Docstoc

LATIHAN MAKROEKONOMI BAB 2

Document Sample
LATIHAN MAKROEKONOMI BAB 2 Powered By Docstoc
					                              SOALAN MAKROEKONOMI LATIHAN BAB 2


1. Tentukan sama ada perkara-perkara berikut diambil kira atau tidak dalam pengiraan
    Keluaran Dalam Negara Kasar kaedah perbelanjaan di negara Malaysia. Jelaskan.

   (a) Nilai tepung yang digunakan dalam membuat roti canai oleh Restoran Sadiqul Dulkef.     [2]

   (b) Nilai tepung yang dibeli oleh Pn. Akmar untuk membuat biskut kepada anaknya.            [2]

   (c) Nilai tepung yang dibeli oleh En. Boey untuk diderma kepada rumah anak yatim.           [2]

2. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan apakah yang dimaksudkan
    dengan nilai ditambah?                                                                     [6].

3. Untuk setiap perkara berikut, tentukan sama ada ia diambil kira atau tidak diambil
   kira dalam menghitung KDNK kaedah pendapatan. Jelaskan kenapa?

    (a) Amir Azami, guru pakar mata pelajaran Ekonomi, menerima duit tuisyennya.

    (b) Aizat Muslim mendapat gaji kerana menjadi pensyarah di Universiti Of Tokyo, Jepun.

    (c) Hafizan Dol Rahim, seorang pegawai tinggi JPJ, menerima gaji bulanan sehingga bulan
        jun, tetapi menerima pencen bulanan mulai bulan julai.                                 [6].

4. Mengapakah pendapatan negara dihitung pada setiap tahun di negara anda?.                   [6].

5. „ Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara banyak dipengaruhi oleh anugerah kekayaan
     sumber alam semulajadinya. Bincangkan.                                                   [6].

6. Terangkan cara penghitungan pendapatan negara kaedah perbelanjaan yang
   diamalkan di Malaysia.                                                                     [10].

7. Terangkan sejauh manakah pendapatan perkapita sesuai digunakan sebagai alat untuk
   mengukur taraf hidup antara dua buah negara yang berbeza.                                  [10].

8. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan masalah-masalah yang dihadapi
   oleh sesebuah negara dalam penghitungan pendapatan negara.                                 [10].

9. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Negara Kasar Potensi dan Keluaran Negara
    Kasar Benar untuk beberapa tahun bagi sebuah negara tertentu.

              Tahun    KNK Potensi (RM juta)      KNK Benar (RM juta)
                1             3000                      2600
                2             3600                       300
                3             4320                      4320
                4             5184                      4100
                5             6211                      4500
   (a) Apakah yang dimaksudkan dengan
       i. Keluaran Negara Kasar Potensi?.                                                           [1].
       ii.Keluaran Negara Kasar Benar?.                                                             [1].

   (b) Berdasarkan data diatas,
       i. Lukis dan lebelkan KNK Potensi dan KNK Benar.                                             [4].
       ii. Lorekkan kawasan yang menunjukkan lompang KNK.                                           [2].

   (c) Tahun manakah menunjukkan ekonomi ini mencapai tingkat guna tenaga penuh?.
       Mengapakah jawapan anda demikian?.                                                           [2].

10. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Negara Kasar Potensi, Keluaran Negara Kasar Benar
    dan lompang Keluaran Negara Kasar?.                                                              [6].

11. Untuk setiap perkara berikut, tentukan sama ada ia diambil kira atau tidak diambil kira dalam
    menghitung KDNK. Terangkan.

       (a) MPM membayar yuran kepakaran kepada Prof. Azizan untuk menggubal semula sukatan
           pelajaran Ekonomi STPM yang baru, bagi menggantikan sukatan pelajaran yang lama.
       (b) Dr. Basir membeli satu set alat golf di Tokyo semasa beliau melancong ke Tokyo.
       (c) Pn. Myra, seorang pegawai tinggi kastam, menerima gaji bulan Disember dan Bonus tahunan. [6].

12. Mengapakah pertumbuhan ekonomi harus dikira berdasarkan Keluaran Negara Kasar Benar,
    bukannya Keluaran Negara Kasar Semasa?, Jelaskan.                                                 [6].

13. Dalam keadaan bagaimanakah masalah pengiraan dua kali wujud?, apakah cara penyelesaiannya?.      [10].

14. Dengan menggunakan contoh yang sesuai, jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh sesebuah
    negara dalam penghitungan pendapatan negara.                                                     [10].

15. (a) Terangkan bagaimana sikap berjimat-cermat masyarakat akan memberi kesan buruk keatas
        tingkat kegiatan ekonomi negara.
   (b) Terangkan juga bagaimanakah caranya, kesan buruk daripada sikap berjimat-cermat
        masyarakat tersebut dapat diatasi.                                                           [10].

16. Jelaskan bagaimana perkara berikut boleh menimbulkan masalah dalam penghitungan pendapatan negara.

       (a) Penghitungan dua kali                                                                      [2].
       (b) Maklumat sebenar                                                                           [2].
       (c) Susut nilai                                                                                [2].

17. Terangkan bagaimana sikap berjimat-cermat masyarakat akan memberi kesan buruk
    keatas tingkat kegiatan ekonomi negara.                                                           [6].

18. Huraikan cara penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran di Malaysia. [10].

19. “ Peningkatan pendapatan negara dari tahun ke tahun menggambarkan pencapainan pembangunan
      ekonomi dan taraf hidup masyarakat”. Bincangkan.                                               [10].
20. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan faktor bersih luar negeri?                               [2]

  (b) Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara
      Kasar (KNK) Malaysia (RM juta) pada harga tetap tahun 2000.

                Butiran            2007             2008
                KDNK              209365           213585
                 KNK              190324           195052

    Berdasarkan jadual di atas;

     (i) berapakah pendapatan faktor bersih luar negeri pada tahun 2007 dan 2008?                          [2]

    (ii) apakah kesan nilai pendapatan faktor bersih luar negeri yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008
         itu kepada ekonomi negara?                                                                        [2]

    (iii) hitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan nilai KDNK dan KNK,                                 [2]

    (iv) antara KDNK dengan KNK, yang manakah yang lebih sesuai menggambarkan pertumbuhan
        ekonomi Malaysia? Mengapa?                                                                         [2]

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:1353
posted:6/16/2010
language:Malay
pages:3
Description: SOALAN LATIHAN BAB 2 MAKROEKONOMI