Docstoc

Latih Tubi Pendidikan Islam PMR Modul 1 - Ting 1

Document Sample
Latih Tubi Pendidikan Islam PMR Modul 1 - Ting 1 Powered By Docstoc
					PENDIDIKAN ISLAM                                                             MODUL 1 - PMR


Arahan: Jawab semua soalan yang berikut.

1. Ayat 1-5 surah Al-Baqarah menjelaskan tentang ciri-ciri orang yang bertakwa.
   (i) Senaraikan dua ciri orang yang bertakwa.                                 (4 markah)
   (ii) Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu ciri orang yang bertakwa.
      Apakah tujuan Al-Quran diturunkan kepada manusia?                         (2 markah)
   (iii) Terangkan dua kelebihan terhadap orang yang beramal dengan ajaran Al-Quran.
                                                                                (4 markah)




2. Ayat 34-37 surah Al-Baqarah menerangkan tantang kepatuhan malaikat terhadap
   suruhan Allah S.W.T..
   (i) Nyatakan bukti ketaatan malaikat kepada Allah S.W.T.                     (2 markah)
   (ii) Nyatakan dua cara syaitan memperdayakan manusia supaya menjadi rakannya di
      neraka.                                                                   (4 markah)
   (iii) Jelaskan dua cara untuk menjauhi diri daripada tipu daya syaitan.      (4 markah)




3. Ayat 83 surah Al-Baqarah menerangkan tentang perintah Allah S.W.T. kepada Bani
   Israel.
   (i) Nyatakan dua perintah Allah S.W.T. kepada Bani Israel selain menyembah Allah
      S.W.T.                                                                    (2 markah)
   (ii) Kaum kerabat ialah orang yang dekat dengan kita.
      Nyatakan dua cara berbuat baik kepada kaum kerabat.                       (4 markah)
   (iii) Jelaskan dua kelebihan berbuat baik kepada kaum kerabat.               (4 markah)




                                            1
PENDIDIKAN ISLAM                                                          MODUL 1 - PMR


4. Ayat 155-156 surah Al-Baqarah menerangkan tentang bentuk-bentuk ujian Allah
   S.W.T. kepada manusia.
   (i) Mengapakah Allah S.W.T. melarang umat Islam berputus asa dalam kehidupan?
                                                                             (2 markah)
   (ii) Terangkan dua hikmat ujian Allah S.W.T. kepada manusia.              (4 markah)
   (iii) Nyatakan dua pengajaran yang diperolehi daripada ayat di atas.      (4 markah)


5. Ayat 168 surah Al-Baqarah menerangkan tentang makanan yang halal dan haram
   menurut Islam.
   (i) Nyatakan dua ciri makanan yang halal.                                 (2 markah)
   (ii) Terangkan dua akibat terhadap individu yang mengambil makanan yang haram.
                                                                             (4 markah)
   (iii) Bilakah Islam mengharuskan umatnya makan makanan yang haram? (2 markah)


6. Ayat 201 surah Al-Baqarah menerangkan tentang kepentingan doa dalam kehidupan
   mukmin.
   (i) Senaraikan empat adab berdoa.                                         (4 markah)
   (ii) Jelaskan dua kepentingan berdoa kepada Allah S.W.T..                 (4 markah)
   (iii) Apakah akibat terhadap seseorang yang berusaha tanpa berdoa?        (2 markah)


7. Ayat 219 surah Al-Baqarah menjelaskan tentang keburukan arak dan judi kepada
   manusia.
   (i) Apakah maksud arak dan judi?                                          (2 markah)
   (ii) Terangkan dua faktor yang menyebabkan seseorang itu minum arak dan berjudi.
                                                                             (4 markah)
   (iii) Huraikan dua hikmat pengharaman arak dan judi kepada masyarakat. (4 markah)



                                            2
PENDIDIKAN ISLAM                                                        MODUL 1 - PMR


8. Ayat 255 surah Al-Baqarah dikenali sebagai ayat Kursi yang menerangkan tentang
   sifat, kekuasaan, dan keluasan ilmu Allah S.W.T..
   (i) Senaraikan dua nama Allah S.W.T. yang tercatat dalam ayat di atas.   (2 markah)
   (ii) Jelaskan dua kelebihan mengamalkan ayat Kursi dalam kehidupan harian.
                                                                            (4 markah)
   (iii) Jelaskan dua hikmat Allah S.W.T. menjadikan hidup dan mati?        (4 markah)




9. Ayat 256 surah Al-Baqarah menjelaskan bahawa Islam member kebebasan kepada
   individu memilih agama mereka sendiri.
   (i) Mengapakah Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk agama Islam?
                                                                            (2 markah)
   (ii) Antara kesan buruk taghut ialah masyarakat berpecah belah.
      Nyatakan dua amalan taghut yang masih berlaku dalam masyarakat islam.
                                                                            (4 markah)
   (iii) Terangkan dua akibat buruk terhadap orang yang tidak mengikut ajaran Islam.
                                                                            (4 markah)




10. Ayat 284-286 surah Al-Baqarah menerangkan tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah
   S.W.T..
   (i) Setiap amalan manusia akan dihisab oleh Allah S.W.T. pada hari akhirat dengan
      seadil-adilnya.
      Jelaskan dua hikmat beriman dengan hisab.                             (4 markah)
   (ii) Nyatakan dua amalan batin yang baik.                                (2 markah)
   (iii) Jelaskan dua hikmat rasul diutuskan kepada umat manusia.           (4 markah)



                                            3
PENDIDIKAN ISLAM                                                                MODUL 1 - PMR


11.      Hadis merupakan sumber syariat Islam selepas al-Quran.
      (i) Nyatakan pengertian hadis dari segi istilah.                             (2 markah)
      (ii) Terangkan dua perbezaan antara al-Quran dengan Hadis.                   (4 markah)
      (iii) Berikan maksud hadis aqwal ( ‫ ) اق وال‬dan hadis af’al ( ‫.) اف عال‬      (4 markah)




12.      Umat Islam wajib berpegang kepada akidah yang benar.
      (i) Nyatakan maksud akidah.                                                  (2 markah)
      (ii) Terangkan tiga faedah mempelajari ilmu akidah.                          (6 markah)
      (iii) Nyatakan dua perkara yang membina kekuatan akidah.                     (4 markah)




13.(i) Nyatakan dua peranan iman dalam kehidupan manusia.                          (4 markah)
      (iii) Terangkan dua cara untuk menjadi Muslim dan mukmin yang sejati? (4 markah)
      (iii) Jelaskan dua kelebihan pelajar yang yakin dengan qadak dan qadar.      (4 markah)




14. Orang Islam hendaklah yakin bahawa Allah S.W.T. itu wujud.
      (i) Nyatakan dua bukti yang menunjukkan kewujudan Allah S.W.T.               (4 markah)
      (ii) Terangkan sexara ringkas proses kejadian manusia berdasarkan Al-Quran.
                                                                                   (4 markah)
      (iii) Berikan dua tujuan Allah S.W.T. mencipta tumbuh-tumbuhan dengan pelbagai
         rupa, bentuk dan rasa.                                                    (2 markah)




                                                4
PENDIDIKAN ISLAM                                                                MODUL 1 - PMR


15.      Sabda Rasulullah s.a.w.:




      Hadis di atas menerangkan tentang dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.
      sebagai panduan hidup mukmin.
      Berdasarkan hadis di atas :
      (i) Nyatakan dua panduan tersebut.                                           (2 markah)
      (ii) Terangkan dua kelebihan berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan hadis.
                                                                                   (4 markah)
      (iii) Terangkan dua akibat menolak dan mempersendakan ajaran al-Quran dan Hadis.
                                                                                   (4 markah)


16.      Sabda Rasulullah s.a.w.:




      Hadis di atas menerangkan kepentingan menuntut ilmu.
      Berdasarkan hadis di atas :
      (i) Tuliskan potongan hadis yang membawa maksud “Jangan jadi orang yang kelima, anda
         akan binasa”.                                                             (2 markah)
      (ii) Jelaskan dua peranan orang berilmu terhadap masyarakat.                 (4 markah)
      (iii) Jelaskan dua akibat terhadap individu yang mengabaikan ilmu pengetahuan.
                                                                                   (4 markah)

                                                5
PENDIDIKAN ISLAM                                                        MODUL 1 - PMR


17. Fardhu terbahagi kepada dua iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah.
   (i) Nyatakan contoh fardhu ain dan contoh fardhu kifayah.                (2 markah)
   (ii) Senaraikan dua kesan ke atas individu yang mengabaikan fardhu ain. (4 markah)
   (iii) Nyatakan dua kepentingan fardhu kifayah kepada masyarakat Islam. (4 markah)



18. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa bersuci daripada hadas dan najis.
   (i) Apakah maksud bersuci menurut istilah syarak?                        (2 markah)
   (ii) Senaraikan dua hikmat bersuci dalam Islam.                          (4 markah)
   (iii) Istinjak boleh dilakukan dengan menggunakan air mutlak atau benda kesat.
       Jelaskan cara istinjak menggunakan air dan benda kesat.              (4 markah)




19. Solat ialah tiang agama.
   (i) Nyatakan empat perkara yang membatalkan solat.                       (4 markah)
   (ii) Terangkan dua hikmah solat berjamaah.                               (2 markah)
   (iii) Jelaskan dua syarat sah khutbah Jumaat.                            (2 markah)




20. Islam menggalakkan umatnya melakukan solat sunat seperti solat sunat Tahiyyatul
   Masjid dan solat sunat Rawatib.
   (i) Jelaskan pengertian solat sunat Tahiyyatul Masjid dan solat sunat Rawatib.
                                                                            (2 markah)
   (ii) Terangkan dua faedah melakukan solat sunat Rawatib.                 (4 markah)
   (iii) Nyatakan dua kelebihan solat sunat dalam kehidupan pelajar.        (4 markah)




                                            6
PENDIDIKAN ISLAM                                                       MODUL 1 - PMR


21. Masyarakat Arab Jahiliah mempunyai pelbagai kepercayaan atau agama.
   (i) Apakah maksud jahiliah?                                            (2 markah)
   (ii) Nyatakan dua kepercayaan tersebut.                                (2 markah)
   (iii) Terangkan dua perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap amalan masyarakat
      Jahiliah.                                                           (4 markah)



22. (i) Nyatakan secara ringkas riwayat hidup Rasulullah s.a.w..          (4 markah)
   (ii) Jelaskan dua sebab Rasulullah s.a.w. berjaya memperolehi keuntungan yang
      besar ketika menjalankan perniagaan Saidatina Khadijah r.a..         (4 markah)
   (iii) Terangkan dua sifat terpuji Nabi Muhammad S.A.W. yang perlu dicontohi oleh
      setiap pelajar.                                                     (2 markah)




23. Dakwah Rasulullah s.a.w. sentiasa mengikut perkembangan semasa.
   (i) Nyatakan dua aspek penekanan dakwah Rasulullah s.a.w. di Mekah.     (2 markah)
   (ii) Nyatakan dua ancaman dan penyeksaan yang dihadapi oleh sahabat Rasulullah
      S.A.W. dalam usaha Musyrikin Mekah menyekat dakwah Rasulullah S.A.W..
                                                                          (4 markah)
   (iii) Dakwah Rasulullah S.A.W. terbahagi kepada dua peingkat iaitu berdakwah secara
      rahsia dan berdakwah secara berterus terang.
      Nyatakan dua sebab Rasulullah S.A.W. berdakwah secara rahsia pada peringkat
      awal dakwahnya.                                                     (4 markah)




                                             7
PENDIDIKAN ISLAM                                                                 MODUL 1 - PMR


24.      Perjanjian Aqabah dipersetujui antara Rasulullah s.a.w. dengan beberapa orang
         penduduk dari Yathrib.
      (i) Senaraikan dua isi perjanjian Aqabah Pertama.                             (2 markah)
      (ii) Jelaskan dua langkah yang telah diambil oleh Rasulullah s.a.w. untuk
         mengukuhkan kedudukan umat Islam di Madinah.                               (4 markah)
      (iii) Terangkan dua pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa hijrah. (4 markah)




25. (i) Nyatakan dua sumbangan Saidatina Khadijah Binti Khuwailid r.a. dalam
      perkembangan Islam.                                                           (2 markah)
      (ii) Terangkan secara ringkas riwayat hidup Sumaiyah r.a.                     (4 markah)
      (iii) Jelaskan secara ringkas riwayat hidup Saidina Bilal bin Rabah r.a.      (4 markah)

26. (i) Nyatakan maksud adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan.                   (2 markah)
      (ii) Senaraikan dua adab pergaulan yang sewajarnya diamalkan antara lelaki dan
         perempuan muslim yang bukan mahram.                                        (2 markah)
      (iii) Remaja lelaki dan perempuan masa kini sering terjebak dengan pergaulan bebas.
         Huraikan dua kesan pergaulan bebas terhadap kehidupan masyarakat. (4 markah)



27. Rakan sekelas anda yang bukan beragama Islam jatuh sakit dan dimasukkan ke
      hospital.
      (i) Terangkan dua tanggungjawab anda sebagai rakan sekelas.                   (4 markah)
      (ii) Terangkan dua sifat yang perlu dijauhi ketika berkawan.                  (4 markah)
      (iii) Nyatakan dua hikmah menjaga adab pergaulan sesama rakan sekelas. (2 markah)




                                                8
PENDIDIKAN ISLAM                                                          MODUL 1 - PMR


28. (i) Mengapakah Islam mewajibkan umatnya beradab kepada ibu bapa? (2 markah)
   (ii) Terangkan akibat derhaka kepada ibu bapa.                             (2 markah)
   (iii) Nyatakan dua ganjaran terhadap anak yang taat kepada ibu bapa.       (4 markah)




29. Islam menuntut umatnya supaya menjaga hubungan kekeluargaan.
   (i) Mengapakah kita perlu beradab dengan keluarga?                         (2 markah)
   (ii) Jelaskan dua kaedah yang patut dilaksanakan agar hubungan kekeluargaan tetap
      utuh.                                                                   (4 markah)
   (iii)Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan perselisihan faham di antara ahli
      keluarga?                                                               (2 markah)




30. Guru adalah orang yang mendidik kita.
   (i) Berikan dua sebab kita wajib menghormati guru.                         (4 markah)
   (ii) Terangkan dua hikmat menghormati guru.                                (4 markah)
   (iii) Jelaskan faktor segelintir pelajar bersikap kurang sopan terhadap guru.(2 markah)




31. Umat Islam diwajibkan menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain atau ilmu fardu
   kifayah.
   (i) Senaraikan dua contoh ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.           (4 markah)
   (ii) Nyatakan dua adab menuntut ilmu seperti yang digariskan oleh Islam. (2 markah)
   (iii) Jelaskan dua kepentingan menuntut ilmu.                              (4 markah)




                                            9
PENDIDIKAN ISLAM                                                         MODUL 1 - PMR


32. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga keselamatan harta sekolah.
   (i) Apakah kepentingan harta sekolah kepada pelajar?                     (2 markah)
   (ii) Nyatakan dua kebaikan menjaga harta benda sekolah.                  (4 markah)
   (iii) Jelaskan dua faktor yang berlakunya perbuatanb merosakkan harta benda
      sekolah.                                                              (4 markah)




33. Setiap orang Islam hendaklah beradab dengan Al-Quran.
   (i) Apakah hukum beradab terhadap Al-Quran?                              (2 markah)
   (ii) Jelaskan dua akibat mengabaikan adab membaca Al-Quran.              (4 markah)
   (iii) Terangkan dua perbezaan antara adab membaca Al-Quran dengan membaca
      buku.                                                                 (4 markah)




34. Tulis petikan di bawah menggunakan tulisan jawi.




    Orang mukmin yang taat seperti tekun menunaikan solat fardu, patuh kepada
    ibu bapa dan guru akan dilapangkan kubur mereka seluas tujuh hasta.

                                                                            (2 markah)




                                          10

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:1478
posted:6/9/2010
language:Malay
pages:10