kurikulum
pendidikan pada masa itu bersesuaian dengan zaman kedatangan agama Islam di
Tanah Melayu. Kandungan kurikulum pendidikan ketika itu juga lebih menekankan
kepada aspek pengajran Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri.
                                                                                     5

       Kedatangan kuasa penjajah terutama kuasa barat telah membawa bersama
bentuk pendidikan yang baru. Kurikulumnya lebih tertumpu kepada matlamat mereka
sendiri iaitu ‘ pecah dan perintah ’. Sistem pendidikan inggeris telah mewujudkan
lima aliran pendidikan yang mengikut ras dan kaum masing-maisng. Lima aliran
bahasa ini juga berasingan tujuan, matlamat dan kandungan kurikulumnya. Sistem
pendidikan plural ini dikendalikan dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Arab,
Cina dan India. Pembaharuan kurikulum yang berlaku adalah pertambahan
penggunaan bahasa pengantar dan orientasi pendidikan juga cenderung menumpukan
taat setia rakyat pendatang kepada negara masing-masing dengan menggunakan
bahan kurikulum yang dibawa dari negara asal.



       Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan terus
berkembang dan mengalami pelbagai pembaharuan sesuai dengan inspirasi penduduk
tempatan dan kehendak pemerintah yang terdiri daripada rakyat tempatan.
Pembaharuan kurikulum dan pendidikan terus berlaku berdasarkan kepada Laporan
Razak1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa
Kabinet 1974 dan Akta Pendidikan 1996. Pembaharuan ini jelas menunjukkan negara
dan masyarakat mementingkan pendidikan sebagai agen dan alat untuk mencapai
perpaduan kaum, pembangunan negara dan ke arah negara maju serta pendidikan
berkualiti diperingkat dunia. Pembaharuan paling ketara adalah penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dan penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).



       Mengikut Doll (1982) faktor pembaharuan kurikulum ini berlaku disebabkan
kewujudan peningkatan teknologi. Ia juga berlaku akibat perancangan perubahan
masyarakat dan hubungan kemanusiaan yang dinamik. Penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
sebagai satu langkah untuk menyerapkan penggunaan komputer dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Proses
                                                                                   6

pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan komputer dan ICT memerlukan
penguasaan bahasa Inggeris dengan baik.




1.2    Latar Belakang Masalah




       Rentetan kepentingan Bahasa Inggeris dalam kehidupan masa ini berikutan
kemajuan dalam bidang teknologi dan sains ketika ini terdapat saranan untuk
menggunakan bahasa ini sebagai pengantar dalam subjek Sains dan Bahasa Inggeris
di sekolah-sekolah. Perkara ini telah diketengahkan dalam Kongres Pendidikan
Melayu yang diadakan pada 1 dan 2 September 2001. Seorang pembentang kertas
kerja telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan
dalam bahasa Inggeris dari peringkat sekolah rendah.



       Kerajaan telah menyokong dasar ini dan mengarahkan sekolah-sekolah
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris dan dikenali dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Pelbagai respon dari masyarakat dan ahli akademik
telah diutarakan. Namun PPSMI akhirnya diteruskan pelaksanaannya di semua
sekolah-sekolah kebangsaan seluruh negara.



       Kongres Pendidikan Melayu Kedua telah meminta kerajaan mengkaji semula
penggunaan Bahasa Inggeris untuk dua mata pelajaran itu. Permintaan ini adalah
berkenaan kajian akademik yang mendapati 80 peratus atau setengah juta pelajar
Melayu akan keciciran dalam kedua-dua pelajaran amnya dan Matematik khususnya.
Pengerusi Jawatankusa Kongres Pendidikan Melayu Kedua ini, Tengku Razaleigh
juga mengatakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran Matematik
                                                                                   7

dan Sains telah menimbulkan banyak masalah kepada guru dan pelajar sejak ia
dilaksanakan tiga tahun lalu.



       Pelbagai dakwaan tentang keberkesanan PPSMI di sekolah diperkatakan.
Banyak pihak yang menyuarakan kebimbangan tentang prestasi dan penerimaan
pelajar dan guru. Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan dasar pelaksanaan PPSMI
tidak berubah hasil mesyuarat Jemaah Menteri pada April 2005. Kerajaan adalah
badan yang sentiasa memantau pelaksanaan PPSMI supaya pengajaran kedua-dua
mata pelajaran lebih berkesan. Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha untuk
melaksanakan kaedah baru yang boleh dilaksanakan sebagai kaedah yang berkesan
untuk menjayakan PPSMI ini.



       Penguasaan dalam bidang Sains dan Matematik adalah sangat penting. Justeru
itu adalah wajar kurikulum, skop pendekatan dan pencapaian bagi kedua-dua mata
pelajaran ini dinilai semula. Beberapa perkara perlu difikirkan dan dilaksanakan
sebagai persediaan untuk melaksanakan pendidikan Sains dan Matematik supaya
hasilnya adalah sebagaimana yang diingini. Pelajar contohnya adalah subjek yang
terlibat selain guru dalam dasar baru pendidikan negara ini.




1.3    Pernyataan Masalah




       Proses pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris telah
dijalankan hampir tiga tahun. Namun begitu tidak banyak kajian yang dijalankan
untuk melihat kelemahan pelaksanaanya. Pelaksanaan yang masih baru ini perlu
dipergiatkan. Berbagai-bagai masalah timbul ekoran pelaksanaan penggunaan bahasa
Inggeris di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Dengan ini penyelidik
ingin mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kelemahan pelaksanaan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik di kalangan pelajar
                                                                                   8

menengah rendah di tiga sekolah menengah daerah Batu Pahat, Johor di kalangan
pelajar dari pandangan guru.




1.4    Objektif Kajian




       Kajian ini dijalankan terhadap pelajar dari persepsi guru untuk :



          i.   Mengenal pasti pengetahuan asas Matematik untuk memperkukuhkan
               keilmuan dalam bidang ini

         ii.   Mengenal pasti kemahiran berbahasa Inggeris dalam membantu
               pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam Bahasa Inggeris

        iii.   Mengenal pasti minat pelajar dalam pembelajaran Matematik
               menggunakan Bahasa Inggeris terhadap kefahaman matematik dalam
               Bahasa Inggeris

        iv.    Mengenal pasti bahan dan kemudahan yang dapat meningkatkan
               kefahaman Bahasa Inggeris




1.5    Persoalan Kajian



       Berhubung dengan pernyataan masalah dan objektif kajian, penyelidik ingin
menjawab persoalan-persoalan berikut


          i.   Bagaimanakah tahap pengetahuan asas Matematik pelajar ?
         ii.   Bagaimanakah tahap kemahiran berbahasa Inggeris pelajar
                                                                                        9

         iii.   Bagaimanakah minat pelajar terhadap penggunaan bahasa Inggeris
                membantu dalam pembelajaran mata pelajaran Matematik
         iv.    Adakah bahan dan kemudahan berbahasa Inggeris yang digunakan
                dapat membantu pembelajaran Matematik pelajar ?


1.6     Rasional Kajian




        Pelbagai isu yang timbul tentang keciciran pelajar dalam Matematik adalah
antara sebab penyelidik ingin mengkaji persoalan-persoalan yang timbul berkenaan
dengan faktor-faktor kelemahan dari segi pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di kalangan pelajar. Dapatan kajian
ini adalah berguna untuk pihak-pihak berkepentingan di sekolah mahupun ahli
pendidikan. Kepentingan dan rasional kajian ini dapat dilihat terhadap beberapa pihak
seperti berikut.




1.6.1   Pelajar



        Pelajar-pelajar dapat melihat apakah faktor faktor yang perlu dipertingkatkan
supaya lebih bersedia untuk mempelajari Matematik di dalam Bahasa Inggeris
dengan berkesan. Pelajar juga boleh menggunakan pendekatan dan cadangan untuk
meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran Matematik.



1.6.2   Guru


        Guru-guru selaku orang yang paling rapat dengan pelajar dapat mengelakkan
kelemahan dari segi pelaksanaan dalam penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan
pelajar. Guru-guru dapat memilih pendekatan yang lebih berkesan dalam membantu
pelajar lebih memahami Matematik walaupun diajar menggunakan bahasa Inggeris.
                                                                                  10



1.6.3   Sekolah

        Sekolah perlu menyediakan bahan dan bantuan yang diperlukan guru dan
pelajar untuk memantapkan lagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dengan penggunaan bahasa Inggeris ini. Sokongan dari segi moral dan
material juga perlu untuk menggalakkan kefahaman dan peningkatan prestasi pelajar
dalam Matematik



1.6.4   Pejabat Pelajaran Daerah



        Selaku wakil kementerian pendidikan yang memantau sekolah-sekolah
didalam daerah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) adalah pihak yang telah
dipertanggungjawab memantau keberkesanan mahupun kelemahan pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah keberkesanan pelaksanaan
penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik di sekolah. PPD dapat merancang
aktiviti yang bersesuai ataupun merangka bahan dan bantuan yang diperlukan oleh
sekolah di dalam kawasannya untuk memenuhi dasar yang diperkenalkan oleh
kementerian pelajaran.



1.6.5   Kementerian Pelajaran malaysia


        Kementerian Pendidikan dapat menggunakan dapatan kajian ini untuk
memperkukuhkan lagi perancangan yang bakal mahupun sedang dilaksanakan dalam
memastikan kejayaan yang ingin diperolehi dalam mencapai matlamat negara akibat
dari pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik ini.
                                                                                     11

1.7     Skop / Batasan Kajian



        Kajian ini akan dijalankan di hanya tiga buah sekolah menengah di sekitar
daerah Batu Pahat, Johor melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu, dua dan tiga
sahaja. Kajian ini akan fokus terhadap guru-guru Matematik tingkatan satu, dua dan
tiga sebagai responden yang akan memberi gambaran tentang kelemahan pelaksanaan
penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran pelajar mereka.




1.8     Kekangan Kajian



        Di luar jangkauan penyelidik, terdapat beberapa kekangan dalam kajian ini.
Kekangan ini bolehlah terbahagi kepada dua jenis iaitu ;


           1. Dalaman
               Pengetahuan terhad penyelidik terhadap beberapa perkara.
           2. Luaran
               Penyelidik tidak dapat meluaskan lagi populasi responden kerana
               kekangan kewangan.




1.9     Definisi Kajian



1.9.1   Kelemahan
        Pencapaian yang rendah dan menunjukkan kegagalan dan pencapaian yang
        tidak mencapai ke satu tahap yang diingini. Dalam konteks kajian kelemahan
        ini dilihat dari segi pencapaian atau keputusan Matematik yang tidak
        memberansangkan di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Matematik.