Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Cina
Document Sample


Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Cina
Persatuan Bahasa Cina telah menjalankan pelbagai aktiviti yang
memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan sepanjang tahun ini.
Pada bulan Januari, 2009, ahli-ahli telah didedahkan teknik-teknik
bersyarahan dan berpidato di khalayak ramai. Di samping itu, ahli-ahli
diperkenalkan teknik-teknik kaligrafi. Kesemua ini dapat mengcungkil bakat
ahli-ahli dalam bersyarahan, berpidato dan kaligrafi.
Pertandingan mendeklamasikan sajak juga diadakan di kalangan ahli-
ahli pada bulan Mac. Ahli-ahli persatuan dapat menghayati kesenian sajak.
Pada bulan Mei dan Jun, ahli-ahli menyertai pertandingan membina
kosa kata. Kumpulan yang menang diberi hadiah.
Pada bulan Julai dan Ogos, ahli-ahli menyaksikan video tentang cerita
rakyat. Ahli-ahli memperoleh nilai murni dan pengajaran daripada tayangan
tersebut.
Ahli-ahli persatuan berlakon di pentas dewan sekolah pada bulan
September dan Oktober. Setiap ahli diberi peranan masing-masing. Mereka
berkeyakinan ketika berlakon.
Aktiviti-aktiviti telah berjaya dijalankan di samping membawa
manfaat kepada setiap ahli. Semoga persatuan kami akan mengadakan
aktiviti tersebut pada tahun yang akan datang.
Yang menjalankan tugas, 30hb. Oktober 2009
(CHONG BIN HAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Cina,
SJK (C) Foon Yew 1,
Johor Bahru.
Related docs
Get documents about "