Docstoc

Nama Nama Undi Firmansyah Nim 12060196 Nabi Ibrahim

Document Sample
Nama Nama Undi Firmansyah Nim 12060196 Nabi Ibrahim Powered By Docstoc
					Nama          : Undi Firmansyah
Nim           : 12060196

                   Nabi Ibrahim a.s mencari Tuhan yang sebenarnya

       Pada masa Nabi Ibrahim, kebanyakan rakyat di Mesopotamia beragama
politeisme iaitu menyembah lebih dari satu Tuhan. Dewa Bulan atau Sin merupakan salah
satu berhala yang paling penting. Bintang, bulan dan matahari menjadi objek utama
penyembahan dan karenanya, astronomi merupakan bidang yang sangat penting. Sewaktu
kecil lagi nabi Ibrahim a.s. sering melihat ayahnya membuat patung-patung tersebut, lalu
dia cuba mencari kebenaran agama yang dianuti oleh keluarganya itu.

       Dalam al-Quran Surah al-Anaam (ayat 76-78) menceritakan tentang pencariannya
dengan kebenaran. Pada waktu malam yang gelap, beliau melihat sebuah bintang
(bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu
terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang". Kemudian
apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?"
Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak
diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya),
berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata
pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu
sekutukan (Allah dengannya). Inilah daya logik yang dianugerah kepada beliau dalam
menolak agama penyembahan langit yang dipercayai kaumnya serta menerima tuhan
yang sebenarnya.

				
DOCUMENT INFO