Docstoc

Fiqh_Puasa Ramadan

Document Sample
Fiqh_Puasa Ramadan Powered By Docstoc
					Puasa Ramadhan
Baca perenggan dibawah

Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oleh manusia sebelum Islam. Hal ini diingatkan di dalam ayat 183
surah Al-Baqarah maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana
diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Qurtubi di dalam tafsirnya "Al-Jami` li
Akhamul Quran" menjelaskan bahawa Allah telah memfardukan atas umat Nabi Musa dan Nabi Isa Alaihissalam berpuasa
di bulan Ramadhan, tetapi kemudiannya mereka mengubah dengan menambah sepuluh hari lagi sebagai membayar nazar
pendita yang telah sembuh daripada sakit maka jadilah puasa orang-orang Nasrani empat puluh hari. Kesukaran berpuasa
Ramadhan di musim panas akhirnya mereka memindanya pula ke musim sejuk. Manakala pendita yang lain pula bernazar
jika dia sembuh dari sakit mulutnya beliau akan menambah sepuluh hari lagi hinggalah puasa mereka menjadi lima puluh
hari.

Diriwayatkan daripada Imam Mujahid bahawa Allah telah memfardukan puasa ke atas setiap umat. Pendapat ini dikuatkan
lagi dengan kata-kata Rashid Ridha bahwa "puasa ini pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum Islam".
Diriwayatkan daripada 'Aisyah r.a. bahawa orang-orang Quraisy berpuasa pada hari 'Asyura. Setelah Nabi berhijrah ke
Madinah, Nabi s.a.w. mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka nabi turut berpuasa beserta
dengan sahabat-sahabat lain.Pada akhir Sya'ban tahun yang kedua Hijrah Allah menurunkan ayat-ayat yang mewajibkan
puasa dari surah Al-Baqarah. Setelah puasa Ramadhan difardukan, Rasulullah s.a.w. bersabda tentang puasa Asyura yang
dilakukan sebelum itu yang bermaksud: "Barang siapa yang ingin berpuasa pada hari "Syura" maka puasalah dan barang
siapa yang hendak berbuka maka berbukalah". Rasulullah s.a.w. berpuasa Ramadhan selama hidupnya sebanyak sembilan
kali. Lapan kali dengan dua puluh sembilan hari dan sekali sahaja puasa penuh tiga puluh hari. Mengikut riwayat yang lain
sebanyak dua kali puasa penuh tiga puluh hari.

Menurut pendapat yang masyhur di kalangan Umat Islam bahawa puasa itu diwajibkan atas segala pemeluk agama.
Bangsa Mesir yang menyembah berhala berpusa, bangsa Yunani memastikan setiap lelaki dan perempuan mereka
berpuasa demikian juga dengan bangsa Romawi dan orang-orang Hindu terus menerus berpuasa sehingga kini. Ada
dinyatakan di dalam kitab Taurat bahawa puasa difardukan ke atas orang-orang Yahudi pada hari yang ke sepuluh di bulan
yang ke tujuh iaitu yang dinamakan hari 'Asyura. Mereka berpuasa siang dan malam. Itulah di antara puasa yang dilakukan
sebelum Islam iaitu puasa yang dipraktikkan oleh Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. dan para Hawari tetapi ianya dipinda dan
ditambah oleh ketua-ketua gereja dengan berpuasa yang lain dan dalam bentuknya yang lain, ada yang berpuasa daripada
memakan daging, telor, ikan, susu dan sebagainya.

Semua situasi di atas adalah jauh bezanya dengan puasa yang difardukan ke atas umat Muhammad s.a.w. Puasa yang
dilakukan bukan kerana memperingati sesuatu peristiwa atau berpantang daripada satu-satu jenis makanan dan bukan
pula kerana nazar yang tidak disyariatkan. Tetapi puasa pula disyariatkan oleh Allah dengan tujuan melatih hambaNya
supaya bertakwa kepadanya sepertimana yang disebut di dalam firmanNya maksudnya: "Mudah-mudahan kamu
bertakwa." Inilah natijah yang ingin dilahirkan oleh puasa yang telah disyariatkan dan Allah menyatakan di dalam sebuah
hadis Qudsi maksudnya: "Setiap amalan Bani Adam itu adalah untuknya melainkan puasa ia adalah untukKu dan Akulah
yang akan membalasnya".



   1. Jawab soalan dibawah berdasarkan perenggan diatas tadi. Jawap dengan ayat lengkap.


  i.   Apakah yang Allah telah fardhukan keatas umat Nabi Musa dan Nabi Isa Alaihissalam?

   ……………………………………………………………………………………………………………………………
      ……………………………………………………………………………………………………………………………

ii.      Berapakah jumlah hari puasa orang-orang Nasrani?

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

iii.     Bilakah orang-orang Quraisy dan orang-orang Yahudi berpuasa?

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

iv.      Pada tahun Hijrah keberapakah puasa diwajibkan?

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………………………………………………………



v.       Berapa kalikah Rasulullah s.a.w. berpuasa Ramadhan selama hidupnya?

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

vi.      Apakah tujuan puasa yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta`ala?

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

      ……………………………………………………………………………………………………………………………

      2. Tuliskan betul pada ayat yang betul dan salah pada ayat yang salah pada ruangan yang disediakan


            i.      Puasa adalah suatu ibadah yang telah lama dilakukan oleh manusia sebelum Islam.
            ii.     Orang Quraisy berpuasa pada bulan Ramadhan
            iii.    Orang Hindu berpuasa pada hari `Asyura
            iv.     Puasa Orang Islam yang dilakukan kerana memperingati sesuatu peristiwa
            v.      Nabi Muhammad melarang umat Islam berpuasa pada hari `Asyura
            vi.     Ketua-ketua gereja berpuasa daripada memakan daging, telor, ikan, susu dan sebagainya

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Tags: fasting, islam
Stats:
views:92
posted:5/23/2010
language:Malay
pages:2