URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERUBATAN KLINIKALPENTADBIRAN GRED

Document Sample
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERUBATAN KLINIKALPENTADBIRAN GRED Powered By Docstoc
					  URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERUBATAN
  KLINIKAL/PENTADBIRAN GRED UD41 KE GRED UD44
           DAN GRED UD44 KE GRED UD48
       DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


     Lanjutan kenyataan saya pada 8 Disember 2009 dan 10

Disember 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama

Kementerian Kesihatan telah berjaya memproses kenaikan

pangkat 6,454 orang Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran

dari Gred UD41 ke Gred UD44, mulai 9 Disember 2009 hingga 28

Disember 2009. Proses kenaikan pangkat ini melibatkan Pegawai

Perubatan yang dilantik ke Perkhidmatan Awam pada atau

sebelum 31 Disember 2007. Dengan kenaikan pangkat ini,

jumlah keseluruhan Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran yang

dinaikkan pangkat dari Gred UD41 ke Gred UD44 pada tahun

2009 adalah seramai 9,846 orang pegawai.


     Pegawai   Perubatan   Gred   UD41     yang   terlibat   boleh

menyemak status kenaikan pangkat mereka dengan melayari

laman      web      Kementerian       Kesihatan         Malaysia,
www.moh.gov.my. Surat penyiaran kenaikan pangkat telah dihantar
kepada pegawai melalui Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.




                                                                 1
     Lanjutan kepada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
bersama Kementerian Kesihatan akan melaksanakan urusan

kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran Gred

UD44 ke Gred UD48 yang telah memenuhi syarat-syarat

kenaikan    pangkat      yang   ditetapkan.   Adalah   dijangkakan

sebahagian besar urusan ini akan dilaksanakan dalam tempoh

tiga bulan ini, iaitu sebelum 31 Mac 2010.


     Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan
pangkat semua Pegawai Perubatan terlibat dan berharap kenaikan
pangkat ini akan mendorong pegawai untuk berkhidmat dengan

lebih dedikasi lagi dan terus menyumbang bakti kepada
masyarakat dan negara.




( TAN SRI SIDEK HASSAN )

29 Disember 2009




                                                                 2

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Stats:
views:340
posted:5/25/2010
language:Malay
pages:2