MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERTAJUK by nfn20801

VIEWS: 439 PAGES: 20

									MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERTAJUK PENGKOLONIAN DAN SESARAN MATA PELAJARAN BIOLOGI
                           TINGKATAN EMPAT




                      MOHD RIDZUAN BIN ABIDIN




 Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
     penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)




                             Fakulti Pendidikan
                        Universiti Teknologi Malaysia




                                MAC, 2004
                                                          iii




                     DEDIKASI




                   Buat Ibu Bapaku:
               Site Ruhani Bt Che Man
                   Abidin Bin Abdol


                   Adik-beradikku:
                     Mohd Nizam,
                    Mohd Firdaus
                   Serta Nurdianah.


“Doa dan pengorbanan kalian menghasilkan kejayaan ini”.
                                                                                  IV

                                 PENGHARGAAN




           “ Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah , Lagi Amat Penyayang”.


       Penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia projek sarjana
muda iaitu Tuan Haji Muslim Bin Jonid yang telah membimbing dan membantu
sehingga terbinanya modul perisian alat bantu mengajar (ABM) ini.


       Turut dirakamkan terima kasih kepada Dr. Arba’at di atas pertolongan dan
galakan yang telah di berikan dalam membangunkan ABM ini.


       Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan di atas
komen, cadangan dan nasihat yang membina serta sentiasa bersedia untuk membantu
dalam menjayakan perisian ini.


       Akhir sekali penulis ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada
ahli keluarga saya En. Abidin Bin Abdol, Pn. Siti Ruhani Bte Che Man, Mohd Nizam
Bin Abidin, Mohd Firdaus Bin Abidin dan Nurdianah Bte Abidin yang telah
memberikan galakan dan sokongan serta menjadi inspirasi bagi menjadi insan yang
berjaya.


       Turut merakamkan terima kasih kepada setiap individu yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga segala jasa baik
yang sekalian berikan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T jua.



Mohd Ridzuan Bin Abidin
4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
                                                                                  v

                                    ABSTRAK




       Melihatkan kepada perkembangan yang pesat dalam bidang multimedia dan
pelaksanaan penggunaan komputer di dalam kelas secara giat mulai tahun 2003 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan
komputer bagi kegunaan guru-guru sains khususnya, sangat wajar segera diwujudkan.
Oleh itu , projek pembangunan perisian ABM yang dijalankan ini adalah bagi memenuhi
kekurangan perisian ABM yang masih wujud dalam versi Bahasa Malaysia. Selain itu,
adalah diharapkan perisian ini akan menjadi sebahagian daripada sesi pembelajaran
biologi khususnya bagi tajuk Pengkolonian, berjalan dalam suasana yang lebih menarik
dan efektif berbanding menggunakan ABM tradisional. Ini adalah kerana perisian ini
dibangunkan dengan mempunyai ciri-ciri multimedia yang menjadikannya lebih
menarik   untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian ini juga turut
dimasukkan sesi penilaian, kerohanian dan laman web yang boleh di”linkkan” dan
menjadikannya lebih sempurna berbanding ABM tradisional.
                                                                                        vi

                                      ABSTRACT




       In consistent of fast development of multimedia and application of computers in
classroom by Ministry Of Education which increasing sharply started early 2003, the
usage of the teaching aid facilities (TAF) based on computers for science teachers
should be started as soon as possible. Due to this reason, the TAF software development
was made to fulfill the shortage of science’s TAF software in Malay version. Beside that
it will make biology’s teaching session especially for ‘Colonization ‘topic be interesting
and in conducive environment as compared the traditional TAF. This is because the
development of this software also have multimedia element that can make the learning
and teaching session more interesting. This software also contained testing session,
spiritual aspect and guidelines for internet browsing which make it is the most
completed software as compared to the traditional one.
                                                                         vii

                                KANDUNGAN



JUDUL                                                              i
PENGAKUAN                                                          ii
DEDIKASI                                                           iii
PENGHARGAAN                                                        iv
ABSTRAK                                                            v
ABSTRACT                                                           vi
KANDUNGAN                                                          vii


BAB PERKARA                                                  MUKA SURAT




I   PENDAHULUAN


    1.1    Pengenalan                                              1
    1.2    Latar belakang Projek                                   3
    1.3    Penyataan Masalah                                       5
    1.4    Objektif Projek                                         6
    1.5    Kepentingan Projek                                      6
    1.6    Skop Projek                                             7
    1.7    Rasional Pemilihan Tajuk                                7
    1.8    Definisi Istilah                                        9
           1.8.1 Modul                                             9
           1.8.2   Alat Bantu Mengajar (ABM)                       9
           1.8.3   Modul ABM berasaskan Komputer                   10
           1.8.4   Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)         11
           1.8.5   Multi media Dan Elemen-elemennya                11
                                                                           viii

II    SOROTAN PENULISAN


      2.1   Pengenalan                                                13
      2.2   Jenis-jenis ABM                                           14
      2.3   Perbezaan Antara ABM Dan PBK Secara Umum                  15
      2.4   Kelebihan ABM Berasaskan Komputer                         16
            2.4.1   E-book                                            18
      2.5   Kelemahan ABM Berasaskan Komputer                         19
      2.6   Teori Pembelajaran Dalam ABM Berasaskan Komputer          19
            2.6.1   Teori Pembelajaran Konstruktivisme                20
            2.6.2   Teori Pembelajaran Kognitif                       22
            2.6.3   Behaviorisme                                      23
      2.7   Taksonomi Bloom                                           23
      2.8   Strategi Pengajaran Dalam Modul ABM Berasaskan Komputer   24




III   METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK


      3.1   Pengenalan                                                26
      3.2   Penentuan Tajuk Dan Skop                                  26
      3.3   Rasional Pemilihan Media                                  27
      3.4   Klasifikasi Komputer                                      28
      3.5   Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea                      28
      3.6   Analisis Pembangunan                                      29
            3.6.1 Objektif Pengajaran                                 29
            3.6.2   Kumpulan Sasaran                                  30
            3.6.3 Isi Kandungan Pelajaran                             30
            3.6.4   Soalan/Penilaian Pencapaian                       32
            3.6.5   Format Spesifikasi Isi Kandungan                  33
      3.7   Persekitaran Pengguna                                     34
                                                           ix

     3.8    Pemilihan Perisian Pembangunan Utama      34
            3.8.1   Perisian multi media              36
     3.9    Perkakasan Pembangunan                    38
     3.10   Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna   39
     3.11   Plan Pembangunan Perisian                 40




IV   PEMBANGUNAN PERISIAN




     4.1    Pengenalan                                47
     4.2    Struktur Asas Perisian                    48
            4.2.1   Paparan Montaj Dan Tajuk          48
            4.2.2 Paparan Bantuan                     49
            4.2.3   Paparan Menu Utama                49
            4.2.4   Paparan Isi Kandungan             50
            4.2.5 Paparan Skrin Penilaian             51
            4.2.6   Kemudahan Laman Web               53
            4.2.7 Paparan Glosari                     53
            4.2.8   Paparan Galeri                    54
            4.2.9 Paparan Aktiviti                    55
            4.2.10 Paparan Uji Minda                  56
            4.2.11 Paparan Video                      57
            4.2.12 Paparan Peneguhan                  58
     4.3    Pakej Perisian                            60
     4.4    Cara Menggunakan Perisian                 61
                                                                            x




V   PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN




    5.0    Pengenalan                                                  64
    5.1    Perbincangan                                                64
           5.1.1   Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian   65
    5.2    Kekuatan Dan Kelemahan Perisian                             66
           5.2.1 Kekuatan Perisian                                     66
           5.2.2   Kelemahan Perisian                                  67
    5.3    Cadangan                                                    68
    5.4    Kesimpulan                                                  69




RUJUKAN


LAMPIRAN
                                                                                      1




                                        BAB 1




                                 PENDAHULUAN




1.1 Pengenalan




    Pendidikan di Malaysia kini mengalami era perubahan yang begitu ketara selaras
dengan perkembangan sains dan teknologi reformasi yang berlaku dalam sistem
pendidikan melibatkan pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam
sistem pendidikan yang lama, pemahaman pelajar terhadap pelajaran semata-mata
bergantung kepada kemahiran guru untuk menyampaikan pelajaran seperti dalam ‘chalk
and talk’. Pada masa kini, multimedia didapati berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat memberi persembahan kepada pancaindera manusia.
Pengalaman melalui satu jenis deria sahaja tidak mencukupi untuk mencapai
pemahaman. Pengalaman perlu di rangsang oleh pancaindera dan diolah oleh proses-
proses mental supaya pembelajaran bermakna dapat di capai.




    Dengan kemunculan Sekolah Bestari (smart school) menjelang tahun 1999, secara
tidak langsung mengubah sikap pelajar yang bergantung kepada tenaga pengajar, kepada
                                                                                      2

sistem yang lebih efektif, iaitu konsep penekanan kepada penggunaan teknologi untuk
membantu mencapai matlamat pembelajaran.




    Disebabkan salah satu daripada aplikasi dalam pembangunan Koridor Raya
Multimedia adalah Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan telah mula mengatur
strategi untuk menyediakan tenaga pengajar dalam mata pelajaran teknologi maklumat.




    Penggunaan perisian multimedia akan menjadi salah satu pendekatan pembelajaran
yang sangat penting yang akan menghasilkan generasi yang celik maklumat. Ini adalah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang menekankan kepada penghasilan
rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai
kebahagiaan pada tahap yang lebih tinggi serta boleh menyumbangkan kepada
keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat dan negara. Bekas Timbalan Perdana
Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 1998 telah
menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dalam bidang multimedia
dan berkebolehan menggunakan komputer .(NST, 18 Okt.1997). Pelancaran Kempen
Kesedaran mengenai IT oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah bijak dalam
mewujudkan masyarakat IT.




    Menteri Pendidikan sendiri pernah menekankan bahawa reformasi pendidikan akan
menitikberatkan unsur teknologi maklumat melalui program literasi komputer dan
pendidikan sains dan teknologi. MSC dengan Sekolah Bestarinya adalah kemuncak
proses penjanaan generasi celik komputer yang akan menggunakan kaedah pembelajaran
melalui sistem komputer berangkaian dan dihubungkan ke internet. Lanjutan dari
Sekolah Bestari, usaha melahirkan lebih ramai generasi celik komputer ialah dengan
penubuhan Universiti Multimedia yang akan menjadi pusat penyelidikan dan
pembangunan (R and D) khususnya dalam bidang teknologi maklumat yang
                                                                                      3

membabitkan kerjasama di dalam bidang akademik dan korporat di samping
menyediakan kemudahan pendidikan jarak jauh yang lebih canggih dan berkesan.




    Maka dapat disimpulkan bahawa menambahkan unsur-unsur seperti bunyi-bunyian,
animasi selain dari gambar foto, membantu merangsang penggunaan deria yang efektif
semasa sesi pembelajaran. Dua deria yang paling besar penggunaannya di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, iaitu mata dan telinga (88% penggunaannya) harus
dijadikan sasaran asas semasa pengajaran di dalam bilik darjah.




1.2 Latar belakang projek




    Usaha ke arah menghasilkan reformasi pendidikan bermula pada tahun 1980. Usaha
ini selaras dengan perakuan yang dikemukakan dalam laporan jawatankuasa kabinet
(1979) yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran di Malaysia. Dalam usaha itu,
Falsafah Pendidikan yang selama ini hanya tersirat, diwartakan menjadi Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Falsafah ini yang akan menentukan arah haluan asas dan
sumber ilham kepada semua usaha dalam bidang pendidikan. Namun untuk
menjadikannya satu realiti memerlukan kegigihan dan ketabahan setiap individu yang
menjadi keluarga pendidikan. Bagi memudahkan tindakan yang sepatutnya dilakukan ke
arah menjadikan FPN sebagai nilai teras pendidikan kebangsaan Malaysia, maka KBSR
dan KBSM dilahirkan.




    Sistem pendidikan lama dengan sistem pendidikan baru jika dibuat perbandingan ,
amat jauh berbeza. Kaedah pengajaran sistem pendidikan lama seperti (KLSR)
Kurikulum Lama Sekolah Rendah lebih memusatkan kepada guru dan proses
                                                                                       4

pembelajaran di bilik darjah bergantung sepenuhnya kepada guru dan papan hitam.
Manakala sistem pendidikan baru KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan
KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) lebih bertumpu kepada pembelajaran
interaktif dan menggunakan alat bantu mengajar yang lebih canggih sesuai dengan
kemajuan sains dan teknologi komputer, slaid, televisyen, dan sebagainya.




    Dalam zaman serba moden ini, pelajar telah didedahkan kepada pelbagai
perangsang yang menarik dalam kehidupan seharian mereka seperti televisyen, media-
media, komputer yang dipenuhi pelbagai elemen media seperti video, grafik, muzik,
audio dan sebagainya. Jika pengajaran masih dijalankan dengan kaedah lama seperti
menggunakan kapur dan bercakap sahaja, ini tentu akan membosankan dan
mengurangkan minat pelajar. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran antara guru dan
pelajar akan menjadi kurang berkesan.




    Menurut A.J.Romiszowki dalam Noran (1994), menyatakan bahawa bahan
pengajaran yang sesuai haruslah mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian, kewibawaan
dan kemas kini. Menurut Okey (1985) pula, antara beberapa sebab mengapa keciciran
pelajar dalam pembelajaran ialah penggunaan bahan pengajaran yang kurang berkesan,
persekitaran pembelajaran yang kurang memberangsangkan dan tiada kepelbagaian
kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh
guru.




    Dalam era maklumat ini, penggunaan teknologi dalam membantu meningkatkan
strategi pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan. Komputer merupakan salah
satu peralatan yang semakin popular dipraktikkan dalam bidang pendidikan. Walau
bagaimanapun terdapat kurang perisian yang boleh digunakan di sekolah-sekolah di
Malaysia.
                                                                                     5

1.3 Penyataan Masalah




    Di negara kita, pembangunan perisian tempatan amat kurang dan penyediaan bahan
rujukan berbentuk perisian yang sesuai digunakan belum lagi selari dengan
perkembangan multimedia yang melanda sistem pendidikan tempatan. Isi-isi yang
dikemukakan dalam perisian tidak cukup sebagai satu alat yang akan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih-lebih lagi bahasa pengantara dalam
sekolah adalah Bahasa Malaysia. Tambahan pula, pembelajaran dengan perisian yang
sesuai dapat memberi kefahaman yang lebih jelas lagi dan berkesan dalam proses
pembelajaran di samping mengukuhkan lagi penguasaan atau kefahaman sesuatu topik
mata pelajaran. Menurut kajian Weinraub (1998), bahawa peratusan pemahaman
pembelajaran pelajar dengan menggunakan perisian yang berunsurkan multimedia
adalah lebih tinggi dan hasilnya adalah lebih baik berbanding dengan kaedah
pembelajaran tradisional.




    Oleh itu, penulis telah memilih dan tampil untuk menyumbangkan idea dan tenaga
khususnya bagi penyediaan ABM berasaskan komputer. Projek ini adalah sukatan mata
pelajaran Biologi yang bertajuk ‘Pengkolonian’ bagi tingkatan empat KBSM yang
dibangunkan secara multimedia. Secara tidak langsung ini menambahkan ABM
berasaskan komputer yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan.
                                                                                     6

1.4 Objektif Projek




     Objektif projek ini adalah seperti berikut:


   (i)     Membangunkan satu Perisian Modul Alat Bantu Mengajar (ABM)
           berasaskan Power Point XP yang bertajuk Pengkolonian Dan Sesaran,
           Biologi Tingkatan Empat KBSM, dalam Bahasa Malaysia.


   (ii)    Menambah bilangan ABM yang berbahasa Malaysia di negara ini.


   (iii)   Sebagai bahan sokongan kepada guru kerana guru boleh menggunakan
           perisian ini untuk mengukuhkan kefahaman pelajaran di samping
           memudahkan proses pengajaran guru.




1.5 Kepentingan Projek




     Perisian Modul ABM yang dibina ini adalah untuk mengatasi kekurangan dan
kelemahan yang terdapat pada bahan yang berasaskan teknologi cetakan dan media
bukan cetakan. Bahan ini adalah sebagai media sokongan untuk guru-guru dalam
pengajaran dan juga sesuai untuk digunakan oleh pelajar secara personal sebagai rujukan
dan ulang kaji.




     Modul ABM ini juga memenuhi kriteria media yang menarik, membantu proses
pemahaman dan mampu mengekalkan daya ingatan kepada topik Pengkolonian Dan
Sesaran. Di samping itu modul ABM ini juga menyediakan dorongan pengetahuan
                                                                                          7

tambahan yang berkaitan dengan perkara-perkara lain, penilaian dan adaptasi nilai-nilai
murni kepada pelajar sebagaimana kehendak Falsafah Pendidikan. Ini akan
menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan mempunyai nilai-nilai yang baik di
dalam diri mereka.




1.6 Skop Projek




    Tajuk modul ABM yang dihasilkan ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran
Biologi Tingkatan Empat KBSM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk yang di
bangunkan ialah ‘Pengkolonian’ yang merupakan sebahagian daripada tajuk Ekosistem.




    Ia merangkumi pengertian bagi pengkolonian, sesaran, perintis dan juga proses
pengkolonian dan sesaran di kolam. Walau bagaimanapun nilai-nilai murni turut
diselitkan di samping pengujian formatif dan sumatif yang juga turut dimasukkan untuk
melengkapkan modul ini sebagai suatu perisian modul ABM yang efektif dan sempurna.




1.7 Rasional Pemilihan Tajuk




    Selaras dengan matlamat dan objektif mata pelajaran Biologi, kandungan mata
pelajaran ini memberi penekanan kepada pemahaman pengetahuan Biologi yang kemas
kini aplikasinya dalam kehidupan harian. Dengan itu, pelajar mampu menghadapi dunia
yang kian berorientasikan maklumat dan teknologi. Melalui kajian Biologi juga, pelajar
                                                                                         8

yang memahaminya akan bertanggungjawab sebagai pengurus alam demi keharmonian
dan kesejahteraan hidupan sejagat.




    Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan di dalam projek ini ialah Pengkolonian dan
Sesaran, Biologi Tingkatan Empat KBSM. Berdasarkan pengalaman Cik Mahfuzah Bt.
Bokhari, guru yang mengajar mata pelajaran biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Maharani, Muar, tajuk ini sukar dijelaskan jika tidak menggunakan ABM yang
sesuai kerana proses pengkolonian dan sesaran tidak nampak secara terus dan tidak
dapat dirasai aktivitinya.”ABM yang terdapat di sekolah ini sekarang adalah dari jenis
carta pegun dan mengharapkan gamba rajah pegun yang terdapat dalam buku teks dan
buku rujukan yang mereka ada dan ianya juga kurang menarik perhatian dan kurang
berkesan kerana tidak dapat menggambarkan proses atau aktiviti bagi pengkolonian dan
sesaran yang sebenarnya” ujar beliau.




    Tajuk ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang keseimbangan dalam alam
yang ditetapkan melalui saling bersandaran di antara organisma dengan alam sekitar dan
kitar semula jadi yang berlaku dalam alam ini.




    Pelajar diberi kesedaran bahawa aktiviti manusia mempengaruhi keseimbangan
alam. Oleh itu, manusia perlu mengurus alam ini dengan bijaksana demi menjamin
kemandirian masyarakat.




    Kesimpulannya dapat dirumuskan ianya sebagai rasional bagi pemilihan tajuk ini.
Iaitu dengan harapan dapat memudahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar,
memudahkan dan meringankan beban guru dari segi menghasilkan ABM, sebagai bahan
rujukan tambahan dan juga membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya bagi tajuk ini.

								
To top