Docstoc

Peraturan-peraturan Pegawai Awam _Pindaan_ 2002 - No Slide Title

Document Sample
Peraturan-peraturan Pegawai Awam _Pindaan_ 2002 - No Slide Title Powered By Docstoc
					  PERATURAN-PERATURAN
      PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB)
   1993 (PINDAAN) 2002



                  OLEH
       HAJI MOHAMMED BIN EMBONG
    UNIT TATATERTIB DAN NAIK PANGKAT
    JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
    Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
  (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002


Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 mengandungi
peraturan-peraturan     tentang    kelakuan      yang
‘dibolehkan’ dan yang ‘dilarang’.            Anggota
Perkhidmatan Awam dianggap           tahu     tentang
semua larangan      tersebut    dan    sesiapa yang
melanggarnya boleh dikenakan tindakan tatatertib.
‘ Secara umum tatatertib atau disiplin ialah
peraturan- peraturan yang dipersetujui oleh
sesuatu kumpulan atau organisasi bagi
mewujudkan suasana yang aman tenteram
dan menjamin keharmonian ahli – ahlinya.
Disiplin juga adalah cara berfikir yang teratur
yang melahirkan sifat rasional, keyakinan diri
dan ketabahan hati seseorang. Ia juga ada
kaitan dengan tatasusila, keadilan, akhlak
dan kesopanan’.
Ini bermakna orang yang berdisiplin bukan sahaja
mematuhi pelaksanaan yang dikehendaki oleh
masyarakat tetapi juga mematuhi perlakuan yang
diingini oleh masyarakat walaupun ia menyedari
bahawa tidak mematuhinya bukanlah satu kesalahan
yang boleh dikenakan denda atau dihukum.

Contoh jenis perlakuan yang diharapkan oleh
masyarakat ialah seorang individu itu menepati
waktu, berinisiatif rajin, bersedia membantu orang
dalam kesusuhan, berdisiplin dan menghormati
orang lain.
Tugas Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib

3C(1). Maka menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk
menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke
atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan
yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin
bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini.

   (2). Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan
kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya,
atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai
bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam
melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab,
dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
‘Pegawai’ ertinya seseorang anggota perkhidmatan awam
persekutuan/negeri.

Ikatan seseorang pegawai dengan Kerajaan bermula apabila
diturunkan tandatangan bersetuju dengan syarat-
syarat semasa dilantik.

Di antara syarat-syarat perkhidmatan yang dipersetujui:

i.    tuan/puan boleh diarah berkhidmat di
      mana-mana tempat oleh kerajaan.

ii.  tuan/puan adalah sentiasa tertakluk kepada
     Perintah – Perintah Am Kerajaan, Peraturan-
     Peraturan Perkhidmatan Awam, Skim
     Perkhidmatan, Pekeliling serta Peraturan-
           Peraturan dan arahan – arahan lain
yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa
Seorang pegawai boleh membebaskan diri dengan:

i      Letak jawatan 24 jam dengan dibayar 1 bulan
       gaji sebagai ganti notis.

ii.    Letak jawatan dengan 90 hari notis bagi yang
       telah disahkan dalam jawatan.

iii.   Letak jawatan dengan 30 hari notis bagi yang
       belum disahkan dalam jawatan.
Perbezaan pegawai awam dengan orang awam.
Contohnya:

i.    Kes Jenayah/Dadah/Rasuah (Mahkamah
      Majistret/Sesyen/Tinggi)

ii.   Kes Khalwat (Mahkamah Syar’iah)

      Boleh dikenakan perintah

      Tahan Kerja        -    apabila pegawai di-
      (Peraturan 44)          tuduh di Mahkamah

      Gantung Kerja     -     apabila pegawai
      (Peraturan 45)          disabitkan

      Tahan Kerja       -     tidak melebehi dua bulan
      untuk siasatan
      (Peraturan 43)
            HUKUMAN

Hukuman tatatertib adalah
diperuntukan di bawah Peraturan 38,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti
berikut :
Amaran;
Denda;
Lucuthak emolumen;         Hukuman
Tangguh pergerakan gaji;    Ringan
Turun gaji;

Turun pangkat; atau        Hukuman
Buang kerja.                Berat
            TATAKELAKUAN
4.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap
      masa memberikan taat setia yang tidak
      berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan
      Agong, Negara dan Kerajaan.
     (i) Bersubahat dengan musuh-musuh negara;

     (ii) Sengaja membocorkan rahsia Kerajaan;

     (iii) Melanggar undang-undang atau
           peraturan-peraturan Kerajaan dengan
           tujuan untuk menentang Kerajaan;
(iv)   Memburuk-burukkan serta memperkecil-
       kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan;


(v)    Mengelakkan diri daripada mempertahankan
       dasar dan tindakan Kerajaan sedangkan adalah
       menjadi kewajipannya untuk berbuat demikian ;
       dan

(v)    Memijak-mijak bendera kebangsaan dengan
       tujuan menghina.
Kegiatan Politik - Peraturan 21

Kumpulan Pengurusan dan Profesional tidak boleh :
(a)    membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana
       parti politik;
(b)    menerbit, mengedar     buku,   artikel atau risalah
       mengenai politik;
(c)    merayu undi;
(d)    bertindak sebagai agen pilihanraya atau sebagai
       agen tempat mengundi;
(e)    bertanding apa-apa jawatan;
(f )   memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Kumpulan Sokongan - Bukan Perkhidmatan Perlu.

Boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke
dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah
terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha
Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana
yang berkenaan. Semua pegawai boleh menjadi ahli
biasa mana-mana parti politik dengan syarat keahliannya
itu hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan.
4.(2)(a)Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan
       tugas awamnya demi kepentingan persendirian
       nya.
(i)    Menguruskan hal-hal perniagaan atau pelaburan
       kepunyaan sendiri, atau isterinya, anaknya
       atau saudara-maranya dalam waktu pejabat;
(ii)    Menyebelahi dan memberi keutamaan kepada
        saudara- mara atau rakan-rakan     atau orang
        yang rapat dengannya dalam menimbangkan sesuatu
        permohonan;
(iii)   Tidak menjalankan kewajipan rasmi seperti menyiasat
        gerak-geri seseorang yang        karib dengannya
        yang disyaki pernah menerima rasuah; atau
(iv)    Mengambil kesempatan untuk menguruskan hal-hal
        perniagaan semasa    membuat   lawatan rasmi
        di luar pejabat.
Pekerjaan Luar    -      Peraturan 5

(a)   Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan jawatan
      yang dipegang oleh seseorang pegawai atau yang
      diarah oleh Ketua Jabatan seperti menjadi Ahli
      lembaga kepada syarikat-syarikat yang Kerajaan
      mempunyai kepentingan.

(b)   Pekerjaan yang dijalankan atas kepentingan
      persendirian atau untuk faedah saudara mara atau
      bagi mana-mana badan yang tidak mencari
      keuntungan yang dia ialah seorang pemegang
      jawatan dalam badan tersebut.
Bagi pekerjaan luar di (b), seseorang pegawai yang ingin
menjalankan pekerjaan luar hendaklah memperolehi
kebenaran secara bertulis dari Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan dalam menimbangkan          permohonan
tersebut hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu tidak
bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah
Peraturan 4, dan khususnya hendaklah mempastikan
pekerjaan luar itu -


(a)   tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa
      pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;
(b)   tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan
      untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai
      seorang pengkhidmat awam; dan


(c)   tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan
      untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau
      menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu
      sebagai seorang pengkhidmat awam.
4.2(b) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
       sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
       kepentingan persendiriannya bercanggah dengan
       tugas awamnya.

(i)     Tidak mengelakkan dirinya daripada terlalu rapat
        bergaul dengan mereka yang jelas akan dapat
        keuntungan besar daripada mengetahui tugas-tugas
        rasminya;

(ii)    Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah
        yang mahal - mahal daripada syarikat atau seorang
        peniaga atau individu;

(iii)   Sebagai seorang majistret membicarakan saudaranya;
(iv)   Menguruskan hal-hal tender / sebutharga
       sedangkan beliau mengetahui bahawa ada
       di antara mereka yang mengemukakan
       tender/sebutharga itu adalah terdiri
       daripada saudara maranya; dan


(v)    Memproses atau menimbang atau meluluskan
       sesuatu permohonan daripada isteri atau suami
       atau saudara maranya.
4.(2) (c) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
          dengan apa-apa cara yang mungkin menyebab
          kan syak yang munasabah bahawa -


(i)    dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya
       bercanggah dengan tugas        awamnya hingga
       menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai
       awam; atau

(ii)   dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi
       faedahnya sendiri.
Seseorang pegawai dianggap sebagai telah melanggar
tatakelakuan ini jika beliau antara lain:-
(i)     Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang
        telah melanggar mana undang-undang negara
        dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya;
(ii)    Melepaskan barang-barang dibawa masuk tanpa
        dibayar cukai dengan harapan untuk mendapat
        faedah (rasuah) daripada empunya barang kemudian
        kelak;

(iii)   Sebagai seorang yang mempunyai kuasa untuk
        menentukan arah jalanraya, meluluskan pembinaan
        nya ditepi tanah kepunyaannya supaya beliau
        mendapat faedah daripadanya;
(iv)   Meluluskan sekeping tanah Kerajaan kepada
       isteri atau anaknya, atau saudara maranya;
       atau

(v)    Menyalahgunakan hak-hak keistimewaan
       sebagai seorang diplomat untuk kepentingan
       diri sendiri dengan terlibat dalam aktiviti
       penyeludupan.
4.(2) (d) Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan
          dengan sedemikian cara hingga memburukkan
          nama atau mencemarkan nama perkhidmatan
          awam.

       (i)   Sengaja berlengah-lengah memproses
             permohonan-permohonan untuk
             mendapatkan lesen daripada orang ramai;

       (ii) Terlibat dalam penyalahgunaan dadah;

       (iii) Menerima keraian yang berlebihan;

       (iv) Disabitkan dengan kesalahan jenayah
            termasuk sabitan dalam Mahkamah
            Syar’iah;
(v)      Bermain judi di pejabat;

(vi)     Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai
         seperti mabuk, biadab atau menonjol-nonjol
         kepentingan diri sendiri;

(vii)    Meletakkan dirinya terhutang budi kerana wang
         kepada seseorang yang mungkin dihubunginya
         dalam melaksanakan tugas rasminya;

(viii)   Keterhutangan kewangan yang serius;
(ix)   Tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
       di sekelilingnya dan sentiasa bertelingkah bukan
       sahaja dengan rakan-rakan sejawat tetapi
       dengan orang ramai;

(x)    Terlibat dalam meramal turun naik harga barang
       dan saham atau pasaran komoditi atau pasaran
       sekuriti hadapan; atau

(xi)   Sebagai seorang     diplomat    terlibat dalam
       kegiatan penyeludupan dan pasar gelap.
Penyalahgunaan Dadah             -      Peraturan 7
Seseorang pegawai yang telah diperakui oleh seorang
Pegawai Perubatan Kerajaan menggunakan atau
mengambil, selain bagi maksud perubatan, suatu dadah
berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu
dadah berbahaya.
(i)    Pegawai yang telah mencapai umur persaraan
       pilihan boleh ditamatkan demi kepentingan awam
       di bawah peraturan 49.
(ii)   Pegawai yang belum mencapai umur persaraan
       pilihan boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan
       tujuan buang kerja.
Dadah berbahaya ertinya apa-apa dadah atau bahan
yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta
Dadah Berbahaya 1952.
4.(2) (e) Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap
          atau kurang berusaha.


(i)     Tidak mempunyai daya utama dan lemah dalam
        daya pemikirannya;

(ii)    Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan
        tugas- tugasnya;

(iii)   Sebagai seorang pegawai kanan, tidak ber-
        kebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa;
(iv)   Malas atau cuai dalam menjalankan tugas-
       tugasnya; atau

(v)    Menanggung keterhutangan kewangan yang
       serius.
Menyenggara Taraf Hidup Melebihi      -      Peraturan 11
Emolumen/Pendapatan Yang Sah
1.    Seseorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua
      Jabatan supaya memberi penjelasan bertulis dalam
      tempoh 30 hari bagaimana ia boleh menyenggara taraf
      hidup tersebut jika ternyata pegawai itu -

(a)   menyenggara sesuatu taraf kehidupan yang melebihi
      emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang
      sah, jika ada; atau

(b)   mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan
      atau harta (alih atau tak alih) yang dinilainya tidak
      seimbang dengan, atau yang tidak boleh semuna-
      sabahnya dijangka telah diperolehi oleh pegawai itu
      dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan
      persendiriannya yang sah.
Keterhutangan Kewangan                 -   Peraturan 13
Yang Serius

(a)   agregat hutang/tanggungan tak bercagar adalah
      lebih (10) sepuluh kali emolumen bulanannya;

(b)   pegawai itu seorang penghutang penghakiman
      (judgement debtor) dan tidak menjelaskannya
      dalam tempoh satu bulan;

(c)   bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)
4.(2) (f) Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur
          atau tidak amanah.

      (i)     Tidak melaporkan harta atau pelaburan
              yang dipunyai olehnya, isterinya atau
              anaknya      sepertimana yang di
              kehendaki oleh Peraturan 10, Peraturan
              – Peraturan Pegawai Awam
              (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

      (ii)    Mengemukakan bil hotel palsu dalam
              tuntutan  elaun sewa hotel;

      (iii)   Membuat tuntutan palsu mengenai
              elaun perjalanan, lojing, makan atau
              tambang pengangkutan (lori) semasa
              perpindahan;
(iv)    Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak
        betul dari seorang pekerja dengan tujuan untuk
        mendapat habuan daripada pekerja itu;

(v)     Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan
        menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib yang
        berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang
        serius;

(vi)    Berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa
        jua penyiasatan yang dijalankan terhadapnya; atau

(vii)   Pura-pura sakit atau uzur.
4.(2) (g) Seseorang pegawai tidak boleh tidak
          bertanggungjawab.

(i)     Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan
        terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-tugas
        mereka;

(ii)    Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan
        implikasinya terhadap Jabatan khasnya dan kerajaan
        amnya;

(iii)   Mengambil cuti rehat di saat-saat perkhidmatannya
        sangat-sangat diperlukan;
(iv)    Suka mewujudkan suasana yang tegang di
        pejabat dengan melaga-lagakan rakan-rakan
        sejawat untuk kepentingan diri sendiri;

(v)     Tidak melaporkan satu kesalahan yang serius
        yang telah dilakukan oleh pegawai bawahannya
        kepada pegawai yang lebih kanan;

(vi)    Tidak menghiraukan pandangan/pendapat orang
        lain sungguhpun pandangan/pendapat itu boleh
        mendatangkan faedah kepada kerajaan;

(vii)   Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan
        tanggungjawab;
(viii)   Tidak mempeduli atau menjaga harta Kerajaan
         sebagaimana yang sepatutnya kerana harta tersebut
         bukan hartanya;

 (ix)    Tidak hadir bekerja tanpa cuti atau sebab-sebab
         yang munasabah

         Peraturan 24 Ketidakhadiran untuk bertugas oleh
         seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih
         dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab
         yang menasabah boleh menyebabkan pegawai itu
         dikenakan tindakan tetatertib;

 (x)     Datang lewat / balik awal

(xi)     Ponteng kerja
(xii)    Membazir wang Kerajaan dengan membeli
         alat-alat yang tidak atau kurang berguna;

         atau

(xiii)   Mengikuti kursus pengajian tanpa mendapat
         kelulusan pihak yang berkuasa terlebih dahulu.
4.(2) (h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau
         cuba membawa apa-apa jenis pengaruh
         atau tekanan luar untuk menyokong atau
         memajukan tuntutan        berhubung dengan
         perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu ada
         lah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-
         anggota perkhidmatan awam yang lain.

(i)    Meminta seorang kenamaan untuk menggunakan jasa
       baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat
       yang berkenaan untuk menaikkan pangkatnya;

(ii)   Meminta kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kes
       tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib; atau
(iii)   Meminta     Ahli Politik  untuk   menyokong
        permohonan-permohonan untuk mendapatkan
        sekeping tanah Kerajaan atau rumah;

        atau

(iv)    Menggunakan pengaruh luar dalam soal-soal
        pertukaran dan penempatan
4.(2) (i)   Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah
            atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang
            boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
            ingkar perintah.


(i)     Enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/
        melaksanakan arahan lisan atau tulisan pegawai
        kanannya berhubung dengan tugas-tugas rasminya;

(ii)    Membantah atau melawan pegawai kanannya; atau

(iii)   Menulis surat layang berkaitan dengan perkara-
        perkara rasmi kepada pihak atasan tanpa melalui
        saluran-saluran tertentu.
4.(2) (j)   Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam
            melaksanakan tugasnya.

(i)     Memandu kenderaan Kerajaan dengan terlalu laju
        atau tidak mengikut peraturan lalu lintas hingga
        menyebabkan kemalangan berlaku;


(ii)    Pegawai Perubatan meninggalkan objek-objek asing
        seperti kapas, gunting dan lain-lain dalam tubuh badan
        pesakit semasa melakukan pembedahan;
(iii)   Kesilapan pegawai dalam menandatangani
        dokumen rasmi Kerajaan sehingga mengakibat
        kan Kerajaan mengalami kerugian;

        atau

(iv)    Kegagalan melaporkan kepada pihak-pihak
        berkenaan     mengenai      pemberhentian
        pembayaran gaji bagi pegawai yang meletak
        jawatan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1985
             (PAKAIAN)

1. Sewaktu Bertugas Di Bilik Darjah / Kuliah

    1.1. Guru-Guru/Pensyarah-Pensyarah Lelaki

        i)   Seluar panjang dan berbaju kemeja
             (digalakkan bertali leher ) atau ‘ bush-
             jacket’ atau ‘lounge suit’. Jika baju ber-
             lengan panjang, tangan baju hendaklah
             jangan dilipatkan. Baju hendaklah di
             masukkan ke dalam.
ii)    Kasut kulit atau lain-lain kasut yang
       sejenis dengannya.

iii)   Pakaian baju melayu lengkap dengan
       samping, atau pakaian baju mirip dalam
       potongan baju melayu dan dipakai
       dengan seluar panjang.

iv)    Pakaian      baju melayu dengan sarong,
       ‘jeans’, ’trak suit’, seluar pendek, kemeja T/
       sukan. Jersi, kasut sukan, baju Hawaii,baju
       batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis
       pakaian yang menjolok mata, tidak boleh di
       pakai.
1.2.   Guru-Guru/Pensyarah-Pensyarah Perempuan



        i)    Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum
              masing-masing dan lain-lain jenis pakaian
              yang sesuai dan tidak menjolok mata.

        ii)   Kasut kulit, selipar, cerpu atau sejenis
              dengannya yang mempunyai bentuk
              yang sesuai dengan pakaian yang
              ditetapkan.
iii)   Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slacks’, ‘track suit’,
       kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan
       apa-apa pakaian yang menutup muka
       serta lain-lain pakaian dari jenis kain
       jarang dan menjolok mata, tidak boleh
       dipakai.
2.   Sewaktu Bertugas Di Pejabat
Sekolah/Maktab, Pejabat Pendidikan Daerah
Atau Bahagian/ Jabatan Pendidikan Negeri /
Kementerian     Pendidikan    Bagi   Pegawai
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

   2.1.   Lelaki

          i)       Seluar panjang dan berbaju kemeja
                   dan bertali leher, atau ‘bush-jacket’
                   atau ‘lounge suit’. Baju hendaklah
                   dimasukkan ke dalam dan jika ber-
                   lengan panjang, tangan baju
                   hendaklah jangan dilipatkan.
ii)   Pakaian baju melayu yang lengkap dengan
      samping, atau pakaian baju yang mirip dengan
      potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar
      panjang.

iii) Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari,
     baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai,
     kecuali pegawai – pegawai yang dikehendaki
     memakai pakaian seragam.

iv) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis
    dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan
    baju melayu yang lengkap dengan samping.
2.2. Perempuan

    I)     Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum
           masing-masing dan lain-lain pakaian yang
           sesuai dan tidak menjolok mata.

    ii)    Selipar, cerpu atau yang sejenis dengan
           nya yang mempunyai bentuk yang sesuai
           boleh dipakai dengan pakaian yang di
           tetapkan.

    iii)   Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slack’, seluar
           pendek dan apa-apa pakaian menutup
           muka atau menjolok mata, tidak boleh di
           pakai.

				
DOCUMENT INFO