Docstoc

Surat Pengisytiharan Hibah

Document Sample
Surat Pengisytiharan Hibah Powered By Docstoc
					SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH
Sesungguhnya Harta adalah amanah Allah kepada hambanya, maka adalah atas setiap hamba itu tanggungjawab sebagai pemegang Amanah untuk mengurus harta dengan sempurna agar sentiasa dimanfaat menurut peraturan yang digariskan oleh Allah S.W.T. Saya, _____________________________ No. Kad Pengenalan: _______________________ Yang beralamat / bermastautin di: ________________________________________________________________________ adalah seorang warganegara Malaysia yang mkallaf, sihat tubuh badan dan waras fikiran semasa membuat PENGISYTIHARAN HIBAH ini (Selepas ini disebut Pemberi Hibah). Matlamat saya menulis SURAT PENIGYTIHARAN HIBAH ini adalah sebagai pernyataan bertulis yang menjelaskan kedudukan harta yang telah dihibahkan kepada Penerima-penerima Hibah semasa hayat Pemberi Hibah, dengan harapan agar memudahkan proses penyelesaian pusaka mana-mana pihak sama ada Pemberi Hibah mahupun Penerima-penrrima Hibah tanpa wujudnya apa-apa kekeliruan terhadap status harta yang telah dihibahkan tersebut selepas kematian mana-mana pihak. Oleh yang demikian, SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH ini diyakini berfungsi sebagai dokumen yang menyumbang kepada penyelesaian pusaka yang sempurna, adil dan saksama secara SULH dikalangan ahli waris mana-mana pihak yang meninggal dunia. Walaupun begitu, sekiranya wujud keperluan di mana suatu Perintah Pengesahan Hibah akan dituntut dari mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa, hendaklah SURAT PENGISYTIHARAN HIBAH ini menjadi bahan pembuktian penting dan sumber utama yang harus mendpat pertimbangan Mahkamah. Bahawasanya SURAT PENGISYTIHAN HIBAH ini adalah pengisytiharan terakhir dan mana-mana pengisytiharan hibah yang telah dinyatakan terdahulu ke atas harta hibah ini adalah terbatal. 1. 1.1 PENGISYTIHARAN PEMBERIAN HIBAH Bahawasanya saya, __________________________ (No. K/P: _____________________________) sebagai pemilik bagi harta hibah adalah seorang warganegara Malaysia yang mukallaf, sihat tubuh badan dan waras fikiran dengan sukarela dan suci hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak menghibahkan/memberikan Harta Hibah kepada ____________ saya ________________________

(No. K/P: ______________/___________) (Selepas ini disebut Penerima Hibah)

i)

Satu (1) unit _______________ berada di bawah Hakmilik _______________________________________ beralamat di ____________________________________ berukuran lebih kurang _________ kaki persegi;

ii)

Sejumlah saham di _______________________________ bagi nombor akaun ______________; dan

iii)

Sejumlah wang simpanan di _______________________ bagi nombor akaun ____________.

1.2

Penerima Hibah mulai tarikh ini adalah pemilik ke atas harta hibah menurut kadar bahagian Harta Hibah setiap seorang.

1.3

Harta Hibah diberikan kepada Penerima Hibah dengan segala hak mutlak, kepentingan dan kecacatan termasuk gadaian (jika ada) ke atas Harta Hibah.

2. 2.1

PENERIMAAN HIBAH Saya Penerima Hibah, ____________________________ (No. K/P: ______________/___________) dengan ini menerima kadar bahagian Harta Hibah untuk saya (seperti yang dinyatakan di atas) bersekali dengan hak dan syarat yang ada di atas harta tersebut sebagaimana yang dinyatakan di atas dari _________ saya _____________________________________ (No. K/P:

____________________________) sebagai Pemberi Hibah.

3. 3.1

LAIN-LAIN Adalah dengan ini saya menyatakan bahawa Hibah ini telahpun sempurna sebagimana yang digariskan oleh Syara’ iaitu dengan

wujudnya akad pemberian dan penerimaan hibah di antara pihak pemberi dan penerima serta terlaksananya penyerahan hak serta penguasaan dan kawalan sepenuhnya Harta Hibah sari saya, sebagai Pemberi Hibah kepada Penerima Hibah. Oleh yang demikian, Harta Hibah yang telah diisytiharkan ini BUKANLAH harta pusaka selepas kematin saya.

3.2

Kecuali dengan kerelaan dan penyerahan semula Harta Hibah secara nyata dari Penerima Hibah ke atas bahagian yang telah diserahkan ini, saya mengaku bahawa saya tidak boleh melakukan apa-apa jua bentuk perbuatan yang membawa maksud pemberian hibah ini ditarik balik.

3.3

Sekiranya berlaku mana-mana perkara yang menyebabkan manamana Penerima Hibah akan terhalang daripada mentadbir dan menjadi pemilik harta yang dihibahkan selepas pemberian ini dibuat, maka saya mengarahkan Wasi, Pentadbir dan Pemegang Amanah yang mentadbir harta hibah bagi pihak penerima Hibah.

Semoga seluruh keluarga saya sentiasa mendapat rahmat Allah S.W.T. setelah pemergian saya.

Dicatat pada _________ haribulan _____________________ 20___.

Allah S.W.T. adalah saksi terbaik, semoga Allah S.W.T. mengampuni saya.

Ditandatangani oleh Pemberi Hibah ] dengan kehadiran kami yang hadir pada masa yang sama diatas ] ] …………………………………… (Tandatangan Pemberi Hibah) Nama: No. K/P: Tarikh:

permintaan beliau dengan kehadiran ] beliau, antara satu sama lain ]

Ditandatangani oleh Penerima Hibah ] dengan kehadiran kami yang hadir pada masa yang sama diatas ] ] …………………………………… (Tandatangan Penerima Hibah) Nama: No. K/P: Tarikh:

permintaan beliau dengan kehadiran ] beliau, antara satu sama lain ]

……………………………………. Tandatangan Saksi 1 (Islam Lelaki) Nama: No. K/P: Tarikh:

……………………………………… Tandatangan Saksi 2 (Islam Lelaki) Nama: No. K/P: Tarikh:


				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:2336
posted:2/2/2009
language:Malay
pages:4