Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out

Sejarah UMNO

VIEWS: 111 PAGES: 3

									SEJARAH PERJUANGAN UMNO


Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan
Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini
tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan
orang Melayu sangat marah.

Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru
Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang
rancangan tersebut. Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu
di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan dalam kongres ini juga telah
dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan Melayu dengan tujuan
menyatupadukan orang Melayu.

Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac
1946 bertempat di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di
Rumah Persatuan Penang Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian
diadakan lagi kongres ketiga di Istana besar Johor Bahru pada 11 dan 12
Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi UMNO ditubuhkan.
Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato‟ Onn Jaafar dengan nama
“Pertubuhan Melayu bersatu” atau United Malays Organization”.
Bagaimanapun Tuan Za‟aba mencadangkan supaya ditambah perkataan
“kebangsaan” atau “national” selepas perkataan “pertubuhan”. Akhirnya
kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”
(PEKEMBAR) atau “United Malays National Organization” (UMNO).

Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-
habisan dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun
sahaja Malayan Union dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan secara rasminya pada 1
Februari 1948.

Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu
dikembalikan kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British
masih berkuasa dalam pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil
kekayaan yang ada di dalam Negara ini. Sementara orang-orang Melayu
diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.

Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka
kemerdekaan bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis
Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada
24 dan 25 Mac 1951 meluluskan usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan
Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu” digantikan kepada “Merdeka”.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum
meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun
dahulu kita sama-sama meruntuhkan „ Malayan Union‟, maka sekarang ini
kita akan robohkan pula „Persekutuan Tanah Melayu‟ ini yang tidak berguna
langsung dan kita akan dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.

Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah
perjuangan menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak
akan diberikan sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak
adanya kerjasama dan persefahaman antara kaum dalam Negara ini.

Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO /
Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di
atas tuntutan UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957 dipersetujui.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai
tonggak kepada parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah
menumpukan perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang
diterajui UMNO telah mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam
bidang ekonomi, agama dan sebagainya.

Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka
ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang
berkaitan seperti RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang
pelajaran kerajaan mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian
dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institusi Teknologi
MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan lain-
lain.

Di bidang pembangunan agama pula kerajaan di bawah pimpinan UMNO
mendirikan Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah,
jabatan-jabatan Agama Islam di negeri-negeri dan sebagainya. Semua
program-program ini diadakan berasaskan dasar yang ditetapkan oleh
kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan
sebagainya.
Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah
Negara termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun
telah menjangkau usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang
meliputi 191 bahagian. Ia merupakan sebuah parti politik yang tertua dan
terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun yang dapat
menandinginya.

UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali
pilihanraya UMNO mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya
Umum 2004, bagi kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi
daripada 117 kerusi yang dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak
303 kerusi daripada 337 kerusi telah dimenangi oleh UMNO.

Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang
terunggul di dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua
Penerangan di semua peringkat hendaklah bertanggungjawab mengawal segala
isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan UMNO.

Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah
bertindak pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti
masalah politik wang, kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di
kalangan ahli-ahli dan sebagainya, kerana masalah-masalah tersebut jika
tidak diatasi akan menghancurkan masa depan UMNO.
UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai
murni dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan
bagi membela nasib orang Melayu sepanjang masa. Tindakan kerajaan British
mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan Union pada 22
Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan
takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu
sangat marah.

								
To top