Bab 6 Memulakan Perniagaan Keusahawanan Baru

Document Sample
Bab 6 Memulakan Perniagaan Keusahawanan Baru Powered By Docstoc
					DonationWare           Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                  www.komputer.com.my

Projek menterjemah dimulai 6/6/2005. Ianya
merupakan ringkasan dari modul OUM. Tujuan
utama adalah untuk membantu rakan supaya mudah
memahami Subjek ini.

Membuat nota bukanlah suatu perkara mudah, oleh
itu saya meletakkan nota ini dalam kategori
              DONATION WARE
Iaitu sumbangan dari pembaca amatlah dialu-alukan.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank di
atas nama saya: Rozaimy Baharuddin
  1) Maybank     114253224132
  2) RHB         2-14099-00004030

Sekiranya sumbangan wang ringgit tidak dapat
disumbangkan. Cukuplah sekadar email saya di
sumbangan@gmail.com apabila saudara/i memuat
turun dari laman web saya. Seterusnya email sekali
lagi selepas saudara/i memperolehi keputusan
peperiksaan. Ini membolehkan kami mengetahui
keberkesanan nota ini.

Terima Kasih kerana sudi menjadi nota ini sebagai
rujukan.


Ikhlas dari,

Rozaimy Baharuddin




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                 sumbangan@gmail.com   1
DonationWare                Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                       www.komputer.com.my
Bab 6 Memulakan Perniagaan Usahawan Baru


Pengenalan

“Di Amerika Syarikat, kajian mendapati semakin ramai orang memulakan perniagaan
mereka sendiri dari berkahwin atau memperolehi bayi! Satu dari 25 orang dewasa
aktif secara langsung untuk memulakan perniagaan”

                                                  Zimmerer dan Scarborough
                               Pengurusan Perniagaan Kecil dan Keusahawanan


6.1 Jenis-jenis Pelaburan

Usahawan mempunyai berbagai cara untuk memulakan pelaburan. Selalunya terdapat
tiga cara pelaburan iaitu:
    a) Bermula (start-up)
    b) Membeli syarikat yang telah sedia ada.
    c) Franchising


6.2 Bermula (start-up)

Paragraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai „start-up‟:

   a) Definasi Start-up
      Merupakan syarikat yang baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan
      membuka perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini
      dibuka kerana:
          Banyak usahawan memulakan perniagaan baru untuk diri mereka
             sendiri.
          Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yang
             diperolehi dari wang simpanan sendiri atau meminjam dari pihak lain.
          Usahawan yang memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai
             banyak pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap
             bidang yang mereka ceburi.
          Perniagaan yang bermula dari awal selalunya terlibat di dalam hasil
             ciptaan produk atau perkhidmatan baru.

   b) Fasa Start-up
      Semua pelaburan baru perlu menghadapi tiga fasa iaitu:
          Fasa Prestart-up
             Bermula dari sekadar idea dan akhirnya menjadi jalan untuk membuka
             perniagaan

           Fasa Start-up
            Mula memperkenalkan aktiviti penjualan dan akhirnya membuka suatu
            perniagaan yang konkrit



Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com     2
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my
          Fasa Poststartup
           Ia akan tamat apabila perniagaan tersebut ditutup atau bungkus atau
           usahawan tidak mempunyai kawalan terhadap perjalanan entiti
           perniagaan tersebut

      Walau bagaimanapun, fokus utama untuk pembangunan pelaburan hanya
      semasa fasa prestart-up dan fasa start-up. Pada kedua-dua fasa ini, lima faktor
      kritikal yang perlu diambil kira untuk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

      1. Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)
      2. Saiz pelaburan permulaan (start-up)
      3. Jangkaan penjualan dan keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam
         fasa start-up
      4. Kesediaan produk pada kedua-dua fasa (prestartup & startup)
      5. Kesediaan pengguna pada kedua-dua fasa

   c) Kelebihan dan kelemahan Start-up

                  Kelebihan                                Kelemahan
         1. Bebas membuat keputusan               1. Ia memerlukan banyak masa,
            sendiri seperti persoalan bila,          wang dan usaha yang gigih
            macam mana dan jenis produk              untuk mencari lokasi
            atau perkhidmatan                        strategik, mendapatkan lesen,
                                                     membeli mesin, mencari
                                                     pembekal baru, upah dan
                                                     melatih pekerja baru untuk
                                                     menjalankan aktiviti
                                                     pengiklanan

         2. Berpeluang menggunakan satu           2. Pada peringkat permulaan
            idea dan mengembangkan idea              pelaburan, usahawan akan
            sendiri dengan mengikut                  memperoleh keuntungan yang
            emosi pengguna.                          minima atau kerugian kerana
                                                     kos pembelanjaan yang tinggi
                                                     semasa memulakan
                                                     perniagaan

         3. Bebas untuk memilih lokasi,           3. Tiada rekod sejarah
            kilang, peralatan, produk atau           perniagaan yang
            perkhidmatan, pekerja,                   membolehkan usahawan
            pembekal dan bank. Peluang               meramalkan penjualan,
            seperti ini boleh menentukan             pembelanjaan dan
            kejayaan di dalam pelaburan              keuntungan.

         4. Kemampuan untuk                       4. Tidak ada pengguna asal,
            mengelakkan sebarang                     usahawan perlu berusaha
            kejadian yang tidak diingini,            lebih keras untuk menarik
            polisi, prosedur dan komitmen            pelanggan baru dan
            undang-undang yang ada pada              perniagaan berkembang
            firma                                    dengan perlahan dan


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                          sumbangan@gmail.com        3
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my
                                                     mengambil masa untuk
                                                     memperolehi keuntungan.

          5. Reputasi perniagaan tidak           5. Kesukaran untuk
             akan terjejas kerana ia                memperolehi pinjaman dari
             merupakan pelaburan baru.              institusi kewangan kerana
                                                    institusi kewangan kurang
                                                    yakin dengan perniagaan baru
                                                    berbanding dengan
                                                    perniagaan yang telah lama
                                                    bertapak

          6. Kemampuan untuk melakukan
             perubahan perniagaan




6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada

   a) Definasi “Membeli Perniagaan Sedia Ada”
      Membeli perniagaan sedia ada atau mendapatkan sama ada saham atau
      kesemua aset kepunyaan syarikat atau perniagaan tersebut. Membeli syarikat
      yang telah mapan (kukuh) akan mengurangkan kerja berbanding dengan
      memulakan perniagaan dari mula. Menurut pandangan pakar peniagaan,
      membeli perniagaan yang telah mapan merupakan cara yang paling selamat
      dan efektif untuk usahawan berkecimpung dalam perniagaan. Bagaimana pun,
      kita harus menggunakan banyak masa dan usaha untuk mencari perniagaan
      yang sesuai untuk kita. Dengan membeli syarikat sedia ada, ia membolehkan
      syarikat mengembang dan menyediakan peluang untuk memasuki pasaran
      baru.

   b) Langkah dan proses membeli Perniagaan Sedia Ada
      Apabila membeli perniagaan sedia ada, terdapat beberapa langkah dan proses
      yang perlu diambil kira iaitu:

          (i)   Keutamaan Peribadi
                Usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan
                aspirasi (cita-cita). Kita harus memikirkan apa yang boleh kita
                kepada perniagaan dan apa yang akan kita perolehi sebagai pulangan.
                     Pengharapan anda mengenai perolehan – apakah kadar
                        keuntungan yang diperlukan untuk menampung keperluan
                        hidup anda?
                     Komitmen anda – adakah anda bersedia untuk bekerja kuat
                        dan menyediakan wang yang banyak untuk digunakan di
                        dalam perniagaan agar mencapai kejayaan?
                     Kekuatan anda – Perniagaan jenis mana yang sesuai dengan
                        latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?
                     Jenis perniagaan – Berhad, Sdn. Bhd, Enterprise yang anda
                        minta untuk membeli


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com         4
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my
                    Sektor perniagaan yang anda berminat – belajar sebanyak
                     yang boleh mengenai industri yang telah anda pilih untuk
                     membolehkan anda membuat perbandingan perniagaan yang
                     berbeza.

         (ii)   Peluang Perniagaan
                    Anda boleh melihat peluang perniagaan dengan membaca
                      iklan, berbincang mengenai peluang dengan broker
                      perniagaan dan memeriksa dari sumber industri. Perlu
                      menahan diri dari godaan membeli perniagaan yang
                      nampaknya bagus pada pandangan pertama; berhenti dahulu
                      (step back) dan lihat objektif syarikat tersebut.
                    Buat temujanji dengan penjual perniagaan atau broker untuk
                      permulaan pengenalan mengenai peluang yang ada. Mereka
                      sepatutnya menyediakan secara ringkas laporan kewangan,
                      sejarah, harga dan sebab perniagaan tersebut dijual. Ini
                      membolehkan anda mengetahui mengenai perniagaan
                      tersebut dan sudah berapa lama perniagaan hendak dijual.

         (iii) Meninjau Kembali Keupayaan Mencapai Sasaran
               Keupayaan mencapai sasaran mesti dihalusi untuk menentukan
               bagaimana ia telah diuruskan dan dijaga. Untuk perniagaan
               berasaskan perkhidmatan, berjumpa dengan para pekerja dan
               pengguna. Sediakan „checklist‟ terhadap maklumat yang
               dikehendaki, ini termasuk:
                    Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk
                      semua pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-
                      kurangnya untuk tiga tahun.
                    Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada
                      pemilik baru, termasuk pecahan untuk semua inventori yang
                      sama seperti perkiraan yang terakhir dahulu.

         (iv) Aturan untuk Pembiayaan (Financing)
              Tanpa pembiayaan yang sempurna, tidak ada perniagaan yang dapat
              maju kehadapan dengan jayanya. Terdapat beberapa pilihan untuk
              memperolehi pembiayaan. Mereka mesti memilih dengan berhati-
              hati agar ia sesuai dengan kehendak mereka. Pemberi hutang
              selalunya memerlukan:
                   Butir terperinci mengenai perniagaan dan jualan
                   Akaun untuk tiga tahun sebelum ini
                   Anggaran kewangan (sekiranya tiada mempunyai rekod
                     kewangan)
                   Butir terperinci mengenai aset dan liabiliti anda.

         (v)    Menjalan due diligence (Conduct due diligence)
                Nota: diligence = kerajinan, ketekunan
                Due diligence seperti pekerjaan seorang detektif. Ia adalah proses
                mengumpul maklumat dengan menjalankan penyiasatan, carian dan
                pertanyaan dan ia adalah amat penting dalam membeli saham atau



Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com      5
DonationWare            Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                   www.komputer.com.my
               aset. Hasil yang diperolehi dari due diligence (penyiasatan) boleh
               membantu anda membuat keputusan:
                    Sama ada meneruskan proses pembelian (acquistion)
                    Sama ada membeli saham atau aset
                    Berapa banyak yang perlu dibayar dan bagaimana meletakkan
                      harga untuk dibeli.
                    Apakah perkara yang perlu dimasukkan di dalam perjanjian
                      pembelian agar anda dilindungi

               Proses ini sepatutnya memberikan panduan untuk anda membuat
               keputusan dengan menyediakan maklumat dalaman yang berguna di
               dalam perniagaan baru dan memberikan anda angaran yang baik
               mengenai nilai transaksi yang sepatutnya diambil. Jaminan dan ganti
               rugi sepatutnya diperolehi dari pembekal adalah sebahagian dari
               perjanjian.

         (vi) Perjanjian Rasmi (formal)
              Persediaan untuk perjanjian rasmi memberikan setiap pihak
              berpeluang untuk melihat perjanjian secara asas dan menyenaraikan
              semua perkara kecil yang mungkin tidak dibincangkan antara kedua
              pihak semasa proses awalan tawar menawar. Tiga komponen asas
              yang perlu di dalam perjanjian rasmi adalah:
                   Elemen Asas
                     Bahagian pertama daripada perjanjian selalunya merangkumi
                     elemen asas seperti:
                         - pihak yang terlibat
                         - aset atau saham yang diperlu
                         - harga pembelian
                         - perubahan harga pembelian
                         - bagaimana
                         - bila harga pembelian dan perubahan akan dibayar
                         - bagaimana cukai dikendalikan

                   Gambaran dan jaminan
                    Gambaran dan jaminan akan diberikan oleh penjual
                    merupakan perkara yang penting dalam pembelian
                    perniagaan. Pertama, anda harus menimbangkan fakta, isu
                    yang penting untuk anda membuat keputusan untuk membeli
                    perniagaan, dan jumlah wang yang sanggup anda bayar.
                    Kemudian, dengan menggunakan hasil dari penyiasatan (due
                    diligence) yang telah dilakukan anda boleh melihat sama ada
                    gambaran dan jaminan yang telah diberikan adalah benar atau
                    palsu. Ini dilakukan untuk memastikan tidak ada fakta
                    tersembunyi yang tidak diketahui oleh anda, atau penjual
                    tidak cuba mengelirukan anda dengan beberapa perkara yang
                    penting.

                   Penutup perkara (closing matters)
                    Bahagian ini di dalam perjanjian biasanya menentukan tarikh
                    terakhir dan apa pertukaran perlu dilakukan pada masa tarikh


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                        sumbangan@gmail.com       6
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my
                      penutup tersebut. Bahagian ini juga akan menyatakan
                      sebarang syarat khas yang perlu dipenuhi sebelum penjualan
                      dapat dilaksanakan. Syarat khas yang selalu dikenakan untuk
                      penutup (closing) perjanjian:
                         - Semua gambaran dan jaminan adalah benar dan tepat
                             sehingga pada tarikh penutupan.
                         - Anda akan menerima pembelian aset atau saham
                             bebas dari sebarang beban (halangan) kecuali perkara
                             yang telah anda setuju sebelum ini.
                         - Sebarang lesen atau kebenaran khas telah anda terima.
                         - Sebarang sijil kebenaran dari kerajaan telah anda
                             terima.
                         - Sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan
                             perjanjian perniagaan telah ditanda tangani dan
                             diterima.
                         - Pembayaran tender telah anda lakukan seperti yang
                             dinyatakan di dalam perjanjian.

          (vii) Sedia untuk Perniagaan
                Pada langkah ini, anda merupakan pemilik kepada syarikat baru.
                Sekiranya anda telah melakukan kaji selidik (due diligence) dan
                perjanjian jual beli yang baik, anda berada dalam keadaan baik untuk
                mencapai kejayaan. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pemilik
                asal untuk mendapatkan khidmat perundingan (nasihat). Oleh itu
                adalah menjadi satu langkah yang bijak sekiranya anda mempunyai
                hubungan yang baik dengan pemilik asal. Anda juga mungkin perlu
                bantuan yang berterusan walaupun perjanjian jual beli telah selesai,
                ini kerana kerja anda baru sahaja bermula.


   c) Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada
      Terdapat 10 kelebihan membeli syarikat yang sedia ada.

      1. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas
         telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.

      2. Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk
         memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod
         pencapaian.

      3. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai
         pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari
         pertama perniagaan diambil alih.

      4. Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.

      5. Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai
         pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi
         modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.



Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                          sumbangan@gmail.com       7
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my
      6. Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.

      7. Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.

      8. Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.

      9. Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.

      10. Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh
          menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka
          perniagaan dari mula.

   d) Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada
      Terdapat 7 kelemahan membeli syarikat yang sedia ada.

      1. Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak
         sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat
         pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan
         sebagainya.
      2. Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa
         melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan
         syarikat tersebut.
      3. Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu
         menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak
         yang telah ditangani oleh pemilik yang lama.
      4. Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang
         tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui
         kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.
      5. Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau
         tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.
      6. Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah
         lama (tidak boleh dipakai lagi)
      7. Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) –
         Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar
         hutang mereka.


      6.4 Franchising

      (a) Definasi Franchising
          Franchise merupakan aturan (perjanjian) di mana pemilik asal
          membenarkan tanda perniagaan (trademark), nama perniagaan atau hak
          cipta milik mereka untuk digunakan dan dijual barangan atau
          perkhidmatan.

      (b) Kelebihan Franchising
          (i) Latihan dan Asuhan/panduan (Training & Guidance)
               Kelebihan pembelian francais jika dibandingkan dengan memulakan
               perniagaan baru atau membeli perniagaan sedia ada adalah latihan
               dan panduan yang akan diberikan kepada pembeli francais.


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com     8
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my


         (ii)  Jenama yang sudah terkenal (Brand-Name Appeal)
               Individu yang membeli franchise nasional yang telah dikenali,
               terutama yang besar dan ternama akan mempunyai peluang yang
               sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka membeli produk atau
               perkhidmatan dari franchise nasional daripada membeli kedai yang
               kurang dikenali jenamanya.
         (iii) Bukti-bukti kejayaan (Proven Track Record) – Franchisor yang
               sedia ada telah terbukti berjaya. Sebagai sebuah organisasi, mereka
               telah berada dipasaran sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 10
               tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah kedai (francais). Oleh itu,
               sudah terbukti kejayaannya apabila semua kedai melapurkan laporan
               kewangan yang memberansangkan.
         (iv) Bantuan Kewangan – Franchise ada pelaburan yang baik kerana
               franchisor boleh membantu bakal pemilik untuk memperolehi
               bantuan kewangan untuk menjalankan operasi perniagaan. Malah
               terdapat franchisors yang mengeluarkan modal mereka dan hanya
               perlu membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan
               baik. Dengan kata lain, membeli franchise adalah satu cara yang baik
               untuk memperolehi bantuan kewangan.

      (c) Kelemahan Franchising
          (i) Yuran Franchise
              Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin berjaya franchiser,
              maka yuran semakin tinggi. Yuran franchise nasional boleh
              mencecah RM 5K sehingga RM100K. Franchise yang kecil mungkin
              mengenakan bayaran yang murah. Pembeli juga harus mengeluarkan
              modal untuk bangunan dan produk untuk disimpan. Franchise perlu
              membayar royalti yang berterusan mengikut hasil jualan pada kadar
              5 sehingga 12%. Selalunya franchise perlu ada 25 sehingga 50%
              wang tunai sebagai permulaan perniagaan dan bakinya boleh
              dipinjam dari organisasi tersebut. Kos untuk francishing termasuklah
              perbelanjaan:
                      Yuran franchising
                      Insuran
                      Membuka produk inventori
                      Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling &
                         leasehold)
                      Bayaran utiliti, gaji, hutang servis
                      Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran guaman
                         dan para profesional
                      Lesen kerajaan setempat dan negeri
                      Permit dan sijil kebenaran

         (ii)   Dikawal oleh Franchisor (Franchisor Control)
                Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat mengawal semua
                aktiviti para pekerja. Situasi yang sama juga berlaku pada syarikat
                kecil. Sekiranya individu membuka syarikat perniagaan sendiri, ia
                berkuasa penuh untuk menjalankan segala aktiviti yang ingin
                dilakukan. Franchisor mengawal operasi untuk memastikan


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com       9
DonationWare              Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                     www.komputer.com.my
                keseragaman boleh dicapai. Sekiranya usahawan tidak mengikut
                arahan, lesen franchise tidak akan disambung semula selepas tamat
                kontrak.

          (iii) Janji tidak dipenuhi (Unfulfilled Promises)
                Ada sesetengah kes, franchisors yang kurang nama, para franchisees
                (usahawan) ini tidak memperolehi apa yang dijanjikan. Banyak
                franchisees dapati jenama tersebut gagal menarik perhatian
                pelanggan. Malah terdapat banyak bantuan yang dinyatakan sebelum
                ini tidak ditunaikan. Harga barang yang dibeli dari syarikat
                franshisor adalah jauh lebih mahal dari harga pasaran. Sekiranya
                franchisees membuat aduan, lesen mereka akan ditamatkan, diambil
                atau tidak diperbaharui.



6.5 Struktur perniagaan yang sah untuk perniagaan baru

Sebelum memilih jenis perniagaan yang ingin dijalankan, bakal usahawan perlu tahu
struktur perniagaan yang sesuai dengan pelaburan mereka. Usahawan
bertanggungjawab untuk mengetahui perubahan undang-undang percukaian, situasi
bebanan (liabiliti), keupayaan modal dan kerumitan membentuk perniagaan.

Terdapat tiga struktur organisasi iaitu Perniagaan Tunggal (sole proprietorship),
Syarikat Perkongsian(partnership) dan Syarikat Syarikat (corporation). Setiap jenis
struktur organisasi mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.



6.5.1 Perniagaan Tunggal (sole proprietorship)

Suatu perniagaan yang dipunyai oleh seorang pemilik. Macam syarikat enterprise
yang perlu bayar RM 25 untuk dapatkan lesen perniagaan. Individu ini mempunyai
hak mutlak terhadap keuntungan dan memikul segala hutang dan bebanan perniagaan.
Individu mempunyai tanggunjawab yang tidak terbatas kerana perniagaan dan aset
peribadinya berdiri dibelakang segala operasi yang dijalankan. Sekiranya perniagaan
tidak dapat memenuhi bebanan kewangan, pemilik terpaksa menjual kereta, rumah
dan apa saja yang boleh melunaskan hutangnya.

Untuk menjalankan perniagaan tunggal, seseorang memerlukan lesen perniagaan
sama ada dari kerajaan setempat atau negeri atau kedua-duanya. Individu boleh
menggunakan nama syarikat seperti DonationWare atau menggunakan namanya
sendiri sebagai nama syarikat seperti „Syarikat Rozaimy‟. Bayaran yg dikenakan
untuk Syarikat DonationWare adalah RM 50 setahun. Manakala „Syarikat Rozaimy‟
dikenakan RM 25 setahun.




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                          sumbangan@gmail.com 10
DonationWare                Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                       www.komputer.com.my
Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Tunggal

                   Kelebihan                                    Kelemahan
Mudah untuk ditubuhkan                        Tanggungan tidak terhad
tidak perlu formal dan kurang pembatasan di individu yang memiliki perniagaan tunggal
dalam     menubuhkan        syarikat.  Tidak bertanggungjawap sepenuhnya terhadap
memerlukan        kebenaran    atau   sedikit untuk perniagaan. Tanggungan ini meliputi
kebenaran dari kerajaan. Tidak mahal untuk kesemua harga/aset pemilik.
ditubuhkan
Keuntungan hak mutlak pemilik                 Tidak mempunyai kesinambungan
perniagaan tunggal tidak perlu berkongsi syarikat enterprise (tunggal) mungkin
keuntungan                                     pincang atau ditamatkan perniagaan apabila
                                               pemilik sakit atau mati
Membuat keputusan dan mengawal tetap Kurang modal
(vest) dalam tangan pemilik                    selalunya syarikat enterprise mempunyai
tidak perlu rakan untuk meminta nasihat di modal yang sikit jika dibandingkan dengan
dalam menjalankan operasi perniagaan           organisasi seperti Perkongsian dan Syarikat
Fleksibilitas (flexibility)                   Sukar memperolehi pinjaman jangka
pengurusan berupaya untuk menjawab dan panjang
membuat keputusan dengan cepat sebarang Oleh kerana enterpise bergantung kepada
keperluan perniagaan seharian                  seorang pemilik, maka sukar untuk beliau
                                               memperolehi pinjaman jangka panjang
Secara relatif bebas dari kawalan             Pandangan dan pengalaman yang terhad
kerajaan                                       operasi bergantung kepada seorang individu
Kerajaan kurang campur tangan dalam            maka kemampuan, latihan dan pengalaman
urusan perniagaan tunggal                      akan menghadkan arah tuju dan skop
                                               perniagaan
Bebas dari dikenakan cukai perniagaan
syarikat
Perniagaan tunggal dikenakan cukai sebagai
cukai individu bukan cukai perniagaan (cukai
perniagaan 28%)




6.5.2 Perniagaan Perkongsian (Partnerships)

Perniagaan perkongsian melibatkan perkongsian dua atau lebih orang yang bertindak
sebagai pemilik bersama terhadap perniagaan tersebut untuk memperolehi
keuntungan. Setiap dari mereka akan menyumbangkan duit, buruh atau kemahiran
dan setiap dari mereka berkongsi sama ada keuntungan ataupun kerugiaan yang
dialami oleh syarikat. Walaupun bukan suatu kemestian untuk menyatakan bahagian
masing-masing secara bertulis, namun ia digalakkan kerana jika berlaku sesuatu,
makhamah akan mengandaikan pembahagian keuntungan, kerugian, pengurusan aset
dan lain-lain dibahagi secara sama rata KECUALI ianya dinyatakan secara bertulis
(perjanjian). Perjanjian perkongsian menyatakan dengan jelas sumbangan kewangan
dan pengurusan untuk setiap rakan kongsi dan dengan jelas merancangkan peranan
setiap rakan kongsi di dalam perniagaan perkongsian.




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                              sumbangan@gmail.com 11
DonationWare              Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                     www.komputer.com.my
Di bawah adalah contoh informasi yang ditulis di dalam perjanjian.

   1. Nama, maksud, kedudukan (domicile)
   2. Berapa lama perjanjian itu berkuat kuasa
   3. Ciri perkongsian (am atau terhad, aktif atau senyap)
   4. Sumbangan rakan kongsi (pada permulaan , pada tarikh belakangan)
   5. Pembahagian keuntungan dan kerugian
   6. Gaji
   7. Hak rakan kongsi untuk kesinambungan
   8. Kematian rakan kongsi (pembubaran dan ditamatkan)
   9. Melepaskan dari hutang
   10. Perbelanjaan perniagaan (kaedah menguruskannya)
   11. Hutang terpisah (seperate debts)
   12. Kuasa/Hak (kuasa individu rakan perkongsian di dalam melakukan
       perniagaan)
   13. Buku, rekod dan cara membuat membuat kira-kira
   14. Menjual kepentingan pengkongsian
   15. Usaha perantaraan (arbittration)
   16. Penyelesaian dari pembantahan
   17. Tambahan, penukaran atau perubahan terhadap pengkongsian
   18. Perbuatan yang diperlukan dan dilarang
   19. Kekurangan dan kelemahan
   20. Pengurusan kakitangan

Sebagai tambahan kepada ayat yang ditulis, usahawan perlu mempertimbangkan
beberapa perbezaan perjanjian perkongsian. Bergantung kepada keperluan, satu atau
lebih perjanjian diperlukan. Perkara yang penting perlu diingat adalah: sekurang-
kurangnya seorang rakan kongsi mesti menjadi rakan kongsi am yang
bertanggungjawab terhadap hutang syarikat dan siapa yang mempunyai tanggungan
tiada had.




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                           sumbangan@gmail.com 12
DonationWare              Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                     www.komputer.com.my
Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

                Kelebihan                                  Kelemahan
Mudah untuk ditubuhkan                      Tanggungan tidak terhad sekurang-
Peraturan        undang-undang         dan kurangnya seorang rakan kongsi
perbelanjaan      adalah    sedikit    jika Meskipun sebahagian rakan kongsi
dibandingkan dengan enterprise atau mempunyai tanggungan yang terhad,
Syarikat.                                   sekurang-kurangnya      seorang   rakan
                                            kongsi am akan mempunyai tangunggan
                                            tidak terhad
Ganjaran Secara langsung                    Tidak mempunyai kesinambungan
Rakan kongsi memberi rangsangan Sekiranya ada rakan kongsi yang mati,
(motivasi) dengan memberi sepenuh gila atau mengundur diri dari perniagaan,
tenaga mereka dengan cara berkongsi perjanjian perkongsian tamat dengan
keuntungan                                  sendirinya. Walau bagaimanapun operasi
                                            perniagaan boleh berjalan seperti biasa
                                            kerana rakan kongsi lain boleh
                                            mengambil rakan kongsi baru
Memudahkan Perkembangan dan Secara relatif sukar memperolehi
Kemajuan                                    modal yang besar
Dalam          perkongsian,         adalah Kebanyakkan perkongsian menghadapi
berkemungkinan untuk memperolehi masalah untuk memperolehi modal yang
modal      dan     kepakaran     tambahan besar terutama apabila melibatkan
berbanding dengan perniagaan tunggal        pinjaman jangka panjang. Selalunya
                                            harga kekayaan rakan kongsi menentukan
                                            jumlah modal perkongsian yang boleh
                                            dikenalkan terutama semasa perniagaan
                                            dimulai
Fleksibilitas (Flexibility)                 Dibatasi perbuatan seorang rakan
Perkongsian selalunya berupaya untuk kongsi
memberi maklum balas dan keputusan Rakan kongsi am boleh melakukan
dengan      pantas     untuk     keperluan kontrak dan tanggungan boleh dibuktikan
perniagaan                                  mendatangkan        bencana     kepada
                                            perniagaan secara amnya dan kepada
                                            rakan kongsi lain
Secara relatif bebas dari kawalan dan Kesukaran membuang kepentingan
peraturan kerajaan                          rakan kongsi
Campur tangan kerajaan adalah sangat Untuk membeli kepentingan rakan kongsi
sedikit dalam operasi perkongsian           adalah sukar kecuali aturan khusus di
                                            dalam perjanjian ada tercatat
Kemungkinan keuntungan Cukai
Kebanyakkan rakan kongsi membayar
cukai sebagai cukai individu, dengan ini
mereka terlepas dari cukai perniagaan
yang tinggi




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com 13
DonationWare                Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                       www.komputer.com.my
6.5.3 Syarikat (Corporation)

Syarikat adalah “an artificial being, invisible, intangible and existing only in
contemplation of law” (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819). Dengan
demikian, Syarikat (corporation) adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap
individu yang menjadi pemiliknya.

Di Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini
menjadi undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini
disahkan pada April 15 1966 dan diubah beberapa kali pada tahun 1969. 1971, 1985,
1986 dan terakhir pada tahun 1987. Akta ini berdasarkan kepada undang-undang
syarikat yang disahkan di Australia dan di United Kingdom.

(a) Sifat-sifat(ciri-ciri) Syarikat

   (i)     Hak dan Tanggungjawab
           Syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kepemilikan terhadap modal
           dan tindakan undang-undang terhadap yang lain atau sebaliknya. Walau
           bagaimanapun Syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu
           itu sendiri. Apa saja tindakan yang diambil dilakukan oleh agen
           perlaksana.

   (ii)    Jangka Hayat (life span)
           Jangka hayat Syarikat tiadak bergantung kepada ahli-ahli. Syarikat akan
           diteruskan walaupun terdapat ahli yang mati atau keluar dari Syarikat.
           Walau bagaimanapun Syarikat boleh ditamatkan sekiranya semua ahli
           tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.

   (iii)   Tanggungan/liabiliti (liabilities)
           Tanggungan setiap ahli di dalam Syarikat adalah terhad kepada jumlah
           saham yang dilanggan (dimiliki). Oleh itu, ahli tidak bertanggungjawab
           atas apa yang berlaku pada Syarikat walaupun ianya diisthiyarkan
           bangkrup. Syarikat tidak sama dengan perniagaan tunggal dan
           pengkongsian dimana di dalam Syarikat terdapat pemisahan di dalam aset
           peniagaan dan aset peribadi. Dengan kata lain, tanggungan hutang atau
           pemiutang tidak boleh menuntut aset individu untuk menyelesaikan hutang
           Syarikat.
           (Nota: aku ubah ayat di atas. Tetapi maksudnya lagi jelas iaitu kalau guna
           syarikat tunggal atau perkongsian, hutang boleh dituntut dari aset peribadi
           pemilik TETAPI untuk Syarikat TIDAK BOLEH)

   (iv)    Ahli-ahli (members)
           Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang adalah
           penduduk tetap Malaysia. Dua ahli ini mestilah bertindak sebagai direktor
           dan menjadi orang penting dalam Syarikat. Dalam Syarikat, ahli akan
           memilih Lembaga Pengarah (board of directors), di mana mereka akan
           bertanggungjawab di dalam perjalanan Syarikat serta mengikut undang-
           undang dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta Syarikat 1965.




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                           sumbangan@gmail.com 14
DonationWare               Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                      www.komputer.com.my
(b) Jenis-jenis Syarikat
    Terdapat tiga jenis Syarikat di dalam akta 1965:

   (i)     Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)
           Syarikat jenis ini banyak beroperasi di Malaysia. Tanggungan ahli terhad
           kepada jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

   (ii)    Syarikat Terhad oleh Jaminan (Corporation Limited by Guarantee)
           Tanggungan ahli adalah terhad berdasarkan jumlah tertentu yang telah
           dipersetujui oleh semua ahli seperti yang tercatat di dalam memorandum
           perkongsian. Syarikat jenis ini selalu ditubuhkan untuk tujuan menganjur
           atau menaja aktiviti riadah, hiburan, memajukan industri, seni, sains,
           agama dan sebagainya yang penting untuk masyarakat. Sekiranya Syarikat
           ini memperolehi keuntungan, kesemua keuntungan tidak boleh
           dibahagikan kepada ahli-ahli, tetapi akan dimasukkan semula pelaburan
           tambahan untuk mencapai visi dan matlamat, Syarikat ini bukan semata-
           semata untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh: Syarikat jenis
           amanah, tabung dan kebajikan yang bertujuan membantu mereka yang
           miskin, memberi biasiswa kepada pelajar miskin atau membina hospital
           untuk orang yang tidak bernasib baik.

   (iii)   Syarikat Tidak Terhad oleh Saham (Corporation Unlimited by
           shares)
           Tanggungan ahli adalah tidak terhad. Perbezaan diantara Syarikat dan
           perkongsian adalah Syarikat mempunyai entitinya sendiri, Sesetengah
           organisasi jenis ini adalah seperti firma broker, firma saham and firma
           arsitektural (architectural).


(c) Ciri-ciri Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)
    Syarikat mesti mempunyai modal berkongsi dan boleh dikategori kepada tiga
    kategori seperti berikut:
    (i)     Syarikat Sendirian (Private Corporation) – Sendirian Berhad
    (ii)    Syarikat Awam (Public Corporation)
    (iii)   Syarikat Asing (Foreign Corporation)


   Syarikat Swasta
   Kebanyakkan syarikat atau Syarikat terbentuk sama ada usahawan kecil atau besar
   adalah dari jenis Syarikat Terbatas oleh Saham. Syarikat boleh dikategori sebagai
   Syarikat Swasta (Private Company) atau Sendirian Berhad (Private Limited
   Company) sekiranya mereka mengikut peraturan di bawah:

   (i)     Jumlah ahli tidak kurang dari 2 dan tidak lebih dari 50 ahli dalam sesuatu
           masa.
   (ii)    Mesti mempunyai ketaatan sepenuhnya kepada kuasa untuk membuat
           pemindahan saham ahli-ahli.
   (iii)   Syarikat atau syarikat tidak dibenarkan untuk membuat pilihan untuk
           menjual atau berlangganan saham atau obligasi kepada masyarakat umum.



Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                           sumbangan@gmail.com 15
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my
   (iv)   Masyarakat umum tidak dibenarkan menyimpan wang dengan Syarikat
          untuk masa tertentu.
   (v)    Syarikat atau syarikat mesti mempunyai ayat “Sdn. Bhd. “ atau “Sendirian
          Berhad” dihujung nama syarikat tersebut.

   Selain dari peraturan yang dinyatakan tadi, syarikat Sendirian Berhad mesti
   mempunyai dokumentasi yang jelas mengenai peraturan dalaman untuk rujukan
   pretasi mengenai aktiviti perniagaan dan pimpinan untuk pelaksanaan yang lebih
   lanjut. Keperluan syarikat Sendirian Berhad seperti di bawah:

          1. Setiausaha Syarikat (Company Secretary)
          2. Auditor Syarikat (Corporation Auditor)
          3. Cap (tanda) Syarikat (Corporation Seal)
          4. Kuasa Peguam (Power of Attorney)  kena check ni.
          5. Memorandum Perkongsian (Memorandum of Association)
          6. Artikel Perkongsian (Articles of Association)
          7. Berkongsi Modal (Capital Share)
          8. Lembaga Pengarah (Board of Directors)
          9. Pemegang Saham
          10. Pejabat berdaftar (Registered Office)


(d) Kelebihan dan kelemahan Syarikat

               Kelebihan                                 Kelemahan
Tanggungan Terhad                         Aktivit Terhad
Pemegang saham mempunyai tanggunan        Akitiviti syarikat adalah terhad kepada
yang terhad bergantung kepada pelaburan   piagam dan pelbagai undang-undang
mereka. Paling teruk pun kehilangan
wang pelauran mereka
Pemindahan Hak milik                  Perwakilan tidak mencukupi
Pemilikan boleh dipindahkan melalui   Pemegang saham majoriti di dalam
penjual saham kepada pembeli yang     syarikat akan berkuasa (outvotes)
berminat                              terhadap pemegang saham yang kecil
Jangka hayat tidak terhad             Peraturan
Syarikat mempunyai jangka hayat yang  Peraturan kerajaan yang banyak dan
terpisah dan bebas dari pemilik, bolehlaporan diperlukan oleh agensi tempatan
                                      dan kerajaan selalunya memberi kesan
beroperasi dalam jangka masa yang tidak
terhad                                yang besar terhadap kertas kerja dan
                                      birokrasi.
Mudah memperolehi modal yang besar Perbelanjaan Organisasi
Modal    boleh    diperolehi  dengan Sejumlah besar wang diperlukan untuk
mendapatkan pinjaman jangka pendek menubuhkan syarikat.
dengan menggunakan aset perniagaan
atau jaminan peribadi dari pemegang
saham majoriti.
Meningkatkan     kemampuan       dan Cukai Dua Kali
kemahiran                             Cukai pendapatan dikena kepada
Berupaya menarik banyak      individu keuntungan syarikat dan pendapatan
kemampuan dan berkemahiran, dari individu serta dividen yang diperolehi.


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com 16
DonationWare                Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                       www.komputer.com.my
barisan pemegang saham utama sehingga
kepada pengurus profesional di dalam
syarikat.


Perbandingan Tiga Jenis Perniagaan

      Ciri-ciri              Tunggal                 Perkongsian                  Syarikat
Cara penubuhan        Ditubuhkan sendiri        Ditubuhkan dengan         Ditubuhkan dengan
                      oleh pemilik              perjanjian antara rakan   cara berdaftar dengan
                                                kongsi                    pendaftar Syarikat
Kedudukan undang-     Tidak ada entiti          Tidak ada entiti          Selalunya ada entiti
undang                berasingan, perniagaan    undang-undang yang        undang-undang yang
                                                berasingan                nyata dan berasingan
                                                                          dari pemilik
Tanggungan            Tanggungan tidak          Tanggungan tidak          Tanggungan terhad
                      terhad                    terhad (kecuali rakan     terhadap pemegang
                                                kongsi terhad di dalam    saham. Pemegang
                                                pengkongsian terhad)      saham tidak
                                                                          bertanggungjawab
                                                                          diatas hutang syarikat.
Jangka Hayat          Ditentukan oleh           Ditamatkan bergantung     Boleh kekal selamanya
                      pemilik, automatik        kepada perjanjian
                      bubar apabila pemilik     dengan rakan kongsi,
                      mati                      kematian seorang atau
                                                lebih rakan kongsi,
                                                rakan kongsi keluar
                                                dari pengkongsian,
                                                muflis dll
Pemindahan            Kepentingan boleh         Walaupun kepentingan      Saham boleh dipindah
kepentingan           dipindah milik kepada     rakan kongsi boleh        milik
                      individu lain dan tamat   dipindahkan, ia tidak
                      di situ sahaja            mempunyai kuasa
                                                penuh terhadap
                                                pengkongsian
Pengurusan            Bergantung                Setiap rakan kongsi       Pemegang saham
                      sepenuhnya kepada         mempunyai suara dan       memilih pengarah yang
                      kebijaksanaan pemilik     kuasa yang sama           kemudian akan
                                                penting kecuali           menentukan polisi dan
                                                dinyatakan di dalam       menentukan
                                                perjanjian perkongsian    pegawainya
Cukai                 Pemilik membayar          Setiap rakan kongsi       Cukai dua kali, syarikat
                      cukai pendapatan          membayar cukai secara     membayar cukai
                      individu terhadap         pro data terhadap         pendapatan terhadap
                      keuntungan syarikat       keuntungan bersih         keuntungan bersih,
                                                tanpa mengira sama        tanpa potongan untuk
                                                ada ia dibahagikan atau   dividen, dan pemegang
                                                tidak                     saham yang menerima
                                                                          dividen perlu
                                                                          membayar cukai
                                                                          tersebut
Bayaran organisasi,   Tidak ada                 Tidak ada                 Semua diperlukan
bayaran lesen
tahunan dan laporan
tahunan
Perjanjian            Tidak ada batasan         Tidak ada batasan         Selalunya mesti
perdagangan ke                                                            berkelayakkan untuk
negara lain                                                               menjalankan



Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                                   sumbangan@gmail.com 17
DonationWare               Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                      www.komputer.com.my
                                                                        perniagaan dan
                                                                        memperolehi sijil dari
                                                                        pihak berkuasa
Cara penubuhan       Ditubuhkan sendiri       Ditubuhkan dengan         Ditubuhkan dengan
                     oleh pemilik dengan      perjanjian untuk          membuat perjanjian
                     tujuan untuk             memperolehi               dengan rakan kongsi.
                     memperolehi              keuntungan dalam          Surat akuan tanggungan
                     keuntungan. Mesti        perniagaan, sekurang-     terhad rakan kongsi
                     didaftarkan di pejabat   kurangnya seorang         difailkan, piagam
                     pendaftaran syarikat     rakan kongsi sebagai      dikeluarkan oleh
                                              rakan kongsi am dan       pejabat pendaftaran
                                              yang lain rakan kongsi    syarikat
                                              terhad, surat akuan
                                              rakan kongsi terhad
                                              difailkan, piagam mesti
                                              dikeluarkan oleh negeri



6.6 Sumber Modal Untuk Aktiviti Keusahawanan

Terdapat berbagai sumber modal yang boleh usahawan perolehi untuk memulakan,
mengembangkan dan membangunkan perniagaan. Jangkamasa yang diperlukan
bergantung kepada jenis sumber kewangan yang sesuai untuk anda dan perniagaan
anda. Terdapat enam sumber kewangan:

   (i)     Simpanan Peribadi
           Simpanan peribadi anda adalah sumber pertama modal anda.           Ia
           merupakan simpanan yang anda simpan untuk suatu jangkamasa di dalam
           akaun simpanan, akaun semasa, simpanan di rumah atau tunai yang boleh
           digunakan apabila diperlukan. Selalunya simpanan peribadi akan cepat
           kehabisan apabila usahawan memulakan perniagaan.

   (ii)    Keluarga dan Kawan-kawan
           Apabila anda kehabisan wang dari simpanan peribadi, tempat seterusnya
           untuk memperolehi wang adalah dari keluarga dan kawan-kawan. Mereka
           mungkin rakan sejawat yang mampu memberikan pinjaman. Walaupun ia
           mungkin merupakan idea yang baik masa tersebut, kadang kala mereka
           mahukan anda memulangkan wang mereka semasa anda sedang
           kesempitan wang. Oleh itu adalah amat penting anda membuat perjanjian
           bertulis untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan nanti.

   (iii)   Akaun Persaraan
           Anda telah membuat simpanan untuk hari persaraan. Oleh itu, anda boleh
           menggunakan wang ini untuk membangunkan perniagaan anda. Walau
           bagaimanapun, pembangunan teknologi perniagaan penuh dengan risiko.
           Sekiranya perniagaan anda gagal, anda perlu lebih berjimat cermat
           sepanjang persaraan.

   (iv)    Bank dan Institusi Kewangan Lain
           Institusi seperti ini memberikan pinjaman kepada orang yang mempunyai
           aset yang bertindak sebagai jaminan kepada pinjaman tersebut. Terdapat
           tiga jenis pinjaman dari institusi kewangan iaitu:


Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                                sumbangan@gmail.com 18
DonationWare             Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                    www.komputer.com.my


          a) Pinjaman Jangka Panjang – dipinjam dari sumber luaran untuk
             jangka masa di antara 5 sehingga 25 tahun. Cagaran komersil atau
             perjanjian pinjaman jangka panjang dari bank utama adalah contoh
             pinjaman jangka panjang. Duit tersebut boleh digunakan untuk
             pembukaan aset tetap seperti kilang dan peralatan.

          b) Pinjaman Jangka Sederhana – sebarang pinjaman diantara 2 – 7
             tahun boleh dikategori sebagai pinjaman jangka sederhana. Bantuan
             kewangan selalunya mengenai perjanjian anda dengan organisasi yang
             memberikan pinjaman. Pinjaman ini akan dapat membayar sewa beli,
             sewaan dan perjanjian pinjaman.

          c) Pinjaman Jangka Pendek – Overdraft adalah jenis pinjaman jangka
             pendek yang selalu digunakan. Walaupun kadar bayaran yang
             dikenakan adalah tinggi, anda mempunyai kelebihan kerana hanya
             perlu membayar faedah (bunga) pada jumlah wang yang dikeluarkan.
             Seperti mana pinjaman bank lain, anda harus membayar faedah
             samada anda mengunakan semua pinjaman tersebut atau tidak.

   (v)    Pinjaman Kerajaan
          Kerajaan mengambil sikap positif untuk membantu perniagaan dan
          industri secara keseluruhannya. Kerajaan telah memberikan geran atau
          subsidi pinjaman untuk mengalakkan pelaburan dan pembangunan.
          Terdapat program kerajaan sedia ada yang boleh mengurangkan dengan
          berkesan kadar faedah pinjaman bank dan membolehkan para peniaga
          membuat pinjaman. Secara amnya, kerajaan membantu untuk
          mengurangkan kadar pengangguran dan juga perkembangan dan perbaikan
          industri terutama kawasan pendalaman.

   (vi)   Pasaran Saham
          Modal jenis ini boleh diperolehi dengan menawarkan saham syarikat
          kepada orang awam. Saham awam perlu mendapat kelulusan dari pihak
          kerajaan. Selalunya, perkhidmatan pelaburan dari bank digunakan. Sebagai
          pertukaran kepada pelaburan modal, anda perlu menawarkan peratusan
          pemilikan syarikat tersebut. Dengan ini ia memberikan para pelabur kuasa
          yang terhad untuk mengawal syarikat dan berkongsi keuntungan mengikut
          peratusan pemilikan. Ia mungkin dalam bentuk dividen.




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                         sumbangan@gmail.com 19
DonationWare               Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
                                                      www.komputer.com.my


Ujian 1

   1.   Jelaskan jenis-jenis perniagaan
   2.   Terangkan fasa start-up
   3.   Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.
   4.   Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia
        ada.


Ujian 2

   1.   Apa itu franchising?
   2.   Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.
   3.   Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.
   4.   Bincangkan sumber modal untuk usahawan.




Disemak oleh: Ruzila MohdAsnan                           sumbangan@gmail.com 20