Docstoc

Renovation Agreement _Malay_

Document Sample
Renovation Agreement _Malay_ Powered By Docstoc
					PERJANJIAN PENGUBAHSUAIAN
Perjanjian in dibuat pada DIANTARA Pihak yang mana butir-butirnya adalah terkandung di dalam seksyen 1 Jadual Pertama yang dilampirkan di akhir Perjanjian ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kontraktor”) sebagai pihak pertama. DAN Pihak yang mana butir-butirnya adalah terkandung di dalam seksyen 2 Jadual Pertama yang dilampirkan di akhir Perjanjian ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Tuanpunya”) sebagai pihak kedua. BAHAWASANYA 1. Tuanpunya adalah pemilik berdaftar sekeping tanah yang mana butir-butirnya adalah terkandung di dalam seksyen 3 Jadual Pertama yang dilampirkan di akhir Perjanjian ini beserta sebuah rumah yang didirikan diatasnya dan dikenali sebagai ________________ (kemudian dari ini disebut sebagai “Rumah tersebut”) Tuanpunya berhasrat untuk mengubahsuai dan menaiktaraf rumah tersebut seperti rekabentuk dan spesifikasi yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua Perjanjian ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kerja-kerja pengubahsuaian”) Oleh itu pihak-pihak di dalam Perjanjian ini dengan ini bersetuju untuk memasuki Perjanjian ini tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini. haribulan 20

2.

3.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:1. PERLANTIKAN Tuanpunya dengan ini bersetuju untuk melantik Kontraktor untuk mengendalikan kerjakerja Pengubahsuaian seperti mana yang diperuntukan di dalam Jadual Kedua Perjanjian ini dengan cara dan ciri-ciri ketukangan yang baik mengikut spesifikasi sebagaimana yang diperihalkan di dalam Jadual Kedua dan Kontraktor dengan ini bersetuju menerima perlantikan ini tertakluk kepada terma-terma dan peruntukan yang dinyatakan kemudian daripada ini. 2. PEMBAYARAN Sebagai balasan kepada persetujuan Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian menurut pelan, rekabentuk dan spesifikasi yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Tuanpunya dengan ini akan membayar kepada kontraktor jumlah kontrak menurut cara dan masa bayaran yang dinyatakan didalam Jadual Ketiga yang dilampirkan di sini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Jumlah Kontrak”)

3.

KEMUNGKIRAN OLEH TUANPUNYA DAN PEMBATALAN PERJANJIAN 1. (a) (b) (c) Sekiranya Tuanpunya :gagal membayar mana-mana ansuran yang kena dibayar oleh Tuanpunya kepada Kotraktor di dalam Jadual Ketiga atau mana-mana bahagian daripadanya; atau gagal membayar mana-mana jumlah wang kena dibayar dibawah Perjanjian ini dalam tempoh yang ditetapkan untuk bayaran; melanggar mana-mana terma-terma dan peruntukan di dalam Perjanjian ini atau tidak melaksanakan atau mematuhi segala waad dan akujanji Tuanpunya yang terkandung di dalam Perjanjain ini; sebelum pembayaran penuh Jumlah Kontrak Tuanpunya terlibat didalam suatu tindakan kebankrapan atau memasuki apa-apa komposisi atau perjanjian atau perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya atau sekiranya Tuanpunya sebagai satu syarikat terpaksa membuat petisyen untuk likuidasi; menanggung apa-apa perlaksanaan hukuman yang akan dikenakan ke atas dirinya atau hart/asetnya

(d)

(e)

Maka Kontraktor boleh tertakluk kepada sub-klausa (2) Perjanjian ini menamatkan Perjanjian ini dan setelah penetapan tersebut tanpa prejudis kepada hak-hak atau remidi mana-mana pihak, Kontraktor akan memindahkan segala peralatan Kerja-kerja Pengubahsuaian daripada premis rumah tersebut dan segala ansuran-ansuran yang dahulunya telah di bayar oleh Tuanpunya kepada Kontraktor secara berperingkat-peringkat berdasarkan siapnya kerja-kerja pengubahsuaian termasuk Sepuluh peratus (10%) daripada jumlah kontrak menurut Jadual Ketiga akan diilucutkan hak 2. Jika Tuanpunya gagal mematuhi mana-mana syarat, terma atau peruntukan Perjanjian ini atau gagal membayar mana-mana ansuran yang belum dibayar dan denda masih belum dibayar melebihi tempoh Empat belas (14) hari daripada tarikh genap masa kena dibayar, Kontraktor hendaklah memberi notis secara bertulis kepada Tuanpunya atau peguamcaranya (melalui surat berdaftar tidak kurang daripada Empat belas (14) hari untuk membetulkan kemungkiran) dan jika kemungkiran atau perlanggaran masih tidak diperbetulkan oleh Tuanpunya, Perjanjian ini akan di anggap telah ditamatkan serta merta oleh Kontraktor melainkan sekiranya kemungkiran atau perlanggaran yang dikatakan itu telah diperbetulkan oleh Tuanpunya dan ansuran yang tertunggak telah dibayar oleh Tuanpunya. Jika tidak, selepas tamatnya tempoh tersebut, Perjanjian ini akan disifatkan sebagai ditamatkan.

4. (I)

KEMUNGKIRAN OLEH KONTRAKTOR Sekiranya Kontraktor: (a) (b) gagal meneruskan Kerja-kerja Pengubahsuaian tanpa sebab yang munasabah pada bila-bila masa semasa tempoh siapnya Kerja-kerja Pengubahsuaian Kontraktor serta merta memberhentikan Kerja-kerja Pengubahsuaian sepenuhnya melainkan Tuanpunya melakukan kemungkiran di bawah Klausa 3 Perjanjian ini; sebelum siapnya Kerja-kerja Pengubahsuaian Kontraktor terlibat dalam satu tindakan kebankrapan atau memasukki apa-apa komposisi atau Perjanjian atau perkiraan dengan pemiutang-pemiutangnya atau sekiranya Tuanpunya sebagai satu syarikat terpaksa membuat petisyen untuk likuidasi ;

(c)

(d)

menanggung apa-apa perlaksanaan hukuman yang akan dikenakan ke atas dirinya atau harta/asetnya

Tuanpunya boleh tanpa memprejudiskan mana-mana hak remidinya di dalam Perjanjian ini membuat penetapan tentang perlantikan Kontraktor dengan memberi notis kepada Kontraktor supaya Kontraktor memperbetulkan kemungkiran atau perlanggaran dan sekiranya Kontraktor masih tidak memperbetulkan kemungkiran tersebut, Tuanpunya berhak melantik Kontraktor lain untuk meneruskan Kerja-kerja Pengubahsuaian. 5. TEMPOH SIAP KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN (1) (2) Kontraktor hendaklah menyaipkan kerja-kerja Pengubahsuaian Rumah tersebut dalama masa _______________ hari daripada tarikh Perjanjian ini. Sekiranya Kontraktor gagal menyiapkan Kerja-kerja Pengubahsuaian tersebut dalam masa yang ditetapkan, Kontraktor hendaklah membayar gantirugi kepada Tuanpunya sebnayak Sepuluh Peratus (10%) daripada jumlah Kontrak yang dikira dari hari ke hari.

6.

DENDA KE ATAS PEMBAYARAN LEWAT Dengan tidak menyentuh hak-hak Kontraktor di bawah Klausa 3 Perjanjian ini, jika manamana ansuran yang ditetapkan dalam Klausa 2 Perjanjian tidak dibayar oleh Tuanpunya secara berterusan apabila tamat tempoh Empat Belas (14) hari tersebut maka denda ke atas ansuran-ansuran lewat akan bermula serta merta dan denda hendaklah dibayar oleh Tuanpunya yang dikira dari hari ke hari dengan kadar Sepuluh Peratus (10%) setahun.

7.

PEMATUHAN UNDANG-UNDANG BERTULIS Berhubungan dengan Kerja-kerja Pengubahsuaian Rumah tersebut, Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan dan kehendak-kehendak mana-mana Akta, Enakmen, Ordinan, Peraturan dan Undang-Undang Kecil yang sedang berkuatkuasa mengenai Kerjakerja Pengubahsuaian tersebut dan sentiasa menanggung rugi Tuanpunya terhadap semua denda, penalti atau kerugian yang tertanggung disebabkan perlanggaran oleh Kotraktor terhadap apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.

8.

TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN Apa-apa kecacatan susutan atau kerosakan kepada kerja-kerja pengubahsuaian Rumah tersebut yang menjadi ketara dalam tempoh Dua Belas (12) bulan selepas tarikh serahan milikan kosong kepada tuan punya yang disebabkan oleh ketukangan kerja atau bahanbahan atau Kerja–kerja Pengubahsuaian tersebut tidak dibina mengikut spesifikasi dan pelan yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua, Kerja-kerja Pengubahsuaian tersebut hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan oleh Kontraktor dengan kos dan perbelanjaannya sendiri dalam masa Satu (1) bulan daripada penerimaan notis bertulis oleh Kontraktor mengenai kecacatan tersebut daripada Tuanpunya.

9.

KOS PERJANJIAN Segala kos dan perbelanjaan guaman Perjanjan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Tuanpunya.

10.

JADUAL Jadual Pertama, Jadual Kedua dan Jadual Ketiga adalah dianggap sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian utama Perjanjian ini.

11.

PERUNTUKAN PERJANJIAN PEMBINAAN Segala peruntukan-peruntukan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Pembinaan tersebut adalah terpakai di dalam Perjanjian ini dan Perjanjian ini adalah sebagai tambahan kepada Perjanjian Pembinaan yang ada. Sekiranya timbul konflik di antara Perjanjian Pembinaan tersebut dan perjanjian ini maka Perjanjian Pembinaan tersebut akan mengatasi Perjanjian ini kecuali peruntukan mengenai kos Perjanjian ini, Kerja-kerja Pengubahsuaian dan Jumlah Kontrak Perjanjian ini.

12.

TIADA PENYERAHANHAK Kedua-dua belah pihak tidak boleh menyerahkan mana-mana hak atau obligasi masingmasing di dalam Perjanjian ini kepada pihak ketiga tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak yang satu lagi kepada Perjanjian ini.

13.

MASA MERUPAKAN INTIPATI PERJANJIAN Masa yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati kepada Perjanjian ini.

14.

PIHAK-PIHAK YANG MENGIKAT DI DALAM PERJANJIAN INI Perjanjian ini mengikat waris-waris, wakil peribadi pengganti di dalam hakmiliknya dan penerima serahhak pihak-pihak kepada Perjanjian ini ************************

Pada menyaksikan hal di atas pihak-pihak kepada Perjnajian ini telah menurunkan tandatangan dan cop mohor rasmi mereka pada dari tahun yang tertulis di awal Perjanjian ini

Ditandatangani oleh dan bagi pihak Kontraktor Dihadapan

] ] ]

Ditandatangani oleh Tuanpunya dihadapan

] ]

JADUAL PERTAMA
(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini.

Seksyen 1.

Perkara Nama dan alamat Kontraktor

Butir-Butir

2. 3.

Nama dan alamat Tuanpunya Butir-butir hartanah

JADUAL KEDUA
(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini) (Pelan dan Spesifikasi Kerja-kerja Pengubahsuaian)


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2090
posted:2/9/2009
language:English
pages:7