hubungkait antara moral etika dan undang-undang

Document Sample
hubungkait antara moral etika dan undang-undang Powered By Docstoc
					MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

1.0

PENGENALAN

Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan untuk mencapai kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu sama lain. Bintangbintang ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus beroperasi mengikut peraturan ini.

Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturanperaturan yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan manusia. Ini sunnatullah yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut.

Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup yang ditetapkan. Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang dan persekitaran pula, terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.

1

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup secara berkelompok dan sentiasa memerlukan orang lain untuk melayan kehendaknya. Sejak dari dalam perut ibunya, sehinggalah meninggal dunia, manusia tetap bergantung lepada manusia lain untuk keperluan makanan, pelajaran, kesihatan dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia perlu lepada bidan atau jururawat untuk mengeluarkannya dari perut ibunya. Setelah melihat dunia, manusia perlu bekerja dengan mensual tenaganya lepada orang lain. Lantas berkahwin pula dengan manusia lain. Apabila meninggal dunia, orang lain terpaksa pula menguruskan jenazahnya di dalam kubur.

Secara keseluruhannya, manusia sentiasa memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup di dalam kelompok, memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa, dan masyarakat supaya tercapai keharmonian antara satu sama lain. Oleh kerana itulah, manusia perlu kepada peraturan yang terdiri daripada etika, undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai keharmonian dalam masyarakat.

2

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

2.0

KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG.

Konsep etika berasal dari perkataan Greek “ ethos” dan “ethikos”. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia.

Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail

Ibrahim (Nazirmuddin:2005) menyatakan etika proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak manusia. atau tingkahlaku

Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang benar atau salah. Ia berkait rapat dengan kesedaran. Moral sesebuah

masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam konteks mendukung nilai-nilai peradapan secara umum.

Plato melihat undang-undang sebagai suatu jentera untuk mengawal kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle

melihatnya sebagai rukun tata tertib, satu kontrak dan rukun harmoni. Cicero

3

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam semulajadi, suatu perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah satu perintah atau larangan.

Manakala Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan akal mengenai perkara-perkara yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti. Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang ialah satu peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu ialah tatatertib yang dicipta untuk mengawasi dan mengatur tingkahlaku masyarakat atau kumpulan.

Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah termasuklah juga oleh : Austin: “Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. (Noor Aziah. 2005)

Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)

4

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam

penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

3.0

PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG. Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh

beberapa orang lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian. Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini, kita dapat melihat

5

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

bahawa undang-undang dan moral tidak sama. dihubungkait sahaja.

Kedua-duanya boleh

Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undang-undang dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara etika ialah ”tikaman hati”. Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan dirinya. ( Nazirmuddin, 2005)

Undang-undang menentukan batas yang pasti manakala etika menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan.

Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilai-nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang muzik dengan kuat di kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira

keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undangundang.

6

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah. Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang

sebab takutkan hukuman tetapi bukan berlandaskan etika. Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang dalam mengawal jenayah.

Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya, ia adalah salah di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik sekaligus sebagai pelindung kepada pelajar. Bagaimana pula jika guru

membalas pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya daripada diserang tanpa henti. Dalam kebanyakan insiden, guru sukar memenangi kes. Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan pelajar memukul guru merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat

bahawa berbanding undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan buruk dalam masyarakat.

Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan moral. Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-

undang terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari segi etika, bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.

7

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya, kerosakan telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undangundang. Bagaimana pula dengan amalan menggunakan telepon awam

dalam tempoh yang lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan ini tidak diliputi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, dari sudut etika, ia adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Salah satu motif seseorang membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan seseorang individu itu bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di

mana menjauhi sifat cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa masalah.

Undang-undang tidak mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang, gangguan seksual merupakan satu keslahan. Bagaimana pula jika seseorang suka mengenyitkan mata

kepada orang yang tidak dikenali.

8

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG

ETIKA

UNDANG-UNDANG

1. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri. Dikuatkuasakan Hukuman melanggar etika ialah rasa Hukuman bersalah dalam diri sendiri.

oleh

mahkamah.

melanggar

undang-undang

adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis negara.

2. Menentukan batas adat, idealisme, Penentuan batas perlakuan adalah jelas. kayakinan dan nilai. Batas teersebut Dianggap melakukan batas boleh jenayah jika

adalah relatif dan abstrak mengikut melampaui masyarakat. perlakuan

tersebut. bersifat

Bentuk global.

Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam semua masyarakat.

3. Mematuhi nilai dan kod etika dapat Mematuhi menghindari perlanggaran undang

undang-undang

tidak

undang- bermakna mematuhi etika

9

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

4. Bersifat lebi umum dalam mengawal Merupakan peraturan minimum untuk jenayah. mengawal jenayah

5.

Mengembangkan

sikap Cukup untuk menentukan batas etika dan

membezakan antara yang baik dan moral buruk dalam masyarakat 6. Membatasi perlakuan baik dan Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu atau individu dan masyarakat yang rencam

jahat

sama ada

kelompok

7.

Mengambilkira faktor rohaniah Faktor

rohaniah

dan

kejiwaan

tidak

seperti hasad dengki dan lain-lain diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan penyakit jiwa akibat kesan daripada perlakuan hasad dengki yang dizahirkan

8.

Mengambilkira

semua

faktor Tidak abstrak

mengambilkira seperti

perkara

yang daan

termasuk yang abstrak.

engkar,khianat

sebagainya

10

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

4.0

KEPENTINGAN ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

4.1

Kepentingan Etika

Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada pembentukan keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan

kedamaian hidup. Kepentingan etika ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Secara induvidunya, seseorang yang beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu juga dengan kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak

mendatangkan faedah, yang merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu, jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.( Nazirmuddin, 2005 ).

Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi bukan hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-

11

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

menghormati antara satu sama lain, malahan berjaya mejudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan bahagia.

Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting. Seandainya seluruh organisasi memiliki nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah suatu budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang baik dan terpuji dilam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang tinggi keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu tetapi pekerja juga turut terlibat.

Manakala bagi masyarakat dan negara, dengan adanya individu, keluarga dan organisasi yang beretika tinggi, masyarakat dan negara juga turut mencapai faedahnya. Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga turut aman, damai, maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan

12

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Abasiah dan Umayyah, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.

Hubungan Etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh ;a) Jangan fikir dan lakukan perkara-perkara buruk seperti mencuri

Hubungan Etika dan moral akan ;a) Membentuk karektor seseorang seperti berfikiran positif Apa yang difikirkan biasanya melibatkan unsur positif bagi beretika dan unsur negatif bagi yang tidak beretika, sebagai contoh seperti di bawah ;-

Betul Baik Moral Etika

Salah Buruk Bukan moral Bukan etika

Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harmoni seharian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama ;1) Etika dan kuasa Menggunakan kuasa mengikut saluran yang dibenarkan 2) Etika dan individu Menghormati hak anda dan hak jiran anda

13

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

3)

Etika dengan undang-undang Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar batas undang-undang.

4) Etika dan agama Individu yang berpegang kepada ajaran agama adalah mudah melaksanakan nilai-nilai etika.

4.2

Kepentingan Moral

Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada pertimbangan materialistic ada kalanya kita terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup disekeliling kita. Manusia menjadi begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam keputusan yang dibuat. Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk hidup bermasyarakat, berkeluarga dan beragama. Moral adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau salah. Ianya berkaitan dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang baik atau buruk . Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, masyarakat dan bangsa . ( Tam Yeow Kwai, 1996 )

14

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Secara individunya, seseorang yang bermoral akan menikmati kehidupan aman dan sejahtera. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan. Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat menghidarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta bendanya , ditipu, disekat kebebasannya dan ditindas. Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup.

Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepusan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan

lambat laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan. ( Eow Boon Hin , 2003 )

Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini kerana segala masalah yang timbul daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang stabil di dalam setiap ahli keluarga dapat

15

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

mewujudkan

suasana

mesra,

tolak

ansur,

bertanggungjawab

akan

menyebabkan kerukunan rumah tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibubapa tidak akan berlaku . Oleh itu keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluannya dapat dipenuhi seperti pengeluran dan pengagihan barang.

Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara Malaysia terkenal diseluruh dunia yang mana budi bahasa rakyatnya adalah diantara satu symbol negara yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.

4.3

Kepentingan undang-undang

Undang-undang memainkan peranan penting

dalam

kehidupan

manusia. Ini kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injuksi mahkamah. Undangundang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat dilaksanakan.

16

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat mengatur pelbagai perjalanan hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama dan lain-lain lagi perbezaan. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara bagi kepentingan semua. Tindakan tersebut dapat mempengaruhi perbuatan dan tindakan masyarakat contohnya seperti memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat pula memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan. Kesannya masayarakat dapat dengan tenang dan damai.

Selain itu juga, kepentingan undang-undang juga dapat dilihat bagaimana ia berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan. Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat adalah bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah. Oleh yang demikian hak-hak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan akhinya satu bentuk kehidupan politik dan social yang stabil dapat diwujudkan.

17

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan. Dengan adanya hukuman keatas pesalah, masyarakat merasakan kehidupan mereka terjamin dan tidak terbiar. Struktur peraturan yang tersedia itu membolehkan individu yang bersalah itu diadili dan seterusnya menerima hukuman yang setimpal. Manakala pihak yang teraniaya akan mendapat keadilan yang setimpal dengan apa yangn mereka alaminya.

Kepentingan lain yang boleh kita perolehi daripada undang-undang ialah dapat membezakan dan meningkatkan seseorang manusia itu baik atau pun buruk. Perbezaan ini dapat lihat daripada perlakuan serta sifat-sifat yang ditonjolkan oleh setiap individu. Contohnya bagi individu yang sering melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia yang buruk dan sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada sebarang keraguan.

5.0

FUNGSI

ETIKA,

MORAL

DAN

UNDANG-UNDANG

DALAM

KEHIDUPAN MANUSIA.

5.1

Fungsi Moral dalam Kehidupan

Moral adalah perkara yang perlu diketahui, difahami dan ditonjolkan kepada masyarakat umum yang menjadi fungsi kepada nadi penggerak pembangunan yang mementingkan peradapan dan tamadun kehidupan yang berasaaskan kepada budaya , tamadun, peraturan dan keharmonian.

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1998), moral berfungsi sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ini bermaksud, walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin 18

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya ,menyelesaikan konflik yang dihadapi.

Soalnya sekarang, mengapa manusia perlu bermoral? Kita patut sedar bahawa manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi darjatnya. Manusia juga mempunyai kehendak, keinginan, matlamat dan objektif yang sama iaitu inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Untuk ini manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain.

Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh pada prinsip-prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap kerjasama di antara satu dengan lain yang dapat menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawanya, dihina. Dicuri harta bendanya, ditipu, disekat kebebasannya, dibelenggu dan ditindas. Jadi moral berfungsi dalam memelihara kemuslihatan kehidupan manusia sejagat pada asasnya.

Ahli-ahli falsafah Barat lebih menekankan persoalan, ”mengapa manusia pada umumnya patut bermoral?” daripada ”mengapa setiap individu harus bermoral?” Kedua-duanya mempunyai penekanan yang berbeza-beza, tetapi dalam kehidupan manusia, setiap individu itu menjadi teras kepada pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam pembentukan sikap bermoral individu dan lebih penting dari sistem moral itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan moral mempunyai fungsi yang amat penting dalam membawa kesedaran bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu bermoral. Dengan perkataan lain, segala apa yang dibuat itu adalah untuk penciptanya. Oleh itu fungsi moral terhadap kesedaran moral induvidu itu bukan atas tekanan, pujian dan lain-lain, tetapi berdasarkan keimanannya kepada Tuhan.

19

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh individu. Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan daripada berbuat kejahatan yang akan membawa kesukaran kepada dirinya sendiri dan orang lain. Sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya sendiri.

Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan seperti menipu, berjudi, dan mencuri itu lambat-laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Setiap perbuatan baik yang dilakukan dan membawa faedah kepada semua orang. Contohnya, kalau dalam satu kelompok masyarakat itu tidak seorang pun menjadi pembunuh, pencuri dan penipu sudah pasti setiap ahli kelompok tersebut akan menadapat faedahnya.

Oleh itu, selain mematuhi perintah Tuhan, manusia pula umumnya mesti bermoral untuk kehidupan yang aman, bahagia dan bermakna. Sikap dan perasaan bermoral adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu yang tidak boleh dipersoalkan lagi kerana menurut Aristotle, moral adalah berkaitan dengan fungsi manusia sejagat. Seseorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan.

Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut:

”Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”.( Mohd. Janib Johari, 1994).

20

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

5.2

Fungsi Etika dalam kehidupan

Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam bentuk menyuruh dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai profesional. Oleh itu, etika merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta

membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Sacara datarnya etika berfungsi sebagai, memelihara keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara maruah.(http://members.tripod.com/takingaoff/etika.html).

5.2.1

Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian

Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya, menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati dikalangan pihak yang berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya.

5.2.2

Etika berfungsi sebagai sokongan

Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka di boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakanya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan bermasyarakat hendakalah saling bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang melakukan tindakan yang tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut.

21

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

5.2.3

Etika berfungsi sebagai memelihara maruah

Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina , meningkat dan mempertahankan intigriti, kejujuran dan maruah kehidupan masing-masing. Ini secara umumnya, etika berfungsi menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.

5.2.4

Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin

Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat

mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi atau jabatan. Selain ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumatmaklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendiri.

Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika juga berfungsi dalam perhubungan dengan unsur kerohanian manusia. Seseorang perlu mengetahui akan kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan kerohaniannya. Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada kehidupan manusia, tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap orang mesti tahu dan mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan memberi kebahagian dan kedamaian kepada semua orang.

Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan pretasi organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik negara, malah ia tidak dapat akan dapat untuk dibaik-pulih kerana generasi akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila 22

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku atau mengawal tingkahlaku individu dalam masyarakat.

5.3

Fungsi undang-undang dalam kehidupan

Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau etika yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Suatu tindakan yang mungkin dianggap jenayah di negara ini, mungkin pula dianggap kebiasaan di negara lain. Jesteru undang-undang boleh berbeza kerana nilai yang dipegang juga berbeza.

Hukum dan undang-undang adalah untuk ”moderate” kehidupan manusia. Iaitu untuk mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan manusia(http://zakiyamani.blogsport.com/2006/07/apa-tujuan-undangundang.html).

Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan, maka tidak ada keperluan untuk undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka. Hanya apabila seseorang bertindak berlawanan dengan nilai yang dipegang oleh komuniti, maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undangundang.

Undang-undang juga berfungsi menjaga kepentingan dan keharmonian masyarakat (http://kawansejati.ee.itb.ac.id/node/14777). Contohnya, seorang yang menconteng dinding pondok menunggu bas atau mana-mana dinding awam, biar betapa artistik atau indah sekalipun, harus dikenakan tindakan.

Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004), undang-undang mempunyai beberapa fungsi dalam masyarakat diantaranya, undang-undang sebagai kawalan sosial, penyelesaian konflik, kebajikan sosial dan pemudahcara.

Undang-undang menyatakan secara

sebagai terperinci

kawalan bila dan

sosial

iaitu

undang-undang individu tertentu

bagaimana

dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang dilarang, atau 23

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara. Undang-undang juga bertindak sebagai alternatif kepada perselisihan peribadi atau balas dendam (personal feud/vengeaance). Dalam hal ini undang-undang jenayah memainkan peranan sebagai kawalan sosial. Ia menentukan sesetengah perbuatan atau kegagalan melakukan sesuatu sebagai perbuatan jenayah. Ia bertujuan agar hak-hak dan kebebasan individu terpelihara. Ini membolehkan satu bentuk kehidupan politik dan sosial yang stabil dapat diwujudkan.

Undang-undang

juga

berfungsi

sebagai

mpenyelesaian

konflik.

Tindakan undang-undang biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan kepentingan (conflict of interests) antara dua pihak atau lebih. Kedua-dua pihak akan menggunakan undang-undang apabila tiada persetujuan dicapai dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar mahkamah. Dalam keadaan ini undang-undang berfungsi sebagai wahana penyelesaian masalah. Ia menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau liabliti dipertahankan dan dikuatkuasakan di institusi tertentu, contohnya mahkamah, tribunal panel timbang tara. atau

Institusi seperti mahkamah akan menetukan kesahihan tuntutan pihakpihak yang bertikai. Oleh itu, undang-undang menyediakan satu kerangka tetap kepada individu bahawa mereka boleh menjalankan transaksi dengan pasti, jika konflik timbul ia akan diselesaikan dengan undang-undang, dan jika berlaku sebaramg kemungkiran dalam transaksi ia akan memperolehi ganti rugi.

Undang-undang juga berperanan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. Pemerintah boleh menggunakan undang-undang bagi

memastikan kebajikan sosial tercapai. Pemerintah lazimnya menggunakan undang-undang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan, perkhidmatan, kesihatan, perlindungan kepada golongan tertentu. Contohnya, Akta

Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk wanitan dan Akta KWSP 1982 diperuntukan kepada majikan dan pekerja.

24

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang juga berfungsi sebagai pemudahcara. Undangundang menyediakan satu set peraturan untuk bertingkah laku kepada anggota masyarakat. Ini membolehkan sesetengah aktiviti tertentu yang memenuhi kepentingan bersama dapat dijalankan tanpa menimbulkan konflik. Undang-undang persendirian (private law) mengambil peranan sebagai pemudahcara untuk permasalahan masyarakat. Undang-undang yang mengatur kontrak, instrumen kewangan (negotiable instrument), hartanah, perkongsian (partnerships), bank, kesatuan sekerja, perkahwinan dan lainlain untuk mengatur dan memudahkan manusia menjalankan kegiatan mereka.

6.0

HUBUNGKAIT ANTARA ETIKA, MORAL UNDANG-UNDANG.

ETIKA

UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG + ETIKA

Kawasan yang bersilang di antara ke dua-dua bulatan di atas mewakili pertalian undang-undang dan etika. Akan tetapi, ia boleh mengelirukan kerana persilangan itu seolah-olah menunjukkan bahawa ukuran etika dan undang-undang adalah sama walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang objektif. Contohnya, membunuh merupakan satu perbuatan yang salah

25

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

dari segi undang-undang dan moral tetapi tidak semua perbuatan membunuh itu salah sekiranya alasan disebaliknya adalah untuk mempertahankan diri.

6.1

Faktor-faktor Penentu Pertalian Undang-undang dan Etika. a) Pengenaan nilai tatasusila tertentu dalam masyarakat

Tanpa nilai-nilai tatasusila tersebut, masyarakat akan bebas untuk fitnah-memfitnah antara satu sama lain dan akan menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman dan tenteram.

b)

Etika

dan

undang-undang

saling

menyokong

atau

memperkuatkan atau menokok antara satu sama lain dalam kebanyakan nilai fundamental. Sesetengah individu menjauhkan diri daripada perbuatan menipu kerana takutkan undang-undang. Sesetengah yang lain pula, mendakwa mereka tidak menipu bukan kerana takut kepada undang-undang tetapi atas desakan moral.

c)

Undang-undang dan etika menjangkakan terlebih dahulu

kewujudan satu sama lain. Umpamanya, jika undang-undang di Malaysia membenarkan

hubungan sejenis, undang-undang tersebut akan ditentang hebat oleh masyarakat kerana ia bertentangan dengan nilai moral. Ini juga membuktikan bahawa undang-undang merupakan suatu peraturan atau sistem yang mewakili nilai moral yang didukung oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Selain itu, kemantapan etika bergantung kepada kewujudan sistem

26

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

perundangan. Sebagai contoh, kenyataan mencuri itu salah dari sudut etika tidak akan memberi apa-apa erti tanpa wujudnya definisi pemilikan harta benda dari aspek undang-undang.

d)

Persamaan

bahasa

yang

digunakan

walaupun

tidak

merangkumi semua perkara. Ini adalah kerana kedua-dua undang-undang dan etika merujuk kepada tata amalan, tingkah laku, larangan, hak dan kewajipan. ( Freeman, 1994 dalam Thiroux.J.P. 1995 .)

Secara ringkasnya, kod etika bukan berperanan untuk mengatasi undang-undang, malah ia bertindak untuk memperjelaskan tentang

kewujudan undang-undang yang sedia ada. Undang-undang pula bertindak sebagai penyokong. Akan tetapi, sekiranya hak-hak tertentu individu terancam, undang-undang akan masuk campur dan mengatasi kod-kod etika yang berkenaan.( Ahmad Rafizi Salleh , 1998 ).

27

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas, manusia tidak boleh tidak mesti memerlukan etika, moral dan undang-undang dalam kehidupan mereka. Sekiranya terdapat percanggahan antara undangundang, moral dan etika, seseorang individu dianggap wajar untuk membuat pertimbangan peribadi yang profesional. Ada sesetengan pendapat

mengatakan bahawa undang-undang perlu mengatasi etika. Seseorang individu itu perlu melihat sesuatu situasi dari segenap sudut. Pada kebiasaannya, seseorang itu tidak akan mendapat penyelesaian yang terbaik jika hanya memandang sesuatu situasi atau masalah dari satu sudut sahaja.

Walau bagaimanapun, mematuhi etika, moral dan undang-undang tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang terbaik. Undang-undang terutamanya perlu dipinda atau diubah supaya masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya. Contohnya, dalam kes penderaan kanak-kanak, pihak berkuasa mewajibkan ahli keluarga atau jiran tetangga membuat laporan secepat mungkin apabila mereka menyedari penderaan telah berlaku. Tindakan mungkin di ambil tetapi kenyataan sebenar masih tidak berubah di mana sementara siasatan dijalankan, mangsa akan dihantar balik ke rumah. Kemungkinan besar, mangsa akan didera dengan lebih teruk sebagai cara untuk menebus dendam. Ini juga membuktikan bahawa perlakuan moral negatif telah dilakukan.

28

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

Secara keseluruhannya, undang-undang, etika dan moral merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia yang sejahtera, selamat dan terjamin. Undang-undang yang bersendiri tanpa etika dan moral tertentu akan menjadi tempang. Namun begitu, bukan semua nilai etika dan moral mengiringi setiap undang-undang kerana tidan semua orang memiliki tahap etika dan moral yang sama. Apa yang penting, asalkan undang-undang yang sedia ada memberi kebaikan maksimum kepada manusia keseluruhannya.

29


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:21381
posted:2/8/2009
language:Malay
pages:29