Apa Itu Bida'ah

Document Sample
Apa Itu Bida'ah Powered By Docstoc
					                           EDISI PERTAMA




        Segala puji-pujian, sanjungan dan kesyukuran hanya untuk Allah
'Azza wa-Jalla Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam sentiasa
terlimpah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam serta segenap keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti
mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat.

        Alhamdulillah, dengan 'inayah dan taufiq dari Allah Subhanahu wa
Ta'ala buku "Bid'ah Menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah" dapat disiapkan.
Semoga para pembaca yang budiman dapat menjadikan buku ini sebagai
bahan untuk menimba ilmu. Mudah-mudahan juga ia akan membantu
meningkatkan ilmu-ilmu syara terutamanya yang berkaitan dengan persoalan
bid'ah kerana sebagaimana yang telah dimaklumi, bid'ah adalah penyebab
kerosakan amal dan menjadi punca utama berlakunya kesyirikan kepada
akidah seseorang mukmin.



                                     2
         Buku ini dipadatkan dengan hujjah-hujjah dari al-Quran, hadis-hadis
yang sahih,1 fatwa-fatwa ulama muktabar dan beberapa penjelasan tentang
hukum bid'ah dan kesesatannya yang dikutip dari kitab-kitab para ahli ilmu
yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah mengikut manhaj
Salaf as-Soleh. Apa yang penulis harapkan ialah agar buku ini dapat memberi
ilmu yang bermanfaat kepada pembaca di samping menambahkan lagi bahan-
bahan bacaan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada diri sendiri
khususnya serta dapat dikongsi manfaatnya bersama seisi keluarga dan
seterusnya masyarakat awam yang kehausan ilmu-ilmu agama umumnya.

       Melalui buku ini penulis mengajak para pembaca agar benar-benar
meyakini bahawa agama ini telah sempurna kemudian mengenali dan
memahami persoalan bid'ah serta ciri-cirinya supaya dapat menolak dan
menghindarkan diri dari melakukan perbuatan bid'ah yang keji dan ditegah
ini.

          Berkata Imam as-Syaukani rahimahullah:

            "Apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan
     agama-Nya (Islam) sebelum Nabi-Nya sallallahu 'alaihi wa sallam
     diambil (diwafatkan), mengapakah masih diterima pendapat yang
     diada-adakan oleh ahli bid'ah setelah Allah benar-benar
     melengkapkan (menyempurnakan) agama-Nya?              Jika dalam
     perkiraan (sangkaan) mereka masih ada yang belum sempurna dalam
     agama ini sehingga mahu disempurnakan (dilengkapkan lagi) dengan
     (sesuatu yang dicipta oleh) akal fikirannya, ini bermakna ia telah
     menolak ayat al-Quran: (Hari ini Aku telah sempurnakan agama
     kamu). Jika apa sahaja yang ditambah dalam agama ini oleh mereka
     bukan berkaitan dengan agama, maka untuk apakah gerangan
     bersibuk-sibuk mengada-adakan (mencipta) sesuatu yang tidak ada
     kena-mengenanya dengan agama Islam (untuk dijadikan agama)?".2

         Setiap mukmin wajib menyelamatkan fitrah (akidah dan muamalah)
serta keinginan hawa nafsunya dengan ilmu agama terutamanya ilmu akidah
agar tidak cenderung kepada setiap perkara yang terlibat dengan unsur-unsur

1. Manhaj para Salaf (salafi) hanya menerima hadis-hadis yang sahih dan menolak hadis-hadis lemah
dan palsu. Lihat:                      . Jld. 1. Hlm. 67. Al-Lalikaii. Tahqiq Dr. Ahmad bin Saad
bin Hamdan al-Gamadi.
2. Lihat:        . Hlm. 38. As-Syaukani

                                                 3
bid'ah. Menurut hadis yang sahih setiap bid'ah dalam agama pasti
menyesatkan. Kesesatan yang dicetuskan oleh bid'ah akan membawa
pengamalnya ke neraka jika tidak ditinggalkan bid'ah tersebut dan tidak
bertaubat sebelum ia mati.

        Sebenarnya dalam isu bid'ah sehingga saat ini tidak pernah ditemui
oleh para ulama muktabar walaupun sebuah hadis palsu yang menjelaskan
adanya bid'ah hasanah. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam telah
memberi peringatan agar setiap mukmin berjaga-jaga dan memelihara fitrah
mereka agar tidak terlanjur melakukan bid'ah sebagaimana sabda baginda:




          "Sesiapa yang fitrahnya cenderung kepada perbuatan bid'ah
        maka dia telah sesat dan sesiapa yang fitrahnya cenderung kepada
        sunnah maka dia telah mendapat petunjuk".3

        Melakukan bid'ah dalam agama pada keseluruhannya amat keji dan
buruk kesannya. Bid'ah membawa bencana kepada agama dan kerosakan
(kesesatan) kepada ibadah (akidah, akhlak dan muamalah) seseorang pelaku
bid'ah. Perkara ini telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa sallam melalui beberapa sabda baginda yang telah dijadikan hujjah oleh
para sahabat dan para ulama Salaf as-Soleh sebagaimana yang akan
dipaparkan di dalam tulisan ini. Ada pun hujjah yang amat jelas ialah sabda
Rasulullah:




       "Setiap bid'ah itu menyesatkan dan setiap yang menyesatkan
    tempatnya di neraka." 4
       Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah dari kalangan
ulama Syafieyah menegaskan:

         “Hadis di atas merupakan kaedah syara yang menyeluruh secara
      pemahaman, pengamalannya atau pengucapannya. Adapun secara


3.   Lihat:               jld. 1. Hlm. 39.
4.   H/R Muslim (Dalam khutbatul Hajah).

                                             4
       pengucapannya seolah-olah ia mengatakan bahawa hukum sebegini
       adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat. Bid'ah tidak akan berlaku
       dalam syara kerana bahawasanya syara itu keseluruhannya adalah
       petunjuk. Jika sabit sesuatu perkara itu dihukum bid'ah, maka sahlah
       bid'ahnya secara pemahaman, pengamalan dan pengucapan dan
       ianya wajib dijauhi.5

        Bid'ah diharamkan dalam syara kerana ia merupakan jambatan
menuju kepada terjadinya maksiat, kekufuran dan kesyirikan. Malah antara
perkara yang amat disukai oleh iblis bukanlah maksiat sekalipun yang berdosa
besar seperti berzina, minum arak, mencuri atau sebagainya, tetapi yang
paling digemari dan dicintai oleh iblis ialah perbuatan bid'ah sebagaimana
yang telah dijelaskan oleh athar yang sahih di bawah ini:




           "Bid'ah itu lebih digemari (dicintai) oleh iblis daripada maksiat
       kerana (pelaku) maksiat masih ada harapan untuk bertaubat dari
       maksiatnya. Adapun pelaku bid'ah pula tidak dapat diharapkan untuk
       bertaubat".6

              Syeikh al-Qatari rahimahullah menukil:




           "Sesungguhnya kebaikan keseluruhannya hanya dengan cara
       mengikuti (ittiba' atau taat mengikut/mencontohi syara) dan
       sesungguhnya keburukan keseluruhannya terdapat pada yang
       bid'ah".7

5.   Lihat:          . Jld. 13. Hlm. 254.
6.   Athar ini diriwayatkan oleh Ibn Ja'd dalam musnadnya. No 1885.
     Dikeluarkan oleh al-Lalikaii dalam                     Jld 1 Hlm. 132.   Ibnul Jauzi dalam
                 . Hlm. 13. Al-Baghawi dalam             . Jld. 1 Hlm 216 Dan Ibn Taimiyah dalam
                 . Jld. 11. Hlm. 472.
7.   Lihat:        205 4

                                                  5
            "Dari Ibn Mas'oud radiallahu „anhu beliau berkata: Ittiba'lah
        (patuh dan ikutlah kepada syara) dan janganlah kamu melakukan
        bid'ah, maka sudah memadai (sunnah Nabi kamu) dan setiap yang
        bid'ah itu sesat". 8

                Berkata pula Imam as-San'ani rahimahullah:




            "Tidak akan terdapat dalam bid'ah itu apa yang baik (terpuji)
        sebaliknya semua bid'ah itu pasti menyesatkan".9




                 “Berkata Abu Ayyub as-Sakhtiani rahimahullah:
                                                         Tidaklah
        bertambah kesungguh-sungguhan pada pembuat bid'ah kecuali
        semakin bertambah jauhnya dari Allah".10

        Pembuat bid'ah jauh dari Allah kerana ia telah mengikut jalan yang
syubuhat (sesat) dan menyeleweng sebagaimana yang diriwayatkan dari Abi
al-Hajaj bin Jabar al-Makki rahimahullah:




8.    Diriwayatkan oleh Abu Khuthaimah dalam "Al-Ilm" No 54. dari jalan
      Ibrahim bin Nakh'i. Menurut Abdullah sanadnya sahih. Lihat:
               Ali Hasan. Hlm. 20.
9.    Lihat:            . Jld. 2. Hlm. 12. As-San'ani.
10.   Lihat:              . Hlm. 18.           . Hlm. 81. As-Sayuti.

                                                         6
          "Dan janganlah kamu ikut jalan-jalan: Beliau berkata: Yang
       dimaksudkan jalan-jalan ialah perbuatan bid'ah dan syubuhat".11



            "Berkata Abdullah bin Abbas: Sesungguhnya (antara) perkara-
       perkara yang paling dibenci oleh Allah ialah perbuatan bid'ah."12




          "Berkata Abdullah bin Abbas: Allah tidak akan menerima
       amalan pelaku bid'ah sehinggalah ditinggalkan bid'ah tersebut."13



           "Tidak akan (dibiarkan) berlaku bid'ah pada satu-satu kaum
       kecuali akan dicabut (oleh Allah) satu (amal kebaikan) dari mereka
       yang sepertinya."14

        Semua hujjah-hujjah di atas dapat meyakinkan orang-orang yang
beriman bahawa bid'ah amat membahayakan akidah, muamalah atau ibadah
seseorang mukmin. Maka adalah wajib bagi setiap muslim memahami setiap
persoalan yang bersangkutan dengan bid'ah supaya dapat menyelamatkan
dirinya dan keluarganya dari kesesatan bid'ah yang mudah berlaku ke atas
mereka yang tidak memahami persoalan ini dengan betul sebagaimana yang
dikehendaki oleh syara.

        Jalan untuk menyelamatkan diri dari perangkap bid'ah ialah dengan
cara kembali kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih dengan
mempelajari, memahami dan melaksanakan isi kandungan kitab tersebut.
Semoga para pembaca budiman dijauhkan dari semua unsur bid'ah,
dikurniakan akidah yang murni dan dipilih sebagai hamba-Nya yang sentiasa
ditunjuki jalan yang hak, hati yang ikhlas dan sentiasa berittiba' kepada syara


11.    Dikeluarkan oleh ad-Darimi (1/68). Al-Baihaqi dalam     No. 200.
      Dan lihat:           (1/210).
12.    Dikeluarkan oleh al-Lalikaii (1/123). Abu Na'em dalam   . (7/26).
13.    H/R Ibn Majah (49) Muqaddimah.
14.   H/R Ahmad (16356).

                                                   7
sehingga tergolong di dalam golongan hamba-hamba-Nya yang siddikin dan
solihin. Amin Ya Rabbal „Alamin!

      IKHLAS DARI:
      RASUL BIN DAHRI
      JOHOR BAHRU
      MALAYSIA.




                                    PENGERTIAN BID'AH
                                     MENURUT BAHASA.

          Menurut etimologi bid‟ah perkataan al-bida'     , bermaksud:
         "Mencipta sesuatu yang sama sekali tiada contoh sebelumnya".15

               Kalimah bid‟ah berasal dari perkataan:
                                                        atau

                                                        atau



      Kalimah di atas bererti: "Mencipta, mereka-reka, mengada-adakan,
memulakan atau sesuatu yang baru (pertama-tama diadakan)".

               Al-bid'ah               adalah perbuatan yang sengaja diada-adakan.
Jamaknya bida'                 16   bermaksud ciptaan dalam agama dan selainnya17.

15.   Lihat:               . Jld. 1. hlm. 36.

                                                8
Mengada-adakan sesuatu dia dianggap telah melakukan bid'ah.      Dalam
"Takrifat" ditetapkan: Setiap amal yang bertentangan dengan sunnah atau
sesuatu urusan yang diada-adakan.18

                 Berkata Imam ath-Thurthusi rahimahullah:




 "Kata bid'ah berasal dari al-ikhtira'          iaitu sesuatu yang baru
 dicipta tanpa ada contoh sebelumnya, tiada misal mendahuluinya dan
 tidak pernah ada rekaan sepertinya (sebelumnya)".19

                 Kalimah bid'ah terdapat dalam al-Quran di tiga ayat berikut:



                             "(Dialah) Pencipta segala langit dan bumi".20

        Maksudnya: Allah Ta'ala Pencipta langit, bumi dan segala yang ada.
Tidak didahului oleh mana-mana contoh sebelum-Nya. Penggunaan bid'ah
pada ayat di atas ditafsirkan:


      "Aku telah ciptakan sesuatu tanpa ada misal (sebelumnya)."21

                 Di ayat yang kedua pula Allah berfirman:



 "Katakanlah!: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang baru
 dari agama yang telah dibawa oleh para Rasul yang lalu". 22

16.    Ibid. Hlm. 57.
17.    Lihat:    . Jld. 2. Hlm. 55.
18.    Lihat:         hlm. 43.
19.    Lihat:                ms 40 Ath-Thurthusi (Tahkiq Ali Hasan). Diterbitkan Dar Ibn al-Jauzi.
20    . Al-Baqarah, 2:117.
21.     Lihat:                             Jld 1 Hlm. 709. Ibn Jarir at-Tabari
22    . Al-Ahqaf, 46:9.

                                                      9
         Menurut Ibn Abbas: Maksud bid‟ah pada ayat di atas ialah "Yang
Terawal." atau: "Bukanlah aku ini pembuat bid'ah (sahibul bid'ah). 23 " Dan
ayat di atas bermaksud: Nabi Muhammad bukanlah seorang Rasul yang bid'ah
(yang baru). Sudah ada para rasul sebelumnya. Inilah pengertian bid'ah yang
dikehendaki oleh syara dan bahasa iaitu: "Bid'ah: Sesuatu yang baru, diada-
adakan dan tidak ada contoh sebelumnya".

                        Dan di ayat ketiga Allah berfirman:



                   "Dan mereka sengaja mengada-adakan rahbaniyah".24

                Menurutal-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah:


                 "Kerahiban yang mereka sendiri cipta (ada-adakan)".25

            Pengertian bid'ah dari ketiga-tiga ayat al-Quran di atas bermaksud:

      "Sesuatu yang baru, yang tidak ada misal (contoh) sebelumnya, yang
      diada-adakan dan yang direka cipta".

        Bid'ah menurut bahasa                      juga telah didefinisikan oleh kalangan
ulama fiqah yang muktabar:


                     "Setiap amalan yang tiada contoh sebelumnya".26

        Bila dikatakan:                   "Telah mencipta Si Fulan satu
cara/jalan" bermakna ciptaan Si Fulan tidak pernah ada contoh sebelumnya.
Menurut Ali Hasan pula bid'ah ialah:




23.    Lihat:                          . Juz. 16. Hlm. 180.
24    . Al-Hadid, 57:27.
25.     Lihat:         . Jld. 5. Hlm. 178.
26.    Lihat:                            . Hlm. 157. 'Izat Ali Atiah.

                                                     10
 "Dan yang boleh dikategorikan dalam bid'ah, termasuklah sesuatu yang
 dilakukan oleh hati, yang dipertuturkan oleh lisan dan yang dilakukan oleh
 tubuh badan".27




                               PENGERTIAN BID'AH
                             MENURUT ISTILAH SYARA

               Antara takrif yang masyhur ialah:




 "Mencipta sesuatu yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman
 Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam atau tiada dalilnya dari syara".




 "(Bid'ah): Ialah setiap yang bertentangan dengan sunnah dari jenis
 perkataan perbuatan atau akidah sekalipun melalui usaha ijtihad."28




27.   Lihat:              hlm 23. Ali Hasan. Daar ar-Rayah. Cetakan kedua.
28.   Lihat:                . Hlm. 306. Nasruddin al Bani.

                                                 11
 "Maka bid'ah pada dasarnya ialah diibaratkan: Suatu jalan dalam agama
 direka-cipta yang seakan-akan syara. Ia bermaksud mengadakan suatu
 cara tata-agama yang berlebih-lebihan sehingga mencapai ke tahap
 penyembahan terhadap Allah Ta'ala."29




 "Bid'ah ialah suatu jalan yang disandarkan oleh pembuatnya kepada
 agama sehingga menyerupai syariah. Ianya dilakukan dengan maksud
 untuk menjadikannya tata-agama sehingga mencapai jalan yang
 menyerupai jalan syariah. Atau sebagaimana yang dikatakan: (Amalan)
 yang bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak
 ditegakkan kesahihannya melalui dalil syarie yang sahih yang bersumber
 dari sumber yang sebenar dan tepat."30

               Berkata Al-Jauhari rahimahullah:




 "Al-Badi', al-Mubtadi' dan bid'ah ialah: Mengada-adakan sesuatu dalam
 agama setelah agama disempurnakan".31

               Berkata al-Fairus Abadi rahimahullah:




29.   Lihat:               . Jld. 1. Hlm. 27.
30.   Ibid. Jld. 1. Hlm. 37.
31.   Lihat:            ar-Razi /               hlm. 44.

                                                      12
 "Bid'ah: Mencipat sesuatu dalam agama setelah disempurnakan. Disebut
 bid'ah apa sahaja yang direka-cipta selepas Nabi sallallahu 'alaihi wa
 sallam sama ada berbentuk percakapan atau amalan".32

       Takrif di atas disepakati oleh para ulama salaf dan khalaf.
Termasuklah Imam Syafie, Hambali, Hanafi, Maliki, Sufyian as-Thauri dan
imam-imam fiqah yang lain. Apa yang dimaksudkan "Mendekatkan diri
kepada Allah" sebagaimana yang terdapat dalam ta'rif di atas, tidak termasuk
bid'ah yang berbentuk (urusan) keduniaan seperti kereta, pesawat,
membukukan al-Quran dan sebagainya.33




                            PERKATAAN DAN PERBUATAN
                            YANG SEERTI DENGAN BID'AH

         Sesuatu perbuatan dihukum bid'ah apabila ditambah dan diubah-suai.
Ia dinilai melalui makna dari kalimah-kalimah di bawah ini:

1- Bid'ah bererti sesuatu rekaan yang direka-reka (dicipta)34

2- Bid'ah bererti baru (mendatangkan yang baru)35

3- Bid'ah bererti mengubah (mengubah-suai atau menukar ganti)36

4- Bid'ah bererti menambah yang baru ( menokok-nambah)37




32.   Lihat:                  Jld. 2. Hlm. 132.
33.   Lihat:                         hlm. 6 Salim Hilali.
34.   Lihat:               . Hlm. 907.    209 1             .            .
35.   Berdasarkan hadis:                 "Setiap yang baru (diada-adakan) itu bid'ah."
40. Lihat: Surah al-Baqarah 2:59. "Lalu orang-orang yang zalim               mengganti perintah Allah
dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka.

                                                       13
5- Bid'ah bererti menyembunyikan atau menyorokkan.

        Setiap ibadah yang terlibat dengan mana-mana kalimah di atas yang
tidak ada dalilnya dari al-Quran, al-Hadis, athar yang sahih dan fatwa ulama
muktabar maka ibadah tersebut dinamakan bid'ah.

               . Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hambali rahimahullah menjelaskan:

 "Dimaksudkan bid'ah ialah setiap yang diada-adakan di dalam agama
 yang tidak terdapat sumbernya dari syara yang membolehkan seseorang
 melakukannya. Jika sekiranya terdapat dalilnya dari syara, hal ini
 bukanlah bid'ah walaupun ada yang mengatakan bid'ah kerana itu
 hanyalah bid'ah menurut istilah bahasa".38

        Menurut Ibn Hajar al Asqalani rahimahullah:
 "Bid'ah pada asalnya setiap yang dicipta yang tiada contoh sebelumnya.
 Menurut syara pula setiap yang bertentangan dengan sunnah dan
 tercela".39
        Menurut Ibn Hajar al Haitamy rahimahullah:
 "Bid'ah menurut bahasa setiap yang dicipta. Menurut syara: Setiap
 pembaharuan yang diada-adakan dan bertentangan dengan syara".40

           Menurut Azzarkasy rahimahullah:
      "Bid'ah menurut syara: Perkara yang diada-adakan yang tercela".41

        Menurut Imam Syafie rahimahullah:
 "Bid'ah ialah setiap perkara yang bertentangan dengan Kitab, Sunnah,
 Ijma atau Athar. Maka itu semua dinamakan bid'ah yang menyesatkan".
        Bid'ah wajib ditolak oleh setiap mukmin yang beriman dengan
kesempurnaan agama yang tidak ada kekurangan, cacat cela, pencemaran atau
kerosakan. Firman Allah:

37.Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam telah mengharamkan penambahan dalam agama,
baginda bersabda:                             "Jika aku katakan kepada kamu suatu kata-kata
maka janganlah sekali-kali kamu menokok-nambah ke atas kata-kataku"
38. Lihat:                               . Hlm. 160. India.
39.   Lihat:         . Jld. 5 Hlm. 105.
40.   Lihat:                              . Hlm. 221.
41.   Lihat:                              . Hlm. 22.

                                                 14
              "Hari ini Aku sudah sempurnakan bagi kamu agama kamu".42

         Ayat ini menggunakan kalimah     iaitu bermaksud:
  "Cukup sempurna, tiada lagi yang mengatasi kesempurnaannya atau yang
  telah disempurnakan secukup-cukupnya".

        FirmanNya lagi:
          "Tiadalah Kami lupa suatu apa pun di dalam al Kitab".43



  "Telah sempurna kalimah Tuhanmu sebagai kalimah yang benar dan adil.
  Tidak ada yang dapat merubah kalimah-kalimah-Nya dan Dialah yang
  Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". 44

             Abu Hurairah telah meriwayatkan:




  "Kami telah diajar oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam segala
  perkara sehinggalah cara buang air besar"45




  "Tidaklah aku tinggalkan sesuatu tentang apa yang telah Allah
  perintahkan kepada kamu kecuali telah aku perintahkan tentangnya.
  Tidaklah pula (aku tinggalkan) tentang sesuatu yang ditegah kecuali telah
  aku tegah kamu dari (melakukan)nya.46
42  .   Al-Maidah, 5:3
43  .   Al-An‟am, 6:38.
44 .    Al-An‟am, 6:115,
45.     H/R Bukhari.
46.     Hadis sahih. Lihat:             hlm. 7. Salim Hilali.

                                           15
 "Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu di atas contoh yang
 terang malamnya seperti siang harinya. Tidak ada yang menyeleweng
 darinya selepasku kecuali dia akan binasa."47

         Tabrani menyebut riwayat dari Abu Dzar al-Ghifari beliau berkata:




 "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam meninggalkan kami, tidak ada
 seekor burung yang mengepakkan kedua sayapnya di udara melainkan
 baginda menyebutkan kepada kami ilmu tentangnya. Ia berkata: Maka
 Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Tidak tertinggal
 sesuatu pun yang mendekatkan ke syurga dan menjauhkan dari neraka
 melainkan telah dijelaskan kepada kamu".48

        Seseorang yang beriman dan berakal bijak, tidak mungkin melakukan
sesuatu pada apa yang diyakini sempurna, jauh sekali untuk menokok-
nambah. Islam telah sempurna sejak di Loh Mahfuz. Telah dicontohkan oleh
Nabi Muhammad berserta para sahabat secara iktikadi        , fe‟li     dan
qauli     . Tidak pernah tertinggal walaupun satu kalimah, apatah lagi satu
ayat atau satu surah al-Quran. Dijamin kesempurnaannya oleh Allah
sehinggalah ke Hari Kiamat.

               Kemudian telah berkata Yahya bin Mu'az ar-Razi rahimahullah:




47.   H/R Ahmad, Ibn Majah dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Albani dan mentakhrij kitab sunnah:
            . Jld. 1. Hlm. 26-27.
48.   Lihat:         hlm. 93. Imam as-Syafie. Tahqiq Ahmad Syakir. Sanad hadis ini sahih. Lihat:
                hlm. 19. Ali Hasan.

                                                  16
      "Ikhtilaf manusia keseluruhannya kembali kepada tiga usul, setiap satu
      ada lawannya, maka sesiapa yang jatuh pada salah satu (dari tiga usul
      ini) maka berlaku padanya lawannya: Tauhid lawannya syirik, sunnah
      lawannya bid'ah dan taat lawannya maksiat".49




                                   HARAMNYA BID’AH

               Telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad:




 "Aku berwasiat kepada kamu sekalian supaya bertakwa kepada Allah,
 mendengar dan taat sekalipun diperintah oleh seorang hamba Habsyi.
 Sesungguhnya sesiapa yang hidup (selepas ini) di antara kamu selepasku
 akan melihat perbalahan yang banyak, maka kembalilah (berpeganglah)
 kamu kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin selepas
 peninggalanku, berpegang teguhlah dengannya, maka gigitlah dengan gigi
 geraham, kemudian berjaga-jagalah dengan hal yang baru sesungguhnya

49.   Lihat:         (1/91). As-Syatibi.

                                           17
 setiap ciptaan yang baru itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah itu
 sesat".50



 "Setiap yang diada-adakan itu bid'ah, setiap yang bid'ah itu sesat dan
 setiap yang sesat itu adalah ke dalam neraka".51

               Berkata Imam as-Syaukani rahimahullah:

 "Apabila Allah menyempurnakan agama-Nya sebelum Nabi-Nya diambil,
 mengapakah masih diterima pendapat yang diada-adakan oleh ahli bid'ah
 setelah Allah benar-benar melengkapkan agama-Nya? Jika dalam
 perkiraan mereka masih ada yang belum sempurna sehingga mahu
 disempurnakan dengan akal fikirannya, ini bermakna ia telah menolak
 ayat al-Quran: (Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu). Jika yang
 ditambah oleh mereka bukan berkaitan dengan agama, maka untuk
 apakah bersibuk-sibuk mengada-adakan sesuatu yang tidak ada kena-
 mengenanya dengan agama Islam?".52




 "Sesiapa yang fitrahnya cenderung kepada perbuatan bid'ah maka dia
 telah sesat dan sesiapa yang fitrahnya cenderung kepada sunnah maka dia
 telah mendapat petunjuk".53



                 "Setiap bid'ah itu sesat, setiap yang sesat ke neraka." 54

               Al-Hafiz Ibn Hajar dari kalangan ulama Syafieyah menegaskan:

  “Hadis di atas merupakan kaedah syara yang menyeluruh. Pemahaman,
 pengamalan dan pengucapannya. Secara pengucapan ia mengatakan

50. H/R Ahmad 1653. Turmizi 2600. Musnad Abu Daud 3991. As Sunnan Ibn Majah 42.
51. H/R Muslim.
52. Lihat:        . Hlm. 38. As-Syaukani
53.   Lihat:                jld. 1. Hlm. 39.
54.   H/R Muslim (Dalam khutbatul Hajah).

                                               18
 hukum sebegini adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat. Bid'ah tidak
 berlaku dalam syara kerana syara adalah petunjuk. Oleh itu, jika sabit
 sesuatu perkara itu dihukum bid'ah, maka sahlah bid'ahnya secara
 pemahaman, pengamalan dan pengucapan dan ianya wajib dijauhi.55

        Perkara yang paling dicintai iblis bukanlah maksiat seperti berzina,
minum arak, mencuri atau sebagainya, tetapi kecintaan iblis ialah bid'ah,
kerana bid‟ah jambatan kekufuran dan kesyirikan:



 "Bid'ah itu lebih dicintai oleh iblis daripada maksiat kerana maksiat masih
 ada harapan untuk bertaubat dari maksiatnya. Adapun pelaku bid'ah pula
 tidak dapat diharapkan untuk bertaubat".56

               Syeikh al-Qatari rahimahullah menukil:




 "Sesungguhnya kebaikan keseluruhannya hanya dengan cara mengikuti
 syara dan sesungguhnya keburukan keseluruhannya terdapat pada yang
 bid'ah".57




 “Dari Ibn Mas‟oud beliau berkata: berittiba‟lah dan janganlah kamu
 melakukan bid‟ah, maka memadailah yang ada pada kamu kerana setiap
 yang bid'ah itu sesat". 58

               Berkata pula Imam as-San'ani rahimahullah:

55.   Lihat:            . Jld. 13. Hlm. 254.
56. Athar ini diriwayatkan oleh Ibn Ja'd dalam musnadnya. No 1885. Dikeluarkan oleh al-Lalakaii
dalam                     Jld 1 Hlm. 132.      Ibnul Jauzi dalam        . Hlm. 13. Al-Baghawi
               Jld 1 Hlm 216. Dan Ibn Taimiyah dalam        Jld. 11. Hlm. 472.
57.   Lihat:          205 4
58.Diriwayatkan oleh Abu Khuthaimah dalam "Al-Ilm" No 54. dari jalan Ibrahim bin Nakh'i.
Menurut Abdullah sanadnya sahih. Lihat:          Ali Hasan. Hlm. 20.

                                                       19
 "Tidak akan terdapat dalam bid'ah itu apa yang baik (terpuji) sebaliknya
 semua bid'ah itu pasti menyesatkan".59




 “Berkata Abu Ayyub as-Sakhtiani: Tidaklah bertambah kesungguhan pada
 pembuat bid'ah kecuali semakin jauhnya dari Allah".60

       Pembuat bid'ah jauh dari Allah, mengikut jalan syubuhat (sesat) dan
menyeleweng. Diriwayatkan dari Abi al-Hajaj bin Jabar al-Makki
menjelaskan tentang ayat:



 "Dan janganlah kamu ikut jalan-jalan:          Beliau berkata:                   Yang
 dimaksudkan jalan-jalan ialah perbuatan bid'ah dan syubuhat".61




 "Berkata Abdullah bin Abbas: Sesungguhnya (antara) perkara-perkara
 yang paling dibenci oleh Allah ialah perbuatan bid'ah."62




 "Berkata Abdullah bin Abbas: Allah tidak akan menerima amalan pelaku
 bid'ah sehinggalah ditinggalkan bid'ah tersebut."63



59.   Lihat:         . Jld. 2. Hlm. 12. As-San'ani.
60.   Lihat:          . Hlm. 18.            . Hlm. 81. As-Suyuti.
61.   Dikeluarkan oleh ad-Darimi 1/68. Al-Baihaqi dalam       No 200. Lihat:   1/210.
62.   Dikeluarkan oleh al-Lalakaii (1/123). Abu Na'em dalam     . (7/26).
63.   H/R Ibn Majah (49) Muqaddimah.

                                                      20
 "Tidak akan berlaku bid'ah pada satu-satu kaum kecuali akan dicabut dari
 mereka yang sepertinya."64

        Bid'ah membahayakan akidah dan ibadah. Wajib difahami untuk
menyelamatkan diri dari kesesatan.   Kembali kepada al-Kitab adalah
penyelesaiannya. Di akhir zaman amat sedikit Ahli Sunnah. Al-Lalakaii
meriwayatkan dari Sufyian at-Thauri:



                     Alangkah sedikitnya Ahli Sunnah wal-Jamaah”.65

             Nabi Muhammad telah menyeru dengan sabda baginda:




 "Dari Bilal bin al-Harith berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda:
 Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah setelah ia dimatikan
 (ditinggalkan) selepasku, maka baginya pahala dan pahala yang
 seumpamanya bagi siapa yang meniru amalannya dari kalangan manusia
 yang tidak dikurangi walaupun sedikit. Barangsiapa yang melakukan satu
 bid'ah yang tidak diredai oleh Allah dan Rasul-Nya maka baginya dosa
 dan dosa sesiapa yang menirunya dari kalangan manusia yang tidak
 dikurangi dosa tersebut walaupun sedikit".66


64.   H/R Ahmad (16356).
65.   Lihat:                              . Jld. 1. Hlm. 64. No (50). Al Lalakaii.
66.   (1) H/R Turmizi Kitab al-Ilm                                   5/54. (2) 2677. Ibn Majah Al-
Muqaddimah                      1/76. No 209-210. (3) Ibn Wadha Al-Bida' ms 34. (4) Al-Baghawi
            1/232-234 No 110. Berkata Turmizi dan Al-Baghawi: Hadis Hasan

                                                   21
 "Wajib atas kamu berpegang dengan jalan dan sunnah, kerana seseorang
 hamba yang bersemangat mengikut jalan ini dan sunnah kerana
 mengingati Ar-Rahman lalu berlinang air matanya kerana takut kepada
 Allah, maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka. Sesungguh berpada-
 pada dalam mengikut jalan dan as-Sunnah lebik baik dari bersungguh-
 sungguh dalam penyimpangan dari sunnah".67

         Persoalan ibadah adalah tauqifiyah. Tidak boleh dicabuli oleh hawa
nafsu dan akal fikiran:



 "Asal pada ibadah tauqifiyah dan ittiba‟, (tidak) dibatalkan sebelum
 ditegakkan dalil yang membenarkan".

       Hukum asal ibadah terlarang, kecuali ada dalil mengizinkan, tetapi
perkara keduniaan asal hukumnya halal, kecuali jika ada dalil
mengharamkannya. Yusuf al-Qardawi berkata:




 "Dan ini tidak berlaku dalam ibadah, sebab ibadah merupakan urusan
 agama yang murni yang tidak diambil kecuali dari jalan wahyu. Dan
 dalam perkara ini terdapat hadis sahih: Sesiapa yang mengadakan yang
 baru dalam urusan kami ini apa yang bukan darinya, maka ia tertolak".68

         Ibn Qaiyim rahimahullah menjelaskan tentang kaedah ibadah:

 "Tiada yang haram kecuali diharamkan oleh Allah dan RasulNya. Tidak
 ada dosa melainkan apa yang dinyatakan oleh Allah dan RasulNya.

67.  Athar ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam kitab "Az-Zuhud". Hlm. 196. Menurut Syeikh
Hasan Abdul Hamid "Sanadnya Hasan".
68. Lihat:                       hlm. 21. Yusuf al-Qardawi.

                                              22
 Sebagaimana tidak ada yang wajib kecuali apa yang diwajibkan oleh
 Allah, tiada yang haram kecuali yang diharamkan oleh Allah. Tidak ada
 agama kecuali yang disyariatkan oleh Allah. Hukum asal ibadah dan
 muamalah ialah yang ada dalilnya".69

          Ibn Taimiyah rahimahullah menjelaskan tentang kaedah ini:



      "Dengan meneliti syariat, maka kita akan mengetahui bahawa segala
      ibadah yang diwajibkan Allah atau yang disukaiNya maka tidak ada
      penetapannya kecuali melalui syara".70

       Bid'ah yang dianggap ibadah, ia ditentukan sendiri oleh pelakunya,
namun tiada dalilnya dari syara:




 "Dalam khutbah Nabi baginda bersabda:                 Kemudian dari itu,
 sesungguhnya sebaik-baik perkataan kitab Allah, sebaik-baik petunjuk
 adalah petunjuk Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan sekeji-keji
 perkara ialah mengada-adakan yang baru dan setiap bid'ah (yang baru
 itu) adalah sesat dan setiap yang sesat ke neraka".71



 "Allah tidak menerima amalan pelaku bid'ah sehinggalah ditinggalkan
 bid'ah tersebut"72.




69.   Lihat:           (1/344) Ibn Qaiyim.
70    .Lihat:                 hlm. 112 Ibn Taimiyah.
71.    H/R Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah.
72.    H/R Ibn Majah (49) Muqaddimah.

                                                 23
 "Tidak berlaku bid'ah pada suatu kaum, kecuali akan dicabut satu sunnah
 dari mereka yang sepertinya. Maka berpegang kepada sunnah lebih baik
 dari melakukan bid'ah".73



 "Sesiapa mencipta yang baru dalam urusan Kami ini yang bukan darinya,
 maka ia tertolak".74


 "Sesiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan Kami, maka
 ia tertolak".75



 "Sesiapa berbuat urusan lain dari perintah kami maka ia tertolak".76



 "Sesiapa yang menyimpang dari Sunnahku, maka dia bukanlah dari
 golonganku".77


 "Sesiapa yang memuliakan                aktivis    bid'ah,    dia    telah    menolong
 menghancurkan Islam".78




      "Sesungguhnya pada setiap amal terdapat kegiatan, dan pada amal ada
      fitrahnya. Barangsiapa yang fitrahnya terlibat dengan bid'ah maka dia

73. H/R Ahmad (16356).
74.  H/R Ahmad (24840). Bukhari (2499) as-Soleh. Muslim (3242) al-Aqdhiah. Abu Daud (3990)
as-Sunnan. Ibn Majah (14) Muqaddimah.
75. Maksud tertolak ialah bid'ah (Ia dinamakan bid'ah)         hlm. 29. Ali Hasan.
76. H/R Ibn Majah.
77 . Muttafaq „Alaihi.
78. H/R Ahmad. Lihat:             . Hlm. 14. Menurut Syeikh Ali Hasan: Hadis ini adalah hadis
hasan isnadnya. Lihat:           hlm. 37. Dikeluarkan oleh Al-Lalakaii dalam
1/139. Lihat: Ibn Asakir dalam                                   hlm 286.

                                               24
      telah sesat dan barangsiapa yang fitrahnya terlibat dengan sunnah maka
      dia telah mendapat petunjuk".79

                 Imam Abu Syamah al-Muqaddisi berkata:




 "Nabi telah memberi peringatan kepada sekalian sahabat dan orang-
 orang selepas zaman mereka dari melakukan bid'ah dan ciptaan yang
 baru.   Mereka diperintahkan agar ittiba' kerana dengannya akan
 mendapat kejayaan dari setiap yang telah diperingatkan".80

         Nas-nas di atas mengharamkan bid'ah. Para sahabat dan jumhur ulama
Salaf as Soleh amat berjaga-jaga dari perbuatan bid'ah:



      "Ibn Abbas berkata: Hendaklah kamu takut kepada Allah dan
      beristiqamah, hendaklah kamu taat dan jangan berbuat bid'ah".



 "Setiap bid'ah itu sesat, walaupun manusia menganggap baik".81



 "Sedikit tetapi sunnah lebih baik dari yang banyak tetapi bid'ah".82




79.   H/R Ahmad (22376), Musnad. Hadis sahih Lihat:         (23521). Dan Lihat:         (8).
80.     Lihat:                            hlm. 11.
81.     Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii (162). Ibn Battah (205). Baihaqi dalam           (191) dan
Ibn Nasr dalam          (70) sanadnya sahih.
82    . Lihat:              114-115. As-Sunnah. 27-28 Ibn Nasr. Al-Ibanah 1/230 Ibn Battah.

                                                     25
  “Berpada-pada mengikuti jalan sunnah lebih baik dari bersungguh-
 sungguh dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan jalan
 sunnah. Lihatlah apa yang akan kamu lakukan, jika ia termasuk yang
 bersungguh-sungguh atau yang berpada-pada hendaklah mengikut
 panduan manhaj para nabi dan sunnah mereka”.83

              Al-Hafiz Fudhail bin 'Iyad rahimahullah menyatakan:



 "Amal yang sedikit tetapi sunnah lebih baik daripada amalan yang banyak
 tetapi bid'ah."84

           Imam Malik rahimahullah bid'ah berkata:




 "Sesiapa melakukan bid'ah di dalam Islam disangkanya baik, maka dia
 telah menganggap Muhammad telah mengkhianati al-Risalah kerana
 Allah berfirman: (Hari ini Aku telah sempurnakan agamamu dan Aku
 cukupkan nikmatmu dan Aku hanya meredai Islam sebagai agamamu).
 Apa yang tidak dianggap sebagai agama pada masa itu, maka pada masa
 ini ia tidak dianggap sebagai agama."85




83. Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii (11). Ibn Mubarak dalam Az-Zuhud. Jld. 2.hlm. 12. dan Abu
Na'im dalam Al-Hilyah. Jld. 1. Hlm. 252.
84. Lihat:                    Jld. 1. hlm. 395. (249).
85.   H/R Malik.

                                              26
 "Berkata Faisal bin 'Eyadz: Sesiapa menyukai pembuat bid'ah, Allah
 melenyapkan amalannya dan dicabut cahaya Islam dari hatinya".86




 "Beliau juga berkata: Sesiapa duduk di majlis orang bid'ah, Allah
 melenyapkan amalannya dan mengeluarkan nur iman - atau ia berkata -
 keluar nur Islam dari hatinya."87



 "Pembuat bid'ah akan bertambah-tambah jauh dari Allah sekalipun
 bersangatan ketaatan dan kuat ibadahnya". 88



 "Sesungguhnya Allah menghijab taubat setiap pembuat bid'ah sehinggalah
 ia meninggalkan bid'ahnya".89

        Ibn Rajab ditanya: Bolehkah menyebut keburukan ahli bid'ah untuk
menyedarkan ummah agar menjauhi mereka? Beliau menjawab: "Adapun
Ahli Bid'ah itu sesat begitu juga orang-orang yang bersertanya yang seakan-
akan ulama. Maka boleh menjelaskan kejahilan, kecacatan atau kejahatan
mereka dalam rangka memperingatkan ummah agar tidak mengikuti
mereka".90

                Antara sahabat yang menjelaskan punca tecetusnya bid‟ah ialah:

86.   Lihat :            Ibn Qaiyim, hlm 84. Dan lihat:           hlm. 138. Dikeluarkan juga oleh Al-
Lalakaii dalam                             Jld. 1. Hlm. 139.
87.   Dikeluarkan oleh Al-Lalikaii dalam                             1/132. Dan Ali bin al-J'ad. dalam
"Musnad" 1885.
88. Lihat : Fathul al-Qadir, jld. 1, hlm. 10.
89. H/R At-Tabrani, sanadnya sahih. Dihasankan oleh Munziri                     1/84 Ibn Qaiyim.
90.   Lihat:            , al-Barbahari, hlm. 138. Tahqik Abu Yasir ar-Radadi.

                                                     27
      "Ibn Masoud berkata: Hendaklah kamu ittiba‟, janganlah mengada-
      adakan sesuatu. Dan jika kamu tinggalkan sunnah Nabi kamu, pasti
      kamu akan sesat."91

                 Abul 'Aliah rahimahullah telah menegaskan:




 "Pelajarilah Islam, apabila kamu mempelajarinya janganlah
 mengabaikannya. Adalah wajib mengikut jalan yang lurus kerana ia
 adalah Islam, janganlah menyeleweng ke kanan atau ke kiri. Wajib
 berpegang dengan sunnah Nabimu yang telah dipegang oleh para sahabat
 baginda. Berjaga-jagalah kamu dari Ahli Ahwa yang telah menimbulkan
 permusuhan dan kebencian di antara manusia".92




 “Tidak sah sesuatu perkatan kecuali disertakan dengan amal, tidak sah
 perkataan dan amal kecuali disertakan dengan niat, tidak sah perkataan,
 amal dan niat kecuali mengikut sunnah".93

               Al-Hasan bin Ali al-Barbahari berkata:




91.   Riwayat Muslim. Lihat:           Ibn Qaiyim.
92.   Lihat:                                                      Jld. 1. hlm.
62-63. Al-Lalakaii.
93. Lihat:                      . Jld. 1. Hlm. 63. Al-Lalakaii.

                                                 28
 "Berjaga-jagalah dari bid'ah kecil. Sesungguhnya bermula dari bid'ah
 kecil akan bangkit menjadi besar. Tidak terkecuali, bid'ah akan terjadi
 pada ummah ini, mulanya kecil, kelihatan menyerupai kebenaran. Akan
 terpedaya sesiapa yang masuk ke dalamnya, kemudian tidak akan berdaya
 untuk keluar darinya, akan menjadi lebih besar sehinggalah menjadi
 sebagai agama yang dianuti. Ia bertentangan dengan jalan yang lurus
 sehingga terkeluar dari Islam. Perhatikanlah supaya engkau dirahmati
 Allah setiap apa yang engkau dengar dari kata-kata terutama mereka yang
 dari kalangan ahli zaman engkau. Usahlah terburu-buru, jangan sekali-
 kali ceburi sesuatu sehinggalah engkau tanyakan dan melihatnya: Adakah
 pernah diucapkan tentangnya oleh salah seorang dari sahabat Nabi atau
 salah seorang ulama (sahabat)? Jika engkau dapati ia athar mereka,
 berpeganglah dengannya. Janganlah mendahuluinya kerana sesuatu,
 usahlah khianati atasnya dengan sesuatu kerana menyebabkan ke
 neraka."94



      "Tidak akan bertambah kesungguhan pembuat bid'ah, kecuali akan
      bertambah jauh dari Allah."95

       Semua hujjah di atas menjelaskan tentang kejinya bid'ah. Ramai
yang mengetahui hakikatnya, tetapi menyembunyikannya. Mereka telah
diancam oleh Allah sebagaimana firmanNya:



 "Sesungguhnya ada segolongan antara mereka memang menyembunyikan
 kebenaran sedangkan mereka itu mengetahui".96

94.    Lihat:                2/ 18-19 Muhammad Abi Ya'la. Lihat:   23. Al-Barbahari.
95.    Lihat:       . Jld. 1. Hlm. 83. As-Syatibi.
96    . Al-Baqarah, 2:146.

                                                     29
     Allah berserta semua yang dapat melaknat akan melaknat orang yang
menyembunyikan ayat Allah:




 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
 turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami
 menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati
 Allah dan dilaknati oleh semua yang dapat melaknat."97

         Menyembunyikan kebenaran adalah mengkhianati agama yang telah
ditegur oleh Allah:



 "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu khianati Allah dan
 Rasul dan khianati amanat-amanat kamu sedangkan kamu mengetahui". 98

       Membanyakkan bid‟ah dengan alasan berniat baik adalah menyalahi
maksud hadis berikut:


                          "Bahawasanya amal itu mengikut niat".

        Allah mengutamakan amal yang baik (yang sunnah), bukan yang
banyak tetapi bid‟ah sebagaimana firmanNya:



     "Untuk diuji siapa antara kamu yang paling terbaik amalannya".99

        Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah menilai hanya amalan yang
terbaik, bukan yang terbanyak.100      Kerana amal soleh hanyalah yang
terselamat dari bid'ah dan memenuhi dua syarat:


97 . Al-Baqarah, 2:159.
98 . Al-Anfal, 8:27.
99 . Hud. 11:7


                                             30
(1). Ikhlas semata-mata kerana Allah Azza wa-Jalla.
(2). Ittiba' (kembali/mengikut/mencontohi sunnah).

      Tidak diterima amal-ibadah kecuali memenuhi dua syarat tersebut.
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:



 "Sesiapa yang mengerjakan satu amal yang bukan dari suruhan kami,
 maka ia tertolak".101

        Begitulah ketetapan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
terhadap semua bentuk bid'ah, ia sia-sia, tertolak dan tidak diterima.102.

            Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah:




 "Hadis ini adalah kaedah besar dari beberapa kaedah dalam Islam, ia
 merupakan penjelasan singkat tetapi padat yang disampaikan oleh Nabi
 sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia merupakan dalil yang jelas tentang
 tertolak dan batalnya segala bid'ah dan perkara yang baru".103

         Menurut Ali Hasan kalimah         "tertolak" yang dimaksudkan oleh
hadis di atas ialah   "bid'ah"104 iaitu "bid'ah yang sesat".

            Ziad berkata: Pernah berkata kepadaku 'Umar radhiallahu 'anhu:




100.   Lihat:             Jld. 4. Hlm. 619.
101.   H/R Muslim.
102.   Lihat:                   hlm . 33.
103.   Lihat:        No. 88. Al-Albani.
104.   Lihat:          . Hlm. 29. Ali Hasan.

                                               31
 "Tahukah engkau siapa yang menghancurkan agama Islam? Aku berkata:
 Tidak! Beliau berkata: Yang menghancurkannya ialah orang alim yang
 jahat, perbincangan orang munafik tentang ayat-ayat (Allah) dan
 perlaksanaan hukum dari pemerintah yang zalim".105




 "Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu
 dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah
 bagi mereka azab yang berat kerana mereka melupakan hari
 perhitungan". 106



 "Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya
 dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun?".107

             Berkata Ubay bin Ka'ab radhiyallahu 'anhu:




 "Hendaklah kamu mengikut jalan (Allah) dan sunnah. Sesungguhnya ia
 tidak diperolehi oleh seseorang hamba yang tidak mengikut jalan (Allah),
 sunnah dan berzikir kepada Rahman sehingga mengalir air matanya
 kerana takutkan Allah, namun dia akan tetap disentuh api neraka.


105.    Dikeluarkan oleh:
        (1). Ad-Darami dalam "As-Sunan". Jld. 1. 71.
        (2). Ibn Abdulbar dalam             . Jld. 2. Hlm 110.
        (3). Abu Syamah dalam                             . Hlm. 13.
106.     Saad, 38:26.
107    . Al-Qasas, 28:50.

                                                    32
 Sesungguhnya berpada-pada mengikut jalan (Allah) dan sunnah lebih baik
 dari bersungguh-sungguh tetapi menyalahi jalan (Allah) dan sunnah".108

            Al-Juneid rahimahumullah juga pernah berkata:




 "Semua jalan tertutup kecuali yang mengikut athar Rasulullah, mengikut
 sunnah serta jalannya. Sesungguhnya jalan-jalan semuanya dibuka di
 atas landasan sunnah sebagaimana firmanNya: Sesungguhnya telah ada
 bagi kamu pada diri Rasulullah contoh yang baik".109

            Maksud bid'ah yang dikehendaki oleh Ulama Salaf ialah:

1.      Bid'ah dhalalah            "Bid'ah yang menyesatkan" ialah bid'ah yang
        bersangkut-paut dengan akidah dan ibadah..

2.      Bid'ah hasanah                             "Bid'ah yang baik” dimaksudkan bid'ah
        (ciptaan) berbentuk keduniaan (kebendaan).

        Terdapat nas menggalakkan orang-orang beriman mencipta berbagai-
bagai rekaan canggih untuk kegunaan, kemakmuran dan keperluan manusia.
Manusia diberi kemampuan untuk mengurusnya sebagaimana sabda Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:




108.    Dikeluarkan oleh Ibn Battah dalam "Al-Ibanah" (1/27/1) Makhtut.
       (2). Al-Lalakaii. Lihat:                        . Jld. 1 Hlm. 54.
       (3). Abu Na'em. Lihat:            . Jld. Hlm. 252-253.
       (4). Ibn Jauzi. Lihat:          . Hlm. 9.
       (5). Imam as-Syatibi. Lihat:        . Jld. 1. Hlm. 81 dan 94.
       (6). Al-Baghawi. Lihat:           . Jld. 1. Hlm. 208.
109.   Lihat:            . Hlm. 10-11. Dan Lihat:         . Jld. Hlm. 10-11.

                                                     33
  “Telah bersabda Rasulullah sallallahu „alaihi wa sallam: Kamu lebih
 tahu hal ehwal (urusan) dunia kamu”.110



             "Kamu lebih tahu (pandai) tentang urusan dunia kamu". 111

        Al-Quran menggesa supaya mengecapi nikmat dengan pembaharuan
dan mereka-cipta peralatan moden (teknologi canggih). Ia diistilahkan
sebagai bid'ah duniawi yang hasanah (baik). Allah berfirman:




 "Dan carilah apa yang telah Allah berikan kepada kamu demi untuk
 akhirat dan jangan lupa pula bahagianmu di dunia, berbuat baiklah
 sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu
 berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
 orang yang berbuat kerosakan".112

        Sekiranya dibenarkan menambah (bid'ah) dalam agama, tentulah
dibenarkan juga mengurangkan sesuatu darinya. Namun, tidak pernah ada
keizinan dari al-Quran dan as-Sunnah. Dalam perkara bid‟ah seorang ulama
telah memberi peringatan melalui puisinya:




 "Dengan agama, setiap Muslimin, jika dibenarkan menambah, akan
 dibenarkan juga mengurangkan, jika ini berlaku, cukuplah dikatakan
 perkara itu amat buruk wahai kekasihku. Tidak meredai yang demikian
 kecuali orang-orang yang jahil".113




110.   H/R Muslim.
111.   H/R Muslim.
112.   Al-Qasas, 28:77.
113.   Lihat                        Ahmad Hajar Ali Butami Ali as-Syafie Hlm 42-23

                                           34
                            SETIAP BID’AH MENYESATKAN

             Rasulullahi sallallahu „alaihi wa-sallam bersabda:



       "Sesungguhnya setiap bid'ah itu sesat, setiap yang sesat itu ke neraka".

      Kullu        menurut ahli bahasa kata umum. Berkata Syatibi: "Kullu"
dihadis ini adalah umum. beliau menjelaskan:



"Menurut ulama, hadis ini pada keumumannya tanpa ada pengecualian apa
pun darinya. Dan tidak boleh disebut bid'ah yang baik".114

                  di hadis ini diertikan: "Kesemuanya" yang menjelaskan
kepastian. Diistilahkan sebagai      "keseluruhan" tanpa pengecualian kerana
    dalam Bahasa bermakna: "Keseluruhannya". Tidak boleh diterjemahkan:
"Separuh atau Sebahagian”. Kullu difahami melalui firman yang mempunyai
fungsi serupa dengan kalimah pada hadis di atas:



                            "Setiap yang hidup akan merasai mati".115



114.          Hlm. 180-18 Syatibi. Lihat:          hlm. 91 Ali Hasan.
115    . Ali Imran 3:185.

                                              35
 "Kesemua yang terdapat di bumi akan binasa, hanya yang tetap kekal
 Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". 116

      Tiada bid'ah hasanah kerana secara jumlah bid'ah semuanya maksiat
sebagaimana penjelasan as-Syatibi:



 "Tidak diragukan bahawa bid'ah keseluruhannya adalah maksiat."117



 "Sesungguhnya salaf tidak pernah menggunakan lafaz bid'ah kecuali
 terhadap apa yang mereka dapati tercela (maksiat)."118

        Segolongan pembuat bid'ah beralasan bahawa kalimah "Kullu" di
hadis bid‟ah tidak menunjukkan erti umum sebagaimana firman Allah:



 "Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya".119

        Mereka beralasan: Angin tidak menghancurkan segala sesuatu, ini
menunjukkan "Kullu" tidak sentiasa menunjukkan arti umum. Jawapan
terhadap kesilapan mereka, "Kullu" dalam ayat di atas menunjukkan erti
umum, sebab angin menghancurkan segala sesuatu yang diperintahkan untuk
dihancurkan, dan tidak menghancurkan sesuatu yang tidak diperintahkan
berdasarkan tafsiran Ibn Jarir:




116    . Ar-Rahman, 55:27-27.
117.     Lihat:      . Jld. 2. Hlm. 60.
118.    Lihat:      hlm. 182. 'Izzat 'Atiah.
119    . Al-Ahkaq, 56:25.

                                               36
 “Sesungguhnya maksud firmanNya: Menghancurkan segala sesuatu
 dengan perintah Tuhannya. Adalah angin menghancurkan segala sesuatu
 yang dikehendaki oleh Allah untuk dihancurkan. Sebab angin tidak
 menghancurkan Nabi Hud „alaihis-salam dan orang-orang yang beriman
 kepadanya".120 Al-Qurtubi pula menafsirkan:



 "Maksudnya, yang dihancurkan hanyalah segala sesuatu yang dilewati
 angin dari kaum 'Ad dan harta mereka".121

        Syeikh Mulla Ahmad Rumi al-Hanafi amat tegas dalam perkara ini
sehingga beliau berkata:




 "Sesiapa membuat sesuatu perkara baru, yang dengannya bertujuan
 mendekatkan diri kepada Allah, baik dalam bentuk ucapan atau
 perbuatan, maka dia telah membuat syariat dalam agama yang tidak
 pernah diizinkan oleh Allah. Meka telah diketahui bahawasanya setiap
 bid‟ah untuk tujuan ibadah diniyah ia tidak akan terjadi kecuali menjadi
 bid'ah yang keji".122

       Nabi adalah penjelas agama yang diturunkan kepada ummah
sebagaimana firman Allah:



      "Dan Kami menurunkan kepadamu al-Quran agar kamu menerangkan
      kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya
      mereka boleh berfikir."123

       Orang beriman mengatakan "Aku dengar dan aku taati", tidak
meragui ayat al-Quran dan hadis sahih, tidak melakukan bid‟ah:

120.    Lihat:               (13/ 26-27).
121.                        (16/206). Al-Qurtubi.
122.    Lihat:                 hlm. 101 Ali Hasan.
123    . An-Nahl, 165:44.

                                                     37
 "Iaitu orang-orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti
 perkataan yang paling baik, mereka itulah orang-orang yang telah diberi
 petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal". 124

          'Umar bin Abdul Aziz radiallahu anhu menasihatkan ummah:




      "Aku berwasiat kepada kamu agar bertakwa kepada Allah. Berpada-
      padalah melaksanakan suruhanNya. Ittiba'lah perintah Rasulullah
      sallallahu 'alaihi wa sallam dan tinggalkan yang diada-adakan oleh
      orang-orang bid'ah selepas kewafatan baginda".125

       Nabi tidak pernah memperkatakan agama kecuali ada keizinan dari
Allah. Bagaimana manusia sekarang memperkatakan ibadah sedangkan tidak
ada wahyu mengizinkannya? Allah berfirman:



 "Dan tidaklah yang diucapkan itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa
 nafsunya. Ucapannya itu tidak lain, hanyalah wahyu (yang diwahyukan)
 kepadanya." 126


 "Katakanlah! Sesungguhnya telah didatangkan kepadaku al-Quran dan
 yang semisalnya bersamanya."127


124    . Az-Zumar 39:18
125.    Dikeluarkan oleh:
         (1) . Abu Daud dalam                               (4/202-203) No (4612).
         (2) . Ibn Wadha. Lihat:         . Hlm. 30.
         (3) . Imam as-Syatibi. Lihat:          . Jld. 1. Hlm. 50.
         (4) . Al-Ajiri. Lihat:      . Hlm. 233-234.
126    . An-Najm 53:3-4.
127.     H/R Abu Daud, Turmizi, al-Hakim dan Ahmad dengan sanadnya yang sahih.

                                                       38
 "Katakanlah! Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang-
 orang yang benar."128

    "Setiap bid'ah itu sesat" adalah hadis, menolaknya sama seperti
menentang Allah dan Rasul-Nya. Awaslah kerana Allah berfirman:




 "Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran
 baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami
 biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu.
 Kami masukkan ia ke dalam jahanam dan jahanam itu seburuk-buruk
 tempat kembali."129

         Jumhur ulama muslimin bersepakat bahawa sesiapa menolak hadis
sahih dianggap kufur berdasarkan sabda Nabi Muhammad:




 "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang menolak. Mereka
 bertanya: Siapa yang enggan wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
 Barangsiapa yang mentaatiku pasti masuk syurga dan barangsiapa yang
 mendurhakaiku maka sesungguhnya dia telah enggan."130

        Sesiapa membabitkan dirinya dalam bid‟ah adalah bermaksiat kepada
Allah dan RasulNya dan melakukan kesesatan. Firman Allah:



 "Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia
 sesat dalam kesesatan yang nyata”. 131

128 . Al-Baqarah 2:111
129 . An-Nisa 4:115.
130. H/R Bukhari.
131 . Al-Ahzab, 33:36.


                                     39
 "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah
 dan Rasul-Nya. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
 Mendengar lagi Maha Mengetahui”.132

         Tidakkah mereka mahu beriman dengan hadis ini sebagaimana
berimannya para sahabat yang tidak mentakwil atau mentahrif hadis yang
sahih ini? Apakah mereka tidak mengimani nas-nas di bawah ini?:



      "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah uswah (contoh/teladan)
      yang baik." 133



      "Tidakkah kamu percaya kepadaku sedangkan aku dipercayai oleh yang
      di langit? Setiap pagi dan petang sampai kepadaku tentang khabar
      keadaan di langit."134

           Untuk menyelamatkan diri daripada bid'ah:

     Pertama: Ikhlas demi kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Iaitu tidak
melakukan kesyirikan dan bid'ah, firman Allah:



 "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah
 ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
 seseorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.135

    Kedua: Mengikuti (mencontohi) sunnah. Berdasarkan hadis-hadis Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:



132 . Al-Hujurat, 49:1.
133 . Al-Ahzab, 33:21.
134. H/R Bukhari dan Muslim.
135 . Al-Kahfi, 18:110.


                                         40
 "Sesiapa yang mengamalkan satu amal yang bukan suruhan kami maka
 amalan tersebut tertolak."



 "Sesiapa mereka-cipta (sesuatu amalan) dalam agama kami ini yang
 bukan darinya maka ia tertolak."136




 "Sesiapa mengajak ke jalan kesesatan, dia menanggung dosa yang sama
 terhadap dosa-dosa orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangi
 sedikitpun dosa itu dari dosa-dosa mereka".137

             Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:



 "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amal kecuali yang
 dikerjakan dengan hati murni (ikhlas) dan hanya mengharapkan
 wajahNya (redaNya) Azza wa-Jalla".138

         Perkara ini dijelaskan oleh Abdul Rahman bin Nasir as-Su'di:
 "Hanya keikhlasan amalnya kerana Allah dan mencontohi Rasulullah
 sahaja yang akan diterima. Sesiapa yang kehilangan keduanya (ikhlas
 dan ittiba') atau salah satu darinya maka amalnya tertolak".139

             Fudhail bin 'Iyad telah menafsirkan ayat di Surah al-Mulk:


136.   Berkata Ibn Qudamah rahimahullah dalam           ;   bermakna        yang bererti tertolak.
Lihat:            hlm. 30.
137.   H/R Muslim, Abu Daud dan Turmizi.
138.   H/R Abu Daud dan an-Nasaii dengan sanad yang jayyid (bagus) dan sahih Lihat:          (1/24).
Al-Mundziri. Lihat: Fathul Qadir (2/275).
139. Lihat:                  hlm. 10. Syeikh Abdul Rahman bin Nasir as- Su'di. Dan lihat:
             hlm. 60. Ali Hasan.

                                                   41
      "Supaya Dia menguji siapa antaramu yang paling baik amalnya".140

             Maka ayat di atas ini ditafsirkan oleh beliau:




 "(Akan diuji) siapakah yang paling ikhlas dan paling betul, sesungguhnya
 amal jika ikhlas tapi tidak betul ia tidak diterima. Jika sekiranya betul
 tetapi tidak ikhlas ia tidak diterima. Keikhlasan apabila semata-mata
 kerana Allah Azza wa-Jalla dan betul apabila di atas
 (mengikut/mencontohi) sunnah".141

             Penerangan ini dikuatkan dengan penjelasan Ibn 'Ajlan:



 "Tidak betul sesuatu amal kecuali dengan tiga perkara: Kerana takwa
 kepada Allah, niat yang baik dan betul (mengikut sunnah)".142

        Pembuat bid'ah jika ditanyakan mengapa mengerjakan bid‟ah?
 Mereka menjawab: "Apa salahnya, kami berniat baik". Alasan seperti ini
 terjadi sejak zaman Nabi, sahabat, tabi'in dan terus berlaku dizaman
 selepas mereka. Contohnya, ia berlaku dizaman Malik bin Anas yang
 mana Sufyian bin 'Uyainah menceritakan:




140    . Al-Mulk,67:2.
141.    Lihat:               (1/83). Ibn Qaiyim. Lihat:        (8/90) Abu Naim al-Asbahani.
Lihat:                   hlm. 10. Ibn Rejab al-Hambali.
142.    Lihat:                hlm. 10. Ibn Rejab al-Hambali.

                                                    42
   "Sufyin bin 'Uyainah berkata: Saya mendengar seorang lelaki datang
   kepada Malik bin Anas lalu berkata: Wahai Abu Abdillah! Dari mana
   aku berihram? Ia berkata: Dari Zulhulaifah, tempat Rasulullah
   berihram. Ia berkata: Saya ingin berihram dari masjid di samping
   kubur (Rasulullah). Ia berkata: Jangan kamu lakukan sebab saya
   khuatir engkau akan ditimpa fitnah. Ia berkata: Fitnah apakah
   gerangan? Aku hanya menambah beberapa batu sahaja. Ia berkata:
   Fitnah manakah yang lebih besar daripada kamu melebihi keutamaan
   yang ditinggalkan Rasulullah. Sesungguhnya Allah telah berfirman:
   Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan
   ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih".143

        Sa'ied bin al-Musaiyib rahimahullah pernah menegur seorang lelaki
yang rosak ibadahnya walaupun berniat baik:




 “Dari Sa‟ied bin al-Musaiyib: Sesungguhnya beliau telah melihat seorang
 lelaki bersolat selepas terbit matahari lebih dari dua rakaat,
 dipanjangkannya rukuk dan sujud, maka ditegah (oleh Sa‟ied), maka
 beliau berkata: Wahai Aba Muhammad! Adakah akan diazab seseorang
 yang soleh kerana Allah. Beliau berkata: Tidak! Tetapi engkau diazab
 kerana menyalahi sunnah".144

         Di dalam kitab "As-Sunan" terdapat kisah tentang kelompok yang
berniat baik, tetapi dianggap bid'ah oleh Ibn Masoud:


143.   H/R al-Baihaqi dalam    236. Al-Bahgdadi dalam                1/148. Lihat:   6/326
Abu Na'im.
144. H/R Turmizi (2738). Al-Hakim (4/266-265) dengan sanad yang hasan.


                                                43
 "Ibn Mas'oud radiallahu „anhu ketika melihat di masjid sekelompok
 manusia berkumpul sambil membaca takbir, tahlil dan tasbih dengan cara
 yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. Maka Ibn
 Mas'oud membantah dan berkata: Hitunglah keburukanmu, aku menjamin
 ia tidak akan hilang sedikitpun. Celaka kamu wahai umat Muhammad!
 Betapa cepatnya binasanya kamu. Mereka para sahabat kamu banyak
 sekali jumlahnya, ini baju baginda belum usang dan bejana-bejananya
 belum pecah. Demi Zat yang diriku di tanganNya, apakah kamu mengikuti
 agama yang lebih baik dari agama Muhammad, atau kamu orang-orang
 yang membuka pintu kesesatan (bid'ah)? Mereka berkata: Wahai Abu
 Abdurrahman! Kami tidak menghendaki kecuali kebaikan. Beliau
 berkata: Berapa banyak orang yang menginginkan kebaikan tetapi
 mereka tidak memperolehinya".145

             Abdullah bin 'Umar radiallahu anhu berkata:



 "Setiap bid'ah itu sesat walaupun manusia menganggapnya baik".146

        Antara kesalahan pelaku bid'ah, mereka beramal berdasarkan akal
atau hawa nafsunya tanpa ada hujjah. Perbuatan seperti ini telah ditegah oleh
Ali radiallahu „anhu:




 "Seandainya agama ini menggunakan rakyu (pendapat) semata, nescaya
 bahagian bawah khuf lebih baik disapu dari bahagian atasnya. Dan




145.  Lihat: H/R Ad-Darimi (1/68-69) dalam "As-Sunan". dan sanadnya sahih. sebagaimana yang
dijelaskan oleh Syeikh al-Albani dalam kitabnya        hlm. 55-18. Tahqiq Ali bin Hasan bin
Ali bin Abdul Hamid.
146. Al-Lalakaii (126). Ibn Battah (205). Baihaqi dalam              (191). Menurut al-Albani
sanadnya sahih. Lihat:              hlm. 92.

                                                  44
 sesungguhnya aku melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyapu
 bahagian atas khufnya".147

        Imam Syafie mengharamkan amal yang hanya beralasan baik, tetapi
berdasarkan akal atau hawa nafsu tanpa didasari oleh al-Quran, as-Sunnah
Rasulullah atau athar sahabat. Imam Syafie berkata:



 "Sesungguhnya al-istihsan adalah talazzuz (menuruti hawa nafsu)".148

             Asy-Syaukani membantah bid'ah yang berhujjahkan akalnya:



 "Setiap yang diada-adakan setelah turunnya ayat: (Pada hari ini telah
 Aku sempurnakan agamamu), maka ia adalah berlebih-lebihan,
 tambahan dan bid'ah".149

            Berkata Nasruddin al-Albani rahimahullah:




 "Seterusnya telah diketahui bahawa bid'ah bukanlah bahyanya pada satu
 nisbah sahaja, tetapi ia mengikut beberapa darajat: Sebahagiannya
 membawa kepada kesyirikan, kekufuran dan selain dari itu".150




147.H/R Abu Daud (162). Al-Baihiqi (1/292). Ad-Daruqutni (1/75) Ad-Darimi (1/181). Al-
Bhagawi (239). Ahmad (947) dan (970). Dinyatakan Sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam
       (1/60).
148.   Lihat: Ar-Risalah. Hlm. 507. As-Syafie.
149.   Lihat:               (18/509) Az-Zahabi.
150.   Lihat:              hlm. 32. Ali Hasan bin Ali bin Abdul Hamid

                                                  45
                                   SIKAP AHLI SUNNAH
                                    TERHADAP BID'AH

       Sikap Ahli Sunnah terhadap bid'ah amatlah keras dan tegas. Tidak
berkompromi dalam bid'ah. Gambaran ini terkandung dalam firman Allah:




 "Dan apabila melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami,
 hendaklah tinggalkan mereka sehingga membincangkan perbincangan
 yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlan kamu duduk
 bersama orang-orang yang zalim itu sesudah kamu teringat".151

        Secara usul "Ibrah (pelajaran) diambil dari keumuman lafaz".152
Ayat ini adalah umum, mencakupi perbuatan Ahlul Bida' sebagaimana
penjelasan Muhammad bin Sirin: "Ayat ini berkaitan ahli bid'ah kerana
mereka adalah manusia yang paling cepat keluar dari agamanya.153 Ayat ini
memerintahkan agar meninggalkan Ahlul Bida'. Kalimah        bukan sahaja
bermaksud: "Tinggalkanlah", juga bermaksud: "Bantahlah" perbuatan bid'ah.
Ibnu 'Aun dan Imam al-Barbahari berkata:


 "Sesiapa yang duduk di majlis ahli bid'ah lebih besar permusuhannya
 kepada kami dari ahli bid'ah itu sendiri".154




 "Dan apabila engkau melihat seseorang itu duduk semajlis dengan ahli
 ahwa (ahli bid'ah) maka peringatkanlah dia dan berilah dia tahu. Jika dia
 tetap duduk semajlis dengan mereka padahal dia telah diberitahu, maka




151    . Al-An‟am, 6:68.
152.    Lihat:           . Hlm. 21. Bakr bin Abdullah Abu Zaid.
153.    Lihat:           . Jld. 2. Hlm. 431.
154.    Dikeluarkan oleh Ibn Battah. Lihat:          . No. 486.

                                                    46
 berwaspadalah terhadapnya kerana sesungguhnya dia adalah ahlu ahwa
 (ahli bid'ah)".155

                               KONTROVERSI UCAPAN
                            'UMAR RADHIALLAHU 'ANHU




                          "Alangkah nikmatnya (baiknya) bid'ah ini".156

        Bid'ah yang diucapan 'Umar berkaitan dengan tarawikh. Ia bid'ah
lughawiyah       . Kerana bid'ah menurut bahasa adalah perbuatan yang tidak
ada contoh sebelumnya. Tarawikh ada contohnya, dikerjakan oleh Nabi
secara berjamaah, maka perbuatan 'Umar menghidupkan setelah lama
ditinggalkan ia dikatakan bid‟ah secara bahasa.




 "Dari 'Irbadh bin Sariah berkata: Setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
 sallam bersembahyang subuh bersama kami, lantas menghadap kami,
 maka terus memberi peringatan dengan peringatan yang sungguh-sungguh
 sehingga menitiskan air mata dan terasa di hati. Kami berkata: Wahai
 Rasulullah! Seolah-olah ini peringatan selamat tinggal, maka wasiatlah
 kepada kami.      Baginda bersabda:      Aku berwasiat kepada kamu,
 bertakwalah kepada Allah, hendaklah kamu dengar dan taat walau
 terhadap hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku
 akan melihat perbalahan yang banyak, maka kembalilah kepada sunnahku
 dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin selepas ku, berpegang teguhlah



155.    Lihat:          . Hlm. 144. Imam al-Barbahari.
156    . H/R Bukhari.

                                                   47
 dengannya, gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah dengan hal-hal
 baru sesungguhnya setiap ciptaan yang baru itu adalah bid'ah".157

         Nabi Muhammad memerintahkan agar umat Islam berpegang teguh
dengan sunnah baginda dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin walaupun baginda
telah wafat. Telah disepakati bahawa 'Umar salah seorang dari Khulafa ar-
Rasyidin. Oleh itu, menurut hadis sahih apa yang dilakukan oleh 'Umar
tentang tarawikh dianggap kata-kata sunnah, tidak boleh dikatakan bukan
bid‟ah hasanah walaupun ramai yang mengatakan. Dan tidak dihalalkan
menerima kata-kata yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis sahih Imam
Syafie telah berfatwa:




   "Telah disepakati oleh (ulama) muslimin bahawa sesiapa yang telah
   mendapat penjelasan tentang sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
   sallam maka tidak dihalalkan baginya meninggalkan sunnah tersebut
   lantaran kata-kata seseorang."158

            'Umar bin Abdul Aziz radiallahu 'anhu berkata:




 "Tidak diterima pendapat dari seseorang setelah adanya sunnah yang
 ditetapkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam."159

        Ibn Abbas memberi peringatan tegas kepada orang yang mengambil
kata-kata sahabat dan menolak hadis:




157.H/R Turmizi (2600) Kitab al-Ilm. Berkata Turmizi: "Hadis ini hasan dan sahih". Hadis ini
mempunyai beberapa jalur dan jamaah yang mengeluarkan hadis ini boleh dilihat dalam
                 (17184) Ali bin Hasan bin Ali bin Abdu Hamid.
158.   Lihat:                         jld. 2. Hlm. 282.
159.   Lihat:                         jld. 2. Hlm. 282.

                                                 48
 “Berkata Ibn Abbas kepada seorang lelaki yang bertanya kepadanya
 tentang suatu masalah. Dijawabnya dengan sebuah hadis. Maka
 menyangkal lelaki itu terhadap jawapan Ibn Abbas dengan berkata:
 (Tetapi) telah berkata Abu Bakar dan 'Umar. Ibn Abbas kemudian
 berkata: Ditakuti akan diturunkan ke atas kamu hujan batu dari langit,
 aku menegaskan: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam
 tetapi kamu beralasan berkata Abu Bakar dan Umar?"160

            Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah pula berkata:




   "Sesiapa menolak suatu hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam maka dia
   berada di pinggir jurang kehancuran (kebinasaan)."161

        'Umar menggunakan perkataan bid'ah hanyalah menurut bahasa bukan
syara. Penafian ini dikuatkan dengan kata-kata beliau:



 "Setiap bid'ah itu sesat, walaupun manusia berpendapat bid'ah itu adalah
 hasanah (baik)".162

         Dengan penjelasan ini, ucapan 'Umar: "Alangkah baiknya bid'ah ini"
tidak boleh diertikan bid'ah hasanah.       Imam Syafie telah melarang
pengistilahan bid‟ah hasanah dalam agama, beliau menegaskan:




160.   Lihat:                        hlm. 27. Ibn Taimiyah.
161.   Lihat:              jld. 2. Hlm. 15. Lihat:        jld. 1. Hlm. 260.
162.   Diriwayatkan oleh Al-Lalikaii (162). Ibn Battah (205). Baihaqi dalam   (191). Ibn
Nasr dalam "As-Sunnah" (80). Dengan sanad yang sahih.

                                                     49
 "Sesiapa mencipta istihsan (perkara yang disangka baik), dia telah
 mencipta syara dan sesiapa mencipta syara dia telah kafir".163

       Menganggap bid'ah itu baik, lazimnya seolah-olah tidak bermakna
firman Allah:   "Hari ini Aku telah sempurnakan agamu kamu".164
Kenyataannya pembuat bid'ah menyembunyikan apa yang tersirat di hatinya
yang membisikkan:

      "Bahawa syariat tidak sempurna, masih ada sesuatu yang wajib
      ditambah sesungguhnya mereka telah sesat dari jalan yang lurus".165

             Menurut Imam Syafie, istihsan adalah keseronokan. Beliau berkata:



             "Sesungguhnya istihsan ialah suatu yang menyeronokkan"166

             Al-Quran mengharamkan beribadah yang hanya berpandukan akal
        , sangkaan atau pendapat yang disangka baik. Firman Allah:



 "Dan mereka menyangka bahawa mereka telah melaksanakan perbuatan-
 perbuatan (ibadah yang mereka cipta mengikut cara mereka sendiri) itu
 adalah baik". 167




 "Dan mereka membuat bid'ah (dengan mengada-adakan) rahbaniyah168
 padahal Kami tidak pernah mewajibkannya kepada mereka tetapi mereka


163.    Lihat:                   Jld. 2, hlm. 295.
164.    Lihat:         jld. 1 hlm. 111. Dan ayat Al-Maidah. 5:3.
165.    Lihat:               hlm. 20. Ali bin Hasan bin Abdul Hamid.
166.    Lihat:       hlm. 507.
167    . Al-Kahfi, 18:104.

                                                     50
 sendirilah yang mengada-adakan (bid'ah) untuk mencari keredaan Allah,
 lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya.
 Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka
 pahalanya dan ramai di antara mereka orang-orang fasik".169

        Dalil di atas menunjukkan penyebab kerosakan akidah dan amal-
ibadah ialah mendahulukan akal, hawa nafsu dan beralasan: "Berniat baik".
Kejadian serupa ini berlaku dizaman Nabi Muhammad:




 "Datang beberapa pengunjung ke rumah isteri-isteri Nabi sallallahu
 'alaihi wa sallam menanyakan ibadah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam.
 Apabila diceritakan, maka mereka saling mempersoalkan (ibadah mereka
 yang sedikit) dan mereka berkata sesama sendiri: Alangkah berbezanya
 kita dengan Nabi sedangkan baginda diampunkan dosanya yang lalu dan
 yang kemudian. Salah seorang berkata: Saya akan bersembahyang
 malam selama-lamanya. Berkata yang lain: Saya akan berpuasa tanpa
 berbuka. Berkata yang lain: Saya akan menjauhi perempuan, saya tidak
 akan berkahwin selama-lamanya. Maka Rasulullah tiba dan terus
 bersabda: Adakah kamu yang mengatakan begitu dan begini? Demi Allah
 sesungguhnya akulah yang paling takut dan paling takwa kepada Allah,
 tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sembahyang dan aku tidur dan aku




168. Yang dimaksud dengan "Rahbaniyah" ialah tidak beristeri atau tidak bersuami dan mengurung
diri dalam biara. Lihat: AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA. Kementerian Wakaf Kerajaan
Saudi Arabia. Hlm. 905. No. 1461.
169 . Al-Hadid, 57:27.


                                                51
 berkahwin. Oleh itu sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, maka dia
 bukanlah dari golonganku".170

      Amal yang tidak menyalahi al-Quran dan al-Hadis, tidak akan sesat
pengamalnya, tetapi yang menyalahinya telah diberi peringatan:



 "Maka awaslah mereka yang menyalahi perintahnya, mereka akan
 ditimpakan fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih". 171

       Imam Ahmad bin Hambal berkata tentang fitnah pada ayat di atas:

 "Tahukah anda apakah yang dinamakan dengan fitnah?                 Yang
 dimaksudkan dengan fitnah ialah syirik. Ia boleh terjadi pada seseorang
 yang hanya apabila ia menolak sebahagian sabda Nabi sallallahu 'alaihi
 wa sallam. Maka akan terjadi di hatinya suatu kesesatan yang akhirnya ia
 akan binasa."172

            Imam Syafie pernah menegaskan tentang bid'ah bahawa:




 "Mengada-adakan dalam perkara agama dua cara, satu darinya menokok-
 nambah Kitab atau sunnah atau ijmak atau athar, maka inilah dia bid'ah
 yang sesat".173

          Melakukan bid'ah dianggap mendurhakai Allah, Rasul-Nya dan
maksiat yang keji. Firman Allah:




170.   Bukhari 4675 an-Nikah. Muslim 2487 an-Nikah. Nasaii 3167 an-Nikah. Ahmad 13045.
171  . An-Nur, 24:62.
172.    Kesempurnaan Syarak & Bahaya Bid'ah. Hlm. 23. Muhammad Bin Saleh al- 'Utsaimin.
Terjemahan Rasul bin Dahri. Johor Bahru, Malaysia.
173. Lihat:                                    . Hlm. 21. Ahmad Sallam.

                                            52
“Tidak sepatutnya lelaki beriman dan perempuan beriman apabila Allah
dan Rasul-Nya memutuskan suatu urusan, mereka memilih urusan mereka
sendiri. Dan sesiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah
sesat (dalam) kesesatan yang nyata”.174

         Dianggap ibadah hanya apa yang disuruh dan dihalalkan oleh Allah
serta dicontohkan oleh Rasul-Nya. Firman Allah:



     "Apa sahaja yang didatangkan oleh Rasul hendaklah kamu ambil dia,
 dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu tinggalkan". 175



 "Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan al-
 Quran dan as-Sunnah) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu
 dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui
 (jahil)". 176

        Tujuan Nabi dan Rasul untuk ditaati sebagaimana firman Allah:



 "Dan tidak Kami utus seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan
 seizin Allah". 177

        Bid‟ah diharamkan oleh para rasul, melakukan bid‟ah bererti tidak
mentaati Rasulullah. Ibn Mas'oud telah menasihatkan:



 "Hendaklah kamu menurut dan janganlah melakukan bid'ah, maka jika
 kamu tinggalkan sunnah Nabi kamu pasti kamu akan sesat".178



174 . Al-Ahzab, 33:36.
175 . Al-Hasyr 59:7.
176 . Al-Jasiyah 45:18.
177 . An-Nisa‟ 4:64.
178. LihaT:             . Ibn Qaiyim

                                       53
 "Hendaklah kamu mengikuti dan janganlah kamu membuat bid'ah. Sudah
 cukup bagi kamu, maka setiap yang bid'ah itu sesat".179




 "Dari Abdullah bin 'Amr: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
 sallam: Setiap amal itu ada masa giatnya, setelah itu ada rehatnya. Maka
 sesiapa yang rehatnya kepada sunnahku dia mendapat petunjuk dan
 sesiapa yang rehatnya kepada selain itu dia telah binasa."180

        Terselamatnya amal agar tidak dibatalkan hayalah melalui ketaatan.
Bid‟ah adalah pembatal amal. Firman-Nya:



 "Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul-
 Nya dan janganlah kamu rosakkan amalan kamu". 181



 "Apa saja yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu
 terima dan apa saja yang ditegah hendaklah kamu meninggalkannya".182



 "Sesungguhnya untuk kamu dari Rasulullah sudah ada contoh yang
 baik".183

        "Contoh yang baik" hanyalah yang bersangkut-paut dengan akidah
dan ibadah, bukan persoalan duniawi. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya
adalah wajib hukumnya. Tanda cinta ialah mengikut contoh, bukan mengajar
ummah berbuat bid‟ah. Firman Allah:

179.  Menurut Syeikh Ali Hasan al-Atsari, hadis ini adalah hasan.
180.  H/R Ahmad dan Ibn Habban di dalam sahihnya.
181 . Muhammad, 47:33.
182 . Al-Hasyr 59:7.
183 . Al-Ahzab 33:21.


                                                   54
 "Katakanlah (Ya Muhammad!) : Jika kamu mencintai Allah maka ikutilah
 (taatilah) aku nescaya Allah akan mencintai kamu". 184




 "Dan barangsiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan
 mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia
 berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya dan Kami masukkan
 ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".185

        Umat jangan dibohongi dengan bid‟ah dengan diatas namakan
sunnah, kerana Rasulullah bersabda:

                      .
 "Sesiapa yang dusta (pembohong) atas (nama)ku, maka hendaklah dia
 bersiap sedia menerima tempat duduknya dari api neraka."186



 "Sesiapa berkata atas (nama) ku apa yang tidak aku katakan, maka
 hendaklah dia bersiap sedia menerima tempatnya dari api neraka."187




      "Pada akhir zaman akan datang kepada umatku manusia-manusia yang
      meriwayatkan (mencipta) hadis yang tidak pernah kamu dengar dan



184 . Ali Imran 3:31.
185 . An-Nisa‟ 4:115.
186. H/R Bukhari (104) al-Ilm. Abu Daud (3166) al-Ilm. Ibn Majah (36).
      Ahmad (1339). Hadis Mutawatir
187. H/R Bukhari (106) al-Ilm.


                                                55
   tidak pula nenek moyang kamu. Maka peliharalah dirimu dan jauhilah
   mereka."188



 "Cukuplah kebohongan seseorang apabila dia mengambil hadis dari
 setiap yang didengar."189

         Hal di atas ini telah dikhabarkan oleh Allah dengan firman-Nya:



 "Tidak sekali-kali! Sesungguhnya itu hanyalah perkataan yang sengaja
 mereka ucapkan (ada-adakan) semata."190




 "Alangkah kejinya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Mereka tidak
 mengatakan sesuatu kecuali dusta belaka". 191

        Para sahabat, ulama seperti Syafie, Maliki, Hambali, dan para ulama
hadis sangat membenci bid‟ah dan pelakunya:

 “Berkata 'Umar Ibn Al-Khattab: "Berjaga-jagalah kamu dari orang-
 orang yang menilai kebenaran dengan pendapatnya           kerana
 mereka adalah musuh-musuh sunnah".192

         Said bin Jabir radiallahu 'anhu menegaskan:



 "Sekiranya puteraku bersahabat dengan penyamun yang sunni lebih aku
 sukai daripada dia bersahabat dengan ahli ibadah yang mencintai



188.  H/R Muslim.
189.  H/R Muslim.
190 . Al-Mukminun 23:100.
191 . Al-Kahfi 18:5.
192. Lihat:                 Hlm. 61. Nasir bin Abdul Karim al-Aql.

                                             56
 bid'ah".193 Sebahagian pengikut mazhab Imam Syafie, Ahmad dan selain
 keduanya menghalalkan membunuh orang yang mengajak kepada
 perbuatan bid'ah. Begitu juga pengikut Imam Malik mengatakan bahawa
 Imam Malik membolehkan membunuh Qadariyah bukan lantaran
 murtadnya tetapi lantaran menyebarkan kerosakan (bid'ah) di permukaan
 bumi".194

            Al-Hafiz Imam Abu Fahdl al-Hamadani pernah menegaskan:

 "Ahli Bid'ah dan semua orang-orang yang memalsukan hadis lebih
 merbahaya daripada orang-orang kafir yang secara terang-terangan
 memusuhi Islam. Orang-orang kafir bertujuan menghancurkan Islam dari
 luar sedangkan Ahli Bid'ah merancang untuk menghancurkan Islam dari
 dalam.      Mereka seperti penghuni suatu kampung yang ingin
 menghancurkan kampung tersebut, sedangkan orang-orang kafir bagaikan
 musuh yang sedang menunggu di luar benteng sehingga pintu benteng
 dibuka oleh Ahli Bid'ah. Jelasnya Ahli Bid'ah amat buruk akibatnya
 terhadap Islam dibandingkan orang yang menentang secara terang-
 terangan".195

            Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:

 "Ahli Bid'ah lebih keji dari pembuat maksiat yang suka memuaskan hawa
 nafsunya, begitulah mengikut nilaian sunnah dan ijmak. Kerana dosa
 maksiat hanya lantaran mereka melakukan sebahagian yang dilarang
 seperti mencuri, berzina, minum arak atau memakan harta orang lain
 secara batil. Sedangkan dosa pelaku bid'ah lantaran mengabaikan apa
 yang diperintahkan di dalam sunnah supaya ditaati secara sunnah dan
 ijmak kaum mukminin".196

                           BID’AH AKIDAH (SYIRIK)




193.   Lihat:          . Hlm. 218. Ali Hasan.
194.   Lihat:         . Hlm. 123. Ibn Taimiyah.
195.   Lihat:                                          ms 128. Rabi' Hadi al-Madkhali.
196.   Lihat:        . Jld. 20. Hlm. 103. Ibn Taimiyah. Lihat:             . Hlm. 219. Ali
Hasan.

                                                57
         Bid‟ah akidah menyebabkan sesat dan syirik. Bid‟ah akidah amat
ditakuti oleh setiap mukmin. Allah tidak mengampunkan dosa syirik. Semua
amal akan dibatalkan jika mati dalam kesyirikan:



  "Barangsiapa yang kafir sesudah beriman maka hapuslah amalannya dan
  ia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi." 197



  "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi dari jalan Allah
  kemudian mereka mati dalam keadan kafir maka sekali-kali Allah tidak
  akan memberi keampunan kepada mereka." 198




  "Barangsiapa antara kamu yang murtad dari agamanya lalu dia mati
  dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan
  di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
  199




  "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan
  akan menemui akhirat, sia-sialah amalan mereka. Mereka tidak diberi
  balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan."200




  "Tidaklah pantas orang-orang yang musyrik (melakukan kesyirikan) itu
  memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahawa


197 .   Al-Maidah 5:5.
198 .   Muhammad 47:34.
199 .   Al-Baqarah 2:217.
200 .   Al-A‟raf 7:147.

                                       58
  mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia amalan mereka,
  mereka akan dikekalkan di neraka." 201




  "Dan telah diwahyukan kepadamu dan kepada (para nabi) yang
  sebelummu:    Jika kamu mempersekutukan nescaya akan hapuslah
  amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi" 202



  "Seandainya mereka mempersekutukan Allah nescaya lenyaplah dari
  mereka segala amalan mereka yang telah mereka kerjakan." 203




  "Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya kebaikan seseorang mukmin.
  Oleh itu dia akan diberi rezeki di dunia dan dibalas di akhirat. Adapun
  orang kafir maka dia akan diberi makan dengan kebaikan-kebaikan yang
  telah ia kerjakan kerana Allah di dunia namun apabila ia kembali ke
  akhirat maka tidak ada baginya kebaikan yang diberikan."204




                                KONTROVERSI
                             UCAPAN IMAM SYAFIE

        Imam Syafie membahagikan bid'ah kepada yang terpuji            dan
yang tercela        . Qaul beliau:

201  .   At-Taubah 9:17.
202  .   Az-Zumar 39:65.
203 .    Al-An‟am 6:88.
204.     H/R Muslim (149).

                                      59
 "Perkara-perkara yang diada-adakan dua jenis: Sesuatu yang yang
 menyalahi Kitab, sunnah, athar atau ijmak, maka ini adalah bid'ah yang
 sesat. Dan sesuatu yang diada-adakan dari jenis kebaikan yang tidak
 bertentangan dengan sunnah maka ia tidak tercela."205. 206

            Pada qaul Imam Syafie di atas ada beberapa pembahasan:

     Pertama:     Tidak seharusnya diterima perkataan seseorang yang
bertentangan dengan sabda Rasulullah siapa pun orangnya. Sabda Nabi
adalah hujjah dan perkataan seseorang bukan hujjah. Meninggalkan sabda
Nabi adalah perbuatan batil.207 Abdullah bin Abbas berkata:



 "Tidak ada pendapat seseorang ia boleh diambil atau ditinggalkan kecuali
 pendapat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam."208

    Kedua: Seseorang meneliti qaul Syafie tidak meragui bahawa yang
dimaksudkan beliau ialah bid'ah di segi bahasa bukan syarie  :

 "Bahawa bid'ah menurut syara ialah setiap yang bertentangan dengan al-
 Kitab dan as-Sunnah."209

        Imam Syafie membataskan bid'ah terpuji hanya yang tidak
bertentangan dengan al-Kitab, as-Sunnah dan athar. Sebaliknya bid'ah dalam
agama bertentangan dengan firman Allah: "Hari ini Aku telah sempurnakan
bagi kamu agama kamu" dan bertentangan juga dengan hadis sahih: "Sesiapa

205.   Lihat:                   hlm. 36. Lihat:                      Jld. 1. 469. Lihat:
                 hlm. 94.
206.   Lihat:                    hlm. 36. Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nasir. Lihat:
            jld. 9. Hlm. 113.
207.    Lihat:                   hlm. 36.
208.    Ibid. Hlm. 37.
209.   Ibid. Hlm. 37

                                            60
yang mengada-adakan yang baru dalam urusan kami yang bukan darinya
maka ia tertolak (bid'ah)".210 Berkata Ibn Rejab rahimahullah:

 "Apa yang dimaksudkan oleh Syafie bahawa bid'ah itu tercela kerana
 sesuatu yang sama sekali tidak ada asalnya dari syara, inilah bid'ah
 secara syarie. Adapun bid'ah yang terpuji iaitu setiap yang sesuai dengan
 sunnah yang ada dasarnya dari sunnah dan ada kaitannya dengannya,
 tapi hanya secara bahasa bukan secara syarie yang mana ia sesuai
 dengan sunnah"211

      Imam Syafie mencontoh bid‟ah terpuji antaranya pembukuan hadis dan
sembahyang tarawikh, walaupun tidak ada contoh sebelumnya tetapi ia ada
dasarnya dari syara. Kesimpulannya, setiap bid'ah terpuji tidak melibatkan
urusan agama. Bid'ah yang keji ialah yang bertentangan dengan al-Kitab dan
as-Sunnah dan tidak ada dalilnya dari syara.

     Ketiga: Imam Syafie sangat teliti berittiba' kepada sunnah dan sangat
benci kepada bid‟ah. Beliau pernah bertegas:

 "Telah diriwayatkan bahawa pernah seseorang bertanya kepada Imam
 Syafie. Wahai Abu Abdullah! Apa pendapatmu tentang hadis (yang tuan
 telah riwayatkan)? Imam Syafie gementar dan menggigil lantas berkata:
 Wahai yang bertanya! Bumi manakah yang akan aku pijak dan langit
 manakah yang akan aku berlindung apabila aku telah meriwayatkan
 sesuatu hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam kemudian aku tidak
 berkata dengannya? Sewajarnya bagiku mendengar dan melihat"212

        Imam Syafie amat mengetahui tentang hadis: "Setiap bid'ah itu sesat".
Maka Imam Syafie tidak akan menentang hadis tersebut dengan membuat
bid‟ah kerana apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah bid'ah di segi bahasa.213
Imam Syafie menegaskan:




210. Ibid. Hlm. 37.
211: Ibid. Hlm. 38.
212. Lihat:           jld. 2. hlm. 256.
213.   Lihat:                             hlm. 39.

                                                     61
 "Jika kamu dapati setiap apa yang aku katakan bertentangan dengan
 sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka berkatalah kamu
 dengan sunnah tersebut dan tinggalkan apa yang aku katakan"214



 "Setiap hadis dari Nabi adalah ikutanku walaupun kamu tidak pernah
 mendengar dariku".215




   "Setiap apa yang aku katakan apabila bertentangan dengan hadis
   Rasulullah yang sahih, maka hadis Rasulullah lebih diutamakan dan
   janganlah kamu sekalian bertaqlid kepadaku."216




 "Setiap masalah yang ternyata benar datangnya dari Rasulullah setelah
 didapati oleh ahli Naql akan kebenarannya, maka jika ia nyata
 bertentangan dengan kata-kataku, maka aku kembali mengikut hadis
 tersebut selama hidupku atau sesudah matiku."217

         Sebenarnya, pelaku bid'ah beramal tanpa ada dalil dari syara sehingga
tercetus fitnah. Golongan bid'ah akan terus wujud sebagaimana dikhabarkan
oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:




214.   Ibid. Hlm. 40. Lihat:     jld. 10. hlm. 34.
215.   Ibid.
216.   Lihat:                  hlm. 40.
217.   Ibid.

                                           62
"Tiada seorang Nabi pun diutus Allah pada suatu umat sebelumku kecuali
ada dari umatnya penolong dan para sahabat yang mengambil sunnahnya
yang meneladani perintahnya. Kemudian mereka diganti dengan generasi
pengganti yang pandai bercakap tetapi tidak berbuat dan berbuat dengan
apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa berjihad dengan tangannya ia
orang yang beriman. Barangsiapa memerangi mereka dengan hatinya ia
termasuk orang yang beriman. Dan tidaklah ada keimanan walau sebesar
biji sawi bagi sesiapa yang meninggalkannya."218

         Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah menukil:




 "Membantah ahli bid'ah adalah jihad sehingga Yahaya bin Yahaya
 berkata: Pembelaan terhadap sunnah lebih baik dari jihad."219




                          KONTROVERSI PERKATAAN
                          AL-IZZ BIN ABDUS SALAM

        Aktivis bid'ah mempertahankan amalan bid‟ahnya kerana beralasan
dengan perkataan al-Izz bin Abdus Salam. Beliau membahagikan bid'ah
kepada lima bahagian:


218.   H/R Muslim.
219.   Lihat:      , hlm. 12.

                                        63
   "Bid'ah itu terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah mandub,
   bid'ah makruh dan bid'ah mubah. Mengenal perkara tersebut dengan
   mengemukakannya melalui kaedah-kaedah syariah. Jika ia termasuk
   dalam kaedah yang wajib maka wajiblah hukumnya, jika termasuk dalam
   kaedah yang haram maka haramlah hukumnya, jika termasuk dalam
   kaedah yang mandub maka mandublah hukumnya dan jika termasuk
   dalam kaedah yang mubah maka mubahlah hukumnya."220

         Pendapat al-Izz bin Abdus Salam disebarkan oleh muridnya al-Qarafi
melalui kitabnya "al-Furuq". Pembahagian ini ada kalanya secara bahasa dan
ada kalanya di segi terminologi syari'i. Menurut asy-Syatibi: (Pembahagian
bid‟ah kepada lima hukum taklifi) tidak ada dasarnya sama sekali, tertolak di
segi syarie atau kaedah-kaedahnya. Sebab jika ada dalil syarie yang
menunjukkan wajib, sunnah atau mubahnya melakukan hal tersebut, maka dia
bukanlah bid'ah dan pengamalnya termasuk dalam keumuman amal yang
diperintahkan atau diberikan pilihan untuk melakukannya. Sedangkan
mencantumkan hal-hal tersebut dengan dalil-dalil yang menunjukkan wajib,
sunnah atau mubahnya adalah mencampur-adukkan dua hal yang saling
menafikan. Kerana yang makruh dan yang haram dapat diterima dari sisi
keberadaannya sebagai bid'ah hasanah dan tidak dari sisi syara.221
         Pendapat al-Izz bin Abdus Salam boleh diselesaikan melalui beberapa
keterangan:

     Pertama: Sesungguhnya sabda Rasulullah (Setiap bid‟ah sesat) tidak
boleh dibantah oleh kata-kata seseorang siapapun orangnya.222 Sesiapa yang
membantah firman atau sabda Nabi Muhammad adalah kafir secara ijmak.


220.   Lihat:       jld. 2 Hlm. 173.
221.   Lihat:   (1/191-192). Asy-Syatibi.
222.   Lihat:                   . Hlm. 41.

                                             64
        Kedua: Berkata As-Syatibi rahimahullah:




"Sesungguhnya pembahagian ini adalah perkara baru yang diada-adakan,
tidak berlandaskan dalil syarie, sebaliknya pembahagian itu sendiri
bertentangan, kerana hakikat bid'ah adalah sesuatu yang tidak ada padanya
dalil syarie atau nas-nas syariah dan kaedah-kaedahnya. Sekiranya terdapat
dalil dari syara akan wajibnya atau sunnah atau mubah, nescaya amal
tersebut tidak dikategorikan sebagai bid'ah bahkan termasuk dalam
keumuman amalan yang diperintahkan atau termasuk hal yang sifatnya
sebagai pilihan. Mengumpulkan perkara yang sifatnya bid'ah dengan suatu
perkara yang ada dalil yang menunjukkan tentang wajib, mandub atau
mubahnya bererti mengumpulkan dua hal yang saling bertentangan."223

      Ketiga: Dimaksudkan bid‟ah oleh al-Izz bin Abdus Salam adalah bid'ah
menurut bahasa sebagaimana difahami dari contoh-contoh yang diberikan
iaitu: Mempelajari nahu untuk memahami firman dan sabda, membukukan al-
Quran dan al-Hadis, membangun sekolah dan sebagainya. Perbuatan ini tidak
boleh dikatakan bid'ah kerana termasuk dalam kaedah:



       "Apa yang tidak boleh terlaksana kecuali dengan adanya pelengkap,
       maka pelengkap tersebut adalah wajib hukumnya."224

        Menurut asy-Syatibi: Al-Izz bin Abdus Salam membahagikan bid'ah
kepada mubah dan mencontohkannya kenikmatan dunia yang tidak berkaita
dengan syara. Namun jika berlebih-lebihan ia dianggap haram dan maksiat.
Tetapi bbukanlah semua maksiat itu bid'ah kerana maksiat dan bid'ah adalah

223.   Lihat:     Jld. 2. Hlm. 173.
224.   Lihat:                         hlm. 43.

                                                 65
berbeza.225 Beliau terkenal gigih memerangi bid'ah sehingga melarang
mengangkat tangan semasa berdoa kecuali pada keadaan di mana Rasulullah
mengangkatnya.226 Menurut beliau: Tidak seorang pun mengusap wajahnya
selepas berdoa kecuali orang jahil.227 Beliau melarang membaca selawat atas
Nabi ketika berqunut.228 Ketika ditanya tentang berjabat tangan setiap selesai
solat Subuh dan Asar maka dijawabnya:

 "Berjabat tangan selepas solat Subuh dan Asar perbuatan bid'ah kecuali
 bagi orang yang baru datang atau berjabat tangan dengan kumpulan
 orang-orang yang belum memulakan solat.           Berjabat tangan itu
 disyariatkan untuk orang yang baru datang. Rasulullah setelah solat
 membaca zikir yang disyariatkan, beristighfar tiga kali kemudian terus
 meninggalkan masjid."229 Telah diriwayatkan bahawa baginda berdoa:
                           (Tuhanku! Lindungilah aku dari azabMu pada
 hari dibangkitkan hamba-hambaMu)”.230

 “Syihabuddin Abu Syamah berkata: “Al-Izz bin Abdus Salam seorang
 yang paling layak digelar Khatib dan Imam. Beliau sentiasa membasmi
 bid'ah yang dikerjakan oleh para khatib, beliau seorang yang paling
 berani dan tegas di atas mimbar. Beliau menyatakan akan batilnya solat
 selepas ragaib dan solat nisfu Sy'ban dan mencegah orang-orang dari
 melakukannya."231

            Menurut Rasyid Ridha: Bid'ah secara kalimah terbahagi dua:

     Pertama: Secara Bahasa, iaitu "Sesuatu yang baru yang tidak ada
misal sebelumnya" yang secara makna sah pendapat yang menentukan bid'ah
terbahagi lima hukum. Antara yang memasukan bid‟ah ke dalam istilah
bahasa ialah 'Umar setelah menyatukan solat tarawikh dengan satu iman dan
mengatakan: "Alangkah baiknya bid'ah ini"232


225.   Lihat:         jld. 1. Hlm. 246.
226. Lihat: Fatwa al-Izz bin Abdus Salam. Hlm. 46. Darul Baaz.
227. Lihat: Fatwa al-Izz bin Abdus Salam. Hlm. 46. Darul Baaz.
228. Ibid. Hlm. 47.
229. Lihat:                          hlm. 45.
230.   Ibid.
231.   Lihat:                      jld.8 hlm. 210.
232.   Keterangan ini dapat dilihat juga dalam kitab:

                                                        66
      Kedua: Secara Syarie, bid‟ah ialah sesuatu yang tidak pernah berlaku di
zaman Nabi Muhammad atau tidak didatangkan oleh agama seperti akidah
dan ibadah. Pengharaman dalam agamalah yang dikehendaki oleh hadis
"Setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah adalah
sesat". Setiap bid'ah di segi agama adalah sesat kerana Allah telah
menyempurnakan agama dan nikmatNya ke atas makhlukNya.233




                          KONTROVERSI
                  "PANDANGAN MUSLIMIN YANG BAIK"

       Sebahagian kaum muslimin meyakini adanya bid'ah hasanah setelah
berpegang dengan ungkapan di bawah ini:




                         . Hlm. 42.
233.   Lihat:   . Jld. 9. Hlm. 660. Muhammad Rasyid Ridha.

                                               67
   "Sesuatu yang dipandang oleh orang-orang Islam itu baik maka di sisi
   Allah ia adalah baik, apa yang di pandang oleh orang-orang Islam buruk
   maka di sisi Allah ia adalah sesuatu yang buruk."234

           Ungkapan tidak boleh diterima kerana beberapa sebab:

     Pertama: Athar dari Ibn Mas'oud ini tidak boleh dijadikan hujjah
kerana marfu' atau hanya kata-kata Ibn Mas'oud (mauquf dari Ibn Mas'oud).
Menurut al-Hafiz Ibn Abdullah al-Hadi rahimahullah:

 "Sanad athar ini tertolak dan pendapat yang sahih tentang athar ini: Ia
 adalah mauquf atas Ibn Mas'oud."

 Menurut Nasaruddin al-Albani:

"Tiada bukti menunjukkan athar ini marfu'. Yang benar ia marfu' atas Ibn
Mas'oud."235 Maka athar ini tidak sah untuk dijadikan hujjah.

 Al-'Allamah Ibnul Qaiyim menjelaskan:

 "Athar ini bukan dari sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam,
 tetapi perkataan ini dari orang yang tidak mempunyai ilmu kemudian
 disandarkan kepada Rasulullah. Sesungguhnya pendapat yang kuat
 bahawa perkataan ini adalah mauquf kepada Abdullah bin Mas'oud".236

      Kedua: Athar ini tidak sah dijadikan hujjah kerana huruf alif dan lam
   dalam kalimah al-Muslimun          , iaitu huruf lil istigraq        yang
menunjukkan ijmaknya kaum muslimin. Ijmak adalah hujjah yang tidak
dipertikaikan oleh ulama manakala ijmak usul adalah kesepakatan ahli ilmu di


234.   Riwayat Ahmad (1/379). Ath-Thaylisi dalam Musnadnya (23). Al-Khatib dalam
(1/146). Al-Hakim (3/78). Al-Bazzar (130). Abu Nukman dalam                      (1/375). Ath-Tabari
dalam "Al-Kabir" (8582, 8583, dan 8593). Al-Baghawi dalam                    (105). Al-Baihaqi dalam
       (49). Dalam               (959) oleh As-Sakhawi, maka Imam As-Syaukani menjelaskan hadis
ini mauquf hasan. Lihat:            . Jld. 2. Hlm. 263. Al-'Ajluni. Lihat:        hlm. 21-22. Salim
Al-Hilali.
235 . Lihat: Silsilah Ahad-Dhaifah 2/17.
236. Lihat:           hlm. 16. Ibnul Qaiyim.

                                                  68
zamannya tetapi tidak diragukan bahawa para muqallid bukanlah golongan
ahli ilmu.237 Oleh itu tidak dapat diterima.

     Ketiga: Ibn Mas'oud terkenal seorang sahabat yang memerangi bid'ah.
Antara kata-kata beliau yang masyhur ialah:




 "Berpada-pada dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari bersungguh-
 sungguh dalam mengerjakan bid'ah."238




 "Berkata Abu Ayyub: Setiap kali pembuat bid'ah bersungguh-sungguh
 melakukan bid'ah, tiadalah bertambah kecuali lebih jauh dari Allah."




 "Hendaklah kamu menuruti dan janganlah kamu berbuat bid'ah maka jika
 kamu tinggalkan sunnah Nabi kamu, pasti kamu akan sesat."239




                         SUATU KESILAPAN

        Pelaku bid'ah menyangka adanya bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah
kerana tersilap memahami maksud hadis di bawah ini:




237.   Lihat:                  Hlm. 57.
238.   Lihat:               No. 114-115.
239.   Lihat:

                                       69
 "Barangsiapa menghidupkan dalam Islam satu sunnah dari sunnah yang
 baik, maka baginya pahala dan pahala tambahan dari orang yang meniru
 sesudahnya tanpa dikurangi sedikitpun. Barangsiapa menghidupkan suatu
 sunnah dari jenis sunnah yang keji dalam Islam maka baginya dosa dan
 tambahan dosa bagi sesiapa yang meniru sesudahnya tanpa dikurangkan
 sedikitpun dosa-dosa mereka itu."240

   Memaksudkan sunnah kepada bid'ah satu kekeliruan secara istilah. Kerana
menurut istilah Sunnah berasal dari:

          Sunnah menurut bahasa:
Bermaksud: “Jalan, sama ada yang baik (terpuji) atau yang keji."241. Atau
bermaksud: "Kebiasaan, perilaku, cara hidup,:           : As-Sirah."242 Sunnah
menurut syara: "Apa yang dipindah (diriwayatkan, diterima dan diambil) dari
Nabi dan para sahabat baginda berkaitan dengan akidah dan amal."243
Diistilahkan:               : "Jalan Muhammad” atau                  : "Sunnah
Muhammad (sallallahu 'alaihi wa sallam)". Menurut istilah Ahli Usul pula
ialah: "Segala yang disalin (dipindah, diambil, dinukil dan diriwayatkan) dari
Nabi Muhammad saw secara khusus.244 Ia berupa perkataan, perbuatan,
ketetapan, akhlak, disiplin dan segala yang bersangkutan dengan hukum
halal dan haram."

            Pengertian ini dapat difahami melalui hadis:




240.   H/R Muslim.
241.   Lihat:
242.   Lihat:          . Hlm. 133. Ar-Razi.
243.   Lihat:                      . Hlm. 40. Al-Uthaimin
244.   Lihat:        juz. 4. Hlm. 47. As-Syatibi.

                                                    70
 "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana
 kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan
 keduanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya."245

        Istilah bid'ah amat berbeza dengan sunnah. Bid'ah adalah: (mencipta
atau mereka-reka sesuatu yang baru) dalam agama.246 Hadis yang dijadikan
hujjah untuk membolehkan membuat bid'ah ini sebenarnya menggesa agar:
"Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang telah
ditinggalkan oleh ummah." Ia bukan bermaksud: "Halal mencipta atau
melakukan bid'ah yang tidak ada contohnya dari Nabi sallallahu 'alaihi wa
sallam." Hadis tersebut disyarahkan oleh Imam Nawawi di dalam kitab sahih
Muslim di bawah tajuk:


        "Galakan bersedekah kerana ianya menghijab dari api neraka."247

        Menurut Imam Nawawi: "Pada hadis ini pengkhususan dari
Rasulullah bahawa setiap yang diada-adakan itu bid'ah dan setiap bid'ah itu
sesat. Apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah setiap yang diada-
adakan itu batil dan menjadi bid'ah yang tercela."248 Penjelasan Imam
Nawawi bersesuaian dengan hadis di bawah ini:




   "Barangsiapa menghidupkan sutu sunnah dari sunnahku setelah ia
   dimatikan selepasku, baginya pahala sebagaimana pahala sesiapa yang
   mengerjakannya yang tidak dikurangkan sedikitpun sebagaimana pahala
   yang diberikan kepada manusia yang menirunya.          Dan sesiapa
   melakukan satu bid'ah yang tidak diredai Allah dan Rasul-Nya maka




245.   H/R Muslim 2137 Al-Haj. Abu Daud 1628 al-Manasik. Ibn Majah (3060) Al-Manasik.
246.   Lihat:                       Abdul Qaiyum bin Muhammad bin Nasr.
247.   Lihat :                     . Juz. 7. Hlm. 104.
248.   Ibid.

                                               71
   baginya dosa sebagaimana dosa sesiapa yang mengamalkan tanpa
   dikurangkan dosa tersebut walau sedikitpun."249

         Menghidupkan bid'ah sama seperti mematikan sunnah. Nabi bersabda:


 "Tidak ada suatu tahun kecuali akan berlaku di dalamnya beberapa
 bid'ah dan akan mati sunnah, ketika lahir bid'ah, matilah sunnah.250

        Antara pengertian sunnah ialah "Jalan yang dicontohkan oleh
Rasulullah”. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh hadis baginda:




"Rasulullah telah menggariskan kepada kami satu garisan kemudian
bersabda: Ini jalan Allah. Kemudian menggariskan beberapa garisan ke
kanan dan ke kiri dan bersabda: Inilah jalan-jalan yang mana di setiap
jalan syaitan mengajak kepadanya. Seterusnya membacakan ayat: Dan
sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, ikutilah jalan tersebut dan
janganlah ikuti jalan-jalan (lain) maka kamu akan disesatkan oleh jalan
tersebut. Itulah menjadi wasiat bagi kamu mudah-mudahan kamu menjadi
orang-orang yang takwa)." 251

   Dari Abi al-Hajjaj bin Jabr al-Makki seorang tabiin dan imam tafsir
berkata:             "Jangan kamu ikut jalan-jalan”. Dimaksudkan "Bid'ah
dan yang syubhat." 252 Jalan Allah adalah sunnah Rasulullah dan para Salaf:




249. Ibn Majah 207 al-Iman. Turmizi 2601 al-Ilm. Ibn Abi 'Asim dalam As-Sunnah 1/23. Turmizi
dan al-Bahgawi: Hadis Hasan.
250. H/R Tabrani dan Ibn Wadha dalam al-Bida'.
251 . Al-An‟m 6:153.
252. Lihat:              hlm. 40. Ali Hassan. Dikeluarkan oleh at-Tayalisi dalam Musnad 244. Al-
Lalikai dalam                                 1/80-81. Ahmad 1/435-465. Ibn Abi 'Asim dalam
       1/13. An-Nasii dalam         . Ibn Habban 1/105. Al-Hakim dalam          2/318.

                                                 72
 "Maka sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya lebih hak kamu ikuti dari
 sunnah Si Pulan jika kamu termasuk orang yang percaya."253



 "Hendaklah kamu mengikuti satu jalan, beriltizamlah dengannya. Jika
 mengikut jalan ke kanan atau ke kiri, kamu akan sesat-sesesatnya".




"Orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama dari kalangan Muhajirin
dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda
kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah”.254


 "Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa ar-
 Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku".255

       Allah menyeru berittiba' kepada sunnah kerana sunnah tidak boleh
dimaknakan bid‟ah sekalipun bid‟ah hasanah:



 "Hendaklah kamu ittiba' dan janganlah melakukan bid'ah.                           Memadai
 sunnah Nabi kamu dan setiap yang bid'ah itu sesat."256

          Syeikh al-Qarafi rahimahumullah berkata:




253. H/R Muslim.
254 . At-Taubah 9:100.
255. H/R Muslim.
256. Athar sahih, riwayat tabiin yang ramai jumlahnya, antaranya: (1) Abu Abdul Rahman as-Salami,
dikeluarkan oleh at-Tabari 8870. Baihaqi di "Madhal" 204. Al-Haitami di "al-Majmuk" 1/181
perawinya semuanya sahih. (2) Ibrahim an-Nakhii. (3) Qatadah, dikeluarkan Ibn Wadah dalam
                 ms 11 dari jalan Abi Hilal, beliau dipercayai dan Imam Bukhari mengambil hadisnya
sebagaimana di at-Ta'lik. Menurut Al-Albani: Athar ini adalah sahih.

                                                  73
 "Sesungguhnya kebaikan seluruhnya hanya dengan cara ittiba' dan
 keburukan keseluruhannya ada pada bid'ah."257

            Berkata pula Imam as-San'ani rahimahullah:



   "Tiada dalam bid'ah apa yang terpuji tetapi semua bid'ah itu sesat."258

        Diwajibkan berittiba‟ kepada sunnah Rasullullah bukan sunnah Si
Pulan bin Si Pulan, sunnah Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sabda Rasullulah:




  “Akan terdapat orang-orang yang mengikut sunnah mereka yang sebelum
 kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga masuk
 lubang biawak kamu akan masuk ke dalamnya juga. Kami bertanya: Ya
 Rasulullah! Yahudi dan Nasranikah? Baginda bersabda: Siapa lagi?"259




                            MANHAJ SALAF AS-SOLEH
                             MENGHADAPI BID’AH

257.   Lihat:     . Jld. 4. Hlm. 205. Al-Qarafi.
258.   Lihat:         jld. 2. hlm. 12. As-San'ani.
259.   H/R Bukhari (3197). Muslim (4822). Ibn Majah (3948). Ahmad
       (1023).

                                                     74
            Antara metodologi Ahli Sunnah menghadapi bid'ah ialah:

1.      Mendahulukan syara (al-Quran dan al-Hadith) bukan akal atau hawa
     nafsu, kerana akal dicipta untuk tunduk kepada wahyu:


                          "Mendahulukan syara atas akal"

2.      Berhukum dalam semua persoalan terutama akidah melalui al-Kitab
     dan
        as-Sunnah dan menolak campur tangan akal fikiran manusia:


        "Berhukum dengan al-Kitab dan as-Sunnah yang sahih dalam setiap
        perkara terutama tentang akidah."

3.     Memutuskan sesuatu melalui athar sahabat selepas al-Quran dan as-
       Sunnah terutama yang berkaitan dengan akidah:


      "Mengambil yang warid dari para sahabat dalam menjelaskan perkara
      agama secara umum dan dalam persoalan akidah secara khusus."

4.      Tidak mentakwilkan al-Quran melalui kaedah ulama ahli kalam:


                         "Menolak pentakwilan ahli kalam."

     5. Menghindari perdebatan dan bermajlis dengan Ahli Bid'ah:


      "Tidak berbincang (berpolemik) dengan ahli bid'ah dan tidak duduk di
      majlis mereka serta tidak mendengarkan kata-kata mereka."

     6. Memelihara kesatuan jamaah Muslimin dan menyatukan kalimah mereka:



      "Menjaga kesatuan Jamaah Muslimin dan kesatuan kalimah mereka."


                                           75
76
                                 BAHAYA BID'AH

         Setiap amal yang tidak mengikut dan mencontohi sunnah maka tidak
akan mendekatkan pelakunya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, bahkan
akan semakin menjauhkannya dari Allah. Sebab Allah memerintahkan
manusia dan jin untuk beribadah kepadaNya dengan ketentuan yang telah
diperintahkanNya yang tidak boleh berdasarkan akal dan hawa nafsu.260

        Fitnah yang sangat besar bahayanya terhadap akidah dan muamalah
(ibadah) Ummah Islamiyah ialah bid'ah dan kesan dari aktiviti para pelaku
bid'ah (mubtadi'). Oleh itu para mukmin perlu memahami, mengetahui dan
berhati-hati terhadap bid'ah dan para aktivisnya.

       Syeikh        al-'Allamah      Nasruddin      al-Albani     rahimahullah       telah
menjelaskan:




        Antara bahaya bid'ah ialah Allah Azza wa-Jalla menghijab (tidak
menerima) taubat ahli bid'ah selagi ia tidak bertaubat atau meninggalkan
bid'ah yang dikerjakan. Hal ini dapat difahami dari hadis yang diriwayatkan
oleh Ibnu Abi 'Asim dalam "Kitabus Sunnah" dari Anas bin Malik bahawa
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:




          "Sesungguhnya Allah menahan (tidak menerima) atau pernah
       baginda (Rasulullah) mengatakan: Allah menutup pintu taubat
       orang yang melakukan bid'ah".261

260.              1/84. Ibn Qaiyim.
261.  Syeikh Nasaruddin al-Albani menjelaskan bahawa hadis ini sahih. Hadis ini disokong oleh
hadis Abu Hamzah (dikenali sebagai Anas bin 'Iyad al-Laitsi al-Madani seorang yang dipercayai
"tsiqah"). Beliau termasuk salah seorang perawi Bukhari dan Muslim. Lihat: As-Sahihah. Hlm.

                                               77
            Al-Hasan bin Abi Hasan dan Abu 'Amr as-Syaibani rahimahullah
berkata:

             "Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak menerima taubat Ahli Ahwa
        (pembuat bid'ah)".262

         Para sahabat radhiallahu 'anhum, para ulama dan semua pendakwah
yang berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh sangat keras penentangannya
terhadap semua jenis bid'ah dalam agama dan semua aktivis bid'ah. Ini amat
jelas jika dinilai melalui apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abdi al-Barr dalam
kitabnya yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'oud radiallahu 'anhu:




             "Akan sentiasa umat manusia dalam kebaikan selama mereka
       mengambil ilmu dari tokoh-tokoh besar (ulama Ahli Sunnah) dari
       kalangan mereka. Maka apabila mereka mengambil dari orang-orang
       kecil (orang jahil) dan orang-orang keji (Ahli Bid'ah) maka nescaya
       mereka akan binasa."263

        Setiap umat Islam yang beriman dari kalangan Ahli Sunnah wal-
Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh dingatkan oleh syara
supaya sentiasa berhati-hati agar tidak belajar dan menerima hukum ahkam
agama dari ulama bid'ah yang dikenali juga sebagai ulama suk
"Ulama Jahat". Imam Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu berwasiat:




1620. Al-Albani. Hadis ini diriwayatkan juga oleh At-Tabrani. Dan dinyatakan hasan oleh al-
Munziri.
262. Lihat:                     . Hlm 141. Dan Lihat:             . Hlm. 54.
263.    Lihat:               . Hlm. 248.

                                              78
          "Lihatlah (ketahuilah terlebih dahulu) dari siapa kamu
    mengambil ilmu ini kerana ia adalah agama."264
        Umat Islam diperingatkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
sallam agar berjaga-jaga dari penyebar bid'ah kerana di akhir zaman bid'ah
akan merebak sehingga menguasai kehidupan ummah seolah-olah ia suatu
ledakan yang besar. Sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:




              "Sesungguhnya di antara tanda-tanda Hari Kiamat dan hampir
       hari tersebut ialah berkurangannya ilmu dan bertambah-tambah
       banyak kejahilan".265

        Menurut Abu 'Uthman Ismail Abdulrahman as-Sabuni bahawa
maksud "ilmu" di hadis ini ialah "sunnah", iaitu akan tiba di akhir zaman
kurangnya manusia yang menyeru dan mengamalkan (menghidupkan)
sunnah.    Adapun makna "al-jahlu" (kejahilan) ialah "bid'ah", yang
bermaksud di akhir zaman pelaku bid'ah dan pembela (penyeru) bid'ah akan
terus menerus bertambah dengan banyaknya.266

            Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma pula pernah memberikan nasihatnya:




              "(Peliharalah) agamamu! (Peliharalah) agamamu! Ia adalah
       darah dan dagingmu, maka perhatikanlah dari siapa kamu
       mengambilnya.     Ambillah dari orang-orang yang beristiqamah
       (memelihara sunnah) dan jangan diambil dari orang-orang yang
       menyeleweng (melencong dari sunnah iaitu Ahli Bid'ah)'.267

       Untuk menghindarkan diri dari perangkap bid'ah dan aktivisnya maka
Abdullah bin Masoud telah berpesan:

264.    Lihat:     . Hlm. 121. Al-Khatib al-Baghdadi.
265.   H/R Bukhari (1/178).
266.   Lihat:                       . Hlm. 124. As-Sabuni
267.   Lihat:     . Hlm. 121. Al-Khatib al-Bahgdadi.

                                                 79
             "Akan sentiasa seseorang manusia dalam kebaikan selama ia
       mengambil ilmu dari tokoh-tokoh besar mereka (ulama sunnah). Jika
       ia mengambil ilmu dari orang-orang kecil (ulama bid'ah) di antara
       mereka maka nescaya mereka akan binasa".

               Imam Abu Fadl al-Hamadani rahimahullah berkata:

               "Pelaku bid'ah dan para pemalsu hadis lebih berbahaya
       daripada orang-orang kafir yang terang-terangan menentang Islam.
       Kaum kuffar menentang Islam dari luar sedangkan ahli bid'ah
       menghancurkan Islam dari dalam. Pelaku bid'ah diumpamakan
       sebagai penduduk kampung yang ingin menghancurkan kampungnya,
       sedangkan kuffar diumpamakan musuh di luar benteng yang sedang
       menunggu pembukaan pintu oleh ahli bid'ah. Ahli bid'ah lebih buruk
       (keji) akibatnya terhadap Islam jika dibandingkan (dengan kuffar) yang
       menentang Islam secara terang-terangan."268

        Sebahagian pengikut Imam Syafie dan Imam Ahmad menghalalkan
membunuh para penyeru (pendakwah) bid'ah yang jelas telah menentang al-
Quran. Begitu juga pandangan pengikut Imam Malik yang menjelaskan
bahawa beliau menghalalkan membunuh golongan Qadariah bukan kerana
murtadnya mereka tetapi kerana mereka menyeru kepada kerosakan (bid'ah)
di permukaan bumi.269

        Keseluruhan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang berpegang
dengan manhaj salaf mengharamkan orang-orang beriman dari berteman dan
menghadiri apa pun majlis bid'ah terutamanya majlis pengajian ilmu
(mujalasah) yang diadakan oleh ahli al-bida'         sebagaimana yang
diperingatkan oleh para ulama salaf di bawah ini:

         Berkata Imam al-Barbahari:

268.   Lihat:          Ibn al-Jauzi.   . Hlm. 128.
269.   Ibid.

                                            80
               "Apabila kamu mendapati seorang yang bersungguh-sungguh
       menyiksa dan menganiaya dirinya dengan meninggalkan urusan
       dunianya semata-mata untuk beribadah maka dia adalah mengikut
       hawa nafsu (dia ahli bid'ah). Janganlah kamu berkawan, duduk-duduk
       bersamanya, mendengar perkataan, berjalan bersama-sama kerana
       saya tidak menjamin kamu (akan selamat dari bid'ah - pent) jika kamu
       bersamanya".270

            Al-Hasan rahimahullah berkata:

               "Janganlah kamu berteman dengan pengikut hawa nafsu (ahli
       bid'ah) kerana akan tersemai di hatimu apa yang telah kamu
       terpengaruh darinya.    Akhirnya kamu akan binasa atau kamu
       mengingkari (sesuatu dalam agama) sehingga hatimu menjadi
       tersiksa."271

            Imam az-Zahabi rahimahullah berkata:

              "Berpegang kepada sunnah bermakna menghidupkan hati.
       Apabila seseorang membiasakan hatinya untuk menerima amalan
       bid'ah maka hati tersebut tidak akan memuliakan sunnah".272

           Ibnu Sirin rahimahullah berkata:
              Tidak pernah ditemui seseorang yang melakukan bid'ah akan
       menolak bid'ah-bid'ah yang lain".

         Ini bermakna pelaku bid'ah sememangnya menggemari setiap apa
sahaja jenis bid'ah yang disangkanya baik. Kebiasaannya mereka memang
jahil (kurang memahami tentang syara atau sunnah). Lantaran kejahilan
tersebut, penggemar bid'ah pasti akan mencintai apa sahaja perbuatan bid'ah
kerana dianggapnya amalan yang berpahala.         Akhirnya mereka lebih
menggemari dan mempertahankan bid'ah dari sunnah yang jelas ada dalilnya
untuk diamalkan.



270.   Lihat:       . Hlm. 104. Imam al-Barbahari.
271.   Lihat:   . Hlm. 17. Dr. Ali bin Muhammad Nashir al-Fazihi.
272.   Lihat:           . Hlm. 288-289. Ali Hasan.

                                                81
        Ahli bid'ah sama ada para penyebarnya (penyeru dan pendakwahnya)
atau pengikutnya, mereka bukan sahaja akan memikul dosanya sendiri tetapi
akan berterusan memikul dosa-dosa orang lain yang meniru perbuatan bid'ah
yang mereka hidupkan sehinggalah ke Hari Kiamat. Firman Allah Azza wa-
Jalla:



     "Mereka akan menanggung dosa mereka keseluruhannya pada Hari
   Kiamat, dan akan menanggung dosa orang yang mereka sesatkan
   tanpa ilmu".
                                               AN-NAHL, 16:25.




                                     82
                                 Bid'ah Hakikiyah Dan
                                   Bid'ah Idhafiyah

       Para ulama Salaf as-Soleh telah berusaha untuk memudahkan ummah
mengenali jenis-jenis bid'ah supaya dijauhi dan diambil perhatian. Dalam hal
ini mereka telah membahagikan bid'ah kepada beberapa bahagian
sebagaimana di bawah ini:

   Pertama: Bid'ah Hakikiyah             : Imam Syatibi berkata:




            "Sesungguhnya bid'ah hakiki ialah sesuatu yang tidak
       berdasarkan dalil syarii dari al-Quran, sunnah, ijmak dan penyimpulan
       dalil yang muktabar menurut ulama, baik secara global atau
       terperinci".273

            Menurut Ali Hasan hafizahullahu:




              "Maka sesungguhnya bid'ah hakiki lebih besar dosanya. Sebab
       ia langsung dilakukan oleh pelakunya tanpa perantaraan, sebagai

273.   Lihat:      (1/286). Syatibi.

                                           83
       pelanggaran murni, dan terkeluarnya dari syara amat jelas, seperti
       ucapan kaum Qadariyah yang memperkatakan buruk dan baik
       mengikut akal, mengingkari Hadis Ahad, mengingkari ijmak,
       mengingkari haramnya arak, mempercayai bahawa Imam itu maksum
       dan lain-lain hal yang sepertinya".274

       Adapun bid'ah idhafiyah                adalah bid'ah yang mempunyai dua
keadaan:

        (1). Terdapat hubungnya dengan dalil-dalil, maka pada keadaan ini ia
        tidak boleh dikatakan bid'ah.

     (2). Tidak ada hubungannya sama sekali dengan dalil melainkan seperti
     apa yang dalam bid'ah hakiki.
         Amal yang mempunyai dua keadaan tidak akan terlepas dari salah
satu dari keduanya, maka ia dinamakan "Bid'ah Idhafiyah". Maksudnya
bahawa bid'ah tersebut bila dilihat dari salah satu dari dua keadaan maka dia
sebagai sunnah kerana dia berdasarkan kepada dalil, tetapi jika dilihat dari
sudut lain maka ia bid'ah. Oleh sebab itu dia hanya berdasarkan kepada
syubahat dan tidak kepada dalil atau tidak disandarkan kepada sesuatu.

        Adapun perbezaan keduanya dari sisi makna ialah, bahawa dari sisi
asalnya terdapat dalil padanya. tetapi jika dilihat dari sisi cara, sifat atau
perinciannya maka dalil yang digunakan tidak mendukungnya, padahal ia
memerlukan kepada dalil. Sebab pada umumnya bid'ah itu dalam masalah
ibadah dan bukan dalam masalah adat. Atas dasar ini, maka bid'ah hakikiyah
lebih besar dosanya. sebab ia langsung dilakukan oleh pelakunya tanpa
perantaraan, sebagai pelanggaran murnidan keluarnya dari syariat sangat jelas.
seperti ucapan-ucapan kaum Qadariyah yang menyatakan baik dan buruk
menurut akal (hawa nafsu), mengingkari Hadis Ahad,mengingkari ijmak,
mengingkari haramnya arak, mengatakan bahawa imam itu maksum dan yang
sebagainya.

         Apabila dikatakan bid'ah idhafiyah, maka bid'ah tersebut jika ditinjau
dari satu sisi maka dia disyariatkan, tetapi dari sisi lain dia hanya pendapat
semata, sebab dari sisi orang yang melakukan bid'ah tersebut dalam



274.   Lihat:          hlm 148. Ali Hasan.

                                             84
sebahagian kondisinya masuk dalam kategori pendapat peribadi dan tidak
menafikan dalil-dalil dari setiap sisi.275
     Bid'ah Hakikiyah                 . Bid'ah yang tidak ada dalilnya dari syara,
sama ada dari al-Quran, Hadith, ijmak, qiyas dan juga tidak ada keterangan
atau contohnya dari para ulama muktabar. Antara contoh-contoh bid'ah
hakikiyah ialah:

  (1). Menghalalkan perkara-perkara yang telah jelas diharamkan oleh Allah
dan Rasul-Nya seperti minum arak, zina, riba dan sebagainya.

   (2). Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan oleh Allah dan
Rasul-Nya seperti mengharamkan pernikahan, makan daging, memakai
pakaian yang baik-baik dan sebagainya. Bid'ah jenis ini mudah difahami oleh
orang-orang yang beriman kerana perbincangan berkenaan bid'ah hakikiyah
sering diperkatakan oleh para ulama sejak mula kemunculannya.

   Bid'ah Idhafiyah              . Ia merupakan syubahat yang mirip kepada
agama (syariat) atau kelihatan seakan-akan amalan agama tetapi sama sekali
tidak ada dalilnya dalam agama (syara). Bid'ah idhafiyah kurang difahami
oleh masyarakat Islam malah ramai yang meyakini ia adalah amalan agama
yang sunnah. Antara contoh-contoh bid'ah idhafiyah ialah:

   (1). Mengada-adakan cara "kaifiyah" tertentu semasa membaca al-Quran,
berselawat, berzikir, bertahlil dan bertahmid seperti melakukannya secara
beramai-ramai dengan satu suara. Jika dilihat pada dasarnya semua amalan ini
dianggap sunnah, tetapi oleh kerana diada-adakan dan dicipta cara-cara yang
tertentu yang tidak pernah disuruh atau dicontohkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin serta para
ulama salaf, perbuatan serupa ini dianggap bid'ah.

   (2). Sembahyang dua belas rakaat dimalam Jumaat (di malam pertama)
dibulan Rejab dengan tata cara tertentu yang sengaja diada-adakan cara-
caranya (kaifiyahnya) yang tidak terdapat di dalam syara. Perkara ini telah
diberi amaran oleh Imam Nawawi:

           "Sembahyang Rejab dan Sya‟ban merupakan                 dua   jenis
       sembahyang yang buruk (bid'ah) dan tercela".276

275.   Lihat:       (1/171). Syatibi.
276.   Lihat: Fatwa Imam Nawawi. Hlm. 26.

                                            85
   Bid'ah Amaliyah                berkait dengan amal lahirian. Ia berlaku
apabila mensyariatkan (mewajibkan atau menjadikan sunnah - pent) suatu
tambahan dan cara serta bentuk ibadah dalam agama ini yang tidak pernah
disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya.277 Bid'ah amaliyah berhubung kait
dengan bid'ah idhafiyah. Antara contoh-contoh bid'ah amaliyah ialah:

   (1). Menentukan waktu sesuatu ibadah pada waktu atau masa yang
tertentu yang tidak pernah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya seperti
mengkhususkan puasa di pertengahan bulan Sya'ban (nisfu Sya'ban).
   (2). Menambah rakaat dalam salah satu sembahyang yang telah ditetapkan
oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sama ada sembahyang
wajib atau sembahyang sunnah.

      Bid'ah Iktikadiyah              ialah berpegang atau meyakini sesuatu
akidah yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang telah
ditetapkan oleh Allah, Rasul-Nya dan para sahabat sekalian. Sama ada bid'ah
yang tersemat dalam iktikad tersebut disertakan dengan pembuktian amalan
atau setakat keyakinan278 yang tidak dilahirkan, ia termasuk dalam golongan
orang yang bid'ah akidahnya.

        Termasuk dalam kategori ini (bid'ah iktikad) sebagaimana yang
disepakati oleh ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan
manhaj Salaf as-Soleh ialah: Syiah, Khawarij,279 Jahamiyah, Murjiah,
Muktazilah, Asy'ariyah dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini.
Mereka adalah golongan yang bid'ah akidahnya yang mana di akhirat kelak
akan dikekalkan di dalam neraka.

        Sesungguhnya para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj
Salaf as-Soleh membenci dari berbincang dengan Ahli Bid'ah (Ahli Ahwa),
duduk dimajlis mereka terutama majlis ilmu malah ditegah dari mengambil
penyampaian atau pembentangan (hujjah-hujjahnya) yang pernah diberikan
kepada kaum Muslimin. Kekurangan ilmu untuk menolak kepalsuan sesuatu


277.   Lihat:                               . Hlm. 102.
278.     Lihat:                  . Hlm. 45. Ali Mahfuz.
279.   Nabi Muhammad s.a.w telah memberi gelaran yang buruk kepada Khawarij                :
"Khawarij adalah anjing-anjing neraka".     H/R Ahmad dan Tabrani.     Para perawi hadis ini
terpercaya.

                                                86
hujjah ditakuti akan menimbulkan fitnah. Langkah ini adalah untuk
menyelamatkan hati dan menjaga akal fikiran dari (pengaruh) mereka agar
seseorang itu tidak melakukan bid'ah kerana kelalaian yang berpunca dari
pembuat bid'ah tersebut.280




                         Contoh-Contoh Bid'ah
                          Yang Menyesatkan

       Perbuatan bid'ah sama ada yang bersangkut-paut dengan akidah atau
muamalah adalah suatu perbuatan yang menyeleweng. Ia boleh membawa
kepada dosa besar dan kesesatan syirik (mempersekutukan Allah Subhanahu
wa Ta'ala) sehingga merosakkan akidah pelakunya dan terbatal semua pahala
dan amalannya.



280.   Lihat:           . Jld. 1. Hlm. 77. Al-Lalikaii.

                                          87
         Berlakunya bid'ah berpunca dari kejahilan disebabkan oleh sikap
bertaklid buta, taksub dan ghulu terhadap sesuatu mazhab, teori ulama, qaul-
qaul atau pendapat mereka sehingga dijadikan pegangan atau mazhab yang
tidak boleh dipertikaikan lagi. Sikap yang jumud ini menyebabkan umat
Islam menyerahkan bulat-bulat semua persoalan agama kepada sesuatu
mazhab yang diyakini, sama ada di bidang fiqah, usuluddin, politik atau
tarikat kesufian sehingga mereka melupakan al-Quran dan as-Sunnah dalam
menyelesaikan segala persoalan ad-Din.

        Bid'ah dalam semua aspeknya wajib diselesaikan dan dibincangkan
dengan serius. Antara contoh-contoh bid'ah sama ada dalam akidah atau
muamalah yang dianggap oleh syara paling besar dosanya sehingga ada yang
tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kecuali dengan
taubat ialah bid'ah yang membawa kepada kekufuran, kemunafikan dan
kesyirikan (mempersekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan
makhlukNya).

        Mungkin ada yang menyangka bahawa kufur (termasuk murtad),
munafik dan syirik tidak boleh dianggap bid'ah kerana ada hukumnya sendiri.
Sebenarnya kalau diteliti, semua kekufuran dan kesyirikan (terutamanya yang
berpunca dari mengada-adakan dan menambah sesuatu penyembahan dalam
ibadah yang tidak ada suruhan dan caranya dalam syara) menyebabkan
seseorang menjadi kufur dan itulah yang dianggap bid'ah dalam akidah oleh
syara.

        Agama Yahudi dan Nasrani pada mulanya merupakan agama tauhid
dari Allah sebelum pendita dan penganut agama tersebut melakukan beberapa
bid'ah dalam agama mereka sehingga akhirnya mereka menjadi kufur dan
syirik. Perkara ini akan berlaku juga kepada penganut agama Islam yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam jika
penganut agama ini melakukan perkara yang sama sebagaimana yang
dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani.

        Jumhur ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang mengikut manhaj Salaf
as Soleh tidak mengkafirkan atau mensyirikkan kesemua pelaku bid'ah.
Mereka hanya menghukum kafir atau syirik sehingga terkeluar dari "Millah
Islamiyah" bagi sesiapa yang melakukan bid'ah di segi akidah. Sebagaimana
yang telah diketahui oleh setiap orang yang beriman, akidah Islamiyah adalah
akidah tauhid yang tidak pernah menghalalkan adanya tuhan tambahan, sekutu
atau sembahan yang semisal dengan Allah sebagai Rabbul 'alamin.

                                      88
         Jika seseorang pelaku bid'ah yang melakukan apa pun bentuk dan
jenis bid'ahnya tidak bertaubat sebelum ia meninggal dunia, ia tetap berdosa
kerana setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu pasti ke neraka sama
ada yang melibatkan akidah, fikhiyah atau muamalah. Walau bagaimanapun
bid'ah yang tidak melibatkan akidah tidak akan dikekalkan di neraka
sebagaimana yang disepakati oleh golongan Ahli Sunnah wal Jamaah yang
berpegang dengan manhaj Salaf as Soleh.

         Adapun bid'ah yang paling besar dosanya ialah bid'ah di segi
usulluddin (pokok/asas akidah) sehingga rosak tauhid atau keimanan
seseorang apabila akidahnya terlibat dengan bid'ah atau unsur-unsur bid'ah
tersebut. Bid'ah di segi akidah inilah yang menyebabkan pelakunya
dikekalkan di neraka. Akidah tidak boleh dibid'ahkan atau ditokok-tambah
dalam apa jua segi pun kerana ia merupakan persoalan ke-Esaan Allah
Subhanahu wa-Taala, keSempurnaan dan keAgungan-Nya yang mustahil ada
sekutu, sekufu, setara atau semisal dengan-Nya.

        Kerosakan akidah sehingga merosakkan keimanan dan tauhid telah
terjadi kepada fikrah-fikrah Syiah, Jahmiyah, Qadariyah, kaum-kaum
Mutakalimin (Ahli Kalam/falsafah) atau seumpamanya yang mana firkah-
firkah tersebut telah disepakati oleh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang
bermanhaj Salaf as Soleh sebagai kufur dan dikenali sebagai Ahli al Ahwa
(Ahli Bid'ah) yang sesat.

      Antara sebab dan punca-punca berlakunya bid'ah akidah sehingga
membawa kepada kesyirikan terlalu banyak. Ia dapat dikenal pasti untuk
diselamatkan daripadanya hanya setelah seseorang itu mengetahui pengertian
bid'ah dan syirik yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis, al-Athar yang
sahih dan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh. Oleh itu, seseorang
mukmin sewajarnya menyibukkan dirinya mempelajari agama dari para ulama
yang selamat manhajnya, iaitu para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh.




                                       89
                                 SYIRIK

        Syirik termasuk persoalan bid'ah yang paling besar dan serius dalam
kehidupan manusia yang perlu ditangani dengan kesungguhan. Syirik atau
perbuatan menyekutukan Allah dengan makhlukNya mudah berlaku kepada
sesiapa pun dari kalangan Bani Adam apabila ia meninggalkan petunjuk Allah
setelah ia menjauhkan dirinya dari mempelajari akidah Islamiyah.
Mempersekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sesuatu terutama di
segi kepercayaan yang menjadi iktikad ubudiyah, atau yang menyangkut
persoalan ibadah seperti di segi tauhid uluhiyah, rububiyah atau yang
memperkatakan tentang nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala,
maka itulah kebatilan yang paling batil, dosa besar yang paling besar dan
kezaliman yang paling zalim..

        Antara punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya kesyirikan
seseorang hamba terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah apabila
melakukan sesuatu perbuatan bid'ah di segi iktikad atau akidah. Khususnya
yang berbentuk pengibadatan (penyembahan) terhadap makhluk. Contohnya
seperti menjadikan makhluk (selain Allah Subhanahu wa Ta'ala) sebagai
tempat berseru, mentaati makhluk lebih dari mentaati Allah Subhanahu wa
Ta'ala, meminta sesuatu kepada makhluk yang di luar bidang dan kuasanya

                                      90
dalam urusan ghaibiyah, mencintai makhluk lebih dari mencintai Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan lebih takut kepada makhluk dari mentakuti Allah
Subhanahu wa Ta'ala.

        Syirik akan menghapuskan semua pahala dan segala amal-ibadah
yang telah dikerjakan oleh seseorang jika ia mati dalam keadaan tidak
bertaubat dari kesyirikannya. Segala dosa dari perbuatan syirik seperti yang
telah dinyatakan di atas sama sekali tidak akan diampunkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:




          "Sesungguhnya, Allah tidak akan mengampunkan dosa sesiapa
   yang melakukan kesyirikan terhadapNya dan akan mengampunkan
   selain dari kesyirikan itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan
   sesiapa yang melakukan kesyirikan terhadap Allah, maka ia telah
   melakukan dosa yang amat besar".
                                                    AN NISA', 4:48.




           "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa sesiapa
   yang melakukan kesyirikan terhadapNya dan akan mengampunkan
   selain dari dosa kesyirikan bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Sesiapa
   yang melakukan kesyirikan terhadap Allah maka ia telah sesat sejauh-
   jauhnya".
                                                       AN NISA', 4:116.




          "Katakanlah! Aku diperintah supaya menyembah hanya kepada
   Allah dan tidak boleh mempersekutukanNya, kepadaNya aku menyeru
   dan kepadaNya aku kembali".
                                                  AR RA'AD, 13:36.

                                      91
          "Sesungguhnya orang-orang kafir dari ahl al-Kitab dan juga
   orang-orang musyrikin (orang-orang yang mempersekutukan Allah)
   akan dihumban ke dalam neraka jahanam mereka kekal di dalamnya.
   Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk".
                                               AL BAYYINAH, 98:6.




         "Tiada sekutu bagiNya, begitulah aku disuruh (dalam
   menyembahNya). Dan aku adalah golongan orang-orang muslim".
                                              AL AN'AM, 6:163.




     "Dan janganlah kamu sekali-kali menjadi orang-orang yang
  mempersekutukan (Allah)".
                                            AL AN'AM, 6:14.

        Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menegaskan
larangan (pengharaman) dan ancaman buruk yang ditujukan berulang kali
kepada orang-orang yang melakukan kesyirikan. Al-Quran juga telah
memberi amaran yang menakutkan betapa dahsyat dan buruknya balasan yang
akan diterima oleh manusia yang tidak meninggalkan perbuatan syirik
(mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya) sehingga menyebabkan
mereka akan terus kekal di neraka untuk selama-lamanya.

        Setelah al-Quran, al-Hadis juga mengandungi ketegasan yang jelas
untuk memberi peringatan kepada kita agar menjauhi segala bentuk amalan,
perbuatan dan kepercayaan bid'ah yang boleh membawa kepada kesyirikan
atau mempunyai ciri-ciri kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Hayatilah sabda Nabi di bawah ini:


                                    92
               "Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Mahukah
       kamu aku beritahu dosa yang paling besar? Kami menjawab: Sudah
       pasti mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: (Dosa yang paling
       besar) ialah melakukan kesyirikan (mempersekutukan) terhadap
       Allah".281




              "Sesiapa yang menemui Allah (di akhirat) dalam keadaan tidak
       mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dia akan masuk syurga, dan sesiapa
       yang menemui Allah dalam keadaan telah melakukan kesyirikan
       terhadap Allah dengan sesuatu, dia akan dimasukkan ke neraka".282




              "Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:
       Sesungguhnya barangsiapa yang mati dalam keadaan syirik, maka dia
       di neraka Jahim. Tiada siapa yang boleh menyelamatkannya dari
       dimasukkan ke neraka walaupun melalui berbagai-bagai
       perantaraan."283




281. H/R Bukhari (2460) as-Syahadat. Muslim (126) al-Iman. Turmizi
     (1823) as-Silah.
282. H/R Bukhari (126) al-Ilm. Muslim (136) al-Iman. Ahmad (13964)
     Musnad.
283. H/R Muslim (Kitabul Iman).


                                              93
              "Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Dan hak
       seseorang hamba itu dari Allah ia tidak akan diazab jika tidak
       melakukan kesyirikan terhadap-Nya dengan sesuatu".284




               "Dari Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulullah
       sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (hadis kudsi): Sesiapa yang
       mengamalkan (atau mengerjakan) sesuatu amal yang terdapat padanya
       kesyirikan terhadap-Ku, maka akan Aku biarkan dia (dalam kesesatan)
       dengan kesyirikannya".285




               "Dari Ibn Abbas berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah
       ditanya tentang dosa yang paling besar, maka baginda bersabda:
       Syirik terhadap Allah dan putus asa dari ujian Allah." 286




               "Dari Anas bin Malik radiallahu anhu, dari Nabi sallallahu
       'alaihi wa sallam baginda bersabda: Allah berfirman kepada penghuni
       neraka yang paling hina siksaannya: Seandainya engkau memiliki


284. H/R Bukhari (2644) al-Iman. Muslim (44) al-Iman. Ibn Majah (4286)
      az-Zuhud.
285. H/R Muslim (5300) az-Zuhud wa ar-Raqaiq.
286. H/R Muslim.


                                               94
       dunia dengan segenap isinya, apakah engkau akan menjadikan penebus
       dengannya? Ia menjawab: Ya. Allah berfirman lagi: Sesungguhnya
       Aku telah menginginkan darimu sesuatu yang lebih ringan dari itu
       ketika engkau berada dalam tulang sulbi Adam, iaitu supaya engkau
       tidak syirik (aku perhitungkan Dia berfirman:) nescaya Aku tidak akan
       memasukkanmu ke neraka, tetapi engkau menolak kecuali syirik."287




                               WAJIB BERJIHAD
                             MELAWAN KESYIRIKAN

        Sejarah perjuangan untuk menegakkan akidah tauhid terhadap Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan jihad melawan segala jenis kesyirikan adalah
sejarah perjuangan yang paling tua dan lama di dunia ini. Ia telah bermula
sejak manusia diwujudkan di permukaan bumi ini. Al-Quran, sirah nabawi
serta sejarah agama dari langit telah mencatitkan bahawa perjuangan
menentang bid'ah yang membawa kepada kesyirikan adalah jihad yang tidak
pernah ditinggalkan oleh para Nabi, para Rasul dan orang-orang soleh yang
mujahid.

         Sirah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam juga telah
membuktikan kepada kita semua bagaimana baginda Rasulullah sallallahu
„alaihi wa-sallam dan para sahabat berjihad melawan bid‟ah akidah syirik dan
menegakkan akidah tauhid dengan mempertarungkan nyawa, harta, usia dan
segala kemampuan yang mereka miliki. Jihad di segi akidah memakan masa


287.   H/R Muslim (8/134).

                                          95
yang lebih lama dan berterusan sehingga ke Hari Kiamat jika dibandingkan
dengan perjuangan menegakkan siasah dan daulah.

        Perjuangan menegakkan akidah lebih memerlukan ketabahan mental
dan fizikal, kesabaran atau keteguhan iman serta keilmuan yang tinggi dan
sempurna kerana perjuangan di bidang ini akan tetap dan pasti menghadapi
berbagai jenis tentangan, rintangan, cabaran dan berbagai-bagai musuh
berbanding dengan jihad di medan perang yang hanya bergantung kepada
kecanggihan senjata, kekuatan ketenteraannya dan kehebatan teknologi.

        Perjuangan untuk menegakkan dan membersihkan akidah tetap
diteruskan walaupun tidak mempunyai kekuatan tentera, senjata, harta atau
kemampuan berbentuk material atau fizikal kerana yang wajib dimiliki oleh
pejuang akidah ialah ilmu dan keimanan.

         Contohnya boleh dilihat di lambaran sirah Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam yang mana baginda mentarbiyah seluruh sahabat-
sahabat ke arah jihad melawan kesyirikan kemudian mengutus mereka keluar
dari daerah Mekah untuk menegak dan memperjuangkan akidah Islamiyah
sekalipun pada masa itu belum wujud kekuatan tentera, harta dan Daulah
Islamiyah di Yathrib (Madinah). Jelasnya, kekuatan iman perlu diasas dan
dimulakan dengan kekuatan di bidang ilmu-ilmu syara terlebih dahulu dalam
memerangi kesyirikan jahiliah.

       Akidah amat penting bagi setiap manusia. Apabila seseorang
manusia itu mati, hanya akidahnya sahaja yang akan kekal bersamanya dan
menjadi penentu sama ada ia akan masuk ke syurga atau ke neraka. Oleh
kerana itu, bagi setiap individu perlulah terlebih dahulu menyelamatkan
akidahnya dengan cara mengenali semua perkara yang boleh merosakkan
akidahnya (pegangan atau imannya) atau setiap perkara yang boleh
menyebabkan berlakunya kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala.

         Seseorang mukmin yang menggeruni dosa kesyirikan, ia akan sentiasa
berjaga-jaga dan berusaha menyelamatkan akidahnya dengan jalan mengkaji
dan mempelajari persoalan yang berkaitan dengan akidah. Ia akan memberi
penumpuan kepada ilmu-ilmu dari al-Quran, Sunnah Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam, athar sahabat, fatwa para ulama muktabar tentang
akidah dan mencari guru-guru akidah supaya dapat mengetahui semua jenis-
jenis penyebab yang boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan.


                                       96
        Kejahilan dalam soal akidah adalah punca utama yang menyebabkan
ramainya manusia ke neraka. Antara kerosakan yang paling menakutkan
lantaran kejahilan ialah melakukan kesyirikan (menyekutukan Allah) tanpa
disedarinya. Dan amat jelas bahawa semua jenis kesyirikan adalah berpunca
dari perbuatan atau kepercayaan yang bid'ah. Melakukan bid‟ah dalam
sesuatu amal, kebiasaannya sering tidak disedari oleh pelakunya dan
kebanyakan mereka yang terjebak dengannya berpunca dari kejahilan, dan
kerana kejahilan jugalah seseorang tidak berganjak dari perbuatan bid‟ah
kerana disangkanya bid‟ah yang dikerjakan adalah bid‟ah hasanah. Inilah
antara buruknya kejahilan yang dimiliki oleh kebanyakan manusia. Firman
Allah:




       "Kebanyakan dari mereka orang-orang jahil".
                                                                AL AN'AM, 6:111.



      "Dan akan tetapi, kebanyakan dari manusia itu tidak mengetahui
   (tidak berilmu)".288




          "Kebanyakan dari mereka tidak mengetahui (tidak berilmu)".289

        Kejahilan adalah punca kesyirikan dan penyebab utama yang
menyebabkan seseorang itu menyangka bahawa amalan, akidah dan imannya
telah sempurna. Walhal sebenarnya mereka masih melakukan bid'ah yang
membawa kepada kesyirikan yang tidak mereka ketahui lantaran buta ilmu-
ilmu agama.



288. Lihat: Ar-Rum, 30:6/30. Al-A'raf, 7:187. Yusuf, 12:40/68. Al-
      Nahl, 16:38. As Saba, 34:36. Al-Mu'min, 40:57/59.
289. Lihat: Al-An'am, 6:37. Al-Anfal, 8:34. Yunus, 10:55. An-Nahl
     16:75/101. Al-Qasas, 38:13/57. Luqman, 31:25. Az-Zumar,
     39:29/49. Ad Dukhaan, 44:39. At-Tur, 52:47.

                                                97
        Tidak ada jalan keluar untuk menyelamatkan diri atau lari dari
terperangkap ke dalam kejahilan kecuali kembali kepada al-Quran dan as-
Sunnah. Memberi perhatian dan penumpuan sepenuhnya dalam mempelajari
dan mengkaji kedua-dua kitab tersebut adalah cara yang terbaik untuk
menyelamatkan akidah dari kesyirikan.

        Perlu diingat bahawa kesyirikan adalah kezaliman yang paling besar.
Allah Subhanhu wa Ta'ala tidak akan memberi keampunan dan kejayaan
kepada orang-orang yang melakukan kezaliman yang berbentuk kesyirikan
kecuali bertaubat. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al-Quran sebagaimana
firman-Nya di dalam al-Quran:




         "Bahawasanya kesyirikan (mempersekutukan Allah) itu adalah
  kezaliman yang besar (nyata)".
                                                LUQMAN, 31:13.




       "Dia (Allah) tidak akan memberi kejayaan kepada orang-orang
  yang zalim".
                                                 AL AN'AM, 6:21




                                       98
                            MENGAJARKAN BID'AH
                           MENZALIMI DIRI SENDIRI

        Di antara beberapa pengertian zalim yang dimaksudkan oleh syara
ialah: "Melakukan suatu perbuatan bid'ah di segi akidah (iktikad) atau
kepercayaan yang merosakkan tauhid seseorang itu sehingga menyebabkan ia
ke neraka". Semangnya tidak ada kezaliman yang paling besar kecuali apabila
seseorang itu menzalimi dirinya sendiri dengan kesyirikan. Kalimah zalim
yang bermaksud bid'ah yang membawa kepada kesyirikan banyak ditemui di
dalam al-Quran, antara ayatnya ialah:




           "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman
       mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang
       mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang
       mendapat petunjuk".
                                                      AL AN'AM, 6:82.

        Ayat ini telah menimbulkan kekecohan di kalangan sahabat kerana
mereka merasakan tidak ada manusia yang terlepas dari membuat kesilapan
atau kesalahan besar atau kecil yang diistilahkan dalam Bahasa Arab sebagai
zalim        . Perkara ini telah dibawa kepada Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'oud
radhiallahu 'anhu:




              "Yang dimaksudkan bukan kezaliman itu. Tetapi syirik.
       Belumkah kamu mendengar nasihat Luqman kepada anaknya: Wahai
       anakku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya
       mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar."290

290.   H/R Bukhari dan Muslim.

                                        99
        Hadis dari 'Alqamah bin Abdullah:

          "Apabila ayat ini turun para sahabat bertanya kepada Nabi,
   siapakah di antara kita yang tidak melakukan kezaliman kepada
   dirinya? Maka Nabi bersabda: "Tidakkah kamu pernah dengar kata-
   kata Luqman kepada anaknya: Hai anakku! Janganlah engkau
   melakukan kesyirikan kerana kesyirikan adalah kezaliman yang besar".

        Dari hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad:

           "Apabila turun ayat ini (orang-orang beriman yang tidak
   mencampurkan iman mereka dengan kezaliman), terasa ada penekanan
   pada diri para sahabat lalu mereka berkata: Ya Rasulullah! Siapakah
   di antara kita yang tidak melakukan kezaliman terhadap dirinya?
   Baginda bersabda: Bukan itu yang dimaksudkan, tidakkah kamu
   dengar apa yang dikatakan oleh seorang hamba Soleh? "Hai anakku!
   Janganlah engkau melakukan kesyirikan terhadap Allah kerana
   kesyirikan itu adalah kezaliman yang besar".

        Di dalam syara, pengertian zalim terbahagi kepada tiga maksud:

1. Kezaliman yang besar              yang memberi maksud "melakukan dosa
yang besar iaitu bid'ah dan kesyirikan" atau disebut juga dengan istilah:




              "Benar-benar kezaliman yang mutlak dan nyata".

        Orang-orang yang melakukan "zalim mutlak dan nyata" pada
pengertian istilah di atas ialah orang yang mengamalkan perbuatan bid'ah atau
melakukan kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala walau apa
bentuknya, disedari atau tidak disedari, terutamanya mereka yang meletakkan
pengibadatan (ibadah) bukan untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bukan
kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala (tidak ikhlas), termasuklah berbuat bid'ah
iaitu melakukan ibadah yang tidak mencontohi cara yang telah ditunjukkan
oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam seperti menambah
beberapa perkara dalam urusan agama atau syara tanpa ada nas atau hujjahnya


                                       100
dari al-Quran atau al-Hadis yang mengizinkan mereka untuk melakukan
sedemikian.

        Kedudukan hukum yang dianggap sesat yang berpunca dari perbuatan
bid'ah akidah adalah sama dengan hukum kezaliman yang berpunca daripada
kesyirikan. Jelasnya melakukan bid'ah dalam akidah adalah sama dengan
hukum melakukan semua kemungkaran yang membawa kepada perbuatan
syirik. Pengertian ini diambil dari hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa sallam yang bersabda:




           "Setiap yang melakukan bid'ah itu sesat, dan setiap yang sesat
   itu di dalam neraka".
                                                          H/R Muslim.

        Kalimah          yang berasal dari kalimah            "sesat" yang
terdapat pada hadis di atas disamaertikan dengan kalimah zalim        yang
terdapat pada ayat-ayat tentang syirik berpandukan firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala:



        "Dan sesiapa yang melakukan kesyirikan terhadap Allah maka
   dia telah sesat sejauh-jauhnya".
                                                    AN NISA', 4:116.

       Rumusannya, setiap kesyirikan itu sesat dan setiap bid'ah itu juga telah
dijelaskan oleh Nabi Muhammad sebagai perbuatan yang sesat kerana dalam
persoalan agama yang turun dari langit, tiada siapa yang layak untuk
menjelaskan erti, makna dan maksudnya dengan betul dan tepat kecuali Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya. Manusia hanya wajib mendengar dan
mentaatinya, tidak lebih dari itu. Kita boleh memahami sekali lagi pengertian
zalim yang bermaksud sesat dari ayat al-Quran di bawah ini:




                                        101
           "Dan mereka berkata:            Janganlah sekali-kali kamu
   meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula
   sekali-kali meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula siwa',
   yaghuts, ya'uq dan nasra.        Sesungguhnya mereka menyesatkan
   kebanyakan (manusia) dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-
   orang yang zalim itu selain kesesatan".
                                                      NUH, 71:23:24

         Ayat di atas menjelaskan bahawa kezaliman mutlak akan terus
membawa kepada kekufuran dan kesesatan. Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak
akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang terus melakukan kesesatan
seperti ini sebagaimana firman-Nya:




       "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman,
  Allah sekali-kali tidak akan mengampuni mereka dan tidak akan
  menunjukkan jalan kepada mereka ".
                                                 AN NISA', 4:168.

         Amat jelas, nyata dan ketara sekali bahawa bid'ah sememangnya sesat
dan syirik kerana di antara makna bid'ah ialah: "Menambah" sesuatu di dalam
agama. Apabila seseorang berani menambah ayat atau merubah hukum dalam
agama maka ia adalah seorang pembohong yang membohongi agama Allah
Subhanahu wa Ta'ala kerana mengada-adakan apa yang sebenarnya tiada
tetapi dikatakannya ada dan dijadikan sebagai agama. Amat benar apabila
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengumpamakan orang-orang ini seperti anjing
di dalam firman-Nya:




                                      102
            "Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami
    berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab),
    kemudian dia melepaskan diri (meninggalkan) ayat itu, lalu dia diikuti
    oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-
    orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami
    tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung
    kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka
    perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan
    lidahnya dan jika kamu membiarkan dia menghulurkan lidahnya (juga).
    Demikian itulah perumpamaan orang-orang mendustakan ayat Kami.
    Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka
    berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan
    ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat
    zalim. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah
    yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah maka
    merekalah orang-orang yang merugi".
                                             AL A'RAAF, 7: 175-178.
         Mendustakan ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala sepertimana yang
dilakukan oleh orang-orang bid'ah akan membawa padah, iaitu kesesatan
sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas. Ia menunjukkan betapa
buruknya perbuatan mereka ini di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengumpamakan pendusta yang mendustakan
ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala itu sebagai anjing. Sebuah hadis lemah
juga memberi perumpamaan yang serupa:




    "Aktivis bid'ah adalah anjing-anjing neraka".
                                                        Hadis lemah.

2. Kezaliman kedua ialah kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain atau
terhadap makhluk Allah Subhanahu wa Ta'ala. yang berbentuk penindasan,
hasad dengki, penyiksaan dan kejahatan. Kezaliman jenis ini hanya membawa
pelakunya kepada perbuatan dosa, tidak dianggap syirik selagi ia tidak
melakukan perbuatan yang membawa kepada kesyirikan. Di akhirat kelak,

                                      103
hanya terserah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sama ada akan diazab atau
diampunkan oleh Allah kerana Allah Maha Berkuasa terhadap makhlukNya.

3. Kezaliman ketiga berupa dosa yang dilakukan sehingga menyebabkan
pelakunya menzalimi diri sendiri sebagaimana disebut di dalam al-Quran
     "Menzalimi diri sendiri," 35:32 ialah individu-individu yang masih tetap
beriman serta melakukan kebaikan tetapi ada masa dan ketikanya ia
melakukan kemungkaran yang tidak membawa kepada kesyirikan terhadap
Allah Subhanahu wa Ta'ala. Nasib mereka terletak pada rahmat Allah
Subhanahu wa Ta'ala, jika dikehendakiNya akan diampunkan kerana ia tidak
melakukan kesyirikan dan jika ditakdirkan masuk neraka maka kemasukannya
hanyalah setakat untuk membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Keimanannya yang tidak bercampur dengan kesyirikan tidak akan membuat
dia kekal di neraka. Allah telah menceritakan tentang keadaan hamba-
hambaNya di dalam al-Quran:




          "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang
   Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada
   yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang
   pertengahan, dan di antara mereka ada pula yang bersegera untuk
   berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia
   yang amat besar".
                                                        FATIR, 35:32.




          "Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishak. Dan di
   antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada pula yang zalim
   terhadap dirinya sendiri dengan nyata".
                                           ASH SHAFAAT, 37:113.




                                       104
                            PEMBAHAGIAN
                         (JENIS-JENIS) SYIRIK

         Jumhur ulama usuluddin (teologi) terutamanya dari kalangan Salaf as
Soleh, telah membahagikan syirik kepada dua bahagian, iaitu:

   1-   Syirik Besar

   2-   Syirik Kecil (Yang Tersembunyi)




                                      105
                           SYIRIK BESAR

            Syirik besar   terbahagi kepada empat bahagian, iaitu:-


     1. Syirik Tahrif

2.      Syirik Takyif

3.      Syirik Tasybih

     4. Syirik Ta'thil




                                   106
                           1.   SYIRIK TAHRIF

         Kalimah (kata) tahrif          berbentuk morfologis yang setimbang
(sewazan) dengan tafil        . Tahrif dari akar kata "Harf" yang ertinya: Tepi
atau sisi. Kalimah ini terdapat di dalam al-Quran:




        "Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan
   berada di tepi......"
                                                    Al-Haj, 22:11.

       Ayat di atas memberi maksud: "Mengambil hanya dari satu sisi dari
agama". Tahrif boleh memberi maksud dan didefinisikan sebagai:

     "Mengubah-suai, menukar-ganti makna atau merosakkan nas-nas
  syara (al-Quran dan as-Sunnah) dengan makna yang lain yang tidak
  dimaksudkan oleh nas-nas tersebut".

     Syirik tahrif juga akan berlaku apabila seseorang itu:

     "Menukar-ganti huruf atau kalimah, memesong pengertian,
  mengubah maksud atau menggantikan makna yang sebenar dari suatu
  kalimah atau ayat al-Quran atau as-Sunnah kepada makna, maksud dan
  pengertian yang salah, menyeleweng atau bertentangan dengan ayat-
  ayat di dalam al-Quran dan as-Sunnah".

        Jumhur ulama tafsir menafsirkan kalimah tahrif sebagai berikut:




        "Menafsirkan sesuatu nas dari al-kitab (al-Quran atau as-Sunnah
  yang sahih) kepada makna yang salah (batil)."



                                        107
                      Syirik Tahrif Terbahagi Dua:

        Pertama: Tahrif lafaz              iaitu mengubah, menukar atau
menyimpangkan lafaz kalimah asal kepada kalimah yang lain dan berbeza
sehingga menukar maksud kalimah tersebut ada kalanya bertentangan dengan
kalimah yang asal. Perbuatan ini menyebabkan berlakunya syirik tahrif
sebagaimana perbuatan firqah Jahmiyah yang menukar kalimah
kepada kalimah      di dalam ayat berikut:



  "Tuhan Yang Amat Pemurah bersemayam di atas 'arsy".
                                                          TAHA, 20:5.

         Kalimah istiwa          "bersemayam" di ayat ini mereka gantikan
kepada kalimah            , yang bermakna "Menguasai atau memerintah".
Penukaran kalimah seperti ini dinamakan mentahrif kalimah al-Quran dan
telah dianggap syirik oleh jumhur ulama tafsir dan ulama akidah (usuluddin).


                                      108
       Begitu juga dengan perbuatan golongan Yahudi yang telah mengubah
atau menukar kalimah dari ayat al-Quran                     "Katakanlah!
Bebaskanlah kami dari dosa kami", 7:161 kepada                "Makanlah
olehmu gandum".

        Dua contoh di atas adalah contoh perbuatan syirik yang berpunca
daripada mentahrif (mengubah, menukar atau menggantikan) lafaz atau
kalimah dalam al-Quran dengan lafaz yang lain.

        Kedua: Tahrif makna             iaitu mengubah makna, erti atau
maksud sebenar pada ayat atau nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran
sebagaimana perbuatan Yahudi mengubah makna firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:




       "Allah telah berkata kepada Musa dengan sebenar-benar
  perkataan".
                                           AN NISA', 4:164.

        Mereka (Yahudi) mengubah kalimah Allah          "Berkata" di ayat ini
kepada makna          yang bermaksud: "Marah". Perbuatan mentahrif makna
beginilah yang menyebabkan Yahudi dilaknat dan dihukum pelaku syirik
akbar (syirik yang besar) oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

         Termasuk dalam hal ini ialah menyimpangkan ayat-ayat kauniyah,
contohnya mentakwil kalimah             "Burung yang berbondong-bondong"
kepada makna lain, iaitu "virus-virus kusta" atau yang seumpamanya dalam
ayat berikut:




      "Dan Dia mengirim kepada mereka burung yang berbondong-
  bondong".
                                                Al-Fiil, 105:3.



                                       109
        Dan contoh yang lain ialah seperti yang mereka katakan bahawa para
malaikat itu adalah kekuatan spritual dan setan adalah kekuatan kejahatan
dalam diri manusia. Semua ini adalah kata-kata yang batil dan membawa
kepada kesyirikan (syirik tahrif).




                         2.   SYIRIK TAKYIF

       Kalimah           adalah bentuk morfologis yang setimbang dengan
wazan kalimah "taf'il" dari kata kerja kayyafa       . Takyif bermaksud:
"Bagaimana". Pengertian takyif yang dimaksudkan dalam tajuk ini ialah:

     "Membincangkan atau mempertikaikan nama, sifat dan zat Allah
  sehingga mengeluarkan pertanyaan: Bagaimana?" atau menimbulkan
  persoalan "bagaimana" tentang nama, sifat dan zat Allah Subhanahu wa
  Ta'ala".

        Persoalan atau pertanyaan seperti di atas menyebabkan timbul
berbagai-bagai perbincangan dan jawapan yang hanya menurut hawa nafsu
pemikiran seseorang sehingga bertentangan dengan nas dari al-Quran dan al-
Hadis.

                                     110
        Takyif juga boleh dimaksudkan sebagai:

       "Meminta penjelasan atau jawapan dari suatu soalan
  "bagaimana" yang ditujukan kepada kalimah atau ayat-ayat tertentu
  yang memperkatakan nama, sifat dan zat Allah sedangkan Allah tidak
  menerangkan tentang sifat, nama-nama atau zatNya di dalam al-Quran,
  yang mana semua kalimah atau ayat-ayat yang memperkatakan tentang
  nama-nama, sifat dan zat Allah tidak boleh dibincang dan dipersoalkan
  kerana tiada keterangan dari Allah dan hanya Allah yang tahu hakikat
  nama, sifat dan zatNya".

         Contoh perbuatan syirik takyif ialah perbuatan golongan pembuat
bid'ah         dari kalangan ahli jidal, ahli sufi dan orang-orang fasik yang
mentakyifkan sifat, nama, zat dan perbuatan Allah Subhanahu wa Ta'ala
dengan cara mentakwil kalimah atau ayat al-Quran melalui teori falsafah,
mantik atau mengikut selera akal fikiran (hawa nafsu) mereka. Akhirnya
gara-gara perbincangan yang bid'ah ini timbul persoalan "Bagaimana,
Mengapa atau Kenapa" sedangkan tidak seorang pun yang tahu hakikat nama-
nama, sifat dan zat Allah Subhanahu wa Ta'ala kecuali Dia sebagaimana yang
dijelaskan oleh ulama usuluddin:




       "Tidak seorangpun yang tahu bagaimana (hakikat) zatNya kecuali
  Dia sahaja Yang Maha Suci".

        Jelasnya, mentakyif nama-nama, sifat dan zat Allah Subhanahu wa
Ta'ala adalah haram dan membawa kepada terjadinya perbuatan atau amalan
syirik yang membatalkan akidah seseorang.          Perbuatan seperti ini
menunjukkan kejahilan seseorang itu tentang ilmu tauhid dan kandungan al-
Quran yang kamil dan syumul dalam menjelaskan nama-nama, sifat dan zat
Allah Subhanahu wa Ta'ala tanpa dipersoalkan lagi. Keterangan dapat
difahami pada ayat di bawah ini:




                                       111
      "Dialah (Allah) yang menurunkan al-Kitab kepada engkau (ya
   Muhammad), di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamat (terang hukum
   dan maksudnya), semua itu ibu kitab, dan ada yang mutasyabihat
   (kurang terang). Adapun orang-orang yang miring hatinya (suka
   kepada yang batil) maka diikutinya apa-apa yang mutasyabihat, kerana
   hendak menimbulkan fitnah dan mencari-mencari (mereka-reka)
   takwilnya, dan tidak ada yang tahu tentang takwilnya kecuali Allah.
   Dan orang-orang yang dalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada
   yang mutasyabihat, semuanya dari sisi Tuhan kami, dan tiadalah yang
   menerima peringatan melainkan orang-orang yang berakal".
                                                    ALI IMRAN, 3:7.




                     3. SYIRIK TASYBIH ATAU TAMSIL

           Syirik tasybih          dinamakan juga syirik tamsil   Tasybih
bererti:

     "Menyerupakan atau membuat penyerupaan". Tamsil bererti:
   "Memisalkan atau mengadakan contoh pada zat atau sifat Allah".

           Kedua-dua lafaz atau kalimah ini membawa maksud dan erti yang
sama:

      "Memisalkan, menyerupakan, menyamakan atau mengumpamakan
   zat atau sifat-sifat Allah dengan zat dan sifat- sifat makhlukNya".

           Syirik jenis ini terbahagi tiga:



                                              112
1. Menyamakan, memisalkan, menyerupakan atau mengumpamakan zat Allah
Subhanahu wa Ta'ala dengan zat makhlukNya, sebagaimana Yahudi
menyamakan Uzair dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Nasrani menyamakan
Isa 'alaihi sallam dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan kaum musyrikin
yang menyamakan berhala dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam
penyembahan mereka.

2. Menyamakan, memisalkan atau menyerupakan sifat-sifat Allah Subhanahu
wa Ta'ala dengan sifat-sifat makhluk, seperti menyamakan atau
menyerupakan wajah Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan wajah makhluk,
tangan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan tangan makhluk atau
seumpamanya sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang tarikat
sufi/tasawuf.

3. Menyamakan, memisalkan atau menyerupakan perbuatan dan kuasa Allah
Subhanahu wa Ta'ala dengan perbuatan atau kuasa makhluk sepertimana
menyerupakan kuasa Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan kuasa jin, pawang,
wali atau kuasa-kuasa ghaib.

         Termasuklah juga perbuatan syirik tamsil apabila menyerupakan
(mensetandingkan) kesempurnaan ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan
ciptaan makhlukNya sebagaimana menyerupakan hukum-ahkam ciptaan Allah
Subhanahu wa Ta'ala dengan hukum-ahkam ciptaan hawa nafsu atau akal
fikiran manusia (taghut) yang jahil dan serba kekurangan. Firman Allah:




     "Dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan
  oleh Allah (al-Quran), maka mereka itu adalah golongan orang-orang
  kafir".
                                                 AL MAAIDAH, 5:44.



     "Dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan
  oleh Allah (al-Quran), maka mereka itu adalah golongan orang-orang
  zalim".
                                                AL MAAIDAH, 5:45.


                                    113
        "Dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah
  diturunkan oleh Allah (al-Quran), maka mereka itu adalah golongan
  orang-orang yang fasik".
                                                   AL MAAIDAH, 5:47

        Jelaslah sudah bahawa antara perbuatan haram yang menyalahi akidah
Islamiyah (syirik) ialah apabila seseorang menyamakan atau menyerupakan
dengan sedar, sengaja dan penuh kesedaran tentang zat Allah dengan zat
makhluk, sifat Allah dengan sifat makhluk dan perbuatan Allah Subhanahu
wa Ta'ala dengan perbuatan makhlukNya, termasuklah dalam hal-hal yang
berupa pengibadatan atau ubudiyah terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala
seperti menyamakan ketaatannya kepada Allah dengan ketaatannya kepada
makhluk, dan juga kecintaanya, ketakutannya, penyeruannya dan
permohonannya dalam urusan ghaibiyah                 yang mana dilakukan
perbuatan tersebut terhadap makhluk serupa dan menyamai sebagaimana yang
dilakukan terhadap Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

         Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengharamkan semua hambaNya
dari melakukan syirik tasybih atau tamsil, kerana dosa dari melakukan
kesyirikan ini sama sekali tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala jika ia mati dalam keadaan tidak bertaubat.

        Pada hakikatnya, tidak seorangpun berhak membuat tasybih atau
tamsil kerana tiada satu pun makhluk yang serupa atau semisal dengan Allah
Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:



       "Tiada sesuatupun yang serupa dengan-Nya".
                                                AS SYURA, 42:11.




                                     114
                              4. SYIRIK TA'THIL

        Istilah ta'thil ditujukan secara khusus kepada siapa sahaja yang
meniadakan makna yang sebenar dari nas al-Quran.             Kalimah at-
ta'thil          diambil dari kata al-'athal      yang bermaksud:

       "Membiarkan, mengosongkan, meninggalkan, atau meniadakan
   makna yang sebenar".

          Kalimah ini boleh ditemui di dalam firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:



                  "Perigi yang ditinggalkan". AL HAJJ, 22:45

        Al 'athal          pada ayat di atas bermaksud: "Ditinggalkan atau
dibiarkan". Apa yang perlu difahami dari tajuk ini ialah syirik ta'thil
merupakan perbuatan yang berpunca daripada menafikan, membatalkan atau
mengingkari sifat Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berdiri dengan Zat-Nya.

          Selain itu, ta'thil juga bermaksud:


                                           115
       "Menafikan dan membatalkan makna sebenar ayat-ayat, nas dan
  kalimah al-Quran dan as-Sunnah yang sahih yang telah difahami, jelas
  dan terang maknanya sehingga penafian tersebut menghilangkan
  maksud dan maknanya yang sebenar".

     Syirik ta'thil ada tiga bahagian:

1. Membatalkan atau menafikan kesempurnaan sifat-sifat dan zat Allah
Subhanahu wa Ta'ala walaupun sebahagian sahaja..

2. Membatalkan atau tidak menerima sebahagian dari bentuk cara
pengibadatan dan penghambaan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala
sebagaimana yang telah ditetapkan dan diajarkan oleh syara di dalam al-Quran
dan as-Sunnah. Sebaliknya mencipta cara baru dan tersendiri mengikut hawa
nafsunya, ditambah pula dengan mempersekutukan pengibadatan tersebut
dengan makhluk atau taghut seperti meniru sebahagian cara ibadah
(pengibadatan) agama-agama kuffar, menjadikan adat tradisi sebagai amalan
agama dan membatalkan sebahagian atau keseluruhan hukum-ahkam dari
Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian digantikan dengan hukum-ahkam
ciptaan manusia (taghut).

3. Dalam bahagian ketiga ini ada beberapa cara pembatalan yang boleh
menyebabkan kesyirikan iaitu:

   (1). Membatalkan nas-nas dari al-Quran atau al-Hadis melalui hujjah-
   hujjah akal atau melalui teori yang diambil dari golongan ahli falsafah
   (filosof) yang berdasarkan ilmu mantik atau logika yang diambil dari
   kaedah Greek (Yunan).

   (2). Membatalkan nas-nas al-Quran atau al-Hadis yang berpunca kerana
   percaya, terpedaya atau terpengaruh dengan pendapat ulama bid'ah atau
   ulama suk                 yang tidak berasaskan kaedah nasih dan mansuh
   yang berlandaskan syara.

   (3). Membatalkan nas al-Quran dan al-Hadis kerana terpengaruh dengan
   amalan bid'ah dan khurafat yang diteorikan oleh golongan (aliran) tarikat
   sufi/tasawuf yang berpandukan kepada pengalaman dan khayalan syeikh-
   syeikh sufi yang didakwa mempunyai karamah dan kewalian tetapi yang
   sebenarnya mereka itu syeikh syaitan atau wali syaitan yang sesat lagi
   menyesatkan.

                                         116
   (4). Membatalkan nas al-Quran dan al-Hadis lantaran mahu melaksanakan
   hukum-ahkam taghut kerana mentaati amanat dari para pemimpin yang
   sesat, anti Islam, kufur, fasik, zalim dan munafik sehingga mengambil
   hukum-ahkam ciptaan taghut sebagai pengganti hukum-ahkam dari al-
   Quran dan al-Hadis.

        Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat dan Salaf
as Soleh hanya berpegang kepada keseluruhan isi al-Quran dan al-Hadis
dalam setiap persoalan terutamanya persoalan tauhid.           Mereka tidak
mengubah-suai         , tidak mempersoalkan            , tidak menyerupakan
atau memisalkan               dan tidak memutar-belit atau membatalkan
      nas al-Quran dan al-Hadis walau apa pun yang terjadi. Oleh sebab yang
demikian Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam menamakan kurun
mereka sebaik-baik kurun.




                             SYIRIK KECIL
                           (Syirik Tersembunyi)

         Syirik kecil (yang tersembunyi) adalah kesyirikan yang tidak disedari
oleh pembuatnya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja disebabkan
kejahilannya terhadap ilmu tauhid atau usuluddin sehingga tidak menyedari
dirinya telah melakukan dosa besar iaitu amalan bid'ah yang bercampur-baur
dengan kesyirikan. Semua jenis syirik amat digeruni oleh orang-orang yang
beriman. Walaupun ada ulama yang berpendapat bahawa syirik kecil tidak
dikekalkan di dalam neraka tetapi menurut fatwa Imam Ibn Taimiyah: "Allah
tidak akan mengampunkan dosa syirik kecil sebagaimana dosa syirik besar
kecuali dengan bertaubat (meninggalkan kedua-dua syirik tersebut)". Fatwa
Imam Ibn Taimiyah ini berdasarkan keumuman ayat al-Quran:




    "Berkata Ibn Taimiyah: Sesungguhnya (apa pun jenis) syirik tidak
  akan diampunkan oleh Allah walaupun syirik kecil kerana keumuman

                                       117
   firman-Nya: (Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
   sesiapa yang melakukan kesyirikan terhadapNya)".291

       Di sini dibawakan beberapa contoh syirik kecil atau syirik yang
tersembunyi untuk memberi kefahaman dan kesedaran betapa perlunya
pemurnian akidah untuk menyelamatkan keimanan dan terhindar dari segala
amal perbuatan yang melibatkan kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Antara beberapa contoh syirik kecil (tersembunyi) yang dapat
dimuatkan ialah:
1. RIYAK

2. TANGKAL DAN AZIMAT

3. BERKAT

4. GHULU

5. TELEK DAN TENUNG

6. MENURUN DAN JAMPI

7. TATHAIYUR ATAU THIARAH

8. SIHIR

9. SYAFAAT

10. TAWAKKAL




                                 1. RIYAK
                            (MENUNJUK-NUNJUK)
                                       .

            Pengertian riyak (menunjuk-nunjuk) ialah:

291.   Lihat:                   . Jld. 1. Hlm. 208. Al-'Uthaimin.

                                             118
         "Berniat atau sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang pada
   lahirnya menunjukkan suatu amal-ibadah tetapi berlainan pada
   batinnya kerana tujuannya yang sebenar adalah semata-mata ingin
   dipertontonkan atau diperlihatkan (menunjuk-nunjuk) kepada orang lain
   tanpa sedikitpun keikhlasan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala".

            Kalimah riyak          ialah kalimah Arab berasal dari akar kata:

                . Kalimah riyak juga bermaksud:

      "Beramal semata-mata untuk dipertontonkan kepada manusia bukan
   kerana Allah".292

        Perbuatan yang setara dosanya dengan riyak ialah sum'ah. Sum'ah
ialah melakukan sesuatu amal supaya didengar (diketahui) oleh manusia agar
mendapat pujian atas amal tersebut.293 Begitu juga dengan riyak yang mana
melakukan sesuatu ibadah yang tujuannya agar mendapat pujian dari
manusia.294

        Adapun sesuatu amal yang dikerjakan dengan keinginan supaya
dijadikan contoh dan bukan untuk riyak adalah digalakkan malah merupakan
satu daripada cara berdakwah yang mana Rasulullah salallahu 'alaihi wa-
sallam bersabda:




       "Aku lakukan ini agar kamu memperhatikan aku dan agar
   mempelajari (cara-cara) sembahyangku".295

       Sifat riyak amat tercela sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran
dan hadis-hadis yang sahih. Keinginan seseorang yang riyak hanyalah untuk


292.   Lihat:                       . Jld. 1. hlm. 114.
293. Ibid.
294. Ibid.
295. H/R Bukhari "Kitab al-Jumaah" bab Kitab 'alal mimbar. (1/290).
     Muslim "Kitab al-Masajid" bab jawazul khutwah wal-khutwataini fi as-
     solah (1/386).

                                                  119
mendapatkan kepuasan nafsu dan keduniaan seperti pujian, perhatian atau
kebanggaan. Syirik jenis ini sangat ditakuti oleh Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam dan para sahabat. Baginda telah memberi peringatan dengan
sabdanya:




      "Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:
   Sesungguhnya apa yang paling aku takuti berlaku terhadap kamu ialah
   syirik kecil. Mereka bertanya, wahai Rasulullah apakah syirik kecil
   itu!? Baginda bersabda: Riyak (menunjuk-nunjuk). Sesungguhnya
   Allah Tabaraka wa Ta'ala berkata pada hari hamba-hamba-Nya
   mendapat pembalasan terhadap amal-amal mereka: Pergilah kamu
   kepada orang-orang yang kamu telah menunjuk-nunjuk kepada mereka
   terhadap amalan-amalan kamu semasa kamu di dunia, maka
   tunjukkanlah adakah kamu dapati kamu mendapat kebaikan dari
   mereka?."296




            "Dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam baginda bersabda:
       Sesungguhnya riyak itu ialah kesyirikan sebagaimana yang telah
       ditafsirkan oleh ahli ilmu ayat berikut (Sesiapa yang ingin menemui
       Tuhannya maka beramal dengan amal yang soleh).297 Baginda
       memaksudkan dari ayat tersebut: (Tidak riyak)."298




296. H/R Ahmad (22523) Musnad.
297. AL KAHFI, 18:110.
298. H/R Turmizi (1455) bab An-Nuzur wal Iman.


                                                 120
      "Dari Abi Saed berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
   sallam: Mahukah kamu aku khabarkan apa dia yang paling aku takuti
   selama kamu di sisiku daripada ketakutanku terhadap al-Masih ad-
   Dajjal? Mereka menjawab: Sudah pasti mahu ya Rasulullah!. Lalu
   baginda bersabda:      (Iaitu) Melakukan syirik yang tersembunyi,
   (contohnya) berdiri seseorang lalu bersembahyang yang diindahkan
   cara sembahyangnya apabila dia mengetahui sedang diperhatikan oleh
   seseorang".299
        Riyak tetap dianggap syirik dan menjadi penyebab utama
penghapusan amal-ibadah serta pahala dari amal tersebut sekalipun dilakukan
oleh seseorang di dalam ibadahnya sama ada yang berupa fardu seperti
sembahyang dan lain-lainnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:




     "Maka neraka wail bagi mereka yang bersembahyang, iaitu mereka
   yang lalai dalam sembahyangnya, (dan) mereka yang (apabila)
   menunaikan sembahyang didirikan dengan riyak (menunjuk-nunjuk)".
                                             AL MA'UUN, 107:4-7.




     "Seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riyak (menunjuk-
   nunjuk) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari
   kemudian".
                                                AL-BAQARAH, 2:264.




299.   H/R Ibn Majah (4194) az-Zuhud.

                                        121
     "Dari Syaddad bin Aus berkata: Kami menganggap riyak dizaman
   Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai syirik kecil".300




      "Dari Mahmud bin Labid berkata: Keluar kepada kami Rasulullah
   sallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda: Wahai manusia! Aku
   peringatkan kamu dari syirik yang tersembunyi. Mereka berkata: Ya
   Rasulullah! Apakah itu syirik yang tersembunyi? Baginda bersabda:
   Berdiri seseorang lelaki, maka ia bersembahyang lalu dirapikan
   sembahyangnya setelah ia sedar sedang diperhatikan oleh seseorang,
   maka itulah syirik yang tersembunyi".301

              Berkata Saed al-Khudri radiallahu 'anhu:

        "Syirik ini dinamakan syirik kecil atau syirik yang tersembunyi
   lantaran si Pembuat syirik ini pada lahirnya ia melakukan ibadah
   semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tetapi qasad (gerak
   hatinya) untuk yang lain (tidak ikhlas). Kesyirikan yang dilakukan oleh
   seseorang dalam hal ini antaranya dengan cara menghiasi
   (menampilkan) ibadahnya supaya memperolehi sesuatu (selain pahala
   dan keredaan Allah Subhanahu wa Ta'ala)".

         Menurut Ibn Qayyim rahimahullah:




300.   H/R Ibn Abi ad-Dunia, Ibn Jarir, at-Tabrani dan al-Hakim.
301.   H/R Huzaiman dalam sahihnya.

                                                    122
        "Adapun jenis syirik kecil ini antaranya ialah: Apabila terasa di
  hati seseorang itu perasaan riyak. Apabila seseorang itu bersumpah ia
  bersumpah dengan nama selain nama Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  Seseorang yang berkata: Dengan kehendak engkau dan dengan
  kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hanya dari engkau dan dari
  Allah Subhanahu wa Ta'ala. Aku bersaksi demi Allah dan demi engkau.
  Aku bertawakkal kepada Allah dan atas engkau. Dan seseorang yang
  berkata: Kalau tidak kerana Allah dan kerana engkau tidak akan
  terjadi begini". Menurut penjelasan Ibn Qayyim lagi: "Inilah di antara
  sebab-sebab atau punca kesyirikan yang berlaku kepada seseorang".

        Oleh yang demikian, peringatan dari firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala serta hadis-hadis di atas perlu diberi perhatian yang serius agar
seseorang yang ingin menjadi hamba yang bersih akidahnya, beriman dan
bertakwa tidak terlibat dengan kesyirikan yang tidak diampunkan dosa dan
kesalahannya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.




                           2. TAMAIM,
                        TANGKAL & AZIMAT

        Tamaim berbentuk jamak dari tamimah. Tamimah atau tangkal
(azimat atau pendinding) pada asalnya merupakan sesuatu yang dikalungkan
di leher atau bahagian tubuh seseorang yang bertujuan untuk mendatangkan
manfaat, menolak mudarat atau sebagai perlindungan yang menggunakan
bahan-bahan, perkara-perkara dan cara-cara yang bertentangan dengan syara.
Amalan memakai tangkal adalah ditegah oleh syara kerana ia merupakan
perbuatan bid'ah yang membawa kepada kesyirikan.

        Pada mereka yang memakai tangkal akan ada padanya keterkaitan hati
dan tawakkal kepada selain Allah. Ia membuka pintu kemasukan anasir-
anasir kepercayan karut dan rosak tentang berbagai perkara yang membawa
kepada kesyirikan. Pada hakikatnya tidak ada kuasa yang dapat melindungi
seseorang kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala.


                                      123
         Oleh yang demikian selayaknya meminta perlindungan atau
pertolongan hanya dari-Nya bukan dari apa pun jenis makhluk yang sama
sekali tidak berkuasa dan tidak pernah diberi kuasa oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala untuk menguruskan perkara-perkara keselamatan, rezeki dan
kebahagiaan seseorang yang berupa urusan ghaibiyah. Maka apa sahaja jenis
pendinding sama ada tangkal, azimat dan sebagainya adalah perbuatan syirik
sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi dengan sabdanya:




         "Sesungguhnya jampi mentera (tamaim), tangkal dan guna-guna
   itu perbuatan yang syirik".302




     "Sesiapa yang memakai (mengantung) tangkal, maka ia telah
   melakukan kesyirikan".303




        "Sesiapa yang memakai (bergantung kepada) sesuatu (tangkal,
   azimat pendinding) maka dia telah bertawakkal dengannya (Allah akan
   menyerahkan urusannya kepada sesuatu itu".304




        "Barangsiapa yang memakai sesuatu (tangkal, azimat atau
   pendinding) maka ia telah mewalikan atau bertawakal kepadanya".305




302. H/R Ibn Majah (3521) at-Tibb. Ahmad (3433) Musnad. Abu Daud
     (3385) at-Tibb.
303. H/R Turmizi (1998) at-Tibb. Nasaii (4011) Tahrimul ad-Dam.
304. H/R Turmizi dan al-Hakim.
305. H/R Ahmad (18035) Musnad al-Kufiyyin.


                                             124
      "Dari Saed bin Jubair berkata: Sesiapa yang memotong (membuang)
   tangkal dari seseorang manusia, seolah-olah ia telah membebaskan
   seorang hamba".306




            "Dari Ibrahim bin Nakhi' berkata : Telah berkata Ibn Mas'oud:
   Mereka (para sahabat) telah membenci (mengharamkan) semua jenis
   tangkal, dari al-Quran atau bukan dari al-Quran".




         "Dari Isa bin Abdulrahman berkata: Kami melawat Abdullah bin
   'Ukaim dan dia sedang sakit maka dikatakan kepadanya: (Ada baiknya)
   jika engkau memakai sesuatu (tangkal). Maka beliau berkata: Apakah
   aku akan memakai sesuatu (tangkal) sedangkan Rasulullah saw telah
   bersabda : Sesiapa yang telah memakai sesuatu (dari jenis tangkal)
   maka dia telah bertawakkal kepadanya".307




        "Sesiapa yang menggantung (memakai) tangkal maka ia telah
   melakukan kesyirikan."308


306. Riwayat Wale'
307. H/R Ahmad (18030) Musnad. Turmizi (1998) at-Tibb.
308. H/R Ahmad (16781) Musnad.


                                             125
          Islam telah mengharamkan setiap mukmin menyeru selain Allah
untuk meminta pertolongan yang melibatkan perkara-perkara yang ghaib.
Begitu juga Islam mengharamkan para mukmin dari menggunakan tangkal,
azimat, pendinding atau yang seumpamanya kerana benda-benda tersebut
tidak akan memberi faedah atau sebarang kesan kepada penggunanya
sebagaimana penjelasan Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya:




       "Katakanlah! Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai
  pelindung) selain Allah mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat
  zarrah di langit dan di bumi dan mereka tidak memiliki suatu saham
  pun dalam (urusan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara
  mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya".
                                                        SABA', 34:22.

     Sekiranya Allah Subhanahu wa Ta'ala menurunkan bahaya,
kemudaratan dan bala ke atas mereka yang memakai tangkal, azimat atau
pendinding, mereka tidak akan dapat menjadikan benda-benda tersebut
sebagai pelindung sebagaimana yang mereka sangkakan. Firman Allah:




       "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada kamu, maka
   tiada yang berkuasa menghilangkannya melainkan Allah dan jika Dia
   mendatangkan kebaikan kepada kamu, maka Dia Maha Kuasa di atas
   sesuatu".
                                                      AL AN'AM, 6:17
       Keteguhan iman hanya dapat dicapai setelah seseorang itu benar-benar
bertawakkal sepenuh hati dan beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
sahaja sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Qayyim:

        "Seseorang yang benar-benar bertawakkal ia tidak akan
  bergantung kepada makhluk seperti tangkal dan sebagainya.
  Tambahan pula Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan para
  sahabat tidak bertangkal, mereka sentiasa bertawakkal".

                                      126
       Larangan dari memakai tangkal, azimat, pelindung dan sebagainya
agar seseorang itu tidak mempersekutukan tawakkalnya kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala telah dijelaskan oleh Allah di dalam firman-Nya:




    "Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu sekalian bertawakkal jika
  kamu benar-benar orang yang beriman".
                                                AL MAIDAH, 5:23.




       "Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman itu adalah
  mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan
  apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman
  mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal".
                                                   AN ANFAL, 8:2

     Semua nas-nas atau hujjah-hujjah di atas merupakan keterangan yang
jelas dari Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mengharamkan penggunaan
tangkal, pendinding atau azimat. Pemakaian benda-benda tersebut telah
memesongkan tawakkal seseorang hamba dari bertawakkal kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala kepada bertawakkal kepada makhluk. Semua perbuatan
begini nyata telah mempersekutukan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam hal-
hal yang berupa penyerahan diri          sehingga meminta atau memohon
pertolongan dalam hal-hal ghaibiyah kepada yang bukan selayaknya kerana
berkeyakinan bahawa ada kuasa lain selain kuasa Allah Subhanahu wa ta'ala
dalam urusan nasib yang akan ditempuh seseorang.

  Semua jenis tangkal, azimat, pendinding atau seumpamanya tetap
menyebabkan syirik sama ada yang disediakan dari kayu-kayan seperti
kepercayaan kuasa kayu tas sebagai pendinding, dari batu-batan seperti
kepercayaan adanya kuasa pada batu akik, dari keluli seperti kepercayaan
adanya kelebihan pada besi kuning dan keistimewaan emas atau suasa dalam
pengamalan susuk.

                                     127
      Ada juga jenis tangkal yang diambil dari cebisan atau bahagian-bahagian
tertentu dari tubuh binatang atau manusia sama ada yang masih hidup atau
yang telah mati kerana mempercayai boleh mendapat semangat dan kekuatan
darinya. Perbuatan seperti ini tetap dihukum haram dan membawa kepada
kesyirikan.

       Begitu juga dengan kepercayaan kuasa keramat atau sakti yang diambil
dari tulisan-tulisan tertentu yang sukar difahami atau diterjemah maksud dan
ertinya. Terdapat juga kepercayaan wujudnya kuasa ghaib pada senjata,
pakaian dan sebagainya sehingga dijadikan pelindung. Begitu juga sesuatu
yang dijadikan tangkal, azimat dan pendinding akan tetap menyebabkan
berlakunya kesyirikan walaupun disediakan (diambil) dari ayat-ayat al-Quran,
dari al-Hadis yang sahih, doa-doa ma'thurat, petua-petua orang-orang yang
dianggap wali atau jampi mentera yang disediakan oleh para dukun, pawang
atau bomoh.

   Kesemua contoh-contoh atau perbuatan yang dibentangkan di atas tidak
ada suruhan atau contohnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan
para sahabat malah dilarang. Sebaliknya semua perbuatan yang membawa
kepada kesyirikan tersebut lebih digemari oleh orang-orang jahiliah dan
tukang-tukang sihir. Allah berfirman:




     "Dan tidak akan berjaya tukang sihir itu walau dari mana sahaja ia
  datang".
                                                        TAHA, 20:69.




                               3. BERKAT
                              (Ambil Berkat)



                                       128
       Berkat atau dalam Bahasa Arab disebut                      bermakna:
"Kebahagiaan atau penambahan". Dalam syara ia diistilahkan:

      "Setiap apa sahaja yang mendatangkan kebaikan yang berupa
  pahala dan pertolongan dari yang ghaib (Allah Subhanahu wa Ta'ala)".

      Amalan ambil berkat, atau minta berkat (atau barakah) menurut
pembahagian syara boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

   Pertama: Meminta atau mengambil berkat secara syarii yang diharuskan
   oleh hukum (diizinkan oleh syara).

   Kedua: Meminta atau mengambil berkat secara batil           (diharamkan)
   kerana membawa kepada kesyirikan.




                        Meminta Atau Mengambil
                          Berkat Secara Syarii

        Contohnya ialah mengambil berkat (kebaikan yang berupa ilmu dan
pahala) dari al-Quran dan as-Sunnah. Perbuatan ini dituntut oleh syara kerana
kedua-dua kitab ini dipenuhi dengan ilmu, petunjuk, kebaikan dan pahala bagi
sesiapa yang mempelajarinya. Malah mempelajari dan mengamalkan isi
kandungannya adalah wajib sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:




    "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh
  dengan berkat (kebaikan) supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya

                                       129
  dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran
  (mahu dan boleh berfikir)."
                                                  SHAAD, 38:29.

         Mengambil berkat dari al-Quran yang dimaksudkan oleh ayat di atas
ialah melalui ilmunya dengan cara mempelajari kandungannya, memahami
maksudnya, mentaati tuntutannya serta meninggalkan segala tegahannya.
Dimaksudkan mengambil berkat bukanlah dengan cara mewajibkan
mengambil air sembahyang (wuduk) sebelum menyentuhnya, menciumnya
atau menjunjungnya di atas kepala setelah selesai membacanya. Bukan juga
untuk dibacakan kepada orang yang telah mati untuk dihadiahkan berkat
tersebut kepada si Mati. Bukan pula (ambil berkat) semasa mahu menghalau
hantu atau menjauhkan bala dengan meletakkan al-Quran di atas pintu atau di
depan kenderaan dan sebagainya.

        Meminta atau mengambil berkat dari orang-orang alim adalah melalui
ilmu dan asuhan (tarbiahnya) dengan cara duduk di majlis-majlis
pengajiannya, bukan dengan mencium tangannya, menyeru atau menyebut-
nyebut namanya, tunduk bila berjalan di hadapannya atau mengharap agar
bermimpi menemuinya. Berkat masjid pula ialah apabila dapat beriktikaf,
berjamaah serta menghidupkan majlis ilmu di dalamnya.




                                      130
                       Meminta Atau Mengambil
                      Berkat Yang Haram (Syirik)

         Syara telah mengharamkan meminta atau mengambil berkat dari
orang-orang yang telah mati walaupun dianggap oleh masyarakat sebagai
seorang yang soleh atau wali Allah semasa hidupnya. Perbuatan seperti
berdoa (memohon sesuatu kepada si Mati), sembahyang, tawaf dan membayar
nazar di atas kuburnya demi mendapat berkat dari si Mati yang berada di
dalam kubur tersebut adalah perbuatan bid'ah yang menyebabkan kesyirikan.
Perbuatan seperti ini ditegah oleh syara kerana membawa kepada perbuatan
syirik yang tersembunyi dan boleh membawa kepada syirik besar.

       Terdapat juga segelintir manusia yang mengambil berkat dari benda-
benda yang terdapat dalam masjid seperti pintu, tembuk, debu-debu di
persekitarannya atau sarang serangga yang terdapat di dalamnya. Perbuatan
serupa ini adalah haram dan syirik walaupun dilakukan di Masjid al-Haram di
Mekah, di Masjid Nabawi di Madinah atau di mana-mana masjid sekalipun.
Begitu juga dengan minta berkat dari Hajar Aswad di Kaabah kerana 'Umar
bin al-Khattab radhiallahu 'anhu pernah berkata:




          "Bahawasanya aku telah mengetahui engkau adalah batu yang
   tidak berdaya mendatangkan keburukan atau memberi manfaat
   (kebaikan kepada sesiapa) dan kalaulah tidak kerana Rasulullah
   sallallahu 'alaihi wa sallam telah mengucup engkau, maka aku tidak
   akan mengucup engkau".

         'Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anhu mengucapkan demikian agar
umat Islam tidak melakukan kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala
melalui Hajar Aswad. Ini membuktikan bahawa 'Umar terlalu berjaga-jaga
dari melakukan perbuatan syirik kerana kesyirikan mudah berlaku kepada
sesiapa sahaja yang tidak berwaspada dan tidak berilmu.

        'Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anhu juga bertindak menebang
sebatang pohon yang dijadikan tempat mengambil berkat dengan
bersembahyang dan berdoa di bawahnya oleh orang-orang yang jahil. Mereka
                                      131
menyangka pohon tersebut boleh mendatangkan berkat kerana di bawah
pohon tersebutlah terjadinya perjanjian yang bersejarah pada Nabi dan para
sahabatnya iaitu "Bai'atu ar-Ridwan"          . Ketegasan 'Umar menebang
pohon yang disangka mendatangkan berkat oleh orang-orang jahil telah
menyelamatkan umat dari terus melakukan pekerjaan bid'ah dan syirik.

       Dalam masyarakat kita masih terdapat banyak amalan atau perbuatan
mengambil berkat secara yang bertentangan dengan syara sehingga berlaku
kesyirikan atau bid'ah. Perbuatan tersebut masih dilakukan oleh mereka yang
jahil, seperti mengambil berkat dari air yasinan, air maulud (berzanji), air
jampi melalui serapah, air yang telah dicelupkan tangan orang alim atau sisa
makanan dari orang alim yang kononnya untuk mendapat berkat dari orang
tersebut. Mengambil atau meminta berkat seperti ini adalah perbuatan bid'ah
yang batil, diharamkan dan membawa kepada syirik.




                           4. GHULU/GHALU

                                      132
        Di antara perbuatan bid'ah yang boleh merosakkan akidah dan
membatalkan amalan seseorang itu ialah ghulu. Ghulu menyebabkan
golongan Yahudi, Nasrani dan Majusi dikekalkan di dalam neraka kerana
ghulu termasuk perbuatan bid'ah yang membawa kepada kesyirikan.

        Sebenarnya tidak akan lahir bid'ah dalam mujtamak (masyarakat)
Islam yang membangunkan ke-Islamannya melalui akidah yang sempurna
yang diambil dari Kitab Allah 'Azza wa Jalla dan sunnah Rasulullah salallahu
'alaihi wa salam.309 Telah dipastikan bahawa ada beberapa punca yang
menyebabkan lahirnya bid'ah di kalangan masyarakat Islam dan antara punca
yang utama ialah "ghulu".310

            Pengertian ghulu ialah:

            "Keterlaluan dalam memuja-muji, menyanjung, membesarkan dan
       menyayangi seseorang dengan kata-kata, perbuatan atau iktikad
       sehingga membawa ke tahap penyembahan".




           "Keterlaluan (melampaui batas) dalam penyanjungan
       (membesarkan makhluk) dengan kata-kata atau iktikad".311

          Dalam pengertian yang lain:




             "Melampaui batasan dalam memuja sesuatu yang dipuja atau
       melampaui batas dalam membenci sesuatu yang dibenci".312




309.   Lihat:                   . Jld. 1. Hlm. 57.
310.   Ibid.
311.    Lihat:      . Hlm. 218. Abdulrahman bin Hasan as-Syeikh.
       Lebnon. Beirut.
312.   Lihat:                       . Jld. 1. Hlm. 368. Al-'Uthaimin.

                                                     133
        Melampaui batas (ghalu) dalam memuja-muji adalah seperti
perbuatan golongan Nasrani terhadap Nabi Isa 'alaihis salam sehingga
diangkat sebagai tuhan yang disembah yang dirangkumkan oleh mereka
dalam istilah "tiga dalam satu".

        Kaum Yahudi pula melampaui batas kebenciannya terhadap Nabi Isa
sehingga dituduh ibunya sebagai seorang penzina dan Nabi Isa dianggap
sebagai anak dari hasil perzinaan.

         Terdapat sebahagian dari kalangan kaum muslimin pula yang terlalu
memuja (ghulu) kepada Ali radhiallahu 'anhu sehingga diangkat sebagai
insan maksum yang paling layak memegang jawatan khalifah. Akibat dari
perasaan ghulu tersebut lahir golongan yang dikenali sebagai kaum Syiah dan
timbul pada diri mereka perasaan terlalu benci kepada Abu Bakar, 'Umar,
'Uthman dan para sahabat yang dicintai oleh Nabi Muhammad salallahu
'alaihi wa-sallam sehingga mengkafirkan mereka.

       Ghulu/ghalu juga diistilahkan sebagai:

         "Mengangkat makhluk ke tahap yang menyerupai kedudukan
   Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga membawa kepada
   penyembahan".

         Perbuatan ini boleh membawa kepada kesyirikan dan dosa yang tidak
diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akidah yang rosak seperti ini
telah terjadi di kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Puncanya mereka
ghulu terhadap nabi mereka sehingga Allah Subhanahu wa Ta'ala disekutukan
dengan nabi mereka iaitu dengan cara mengangkatnya menjadi anak Allah dan
disembahnya sebagaimana menyembah Allah. Kejadian ini telah diceritakan
di dalam al-Quran:




          "Orang-orang Yahudi berkata: Uzair itu anak Allah dan
   orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah, demikianlah
   ucapan mereka dengan mulut mereka".
                                               AT-TAUBAH, 9:30.

                                      134
           "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam
     agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali
     yang benar. Sesungguhnya Al Masih 'Isa bin Maryam itu adalah
     utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya, yang
     disampaikan-Nya kepada Maryam dan dengan tiupan roh dari-Nya".
                                                   AN NISA', 4:171

         Kedua-dua ayat di atas diturunkan ke atas Ahli Kitab yang terdiri dari
golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka dihukum syirik kerana melakukan
bid'ah yang menyimpang dari jalan yang lurus. Yahudi dimurkai oleh Allah
kerana bersifat tafrith    iaitu antaranya dengan cara:

1.    Menutup (menyembunyikan) ilmu (kebenaran) kemudian menentang
      kebenaran yang telah diketahui. Firman Allah:




          "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang
     telah diturunkan Allah iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga
     yang murah, mereka itu sebenarnya (tiada yang mereka) masukkan ke
     dalam perut-perut mereka kecuali api neraka".
                                                AL-BAQARAH, 2:174.

2.    Sifat keji Yahudi ialah tidak suka mengamalkan ilmunya (kebaikan)
      sebaliknya menyuruh orang lain supaya mengamalkan yang makruf
      (tetapi tidak pula menegah dari kemungkaran) sebagaimana yang
      digambarkan oleh Allah di dalam firman-Nya:




                                        135
       "Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan
   sedangkan kamu melupakan dari kewajipanmu sendiri padahal kamu
   membaca al-Kitab (taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?".
                                               AL BAQARAH, 2:44.
3. Menggunakan ilmunya untuk kepentingan diri mereka dengan merubah-
    rubah kalimah Allah dari tempatnya agar sesuai dengan kehendak hawa
    nafsu mereka. Firman Allah:




          "Antara orang-orang Yahudi, mereka merubah-rubah ucapan
     (ayat Allah) dari tempat-tempatnya".
                                                 AN-NISA', 4:46.

4.    Sifat mereka suka mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil agar
      kelihatan samar walaupun mereka tahu perbuatan tersebut dilarang oleh
      Allah. Firman Allah:




         "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mencampur-adukkan yang
     hak dengan yang batil. Dan menyembunyikan kebenaran padahal
     kamu mengetahui?".
                                             ALI IMRAN, 3:71.

5.    Mengorbankan ayat-ayat Allah supaya dapat menjual fatwa-fatwa mereka
      untuk mendapatkan kekayaan dunia. Firman Allah:




         "Mereka (Ahli Kitab) menjualnya (ayat-ayat Allah) dengan harga
     yang sedikit (murah)".
                                                AL BAQARAH, 2:174.

  Golongan Nasrani pula bersifat ifrath        iaitu berlebih-lebihan dan
melampaui batas dalam beribadah tanpa mempunyai ilmu. Namun kedua-dua
golongan ini telah mengajak kepada kekufuran yang serupa iaitu sama-sama

                                       136
ghulu terhadap Nabi mereka sehingga diangkat ke darjat uluhiyah (ketuhanan)
yang disembah.

         Walau bagaimanapun kesesatan kedua-dua golongan Ahli Kitab ini
berpunca dari sebab yang satu iaitu perbuatan bid'ah yang dikenali dengan
istilah ghulu yang menyimpang dari jalan kebenaran.

          Perbuatan ghulu terhadap Nabi atau Rasul adalah bid'ah yang paling
jelas telah diamalkan oleh Ahli Kitab sama ada Yahudi atau Nasrani sehingga
menyebabkan mereka dikekalkan di neraka.

        Dasar hukum yang boleh diambil dari ayat di atas adalah menyeluruh
iaitu sesiapa yang ghulu sehingga mencapai ke tahap penyembahan atau
terkeluar dari landasan syara tidak akan terlepas dari dihukum musyrik.
Peringatan yang tegas supaya tidak ghulu terdapat juga dalam amanat yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam kepada
ummah baginda:




           "Dari Ibn Abbas berkata: Berkata Rasulullah sallallahu 'alaihi
       wa sallam:     Janganlah kamu menyanjung (memuja) sehingga
       melampaui batas, sebagaimana pemujaan Nasrani terhadap Ibn
       Maryam, sesungguhnya aku ini seorang hamba, maka katakanlah oleh
       kamu hamba Allah dan Rasul-Nya."313

        Hadis berikut juga mengharamkan setiap mukmin daripada
melakukan pemujaan yang melampaui batas terhadap makhluk walaupun
terhadap Nabi mereka. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
melarang seorang lelaki yang terlalu menyanjung dan ghulu terhadap baginda:




313.   H/R Bukhari (3189) Kitab al-Anbia. (2/487).

                                                     137
               "Dari Anas bin Malik, sesungguhnya seorang lelaki berkata:
       Wahai Muhammad, wahai tuan kami, wahai anak tuan kami dan anak
       orang baik kami!. Maka bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
       sallam: Wahai manusia! Hendaklah kamu jaga kata-kata kamu,
       jangan sampai kamu diperdayakan oleh syaitan, aku adalah
       Muhammad bin Abdullah, hamba Allah dan utusan-Nya. Demi Allah
       Subhanahu wa Ta'ala, aku tidak suka kamu mengangkat kedudukan aku
       lebih dari yang telah Allah 'Azza wa Jalla mengangkat untuk aku".314

      Kesyirikan terhadap kaum-kaum jahiliyah sebelum kelahiran Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah disebabkan perbuatan ghulu
kaum-kaum tersebut terhadap Nabi, pemimpin atau orang-orang soleh di
antara mereka. Kesyirikan kaum Nabi Nuh a.s menyembah berhala yang
bernama sempena orang-orang soleh mereka Wadd, Suwaa', Yaghuts,
Ya'uq dan Nasra bermula setelah orang-orang soleh tersebut meninggal
dunia lalu dibuat patung untuk memperingati mereka. Perbuatan ini berpunca
dari sikap ghulu sebagaimana yang dijelaskan oleh tafsiran Ibnu Abbas
mengenai ayat di bawah ini:




              "Dari Ibn Abbas radhiallahu 'anhu berkata baginda
       (Rasullullah) berkenaan firman Allah:       Dan mereka berkata:
       Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan
       kamu dan janganlah pula sekali-kali kamu meninggalkan

314.   H/R Ahmad (13093).

                                         138
       (penyembahan) Wadd, suwaa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasra". Dan
       baginda berkata (Ibn Abbas): Ini adalah nama orang-orang (soleh)
       dari kaum Nuh. Apabila mereka meninggal, syaitan membisikkan
       kepada kaum-kaum tersebut: Hendaklah kamu membuat patung-
       patung mereka pada majlis-majlis (ibadah kamu), patung-patung
       tersebut hendaklah dinamakan dengan nama-nama mereka (orang-
       orang soleh yang telah meninggal), maka mereka menurutinya. Pada
       mulanya patung-patung tersebut tidak disembah sehinggalah
       dihapuskan (mereka-mereka yang terdahulu) maka orang-orang yang
       kemudiannya telah melupakan ilmu, seterusnya berlakulah
       penyembahan (terhadap patung-patung tersebut)".315

        Maksud melupakan ilmu           atau: "Dilupakan ilmu" ialah
         "Dihapuskan ilmu", sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari yang
mengatakan bahawa dengan ketiadaan (kematian) ulama kejahilan tersebar
luas sehingga tidak dapat dibezakan antara tauhid dan syirik dan akhirnya
berlaku sangkaan bahawa kesyirikan memberi manfaat kepada mereka di sisi
Allah Subhanahu wa Ta'ala.

         Semua keterangan ini diambil dari peringatan Nabi sallallahu 'alaihi
wa sallam supaya kita tidak melakukan ghulu walaupun pada dasarnya berniat
baik kerana syaitan kebiasaannya memerangkap manusia ke dalam kesyirikan
melalui ghulu kepada orang-orang soleh atau pemimpin sehingga terkeluar
dari batas yang diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.




315.   Lihat: Bukhari (4539) Tafsir al-Quran.

                                                139
                             Antara Amalan
                           Yang Dianggap Ghulu

         Dalam masyarakat kita, masih terdapat banyak amalan-amalan ghulu
terhadap makhluk. Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut
membawa kepada kesesatan bid'ah dan syirik. Di antara amalan-amalan
tersebut ialah:

      1. Ghulu terhadap orang-orang soleh yang dewasa ini digelar ustaz, kadi,
mufti atau orang yang sudah dianggap sebagai alim ulama sehingga tidak ada
lagi kata-kata yang betul dan mesti dipatuhi walaupun bertentangan dengan al-
Quran dan as-Sunnah kecuali kata-kata mereka.

        Dalam konteks ini termasuklah orang-orang yang ghulu terhadap
mazhab (seperti Syafie, Maliki, Hambali atau Hanafi rahimah humullahu
'anhum) dan ghulu kepada orang-orang yang dianggap wali seperti yang
dilakukan oleh orang-orang yang terpengaruh dengan tarikat kesufian
sehingga memuliakan syeikh mereka lebih dari Tuhan dan Nabi yang diiringi
dengan pemujaan yang berunsur penyembahan.

        Sebenarnya cara ghulu beginilah yang menyebabkan kaum-kaum
sebelum Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sesat dan menyembah
berhala-berhala yang berupa bentuk manusia. Ibn Qaiyim berkata:
        "Apabila mati orang-orang alim di kalangan mereka, mereka
   beriktikaf di atas kuburnya, kemudian dibuatkannya patung, setelah
   beberapa generasi yang memakan masa yang panjang, patung-patung
   tersebut mereka sembah".

        Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan keadaan mereka yang
ghulu di dalam firman-Nya:




   "Mereka menjadikan orang-orang alim mereka dan rahib-rahib mereka
   sebagai tuhan selain Allah ".
                                               AT TAUBAH, 9:31.


                                       140
   2. Ghulu terhadap kubur orang-orang soleh yang dianggap keramat dan
luar biasa atau orang sakti. Syara tidak mengharamkan ziarah kubur malah
ziarah kubur dianggap sunnah, tetapi mendatangi kubur dengan niat untuk
bernazar, membayar nazar, taqarrub, beriktiqaf, bersembahyang atau
sebagainya di kubur tersebut tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam. Maka perbuatan seperti itu ditegah oleh syara
walaupun terhadap kubur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
sebagaimana sabda baginda:




           "Dari Ata' bin Yasir berkata: Bahawasanya Rasulullah
   sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ya Allah! Janganlah engkau
   jadikan kuburku berhala yang disembah. Allah terlalu marah
   terhadap kaum yang menjadikan kubur Nabi-Nabi mereka sebagai
   masjid".
                                             H/R Malik di Muwata'.

   3. Ghulu terhadap kepimpinan dan pemimpin terutamanya para pemimpin
negara sehingga dipuja, disanjung dan diangkat ke peringkat yang berlebih-
lebihan, dipatuhi segala arahannya, digeruni amarannya dan ditaati kata-
katanya walaupun bertentangan dengan syara sedangkan para pemimpin
tersebut adalah taghut yang menyeru kepada kesesatan.

        Kebanyakan masyarakat Islam sekarang terperangkap dalam
perbuatan ghulu seperti ini. Secara tidak langsung mereka telah mengambil
taghut dan konco-konconya sebagai pemimpin yang dighulukan sedangkan
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melarang dengan firman-Nya:




                                      141
           "Barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada
   Allah sesungguhnya dia telah berpegang dengan ikatan tali (agama)
   yang amat kuat yang tidak akan putus dan Allah sangat mendengar dan
   amat mengetahui. Allah adalah wali (pemimpin atau pelindung) bagi
   orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan
   (kekafiran atau kesesatan) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang
   kafir wali (pemimpin atau pelindung) mereka ialah taghut (syaitan
   manusia) yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada
   kegelapan (kekafiran). Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal
   di dalamnya".
                                           AL BAQARAH, 2:256-257.

   4. Ghulu terhadap kumpulan     atau parti     yang tidak berkonsep atau
berprinsipkan syara sehingga menyebabkan perpecahan, permusuhan dan
pertumpahan darah di kalangan masyarakat dan Daulah Islamiyah yang
dilarang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman-Nya:




       "Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah (bersatu), dan
   janganlah kamu berpecah-belah".
                                              ALI IMRAN, 3:103.




       "Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-
   berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada
   mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat".
                                                ALI IMRAN, 3:105.



                                     142
   5. Ghulu terhadap orang-orang yang mendakwa dirinya mengetahui hal-hal
yang ghaib seperti dukun, pawang, bomoh, tukang telek dan seumpamanya
sehingga apa yang diperkatakan atau dikhabarkan dipercayai, dipatuhi dan
ditaati walaupun terbukti bertentangan dengan syara.

   6. Ghulu terhadap orang-orang yang dipuja dan diminati seperti pelakun,
penyanyi atau penghibur sehingga sanggup meniru cara hidup dan gaya
bintang pujaannya itu sekalipun nyata bertentangan dengan agama dan akhlak
Islamiyah seperti meniru pergaulan bebas, pendedahan aurat sehingga
menggalakkan free sex yang membawa kepada homoseks, zina (pelacuran)
dan penyalahgunaan dadah. Gara-gara kegilaan yang keterlaluan (ghulu)
terhadap pujaan yang disanjung hingga ada yang sanggup membunuh diri
apabila mendapati bintang pujaannya berkahwin atau mati.

         Dalam hal seumpama ini termasuklah pasangan yang sedang bercinta
sehingga ghulu terhadap pasangan masing-masing dan sanggup melakukan
apa sahaja walaupun melanggar hukum-hukum syara.             Islam tidak
mengharamkan saling bercinta tetapi ada syaratnya sebagaimana yang
dijelaskan dalam hadis di bawah ini:




            "Dari Anas berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi
       wa sallam: Tiga perkara sesiapa yang ada pada dirinya akan
       memperolehi kemanisan iman. Hendaklah mencintai Allah Subhanahu
       wa Ta'ala dan Rasul-Nya lebih dari yang lain. Hendaklah mencintai
       seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Hendaklah
       merasa benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci jika
       sekiranya dicampakkan ke dalam neraka".316



316.    H/R Bukhari (15) al-Iman. Muslim (60) al-Iman. Turmizi (2548) al-
        Iman. Nasaii (4902) al-Iman wa syaraiihi. Ibn Majah (4023) al-Iman
        wa-syaraiihi.

                                                   143
   7. Islam mewajibkan berpegang hanya pada satu akidah (fahaman atau
pegangan) dan mengharamkan ghulu terhadap satu-satu fahaman, mazhab atau
ideologi yang lain seperti fahaman kebangsaan       termasuklah kesukuan
bangsa, kenegerian dan keturunan, ghulu kepada mana-mana ideologi politik
jahiliah seperti demokrasi, kominisme, sosialisme dan seumpamanya yang
nyata bertentangan dengan Islam atau hukum-hukum syara. Allah Subhanahu
wa Ta'ala tidak menjadikan pada diri seseorang dua fahaman (akidah)
sebagaimana firman-Nya:




            "Allah tidak menjadikan dua ideologi dalam diri (hati) seorang
       lelaki".
                                                      AL AHZAB, 33:4

   8. Ghulu terhadap satu-satu amalan yang bertentangan dengan syara yang
boleh membawa kepada perbuatan bid'ah dan syirik seperti ghulu terhadap
amalan marhaban (berzanji/maulid), yasinan, tahlilan dan seumpamanya.
Termasuk juga ghulu kepada amalan khurafat, tahayyul, karut-marut seperti
tathaiyur dan sebagainya yang dianggap sebagai amalan agama dan berlebih-
lebihan pula dalam amalan tersebut. Perbuatan seperti ini diharamkan oleh
syara sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:




               "Dari Ibn Abbas berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu
       'alaihi wa sallam bersabda: Aku peringatkan kamu tentang ghulu
       dalam (amalan yang dianggap) amalan agama, yang mana
       dihancurkan mereka-mereka sebelum kamu disebabkan ghulu
       (melampau) dalam (amalan) agama.317



317. H/R Ahmad (1/165). An-Nasii (3007) Manasik al-Haj. Hadis ini disahihkan oleh Ibn Taimiyah
dalam kitabnya         hlm. 106. Dipersetujui oleh Nasruddin al-Albani dalam sahihnya (1283).
Disahihkan juga oleh Syeikh Ali Hasan dalam kitab              hlm. 84.

                                                    144
   9. Ghulu terhadap adat istiadat (adat resam/kebiasaan) yang bertentangan
dengan syara seperti adat istiadat dalam upacara, pertunangan dan
persandingan yang diambil dari agama Hindu, adat istiadat menyembah raja
(sultan), adat lenggang perut, memandikan (membasuh) uri (temuni) dan cara
menanamnya (ada yang meletak lampu), cukur jambul (selepas 40 hari anak
dilahirkan), turun tanah, meletak sedikit abu dapur (atau arang) di dahi anak
kecil (bayi) sebelum keluar rumah dan adat-adat keagamaan seperti bulan
arwah, majlis maulid, bulan safar dan sebagainya.

        Adat istiadat yang disebut di atas telah dianggap oleh sebahagian
besar masyarakat Islam sebagai adat kegembiraan, kebesaran, keagamaan atau
perayaan agama yang tidak boleh ditinggalkan, sentiasa dipelihara dan
dipertahankan dengan keterlaluan (yang sampai ke tahap ghulu) sehingga
dianggap sebagai suatu kesalahan jika ditinggalkan.

          Sebenarnya tidak ada hari perayaan atau kebesaran dalam Islam selain
hari kebesaran yang telah ditetapkan oleh syara iaitu di Hari Raya 'Aidiladha,
'Aidilfitri dan Hari Jumaat. Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang orang-
orang yang beriman dari menjadikan agamaNya sebagai barang hiburan atau
permainan, sebagaimana firman-Nya:




        "Dan ingatkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya
   sebagai mainan dan senda gurau (hiburan sahaja) dan mereka telah
   ditipu oleh kehidupan dunia".
                                                 AL AN'AM, 6:70.

   10. Ghulu terhadap kebendaan (harta kekayaan atau perkara-perkara yang
bersangkutan dengan maddiyah) sehingga disibukkan dengan mengumpul
harta kekayaan sehingga meninggalkan kewajipan sembahyang, puasa, zakat,
sedekah dan sebagainya.




                                       145
         "Kecelakaan bagi setiap pengumpat dan pencela, yang
   mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia mengira bahawa
   harta itu dapat mengekalkannya (tidak akan mematikannya). Sekali-
   kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam
   Huthamah (neraka). Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? Itulah api
   yang telah disediakan Allah yang dinyalakan. Yang membakar sampai
   ke hati. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. Sedang
   mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang".
                                               AL HUMAZAH, 104:1-9

   11. Ghulu terhadap kegemaran keduniaan (hobby) sehingga melakukan
pembaziran, membuang masa dan mengenepikan kewajipan syara termasuklah
penggemar sukan seperti bola sepak sehingga meninggalkan kewajipan
sembahyang kerana asyik bermain atau menuntun, pengumpul (koleksi)
barang-barang tertentu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada agama,
penggemar hiburan dan sebagainya.
         Mereka merasa tidak ada yang dapat mententeramkan perasaan dan
jiwa mereka kecuali melayani hobi-hobi mereka yang berbentuk keduniaan
semata sehingga mencapai tahap yang keterlaluan (ghulu). Ghulu dalam
perkara-perkara seperti ini boleh menyerupai sifat dan perbuatan orang-orang
kafir terhadap dunia seperti yang dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala.




          "Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-
   orang kafir dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.
   Padahal orang-orang yang takwa itu lebih mulia daripada mereka di
   Hari Kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang
   dikehendaki-Nya tanpa batas".
                                              AL BAQARAH, 2:212.

        Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya mengharamkan semua
bentuk dan jenis ghulu kerana perbuatan ini membawa kepada kesyirikan dan
bid'ah. Ghulu yang bermacam-macam bentuk, cara dan amalannya telah
menghancurkan umat-umat sebelum Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam sebagaimana sabdanya:

                                      146
           "Aku peringatkan kamu dari ghulu kerana ia telah menghancurkan
       orang-orang sebelum kamu".318

         Nas-nas di atas telah membuktikan bahawa umat yang silam
terpesong akidahnya dari petunjuk Rasul kemudian dihancurkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala disebabkan ghulu yang melampaui batasan syariat.
Umat terakhir ini juga akan menerima nasib yang sama sekiranya mereka
bersifat ghulu terhadap makhluk dan kepercayaan yang bertentangan dengan
syara.

        Ada pun perbuatan ghulu terhadap makhluk boleh dibahagikan kepada:

   Pertama: Makhluk-makhluk yang berada di alam ghaib seperti malaikat,
jin, roh para nabi dan roh orang-orang mati yang dianggap wali atau keramat.

   Kedua: Yang terdapat di dunia seperti:
(1) Ghulu terhadap para pemimpin, alim ulama.
(2) Ghulu kepada kumpulan (seperti parti atau jamaah).

(3) Ghulu kepada adat istiadat, kepercayaan karut dan ideologi (fikrah
    ciptaan manusia) yang berbagai-bagai konsep dan teorinya.

      Semua amalan ghulu yang disebutkan di atas termasuk dalam perbuatan
bid'ah yang boleh membawa kepada kesyirikan.




318. H/R Ahmad dalam Musnad (1/215, 347). Nasaii dalam as-Saghir, Kitab Manasik al-Haj (5/268).
Ibn Majah dalam Manasik (2/1008). Ibn Abi 'Asim dalam as-Sunnah (98). Ibn Habban (1011).
Tabrani dalam al-Kabir (12747). Al-Hakim (1/466). Disahihkan oleh al-Hakim mengikut syarat
syeikhain dan disetujui oleh az-Zahabi dan al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra (5/127). Telah
diucapkan juga oleh an-Nawawi dalam al-Majmu' (8/137) sanadnya sahih menurut syarat Muslim.

                                                147
                     5. TELEK ATAU TENUNG

        Perbuatan bertelek atau bertenung, sama ada melalui tukang telek,
peralatan telek dan perkara-perkara yang boleh memberi hasil telekan atau
tenungan untuk mengetahui hal-hal atau perkara yang sedang, yang akan
berlaku serta ingin mengetahui baik atau buruknya nasib yang akan menimpa
dimasa yang akan datang, semua ini adalah diharamkan oleh syara. Kerana
tiada sesiapa yang mengetahui yang ghaib kecuali Allah sebagaimana
firmanNya:




          "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia
   tidak memperlihatkan kepada seseorang tentang yang ghaib itu.
   Kecuali kepada Rasul yang diredaiNya, maka sesungguhnya Dia
   mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya".
                                                   AL JIN, 72:26-27.
                                     148
         Bertelek, bertenung atau ramalan adalah termasuk dalam perbuatan
dosa besar yang membawa kepada perbuatan syirik.           Larangan atau
pengharaman ini terkandung di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam antaranya ialah:




            "Dari beberapa orang isteri Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
       wa sallam: Dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam baginda bersabda:
       Sesiapa yang mendatangi tukang telek (atau juga tukang tenung nasib),
       kemudian ia bertanya darinya sesuatu, setelah itu dia percaya (dengan
       apa yang dikatakan oleh tukang telek tersebut) maka tidak akan
       diterima sembahyangnya selama empat puluh hari".319

           Menurut al-Baghawi        rahimahullah:

            "Tukang telek atau tukang tenung nasib digelar juga sebagai al-
       Kahin           iaitu orang yang mendakwa bahawa dirinya boleh
       mengkhabarkan hal-hal (urusan) yang ghaib dan perkara yang akan
       berlaku dimasa akan datang. Diistilahkan juga orang yang boleh
       menceritakan perkara-perkara yang tersembunyi (ghaib)".

           Al-Iraqi rahimahullah pula mengatakan:

            "Al-'Arraaf     : Tukang telek atau tukang tenung nasib. Al-
       'Arraaf dinamakan juga al-Kahin         dan al-Munajjam         .
       Seseorang (tukang sihir) yang menggunakan ilmu bintang juga
       dinamakan al-Munajjam      ."

       Jika diterjemahkan ke dalam penggunaan istilah Bahasa Melayu,
kedua-dua kalimah al-kahin dan al-munajjam   dan        akan memberi
maksud:




319.   H/R Muslim (4137) As-Salam.

                                          149
              "(Kononnya) orang yang boleh meramalkan kejadian yang
       akan berlaku, boleh menceritakan kejadian yang tidak diketahui oleh
       orang lain, mengetahui benda-benda yang berada di alam ghaib,
       menelek nasib dan boleh menentukan atau menjelaskan semuanya itu
       melalui ilmu sihir atau ilmu bintang yang mereka kuasai".

        Kepercayaan dan perbuatan yang melibatkan hal-hal khurafat dan
tahaiyul yang menyebabkan berlakunya bid'ah seperti yang dijelaskan di atas
adalah perkara-perkara syirik yang diharamkan oleh syara serta jauh dari
kebenaran, malah merupakan perbuatan orang-orang jahiliah yang membawa
kepada kerosakan akidah.




             “Bersabda Rasulullah sallallahu „alaihi wa sallam: Sesiapa
       yang mendatangi tukang telek, kemudian ia percaya tentang apa yang
       dikatakan oleh tukang telek tersebut, maka ia telah kafir terhadap apa
       yang telah diturunkan kepada Muhammad”.320

         Kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah
mengkafiri al-Quran, as-Sunnah atau syariat Islamiyah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Hadis di bawah ini
juga menjelaskan:




               "Sesiapa yang mendatangi tukang tenung atau tukang telek,
       maka ia percaya dengan apa yang dikatakan olehnya, maka ia telah
       mengkafiri apa yang telah diturunkan kepada Muhammad sallallahu
       'alaihi wa sallam". 321


320.   H/R Ahmad (9171) Musnad.
321.   H/R al-Hakim.

                                          150
         Orang Islam diharamkan oleh syara dari mempercayai ramalan, cerita-
cerita, perkhabaran dan apa sahaja yang disampaikan oleh tukang telek,
peramal, dukun, pawang dan bomoh apabila mereka melibatkan persoalan
ghaibiyah atau alam ghaib kerana tiada seorangpun yang benar-benar tahu hal-
hal yang ghaib kecuali Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Amat jelas ketegasan
larangan ini apabila Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
menjatuhkan hukuman kafir kepada sesiapa yang mempercayai dan menerima
kesemuanya itu sebagaimana hadis baginda di bawah ini:




               "Dari Imran bin Husain beliau berkata: Bersabda Rasulullah
       sallallahu 'alaihi wa sallam: Bukan dari golongan kami sesiapa yang
       bertathaiyur atau ditathaiyurkan baginya, bertenung atau ditenungkan
       baginya, bersihir atau minta melakukan pensihiran baginya. Sesiapa
       yang mendatangi tukang tenung kemudian dia mempercayai apa yang
       dikatakannya, maka ia telah kafir dengan apa yang telah diturunkan
       kepada Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam".322

        Hadis-hadis di atas membuktikan bahawa perbuatan bertelek atau
bertenung dan mempercayai apa yang diceritakan oleh tukang telek atau
tukang tenung adalah termasuk perbuatan bid'ah yang membawa kepada
kekufuran dan menyebabkan berlakunya kesyirikan terhadap Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Syirik sebagaimana yang telah kita ketahui adalah perbuatan keji,
terkutuk dan mungkar. Dosa kesyirikan pula tidak akan diampunkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan pelaku syirik akan kekal di neraka buat
selama-lamanya jika ia tidak bertaubat.




322.   H/R Bazzar dengan sanad yang baik.

                                            151
                        6. AMALAN MENURUN,
                           JAMPI DAN SERAPAH

         Mengamalkan perubatan melalui menurun (atau rasukan) dan jampi-
jampian yang juga disebut dalam Bahasa Arab "nusyrah"             merupakan
satu dari beberapa cara-cara perubatan tradisional yang diamalkan oleh orang-
orang Arab Jahiliyah. Amalan ini juga telah dilakukan oleh masyarakat
Melayu Nusantara sejak sekian lama.

        Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa perbuatan menurun ini
adalah perbuatan syirik kerana ia merupakan perbuatan merasuk
menggunakan syaitan yang berunsur kesihiran. Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam telah mengingatkan agar orang-orang yang beriman
meninggalkan perbuatan syirik yang terkutuk ini sebagaimana hadis baginda
di bawah ini:


                                       152
               "Dari Jabir radhiallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah
       sallallahu 'alaihi wa sallam telah ditanya tentang amalan menurun,
       maka baginda bersabda:         Ia adalah dari amalan (pekerjaan)
       syaitan."323




           "Imam Ahmad telah ditanya tentang menurun.                Maka dia
       menjawab, semuanya ini ditegah" 324

       Makruh menurut ulama terdahulu dimaksudkan "haram". Ini berbeza
dengan pandangan ulama yang terkemudian.325

        Jumhur ulama usuludin, ulama tafsir dan ulama hadis, membahagikan
nusyrah      kepada dua jenis iaitu:

       1- Nusyrah               pengubatan dengan cara menurun (atau rasukan).
       Tujuannya untuk mengeluarkan sihir dari seseorang yang terkena sihir. Ini
       dilakukan terhadap orang yang diduga kemasukan jin (syaitan). Cara
       seperti ini telah diharamkan oleh syara.

       2- Nusyrah          pengubatan dengan cara jampi-jampian. Cara ini pula
       terbahagi kepada dua bahagian.

   i.        Jampi-jampian yang melalui cara yang dilakukan oleh Nabi
             Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dan sahabat yang berupa
             doa-doa pelindung dan menggunakan ayat-ayat dari al-Quran.




323. H/R Abu Daud (3370) at-Tibb. Ahmad (13621) Musnad.
324. H/R Daud.
325. Lihat:                       . Jld. 1. Hlm. 71. Al-'Uthaimin.

                                                153
b.              Jampi serapah diambil bukan dari al-Quran, bukan dari al-
     Hadis dan tidak mengikut cara yang pernah dilakukan oleh Nabi
     sallallahu 'alaihi wa sallam. Jenis jampi serapah seperti ini
     diharamkan kerana menyeru makhluk dan meminta perlindungan
     atau pertolongan (istighasah) kepada makhluk-makhluk ghaib
     seperti jin, iblis atau hantu yang tidak diizinkan oleh syara.

                     Kebiasaannya cara yang kedua ini ialah mengeluarkan sihir dari
                     seseorang yang terkena sihir dengan sihir yang sama. Menurut
                     ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah perbuatan seperti ini adalah haram
                     dan pelakunya boleh dihukum kafir dengan tingkatan kafir kecil.
                     Al-Hasan menegaskan: “Orang yang menurut (merasukkan syaitan)
                     dengan melakukan apa yang disenangi oleh syaitan, maka syaitan
                     akan membatalkan aksinya terhadap orang tersebut”. Inilah salah
                     satu cara syaitan menipu dan menyesatkan manusia.




                              7. TATHAIYUR ATAU THIARAH

              Menurut istilah Bahasa Arab, kalimah "at-tathaiyur"             atau at-
     thiarah         asalnya diambil dari kalimah         "Burung". Punca atau asal
     usul nama ini diambil dari kelaziman orang-orang Arab Jahiliyah (sebelum
     melakukan sesuatu hajat) mengambil burung dan melepaskannya untuk
     meramal kesialan atau kebaikan. Jika burung tersebut terbang ke arah sebelah
     kanan mereka menyebutnya "sanih", akan diteruskan pekerjaan tersebut tetapi
     jika sebaliknya ia dianggap sial dan ditinggalkan (tidak diteruskan).326

                 Tathaiyur pula bermaksud:




     326.   Lihat:                     . Jld. 1. Hlm. 77. Al-'Uthaimin.

                                                    154
          "Berthiarah dengan sesuatu atau berthiarah dari sesuatu".

        Menurut syara pula tathaiyur bermaksud:

          "Mempercayai atau meyakini adanya kesialan (mendatangkan
   sueh, celaka, puaka atau petaka) di atas sesuatu benda, perkara atau
   sesuatu kejadian serta berkeyakinan bahawa benda, perkara dan
   kejadian tersebut boleh mendatangkan (menimpakan) kecelakaan atau
   kesialan".

       Tathaiyur atau thiarah berasal dari kepercayaan orang-orang
musyrikin jahiliah. Orang-orang beriman diharamkan dari mempercayai atau
mengamalkan kekarutan dan khurafat tathaiyur ini kerana ia perbuatan syirik.

        Agama Islam telah menjelaskan bahawa sesuatu kejadian atau sesuatu
benda tidak boleh membawa kesialan atau menyebabkan berlakunya kejadian
yang membawa sueh, celaka, petaka, puaka atau kehilangan tuah.

        Segala apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan dari Allah
Subhanahu wa Ta'ala melalui qadak dan qadar-Nya kerana Allah Subhanahu
wa Ta'ala Maha Berkuasa di atas segala-galanya sebagaimana firman-Nya:




     "Dan Allah Berkuasa di atas segala-galanya".
                                                    ALI IMRAN, 3:29.

        Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menceritakan tentang kepercayaan
tathaiyur yang berlaku di kalangan kaum Nabi Musa alaihis salam di dalam
firman-Nya:




                                      155
              "Apabila datang kebaikan kepada mereka, mereka berkata:
       Kita sudah sepatutnya menerima kebaikan ini. Tetapi jika mereka
       ditimpa kecelakaan, mereka mengatakan ini sial kerana Musa dan
       orang-orang yang berserta dengannya. Ingatlah, hanya kesialan
       mereka itu di sisi Allah ".
                                                     AL 'ARAF, 7:131.




              "Sahut mereka (orang-orang kafir): Kami menjadi sial kerana
       kamu, demi jika kamu tidak berhenti, nescaya kamu akan kami rejam
       dan kamu akan menderita menerima siksa yang pedih dari kami. Sahut
       utusan-utusan itu: Kesialan itu kerana kesalahan kamu, adakah jika
       kamu diberi peringatan kamu menjadi sial? Bahkan kamu adalah
       kaum yang berlebih-lebihan".
                                                        YASIN, 36:l8-l9.

        Syara mengharamkan tathaiyur kerana sesiapa yang mempercayai
tathaiyur atau bertathaiyur telah melakukan kesyirikan terhadap Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Pengharaman ini terdapat juga di dalam beberapa
hadis sahih antaranya ialah:




              "Dari Abi Mas'oud radhiallahu 'anhu berkata: Telah bersabda
       Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Bertathaiyur itu syirik,
       bertathaiyur itu syirik, dan tiada di antara kita yang tidak terlibat
       dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
       dengan bertawakkal".327




327.   H/R Ahmad (3411) at-Tibb. Turmizi (1539) as-Sair.

                                                 156
               "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah
       salallahu 'alaihi wa sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada
       umatku: Kepercayaan sial, hasad dengki dan prasangka. Dia
       bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai
       Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara
       tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah
       ampun.     Apabila berprasangka janganlah diteruskan.       Apabila
       mempercayai kesialan (tathaiyur) hendaklah dihapuskan". 328



        Hadis di atas telah menjelaskan kepada kita bahawa seseorang
individu itu tidak akan terlepas dari kepercayaan sial (tathaiyur) kecuali jika
dia menghapuskan kepercayaan tersebut dengan bertawakkal dan dengan
kekuatan akidah tauhid yang murni. Tanpa tawakkal dan memahami akidah
tauhid yang betul dan sempurna, seseorang akan mudah mempercayai
tathaiyur.

        Menurut sirah, kepercayaan tathaiyur telah berlaku di kalangan kaum
Nabi Musa 'alaihis salam dan di dalam masyarakat Arab jahiliah kemudian
terus berlaku di kalangan masyarakat antarabangsa termasuk bangsa Melayu.
Tathaiyur atau thiarah telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan
Rasul-Nya kerana tathaiyur tergolong dalam perbuatan khurafat, tahaiyul,
bid'ah dan syirik seperti yang telah jelas digariskan oleh hadis-hadis sahih di
bawah ini:




               "Dari Ibn 'Umar beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah
       sallallahu 'alaihi wa sallam : Sesiapa yang terhalang hajatnya
       (ditinggalkan urusannya lantaran percaya kepada tathaiyur), maka dia
       telah melakukan kesyirikan".329

328.   H/R Tabrani.
329.   H/R Ahmad.

                                         157
            "Dari Abi Hurairah beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah
       sallallahu 'alaihi wa sallam: Tidak ada jangkitan, tidak ada
       kepercayaan tathaiyur, tidak ada kepercayaan burung hantu dan tidak
       ada kepercayaan burung helang (pembawa sial)". 330

        Kepercayaan adanya kuasa sial, puaka, celaka, sueh pada sesuatu
benda, perkara dan kejadian atau pada mana-mana makhluk seperti malaikat,
jin, manusia, binatang, syaitan, hantu, ifrit, benda-benda mati seperti batu,
gua, bukit-bukau, pohon, hutan-belantara, sungai, lautan dan sebagainya
adalah jelas kepercayaan bid'ah, karut, khurafat dan kepercayaan jahiliah yang
membawa kepada kesyirikan.

        Dalam sosio-budaya atau adat resam Masyarakat Melayu Nusantara,
kepercayaan tathaiyur telah menjadi begitu sebati dan mendarah-daging
sehingga dijadikan sebahagian dari kepercayaan mereka yang amat disanjung,
dipertahankan dan dipelihara walaupun bertentangan dengan akidah
Islamiyah.

        Antara adat-adat kepercayaan yang bid'ah tersebut ialah adat
menyanjung, memuliakan dan menyembah raja yang berpunca dari dasar
kepercayaan yang berasaskan tathaiyur, iaitu berkeyakinan bahawa raja
mereka berdaulat, mempunyai tulah atau kuasa ghaib yang luar biasa yang
mendatangkan petaka bagi sesiapa yang mendurhaka kepadanya. Untuk
mengelakkan diri dari tulah raja, mereka sanggup menyembah, merendahkan
diri dan tunduk kepada raja sehingga sanggup menggelarkan diri mereka
sebagai anak anjing (patek), melakukan penyembahan melalui ucapan
pengampunan "Ampun Patek......... Sembah Patek Harap Diampun".

        Penyanjungan melalui ungkapan pengagungan: "Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung" dan penyembahan amali
melalui fizikal dengan cara mengangkat dan menyusun jari sepuluh sebagai
tanda merendah diri dan sembah, kemudian tunduk melutut atau rukuk setiap
kali menghadap raja atau sultan adalah juga suatu yang keterlaluan kerana
bertentangan dengan syara.

330.   H/R Bukhari dan Muslim.

                                         158
        Perlu diketahui oleh setiap mukmin bahawa perbuatan yang berunsur
penyembahan terhadap pemimpin (yang berbagai-bagai caranya) kerana
mempercayai adanya tulah pada para pemimpin siapa pun pemimpin tersebut
sama ada raja, pemimpin negara, pemimpin agama (ulama) syeikh-syeikh
tarikat dan sebagainya adalah merupakan suatu cabang kepercayaan dari
cabang-cabang tathaiyur dan ghulu.

         Kepercayaan seperti ini perlu dibasmi dan dihapuskan kerana ia
merupakan perbuatan syirik terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala. Perlu
disedari bahawa semua manusia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah
sama, tiada kelebihan di antara satu dengan yang lain kecuali ketakwaan.

         Sekali lagi dikatakan bahawa hukum syara telah mengharamkan
kepercayaan yang negatif ini dan mewajibkan setiap mukmin agar sentiasa
mempunyai pegangan iman yang kuat (akidah tauhid yang bersih dari segala
unsur-unsur kesyirikan), sentiasa bertawakkal dan meminta perlindungan
hanya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana hadis Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam di bawah ini:




         "Dari Uqbah bin Amar beliau berkata: Aku pernah menyebut
   perkataan sial di hadapan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam,
   maka baginda bersabda: sebaik-baik perkara ialah beranggapan baik
   dan janganlah (ada kepercayaan sial) menghalang seseorang Muslim
   (dari menunaikan hajatnya). Maka apabila seseorang kamu melihat
   sesuatu yang dibencinya, maka hendaklah membaca:




   Ya Allah! Tidak akan datang setiap kebaikan kecuali dari Engkau,
   tidak siapa dapat melindungi dari setiap kejahatan kecuali Engkau,


                                     159
       tiada yang berkuasa dan tiada yang mempunyai kekuatan kecuali
       Engkau."331

        Dengan memahami hujjah yang berupa hadis-hadis sahih di atas, kita
akan dapati bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam melarang
setiap mukmin mempercayai apa pun tanda-tanda, alamat dan setiap perkara
yang bersangkutan dengan unsur-unsur kesialan tathaiyur/thiarah.

        Agama Islam mengajar kita supaya sentiasa bersifat optimis,
meninggalkan kepercayaan tathaiyur yang karut, khurafat dan bid'ah. Umat
Islam wajib menggantikan kepercayaan ini dengan bersikap at-tafaul
kerana at-tafaul mendorong kepada sikap berbaik sangka             kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala.




331.   H/R Abu Daud (3418) at-Tibb.

                                      160
                             Al-Faklu Atau At-Tafaul

            Al-faklu     atau at-tafaul          bererti atau bermaksud:

               "Berprasangka baik dan mengharapkan rahmat dan kebaikan
       dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan Nabi Muhammad salallahu
       'alaihi wa-sallam menjelaskan sebagai           : kalimah yang
       baik".332

        Kepercayaan ini bertentangan dengan tathaiyur atau thiarah kerana al-
faklu atau at-tafaul mendatangkan kegembiraan di hati, memberi kesan yang
baik pada jiwa, memberi ketenangan kepada perasaan, menambah keyakinan
untuk bertawakkal dan ia disukai oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam sebagaimana sabda baginda:




            "Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Tidak boleh
       bertathaiyur (atau thiarah) dan cara yang paling baik ialah al-faklu
       (atau tafaul). Baginda ditanya, apakah al-faklu itu? Baginda
       menjawab: Kalimah yang baik yang boleh didengar (yang diucapkan)
       oleh salah seorang dari kamu."333




            "Dari Anas beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu
       'alaihi wa sallam: Tidak ada jangkitan, tidak ada thiarah dan yang aku

332.   Lihat:                     . Jld. 1. Hlm. 89. Al-'Uthaimin.
333. H/R Bukhari (0313) at-Tibb. Muslim (4122) as-Salam. Turmizi
   (1540) as-Sair. Abu Daud (3415) at-Tibb. Ahmad (8894) Musnad.

                                               161
       sukai ialah al-faklu. Mereka bertanya: Dan apakah al-faklu itu?
       Baginda menjawab: Kalimah (ucapan) yang baik."334

        Isu-isu tathaiyur       atau thiarah      dan juga al-faklu      dan
tafaul       tidak diberi pendedahan atau kurang dibincangkan oleh para alim
ulama dari kalangan masyarakat Melayu sehingga ramai dari kalangan
masyarakat terperangkap di dalam perbuatan dan amalan syirik ini.
Kesimpulan yang kita perolehi dan tindakan yang perlu kita ambil dari ayat-
ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas ialah menggesa setiap mukmin agar
meninggalkan kesyirikan tathaiyur serta semua jenis kepercayaan dan
perbuatan yang membawa kepadanya.

        Allah Subhanahu wa Ta'ala sama sekali tidak akan mengampunkan
kesalahan hamba-Nya yang melibatkan kesalahan tersebut dengan kesyirikan
terhadap-Nya. Sebaliknya Ia akan mengampunkan kesalahan selain dari
kesyirikan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya sebagaimana firman-Nya:




            "Sesungguhnya Allah tidak akan memberi ampun jika Ia
       dipersekutukan dengan lain-Nya dan Dia akan mengampunkan selain
       dari itu jika Ia kehendaki dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dia
       telah melakukan dosa yang besar".
                                                          AN NISA’, 4:48.



            "Sesungguhnya sesiapa yang melakukan syirik terhadap Allah
       maka telah diharamkan baginya syurga dan tempatnya pasti di neraka,
       tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang pun penolong".
                                                         AL MAIDAH, 5:72.



             "Sesiapa yang mempersekutukan Allah             maka dia telah sesat
       sejauh-jauhnya".

334.   H/R Bukhari (5331) at-Tibb. Muslim (4134) as-Salam.

                                                 162
                                                   AN NISA’, 4:116.




                               8. SIHIR

        Sihir berasal dari kalimah (perkataan) Arab "as-sahar"
bermaksud: "Pertembungan akhir malam dengan awal siang". Keadaan "as-
sahar" ialah di waktu berlakunya perhimpitan di antara gelap malam dan
terangnya siang. Tidak boleh dinamakan siang walaupun ada pantulan cahaya
siang kerana ia masih ada suasana kegelapan (malam). Oleh itu, "as-sahar"
adalah suatu keadaan yang mempunyai dua suasana dalam satu masa atau
ketika.

                                     163
        Penghujung malam juga disebut as-sahar kerana sesuatu yang berlaku
di waktu tersebut lebih tersembunyi. Sesiapa yang makan pada penghujung
malam dikatakan makan sahur yang mana ia berlaku secara tersembunyi (tidak
diketahui orang) dan setiap yang tersembunyi dinamakan sihir (menurut
bahasa).335 Orang Arab juga menamakan sihir dengan sihir kerana ia boleh
menyebabkan orang yang sihat menjadi menderita sakit dan menyebabkan
kematian.

            Sihir juga diertikan sebagai:

               "Sesuatu perkara, bentuk, keadaan dan kejadian yang tidak
       menggambarkan keadaan yang sebenarnya.          Ia menampakkan
       kebatilan dalam bentuk kebenaran hingga mengkagumkan orang yang
       memandang kerana ia memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada
       selainnya".

       Sihir adalah pekerjaan yang dilakukan melalui cara meminta tolong
atau mendekatkan diri kepada syaitan. Adapun antara perbuatan sihir
sebagaimana yang dimaksudkan oleh syara terbahagi dua:

        Pertama: Sihir ialah: Sesuatu simpulan, ikatan (termasuk kalung)
atau sesuatu benda yang dijampi atau bacaan yang dibacakan pada sesuatu
benda serta azimat yang semuanya itu dilakukan secara bertawassul kepada
sihir dengan menggunakan syaitan yang mana tujuannya untuk
membahayakan orang yang mahu disihir.336

        Perbuatan sihir dilakukan dengan menggabungkan berbagai-bagai
pengaruh roh-roh jahat yang berinteraksi dengan kekuatan-kekuatan tertentu
hasil kesepakatan antara penyihir dengan syaitan yang akibat dari sihir ini
boleh menimbulkan kematian, menderita sakit, menghilangkan kebahagian
rumahtangga sehingga merasa benci dan menghalangi daya sex seorang suami
terhadap isterinya. Justeru itu, sejauh mana kekafiran tukang sihir maka
sejauh itu pulalah ketaatan syaitan kepada tukang sihir sehingga memberi
kesan kepada orang yang disihir.



335.   Lihat:                    . Jld. 1. Hlm. 5. Al-'Utaimin.
336.   Lihat:                      . Jld. 1. Hlm. 5. Al-'Utaimin.

                                               164
        Kedua: Sihir ialah: Menggunakan ubat-ubatan atau dadah yang
boleh memberi kesan kepada tubuh, akal, kelakuan atau kemampuan orang
yang telah disihir. Orang yang disihir akan bertingkah-laku ganjil dan seolah-
olah menjadi terumbang-ambing (hilang panduan).337 Sihir ini juga akan
menjadikan seseorang itu lebih berperasaan pada isterinya atau kepada
perempuan yang lain sehingga sering terjadi keadaannya seperti binatang
yang akan melakukan apa sahaja yang dia suka atau kadang-kala berlaku yang
sebaliknya.338

        Kesan yang boleh berlaku kepada tubuh orang yang kena sihir akan
terus menjadi lemah sehingga membawa kebinasaan kepadanya. Pada
tingkah lakunya akan kelihatan seolah-olah ia berkhayal dan berlainan dengan
kebiasaan sikapnya. Sekiranya berlaku pada akalnya mungkin ia boleh
menjadi gila.339




                              Menyulap Mata

         Antara kesan yang boleh berlaku dari perbuatan sihir sebagaimana
yang telah dijelaskan di atas ialah menyulap mata. Mata seseorang yang
disihir tidak menyedari hakikat sesuatu kejadian yang sebenar sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:




337. Ibid.
338. Ibid.
339. Ibid.


                                        165
           "Tatkala mereka melemparkan (tali), mereka menyulap (menyihir)
       mata orang dan menjadikan orang banyak itu takut, serta mereka
       mendatangkan sihir yang menakjubkan".
                                                      AL A'RAF, 7:116.

         Berpandukan pengertian ayat di atas sihir yang dikenali (disebut) juga
sebagai ilmu hitam sememangnya wujud. Namun hakikat sihir tidak dapat
dilihat dengan mata kasar di sebalik kejadiannya yang sebenar sebagaimana
yang berlaku kepada kaum Fir'aun semasa melihat tali tukang sihir yang
dicampakkan menjadi ular. Hakikatnya, tali yang dicampak itu tidak berubah
tetapi yang berubah dan bertukar menjadi ular hanyalah pemandangan mata
yang disulap oleh tukang sihir.
         Sihir menurut bahasa juga boleh disebut:

              "Apa yang tersembunyi (tersunglap) dan tidak kelihatan (oleh
       mata) kerana terlalu tersembunyinya perkara tersebut".340

        Oleh itu adalah wajib dibunuh semua tukang-tukang sihir kerana
(perbuatan sihir) mereka boleh menjadikan seseorang itu sakit, mati dan
memisahkan antara suami dan isteri, begitu juga boleh menyatukan para
musuh-musuh Islam untuk menentang Islam.341

        Imam Ahmad telah menyatakan bahawa tiga dari para sahabat Nabi
iaitu 'Umar, Hafsah dan Jundub telah digelar "Pembunuh Tukang Sihir"
kerana telah jelas (sahih) bahawa mereka telah membunuh tukang sihir di
zaman mereka.




340.   Lihat:                   . Jld. 1. Hlm. 5. Al-'Utaimin.
341.   Ibid.

                                           166
                             Asal Usul Sihir

        Sihir diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ke bumi melalui
dua malaikat-Nya, Harut dan Marut di Negeri Babil semata-mata untuk
menjadi fitnah (ujian) kepada manusia sebagaimana firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala:




        "Dan apa (sihir) yang telah diturunkan melalui dua malaikatNya
   Harut dan Marut di Negeri Babil dan mereka berdua tidak akan
   mengajarkan (sihir tersebut) kepada sesiapa sehinggalah keduanya
   terlebih dahulu mengatakan: Sesungguhnya kami ini adalah fitnah,
   maka janganlah kamu kufur".
                                               AL BAQARAH, 2:102.

         Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia dilarang dari mempelajari
sihir kerana ia boleh menimbulkan fitnah, menyebabkan seseorang menjadi
kufur dan syirik sebagaimana yang diperingatkan oleh kedua malaikat pada
ayat:


                        "Janganlah kamu kufur" .
                                             AL BAQARAH, 2:102
       Ayat ini memberi maksud:

           "Janganlah kamu menjadi kufur dengan sebab mempelajari
   ilmu-ilmu sihir dan mengamalkannya".

        Malangnya syaitan yang terkutuk dan terlaknat telah mempelajarinya
kemudian mengajarkan ilmu sihir tersebut kepada manusia sebagaimana
yang telah dinyatakan di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

                                     167
       "Maka mereka (syaitan-syaitan) telah mempelajari dari kedua
   mereka (Harut dan Marut) apa (sihir) yang boleh (digunakan) untuk
   memecah-belahkan di antara seseorang (suami) dengan isterinya".
                                              AL BAQARAH ,2:102

        Jumhur ulama tafsir (mufassirun), para ulama hadis dan ulama akidah
(usuluddin) telah berhujjah kemudian memutuskan bahawa mempelajari dan
mengamalkan sihir adalah perbuatan bid'ah dan kufur yang boleh membawa
kepada kesyirikan. Ketegasan mereka berpandukan kepada firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala di atas.

       Sihir merupakan perbuatan keji dan terkutuk yang diamalkan oleh
Yahudi, Nasrani dan Majusi yang diajarkan oleh syaitan. Hujjah kuat yang
menjadi landasan ulama untuk mengharamkan sihir ialah firman Allah:




           "Dan mereka mengikuti apa (yang terdapat di kitab-kitab sihir)
   yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan
   mereka menuduh Sulaiman mengerjakan sihir), sedangkan Sulaiman
   tidak kafir (tidak mengamalkan sihir) hanya syaitan-syaitan itu sahaja
   yang kafir (mengamalkan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada
   manusia (setelah mempelajari) dari apa yang diturunkan melalui dua
   malaikat Harut dan Marut di Negeri Babil"
                                               AL BAQARAH, 2:102.

        Sihir jelas diharamkan oleh syara kerana ia mengakibatkan
berlakunya syirik terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tidak memberi
manfaat kepada sesiapa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:




                                      168
            "Dan (sihir itu) tidak memberi manfaat kepada mereka".
                                                     AL BAQARAH, 2:102

        Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang hamba-Nya melakukan kerja-
kerja yang tidak ada faedah dan bermanfaat. Menurut 'Umar radhiallahu
'anhu:

              "Memanglah nyata terdapatnya golongan Bani Adam (manusia)
       yang beriman kepada sihir dan syirik terhadap Allah Subhanahu wa
       Ta'ala".

        Keterangan 'Umar terbukti dan amat jelas setelah difahami penafsiran
firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di bawah ini:




                "Beriman dengan Jibti (sihir) dan Taghut (Syaitan)"
                                                           AN NISA', 4:51.

        'Umar radhiallahu 'anhu menafsirkan "Jibti" di ayat ini sebagai "Sihir
dan tukang sihir". Jabir pula menafsirkan Jibti sebagai: "Tukang (ahli) sihir
yang didatangi oleh syaitan".342 Sebuah athar yang diriwayatkan oleh Imam
Malik di dalam kitab-Nya al-Muwatta' ( ) berbunyi:




              "Dari Hafsah, sesungguhnya dia telah menyuruh membunuh
       seorang hamba miliknya yang telah menyihirnya maka ia dibunuh".
                                                        Riwayat Malik.

      Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam mengharamkan orang-
orang yang beriman dari mempelajari atau mengamalkan sihir dalam sabda
baginda:




342.   Lihat:        . Jld.4. Hlm. 4-5. At-Tabari.

                                                     169
              "Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawasanya
       Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Jauhilah oleh kamu
       sekalian tujuh perkara. Bertanya mereka, ya Rasulullah apa-apakah
       itu? Baginda menjawab: Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa
       yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan hak, makan riba,
       makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh seorang
       perempuan mukminah yang suci melakukan curang (zina)."343

        Dari hadis ini sudah nyata bahawa antara peringatan tegas dari Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam ialah menjauhi sihir dan
pengamalannya. Seriusnya larangan ini ternyata apabila persoalan sihir
disatukan dengan jenis-jenis larangan yang terhitung sebagai dosa besar.

         Sahih Bukhari membawa keterangannya bahawa 'Umar bin al-Khattab
radhiallahu 'anhu telah mewajibkan hukuman bunuh kepada setiap ahli sihir
lelaki atau perempuan. 'Umar pernah mengkhabarkan bahawa:

                     "Kami telah membunuh tiga orang ahli sihir".

        Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam telah bersabda:.




343.   H/R Bukhari (2560) al-Wasaya. Muslim (129) al-Iman. Nasaii
       (3611) al-Wasaya. Abu Daud (2490) al-Wasaya.

                                                 170
              “Dari Abi Hurairah: Sesiapa yang mengikat satu ikatan
       (tangkal) kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia
       telah melakukan (pekerjaan) sihir, sesiapa yang melakukan sihir, ia
       telah melakukan kesyirikan. Dan sesiapa yang telah menggantung
       sesuatu (tangkal) maka dia telah bertawakkal dengannya.”344

         Al-Quran juga menceritakan bagaimana ahli-ahli sihir menggunakan
sihirnya dengan menghembuskan nafas (berupa jampi serapah dalam amalan
sihir) ke atas ikatan tali atau jenis-jenis benda yang digunakan untuk tujuan
jahat. Hal ini dapat difahami melalui firman Allah:




            "Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasi subuh,
       dari kejahatan makhlukNya, dan dari kejahatan malam apabila telah
       gelap gelita,     dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang
       menghembuskan nafasnya (jampi-jampian) pada ikatan (termasuk
       tangkal), dan kejahatan dengki apabila ia dengki".
                                                         AL FALAQ, 113:4.

           Ayat di atas telah ditafsirkan oleh ulama tafsir sebagai berikut:

              "Kebiasaannya tukang-tukang sihir dalam melakukan sihirnya,
       ia membuat ikatan (simpulan-simpulan) tali, benang atau rambut,
       membacakan jampi mentera di atas simpulan itu, kemudian ia
       menghembuskan nafasnya ke atas ikatan tersebut, perbuatan serupa ini
       adalah merupakan perbuatan yang jahat                dari beberapa
       kejahatan sihir dan ahli sihir".




344.   H/R Nasaii (4011) At-Tahrim ad-Dam.

                                             171
                "Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:
       Tidaklah seorang lelaki itu mempelajari satu cabang ilmu dari ilmu an-
       nujum (ilmu telek atau tenung) kecuali ia telah mempelajari cabang
       ilmu dari ilmu kesihiran, ia akan bertambah dan terus bertambah
       (kesihiran dan kesyirikannya)."345

        Banyak lagi hadis-hadis sahih dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa sallam yang mengharamkan sihir, melarang dari mempelajari dan
mengamalkannya walaupun menyuruh atau mengupah orang lain menjadi
wakil untuk melakukannya.

        Pengamal, pengajar dan orang yang bersubahat dalam melakukan
kerja-kerja sihir adalah terkutuk. Sihir adalah pekerjaan syaitan yang mudah
membawa kepada kesyirikan dan bid'ah selain kerosakan dan kekecuhan yang
boleh dicetuskan oleh fitnah sihir.

        Sebenarnya perbuatan syaitan dan tukang sihir tidak dapat memberi
kesan bahaya walau sedikitpun kepada sesiapa yang beriman dengan penuh
keikhlasan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kecuali jika sudah menjadi
kehendak-Nya. Allah telah memberi jaminan ini dalam firman-Nya:




               "Dan mereka   (syaitan-syaitan)  tidak   akan   dapat
       membahayakan sesiapa pun dengan sihirnya, kecuali dengan izin
       Allah".
                                               AL BAQARAH, 2:102.

       Di bawah ini dibawakan keseluruhan ayat yang menjadi hujjah (dalil)
bahawa sesungguhnya sihir diharamkan oleh syara kerana sihir adalah antara
penyebab berlakunya kesyirikan:




345.   H/R Ahmad (1897) Musnad. Abu Daud (3406) at-Tibb. Ibn Majah
       (3716) al-Adab.

                                               172
           "Dan mereka mengikuti apa (yang terdapat pada kitab-kitab
   sihir yang dibaca oleh syaitan) pada masa kerajaan Sulaiman, (dan
   mereka menuduh bahawa Sulaiman itu mengamalkan sihir) padahal
   Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan sihir) hanya syaitan-syaitan
   itu sahajalah yang kafir (mengamalkan sihir). Mereka mengajarkan
   sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di
   Negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedangkan mereka keduanya tidak
   akan mengajarkan kepada sesiapa sebelum mengatakan:
   Sesungguhnya kami ini fitnah (cubaan bagimu) sebab itu janganlah
   kamu kafir. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa
   yang dengan sihir itu, mereka dapat mencerai-beraikan di antara
   seorang (suami) dengan isterinya. Mereka itu (sihir dan ahli-ahli sihir)
   tidak dapat memberi mudarat dengan sihirnya kepada seseorang pun
   kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang memberi
   mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi sesungguhnya
   mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkannya
   (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat
   dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir,
   kalau mereka mengetahui".
                                                   AL BAQARAH, 2:102.

      Kesimpulan dari keterangan di atas yang berpandukan kepada hujjah
dan dalil-dalil dari al-Quran, al-Hadis dan al-Athar sahabat yang sahih, para
ulama terutamanya Imam Malik dan Imam as Syafie menjelaskan:

           "Sekiranya nyata didapati tukang sihir telah terbukti sudah
   melakukan kerja-kerja kesihirannya, maka ia dianggap kufur atau
   syirik, maka ia dihukum (dihalalkan) bunuh".

      Bangsa Yahudi adalah bangsa yang paling kuat mempelajari sihir dan
mengamalkannya sejak dahulu lagi. Seorang Yahudi bernama Labid bin al-


                                       173
     'Asam pernah mensihir Nabi salallahu 'alaihi wa-sallam. Bangsa Yahudi juga
     mendakwa bahawa Nabi Sulaiman yang mengajarkan kepada mereka sihir.346




                        Cara-cara Mengubati
                                  & Melawan Sihir

             Allah telah mensyariatkan kepada hamba-hamba-Nya supaya mereka
     menjauhkan diri dari kejahatan sihir sebelum terjadi pada diri mereka. Allah
     juga menjelaskan tentang bagaimana cara-cara pengubatan sihir apabila
     seseorang itu terkena sihir. Ini merupakan rahmat, kasih sayang, kebaikan dan
     kesempurnaan nikmat Allah kepada mereka.

               Berikut ini dibawakan beberapa penjelasan tentang cara dan usaha
     penjagaan serta perlindungan diri dari bahaya sihir sebelum ia terjadi. Begitu
     juga ditampilkan cara-cara pengubatannya bagi sesiapa yang telah terkena
     sihir iaitu cara-cara yang dibolehkan oleh syara:

        Pertama:     Tindakan pertama yang perlu diambil ialah berusaha
     menjauhkan diri dari bahaya sihir sebelum terjadi. Caranya yang paling
     berkesan dan bermanfaat ialah penjagaan dengan melakukan zikir yang
     disyariatkan, membaca doa dan ta'awwuz       yang sesuai dengan tuntutan
     Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam.      Antara cara-caranya ialah
     sebagaimana di bawah ini:

1.          Membaca ayat kursi setiap kali selesai sembahyang lima waktu
     iaitu sesudah membaca wirid-wirid yang disunnahkan atau dibaca ketika
     masuk tidur. Ayat kursi adalah termasuk ayat yang paling besar nilainya
     di dalam al-Quran. Rasulullah salallahu 'alai wa-sallam telah bersabda:




     346.   Lihat:                 . Jld. 1. Hlm. 7. Al-'Uthaimin.

                                              174
               “Sesiapa yang membaca ayat Kursi pada malam hari (sebelum
       tidur), Allah sentiasa menjaganya dan syaitan tidak mendekatinya
       sampai kesubuh".

   2. Membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas pada setiap
selesai sembahyang lima waktu dan membaca ketiga-tiga surah tersebut
sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah sembahyang Subuh dan sesudah
sembahyang Maghrib. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud, Turmizi dan Nasaii.

   3. Membaca dua ayat terakhir (ayat 285-286) dari surah al-Baqarah pada
permulaan malam sebagaimana sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam:




           "Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-
    Baqarah pada malam hari maka cukuplah baginya".347
   4. Sentiasa berlindung kepada kalimah-kalimah Allah yang sempurna.
Hendaklah dibaca pada malam atau siang hari ketika berada di suatu tempat,
ketika masuk ke dalam sesuatu bangunan, ketika berada di tengah padang
pasir, di hutan belantara, di udara atau di lautan sebagaimana sabda
Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam:




              "Sesiapa yang singgah di suatu tempat lalu mengucapkan: Aku
       berlindung kepada kalimah Allah yang sempurna dari keburukan
       makhluk ciptaanNya, maka tidak ada sesuatu yang akan
       membahayakannya sampai ia pergi dari tempat itu".348


347.   Hadis muttafaq 'alaihi.
348.   H/R Muslim.

                                        175
  5. Membiasakan membaca doa di bawah ini sebanyak tiga kali menjelang
pagi dan malam:




             "Dengan nama Allah, tidak ada yang akan membahayakan
       bersama nama-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit. Dia
       Maha Mendengar dan Maha Mengetahui".349

        Bacaan-bacaan zikir dan ta'awwuz (minta perlindungan dari Allah)
sebagaimana di atas merupakan punca-punca yang utama untuk memperolehi
keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir (ilmu hitam) atau
kejahatan lainnya bagi mereka yang mengamalkannya secara bersungguh-
sungguh dan dengan penuh keyakinan kepada Allah dan berserah kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan khusyuk.

   Kedua: Bacaan-bacaan zikir dan ta'awwuz             "mohon perlindungan"
sebagaimana yang dijelaskan di atas merupakan senjata ampuh untuk
menghilangkan sihir yang sedang menimpa seseorang, dibaca dengan hati
yang khusyuk, tunduk dan merendah diri seraya memohon kepada Allah agar
dihindarkan dari bahaya dan malapetaka yang dihadapi. Doa-doa berdasarkan
riwayat yang sahih dan kuat dari Rasulullah sallalahu 'alaihi wa-sallam untuk
menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh sihir dan yang berkaitan
dengannya boleh diamalkan melalui cara-cara yang berikut:

  1. Melalui cara Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam yang mana baginda
menjampi (mengubati dengan membacakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa)
kepada beberapa orang sahabat baginda dengan membacakan:




             "Ya Allah, Tuhan segenap manusia! Hilangkanlah sakit dan
       sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh. tidak ada penyembuh

349.   H/R Abu Daud dan Turmizi.

                                       176
            melainkan penyembuhan        dari-Mu,   penyembuhan   yang   tidak
            meninggalkan penyakit".350

        2. Doa yang dibaca oleh Jibril 'alaihis salam ketika menjampi Rasulullah
     salallahu 'alaihi wa-sallam:




                   "Dengan nama Allah, aku menjampimu dari segala yang
            menyakitkanmu dan dari kejahatan setiap diri atau dari pandangan
            mata yang penuh kedengkian, semoga Allah menyembuhkanmu, dengan
            nama Allah aku menjampimu". (Bacaan ini diulang tiga kali).

        3. Pengubatan sihir dengan cara yang lain terutama bagi lelaki yang tidak
     dapat berjimak (bersetubuh) dengan isterinya kerana terkena sihir. Cara
     pengubatannya ialah mengambil tujuh lembar daun bidara yang masih hijau,
     ditumbuk atau digiling sehingga hancur, sesudah itu dimasukkan ke dalam
     bejana atau bekas. Tuangkan air ke dalam bekas itu secukupnya untuk mandi.
     Bacakan ayat Kursi, surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan ayat-
     ayat sihir dari surah al-A'raf ayat 117-119, Yunus ayat 79-82 dan surah Taha
     ayat 65-69 pada bejana tersebut

4.       Pengubatan yang seterusnya ialah dengan cara yang paling bermanfaat
     iaitu berusaha sedaya upaya untuk mengetahui di mana tempat berpuncanya
     sihir itu terjadi atau barang yang digunakan untuk menyihir. Apabila
     diketahui tempat atau barang yang digunakan perlu dimusnahkan atau diambil
     kemudian dimusnahkan sehingga lenyap sihir tersebut.

            Inilah antara beberapa penjelasan tentang perkara-perkara yang dapat
     menjaga diri dari sihir dan cara pengubatannya. Hanya kepada Allah kita
     memohon pertolongan.

              Adapun pengubatan dengan cara-cara yang dilakukan oleh tukang-
     tukang sihir dengan mendekatkan diri kepada jin, menyeru syaitan (hantu)
     disertai pula dengan penyembelihan haiwan atau dengan cara pendekatan


     350.   H/R Bukhari.

                                              177
yang seumpamanya, maka semuanya itu tidak dibenarkan kerana termasuk
perbuatan syirik yang paling besar dosanya dan wajib dihindari.

         Begitu juga pengubatan dengan cara bertanya kepada dukun
atau tukang telek (peramal) dengan menggunakan alat-alat penelekan tidak
pernah dibenarkan dalam Islam. Kebiasaannya dukun tersebut tidak beriman
kepada Allah. Mereka pendusta dan pembohong yang mengaku mengetahui
hal-hal yang ghaib yang mana kerja mereka ialah menipu manusia.

        Kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala kita memohon agar seluruh
muslimin dilimpahkan kesejahteraan dan keselamatan dari segala kejahatan.
Semoga Allah melindungi mereka, agama mereka dan menganugerahkan
kepada mereka pemahaman pada agama-Nya serta memelihara mereka dari
segala sesuatu yang menyalahi syariat-Nya.351 Amin!




351.   Dinukil dari kitab              oleh Syeikh Abd. Aziz bin Abdullah bin Baaz.
Mufti Am bagi Kerajaan Arab Saudi.

                                     178
                              9. SYAFAAT

  Menurut istilah bahasa (etimologi) syafaat atau dalam Bahasa Arab
          "as syafaah" berasal dari kalimah            yang bermaksud:
"Sesuatu yang dibahagikan kepada dua bahagian" Lawan kalimah ini ialah
witir     bermakna : "Ganjil atau tunggal". Firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:



    "Dan demi yang genap dan yang ganjil".
                                                      AL FAJR, 89:3

  Dalam istilah syara ia bermaksud:

        "Mengambil perantaraan melalui sesuatu untuk mendapatkan
   pertolongan atau menolak kemudaratan".

   Menurut al-Quran dan al-Hadis tiada siapa yang memiliki syafaat kecuali
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan tiada siapa yang boleh memberi syafaat atau
mendapat syafaat kecuali hanya dengan izin dan kehendak-Nya sahaja
sebagaimana firman-Nya:




        "Katakanlah! Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya.
   Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nyalah
   kamu dikembalikan".
                                              AZ ZUMAR, 39:44




         "Dan berapa ramaikah malaikat di langit yang syafaat mereka
   tidak berguna kecuali setelah Allah mengizinkan bagi orang yang
   dikehendaki dan diredai-Nya".
                                                    AN NAJM, 53:26

                                      179
          "Dan berilah peringatan dengan apa yang telah diwahyukan
    kepada orang-orang yang takut itu akan dihimpunkan kepada
    Tuhannya (pada Hari Kiamat), sedang bagi mereka tidak ada seorang
    pelindung dan pemberi syafaat selain Allah agar mereka bertakwa".
                                                     AL AN'AM, 6:51.
   Ayat-ayat di atas mengandungi hujjah yang cukup jelas untuk menolak
dakwaan orang-orang yang membolehkan meminta perlindungan dan meminta
syafaat kepada makhluk yang tidak diizinkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Perbuatan seperti itu adalah perbuatan bid'ah dalam penyembahan
yang menyebabkan kesyirikan terhadap Allah kerana menyerupai perbuatan
orang-orang musyrikin jahiliah sebagaimana yang telah diceritakan oleh Allah
di dalam al-Quran:




         "Dan mereka menyembah selain dari Allah apa yang tidak dapat
   mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula)
   kemanfaatan dan mereka berkata: Mereka itu adalah pemberi syafaat
   kepada kami di sisi Allah.          Katakanlah!:   Apakah kamu
   mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di
   langit atau di bumi? Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang
   mereka mempersekutukan itu".
                                                    YUNUS, 10:18.

  Pada hakikatnya memang masih ada dan akan terus muncul orang-orang
yang mengaku dirinya beriman tetapi masih meminta syafaat kepada makhluk
yang tidak diizinkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala lantaran kejahilan
mereka terhadap akidah dan tidak mahu memeriksa kemurnian akidahnya
melalui al-Quran dan al-Hadis untuk memastikan sama ada akidahnya telah
sempurna atau sebaliknya.


                                      180
                         Bagaimana Syafaat Boleh
                          Membawa Kesyirikan

         Setiap makhluk Allah tidak akan dapat memberi syafaat kepada
makhluk yang lain jika tidak diizinkan olehNya. Sesiapa yang meminta
syafaat kepada makhluk yang tidak ada nas mengizinkannya telah dihukum
syirik dan melakukan bid'ah dalam akidah. Antaranya seperti meminta syafaat
kepada kuburan, wali-wali yang telah mati, malaikat, jin, arwah syeikh-syeikh
tarikat, ketua agama, berhala atau sebagainya sebagaimana yang telah

                                       181
dilakukan oleh orang-orang jahil dan musyrikin jahiliyah sehingga diberi
teguran dan peringatan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya.

        Malangnya disebabkan kejahilan dan kesombongan yang keterlaluan
orang-orang jahil dan kaum-kaum jahiliyah tersebut banyak berhelah dan
beralasan untuk menolak peringatan tersebut:




      "Mereka beralasan: Benda-benda itu semua adalah memberi
   syafaat kepada kami di sisi Allah ".
                                               YUNUS, 10:18.

        Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih yang
mengharamkan setiap orang yang beriman dari meminta syafaat kecuali
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala atau kepada orang-orang yang telah diberi
keizinan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk memberi syafaat
sebagaimana firman-Nya:




        "Tiada siapa pun yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa
   izin-Nya".
                                              AL BAQARAH, 2:255.




        "Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang yang
   Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya (memberi syafaat)
   dan dia telah meredai perkataannya".
                                                       THAHA, 20:109.




        "Tiada seorang pun yang akan memberi syafaat kecuali sesudah
   ada izin-Nya".

                                      182
                                                         YUNUS, 10:3.




                         Siapakah Yang Diizinkan
                             Memberi Syafaat

        Al-Hadis juga telah menjelaskan tentang orang yang telah diberi
keizinan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk memberi syafaat. Perkara ini
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

   Pertama: Syafaat besar yang khusus diberikan oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala hanya kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sahaja. Ia
dinamakan juga :                                 "Syafaat besar yang khusus".
Syafaat ini pula terbahagi kepada tiga bahagian:

1.     Syafaat yang dipohon oleh orang-orang yang beriman dari Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam di akhirat kelak yang dinamakan juga
makam terpuji yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Menurut
hadis yang sahih, di akhirat kelak manusia akan menemui Nabi sallallahu
'alaihi wa sallam untuk meminta syafaat (pertolongan) darinya tetapi hanya
orang-orang yang beriman dan tidak melakukan kesyirikan sahaja yang akan
mendapat syafaat dari baginda. Telah diceritakan di dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa di antara mereka yang
meminta pertolongan berkata :

        "Ayuhlah kita pergi kepada sesiapa yang boleh memberi syafaat
   bagi kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Antara mereka ada yang
   pergi kepada Adam bapa manusia keseluruhannya, maka diterangkan
   kelebihannya yang dia dijadikan dengan tangan-Nya, sujud malaikat
   kepadanya, diajarkan segala nama-nama benda lalu mereka berkata:
   Berilah kami syafaat ya Adam melalui pertolongan Tuhanmu!
   Tidakkah engkau lihat keadaan kami yang sedang kepayahan
   sekarang? Maka Adam meminta keuzuran disebabkan merasa bersalah
   kerana memakan buah pohon yang dilarang, sedangkan Adam alaihis
   salam telah bertaubat sebagaimana firman Allah:


                                       183
         “Kemudian Tuhannya memilihnya, maka Dia menerima taubatnya
    dan memberinya petunjuk”.
                                                        TAHA, 20:122.
      Kemudian mereka pergi menemui Noh alaihis salam menyatakan
   sifat-sifat kerasulannya di mana dia adalah Rasul yang pertama diutus
   ke bumi. Nabi Noh juga memohon keuzuran kerana mengakui masih
   kekurangan ilmu (kerana melakukan kesilapan apabila memohon doa
   untuk anaknya yang kafir) di mana dia pernah bermohon kepada
   Tuhannya: Dan Noh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: Ya
   Tuhanku! Sesungguhnya anakku termasuk keluargaku dan
   sesungguhnya janji Engkau benar dan Engkau adalah Hakim yang
   seadil-adilnya".
                                                        HUUD, 11:45.
         Kemudian mereka pergi kepada Ibrahim alaihis salam kepada
    Musa alaihis salam dan kepada Isa 'alaihis salam tetapi mereka
    menyuruh meminta kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
    sallam dan berkata: Pergilah kamu sekalian kepada Muhammad
    sallallahu 'alaihi wa sallam kerana dia telah diampunkan dosanya
    yang lalu dan yang kemudian. Maka hanya Nabi Muhammad
    sallallahu 'alaihi wa sallam yang dapat mengatasi masalah mereka
    tanpa menyatakan keuzuran kerana baginda telah diizinkan untuk
    memberi syafaat".352

   2. Syafaat yang diminta dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
oleh orang-orang yang akan masuk syurga tetapi setelah mereka meniti
jambatan            dan sampai di pintu syurga mereka mendapati pintunya
tertutup. Mereka lantas meminta syafaat dari Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam dan dengan syafaat baginda, pintu syurga terbuka
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:




          "Apabila sampai ke syurga (maka dengan syafaat Nabi
       Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam) pintu-pintu dibuka".
                                                                    AZ ZUMAR, 39:73.


352.   Lihat: Hadis Bukhari (3/250) Kitab at-Tafsir. Muslim (1/184) al-Iman.

                                                   184
3. Syafaat Nabi kepada pamannya Abu Talib untuk meringankan siksaannya
kerana melindungi dan menolong baginda semasa menyebarkan Islam.353

  Kedua: Syafaat am                            yang diberikan kepada Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam untuk sekalian orang-orang beriman
yang bersih akidahnya. Syafaat ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian:

1. Syafaat kepada mereka yang telah ditentukan ke neraka tetapi dibatalkan
kemasukannya sebagaimana yang telah diterangkan di dalam sebuah hadis
sahih:




        “Dari Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu „alaihi
   wa sallam: Dan tiadalah daripada seseorang muslim yang telah
   meninggal, kemudian disembahyangkan oleh empat puluh orang yang
   tidak mempersekutukan (mensyirikkan) Allah dengan sesuatu, kecuali
   akan disyafaatkan mereka oleh Allah padanya (si Mati)."354
2. Syafaat melalui doa orang-orang yang beriman kepada seseorang mukmin
yang lain sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:




           "Telah berdoa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam untuk Abi
       Salamah: Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah,
       angkatlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk,


353. Lihat: Hadis Bukhari (3/62) Bab Kisah Abu Talib. Muslim (1/194)
     al- Iman. Bab syafaat an-Nabi s.a.w.
354. H/R Muslim (1577) Aa-Janaiz. Abu Daud (2756) al-Janaiz.


                                                185
       berilah kelapangan di kuburnya, sinarilah baginya di kuburnya dan
       lepaskanlah dia dari siksa kubur."355

        Dalil-dalil dan hujjah di atas membuktikan bahawa Allah Subhanahu
wa Ta'ala tidak mengizinkan syafaat kecuali bagi sesiapa yang diredai dan
diizinkan oleh-Nya. Syaratnya ialah tidak melakukan kesyirikan sama ada
oleh si Pemberi atau si Penerima syafaat tersebut. Sudah ternyata bahawa
Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mengizinkan meminta atau memohon
syafaat kepada yang tidak diberi keizinan seperti malaikat, berhala, pemimpin
yang bid'ah, taghut atau makhluk yang telah mati.

         Nas-nas di atas merupakan hujjah untuk menolak dakwaan golongan
tarikat kesufian yang meyakini hanya syeikh-syeikh mereka sahaja yang dapat
memberi syafaat di dunia dan di akhirat kelak sehingga terlalu ghulu kepada
syeikh mereka. Begitu juga dengan dakwaan beberapa jamaah, parti atau
firkah-firkah tertentu yang menyangka bahawa hanya jamaah, parti atau ketua
(pemimpin) dari firkah mereka sahaja yang dapat memberi syafaat kepada
jamaahnya di akhirat. Dakwaan seperti ini adalah suatu pembohongan yang
besar dan keji.

        Orang-orang yang beriman kepada al-Quran dan as-Sunnah sentiasa
mengharapkan syafaat dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam.
Walau bagaimanapun, syafaat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
tidak akan diberi kepada orang yang melakukan bid'ah dan syirik sebagaimana
keterangan dari sebuah hadis yang sahih:




            "Telah bertanya Abu Hurairah kepada Rasulullah sallallahu
        'alaihi wa sallam: Siapakah yang paling berbahagia kerana
        mendapat syafaatmu?        Baginda bersabda:  Sesiapa yang
        mengucapkan: Tiada tuhan melainkan Allah dengan sepenuh
        keikhlasan di hatinya."356



355.   H/R Muslim (1528) al-Janaiz.
356.   H/R Bukhari (97) al-Ilm. Atau (6085) ar-Raqaiq.

                                                  186
        Hadis di atas memberi makna bahawa semua orang yang melakukan
kesyirikan, orang-orang kafir, tidak kira apa pun jenis kekafirannya, sama ada
kafir yang fasik, kafir yang zalim, kafir yang mubtadi'              atau kafir
yang munafik tidak akan mendapat syafaat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa sallam.

        Begitu juga semua makhluk-makhluk yang dipohon syafaat darinya
seperti berhala, para wali yang sudah mati, syeikh-syeikh sufi/tasawuf,
malaikat dan jin tidak dapat memberikan syafaat kepada orang lain,
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:




       "Maka tidak berguna kepada mereka syafaat dari orang yang
     memberi syafaat".
                                         AL MUDDATSIR, 74:48




          "Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu
     kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada
     Tuhannya (pada Hari Kiamat), sedangkan bagi mereka tidak ada
     seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada Allah
     agar mereka bertakwa".
                                                 AL AN'AAM, 6:51.




                                        187
                           10. TAWAKKAL

       Setiap individu mukmin adalah monotheist atau muwahid ikhlas
dalam beragama dan berpegang teguh kepada akidah tauhid yang murni.
Mereka sentiasa beriktikad pada prinsip kalimah tauhid .

        Namun begitu tidak mustahil pula seseorang mukmin yang muwahid
akan bertukar menjadi polytheist atau musyrik yang mempersekutukan Allah
dengan makhluk-Nya apabila ia meninggalkan atau kurang ilmu
pengetahuannya pada salah satu dari beberapa pegangan dalam doktrin Islam
antaranya pengetahuan tentang tawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

       Takrif tawakkal ialah:




                                     188
           "Kepercayaan terhadap Allah dengan kepercayaan yang benar
       dan betul (hak dan sempurna)".357

                Atau dapat ditakrifkan juga sebagai:




             "Kepercayaan (yang berupa penyerahan diri sepenuhnya)
       kepada Allah dalam melaksanakan (segala) tuntutan dan meninggalkan
       (segala) yang ditegah melalui sebab-sebab yang diizinkan padanya
       (oleh syara)".358

        Isu tawakkal termasuk perbincangan yang penting dan serius
terutamanya dalam harakah merawat kepincangan akidah ummah yang
semakin menyeleweng. Usaha penerangan melalui penulisan seperti ini
diharap akan dapat membenteras bi'dah kesyirikan yang tidak disedari
terutamanya oleh kalangan masyarakat yang menyangka imannya telah
sempurna.

        Isu tawakkal masih terangkum dalam isu-isu yang melibatkan
persoalan akidah sama ada akidah Islamiyah atau akidah jahiliyah yang
membawa kepada kesesatan kepada mereka yang kurang faham dan masih
mengabaikan persoalan yang penting ini.

         Islam tetap menganggap segala amali setiap mukmin sebagai ibadah.
Semuanya tidak boleh dipisahkan dan terlepas dari konsep atau prinsip
tawakkal. Oleh sebab itu perlu ada pengisian dan sintesis (gabungan) yang
mantap serta serasi antara akidah dan ilmu dalam setiap amal perbuatan setiap
mukmin. Hanya melalui pengisian ilmu serta akidah dari al-Quran dan al-
Hadis yang membolehkan penerapan tawakkal yang bersumber dari ilmu yang
sebenar dalam semua pola laku seorang mukmin dan menjauhkan mukmin
tersebut dari melakukan kesyirikan.



357.   Lihat:                      . Jld. 1. Hlm. 185. Al-'Uthaimin.
358.   Lihat:                     . Jld. 1. Hlm. 185. Al-'Uthaimin.

                                              189
         Berbagai-bagai perbuatan syirik seperti meminta perlindungan dari
tangkal, azimat, syaitan, jin, pawang, bertathaiyur dan sebagainya berpunca
dari kejahilan mengenai tawakkal sebagaimana yang dikehendaki oleh syara.
Islam mewajibkan menuntut ilmu dan mendalami jurusan akidah kepada
setiap individu mukmin lelaki atau perempuan supaya dapat menyelamatkan
diri mereka dari segala bentuk kesyirikan besar atau kecil yang boleh
menyebabkan seseorang itu kekal di neraka.

         Perkataan Islam diambil dari kalimah Aslam                bererti:
"Penyerahan" iaitu penyerahan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala secara
total, sebagaimana dijelaskan disebuah hadis:

        "Islam adalah penyerahan diri sepenuh hati kepada Allah
   Subhanahu wa Ta'ala dan menyelamatkan insan lain dari lidah
   (perkataan) dan tangannya".
                                                   H/R Ahmad.

         Islam yang membawa pengertian: "Penyerahan diri sepenuhnya
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala" tidak mengiktiraf wujudnya dualisme
kerana Islam tidak mengizinkan dalam satu masa secara seiringan seseorang
itu bertawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan juga bertawakkal
kepada makhluk seperti bomoh, tangkal, pemimpin dan sebagainya. Implikasi
dari perbuatan ini ialah pembatalan pengertian Islam seseorang dan
menyebabkan terkeluar dari millah keimanan yang sebenar. Jelasnya, ia hanya
Islam pada nama (lahir) tetapi musyrik pada akidahnya.

        Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menjurus kepada wajibnya
bertawakkal hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan wajibnya setiap
amal disertakan dengan tawakkal sebagaimana firman Allah:




       "Dan hanya kepada Allah orang-orang mukmin bertawakkal".

      Ayat ini diulang-ulang dalam surah ALI IMRAN, 3:122.              AL
MAIDAH, 5:11 dan IBRAHIM, 14:11.
Maksud tawakkal di sini telah ditafsirkan oleh mufassirun sebagai:



                                      190
         "Maka hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja orang-
   orang mukmin wajib bertawakkal dalam semua urusan mereka, inilah
   sifat orang-orang mukmin yang benar-benar beriman".




        "Dan hanya kepada Allah sahaja hendaknya kamu bertawakkal
    jika kamu benar-benar beriman".
                                               AL-MAIDAH, 5:23.



        "Dan berkata Musa: Hai kaumku! Jika kamu beriman kepada
   Allah maka bertawakkallah kepada-Nya sahaja jika kamu benar-benar
   orang yang berserah diri".
                                                     YUNUS, 10:84.

       Tafsiran ayat ini ialah:

       "Hanya kepada Allah sahaja kamu hendaknya bertawakkal jika
   benar kamu beriman tanpa disekutukan keimanan kamu dengan (apa
   pun) makhluk yang lain, memadailah Dia (Allah Subhanahu wa Ta'ala)
   tempat menaruh pengharapan, kebaikan dan perlindungan dari segala
   keburukan".



        "Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan)
   Allah, hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku
   berserah diri".
                                                        HUD, 11:88.


       "Katakanlah! Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan (yang berhak
   disembah) selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya
   kepada-Nya aku bertaubat".
                                                 AR RA'D, 13:30.

         Tawakkal dalam dua ayat di atas HUD, 11:88 dan AR RA'D, 13:30,
ditafsirkan oleh mufassirun dengan maksud:
                                    191
       "Kepada-Nya aku bertawakkal dalam segala urusan. Tidak akan
   merasai kegerunan (takut dan gementar) kepada sesiapa kecuali
   kepada Allah. Memadailah Allah perlindung dari segala kejahatan
   dan keburukan".



       "Ya Tuhan kami! Hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan
   hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah
   kami kembali (berserah)".
                                        AL MUMTAHANAH, 60:4.




       "Katakanlah!: Dialah (Allah) Yang Maha Penyayang, kami
   beriman kepada-Nya dan kepada-Nyalah kami bertawakkal. Kelak
   kamu akan mengetahui siapakah dia yang berada di dalam kesesatan
   yang nyata".
                                             AL MULUK, 67:29.

       Penafsiran ayat di atas ialah:

       "Tidak boleh bertawakkal dan tidak ada tempat bertawakkal,
   kecuali kepada Allah kerana selain Allah semuanya ciptaan-Nya belaka
   yang tidak berdaya untuk mendatangkan kebaikan dan melindungi dari
   segala bahaya dan keburukan".

         Antara perbuatan dan pekerjaan yang dianggap serupa atau satu
kategori dengan tawakkal ialah: "Amalan atau pekerjaan yang bergantung
sepenuh hati kepada makhluk". Perbuatan seperti ini adalah amalan jahiliyah
yang membawa kepada bid'ah dan syirik. Ia ditegah oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana sabda baginda:




                                        192
       "Dari Abdullah bin 'Ukaim berkata : Sesiapa yang bergantung
   kepada sesuatu (makhluk), dia telah bertawakkal kepadanya (syirik)".
                                           H/R Ahmad dan at Turmizi.

       Ta'allaka     di hadis ini boleh dimaksudkan:

        "Bergantung, menyerahkan diri, menaruh perlindungan dan
   terlalu mementingkan pertolongan untuk memperolehi keselamatan
   dari sesuatu yang diharapkan dapat menolongnya dengan
   membelakangkan Allah Subhanahu wa Ta'ala".

       Ulama memaksudkan juga "ta'allaka" sebagai:

       "Bergantung sepenuh hati kepada makhluk atau bertawakkal
   kepada makhluk melalui perbuatan, ucapan dan hati. Cara inilah yang
   menyebabkan syirik terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala".

       Imam Ahmad berkata:

       "Tawakkal adalah amalan hati". Ibn Qayyim pula menerangkan:
   "Tawakkal merupakan syarat kesempurnaan iman, menafikan atau
   mengingkari tawakkal adalah mengingkari iman".


       Menurut Ibn Taimiyah:

        "Permohonan seseorang makhluk yang disertakan dengan
   tawakkal, tetapi masih ada keraguan di hatinya (buruk sangka
   terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala), maka tiada yang dikerjakan
   melainkan kesyirikan".

       Bertawakkal adalah amali yang sangat mulia dan merupakan tanda
kesempurnaan akidah dan iman seseorang. Ini telah dinyatakan oleh Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam melalui hadisnya yang bermaksud:

       "Dari Ibn Abbas: Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
   bersabda: Telah diperlihatkan kepadaku para Ummah, aku lihat ada
   Nabi bersamanya beberapa orang (pengikut), ada Nabi yang
   bersamanya satu atau dua orang (pengikut), ada Nabi yang tidak
   bersamanya walaupun seorang (pengikut). Tiba-tiba diperlihatkan

                                      193
   kepada aku suatu pemandangan yang amat gelap, aku sangka mereka
   umatku, maka dikatakan kepadaku: Ini Musa dan kaumnya. Aku
   melihat pula di suatu pemandangan yang lebih gelap, maka dikatakan
   kepadaku: Inilah umatmu bersama mereka seramai 70,000 orang
   yang akan masuk ke syurga tanpa dihisab atau diazab. Kemudian
   bangun Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan terus masuk ke
   rumahnya.     Maka menjadi perbualan di antara mereka dalam
   memperkatakan mereka-mereka (yang masuk syurga tanpa dihisab
   atau diazab). Berkata di antara mereka:       Mungkin mereka para
   sahabat Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam? Ada di antara mereka
   berkata: Mungkin mereka itu dilahirkan dalam Islam dan tidak
   melakukan kesyirikan? Dan berbagai-bagai lagi andaian mereka.
   Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam keluar menemui mereka
   dan bersabda: Mereka itu adalah orang-orang yang tidak berjampi-
   jampian, tidak berubat dengan cucuhan bara dan mereka tidak
   bertathaiyur tetapi mereka hanya sentiasa bertawakkal kepada
   Tuhannya".

         Antara ta'allaka      atau tawakkal yang diharamkan oleh syara
kerana menyebabkan kesyirikan ialah bertawakkal kepada makhluk yang
langsung tidak memiliki kemampuan dan kuasa seperti bertawakkal melalui
tawassul kepada makhluk-makhluk ghaib umpamanya wali-wali (yang sudah
mati), jin, malaikat dan syeikh-syeikh tarikat (yang telah meninggal dunia
yang dianggap keramat dan luar biasa). Sama ada bertawakkal dalam urusan
ghaibiyah atau duniawiyah, amalan seperti ini termasuk melakukan perbuatan
yang menyebabkan kesyirikan.

         Dianggap juga sebagai perbuatan syirik apabila seseorang
bertawakkal kepada orang hidup yang hanya diberi sedikit keupayaan atau
kuasa secara tabii dalam urusan keduniaan sehingga tidak terlintas langsung di
hati mereka untuk bertawakkal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mereka
hanya percaya dan bertawakkal sepenuhnya kepada majikan dalam urusan
mendapatkan rezeki sehingga lebih takut kepada majikan dari takut kepada
Allah. Ada juga yang hanya percaya dan bertawakkal kepada polis dalam soal
menjaga keselamatan diri, harta atau sebagainya sehingga melupakan Allah.
Perbuatan syirik kecil atau tersembunyi ini boleh membawa kepada terjadinya
syirik besar.




                                       194
                           KENDURI ARWAH

        Kenduri arwah atau dikenali sebagai kenduri tahlilan pada masa ini
termasuk perbuatan bid'ah yang ditegah dan diharamkan oleh syara. Ia lebih
merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah
atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran secara yasinan, zikir
dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin
persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau
ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan
mubtadi'          "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak
dipersoalkan secara serius tentang halal atau haramnya.

        Pada hakikatnya, pengiriman pahala bacaan seperti ini adalah
persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh
setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh
dilakukan secara suka-suka (tanpa hujjah atau dalil dari Kitab Allah), tidak
boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya
masyarakat yang melakukan kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala berfirman:




       "Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang
  yang di muka bumi ini, nascaya mereka akan menyesatkan diri kamu
  dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan
  belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)".
                                                      Al-AN’AM, 6:116.

        Begitu juga sesuatu amal yang disangka ibadah tidak boleh
diperkirakan sunnah seperti amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan)
kerana ramainya yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam
amalan ini seperti bacaan al-Quran, zikir dan sebagainya. Kita hanya
dihalalkan mengikut apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran
dan as-Sunnah sebagaimana firman Allah:


                                      195
        "Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat
   (peraturan agama) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu
   dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak
   mengetahui. Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat
   menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".
                                                Al-JASIYAH, 45:18-19.

         Setiap perbuatan yang hanya berpandukan kepada andaian mengikut
perkiraan akal fikiran dan keinginan hawa nafsu semata tanpa dirujuk terlebih
dahulu kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk dinilai sama ada haram atau
halal, sunnah atau bid'ah, maka perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan
(haram) menurut syara sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat di atas.

         Memandangkan polemik dan persoalan kenduri arwah kerapkali
ditimbulkan dan ditanyakan kepada penulis, maka ia perlu ditangani dan
diselesaikan secara syariat (al-Quran dan as-Sunnah) serta fatwah para ulama
Ahli sunnah dari kalangan Salaf as-Soleh yang muktabar. Insya-Allah,
mudah-mudahan tulisan ini bukan sahaja dapat menjawab soalan bagi mereka
yang bertanya, malah akan sampai kepada mereka yang mempersoalkan isu ini
termasuklah mereka yang masih tersalah anggap tentang hukum dalam
masalah kenduri arwah (tahlilan atau yasinan).




                                       196
                                      Tahlilan Menurut
                                       Mazhab Syafie

        Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak
mengetahui bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai,
membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di
rumah si Mati atau keluarga si Mati dihukum haram dan bid'ah oleh Imam
Syafie, Imam Nawawi dan Imam Ibn kathir rahaimahumullah sebagaimana
beberapa fatwa tentang pengharaman ini dari mereka:




        "Aku memakruhkan (mengharamkan) berkumpul (di rumah si Mati)
       walaupun bukan untuk tangisan".359

        Kenduri (berkumpul beramai-ramai mengadakan majlis tahlilan
sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara dirumah si Mati atau
memperingati kematian) dihukum bid'ah oleh Imam Syafie sebagaimana
fatwa beliau dan para ulama mazhab Syafie:



            "Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan
       berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah
       bid'ah bukan sunnah".360




           "Dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul
       beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan
       makanan sebagai ratapan".361

359.   Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.
360.   Lihat:        . Juz 1. Hlm. 268.
361.   H/R Ahmad (6611). Ibn Majah (1601) Ma jaa fil Janaiz.

                                                  197
                          Menghadiahkan Pahala
                          Bacaan Kepada Si Mati

      Jika dipertimbangkan mengikut ukuran logika akal, membaca fatihah
atau membaca ayat-ayat al-Quran yang lain kemudian menghadiahkan pahala
bacaannya kepada si Mati (arwah), tentulah tidak ada salahnya malah
menggambarkan suatu perbuatan yang baik, bagus dan mulia. Begitu juga
dengan membaca al-Quran dengan mengadakan kenduri tahlilan atau yasinan
beramai-ramai atau berseorangan, sama ada yang dikhususkan di malam-
malam tertentu, di hari-hari tertentu, di bulan-bulan tertentu atau di tempat-
tempat tertentu seperti di atas kubur dan sebagainya, pastinya sekali pandang
perbuatan ini adalah baik, malah menggambarkan pekerjaan mulia kerana
antara tujuannya ialah untuk menghapuskan dosa orang (roh orang Mati) yang
dikirim kepadanya pahala.

     Ada antara mereka berhujjahkan hadis berikut untuk membolehkan
membaca surah Yasin sama untuk menghapus dosa si Mati atau mengirim
pahala bacaan tersebut kepada si Mati:




          Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah
   seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan
   surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya".


                                       198
     Hadis di atas ini adalah batil, palsu atau tidak ada asal usulnya.
Terdapat di dalam sanadnya seorang yang bernama 'Amar yang dikenali
sebagai pemalsu hadis dan meriwayatkan hadis yang batil. Imam Daraqutni
rahimahullah berkata tentang 'Amar: "Amar adalah seorang pemalsu
hadis".362

      Seorang sahabat Imam Syafie bernama Imam Muzani rahimahullah
telah memfatwakan tentang mengirim (menghadiahkan) pahala dari bacaan al-
Quran untuk menyelamatkan orang yang telah mati, beliau berkata:




         "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi tahu
   sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang
   adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu
   buat kebaikan bukan untuk kecelakaan orang lain".363
         Namun apabila dibuka secara ilmiyah ruang agama untuk
membincangkan, mengkaji dan meneliti semula amalan yang diperkatakan di
atas, terbukti ia terlalu bertentangan dengan syara, malah termasuk dalam
amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan bid'ah. Benarnya
kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjah-hujjah
dan dalil-dalil syara di bawah ini.

                           Penolakan Melalui Dalil Syara

         Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan
bahawa apabila seseorang itu mati, semua urusannya dengan dunia telah
tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan
dunia kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:




362.   Lihat:        Juz 3. hlm. 239.
363.   Lihat:    7. 269.

                                         199
           "Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga
       perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh
       yang mendoakannya."364

        Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh
untuk ibu bapanya, doa kaum muslimin yang hidup untuk mereka yang sudah
mati juga diharuskan. Keistimewaannya, doa dari anak yang soleh adalah
berpanjangan dan tidak terputus kerana anak termasuk hasil usaha seseorang
semasa di dunia yang keluar dari tulang sulbinya.

         Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai
penyambung amal jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam menggalakkan orang-orang beriman
supaya mengahwini perempuan-perempuan yang solehah, yang subur dan
pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang ditinggalkan akan
menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga tidak
dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang
bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan orang tua (ibu-bapa) yang terputus
wajib disambung oleh anak-anak yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa
yang perlu diberi perhatian: "Hanya anak-anaknya sahaja, bukan orang lain"
yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus. Ini dapat
difahami dari dalil-dalil yang berikut:




           Dari Ibn Abbar radiallahu 'anhu berkata: Seorang lelaki datang
       kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bertanya: Ya Rasulullah!
       Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan
       belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku? Baginda
       menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang


364.   H/R Muslim (3084) al-Wasaya. Turmizi (1298) al-Ahkam. Nasaii
       (3591) al-Wasaya. Abu Daud (2494) al-Wasaya. Ahmad (8489)
       Musnad.

                                                200
       membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda:
       Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya".365




               “Dari „Aisyah radiallahu „anha: Bahawasanya seorang lelaki
       datang kepada Nabi sallallahu „alaihi wa-sallam dan berkata: Wahai
       Rasulullah!     Ibuku telah mati mendadak, sehingga dia tidak
       berkesempatan untuk berwasiat dan saya rasa andaikan ia mendapat
       kesempatan berkata tentu dia berwasiat (supaya bersedekah).
       Adakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda
       sallallahu „alaihi wa sallam menjawab: Ya".366




              "Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhuma berkata: Seorang
       perempuan dari suku Juhainah datang kepada Nabi Sallallahu 'alaihi
       wasallam bertanya: Ibuku nazar akan mengerjakan haji, tetapi dia
       telah meninggal sebelum menunaikan nazarnya apakah boleh aku
       menghajikannya? Baginda menjawab: Ya!. Hajikan untuknya,
       bagaimana sekiranya ibumu menanggung hutang, apakah engkau
       yang membayarnya? Bayarlah hak Allah, kepada Allah lebih layak
       orang membayarnya".367




365> H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii.
366. H/R Bukhari, Muslim dan an-Nasaii
367. H/R Bukhari dan an-Nasaii.


                                               201
     “Dari Ibnu Abbas radiallahu „anhu berkata: Seorang lelaki datang
   kepada Nabi Muhammad sallallahu „alaihi wa-sallam lalu bertanya:
   Ayahku telah meninggal dan belum mengerjakan haji, apakah boleh
   aku menghajikannya? Baginda menjawab: Bagaimana jika ayahmu
   meninggalkan hutang, apakah kamu yang membayarnya? Jawabnya:
   Ya!. Baginda bersabda: Maka hajilah untuk ayahmu".368




              "Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhuma berkata: Ibu Sa'ad bin
       'Ubadah ketika meninggal sedang Sa'ad tidak ada. Lalu Sa'ad
       berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal diwaktu aku
       tidak ada di rumah, apakah kiranya akan berguna baginya jika aku
       bersedekah? Baginda menjawab: Ya!. Berkata Sa'ad: Saya
       persaksikan kepadamu bahawa kebun kurma yang berbuah itu
       sebagai sedekah untuknya".369




368.   H/R an-Nasaii dan Imam Syafie. Hadis sahih.
369.   H/R Bukhari, Turmizi dan an-Nasaii.

                                                     202
               "Dari Ibn Abbas radiallahu 'anhu berkata: Seorang wanita
       dari suku Khasy'am datang kepada Nabi Muhammad sallallahu
       'alaihi wa-sallam lalu bertanya: Ya Rasulullah! Kewajipan Allah
       atas hambaNya berhaji telah menimpakan ayahku yang sangat tua
       sehingga tidak dapat berkenderaan, apakah boleh aku
       menghajikannya? Baginda menjawab: Ya boleh!. Dan pertanyaan
       ini terjadi ketika haji al-Wada'.370




               “Dari Abi Hurairah radiallahu anhu berkata: Ada seorang
       lelaki datang kepada Nabi Sallallahu „alaihi wa-sallam dan berkata:
       Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta dan tidak
       berwasiat, maka apa berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia?
       Jawab baginda: Ya!".371

         Al-Quran adalah suatu garis panduan hidup. Dengan demikian, orang
yang dapat mengambil panduan mestilah dari kalangan orang-orang yang
masih hidup sahaja. Orang-orang yang telah mati sudah tidak memerlukannya
lagi kerana kehidupannya telahpun berakhir di dunia ini. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman di dalam Surah Yasin yang lazimnya menjadi amalan
kebanyakan pembaca yasinan bahawa:




           "Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang
       memberi penerangan supaya dia memberi peringatan kepada orang-
       orang yang hidup".
                                                    YASIN, 36:69-70.



370.   H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii.
371.   H/R Muslim.

                                                  203
        Anehnya, surah ini telah dipersalahgunakan dengan dijadikan bacaan
dari yang hidup untuk si Mati dengan kepercayaan bahawa pahala bacaan ini
dapat memanfaatkannya.        Inilah sangka-sangka yang buruk terhadap
kesempurnaan kitab Allah kerana ketiadaan ilmu. Mereka tidak sedar tujuan
sebenar al-Quran diturunkan kepada manusia. Mereka melakukan sesuatu
terhadap al-Quran tanpa izin dari Allah dan Rasul-Nya sepertimana perbuatan
Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka yang akhirnya menjadi tambahan
dan perubahan kepada kitab tersebut.

        Perkara seperti ini dilakukan juga oleh umat Islam dengan
menambah-nambah, mereka-reka dan mengada-adakan amalan yang dicipta
oleh mereka sendiri sehingga membawa kepada perbuatan bid'ah dan dosa.
Allah telah menerangkan akan ramainya manusia seperti ini iaitu manusia
yang berburuk sangka terhadap kesempurnaan al-Kitab (al-Quran dan al-
Hadis) sehingga melakukan sesuatu mengikut hawa hafsu mereka
sebagaimana firman Allah:




       "Mereka menyangka tidak benar terhadap Allah seperti
    sangkaan jahiliyah".

                                                  ALI IMRAN, 3:154.




       "Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu,
    mereka tidak lain hanyalah menduga-menduga (menyangka)
    sahaja".
                                         AL JAATSYIAH, 45:24

        Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan
bahawa setiap insan hanya dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah
diamalkan oleh dirinya sendiri semasa di dunia. Tidak ada keterangan bahawa
seseorang itu akan memikul tanggungjawab di atas amalan yang dilakukan
oleh orang lain, sama ada yang bersangkut-paut dengan dosa atau pahala
sebagaimana keterangan ayat di bawah ini:


                                      204
              "Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa
        seseorang yang lain dan bahawasanya manusia tidak akan
        memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan".
                                                   AN NAJM, 53:38-39.

             Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah 'anhu:




         "Melalui ayat yang mulia ini, Imam Syafie rahimahullah dan para
       pengikutnya mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan
       hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan dari amal
       mereka dan bukan usaha meraka (simati). Oleh kerana itu Rasulullah
       sallallahu 'alaihi wa-sallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan
       mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula
       menunjuki kepadanya (menghadiahkan bacaan kepad si Mati)
       walaupun dengan satu nas (dalil)".372

             Imam as-Syaukani rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:




           "Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas
       usahanya dan ganjaran amalan (yang diamalkannya sendiri), ia tidak
       memberi manfaat kepada seseorang akan amalan orang lain."373

         Menurut Imam Ibn Kathir rahimahullah pula ayat di atas bermaksud:




372.   Lihat:                       Jld. 4. Hlm. 335.
373.    Lihat:       Jld. 5. Hlm. 111.

                                                 205
           "Sebagaimana tidak dipikulkan (tidak dipertanggungjawabkan)
       dosa orang lain begitu juga ia tidak mendapat ganjaran melainkan apa
       yang telah ia kerjakan (usahakan) sendiri (semasa di dunia)".374

             Imam Ibn Kathir seterusnya menegaskan:



              "Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan menurut
       amalnya, jika baik maka baiklah balasannya dan jika buruk maka
       buruklah balasannya".375

             Dan Imam Ibn Kathir berkata lagi:




              "Tidak pernah disalin (diterima) perkara itu (menghadiahkan
       bacaan kepada orang mati) walaupun dari seorang dari kalangan
       para sahabat radiallahu 'anhum. Jika sekiranya ia suatu yang baik
       pasti mereka telah mendahului kita melakukannya".376

             Imam at-Tabari rahimahullah pula menafsirkan ayat ini:




374.   Lihat tafsir Ibn Kathir tentang ayat di atas.
375.   Lihat:              3. 444.
376.   Lihat:                             Jld. 4. Hlm. 330.

                                                       206
                "Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan dari
       amalnya, melainkan apa yang telah dikerjakan, sama ada (amalnya)
       itu baik atau buruk".377

            Dan seterusnya Imam at-Tabari menjelaskan lagi:



           "Tidak disiksa seseorang itu dengan sesuatu siksaan jika ia tidak
       mengerjakan dosa tersebut, dan tidak diberi ganjaran di atas suatu
       amal soleh untuk orang yang tidak mengerjakannya "..378

         Imam Fakhur ar-Razy rahimahullah pula menafisrkan:




               "Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak memberi manfaat
       kepada orang lain yang tidak melakukannya, sesiapa yang tidak
       beramal soleh ia tidak mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan
       ayat ini sudah jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat
       ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan tidak seseorangpun
       akan menanggung dosanya".379
       Imam Jalalain rahimahullah pula menegaskan:



           "Maka seseorang itu tidak akan mendapat apa-apapun dari
       usaha orang lain".380

       Ayat di atas adalah jelas. Setiap orang mukmin yang berilmu dan
beriman tidak mungkin berani menukar ayat di atas ini kepada maksud yang

377.   Lihat:       (27-29).
378.   Lihat:       (27:40).
379.   Lihat: Tafsir al-Fakhrur ar-Razy. 7:788.
380.   Lihat: Tafsir Jalalain, 2:198.

                                                  207
sebaliknya atau menafsirkan kepada maksud dan pengertian yang
bertentangan dengan penafsiran yang diizinkan oleh kaedah ulumul Quran
atau syarat penafsiran yang diterima oleh syara. Tambahan pula ayat di atas
ini sudah jelas makna, maksud dan pengertiannya. Ia telah ditafsirkan juga
oleh Ibn Abbas melalui hadis dari Aisyah radhiallahu 'anha:




               “Berkata Ibn Abbas: Telah berkata Aisyah ketika mendengar
       hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Kamu tidak
       (dipertanggungjawabkan) untuk memikul dosa orang yang lain".381

            Imam Ibn Kathir pula menjelaskan:



           "Seseorang jiwa (manusia) hanya dibalas menurut amalannya.
       Jika baik maka baiklah balasannya dan jika jahat maka jahatlah
       balasannya".382

       Oleh yang demikian, sepatutnya setiap mukmin dapat memahami ayat
dan hadis yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang
disemainya:



              "Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka (pahalanya)
       untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka (dosa-
       dosanya) atas dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu
       menganiayai hamba-hamba(Nya)".
                                                        FUSHILAT, 41:46




381.   H/R Bukhari dan Muslim.
382.   Lihat:       . Jld. 3. Hlm. 444.

                                          208
       "Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu
kerjakan sendiri".
                                              AS SAFAAT, 37:39.



        "Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang
telah dia usahakan".
                                           AL BAQARAH, 2:286.




     "Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung
(akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri
mereka sendirilah menyiapkan (tempat yang menggembirakan)".
                                                  AR RUM, 30:44.




       "Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan
dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan (yang telah
dilakukannya)".
                                         AL MU'MIN, 40:40.




       "Sesiapa yang beramal secara yang bersesuaian dengan
hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia telah berbuat untuk
(keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan
itu bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat
memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang
sebelum Kami mengutus seorang Rasul".
                                                  AL ISRA', 17:15.




                                  209
         "Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia
  telah membersihkan dirinya sendiri".
                                                     FATIR, 35:18.




       "Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang (dihari
  tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan sesuatu apa pun dari
  seseorang yang lain".
                                            AL-BAQARAH, 2:123.




       "Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya
  sedikit juapun dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu
  telah kerjakan".
                                                      YASIN, 36:54.




    "Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat)
  yang (di dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu
  apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan
  sesuatu apa dari bapanya".
                                                 LUQMAN, 31:33.




    "Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan
  untuk dirinya sendiri".
                                             AL ANKABUT, 29:6.

       Imam Fakhrur Razi telah memberi komentar tentang kepercayaan
bolehnya menghadiahkan pahala amalan kepada orang yang telah mati:


                                    210
               "Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak boleh memberi
       manfaat kepada orang yang lain kerana sesiapa yang tidak beramal
       soleh ia tidak akan mendapat kebaikannya. Maka cukup dengan ayat
       ini sudah sempurna dan jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh
       mendapat ganjaran dengan kebaikan orang lain dan tidak ada orang
       lain yang boleh menanggung dosanya (kesalahannya)".383

            Imam at-Tabari juga telah menerangkan di dalam tafsirnya:




              "Bahawasanya tidak akan dibalas seseorang yang beramal
       melainkan mengikut amalannya, jika baik dibalas baik dan jika buruk
       akan dibalas buruk".384

            Banyak nas-nas al-Quran yang menjelaskan perkara ini antaranya
ialah:




           "Tiap-tiap seseorang bergantung kepada apa yang telah ia
       usahakan (semasa hidupnya)".
                                                  AT THUR, 52:21.




           "Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan
       (menurut) apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)".

383.   Lihat:          Jld. 7. Hlm. 738.
384.   Lihat:     Hlm. 27.

                                           211
                                                   AN NAJM, 53:39.




        "Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia
   akan melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu
   pasti dia akan melihatnya".
                                                AZ ZILZAL, 99:7-8.




        "Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan
   oleh kedua tangannya".
                                                   AN NABA', 78:41.

     Berpandukan kepada semua nas-nas dan beberapa penafsiran di atas
terbuktilah bahawa membacakan al-Quran dengan tujuan untuk
menghadiahkan pahala amalan atau pahala bacaannya adalah perbuatan sia-sia
yang membawa kepada bid'ah. Tambahan pula tidak pernah ada suruhan atau
contoh dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, para sahabat atau
kalangan Salaf as-Soleh yang membolehkannya.




                                     212
                            Wasiat Ibn 'Umar
                          (Radhiallahu 'Anhuma)

        Ada beberapa ulama menyangka bahawa pernah diriwayatkan dari Ibn
'Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya beliau berwasiat apabila beliau
wafat (meninggal dunia) supaya dibacakan di atas kuburnya surah al-Fatihah
dan beberapa ayat terakhir dari surah al-Baqarah. Athar dari Ibn 'Umar inilah
antara yang dijadikan hujjah oleh mereka yang menghalalkan perbuatan
menghadiahkan bacaan fatihah atau pahala bacaannya serta bertahlil untuk
orang mati.

         Menurut penelitian para ulama hadis dan kalangan ulama Ahli sunnah
wal Jamaah, ternyata athar ini adalah batil kerana bertentangan dengan amalan
para sahabat radiallahu 'anhum. Athar ini juga didapati terlalu lemah dan
syaaz (bertentangan dengan hadis sahih), maka athar ini tidak dapat diterima
untuk dijadikan hujjah menghalalkan amalan menghadiahkan pahala bacaan
al-Quran untuk arwah dan bertahlil beramai-ramai untuk orang mati
sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat Islam sejak
sekian lama.

        Riwayat ini juga tidak pernah diterima walaupun oleh seorang sahabat
dan para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sebagaimana keterangan di bawah
ini:




        "Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawasanya
   beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir
   dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah athar yang



                                       213
       syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak pernah
       dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat."385

         Begitu juga tidak ada suruhan membacakan al-Quran kepada orang
mati atau yang sedang nazak. Adapun hadis yang menyuruh agar dibacakan
ayat al-Quran kepada orang yang sedang nazak atau orang yang telah mati
terutamanya surah Yasin adalah merupakan hadis lemah. Di dalam sanad
hadis ini terdapat seorang yang bernama Saad yang dikenali oleh ulama hadis
sebagai Abu 'Utahman. Dia telah dipastikan oleh ulama hadis sebagai orang
yang tidak diketahui keadaannya         . Hadis yang dimaksudkan:




            "Bacakanlah oleh kamu (surah Yasin) ke atas orang yang hampir
       mati dari kalangan kamu".
       Hadith lemah.386

       Menurut hadis yang sahih, perkara yang sunnah dilakukan kepada
orang nazak (bukan orang mati) ialah mengajarkan kalimah tauhid
sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di bawah ini:




            "Ajarkanlah orang-orang yang nazak di kalangan kamu dengan
       kalimah: La ilaha ilallah".387

        Adapun membacakan al-Quran ke atas orang mati tidak ada nas yang
mengizinkan untuk melakukan perbuatan tersebut malah bertentangan dengan
nas al-Quran di bawah ini:




385.   Lihat:        Jld. 10. Hlm. 429. Ali as-Subki.
386.H/R Abu Daud (2714), al-Janaiz. Ibn Majah (1438). Hadis Lemah.
387.H/R Muslim (1527), al-Janaiz. Turmizi (18980), al-Janaiz. Abu Daud (2710) al-Janaiz. Nasaii
(1803), al-Janaiz, Ibn Majah (1430). Ahmad (10570).

                                                 214
        "Sesungguhnya engkau tidak boleh menjadikan orang-orang yang
   telah mati itu mendengar".
                                                  AN NAML, 27:80.

         Melalui hujjah-hujjah di atas adalah jelas bahawa kenduri tahlilan
hanyalah merupakan amalan tradisi sesuatu bangsa. Ia kemudian dianggap
sebagai amalan agama kerana ramai yang mengamalkannya. Tetapi pada
hakikatnya ia bukanlah suruhan atau amalan sunnah sebagaimana yang
disangka oleh sebahagian masyarakat yang tidak mengkaji asal usul kenduri
tahlilan tersebut.

         Ada juga beberapa riwayat mengenai suruhan bacaan surah al-
Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas kemudian pahalanya
dihadiahkan kepada arwah orang yang telah mati. Riwayat-riwayat tentang
perkara ini juga tidak sah (batil) kerana ianya juga bertentangan dengan al-
Quran, hadis yang sahih dan perbuatan (amalan) para sahabat, tabi'in dan
tabi'ut at-tabi'in (para salaf as Soleh) dikurun al-mufadalah (kurun terbaik).
Antara hujjah untuk menguat dan menghalalkan perbuatan mereka ialah hadis
berikut:




        "Barangsiapa yang membaca Qulhuwallahu Ahad sebanyak
    seribu kali, maka sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dari
    api neraka".           (Hadis Palsu).




                            Hukum Mendoakan
                               Orang Mati



                                       215
        Apa yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis, contoh yang boleh
diambil dari perbuatan para sahabat dan amalan para ulama Ahli Sunnah wal
Jamaah yang berpegang dengan manhaj salaf hanyalah amalan berupa doa.
Sememangnya doa orang-orang beriman diterima oleh Allah dan akan sampai
kepada orang yang telah mati. Namun berdoa yang dimaksudkan bukanlah
dengan cara mentahlilkan, meyasinkan dan membacakan al-Quran beramai-
ramai untuk si Mati sebagaimana yang dilakukan oleh para pembuat bid'ah.

        Mendoakan si mati adalah sunnah hukumnya dan dibolehkan apabila
cara berdoanya mencontohi sunnah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam, para sahabat baginda serta meniru amalan para Salaf as-Soleh.
Kemudian diserahkan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sama ada akan
diterima atau ditolak. Penjelasan ini adalah bersandarkan kepada ayat-ayat di
bawah ini:




        "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata :
   Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang
   telah beriman sebelum kami".
                                                 AL HASYR, 59:10.




     "Ya Tuhan kami! Beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan
   sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari
   Kiamat)."
                                              IBRAHIM, 14:41.




       "Minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang
   beriman".
                                           MUHAMMAD, 47:19.

                                       216
         Memohon doa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana yang
terdapat pada ayat di atas termasuk perbuatan ibadah. Walaupun ayat-ayat ini
merupakan hujjah, tetapi ia tidak menerangkan atau mengajar bagaimana cara
berdoa selain yang telah dikerjakan dan dicontohkan oleh Nabi sallallahu
'alaihi wa sallam dan para sahabat baginda.




                   MENETAPKAN DOA DI HARI
                ATAU DI WAKTU-WAKTU TERTENTU


        Apa yang dilakukan oleh mereka yang menetapkan hari-hari tertentu,
bulan-bulan tertentu atau kerana sesuatu sempena yang khusus dengan
mengadakan majlis yasinan atau tahlilan, maka itu adalah bid'ah yang diada-
adakan. Ayat-ayat yang lalu menganjurkan agar orang beriman berdoa untuk
dirinya sendiri, untuk saudara-saudaranya yang beriman sama ada yang masih
hidup atau yang telah mati (hanya begitu sahaja) tidak lebih dari itu dan tidak
pernah diajar bagaimana ianya dikerjakan.

         Sesiapa yang menganjurkan atau mencipta cara-cara tertentu yang
sengaja diada-adakan dengan cara membaca al-Quran yang ditentukan pada
surah atau ayat-ayat tertantu, berdoa dengan doa-doa khusus seperti yang
dilakukan dalam majlis yasinan, atau sebagaimana yang dilakukan oleh aktivis
bid'ah di majlis tahlilan sedangkan tidak pernah diizinkan oleh syara, tidak
diajar atau dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam
dan para sahabat, maka itu semua adalah bid'ah yang ditolak dan diharamkan.
Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam telah memperingatkan tentang perkara-
perkara yang sengaja dicipta dan diada-adakan dalam agama sebagaimana
sabda baginda:




                                        217
        "Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami
   (Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu
   tertolak".
                                                      H/R Muslim.




       "Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan
   (agama) kami ini sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak".
                                         H/R al-Bukhari dan Muslim




       Barangsiapa yang mencipta urusan (agama) yang bukan suruhan
   kami, maka ia tertolak".

        Sesiapa yang mendakwa bid'ah hasanah atau sunnah mengadakan
majlis-majlis tertentu seperti mengkhususkan suatu majlis untuk tujuan
berdoa, atau upacara pembacaan ayat-ayat tertentu dari al-Quran yang
bertujuan menghadiahkan (mengirim) pahalanya kepada orang mati
sedangkan tidak ada suruhan atau contoh dari syara, maka segala dakwaan itu
adalah suatu pembohongan terhadap Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dan
merupakan perbuatan bid'ah yang sesat bukan bid'ah hasanah sebagaimana
yang disangkakan.

        Orang-orang yang membohongi Nabi Muhammad salallahu 'alahi
wa-sallam pada perkara-perkara ibadah atau agama dengan cara mengatakan
apa yang diciptanya itu sunnah, maka dia akan menerima azab yang pedih,
sebagaimana peringatan yang telah disampaikan oleh baginda melalui
sabdanya:




                                      218
           "Sesiapa yang berbuat dusta (pembohongan) atas (nama)ku, maka
       hendaklah dia bersiap untuk menerima tempat duduknya dari api
       neraka".
                                                        Hadis Mutawatir.

         Tidak ada penetapan (penentuan) masa, hari, tempat dan cara dalam
beribadah kecuali yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan ditunjuk-ajar serta
dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Apa pun
jenis amal-ibadah sama ada berdoa atau membaca al-Quran, sama ada
dilakukan seorang diri atau beramai-ramai, diubah-suai, diadakan beberapa
peraturan dan ditentukan cara-caranya, maka ia termasuk perbuatan bid'ah,
lebih-lebih lagi apabila pahala bacaan atau pahala dari amal tersebut diniatkan
untuk dihadiahkan (dikirim) kepada orang yang telah mati.

        Begitu juga dengan amalan-amalan mengadakan majlis kenduri doa
selamat, kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan sebagainya yang masih
dilakukan oleh masyaraat Islam Nusantara, di mana amalan-amalan tersebut
amat nyata tidak ada keterangan atau suruhan dari al Quran dan al-Hadis,
maka amalan tersebut termasuk dalam perbuatan bid‟ah yang ditegah oleh
syara.

         Dalam larangan yang berkaitan dengan hal-hal bid'ah seperti ini kita
boleh berhujjah dengan hadis Nabi yang melarang pengkhususan ibadah,
seperti mengkhususkan ibadah di malam-malam tertentu atau berpuasa di hari-
hari tertentu:




            "Dari Abi Hurairah, dari Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:
       Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk melakukan ibadah
       antara malam-malam yang lain dan janganlah kamu menentukan Hari
       Jumaat sahaja untuk berpuasa antara hari-hari yang lain, kecuali
       memang singgah puasa (tidak secara langsung) yang dikerjakan oleh
       seseorang kamu."388

388.   H/R Muslim (1930) as-Siam.

                                        219
         Menetapkan malam-malam tertentu sebagai malam sunnah untuk
beribadah jika tidak ada keterangan, suruhan, contoh dan tidak ada
keizinannya dari syara (al-Quran dan al-Hadis), yang hanya dilakukan semata-
mata kerana meniru (taklid buta) kepada perbuatan yang diada-adakan oleh
orang-orang yang tidak berilmu adalah amalan bid'ah, bukan ibadah atau
sunnah. Amalan yang bid‟ah ditolak oleh syara serta perlu ditinggalkan dan
dijauhi oleh orang-orang yang beriman. Allah Subhanahu wa ta'ala tidak
menerima setiap amalan yang dianggap bid'ah sebagaimana penjelasan dari
hadis di bawah ini:




            "Allah enggan menerima (menolak) amalan pelaku bid'ah
       sehinggalah ditinggalkan bid'ah tersebut".389

         Hadis ini membuktikan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak
menerima (menolak) ibadah yang tidak mencontohi Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam kerana baginda diutus semata-mata untuk
memberi contoh tauladan dalam melaksanakan ibadah, sebagaimana
dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:




            "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu tauladan
       (contoh ibadah) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
       mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia
       banyak mengingati Allah ".
                                                        AL AHZAB, 33:21.

        Ayat ini telah menjelaskan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
sallam diutus hanyalah semata-mata untuk dijadikan contoh dalam
mengamalkan setiap ibadah jika seseorang itu mahu amal-ibadahnya diterima
oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sesiapa yang ingkar, menolak atau enggan
mematuhi dan mencontohi Nabi Muhaammad salallahu 'alaihi wa-sallam


389.   H/R Ibn Majah (49). Muqaddimah.

                                         220
dalam mengerjakan ibadah termasuklah bagaimananya                dan cara-
caranya dalam melaksanakan setiap ibadah maka dia telah melakukan bid'ah
dan menolak (mengenepikan) peranan Nabi Muhammad sebagai Rasul utusan.
Hadis sahih di atas ini juga telah dikuatkan lagi oleh beberapa hadis yang
berikut:




           "Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu dari Nabi salallahu 'alaihi
       wa-sallam bersabda: Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang
       yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah
       orang yang enggan itu? Rasulullah menjawab: Sesiapa yang taat
       kepadaku maka dia masuk syurga dan sesiapa yang durhaka kepadaku
       maka sesungguhnya dia telah enggan".390

         Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam telah pun menunjuk
ajar, menerang, melaksana dan menentukan sah batalnya hukum-ahkam dalam
syara yang wajib dijadikan contoh dan dipatuhi oleh setiap mukmin. Sesiapa
yang menyalahi cara dan bagaimananya (kaifiat) Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam serta para sahabat melaksanakan ibadah, maka dia telah
membuat kemungkaran (bid'ah) dan fitnah. Allah Subhanahu wa Ta'ala
memberi peringatan dengan firman-Nya:




            "Maka hendaklah diawasi oleh mereka yang menyalahi
       perintahnya (perintah Allah dan Rasul) bahawa mereka akan ditimpa
       fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih".
                                                       AN NUR, 24:63.




390.   H/R Bukhari (13/214). Ahmad (2/361).

                                              221
            "Aku telah tinggalkan pada kamu agama ini dalam keadaan putih
       bersih (jelas). Malamnya seperti siangnya yang tidak ada yang
       menyimpang daripadanya setelah (kewafatanku) kecuali menempah
       kehancuran".391

        Dalam urusan agama dan amal-ibadah seseorang tidak boleh
bersandar kepada sangkaan, andaian, perkiraan, atau logika otak (hawa-nafsu
manusia) semata-mata untuk menghukum sesuatu sebagai wajib, haram,
makruh, sunnah atau harus. Urusan ibadah bukanlah urusan perasaan atau
hawa nafsu untuk mencipta dan menilainya. Agama dan hukum-ahkamnya
adalah urusan Allah Subhanahu wa Ta'ala Hanya Dia sahaja yang tahu, bebas
dan layak mencipta serta menguruskannya.

         Seseorang yang sengaja mencipta sesuatu bentuk atau cara ibadah,
maka ia termasuk dalam kalangan orang-orang yang menyerupai perbuatan
Yahudi dan Nasrani. Telah disiapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
tempatnya di neraka kerana kemungkarannya menambah serta mereka-cipta
ibadah mengikut selera, andaian, perkiraan dan sangka-sangkaan mereka
sendiri. Jika gejala seperti ini tidak dibendung dan dihapuskan oleh setiap
pejuang sunnah, tidak mustahil akan terus wujud berbagai-bagai lagi timbunan
perbuatan bid'ah yang akan merosakkan akidah, agama serta syariat Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Sangka-sangka yang menyebabkan berlakunya bid‟ah
seperti ini telah diberitakan di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala:




           "Dan mereka menyangka bahawa mereka melakukan (ibadah)
       yang baik".
                                              AL KAHFI, 18:104.

        Melakukan penambahan atau perubahan dalam agama sehingga
merosakkan agama tersebut, seperti mana yang telah menimpa ke atas agama-
agama sebelum Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa sallam, ianya tidak
mustahil akan berlaku ke atas agama Islam jika penggemar dan aktivis bid'ah
yang fasik masih dibiarkan mencipta berbagai-bagai bid'ah yang didakwanya
sebagai bid‟ah hasanah atau sunnah.


391.   H/R diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang sahih.

                                                  222
       Di dalam kitab "Ar-Risalah" oleh Imam Syafie, beliau telah
menyentuh isu bid'ah (sesuatu yang diada-adakan dalam agama kemudian
dianggap baik), beliau dengan tegas memberi peringatan melalui kata-katanya
yang masyhur:




           "Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik satu-satu amalannya
       yang direka), bererti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang
       membuat syariat, maka ia sudah kafir".392

         Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Rasulullah sallallahu
'alaihi wa sallam tidak pernah mengajarkan sesuatu yang tidak jelas atau
samar-samar dalam agama Islam, jauh sekali dari terlupa untuk
menyampaikan apa yang telah diterima dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Tidak ada lagi yang tertinggal untuk disampaikan kepada ummahnya
walaupun satu huruf. Baginda tidak pernah merasa takut atau gentar untuk
menyampaikan dan menyempurnakan dakwah Islamiyah yang berupa wahyu
dari Allah Subhanahu wa ta'ala. Oleh itu, agama Ialam yang telah sempurna
ini tidak perlu lagi apa pun penambahan di segi akidahnya ataupun ibadahnya

        Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi jaminan akan
kesempurnaan dakwah dan penyampaian Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi
wa sallam di setiap aspeknya. Setiap yang diterima dari Allah Subhanahu wa
Ta'ala tiada yang tertinggal untuk disampaikan kepada ummah walaupun
sekecil hama atau zarrah sehinggalah akhirnya agama ini benar-benar
sempurna sebagaimana firman-Nya




            "Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu
       dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redai
       Islam menjadi agamamu".
                                                     AL MAIDAH,5:3.




392.   Lihat:           Jld. 2. hlm. 295.

                                            223
        Hakikatnya, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah
mencontohkan, menyuruh atau mengajar para sahabat baginda cara
sebagaimana yang diamalkan sekarang untuk membacakan al-Quran atau
menghadiahkan pahala bacaannya kepada orang mati. Apa yang pernah
dilakukan dan diajarkan oleh baginda kepada para sahabat ialah cara-cara
berdoa untuk orang mati, cara menziarahi kubur dan salam serta ucapan yang
harus diucapkan semasa mereka masuk ke kawasan perkuburan (menziarahi
kubur) sebagaimana hadis sahih di bawah ini:




     "Pernah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengajar para
   sahabat semasa mereka ingin berziarah kubur supaya mereka
   mengucapkan (membaca):393




       Dalam hadis ziarah kubur ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam mengajarkan para sahabat cara memberi salam dan doa. Baginda tidak
pernah pula mengajar atau menyuruh membaca al-Quran semasa menziarahi
kubur. Dalam hadis-hadis yang sahih telah diceritakan bahawa Nabi sering
menziarahi perkuburan Baqi' di Madinah tetapi tiada satu pun riwayat yang
sahih menjelaskan bahawa baginda pernah membaca al-Quran di atas kuburan
atau menghadiahkan pahala bacaan baginda kepada penghuni kubur di Baqi'.

      Sekiranya amalan membaca al-Quran di kuburan atau di mana sahaja
yang bertujuan untuk menghadiahkan pahala bacaannya kepada ahli kubur
(arwah atau orang mati) itu baik dan mulia, ditambah pula dengan
mengadakan kenduri dan jemputan secara besar-besaran atau kecil-kecilan
juga boleh dianggap terpuji dan baik, tentulah Nabi Muhammad sallallahu

393.   H/R Muslim (1620) al-Janaiz. Nasaii (2013) al-Janaiz. Ibn Majah
        (1536) Ma Jaa fil Janaiz. Ahmad (8523) Musnad.

                                                  224
'alaihi wa sallam orang yang pertama melakukannya. Ini adalah kerana Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam adalah insan yang paling tahu tentang
agama, paling bertakwa kepada Allah, paling kuat beribadah dan paling cinta
kepada kebaikan.

         Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi sallam juga adalah Nabi yang
sangat mencintai keluarga dan para sahabatnya, namun semasa berlaku
kematian sahabat, tidak pernah baginda mengadakan kenduri tahlilan atau
yasinan untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada sahabat baginda yang
telah wafat itu. Jika sekiranya pahala membaca al-Quran boleh dihadiahkan
kepada para arwah di kubur untuk menolong dan menambah pahala orang
yang telah mati, tentulah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam awal-
awal lagi telah membacakan al-Quran untuk dihadiahkan pahala bacaannya
kepada arwah sahabat-sahabat yang sangat baginda cintai yang kubur mereka
sering baginda ziarahi. Maka perbuatan yang tidak dilakukan oleh Nabi
Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam terhadap orang mati adalah perbuatan
bid'ah, lebih-lebih lagi apabila tiada contoh dan suruhan dari baginda.

         Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam amat mengetahui
semua ibadah yang paling baik dan sempurna kerana baginda seorang Nabi
dan Rasul utusan Allah, disusuli oleh para sahabat kerana mereka hidup di
samping Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, hidup dizaman turunnya al-Quran,
dikurun yang terbaik dan dizaman terlaksananya keseluruhan suruhan al-
Quran dan as-Sunnah, tetapi mereka tidak pernah mengadakan kenduri arwah,
tahlilan atau amalan yang khusus untuk orang mati di kalangan mereka
sebagaimana yang dilakukan oleh aktivis bid'ah dewasa ini.

         Cara untuk berdoa atau bersedekah dari harta peninggalan si Mati
tidak semestinya melalui kenduri tahlilan, yasinan atau dibaca beramai-ramai
di majlis-majlis keramaian, majlis kenduri atau sebagainya, kerana perbuatan
serupa itu tidak ada suruhan dari al-Quran, sama sekali tidak ada contohnya
dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, tidak pernah dilakukan
oleh para sahabat atau oleh golongan Salaf as-Soleh. Mengerjakan sesuatu
yang dianggap ibadah jika tiada suruhan dan tiada contohnya dari syara adalah
bid'ah dhalalah. "Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala menjauhkan kita dari
bid'ah yang menyesatkan ini, sentiasa pula memberikan hidayahNya kepada
kita dan menjadikan kita hambaNya yang soleh".




                                       225
                          JALAN KELUAR
                         DAN PENYELAMAT

        Tidak ada jalan keluar untuk menyelamatkan akidah seseorang dari
terjebak ke kancah kesesatan (bid'ah), khurafat dan kemungkaran (syirik),
kecuali setelah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis dengn cara
mempalajarinya supaya dapat difahami untuk diamalkan agar menjadi
mukmin yang bertaqwa. Nabi Muhammad sallallahu „alaihi wa-sallama
bersabda:




       “Aku tinggalkan dua perkara kepada kamu di mana kamu tidak
   akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu
   Kitabullah dan Sunnah RasulNya”.
                          Hadis riwayat al-Hakim dalam al-Muwatha.

                                     226
         Pada hakikatnya, hanya dengan kembali dan setelah memahami
kedua-dua kitab ini sahaja kita dapat meninggalkan bid‟ah dhalalah dan
berpegang kepada sunnah Rasulullah. Hanya setelah berpegang teguh kepada
sunnah kita mampu menanamkan keyakinan akidah yang murni dan benar-
benar dapat menjauhi berbagai-bagai bid‟ah sama ada bid‟ah yang berbentuk
akidah atau muamalah.

        Mengambil hadis-hadis sahih (sunnah Rasulullah) sebagai rujukan
dan panduan, akan menemukan kita segala contoh yang telah ditunjuk dan
dilaksanakan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang
semuanya itu wajib diimani, diamalkan dan dipatuhi. Hanya dengan
berpegang teguh kepada gabungan dua kitab ini sahajalah yang benar-benar
dapat membuka pintu hidayah kepada seseorang hamba sehingga segala
ubudiyahnya terhadap Allah bersih dari segala unsur bid‟ah dan jahiliyah yang
menyesatkan. Inilah yang dinamakan "tazkiyah" atau "tasfiyah" oleh syara.




                               TAZKIYAH


                                       227
        Menurut bahasa tazkiyah bererti: "Pembinaan, pembetulan,
pemurnian, pensucian atau pembersihan". Penerapan tazkiyah bertujuan
membina, membersih, memurni dan membetulkan akidah dan setiap amal-
ibadah yang dilaksanakan melalui ilmu yang berlandaskan al-Quran dan as-
Sunnah.

     Tazkiyah menurut syara ialah:

       "Memurnikan akidah seseorang supaya tidak melakukan apa pun
   bentuk kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala".

     Tazkiyah juga bermaksud:

        "Membersihkan setiap amal-ibadah atau muamalah seseorang
   dari segala bentuk kesalahan terutama yang berkaitan dengan bid'ah
   dan khurafat (yang boleh membatalkan ibadah yang dikerjakan)".

        Matlamat utama tazkiyah ialah supaya akidah seseorang itu bersih
dari segala bentuk kesyirikan, menyelamatkan amal yang dikerjakan oleh
seseorang hamba dari bercampur-aduk dengan bid'ah agar diterima oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa berpegang kepada kehendak syara agar
segala ibadah yang dikerjakan terselamat dari segala kemungkaran khurafat
atau kesyirikan.

        Melalui tazkiyah, setiap amalan rohani (akidah) dan jasmani dapat
dibetulkan dari berbagai-bagai kesalahan atau kebatilan bid'ah dan syirik
melalui petunjuk dan bimbingan ilmu-ilmu dari al-Quran, as-Sunnah dan
ijmak.

        Jelasnya, tazkiyah ialah pembersihan akidah serta pembetulan setiap
amal-ibadah yang dikerjakan oleh seseorang (agar tidak bercampur-baur
dengan bid'ah, khurafat atau kesyirikan) supaya setiap ibadah yang dikerjakan
tidak menjadi sia-sia.

        Dalam kitab tafsir             kalimah tazkiyah ditafsirkan sebagai
: "pembersihan atau pemurnian" iaitu pembersihan amal seseorang supaya
tidak terlibat dengan bid'ah dan pemurnian hati (akidah) supaya tidak
melakukan apa pun jenis kefasadan atau kefasikan terutama yang boleh
membawa kepada kesyirikan. Hati adalah tempat yang paling mudah
dijangkiti penyakit bid'ah, syirik, khurafat dan tahayyul sehingga boleh

                                       228
mengalami kerosakan. Keadaan seperti ini telah dikhabarkan oleh nas al-
Quran dan sabda Nabi Muihammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Allah Azza
wa-Jalla berfirman:




        "Di dalam hati mereka dihinggapi penyakit".
                                                      AL BAQARAH, 2:10.




            "Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad manusia terdapat
       segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah jasad semuanya dan
       apabila rosak maka rosaklah semuanya. Ketahuilah bahawa itu adalah
       hati".394

       Akidah atau keimanan yang menjadi asas kesempurnaan dan
penerimaan ibadah oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala terletak di hati
sebagaimana hadis riwayat Hakim:




           "Sesungguhnya iman telah diciptakan dalam hati (yang letaknya di
       dada) salah seorang antara kamu sebagaimana diciptakan pakaian.
       Maka perbaharuilah iman kamu dengan Laa Ilaha Illallah".
                           H/R Hakim dari Ibn 'Umar radiyallahu 'anhu.

        Di dalam al-Quran kalimah tazkiyah ditafsirkan juga oleh jumhur
ulama tafsir antaranya dengan maksud:

             "Membersihkan akidah supaya tidak melakukan kesyirikan
       terhadap Allah Azza wa-Jalla, sebagaimana yang mereka jelaskan:

394.   H/R Bukhari.

                                         229
                                                      :

            "Mentazkiyah mereka bermaksud:                Membersihkan mereka dari
       kesyirikan".

           Tazkiyah atau tasfiyah juga ditafsirkan sebagai:

           "Membina (mendidik atau mentarbiyah) seseorang                       sehingga
       mentaati Allah Subhanahu wa Ta'ala".395




                        ANTARA TUGAS PARA RASUL
                          MENTAZKIYAH UMMAH

        Tugas utama kesemua para Nabi dan para Rasul diutus kepada kaum
dan ummahnya ialah semata-mata untuk mentazkiyah akidah mereka terlebih
dahulu supaya tidak melakukan kesyirikan terhadap Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Kemudian barulah mereka mentazkiyah amalan atau hukum-ahkam
(dalam muamalah ummah) sama ada yang berupa fardiyah atau jamaiyah yang


395. Diambil dari penafsiran Iban Abbas dan Ibn Juraij. Lihat: Tafsir Jaami'ul Bayan. No. 1716-
1717-1718. Jld. 1. Hlm. 77. Beirut. Lebnon.

                                                230
merangkumi persoalan siasah (politik), iktisad (ekonomi), kanun (undang-
undang) dan mujtama (sosial).

        Terdapat beberapa ayat al-Quran yang memperkatakan tentang
tazkiyah yang telah dilakukan atau dicontohkan oleh para Rasul terhadap
kaum-kaum mereka antaranya ialah:




       "Dialah yang mengutus kepada kaum-kaum yang buta huruf
   seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya
   kepada mereka, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada
   mereka Kitab dan Hikmah, sesungguhnya mereka sebelumnya benar-
   benar dalam kesesatan (syirik) yang nyata".
                                               AL JUMU'AH, 62:2.




        "Sesungguhnya, Allah telah mengurniakan kepada orang-orang
   yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang Rasul
   dari golongan mereka sendiri. Ia membacakan kepada mereka ayat-
   ayat Allah membersihkan (akidah dan amal) mereka, mengajarkan
   kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah, sesungguhnya sebelum itu
   mereka berada dalam kesesatan (syirik) yang nyata".
                                                  ALI IMRAN, 3:164.




       "Ya Tuhan kami! Utuslah untuk mereka seorang Rasul dari
   kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat
   Engkau, mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah (as-

                                    231
   Sunnah) serta mensucikan mereka (dari kesyirikan). Sesungguhnya
   Engkau yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".
                                             AL BAQARAH, 2:129.

         Ayat-ayat di atas menerangkan bahawa tugas berat yang dipikul oleh
para Rasul dan Nabi ialah mentazkiyah akidah kaum mereka supaya
mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian mentazkiyah semua
urusan muamalah supaya bersih dari maksiat, kemungkaran dan kezaliman
yang diharamkan oleh syara dan juga supaya meninggalkan semua perbuatan
jahiliyah dan bid'ah yang merosakkan akidah. Adapun uslub atau metod
mereka dalam harakah mentazkiyah kaumnya hanyalah menggunakan dua
cara yang menjadi kekuatan dan senjata mereka, iaitu:

  PERTAMA: Menggunakan wahyu iaitu berhujjah dengan membacakan
ayat-ayat Allah:




        "Membacakan ayat-ayat Allah (kitab Allah) kepada mereka".
                                                 ALI IMRAN, 3:164.

        Uslub dakwah ini wajib digunakan oleh setiap Rasul, Nabi dan
diteruskan oleh setiap da'i sesudah mereka sehinggalah ke Hari Kiamat.
   KEDUA: Menggunakan al-Hadis iaitu menjelaskan maksud al-Quran
melalui hujjah-hujjah as-Sunnah sebagaimana dalilnya yang jelas:



     "Mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) kemudian
   (menerangkan melalui) Hikmah (as-Sunah/al-Hadis)".
                                              AL JUMU'AH, 62:2.

      Kedua ayat di atas adalah saranan yang kuat agar kita sentiasa
memulakan tazkiyah dalam penyampaian dakwah Islamiyah kepada
masyarakat dengan hujjah-hujjah yang diambil dari kitab Allah Subhanahu wa
Ta'ala (al-Quran). Hujjah-hujjah tersebut dikuatkan lagi dengan penjelasan
as-Sunnah (al-Hadis yang sahih) yang dikenal juga sebagai tibyan atau tabyin
yang berupa penafsiran al-Quran. Alternatif terakhir barulah melalui
perbincangan atau jidal (perbahasan) dengan cara yang sebaik mungkin iaitu

                                      232
tidak kasar, tidak emosi, tidak saling mengutuk (tidak memburukkan antara
satu dengan yang lain) dan tidak terkeluar dari landasan al-Quran dan as-
Sunnah. Cara inilah yang diserukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam
firman-Nya:




        "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (al-Quran)
   dan dengan peringatan yang baik (as-Sunnah) dan berjidallah
   (berbincanglah) dengan mereka secara yang terbaik".
                                                    AN NAHL, 16:125.

        Cara yang wajib didahulukan oleh setiap pendakwah untuk
menyampaikan Islam kepada masyarakatnya ialah memulakannya dengan
pentazkiyahan jiwanya agar tidak mempersekutukan Allah yang diistilahkan
sebagai pemurnian akidah. Bahan atau alat yang wajib digunakan dalam
menjalankan usaha-usaha dalam harakah dakwah hanyalah dengan
mempersiapkan hujjah-hujjah atau nas-nas dari al-Quran dan as-Sunnah.

         Inilah sahaja cara penyampaian dakwah yang dicontohkan oleh para
Nabi dan Rasul kepada setiap pendakwah. Inilah juga tugas pertama dan
utama yang dilakukan oleh para Nabi dan Rasul apabila menghadapi kaumnya
yang masih jahil untuk diseru dan diserapkan akidah tauhid yang murni
supaya dapat terus ditazkiyah kepercayaan serta amal-ibadah mereka
sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Quran dan as-Sunnah. Cara ini telah
dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan firman-Nya:




       "Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu,
   melainkan Kami wahyukan kepadanya (supaya menyerukan):
   Bahawasanya tiada Tuhan (yang hak untuk disembah) melainkan Aku,
   maka sembahlah kamu sekalian akan Aku".
                                                AL ANBIA, 21:25.



                                     233
        Antara ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang tazkiyah dan
wajibnya memulakan dakwah dengan cara tazkiyah sebagaimana yang telah
dicontohkan oleh para Rasul, para Nabi dan para sahabat ialah firman Allah:




       "Sebagaimana Kami telah mengutus kepada kamu seorang Rasul
   di antara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu,
   kemudian dia mensucikan kamu serta mengajarkan kepada kamu al-
   Kitab dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mengajar kepada kamu apa
   yang belum kamu ketahui".
                                            AL BAQARAH, 2:151.

        Orang-orang yang sentiasa mencari ilmu untuk mentazkiyah
akidahnya supaya tidak melakukan kesyirikan dan untuk mentazkiyah
muamalahnya (segala amal-ibadahnya) supaya tidak melakukan bid'ah yang
boleh membatalkan setiap amal yang dilakukan, kemudian menyampaikan
kepada orang lain apa yang telah dipelajari dan diperolehinya dengan
sempurna, itulah orang-orang yang benar-benar beriman dan mendapat
kejayaan di akhirat sebagaimana firman Allah:




       "Sesungguhnya berjayalah       orang   yang    telah   mensucikan
   (mentazkiyah) dirinya".
                                                     ASY SYAMS, 91:9




       "Sesungguhnya berjayalah orang yang sentiasa membersihkan
   (mentazkiyah) dirinya".
                                                 AL A'LA, 87:14.

         Untuk mencapai kekuatan iman agar menjadi seorang muslim yang
beristiqamah dan benar-benar sampai ke darjat keimanan yang sempurna,

                                      234
mestilah dengan cara mentazkiyah akidahnya terlebih dahulu dengan ilmu dari
al-Quran dan as-Sunnah.

        Begitu juga untuk mencapai kesempurnaan amal-ibadah supaya
menjadi hamba yang soleh, ikhlas dan sentiasa bersyukur, mestilah juga
dengan cara mentazkiyah terlebih dahulu segala amal tersebut (melalui ilmu
dari al-Quran dan as-Sunnah) agar segala amal-ibadahnya tidak terbabit
dengan segala unsur-unsur bid'ah dan khurafat. Hanya dengan kesempurnaan
tazkiyah setiap amal yang dikerjakan oleh seseorang akan sempurna dan
diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

      Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi jaminan bahawa setiap
hamba-Nya yang mentazkiyah akidah dan semua amalnya, akan diberi
kemenangan (kejayaan syurga) di akhirat kelak. Malah di surah as-Syams,
Allah Subhanahu wa Ta'ala terlebih dahulu telah bersumpah sebanyak sebelas
kali untuk menyatakan akan kejayaan dan jaminan-Nya kepada hamba-hamba-
Nya yang mentazkiyah akidah dan amalannya bahawa mereka itu benar-benar
akan berjaya dan akan mewarisi syurga sebagaimana firman-Nya:




        "Demi matahari dan demi cahayanya di pagi hari, demi bulan
   apabila mengiringinya, demi siang apabila menampakkannya, demi
   malam apabila menutupinya, demi langit serta pembinaannya, demi
   bumi dan demi penghamparannya, demi jiwa dan demi
   penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu
   kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang
   mensucikan (mentazkiyah) jiwanya".
                                                ASY SYAMS, 91:1-9
  Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa seseorang itu tidak akan mewarisi
syurga kecuali setelah menjadi mukmin yang sempurna iaitu dengan cara
mentazkiyah iman (memurnikan akidahnya) terlebih dahulu, diiringi dengan
pentazkiyahan segala amal soleh melalui ilmu dari al-Kitab. Kenyataan ini
dapat dibuktikan melalui firman Allah:



                                      235
        "Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan
   beriman (tidak syirik), lagi sungguh-sungguh beramal soleh, maka
   mereka itulah orang-orang yang telah mendapat darjat yang tinggi.
   (Iaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka
   kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang
   bertazkiyah (bersih dari kesyirikan dan kemaksiatan)".
                                                   THAHA, 20:75-76.




                       MENTAZKIYAH AKIDAH
                        DAN AMAL-IBADAH

        Mentazkiyah akidah bermakna membersihkan iktikad (iman) supaya
tidak melakukan perbuatan yang membawa kepada syirik, fasik, zalim dan
sebagainya. Kesyirikan merupakan kekotoran (najis) pada akidah yang
menyebabkan seseorang itu menjadi syirik (musyrik yang najis akidahnya)
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:



       "Sesungguhnya orang-orang yang kafir (musyrik/menyekutukan
  Allah) itu najis".
                                             AT TAUBAH, 9:28.

       Najis yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah najis (tidak murni) akidah
yang berupa kesyirikan pada iktikad atau keimanan seseorang terhadap Allah

                                      236
Subhanahu wa Ta'ala iaitu dengan cara mempersekutukan-Nya (syirik)
dengan yang lain (makhluk). Ayat di atas ini juga memberi maksud bahawa
setiap perbuatan yang membawa kepada kesesatan yang melampaui batas
sehingga membawa kepada kesyirikan atau kekotoran akidah (najis)
disebabkan perbuatan bid'ah hanya dapat dipulihkan melalui tazkiyah. Ayat di
bawah ini menceritakan kisah Fir'aun yang sombong dan tidak mahu
mentazkiyah dirinya:



        "Pergilah kamu (kepada Fir'aun), sesungguhnya dia telah
   melampaui batas. Dan katakanlah! (kepada Fir'aun): Adakah keinginan
   bagimu untuk membersihkan dirimu (dari kesesatan)?".
                                             AN NAZI'AT, 79:17-18.

       Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah mendidik
ummahnya meminta kepada Allah agar ditazkiyah dan diberi ilmu yang
manfaat. Kenyataan ini dapat difahami melalui hadis riwayat Muslim yang
mana Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam berdoa kepada Allah:




      "Ya Allah! Berilah jiwaku ketakwaannya, sucikanlah ia kerana
   Engkaulah yang sebaik-baik mensucikannya. Engkaulah penolongnya
   dan Tuhannya. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari
   ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak
   puas dan doa yang tidak dikabulkan". 396




                       JALAN YANG SELAMAT

       Tidak ada satu pun penyelamat yang dapat melepaskan seseorang itu
dari azab Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhirat kelak melainkan ia


396>   H/R Muslim.

                                      237
menyelamatkan dirinya sendiri mulai sekarang dengan mentazkiyah akidahnya
dan segala amalannya melalui ilmu dari al-Quran dan as-Sunnah supaya tidak
melakukan bid'ah.

        Usaha pembersihan wajib dilakukan oleh setiap individu dengan
peningkatan ilmu terutamanya yang berhubung kait dengan akidah dan
hukum-hukum syara. Perkara ini juga telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu
wa Ta'ala:




        "Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya (tazkiyah)
   sesungguhnya dia telah mensucikan untuk dirinya sendiri dan kepada
   Allah tempat kembalimu (di akhirat kelak)".
                                                      FATIR, 35:18.

           Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan mengampunkan dosa yang
paling besar iaitu dosa kezaliman atau kesyirikan tetapi akan mengampunkan
dosa-dosa selain dari dosa kesyirikan bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Maka
tazkiyah melalui petunjuk al-Quran dan as-Sunnah Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa sallam adalah cara pemulihan akidah dan pembetulan
amal-ibadah yang paling tepat dan betul. Sebenarnya cara ini telah diajar dan
diperingatkan oleh al-Quran:




    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kesyirikan dan
  Dia akan mengampunkan segala dosa selain dosa kesyirikan bagi siapa
  yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah
  maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. Apakah
  kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih?
  Sesungguhnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan
  mereka tidak dianiaya sedikitpun".
                                               AN NISA, 4:48-49.


                                       238
        Syaitan adalah punca utama yang menyebabkan manusia menjadi
kufur dan ingkar kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga disumbat ke
dalam neraka. Oleh sebab itu, orang-orang yang beriman diingatkan oleh
Allah agar tidak mengikut langkah atau kehendak syaitan dan tidak mudah
terpedaya oleh tipu-muslihatnya. Cara untuk lari dan melepaskan diri dari
syaitan dan segala tipu-muslihatnya ialah dengan mentazkiyah diri melalui
ilmu dari al-Quran dan as-Sunnah.

        Dengan berpegang teguh kepada kedua kitab ini yang menjadi sumber
ilmu dan petunjuk, nescaya seseorang itu akan sentiasa dirahmati Allah dan
akan diselamatkan di akhirat dari terjerumus ke neraka yang sudah lama
disediakan untuk orang-orang yang kufur dan ingkar. Itulah seruan Allah
Subhanahu wa Ta'ala yang terdapat di dalam firman-Nya:




     "Hai orang-orang yang beriman!        Janganlah kamu mengikut
  langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikut langkah-langkah
  syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan
  perbuatan yang keji dan mungkar. Sekiranya tiada kerana kurnia Allah
  dan rahmatNya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari
  kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-
  lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
  Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui".
                                                    AN NUR, 24:21.

         Ayat ini menunjukkan bahawa tazkiyah bukan sahaja dapat
membersih atau memurnikan akidah untuk memperolehi keimanan yang
sempurna, tetapi tazkiyah juga adalah pembersihan sebenar yang dapat
membawa manusia sehingga kepada petunjuk (hidayah) Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Tazkiyah juga adalah cara pembersihan akidah dan amal untuk
mendapat jalan kebenaran dan syurga melalui ilmu dari al-Quran dan as-
Sunnah yang benar-benar boleh memberi penjelasan, penerangan dan petunjuk
ke jalan yang selamat di dunia dan di akhirat kelak.


                                     239
   Hanya ilmu dari al-Quran dan as-Sunnah sahaja yang benar-benar boleh
mentazkiyah seseorang hamba sama ada di segi akidah atau amal-ibadah jika
mereka ingin selamat dari terjerumus ke dalam neraka sebagaimana yang telah
dijelaskan di atas. Mengharapkan tazkiyah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala
hanyalah dengan berpandukan kepada kitab-Nya dan sunnah Rasul-Nya
kerana hanya dengan cara ini sahaja akan menyelamatkan kita dari azab
neraka yang pedih.

         Kandungan al-Quran dan al-Hadis adalah ilmu dan petunjuk yang
haram ditinggalkan. Sesiapa yang telah mengetahui atau memahami isinya
haram menyembunyikan, memutar-belit, merubah dan menjadikannya sebagai
bahan untuk mencari kepentingan diri atau memperalatkannya untuk
mengumpul kekayaan duniawi sehingga merubah fungsi sebenar kedua-dua
kitab tersebut.

   Orang-orang yang melakukan kezaliman (kesyirikan) seperti yang telah
dijelaskan tidak akan memperolehi tazkiyah di dunia dan di akhirat.
Kenyataan ini telah dipaparkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam
firman-Nya:




     "Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang telah
  diturunkan Allah iaitu al-Kitab dan kemudian menjualnya dengan harga
  yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak makan (tidak
  menelan) ke dalam perutnya melainkan api (menempah neraka) dan
  Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat dan tidak
  akan mensucikan (tazkiyah) mereka dan bagi mereka siksa yang amat
  pedih".
                                                AL BAQARAH, 2:174




                                      240
     "Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah
  dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang murah, mereka itu
  tidak akan mendapat bahagian (pahala) di akhirat dan Allah tidak akan
  berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka
  pada Hari Kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi
  mereka azab yang pedih".
                                                 ALI IMRAN, 3:77.

         Kedua-dua ayat di atas diakhiri dengan ancaman azab yang pedih bagi
sesiapa yang menyembunyikan kebenaran dan melakukan bid'ah terhadap
kesempurnaan al-Quran dengan menukarnya dengan kebatilan, yang
mengambil hasil dengan upah yang murah setelah merubah hukum-ahkamnya
demi kepentingannya sendiri atau kepentingan orang yang memberi upah
(seperti pemerintahan taghut). Ancaman seterusnya ialah Allah tidak akan
mentazkiyah (mengampunkan) kesalahan atau dosa-dosa orang yang
melakukan kezaliman dan bid'ah seperti yang telah dijelaskan di atas.




                         ILMU ADALAH
                    UNTUK MENTAZKIYAH DIRI

         Kewajipan mentazkiyah diri sendiri kemudian mentazkiyah orang lain
perlu dilaksanakan dengan berilmu. Ia tidak akan dapat dicapai dan dilakukan
tanpa ilmu dari kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Walau bagaimana pun
                                      241
ilmu tidak akan dapat diperolehi dengan betul dan sempurna tanpa
menghadirkan diri ke majlis-majlis pengajian untuk menuntut ilmu dan
mempelajarinya.

         Jika diteliti pada keseluruhan ayat-ayat tazkiyah di atas ternyata ayat-
ayat tersebut menekankan betapa pentingnya ilmu, malah ditekankan kalimah
"mengajar" yang bererti perlunya ada orang yang mengajar dan yang belajar.
Hakikat ini dapat difahami melalui ayat-ayat yang seterusnya di bawah ini:




    "Dan dia (Rasulullah) mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-
  Hikmah (as-Sunnah) kemudian membersihkan (mentazkiyah) mereka".
                                           AL BAQARAH, 2:129.




     "Dia (Rasulullah) mengajarkan kepada kamu al-Kitab dan al-
  Hikmah serta mengajar kepada kamu apa yang belum kamu ketahui".
                                            AL BAQARAH, 2:151.




     "Dan dia (Rasulullah) mengajar mereka al-Kitab dan al-Hikmah.
  Sesungguhnya mereka itu sebelumnya benar-benar dalam kesesatan
  (syirik) yang nyata".
                                              ALI IMRAN, 3:164.




     "Dia (Rasulullah) mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-
  Hikmah. Sesungguhnya mereka itu sebelumnya benar-benar dalam
  kesesatan (syirik) yang nyata".
                                            AL JUMU'AH, 62:2.

                                         242
        Kesemua ayat-ayat di atas menyebut dan menggambarkan betapa
pentingnya memahami tazkiyah melalui ilmu dari al-Kitab (al-Quran) dan al-
Hikmah (as-Sunnah). Pada kedua-dua ayat yang terakhir ditambah dengan
menyebut tentang kesesatan (kesyirikan dan bid'ah) pada mereka yang tidak
mengambil ilmu dari al-Kitab dan as-Sunnah dan belum bertazkiyah Pada
beberapa ayat yang lain, dijelaskan pula kejayaan mendapat rahmat dan syurga
bagi mereka yang bertazkiyah sebagaimana firman-Nya:


    "Sesungguhnya beruntunglah (kerana mendapat rahmat dan syurga)
  orang yang mensucikan (mentazkiyah) jiwanya".
                                                 AS SYAMS, 91:9




    "Sesungguhnya berjayalah (kerana akan mendapat syurga) orang
  yang sentiasa membersihkan (mentazkiyah) dirinya".
                                                     AL A'LA, 87:14.

        Cara untuk bertazkiyah hanyalah dengan memberikan perhatian
kepada aspek pengisian ilmu atau usaha-usaha untuk meningkatkan ilmu
terutamanya dengan mempelajari ilmu akidah dan hukum-ahkam dari al-Kitab
(al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah). Hanya dengan ilmu dari kedua kitab
ini sahajalah dapat menghidupkan semangat untuk menunaikan kewajipan
mentazkiyah akidah dan semua bentuk amal-ibadah yang dikerjakan di setiap
masa kemudian mentazkiah orang lain semampu mungkin.

        Tanpa belajar dan panduan ilmu, seseorang itu tidak akan mengenali
segala hukum-ahkam yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa
ilmu, seseorang tidak akan dapat mentazkiyah akidah, amal-ibadah dan tidak
akan dapat menyampaikan dakwah Islamiyah kepada orang lain dengan
sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh syara.

       Seseorang yang najis akidahnya lantaran masih melakukan kesyirikan,
najis amalannya kerana masih terus menerus melakukan bid'ah dan
dikongkong kejahilan kerana masih tidak mahu berusaha mencari ilmu
keagamaan sehingga tidak tahu bagaimana untuk mentazkiyah akidah dan
amalnya, di akhirat kelak bakal menjadi penghuni neraka dan akan kekal di

                                      243
dalamnya untuk selama-lamanya. Sesiapa yang telah terjerumus ke dalam
neraka ia akan merasai azab yang sangat pedih.

         Semoga kita semua dijauhkan dari neraka dengan sentiasa mencintai
Allah Subhanahu wa Ta'ala, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam
dan para sahabat, serta sentiasa mencintai ilmu dengan cara mempelajarinya
dari al-Quran dan as-Sunnah melalui guru yang memahami al-Quran dan as-
Sunnah supaya dengannya kita dapat menjauhkan akidah kita dari kesyirikan
dan membersihkan segala amal kita dari setiap bentuk bid'ah yang
menyesatkan dan seterusnya akan mendapat balasan syurga di akhirat kelak
insya-Allah.

        Tazkiyah perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah
hanya menerima setiap amal yang dilakukan dengan ikhlas. Oleh sebab itu
Allah mewajibkan setiap hamba-Nya supaya beribadah dengan penuh
keikhlasan.




                                     244
                                 IKHLAS

       Kalimah ikhlas yang diguna-pakai di dalam pertuturan Bahasa
Melayu diambil (dipinjam) dari Bahasa Arab. Menurut penggunaan bahasa
Melayu, ikhlas bererti:

                "(Dengan) hati suci, tulus dan sangat jujur".

         Menurut istilah atau etimologi Bahasa Arab, kalimah ikhlas diambil
dari kata dasar             :




              "Ikhlas : Meninggalkan kecurangan dan riyak".

  Dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:

     "Membersih atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan
  Allah dengan makhluk-Nya".

     Ikhlas juga bermaksud:

     "Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya".

     Dalam pengertian tauhid pula ia dimaksudkan:

     "MengEsakan Allah atau hanya menyembah dan mengibadahi Allah
  Subhanahu wa Ta'ala Yang Esa dan meninggalkan segala bentuk
  kesyirikan dan bid'ah".

         Di dalam syara apabila disebut kalimah ikhlas ia bermaksud kalimah
tauhid, iaitu ucapan:

                                       245
     "Tiada tuhan (yang diibadahi dengan hak) selain Allah."

        Begitu juga dengan surah yang ke 112 di dalam al-Quran dinamakan
surah AL-IKHLAS lantaran surah ini terkhusus memperkatakan tauhid yang
membawa kepada pengakuan tentang keBesaran, keSempurnaan dan keEsaan
Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebagaimana firman-Nya:




        "Katakanlah! Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan
  yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan
  tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan
  Dia".
                                               AL IKHLAS, 112:1-4.




                   ASAS KESEMPURNAAN AKIDAH
                    AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

         Di dalam Islam asas kesempurnaan yang utama untuk melaksanakan
setiap ibadah dan kemurnian berakidah ialah keikhlasan. Semua ibadah yang
dikerjakan oleh setiap individu Muslim tidak akan diterima oleh Allah kecuali
jika ianya dikerjakan dengan penuh keikhlasan hanya semata-mata kerana
Allah. Tanpa keikhlasan, semua ibadah tersebut tidak diterima oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan dianggap ibadah yang bercampur kesyirikan, bid'ah
dan mungkar kerana dilakukan atas tujuan sesuatu yang bukan kerana Allah
Subhanahu wa Ta'ala.



                                       246
     "Padahal mereka tidak disuruh melaksanakan ibadah (menyembah
  Allah dengan ketaatan), melainkan dengan penuh keikhlasan
  (memurnikan ketaatan) kepada-Nya dalam melaksanakan agama".
                                             AL BAYYINAH, 98:5.

         Ibadah yang dimaksudkan di ayat ini ialah setiap tingkah laku dan
amal pekerjaan yang berupa ketaatan yang didasari keimanan terhadap Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Maksud ikhlas pula ialah taat berserta tauhid atau
tidak syirik kerana roh ibadah adalah ikhlas. Tiada ibadah tanpa keikhlasan
dan ketaatan kerana pengertian ibadah yang sebenarnya ialah ketaatan dengan
penuh keikhlasan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diistilahkan juga
sebagai tauhidul-ibadah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:




     "Katakanlah! Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah
  Allah dengan memurnikan ketaatan pada-Nya dalam (menjalankan)
  agama".
                                               AZ ZUMAR, 39:11.




    "Katakanlah! Hanya Allah sahaja yang aku sembah dengan
  memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku".
                                               AZ ZUMAR, 39:14.




    "Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
  melainkan Dia.   Maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadah
  kepada-Nya".
                                             AL MU'MIN, 40:65.



                                      247
     "Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya
   walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
                                                  AL MU'MIN, 40:14.

        Kalimah ikhlas yang diertikan kepada "ketaatan yang murni" yang
terdapat pada ayat-ayat di atas bermaksud keikhlasan yang membawa kepada
semata-mata hanya mentauhidkan Allah Yang Esa. Tauhid amat penting
dalam setiap ibadah. Allah tidak akan menerima setiap ibadah yang
disertakan dengan kesyirikan.

        Tauhid amat bertentangan dengan apa pun bentuk kesyirikan kerana
kesyirikan akan menghancur-leburkan segala amal-ibadah yang dilakukan
oleh seseorang yang melakukannya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala:




     "Jika kamu mempersekutukan (syirik), nescaya akan hapuslah
   amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi".
                                                AZ ZUMAR, 39:65.




     "Seandainya mereka mempersekutukan Allah (syirik), pastilah lenyap
   dari mereka segala amalan yang telah mereka kerjakan".
                                                    AL AN’AM, 6:88.

      Ikhlas bermula dari niat yang bersumber di hati dan merupakan urusan
atau amalan hati. Oleh sebab itu amalan atau pekerjaan hati perlu diperbaiki
sebelum memulakan ibadah sebagaimana penjelasan Nabi melalui sabdanya:



           "Sesungguhnya segala amal itu dimulakan dengan niat"397

397.   H/R Bukhari (1/1),   . Muslim (3530),     . Turmizi (1571),

                                           248
        Ikhlas juga bermakna:

     "Melakukan apa pun jenis ibadah hanya diniatkan semata-mata
  kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala atau hanya semata-mata ingin
  memperolehi keredaan Allah Subhanahu wa Ta'ala".

        Apa pun amalan yang bermula hanya ikhlas semata-mata kerana
Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam istilah ibadah dinaitkan dengan:


                             "Hanya kerana Allah".

        Diistilahkan juga di dalam hadis:



       Bermaksud: "Kerana mengharap keredaan Allah atau semata-
   mata kerana Allah"

        Atau disebut juga:



                     "Semata-mata kerana Allah".

        Itulah ucapan ikhlas yang perlu seiringan dengan apa yang ada di hati
seseorang dan perlu bertepatan dengan amalannya supaya tidak berlaku bid'ah
dan kesyirikan. Hadis-hadis sahih di bawah akan menjelaskan lagi istilah ini:




    "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi
  wa sallam: Sesiapa yang menuntut ilmu yang mana sepatutnya kerana




                                        249
   mencari keredaan Allah tetapi tidaklah ia mempelajarinya kecuali
   kerana untuk mendapat kekayaan (kepentingan) dunia. Pasti ia tidak
   akan dapat mengharapkan (apa pun) dari syurga di Hari Kiamat,
   maksudnya tidak akan dapat baunya."398




     "Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam:
   Sesungguhnya tidaklah engkau menginfakkan sesuatu nafkah
   mengharapkan darinya keredaan Allah kecuali akan diberi ganjaran
   padanya sehinggalah apa yang tersuap di mulut isterimu."399




      "Maka sesungguhnya Allah telah mengharamkan neraka kepada
   sesiapa yang mengucapkan (kalimah ikhlas) "Tiada tuhan melainkan
   Allah" yang menginginkan dengan ucapan tersebut keredaan Allah".400




     "Sesiapa yang membina sebuah masjid mengharapkan (dari
   pembinaan tersebut) keredaan Allah, maka Allah akan membina
   baginya seperti di syurga."401

         Antara punca-punca yang menyebabkan batalnya sesuatu ibadah
malah menyebabkan berlakunya kesyirikan dalam pengibadatan seseorang
ialah apabila amal-ibadah tersebut dikerjakan dengan niat yang salah seperti
riyak (menunjuk-nunjuk) dan semata-mata mengharapkan kepentingan dunia
atau kebendaan sehingga tiada terlintas di hatinya untuk menumpukan
ibadahnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Nabi Muhammad sallallahu
'alaihi wa sallam pernah bersabda:

398. H/R Abu Daud (3179) Al-Ilm. Ibn Majah (248) al-Muqaddimah.
399. H/R Bukhari (54) al-Iman.
400. H/R Bukhari (407) as-Solah. Muslim (1052)                  .
401.   H/R Bukhari (431) as-Solah. Muslim (828)

                                                  250
     "Sesungguhnya rasa takut yang paling aku geruni berlaku ke atas
   kamu ialah syirik kecil. Mereka bertanya, apakah itu syirik kecil wahai
   Rasulullah!? Baginda menjawab: Ar-riyak (menunjuk-nunjuk)."402

        Di dalam al-Quran telah dijelaskan bahawa riyak boleh membatalkan
sembahyang seseorang, malah menyebabkan berlakunya kesyirikan sehingga
menyebabkan pelakunya dimasukkan ke neraka wail sebagaimana firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala:




      "Maka neraka wail bagi mereka yang sembahyang. (Iaitu) mereka
   yang lalai dari sembahyangnya. Mereka yang melakukannya dengan
   riyak".
                                            AL MAA'UN, 107:4-6.

        Punca pembatalan sembahyang seseorang menurut ayat di atas ialah
disebabkan niatnya yang salah kerana diiringi dengan riyak dan kosong dari
roh keikhlasan terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ibadah yang bukan
kerana Allah tentunya kerana kepentingan nafsu yang bermacam-macam
keinginannya sehingga melupakan dan membelakangkan Allah. Allah
Subhanahu wa Ta'ala hanya menerima setiap amal yang ikhlas, hanya
mengabulkan doa serta mengampunkan dosa seseorang jika amal atau doa
yang dipohon itu dilakukan dengan ikhlas yang tidak disertakan dengan bid'ah
atau kesyirikan.




      "Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa mereka yang
   ikhlas."403

402.   H/R Ahmad (22528) Musnad.
403.   Lihat: Hadis Bukhari

                                       251
         Keredaan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan juga syafaat Rasulullah
sallallahu 'alaihi wa sallam hanya akan diperolehi oleh orang-orang yang
ikhlas dalam setiap amal-ibadah yang dilakukan. Ini dijelaskan di dalam
hadis:




      "Syafaatku akan diberikan hanya kepada sesiapa yang mengucapkan
   tiada Tuhan (yang berhak diibadahi) melainkan Allah dengan penuh
   keikhlasan. Dipercayai oleh hatinya melalui lisannya dan lisannya
   (melahirkan) apa yang di hatinya."404




      "Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan ikhlas hanya kerana
   Allah dan ibadahnya pula tiada (bercampur) kesyirikan, mendirikan
   sembahyang dan mengeluarkan zakat, setelah ia mati, nescaya Allah
   akan reda kepadanya."405




       "Tiga perkara yang tidak akan sunyi di hati setiap Muslim. Ikhlas
   beramal semata-mata kerana Allah, nasihat kepada pemimpin Muslim
   dan sentiasa dalam jamaah."406

       Setiap amal yang bercampur-baur dengan kesyirikan dianggap suatu
amal yang bid'ah dan tidak ikhlas. Batalnya keikhlasan tersebut mungkin



404. H/R Ahmad (7725) Musnad.
405. H/R Ibn Majah (69) Muqaddimah.
406. H/R Ahmad (16138)          . Ibn Majah (3047)

                                             252
disebabkan oleh mementingkan hawa nafsu seperti ego, riyak, fanatik melulu,
taklid buta, ghulu dan sebagainya

        Syarat sahnya syahadah (dua kalimah syahadah) yang diucapkan oleh
seseorang itu hanya apabila diucapkan dengan penuh kesedaran, keikhlasan
dan berilmu sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa
sallam:




      "Sesiapa yang bersyahadah: "Bahawasanya tiada tuhan (yang
   diibadahi) melainkan Allah" dengan penuh keikhlasan di hatinya atau
   penuh keyakinan di hatinya, tidak akan dimasukkan ke dalam neraka
   atau ia akan masuk syurga. Pernah disabdakan juga: Masuk syurga
   dan tidak akan disentuh oleh api neraka."407




        "Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang
   berhak diibadahi) melainkan Allah".
                                              MUHAMMAD, 47:19.




      "Tidaklah sekali-kali seseorang hamba itu mengatakan: "Tiada
   tuhan (yang diibadahi) melainkan Allah" dengan penuh keikhlasan,
   kecuali dibuka baginya pintu langit sehingga menghampiri 'Arasy jika ia
   menjauhi dosa-dosa besar (syirik)".408




407.   H/R Ahmad (21048)
408.   H/R Turmizi (3514)

                                       253
        Persoalan bid'ah, terutamanya yang membawa kepada kesyirikan
sehingga merosakkan akidah dan menyebabkan segala amal dibatalkan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala di akhirat hanya dapat diatasi dengan tazkiyah
melalui al-Quran dan as-Sunnah. Tazkiyah merupakan pendidikan rohani
yang dapat membersihkan bukan sahaja akidah tetapi juga segala muamalah.
Tazkiyah mengajar dan membimbing manusia untuk menjadi mukmin yang
berakhlak mulia, taat dan ikhlas kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

        Oleh sebab itu manusia perlu merawat jiwanya dengan akidah
Islamiyah melalui tazkiyah kerana tazkiyah mengembalikan segala persoalan
kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk diselesaikannya. Tazkiyah juga
menjadikan seseorang berkeyakinan diri, beristiqamah dalam akidah dan
ketaatan beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akhirnya tazkiyah
menghindarkan manusia dari melakukan segala jenis maksiat dan bid'ah
sehingga terselamat di akhirat dari siksaan api neraka.

        Semoga hakikat kekeliruan tauhid yang selama ini menyelubungi
akidah majoriti umat Islam Nusantara dapat dihapuskan dan dibersihkan
sehingga terhindar dari melakukan bid'ah, khurafat, tahayyul dan syirik.
Mudah-mudahan tulisan ini dapat mencapai objeknya dan menyempurnakan
tujuan muamlah dan ubudiyah yang sahih sebagaimana yang dikehendaki oleh
Khalik ke atas hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Amin!

         Pada akhir kata, alhamdullah, segala puji bagi Allah Tuhan alam
semesta. Semoga Allah melimpahkan selawat kepada Nabi kita Muhammad
sallallahu „alaihi wa-sallam, juga kepada segenap keluarga dan para sahabat
baginda, serta sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan baik hingga ke
Hari Pembalasan. Amin!




                                      254

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:589
posted:6/4/2010
language:Malay
pages:254
Description: Segala puji-pujian, sanjungan dan kesyukuran hanya untuk Allah 'Azza wa-Jalla Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam sentiasa terlimpah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam serta segenap keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat. Alhamdulillah, dengan 'inayah dan taufiq dari Allah Subhanahu wa Ta'ala buku "Bid'ah Menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah" dapat disiapkan. Semoga para pembaca yang budiman dapat menjadikan buku ini sebagai bahan untuk menimba ilmu. Mudah-mudahan juga ia akan membantu meningkatkan ilmu-ilmu syara terutamanya yang berkaitan dengan persoalan bid'ah kerana sebagaimana yang telah dimaklumi, bid'ah adalah penyebab kerosakan amal dan menjadi punca utama berlakunya kesyirikan kepada akidah seseorang mukmin. Buku ini dipadatkan dengan hujjah-hujjah dari al-Quran, hadis-hadis yang sahih, fatwa-fatwa ulama muktabar dan beberapa penjelasan tentang hukum bid'ah dan kesesatannya yang dikutip dari kitab-kitab para ahli ilmu yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah mengikut manhaj Salaf as-Soleh. Apa yang penulis harapkan ialah agar buku ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca di samping menambahkan lagi bahan-bahan bacaan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada diri sendiri khususnya serta dapat dikongsi manfaatnya bersama seisi keluarga dan seterusnya masyarakat awam yang kehausan ilmu-ilmu agama umumnya. Melalui buku ini penulis mengajak para pembaca agar benar-benar meyakini bahawa agama ini telah sempurna kemudian mengenali dan memahami persoalan bid'ah serta ciri-cirinya supaya dapat menolak dan menghindarkan diri dari melakukan perbuatan bid'ah yang keji dan ditegah ini. Berkata Imam as-Syaukani rahimahullah: "Apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan agama-Nya (Islam) sebelum Nabi-Nya sallallahu 'alaihi wa sallam diambil (diwafatkan), mengapakah masih diterima pendapat yang diada-adakan oleh ahli