SUMBER BANTUAN BAGI PENJAGA PESAKIT Minggu Penjaga dilancarkan dengan
Document Sample


SUMBER BANTUAN BAGI PENJAGA PESAKIT Minggu Penjaga dilancarkan dengan seruan agar penjaga turut jaga kesihatan diri Oleh Norman Sawi PADA mulanya, Sharifah Azeezah Aidid, 49 tahun, tidak tahu cara yang betul untuk memandikan kakak iparnya yang diserang angin ahmar. Kakak iparnya yang berusia 72 tahun itu telah sembilan bulan terlantar di katil. Walaupun berpengalaman menjaga ibunya yang uzur, Sharifah Azeezah tidak sedar terdapat banyak khidmat bantuan yang disediakan oleh badan-badan kebajikan. Namun, ibu empat anak itu kini lega setelah dirujukkan kepada Pusat Penjaga Touch (Touch) oleh badan swasta bagi perkhidmatan perubatan ke rumah, Yayasan Rawatan Di Rumah (HNF), Disember lalu. 'Bukan saja nasihat, saya juga diberikan sena rai nombor telefon yang penting untuk dihubungi jika kecemasan berlaku,' ujar suri rumah itu. Selain mengawasi pemakanan kakak iparnya itu, Sharifah Azeezah juga memberinya suntikan insulin untuk mengawal penyakit kencing manisnya. Di majlis pelancaran Minggu Penjaga 2005 di Pusat Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) semalam, pengarah eksekutif Perkhidmatan Masyarakat Touch, Encik Eugene Seow, menegaskan dalam ucapannya bahawa Touch akan mengekalkan sokongan untuk penjaga agar mereka tidak berasa tertekan atau runsing. 'Tahun ini, kami berfokus pada tahap kesihatan para penjaga. 'Kami ingin menggalakkan penjaga supaya hidup secara sihat dan belajar untuk merendahkan kadar tekanan yang mereka hadapi. 'Mereka harus sedar bahawa mereka tidak harus mengabaikan kesihatan mereka dalam menjalankan tugas sebagai penjaga,' ujar beliau. Minggu Penjaga 2005 akan berlangsung dari 14 hingga 21 April ini. Ia bertujuan meningkatkan lagi kadar pengetahuan tentang sumber pertolongan yang disediakan badan- badan kebajikan serta mengiktiraf peranan penting penjaga dalam masyarakat menerusi pelbagai kegiatan seperti ceramah dan pameran jalanan. Keterangan lanjut boleh diperolehi dari lelaman www.caregivers.org. sg atau dengan menelefon 1800-352- 1622.
Get documents about "