ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM80% NEWBIE YANG GAGAL MENJANA WANG

Shared by: xku55522
-
Stats
views:
44
posted:
6/1/2010
language:
Malay
pages:
39
Document Sample
scope of work template
							  ADAKAH ANDA TERGOLONG
DALAM 80% NEWBIE YANG GAGAL
 MENJANA WANG DARI INTERNET
KERANA TIADA LATAR BELAKANG
            IT?
Bersedia! Anda akan didedahkan rahsia bagaimana anda
boleh menguasai kemahiran dalam pemasaran internet
 yang telah diguna pakai oleh 20% newbie yang telah
                   BERJAYA....DAN


    "TAHNIAH! Anda Mendapat Update PERCUMA Bermula Hari Ini”
I       PENAFIAN UNDANG-UNDANG

II      NOTIS PENGEDARAN

III     PENGENALAN

ISI KANDUNGAN:

1. Mencipta Grafik Web

2. Kemahiran HTML

3. Kemahiran FTP

4. Memasang Web Script

5. Mengintegrasi Header Apabila Tiada Script Php

6. Mengubah Web Jualan Sedia Ada

7. Membina Download Link

8. Mencipta Text Link

9. Melindungi Folder Di Dalam Server

10. Setup Sistem Autoresponder

11. Mengaplikasi Sistem Pembayaran Online – Paypal

12. Mengawal Link Affiliate

13. Menguruskan Fail Dengan Betul

14. Membina Jenama

15. Mengkaji Pasaran

16. Membina Blog

17. Kempen PPC – Google Adword

18. Membina Minisite

19. Bersosial di Forum

SUMBER

KESIMPULAN
PENAFIAN UNDANG-UNDANG

Penulis tidak menjamin pembaca ebook dapat menghasilkan pendapatan secara online. Pendapatan dan
kejayaan yang diperolehi oleh penulis adalah bergantung kepada usaha dan ketekunan beliau sendiri.
Sebarang kejayaan atau kegagalan disebelah pihak pembaca adalah di bawah tanggungjawap pembaca
sendiri. Informasi di dalam ebook ini untuk kegunaan pembelajaran dan ditawarkan berdasarkan
budibicara dan tanggungjawap pembaca. Sebarang aktiviti melibatkan pembacaan dan tindakan
terhadap informasi di dalam ebook ini menunjukkan pembaca bersetuju dengan penafian ini.

NOTIS PENGEDARAN

Ebook ini boleh di edarkan secara percuma dengan syarat:

1. Anda tidak boleh mengubah mana-mana kandungan ebook ini dengan apa cara sekalipun
mengecualikan dengan kebenaran bertulis dari pihak penulis.

2. Anda tidak boleh menjual ebook ini, atau sebahagian maklumat dalam ebook ini tanpa kebenaran
bertulis dari pihak penulis.

3. Anda tidak mengubah hak penulis asal.

4. Sila hubungi pihak penulis jika anda mengetahui sebarang penyalah gunaan maklumat atau
kandungan dalam ebook ini secara langsung atau tidak di admin@manualnewbie.com. Jasa dan
keprihatinan dari pihak anda amatlah dihargai.
PENGENALAN

Sebagai seorang newbie, anda tidak dilahirkan dengan kemahiran mencipta download links, menarik
trafik ke website mahupun kemahiran menghasilkan sebuah website. Kemahiran dalam istilah
ringkasnya melibatkan perbuatan yang dilakukan dengan pengetahuan yang luas dan dilakukan dengan
cara yang betul dan tepat. Kemahiran tidak mempunyai batasan kecuali anda sendiri yang membataskan
kemahiran yang anda ingin miliki. Cara terbaik untuk memastikan kemampuan anda dalam sesuatu
kemahiran ialah dengan mencuba bagaimana untuk melakukannya.

19 Manual Newbie, ebook yang bakal menyingkap 19 kemahiran yang perlu dikuasai oleh newbie
sebelum melangkah lebih jauh kedalam bidang yang mereka inginkan dalam pemasaran online. Tanpa
perlu bertangguh lagi marilah kita menyingkap setiap kemahiran tersebut dan anda boleh menguasainya
dalam masa yang singkat. Salam Keusahawanan dari penulis.

1. MENCIPTA GRAFIK WEB

Kenapa anda perlu mencipta grafik sendiri? Anda perlu menghasilkan ecover, buttons untuk site anda
lebih kerap berbanding graphic web yang lain. Anda cuba untuk lari daripada mempelajari kemahiran ini,
dan jika anda sanggup membayar designer untuk setiap produk yang bakal anda hasilkan anda boleh
mengabaikan kemahiran ini. Tetapi, jika anda tidak berusaha untuk memahirkan diri dalam pengetahuan
grafik asas anda akan bersama-sama golongan yang mempunyai kemahiran grafik yang sangat teruk.
Apabila mereka perlu mencipta grafik sendiri disebabkan oleh kekurangan modal ataupun ingin
mencuba membina grafik sendiri, hasil grafik tersebut tidak professional meskipun produk yang ingin
dijual merupakan produk terbaik di pasaran. Grafik akan membantu anda dalam proses jualan.

Buat masa sekarang, adobe photoshop merupakan grafik program yang diguna pakai oleh majoriti
pereka grafik. Meskipun ada pelbagai program grafik lain tetapi PS merupakan yang terbaik buat masa
sekarang, paling mudah dan pelbagai ciri-ciri yang dapat membantu anda menghasilkan grafik terbaik
untuk produk anda.

Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya dalam kepala anda sekarang ialah bagaimana untuk
belajar mengenai Adobe Photoshop dan menghasilkan grafik?

Saya mencadangkan selain daripada menyertai beberapa forum yang berkaitan dengan Adobe
Photoshop anda juga boleh mendapatkan:

Luvlee – Grafik Jualan
Anda boleh melawat website tersebut dengan klik link dibawah:
http://www.grafikjualan.com

Saya belajar bagaimana mencipta headers, banners, order buttons dan pelbagai lagi kemahiran grafik
dari satu sumber sahaja. Melalui grafikjualan.com ini saya memperolehi video tutorial yang
memudahkan proses pembelajaran dan dalam masa yang sama memperolehi pelbagai professional
action script untuk ecover/cd/box.
Dalam masa yang sama pelbagai produk grafik siap untuk diguna sudahpun berada dipasaran. Mengapa
memilih produk grafik sebegini? Sebenarnya beberapa grafik seperti butang jualan mempunyai bentuk
dan format yang hampir sama jadi dengan kewujudan grafik sedia untuk diguna lebih mudah dan
menjimatkan masa. Antara produk grafik sedia ada yang boleh anda miliki:

Najmi – 7Dollar Graphic Pack
Anda boleh melawat website tersebut dengan klik link dibawah:
http://www.manualnewbie.com/saranan/graphicpack/

==================================================================================

2. KEMAHIRAN HTML

Mengapa anda perlu mempelajari HTML? Sebagai newbie, kemahiran HTML amatlah perlu semasa anda
ingin mengubah web page. Meskipun ada pelbagai sebab lain mengapa anda perlu mempelajari HTML
tetapi sebab utama merupakan satu keperluan yang tidak boleh dinafikan oleh anda.

Tidak mempunyai kemahiran teknikal dan IT? Ini bukanlah alasan untuk anda melarikan diri dari
mempelajari HTML. Anda patut mencubanya memandangkan HTML lebih mudah dari algebra. Ianya
merupakan sistem programming yang bila anda mahir serba sedikit tentang asas HTML anda akan mula
berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam HTML. Mempelajari bagaimana HTML beroperasi
akan menambah minat anda untuk mempelajari langkah demi langkah dalam programming dan
memahirkan diri dalam php.

Saya tidak mampu menekankan betapa mudahnya HTML. Sebagai rujukan, saya mahu anda meneliti
beberapa contoh HTML mudah yang merupakan sumber rujukan persendirian saya:

Kebarangkalian:

Dalam HTML, jika code tersebut sebegini:

<center><u><b> Kebarangkalian </b></u></center>

<center><u><b> tags yang berada di bahagian hadapan merupakan pembukaan bagi code html dan
mewakili fungsi “center”, “underline” dan “bold”.

Perkataan “Kebarangkalian” akan dilihat seperti dibawah:

                                           Kebarangkalian

</b></u></center> tags yang berada di bahagian akhir merupakan penutup bagi code ini. Anda akan
temui setiap penutup code akan diwakili oleh tanda “/”.

Anda boleh mencuba membentuk code html center,underline dan bold secara individual seperti contoh
dibawah:

1. Bold (hitamkan) perkataan kebarangkalian:
<b>Kebarangkalian</b>

Html diatas akan membentuk perkataan seperti dibawah:

Kebarangkalian
Ini hanyalah merupakan contoh-contoh asas yang perlu diketahui dan banyak lagi teknik HTML yang
lebih kompleks dapat anda pelajari apabila anda telah menguasai asas HTML. Meskipun sekarang banyak
perisian yang membantu kita menghasilkan website tanpa pengetahuan HTML seperti perisian NVU.
Tetapi adalah WAJIB untuk anda sekurang-kurangnya mengetahui asas dalam HTML. Untuk
pembelajaran HTML, saya mengesyorkan anda mendapatkan:

Mazlie Nadzri – Panduan HTML
Anda boleh mendapatkan ebook tersebut dengan klik banner dibawah:




Melalui ebook ini, banyak pengetahuan asas berkaitan HTML yang dapat kita pelajari malahan ianya
akan membantu anda mempercepatkan proses memahirkan diri dengan HTML.
==================================================================================
3. KEMAHIRAN FTP (FILE TRANSFER PROTOCOL)

Kenapa kita perlu memiliki kemahiran FTP? Ini kerana anda perlu mengupload fail seperti sales page ke
server anda dan disinilah kemahiran FTP diperlukan. FTP merupakan kemahiran mudah yang perlu anda
miliki sebelum anda mempelajari kemahiran yang lain. Untuk kemahiran FTP ini saya akan menggunakan
perisian FTP percuma iaitu FileZilla, anda boleh mendapatkan perisian percuma ini disini:

http://filezilla-project.org/download.php

Anda boleh menggunakan pelbagai perisian FTP yang lain tapi saya mengesyorkan FileZilla kerana ianya
percuma!!!

Kebanyakkan perisian FTP adalah hamper sama, jadi dengan memiliki kemahiran FTP ini anda tidak akan
menghadapi sebarang masalah dengan perisian FTP yang lain. Sebelum menggunakan perisian FTP anda
perlu mengetahui host address, username dan password untuk server anda. Kebiasaannya, host name
mestilah dalam bentuk sebegini:

ftp.namadomain.com

Anda mestilah menggunakan username dan password yang anda perolehi semasa mendaftarkan
hosting. Jika anda tidak menerima sebarang maklumat mengenai hosting yang anda sewa, sila hubungi
penyedia hosting anda. Mereka menyimpan maklumat berkaitan hosting dan pastikan anda tidak
berkongsi maklumat berkaitan dengan hosting dengan orang lain. Pada bahagian port anda boleh
masukkan nombor 21 sebagai default ftp.




Ketika proses uploading, pastikan anda double click pada folder public_html. Ini akan membawa anda
kepada fail-fail utama dimana anda akan upload fail dari hard disk ke folder ini.

Tips untuk FTP:

1. Ketika proses uploading, pastikan anda memindahkan fail menggunakan mode yang betul. Semua fail
dalam format html hendaklah diupload dalam mode automatic. Manakala, untuk fail dalam format php
hendaklah diupload menggunakan mode “ASCII” dan untuk fail gambar ((.jpg, .gif, .png, etc.) hendaklah
diupload menggunakan mode binary. Adalah penting untuk memastikan anda mengupload fail dalam
mode yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah pada website anda.

Dengan menggunakan FileZilla anda boleh mengubah mode tersebut dengan pergi ke page utama
FileZilla dan klik tab “transfer” Transfer type pilih mode.
2. Untuk mengupload fail menggunakan FTP, anda hanya perlu memilih fail di hard disk yang ingin
ditransfer dan klik fail tersebut, dan “drag” ke folder di dalam server. Anda juga boleh mengupload file
dari server ke hard disk anda.

3. Sesetengah fail terutama sekali fail dalam bentuk script, perlu di chmod. Apakah chmod? Secara
asasnya, chmod merupakan proses menentukan sama ada fail itu boleh diubah oleh orang lain ataupun
tidak. Level chmod yang biasa digunakan ialah 777,755 dan 644. Saya tidak akan menerangkan maksud
nombor-nombor ini.

Dengan menggunakan Filezilla, pilih fail yang ingin anda chmod dan klik kanan File Attributes:-




Kemudian, pilih larangan untuk fail yang anda pilih:
4. Anda juga boleh membuat folder baru di bahagian server menggunakan FTP. Dengan menggunakan
Filezilla, klik kanan pada ruang kosong di bahagian atas sekali dan pilih “create directory”:




Kemudian, taipkan nama folder baru tersebut dan klik OK:
4 tips ini merupakan kemahiran asas yang perlu di ketahui oleh newbie. Anda akan mahir menggunakan
FTP apabila anda kerap menggunakannya dan anda akan bersetuju dengan saya bahawa FTP merupakan
perisian yang sangat mudah untuk difahami.

Untuk pembelajaran FTP yang lebih terperinci, saya mengesyorkan anda mendapatkan:

Mohd Zulfadli bin Suddin – Panduan FTP
Anda boleh mendapatkan ebook tersebut dengan klik link dibawah:
http://panduanftp.com/

Melalui ebook ini, banyak tutorial berkaitan FTP yang dapat kita pelajari malahan ianya akan membantu
anda mempercepatkan proses mendalami kemahiran FTP.

Anda boleh mendapatkan hosting 1GB, 20GB Bandwitdh dan satu domain percuma pada harga RM100
setahun. Sila hubungi saya di admin [at] manualnewbie.com untuk harga istimewa ini. Untuk
mengetahui keseluruhan pakej anda bolehlah melayari:

Profit Hoster Hosting

==================================================================================
4. MEMASANG WEB SCRIPT

Ramai usahawan internet tidak mengaplikasikan kemahiran ini dengan sebaiknya kerana kewujudan
Fantastico di dalam cpanel hosting mereka. Secara peribadi, saya memperuntukkan masa
sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk memasang pelbagai jenis script. Fantastico banyak
membantu dalam proses memasang script secara automatic. Tetapi, tidak kesemua script yang kita
gunakan boleh di pasang menggunakan bantuan Fantastico. Setiap script adalah berbeza dan
memerlukan pelbagai step untuk proses pemasangan. Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah
pemasangan yang sama. Contohnya, kita ingin memasang script “UltraAffiliate Pro”, jangan mencari
nama script ini di Google kerana ianya hanya script ciptaan untuk tutorial ini.
Untuk script ini, langkah-langkah untuk proses pemasangan ialah:

1) Cipta SQL Database
2) Ubah config.php fail dengan maklumat DB
3) Upload fail ke hosting
4) Run install.php fail

Adakah anda sudah pening kepala dengan arahan diatas? Jangan risau, tarik nafas anda dan hembus
perlahan-lahan. Memasang script adalah lebih mudah dari memasak seandainya anda memahami apa
yang perlu dilakukan pada setiap langkah.

Langkah Pertama: Mencipta SQL Database

Di dalam cpanel anda akan temui icon ini di bahagian Databases:




Klik pada icon ini, dan masukkan nama Database yang anda ingin cipta dan klik create database.




Selepas, database di cipta, klik button “go back”, dan sekarang kita ingin cipta “user” untuk database ini.
Masukkan nama user dan password kemudian tekan “create user”:




Setelah user berjaya di cipta, sila tekan “go back”. Kita perlu memasukkan user kepada database yang
telah kita cipta. Jadi, pilih nama user dan database yang betul untuk di tetapkan:-
Pastikan anda memilih “all privilege” selepas menekan butang “add”.

Jadi setelah database berjaya di cipta, anda perlulah mengingati nama database, username dan
password yang anda telah tetapkan untuk database tersebut. Jadi itu sahaja yang perlu anda lakukan
untuk mencipta database.

Langkah Ke Dua: Ubah config.php fail dengan maklumat DB

Kebanyakkan config.php file mengandungi butiran yang hampir sama seperti di bawah:

$host = "localhost";
$dbuser = "username_here";
$pass = "";
$dbname = "database_name";

Kebiasaannya, $host mewakili “localhost”, jika ianya tidak berfungsi sila rujuk perkara ini kepada pemilik
hosting untuk kepastian.

$dbuser (database user) dan $dbname (dataset name) mestilah sama dengan user yang kita cipta seperti
di langkah pertama tadi.

Jika anda perhatikan setiap $dbuser dan #dbname akan diwakili oleh prefix. Contoh database saya:

$host = "localhost";
$dbuser = "catzer_test1";
$pass = "ex123";
$dbname = "catzer_test1";

Prefix bagi contoh ini ialah “catzer_”

Pastikan anda “save” setiap kali membuat sebarang perubahan pada fail ini.

Langkah Ke Tiga: Upload fail ke hosting

Langkah seterusnya ialah mengupload (memindahkan) fail anda ke web server. Sebagai contoh kita akan
create folder “contoh” dalam folder public_html. Pastikan anda mengupload dengan menggunakan
mode yang betul untuk setiap jenis fail.

Langkah ke Empat: Run install.php fail
Untuk langkah terakhir ini, saya akan menggunakan domain catzer.com sebagai contoh. Saya telah
membuat folder baru iaitu “contoh” pada level utama iaitu di public_html. Jadi, url untuk proses
pemasangan script ini ialah:

http://www.catzer.com/contoh/install.php

(Link ini tidak aktif, ianya hanyalah contoh untuk tutorial ini)

Jadi anda sudahpun mendapat gambaran bagaimana kemahiran ini dapat dipraktiskan untuk
pemasangan script UltraAffiliate Pro.

Kebanyakkan web-based install page akan mendapatkan SQL Databases secara automatic dan
melakukan proses pemasangan script sehingga berjaya. Ataupun, ada sesetengah web-based install page
yang memerlukan anda memasukkan informasi berkaitan database admin/password dan kemudian anda
perlu menekan button “enter/next” secara manual.

Setelah proses pemasangan script berjaya, anda wajib membuang fail “install.php” tersebut demi
keselamatan. Jika anda memahami pemasangan script yang asas ini saya percaya anda bersedia untuk
mempelajari script yang lebih sukar lagi.
==================================================================================
5. MENGINTEGRASI HEADER APABILA TIADA SCRIPT PHP

Mungkin anda merasakan kemahiran ini tidak perlu, tetapi hakikatnya apabila anda perlu menukarkan
setiap page minisite produk anda, kemahiran ini akan membantu.

Langkah-langkah untuk mengintegrasi header:

i) Buka program notepad, dan save fail sebagai header.php. Pastikan anda memilih save as type: “All
files”.
Kemudian, pada php script yang ingin anda masukkan header.php, cari line selepas <?php atau <? dan
masukkan code php ini: include “header.php”

Save fail php tersebut dan sebelum melakukan perkara yang sama pada php fail yang lain, pastikan
tambahan “include “header.php”” tidak menimbulkan sebarang kesilapan pada page tersebut.

Apabila ianya melibatkan fail “header”, anda boleh memasukkan text, html dan juga links. Anda boleh
lihat contoh dibawah:

 Contoh 1:
              <center><img src=http://www.catzer.com/images/catzer.jpg></center>


Contoh 1 akan menghasilkan header yang mempunyai gambar catzer.jpg, fail ini tersimpan dalam
catzer.com server. Dalam erti kata yang lain anda akan dapat melihat gambar ini berada pada bahagian
atas muka surat script tersebut.


 Contoh 2:
                          <center><h3>Header anda Disini!</h3><center>



Contoh 2 akan menghasilkan tulisan sebegini Header     anda Disini!
 Contoh 3:
 <center><a href=”http://www.original-eproducts.com”>Klik Disini Untuk Ke AB.com</a></center>


Contoh 3 akan menghasilkan hyperlink, dimana tulisan yang diklik akan terus ke webpage yang anda
telah tentukan.

                                    Klik Disini Untuk Ke AB.com

Saya harap, anda sudah dapat mengambarkan apa yang mampu anda lakukan terhadap fail “header”
tadi dan bagaimana mahu mengintegrasi setiap code ke dalam “header.php”. Kadangkala sesetengah
script tidak membenarkan anda mengintegrasi fail header, namun kebanyakkan script
membenarkannya. Jadi anda tidak perlu risau !!! Pastikan anda memilih script yang sesuai dengan
keperluan halaman web anda.

==================================================================================

6. MENGUBAH WEB JUALAN SEDIA ADA

Mempunyai kemahiran mengubah web jualan sedia ada merupakan satu kemahiran yang sangat mudah
tetapi amat diperlukan. Ianya satu kenyataan yang mungkin anda cuba nafikan. Tetapi, jika suatu masa
nanti anda perlu mengubah web jualan sedia ada untuk produk jualan balik anda perlu mengubah web
jualan tersebut sejajar dengan keperluan anda sebagai penjual.

Kebanyakkan produk yang mempunyai lesen jual balik didatangi dengan web jualan sedia ada dimana
anda berhak untuk mengubah web jualan tersebut. Jika anda tidak pasti sama ada web jualan tersebut
boleh di ubah atau tidak anda bolehlah menghubungi pemilik asal produk tersebut.

Bersedia untuk mengubah web jualan sedia ada......

Buka fail web jualan tersebut menggunakan Dreamweaver ( atau apa-apa perisian HTML editor),
gantikan beberapa informasi berkaitan anda, tambah atau ubah web jualan tersebut mengikut
keperluan anda dan jangan lupa untuk menyimpan fail tersebut untuk di upload ke server anda.

Jika anda menggunakan Microsoft Word sebagai HTML editor, perisian ini akan menambah smart tags,
xml references dan pelbagai lagi kod yang tidak perlu ke kod HTML anda. Kod yang tidak diperlukan ini
akan menambah 2 kali ganda saiz asal fail anda dan ianya mengambil masa untuk di upload oleh pelawat
laman web anda. Saya mengesyorkan anda menggunakan Dreamweaver kerana perisian ini akan
membuang kesemua kod yang tidak diperlukan dan menjadikan fail anda lebih mudah di buka oleh
pelawat.
==================================================================================

7. MEMBINA DOWNLOAD LINK

Kali pertama saya mengenali internet marketing, saya tidak mengetahui langsung bagaimana membina
download link. Ianya sangat mudah dan senang untuk dilakukan. Anda hanya perlu mengupload fail
contohnya, fail downloadkit.zip ke fail bernama teknik2000 server anda. Pastikan anda upload ke folder
yang betul. Contohnya sy ingin mengupload downloadkit.zip ke domain panduanseo.com. Download link
akan kelihatan seperti ini:

http://www.panduanseo.com/teknik2000/downloadkit.zip

Pastikan nama folder dan produk untuk di download tidak mudah untuk di teka oleh sesiapa sahaja ini
kerana nama yang mudah untuk diteka akan memudahkan orang lain mencuri produk anda.
==================================================================================
8. MENCIPTA TEXT LINK

Anda mungkin banyak kali melihat url sebegini di forum ataupun signature dalam email:

http://www.panduanseo.com
Ianya tidak kelihatan menarik dan anda juga tidak berminat untuk klik pada link tersebut. Bagaimana jika
saya mengubahnya ke bentuk text link yang lebih menarik sebegini:

                            Rahsia Menjadi Guru SEO Dalam 7 Hari Disini!!!

Anda hanya perlu mengetahui asas HTML kod, untuk contoh di atas saya menggunakan kod ini:



       <a href=”http://www.panduanseo.com”>Rahsia Menjadi Guru SEO Dalam 7 Hari Disini!!!</a>


Penerangan tentang setiap kod ialah:

<a href=    Kod untuk membuka anchor tag.

“http://www.panduanseo.com”        Ini merupakan link dimana pelawat akan di bawa apabila mereka klik
pada text link.

Rahsia Menjadi Guru SEO Dalam 7 Hari Disini!!!      Ini ialah text link yang digunakan dan ianya
merupakan perkataan yang dilihat dalam laman web anda.

</a>     Kod untuk menutup anchor tag.

Setelah anda mencipta text link, anda boleh letakkannya dimana sahaja sama ada di email signature
ataupun laman web anda.
==================================================================================
9. MELINDUNGI FOLDER DI DALAM SERVER

Kadangkala, hacker akan sentiasa cuba mengodam isi kandungan di dalam server anda dengan
memotong sebahagian url yang mereka temui di dalam laman web anda.

Contohnya, saya memberikan download link ini kepada pelanggan:

http://www.panduanseo.com/teknik2000/downloadkit.zip

Jika mereka memotong url itu kepada ringkasan:

http://www.panduanseo/teknik2000

Mereka akan menemui pelbagai fail lain dalam folder tersebut dan besar kemungkinan mereka akan
cuba menyelongkar keseluruhan server anda. Cara yang mudah untuk mencipta password untuk
melindungi folder anda ialah dengan membina satu fail index.html di dalam folder tersebut. Setiap kali
hacker cuba untuk memasuki folder tersebut, mereka akan dibawa ke halaman index.html tersebut.
Lebih menarik lagi anda boleh meletakkan halaman sign-up untuk ezine ataupun apa sahaja halaman
yang sesuai.
Cara terbaik untuk melindungi download page anda ialah dengan menggunakan script berbayar seperti
DLGuard dan EasyDownload Protector( EDP). Anda boleh mendapatkan produk tersebut disini:

http://www.dlguard.com/dlginfo/index.php
http://www.easy-download.com/

Jika anda mempunyai membership site yang menawarkan pelbagai produk kepada ahli sahaja, saya
syorkan anda menggunakan script amember:

http://www.amember.com/

Untuk mereka yang tidak mampu untuk membuat pelaburan yang banyak untuk download page, saya
mengesyorkan satu produk local dari saudara Meor Shukri. Saya sendiri sudah mencuba produk ini untuk
web jualan pelanggan yang mahukan laman web download mereka lebih selamat. Anda boleh
mendapatkan produk tersebut pada harga yang mampu anda miliki:

http://www.downloadpage2u.com/

Sayangilah produk anda dan lindungi laman web download anda dengan cara yang lebih mudah dan
efisyen.
==================================================================================
10. SETUP SISTEM AUTORESPONDER

Saya tidak akan menceritakan apa itu autoresponder, namun secara asasnya kita perlukan sistem
autoresponder sekiranya anda ingin memiliki senarai email (mailing list). Fungsi autoresponder ini
memudahkan anda untuk menghubungi mereka yang berada dalam mailing list anda dengan hanya
menekan satu butang sahaja.

Saya menggalakkan anda memiliki autoresponder berbayar seperti Aweber dan Getresponse jika anda
serius ingin membuat duit secara online. Pastikan autoresponder sistem itu menyediakan double opt-in,
ini bermakna anda boleh mendapatkan email pelanggan yang berpotensi pada masa hadapan meskipun
mereka tidak membeli produk anda sekarang dan link unsubscribe sentiasa berada dalam setiap email
yang anda hantar kepada mailing list anda.

Jika anda ingin mendapatkan autoresponder berbayar, bolehlah rujuk disini:-

Aweber:




Getresponse:
Anda patut bersyukur kerana ada rakan internet marketer yang memberikan ebook percuma berkaitan
membina kempen menggunakan autoresponder, Getresponse. Jadi serba sedikit memudahkan anda
menguasai kemahiran ini dengan lebih cepat. Anda boleh dapatkan ebook tersebut disini:

Mazlie Nadzri – Panduan Setup Getresponse
Anda boleh mendapatkan ebook tersebut dengan klik ecover dibawah:




==================================================================================
11. MENGAPLIKASI SISTEM PEMBAYARAN ONLINE – PAYPAL

Saya mengenali paypal seawal tahun 2006, iaitu semasa ingin membuat pembayaran untuk produk DVD
yang saya beli dari Korea. Pertama kali masuk ke site paypal untuk membuat pembayaran agak
mendebarkan kerana pertama kali membuat transaksi online. Pembayaran mudah dan cepat, malahan
produk yang saya beli boleh disemak tarikh dan masa penghantaran melalui paypal. Produk itu kini
menjadi koleksi berharga buat rakan saya. Ya, pembelian online buat kali pertama merupakan hadiah
buat rakan saya.

Kemahiran mengaplikasikan paypal sangat penting dalam memastikan proses pembayaran dan
penghantaran produk berjalan dengan lancar. Apa yang anda perlukan untuk membuat satu akaun
paypal ialah:

i) Satu akaun email
ii) Debit card atau credit card (Saya mengesyorkan Debit Card Public Bank)
iii) Wang di dalam debit card atau credit card (Sekurang-kurangnya RM50)

Anda perlu mengisi form ini untuk memohon akaun paypal:

https://www.paypal.com/cgi-bin/webscr?cmd=_registration-run
Disini saya ingin kongsi satu tips yang telah memberi keuntungan kepada saya melebihi RM10k dalam
masa 2 tahun ini, iaitu bagaimana anda boleh memperolehi 100% pembayaran ke akaun anda dengan
mendaftarkan akaun paypal persendirian. Namun harus di ingatkan bahawa akaun persendirian ini
mempunyai limit menerima pembayaran menggunakan credit card.

Untuk akaun persendirian, anda boleh menerima pembayaran dari akaun paypal yang lain tanpa
dikenakan charge seperti akaun yang lain. Jangan sesekali menerima pembayaran menggunakan credit
card melalui akaun persendirian kerana akaun ini hanya boleh menerima 5 kali pembayaran
menggunakan credit card jadi saya risau anda tidak menyedari bahawa akaun anda sudah mencecah
limit dan anda masih menerima pembayaran menggunakan credit card. Ini akan menyebabkan anda
mengalami masalah untuk meminta pelanggan menghantar bayaran dengan menggunakan dana dari
paypal akaun sahaja.

Saya mempunyai 2 akaun paypal iaitu persendirian dan perniagaan, jadi bila ada pelanggan yang ingin
membuat bayaran menggunakan credit card saya akan memberikan email paypal perniagaan. Anda
boleh pilih sama ada ingin menggunakan akaun persendirian ataupun perniagaan bergantung kepada
keperluan semasa anda.




Saya akan berkongsi sedikit pengetahuan asas berkaitan dengan menerima dan membuat bayaran
melalui akaun paypal:

Menerima Pembayaran:

Si A membeli produk digital dari saya dan ingin menggunakan dana paypal sebagai bayaran. Jadi, saya
memberikan email paypal persendirian saya untuk memudahkan pembayaran. Ada 3 cara bagaimana
saya boleh memperolehi bayaran dari A:

i)     Menghantar email paypal saya kepada beliau
ii)    Menghantar invoice bayaran menggunakan sistem paypal
iii)   Menyediakan butang “BUY NOW” menggunakan paypal pada website saya.
Jika menggunakan cara biasa saya akan menghantarkan email paypal tersebut secara terus. Manakala
untuk cara ke dua saya akan menggunakan fungsi “request money”:




Saya akan memasukkan email paypal pembeli untuk meminta bayaran daripadanya. Anda boleh pilih
sama ada ingin menggunakan fungsi request ataupun create an invoice.

Untuk cara ketiga anda boleh menggunakan fungsi “merchant services” untuk menyediakan “buy now
button”




Apabila anda sudah menerima pembayaran, transaksi berkaitan akan di senaraikan pada akaun anda.
Pastikan anda membuat verifikasi akaun paypal supaya tiada limitation dalam berurusan secara online.
Anda hanya perlu memasukkan nombor debit card dan mengesahkan anda pemilik debit card tersebut,
proses verifikasi mengambil masa dalam seminggu untuk diselesaikan.

Membuat Pembayaran:
Proses membuat pembayaran adalah hampir sama dengan proses menerima pembayaran. Yang berbeza
hanyalah beberapa fungsi di dalam paypal yang patut anda gunakan. Untuk membuat pembayaran,
pastikan dana paypal anda cukup, jika tidak nilai yang tidak cukup itu akan di kenakan pada debit card
atau credit card anda. Gunakan fungsi “send payment” dan masukkan email paypal penjual, jumlah
bayaran dan tandakan bayaran tersebut sama ada untuk produk ataupun servis. Kemudian tekan butang
“continue”.




Anda juga boleh menghantar pembayaran untuk pembelian barangan di ebay dengan memasukkan ebay
userid dan password:




Bagi yang aktif dalam perniagaan ebay sememangnya mereka memerlukan akaun paypal yang aktif dan
akaun tersebut hendaklah di link kan dengan akaun ebay mereka. Saya tidak berapa aktif dengan
perniagaan ebay namun saya mempunyai tugas sebagai pembantu pakcik saya menguruskan akaun ebay
beliau. Jadi sedikit sebanyak pengetahuan paypal perlu ada dalam memastikan pembayaran diterima
dan barang yang di beli sampai ke rumah saya dengan selamat. Pengalaman saya bersama paypal
mungkin akan membuatkan anda tidak mahu menggunakan paypal sebagai medium pembayaran. Tetapi
pengalaman tersebut tidak pernah menjadi alasan untuk saya menutup akaun saya sekarang.
Mungkin banyak lagi persoalan tentang paypal sedang berlegar-legar diminda anda sekarang. Jika
mahukan maklumat yang lebih terperinci berkaitan paypal anda boleh dapatkan video berkaitan paypal
disini:

Ahmad Adnin – Video Panduan Asas Paypal
Anda boleh mendapatkan video tersebut dengan klik ecover dibawah:




Saya yakin anda mampu menjadi pakar dalam mengaplikasikan sistem paypal dalam masa 24 jam sahaja.
(Itupun, jika anda sudah memiliki akaun paypal)

==================================================================================

12. MENGAWAL LINK AFFILIATE

Jika anda seorang yang aktif mempromosikan program affiliate, anda perlulah mengetahui bagaimana
untuk menjaga dan mengawal link affiliate anda.

Kepentingan menjaga link affiliate ialah jika berlaku “dead link” disebabkan oleh penukaran server,
penukaran hak milik program affiliate ataupun program affiliate baru ditawarkan. Anda telahpun
mempromosi link affiliate tersebut dan adalah mustahil untuk memperbetulkan semula kesemua “dead
link” tersebut. Oleh yang demikian anda perlukan teknik yang boleh membantu anda mengubah link
affiliate lama ke link affiliate baru tanpa perlu memperbetulkan kesemua link satu persatu.

Disini saya akan tunjukkan bagaimana anda mampu menjaga dan mengawal link affiliate anda dan
mengelakkan anda dari mengalami kerugian kerana sistem affiliate yang tiba-tiba sahaja bertukar.

Cipta satu direktori didalam server anda dan namakannya dengan satu nama yang pendek seperti; r. Jika
domain anda ialah serversaya.com, jadi directori tersebut mestilah dalam format sebegini:

serversaya.com /r

Ataupun anda boleh mendaftarkan domain baru seperti www.sayasuggest.com
Kemudian untuk setiap link affiliate, anda cipta sub-directori, contohnya:

Untuk produk affiliate Panduan Minisite saya akan mencipta sub directori; pm

http://www.sayasuggest.com/r/pm

Kemudian saya akan memasukkan fail index.html kedalam sub directori ini dan menggunakan “META
forward command”. Oleh yang demikian setiap visitor yang melawat sayasuggest.com/r/pm akan
dibawa ke laman utama Panduan Minisite melalui affiliate link saya.

Ianya sangat mudah untuk mencipta fail index.html, anda boleh gunakan kod dibawah:

<html>
<head>
<title></title>
<meta http-equiv="Refresh" Content="0;URL=http:// XXXXXXXXXXXX ">
</head>
<body bgcolor="#ffffff" text="#000000" link="#0000ff" vlink="#800080" alink="#ff0000"
oncontextmenu="return false">
</body>
</html>

Hanya gantikan XXXXXXXXXXXX dengan link yang ingin anda gunakan. Anda mungkin diperkenalkan
dengan pelbagai cara seperti menyembunyikan link affiliate, encode link dan sebagainya dalam usaha
mengelakkan komisyen anda dicuri. Tapi sekarang anda boleh menggunakan teknik mudah ini untuk
mengawal link affiliate anda secara berkesan dan senang.

==================================================================================

13. MENGURUSKAN FAIL DENGAN BETUL

Sebagai seorang newbie tidak dapat dinafikan kita akan mendownload apa sahaja yang diberikan secara
percuma ataupun berbayar. Permulaan sebagai newbie, kita percaya dengan memiliki segala jenis ebook
kita akan lebih mudah menguasai pemasaran internet dengan lebih mudah dan cepat. Namun
hakikatnya tanpa kita sedari longokkan ebook di dalam hard disk kita boleh menyebabkan minda kita
tepu dan akhirnya kita gagal menghasilkan sebarang pendapatan online.

Bagi mengatasi masalah ketepuan ini adalah di galakkan anda belajar dan mempraktiskan cara
menguruskan fail dengan betul. Pastikan fail-fail yang anda miliki disusun betul mengikut “niche”
masing-masing dan disimpan di dalam folder yang senang untuk anda cari kembali di kemudian hari. Dari
pengalaman saya sendiri sebagai seorang newbie, menguruskan fail-fail masuk ke dalam folder yang
betul bukanlah kerja yang mudah apatah lagi jika anda mempunyai fail-fail penting selain dari
pemasaran internet. Disini saya kongsikan beberapa teknik pengurusan fail yang saya aplikasikan
sehingga sekarang:

i) Setiap produk saya akan asingkan mengikut kategori; ebook, audio, video,software.
ii) Untuk kategori ebook saya akan asingkan bergantung kepada niche pemasaran internet seperti
affiliate marketing, email marketing, PPC, MRR, RR, PLR dan sebagainya.

Contoh:

1.1 Ebook
1.2 Video
1.3 Audio
1.4 Software
........
1.1.1 PPC
1.1.2 Affiliate Marketing
1.1.3 Copywriting
........

Mengapa anda perlu menguruskan fail dengan betul? Ini bukan sahaja memudahkan anda mencari fail
tersebut ketika perlu malahan mengelakkan anda dari mendownload produk yang sama berulang kali.
Jika anda mempunyai ruang hard disk yang kecil, pastikan anda simpan fail-fail tersebut ke dalam format
DVD.

Anda juga boleh menggunakan sistem index sendiri dengan mencipta satu sistem menggunakan excel.

==================================================================================

14. MEMBINA JENAMA

Ketika saya mempelajari subjek marketing semasa tahun akhir di university, tumpuan saya lebih kepada
bagaimana syarikat seperti McD, KFC,Pizza, Levis, Nike, Adidas dan banyak lagi syarikat mampu
menghasilkan jenama mereka sendiri. Contohnya, jika kita melihat produk yang mempunyai 3 garisan
apa yang terlintas di kepala kita ialah Adidas. Kemudian setiap kali kita makan ayam goreng dan menjilat
jari, kita pasti akan tersenyum dan teringat kepada kesedapan ayam goreng di KFC.

Jadi, membina jenama juga wujud dalam pemasaran internet dan ianya merangkumi penjenamaan
nama seseorang dan juga produk. Jika anda mengenali Irfan Khairi, apakah perkara pertama yang anda
bayangkan apabila seseorang menyebut nama beliau? Mungkin ada yang membayangkan jejaka hensem
yang sudah mempunyai keluarga ataupun himpunan wang ringgit dan kehidupan yang mewah.
Bagaimana anda mampu membina jenama anda sendiri? Anda mampu melakukan penjenamaan dengan
menggunakan produk ataupun servis. Jika anda merupakan seorang programmer yang mahir mencipta
pelbagai program yang dapat membantu rakan usahawan internet pastinya nama anda akan
dijenamakan sebagai programmer ataupun produk yang dihasilkan. Saya mengambil contoh seorang
rakan yang menyediakan perkhidmatan hosting di Malaysia iaitu Mie. Jika saya menyebut nama beliau
tanpa “jenama” mungkin ramai akan bertanya “Yang mana satu ni?” “Siapa tu?” Tapi jika saya letakkan
jenama dihadapan nama beliau pasti ramai yang mengenali beliau. Apakah jenama yang digunakan oleh
Mie? Rakan saya ini lebih dikenali sebagai Mie Planhoster. Planhoster merupakan penjenamaan
produk/servis yang beliau tawarkan. Oleh yang demikian anda mampu menghasilkan penjenamaan yang
boleh membantu anda menjadi istimewa dari nama biasa.

==================================================================================
15. MENGKAJI PASARAN

Kewujudan pelbagai produk jualan dipasaran amatlah membimbangkan apabila kebanyakkan produk
tersebut tidak mampu bersaing dengan produk-produk lain. Sebagai contoh, pelbagai produk yang dijual
adalah hampir sama dan tidak mempunyai banyak kelainan. Malahan dari segi harga kebanyakkan
produk terlalu “overprice” dan ianya tidak akan kekal lama dalam pasaran. Bukan kerana harga tetapi
kerana penjual tidak dapat memberikan servis selepas jualan yang baik. Walau bagaimanapun banyak
juga produk yang terus kekal berada di pasaran dalam satu tempoh yang agak lama dan masih mendapat
sambutan.

Adalah penting sebagai seorang newbie untuk mengkaji pasaran sebelum meletakkan sebarang produk
ke pasaran. Ramai newbie yang gagal bukan kerana produk mereka tidak berkualiti tetapi kerana
kegagalan mereka mengkaji pasaran dengan betul. Ramai yang beranggapan mereka sudah arif dengan
pasaran tempatan dan pastinya mampu membuat jualan. Hakikatnya, apa jenis produk sekalipun jika
anda gagal mengkaji pasaran anda akan mengalami kerugian.

Bagaimana anda mampu mengkaji pasaran dengan betul dan sistematik? Kajian pemasaran boleh
dilakukan dengan melakukan kajian keyword. Jika anda mempunyai produk contohnya seperti panduan
bervideo minisite. Bagaimana anda ingin pastikan pasaran memerlukan produk tersebut. Jadi anda boleh
memulakan kajian pasaran dengan mencari jumlah keyword yang dicari di dalam enjin carian oleh
pelayar-pelayar internet. Anda boleh membuat kajian keyword dengan menggunakan:

i) Google Adword
Dalam google adwords ada keyword suggestions yang akan menyenaraikan keyword yang dirasakan
berkaitan dengan keyword asal yang kita masukkan. Ini boleh digunakan untuk membuat set of
keywords dalam ‘campaign’ yang kita ingin kita mulakan.

ii) Mengedarkan Borang Kajian
Pelajari bagaimana untuk menanyakan soalan yang betul kepada prospek pasaran niche anda supaya
anda boleh mencipta produk yang betul untuk mereka dengan mengedarkan borang kajian. Anda boleh
mengedarkan borang kajian di forum, blog atau dimana sahaja anda rasakan sesuai. Bagaimana
menghasilkan borang kajian? Anda boleh menghasilkan borang kajian disini tanpa memerlukan skill
programming:

AskDatabase

Bagi mereka yang berminat dengan pemasaran niche, terutama sekali yang terlibat dengan rangkaian
affiliate seperti ClickBank, CJ, linkshare dan sebagainya anda boleh mendapatkan ebook penulisan
Amirul Faisyal dalam memilih niche yang sesuai untuk anda pasarkan.

Amirul Faisyal – Teknik Niche
Anda boleh mendapatkan ebook tersebut dengan klik ecover dibawah:
  ==================================================================================

16. MEMBINA BLOG

Blog merupakan medium perantaraan antara pemilik blogger dan pelayar-pelayar internet yang lain.
Boleh dikatakan hampir lebih 2/3 dari golongan celik IT mempunyai blog mereka sendiri. Tidak kira sama
ada blog tersebut ialah ialah blog peribadi, photoblog, videoblog ataupun blog perniagaan rata-rata
masyarakat Malaysia sudah memahami keperluan blog dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang
demikian adalah wajar untuk kita mempunyai kemahiran membina blog sama ada di platform percuma
seperti blogspot, wordpress.org ataupun platform berbayar. Disini saya akan menyelongkar serba sedikit
pengetahuan mengenai membina blog menggunakan blogspot ialah platform blog percuma milik Google
Inc.

i) Pergi ke website blogger (blogspot):

http://www.blogger.com/

Jika anda sudah mempunyai akaun gmail, anda boleh mendaftar blog anda dengan lebih mudah.
Masukkan email gmail dan password anda:
Selepas anda sign in, anda akan dibawa ke halaman di bawah, anda hanya perlu mengikuti
langkah-langkah dari 1 hingga 3:




Masukkan tajuk blog dan url yang anda kehendaki (pastikan url yang anda pilih masih ada dengang
menggunakan fungsi “check availability”.




Pilih template sedia ada, ada boleh mengubah template ini menggunakan fungsi edit html:
Selepas anda mengikuti semua langkah seperti di atas, anda sudah memiliki blog sendiri:




Anda boleh membuat post pertama anda:
Dibawah adalah contoh blog yang dihasilkan oleh saya menggunakan blogspot:




Saya lebih suka menukarkan template sedia ada dengan beberapa design template percuma untuk
blogspot. Anda boleh dapatkan beberapa template blogspot percuma disini:

Blogger-Templates
Free Templates
Blogspot Template

Ada beberapa lagi site yang menyediakan template percuma, anda boleh menukar template sedia ada
kepada template percuma dengan mengikut langkah-langkah seperti dibawah:

i) Pastikan anda membuat back up fail template sedia ada sebelum memasukkan template baru.
ii) Muat turun fail tersebut dan pastikan fail tersebut dalam format xml.

iii) Pergi ke blogger control panel dan dibahagian tab layout pilih edit html.




iv) Browse fail yang anda muat turun tadi dan tekan button “upload”. Setelah anda “confirm and save”
template yang anda pilih akan menggantikan template asal. Contoh blog saya menggunakan template
blogspot percuma:




Anda juga boleh menghasilkan blog percuma menggunakan wordpress.org tetapi saya tidak
mengalakkan penggunaan wordpress percuma untuk jangka masa panjang. Jika anda mempunyai blog
dengan domain dan hosting sendiri ianya pilihan yang lebih baik untuk pelaburan jangka masa panjang.

Jika anda ingin memiliki blog menggunakan domain dan hosting sendiri anda boleh mendapatkan
perkhidmatan saya dengan menghantar email kepada saya di admin[at]manualnewbie.com.

Jika anda berminat untuk membina blog wordpress sendiri bolehlah juga dapatkan ebook dibawah
sebagai sumber rujukan anda:
SmartZul – Pakej Kit Blogger 1
Anda boleh mendapatkan ebook tersebut dengan klik ecover dibawah:




  ==================================================================================

17. KEMPEN PPC – GOOGLE ADWORDS

Pay per click (PPC) merupakan salah satu medium pemasaran online yang sering digunakan dalam
mempromosikan pelbagai produk online termasuk affiliate program. Untuk memulakan kempen ppc kita
hendaklah melakukan kajian keyword yang bersesuaian dengan produk yang ingin kita promosikan
menggunakan pemasaran ppc. Kajian keyword boleh dilakukan menggunakan sistem yang disediakan
oleh Google Adwords, berdasarkan pada kajian keyword anda boleh menilai berapa banyak pelaburan
yang perlu anda miliki untuk setiap kempen. Anda boleh mendapatkan pengetahuan asas bagaimana
untuk memiliki akaun Google Adwords dari saudara Naim disini:

Rahsia 7 Dalam Adwords

Malahan saudara Naim juga berkongsi rahsia bagaimana anda dapat menjimatkan wang dalam kempen
ppc anda:

Mohd Naim – PPC Percuma
Anda boleh mendapatkan ebook tersebut dengan klik ecover dibawah:
Apabila anda sudah mempunyai akaun Google Adwords, anda perlu memilih produk untuk di jual
menggunakan teknik ppc ini. Anda boleh memilih sama ada ingin menjual produk sendiri ataupun
produk affiliate. Anda boleh mempromosikan produk affiliate yang ditawarkan oleh beberapa rangkaian
affiliate terbesar di dunia seperti:

1. Click Bank
2. CJ
3. Link Share
4. Share a Sale

Anda perlu melakukan “keyword study” sebelum memilih mana-mana produk yang ingin dipromosikan.
Kajian ini perlu dilakukan bagi memastikan berapa banyak carian terhadap keyword tersebut dalam
selang masa tertentu, persaingan antara pengiklan sedia ada dan sebagainya. Keyword yang anda pilih
mesti lah relevan dengan produk yang ingin di promosikan supaya anda tidak membuang duit dalam
kempen tersebut. Keyword yang anda pilih menentukan target pelawat yang anda inginkan. Pastikan
keyword yang dipilih adalah betul dan lebih focus kepada target kempen Adwords anda. Anda boleh
menggunakan perisian keyword study yang disediakan oleh Google Adwords:

https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal?defaultView=1

Untuk PPC Google Adwords, saya mengesyorkan anda memiliki ebook tulisan Kyle dan Carson dari
Wealthy Affiliate, Beating Adwords. Beating Adwords merupakan panduan lengkap bagaimana anda
boleh memperolehi keuntungan dari kempen anda bersama Adwords.




  ==================================================================================

18. MEMBINA MINISITE
Pertama kali saya mendengar berkaitan minisite ialah ketika saya bekerja bersama seorang rakan online
untuk servis design minisite. Sebagai seorang internet marketer anda WAJIB mengetahui konsep minisite
yang mampu menggandakan jualan dari website jualan biasa. Meskipun anda tidak mampu membina
minisite sendiri tapi mengetahui konsep minisite adalah penting untuk memastikan anda memahami
bagaimanakah minisite mampu memudahkan proses jualan produk anda.

Satu kelebihan utama pembinaan minisite adalah ianya berkos rendah. Ya, pembinaan minisite adalah
amat murah sekali berbanding jika anda ingin membina laman web seperti shopping cart. Yang lebih
menariknya, anda boleh mula membangunkan laman web minisite anda menggunakan perisian percuma
sahaja!

Antara pengetahuan asas dalam proses pembinaan minisite ialah kemahiran berkaitan
design,programming dan konfigurasi sistem autoresponder dan pembayaran menggunakan paypal. Saya
akan berkongsi beberapa minisite yang berjaya menarik pembeli sehingga sekarang:
Ada beberapa minisite killer produk yang lain tapi kedua-dua minisite diatas merupakan diantara killer
produk yang boleh dijadikan contoh dalam proses pembinaan minisite produk anda.Minisite juga
digunakan untuk mengumpul mailing list dengan memberikan produk-produk percuma seperti ebook.
Contohnya seperti site dibawah:




Proses membina minisite memerlukan anda memiliki beberapa perisian seperti Photoshop,
Dreamweaver, NVU, Kompozer atau mana-mana perisian untuk HTML editor. Saya mengalakkan anda
mengunakan perisian open source seperti Kompozer kerana ianya percuma dan mempunyai
fungsi-fungsi yang wajib perlu untuk membina minisite. Anda boleh dapatkan perisian ini disini:

Muat Turun Kompozer
Bagaimana ingin bermula? Dari pengalaman saya sendiri, saya mempelajari pembinaan minisite dengan
mengubah template minisite sedia ada menggunakan Kompozer. Anda boleh mendapatkan template
percuma minisite di sini:
MiniSite Gallery

Ada beberapa minisite yang menarik dan sesuai untuk produk atau servis yang ingin anda tawarkan
boleh di muat turun percuma di MiniSite Gallery. Saya sudah menyediakan satu template untuk diubah
mengikut keperluan produk saya.

Saya akan membuka template ini menggunakan kompozer.




Anda boleh mengubah template minisite ini dengan menggunakan konsep WYSIWYG (What You See Is
What You Get). Dimana anda boleh mengubah template ini secara terus dari paparan normal dan tanpa
memerlukan pengetahuan yang mendalam berkaitan HTML. Namun untuk menggabungkan template ini
dengan sistem autoresponder dan affiliate, anda perlu mempunyai pengetahuan HTML yang asas.

Setelah anda berpuas hati dengan sebarang perubahan yang telah anda lakukan, anda boleh upload fail
index dan images ke dalam server anda.

Jika anda ingin menambah baik kemahiran sedia ada dalam pembinaan minisite anda boleh dapatkan
video tutorial panduan minisite yang sememangnya mudah untuk difahami kerana penyampaian dalam
bahasa Melayu dan video yang lengkap dan padat.

Mohd Amirol – Panduan Minisite
Anda boleh mendapatkan video tersebut dengan klik ecover dibawah:
==================================================================================

19. BERSOSIAL DI FORUM

Saya tidak sama sekali mewajibkan anda berforum, tetapi apa salahnya jika saya bongkarkan “rahsia”
pemasaran forum yang telah membantu saya mempromosikan setiap produk ataupun servis yang saya
tawarkan secara berkesan. Pada bahagian sumber saya senaraikan beberapa forum yang wajar anda
sertai dan aktif. Tidak semestinya anda perlu mendaftar kesemua forum tersebut, cukuplah pilih 2-3
forum yang bersesuaian dengan keperluan anda pada masa hadapan. Disini saya akan jadikan forum
WangCyber (WC) sebagai contoh memandangkan forum ini menggunakan Vbulletin sebagai platform.
Vbulletin merupakan salah satu platform terbaik buat masa sekarang dan banyak digunakan oleh
pemilik-pemilik forum sama ada di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa. Disini saya berikan
beberapa tips yang perlu anda lakukan setiap kali anda mendaftar diri ke mana-mana forum:

1. Pendaftaran nama hendaklah menggunakan nama yang professional dan senang untuk di ingat oleh
ahli yang lain. Jika anda merupakan seorang penyedia hosting, anda mungkin boleh mendaftar
menggunakan nama jenama hosting anda, contohnya:

                                             CatzHoster

Nama yang anda gunakan menunjukkan perniagaan yang anda sedang jalankan, saya pasti nama ini akan
memperkenalkan anda sebagai seorang penyedia hosting. Penggunaan nama yang terlalu panjang dan
sukar untuk di eja tidak digalakkan kerana nama tersebut sukar untuk di ingati dan boleh menyebabkan
bakal pelanggan anda keliru ketika mengeja nama anda di enjin carian. Antara nama yang tidak
digalakkan ialah seperti:

AkuNakBuatDuitOnline – Nama ini terlalu panjang dan sukar untuk di ingati.

X$XJaNaWaNgX$X – Menggunakan simbol adakala menambahkan kesukaran untuk nama anda di ingati
malahan ianya dilihat sebagai nama yang tidak professional.

AkuBudakJahat – Nama sebegini bukan sahaja memberikan pandangan negatif terhadap empunya diri
malahan ianya tidak sesuai digunakan dalam forum tertentu terutama sekali forum perniagaan.
2. Setelah proses pendaftaran selesai anda “Wajib” memperkenalkan diri anda kepada ahli-ahli lain di
dalam forum tersebut. Kebiasaanya forum menyediakan thread khas untuk anda memperkenalkan diri,
jika di WC anda boleh menggunakan link di bawah untuk memperkenalkan diri:

http://www.wangcyber.com/forum/sembang-umum/2561-siapakah-anda.html

Mungkin ada sesetengah forum menyediakan format tertentu untuk thread memperkenalkan diri ini.
Jadi pastikan anda memberikan data yang betul dan tepat.

3. Anda juga diwajibkan memahami kod etika berforum, bagi mereka yang sudah arif dalam berforum
akan menyedari kadang-kala kod etika setiap forum hampir sama. Jadi disini saya sertakan contoh kod
etika berforum di WC:

http://www.wangcyber.com/forum/berita-pengumuman/865-kod-etika-forum.html

4. Anda sudahpun mempunyai 1 post di thread memperkenalkan diri, jika anda tidak mempunyai
sebarang kemusykilan dan berminat untuk mengetahui post-post terkini pada masa itu anda boleh
gunakan fungsi “new posts” untuk mendapatkan senarai thread yang dikemaskini. Jika anda berminat
untuk mengetahui sesuatu anda boleh menggunakan fungsi “search”. Amatlah digalakkan untuk anda
menggunakan fungsi ini dahulu sebelum membuka thread baru.

5. Jika anda ingin mempromosikan produk anda, penggunaan signature amatlah digalakkan. Anda boleh
mencipta signature anda sama ada menggunakan tulisan ataupun grafik berwarna (banner). Anda boleh
menukar signature anda dengan menggunakan link di bawah:

http://www.wangcyber.com/forum/usercp.php

Pilih “Edit Signature”

6. Ada diantara ahli forum yang akan berkongsi pelbagai idea ataupun pendapat yang bernas
sehinggakan anda teruja untuk mengucapkan terima kasih di atas bantuan tersebut. Oleh yang demikian,
anda hanya perlu menggunakan butang “rep” pada post yang dibuat oleh ahli tersebut dan tuliskan
ucapan terima kasih anda. Maklumat lanjut berkaitan button “reputation”:

http://www.wangcyber.com/forum/berita-pengumuman/2639-user-reputation.html

7. Semasa anda ingin membeli atau menjual barang, antara perkara yang perlu di ambil kira ialah jumlah
itrade. Ahli yang mempunyai itrade tinggi menunjukkan beliau merupakan seorang yang boleh
dipercayai dalam urusan jual beli. Walau bagaimanapun, yang penting sekali ialah anda berkomunikasi
dengan bakal penjual atau pembeli itu sendiri bagi mengelakkan sebarang penipuan. Maklumat lanjut
berkaitan button “itrade”:

http://www.wangcyber.com/forum/berita-pengumuman/2640-itrader.html

8. Jika anda menemui sebarang post yang menimbulkan isu sensitif ataupun spam, anda boleh
melaporkan pada moderator/admin dengan segera menggunakan butang aduan.
==================================================================================

SUMBER

Forum dan portal untuk Webmaster, Internet Marketer dan Perniagaan Malaysia:

1. WangCyber
2. Webmaster Malaysia
3. Bicara Jutawan
4. Jom Bincang
5. Putera
6. Wanita Niaga
7. WordPress Malaysia
8. Cari Gold
9. Sindiket

Rangkaian Sosial Usahawan Internet Malaysia:

Internet Entrepreneur Malaysia

Servis:

1. Projek Niaga – Pembangunan Laman Web
2. RMCopy – Copywriting Malaysia
3. Simple Translate - Penterjemahan
4. Profit Hoster – Domain dan Hosting
5. Directory Savvy - Professional SEO Services
KESIMPULAN

Kewujudan Manual Newbie bertujuan untuk membantu newbie-newbie mencari arah yang betul dalam
usaha mencari pendapatan online. Yang pasti kita tidak dilahirkan dengan mengetahui segala kemahiran
dan pengetahuan di dunia ini, apatah lagi kemahiran yang melibatkan pengetahuan IT. Saya berharap
ebook ini akan membuka mata anda dengan lebih jelas lagi tentang apa yang anda perlu pelajari dalam
usaha menghasilkan empayar perniagaan internet anda sendiri.Terima kasih kerana membaca ebook ini
dan saya harap anda akan belajar sesuatu daripadanya dan menghargai ilmu ini sebaik mungkin.

Sila sebarkan ebook percuma ini tanpa perlu mengubah apa-apa isi kandungannya. Terima kasih.

Dapatkan Update PERCUMA.

Salam Usahawan,




Catzer aka Surfaddict
E-Commerce Consultant
ManualNewbie.com

						
Related docs