GARIS PANDUAN PERTANDINGAN LAMAN WEB JABATAN TERBAIK
Document Sample


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN LAMAN WEB PERIBADI
APLIKASI MOH*CUBE - MODUL HOMEPAGE
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2009
1. TUJUAN GARIS PANDUAN
Garis panduan ini disediakan untuk memberi penerangan kepada peserta yang
ingin menyertai Pertandingan Laman Web Peribadi Aplikasi MOH*Cube, KKM
bagi tahun 2009.
2. LATARBELAKANG
Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pengemaskinian
maklumat peribadi pengguna MOH*Cube menggunakan modul Homepage. Selain
daripada itu, pertandingan ini dianjurkan bagi memilih laman web peribadi yang
terbaik, menarik, informatif dan melambangkan personaliti peserta sebagai
kakitangan KKM.
3. SKOP PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua warga KKM yang mempunyai akaun
MOH*Cube.
4. PENILAIAN LAMAN WEB PERIBADI
Semua laman web peribadi yang menyertai pertandingan ini akan dinilai oleh Panel
Penilai yang terdiri daripada tiga (3) orang pegawai yang berpengalaman dan
dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian. Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM) pula bertindak sebagai urusetia pertandingan ini.
5. HADIAH PERTANDINGAN
Sebanyak sepuluh (10) hadiah akan disediakan iaitu tiga (3) hadiah utama dan
tujuh (7) hadiah saguhati. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta
pertandingan.
1
6. KRITERIA PENILAIAN LAMAN WEB PERIBADI
Berikut adalah 5 kriteria utama yang akan dinilai di dalam pertandingan ini*:-
Bil. Perkara Markah
1 Menyediakan maklumat kakitangan seperti:- 0-10
Nama Penuh
Jawatan
No Telefon/Faks
E-mel
Alamat Pejabat
2 Menyediakan maklumat peribadi lain seperti biodata,
maklumat kerjaya, maklumat keluarga, maklumat rakan-
rakan, hobi, pengalaman kerja dan lain-lain yang
bersesuaian.
0-50
3 Menyediakan maklumat tentang tugasan
semasa/perkhidmatan yang ditawarkan.
0-10
4 Link kepada laman web berkaitan (Portal KKM/i-Portal
Bhgn/Institusi)
0-10
5 Rekabentuk-looks and feel
0-20
MARKAH PENUH 100%
*Syarat-syarat bagi pertandingan ini adalah seperti di Lampiran 1.
7. PENYERTAAN PERTANDINGAN
Borang penyertaan pertandingan laman web peribadi adalah seperti di Lampiran 1.
Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada urusetia selewat-lewatnya pada 20
April 2009. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup penyertaan tidak dapat
dipertimbangkan.
Semua peserta yang mengesahkan untuk menyertai pertandingan ini diberi tempoh
untuk mengemaskini laman web peribadi masing-masing sehingga 30 April 2009.
2
8. PERTANYAAN
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak
urusetia. Pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut :
1. Pn. Norzanah bt. Yahya , tel: 03-8883 3629, e-mail : norzanah@moh.gov.my
2. Pn. Jalilah bt Karim Khan , tel: 03-8883 3429, email: ila@moh.gov.my
Para peserta juga digalakkan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan
pertandingan ini di Forum Aktiviti Kementerian>Pertandingan Laman Web Peribadi
MOH*Cube.
9. PENUTUP
Pertandingan ini dirancang bukan sahaja untuk memberi galakan kepada semua
warga KKM untuk menyediakan laman web peribadi yang berkualiti tetapi juga
sebagai persiapan dalam memenuhi kehendak ICT semasa.
Aktiviti Projek Khas/Showcase
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Mac 2009
3
Get documents about "