Docstoc

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Kediaman

Document Sample
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah Kediaman Powered By Docstoc
					                                                                                                     SETEM
                              PERJANJIAN SEWA RUMAH KEDIAMAN
                                                                                                     HASIL
PERJANJIAN tersebut di atas telah dimeteraikan pada tarikh: _______________________ di antara:

Nama: ____________________________________________ No K/P: _______________________________ Alamat:
________________________________________________________________________________________________
Pemilik rumah kediaman tersebut yang terletak di atas ___________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
Selepas ini disebut PIHAK PERTAMA.

                                                     Dan

Nama: _________________________________________ No.K/P: ________________________________________.
Alamat mengikut kad pengenalan: ______________________________________________________________
Sebagai penyewa rumah kediaman tersebut selepas ini akan di sebut PIHAK KEDUA.


DAN pada tarikh tersebut telah dipersetujui bersama iaitu PIHAK PERTAMA selaku pemilik yang sah rumah
kediaman itu kepada PIHAK KEDUA selama ________________ yang berkuatkuasa mulai tarikh perjanjian ini
dimeteraikan dan akan berakhir pada ___________________.


DAN pada telah dipersetujui bersama di antara dua pihak, kadar sewa bulanan mulai dari tarikh perjanjian ini
dimeteraikan selama (                                  ) ialah RM___________________ (Ringgit Malaysia:
_________________________Sahaja).


DAN pada telah dipersetujui bersama di antara dua pihak, sebelum perjanjian ini dimeteraikan dihadapan saksi,
PIHAK KEDUA dikehendaki membayar kepada PIHAK PERTAMA seperti berikut :

         1.   Bayaran Wang Deposit kadar SATU BULAN SEWA yang bejumlah RM_______________ (Ringgit
              Malaysia : ________________________).
         2.   Bayaran Wang Deposit Air (JBA) untuk SATU BULAN sebanyak RM________________ (Ringgit
              Malaysia : _____________________).
         3.   Bayaran Wang Deposit Elektrik untuk SATU BULAN sebanyak RM__________________ (Ringgit
              Malaysia :_____________________).


TELAH dipersetujui bersama di antara dua pihak, PIHAK KEDUA hendaklah membayar sewa bulanannya kepada
PIHAK PERTAMA setiap bulan dan tidak lewat dari tarikh ( ) HARIBULAN (bulan berkenaan). Dan jika selepas
itu, PIHAK KEDUA terpaksa membayar tambahan Wang Deposit bagi bulan berikut.


TELAH dipersetujui bersama di antara dua pihak, PIHAK KEDUA dilarang sama sekali melakukan apa yang
disenaraikan di bawah ini: (contoh)

         1.   Menjalankan kegiatan berjudi (Judi Haram) di dalam rumah kediaman ini.
         2.   Menjalankan kegiatan jual beli atau mengedar jenis-jenis dadah samada di dalam atau pun di kawasan
              kediaman ini.
         3.   Menyimpan senjata api haram yakni tanpa lesen yang sah.
         4.   Menjalankan kegiatan pelacuran atau kegiatan maksiat samada di dalam atau di luar rumah kediaman
              ini.


ADALAH juga dilarang sama sekali PIHAK KEDUA menyewakan rumah kediaman ini kepada PIHAK KETIGA
ATAU PIHAK LAIN. Kecuali mendapat kebenaran dari PIHAK PERTAMA terlebih dahulu.


ADALAH juga dilarang sama sekali PIHAK KEDUA Mengubahsuaikan rumah kediaman ini kecuali mendapat
kebenaran daripada PIHAK PERTAMA terlebih dahulu. DAN jika sekiranya kebenaran diperolehi daripada PIHAK
PERTAMA, segala pengubahsuaian yang hendak dilakukan TIDAK AKAN mengubah bentuk bangunan asas rumah
kediaman tersebut seperti dalam PLAN bangunan yang telah diluluskan oleh pihak Yang Berkuasa Tempatan.
DAN setelah perjanjian ini tamat kuatkuasanya, jika PIHAK KEDUA hendak menyerahkan kembali rumah kediaman
ini, PIHAK KEDUA hendaklah memastikan yang struktur bangunan ini tidak ada kerosakan. Dan jika terdapat
kerosakan, PIHAK KEDUA dikehendaki membaikinya.

DAN ketika penyerahan rumah kediaman dibuat, sekiranya terdapat barangan di dalam rumah atau di luar rumah
seperti lampu, sinki dan seumpamanya yang dimiliki oleh PIHAK PERTAMA, maka PIHAK KEDUA terpaksa
mengganti atau membaikinya. JIKA PIHAK KEDUA enggan berbuat demikian, pengembalian wang deposit akan
dipotong dalam kadar harga kerosakan bangunan tersebut.


Dan sekiranya PIHAK PERTAMA bercadang hendak membatalkan perjanjian ini, atas alasan untuk mengambil balik
rumah kediaman ini, PIHAK PERTAMA dikehendaki memberi NOTIS BERTULIS tidak kurang                hari dari
tarikh PIHAK KEDUA mengosongkan rumah kediaman tersebut. Dan jika kurang dari _______ hari dari tarikh
pengosongan itu, PIHAK PERTAMA dikehendaki membayar kembali wang deposit sejumlah
RM_____________ (Ringgit Malaysia :________________________________________) disertakan dengan wang
penalti sebanyak kadar Wang deposit yang telah diterima daripada PIHAK KEDUA. Ini bermakna PIHAK
PERTAMA dikehendaki membayar kembali sejumlah RM____________________ (Ringgit Malaysia:
___________________________________sahaja ) kepada PIHAK KEDUA.


DAN jika PIHAK KEDUA pula bercadang hendak membatalkan perjanjian ini, atas alasan hendak menyerahkan
kembali kediaman itu, maka PIHAK KEDUA hendaklah menyerahkan NOTIS BERTULIS kepada PIHAK
PERTAMA dalam tempoh _____________ hari sebelum penyerahan rumah kediaman itu dilakukan. Dan jika
kurang ___________________ hari, PIHAK KEDUA tidak boleh menuntut kembali WANG DEPOSIT yang
telah dibayar kepada PIHAK PERTAMA.


DAN jika sekiranya ketika perjanjian ini masih berkuatkuasa, salah seorang dari mana-mana pihak meninggal dunia,
maka perjanjian ini akan terus berkuatkuasa kepada waris atau waris-waris pihak yang berkenaan. Namun begitu,
perlaksanaan mengambil alih kuatkuasa perjanjian ini hendaklah diurus olem mana-mana pihak atau kedua-dua pihak
dengan berhadapan dua saksi.
DAN dengan ini, kami kedua-dua pihak menurunkan tandatangan di hadapan DUA ORANG SAKSI.


PIHAK PERTAMA:




...................................................................................
Tandatangan
Nama:
No. K/P:
Alamat:



PIHAK KEDUA:




………………………………………………………
Tandatangan
Nama:
No. K/P:
Alamat:




SAKSI PIHAK PERTAMA:




. …………………………………………………....
Tandatangan
Nama:
No. K/P:




SAKSI PIHAK KEDUA :




. …………………………………………………....
Tandatangan
Nama:
No. K/P:

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:35583
posted:6/18/2010
language:Malay
pages:3