Docstoc

strategi pengajaran dan pembelajaran

Document Sample
strategi pengajaran dan pembelajaran Powered By Docstoc
					      [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]




Pendahuluan


       Pendidikan adalah usaha berteusan untuk memperkembangkan potensi sumber daya

manusia secara menyeluruh aspek-aspeknya rohani, aqli dan jasmani melalui kegiatan

pengajaran dan pembelajaran. Dua buah konsep ini saling berkaitan dengan lainnya, iaitu

pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengajaran bermaksud kepada pihak pendidik. dan konsep

pembelajaran bermaksud kepada pihak peserta didik.



       Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. akan terjadi interaksi antara pengajar dan

pelajar. Pelajar adalah seseorang atau sekelompok orang sebagai pencari, penerima pelajaran

yang diperlukannya, manakala pengajar atau pendidik adalah seseorang atau sekelompok orang

yang profesionnya sebagai pengolah kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Berikutan dengan

itu, mewujudkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan antara

keutamaan yang turut mengambil fungsi penting dalam profesionnya.



       Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa komponen, yaitu peserta

didik(pelajar dan murid), guru (pendidik), objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah

pengajaran, media dan penilaian Tujuan pembelajaran adalah perubahan prilaku dan tingkah laku

yang positif dari peserta didik setelah mengikuti kegiatan belajar mengajar, seperti : perubahan

yang secara psikologi akan muncul dalam tingkah laku yang dapat diamati melalui alat indera

oleh orang lain baik tutur katanya, jiwanya dan gaya hidupnya.
       [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



       Tujuan pembelajaran yang diinginkan setentunya mencapai tahap yang optimal, untuk itu

ada beberapa hal yang perlu diperhatikan oleh pendidik, salah satu diantaranya adalah strategi

pengajaran dan pembelajaran.



       Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pendidikan perlu dimiliki oleh

pendidik, karena keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran.bergantung pada cara

mengajar gurunya. Jika cara mengajar gurunya sebati kepada pelajarnya, maka pelajar akan

tekun dan rajin, dalam menerima pelajaran yang diberikan, sehingga diharapkan akan terjadi

perubahan dan tingkah laku pada pelajar baik tutur katanya, sopan santunnya dan gaya hidupnya.



       Strategi pengajaran dan pembelajaran banyak ragamnya, kita sebagai pendidik sepatutnya

arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah mengajar yang

beraneka ragam, agar dalam proses pengajaran dan pembelajaran objektif pengajaran dapat

dicapai.


Perbahasan

    1. Definisi Istilah

  i.   Pengertian Strategi

Mengikut Kamus Dewan, Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat

atau kejayaan

 ii.   Pengertian Pengajaran

Pengajaran bermaksud proses memberi maklumat, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar

secara langsung. Pengajaran melibatkan:
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



    a. Hubungan sehala atau dua hala

    b. Komunikasi (lisan atau bukan lisan)

    c. Pemindahan ilmu dan maklumat (Abdul Rahim M.Ali,2001;110)



 iii.   Pengertian Pembelajaran

Pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan atau modifikasi tingkah laku

akibat dari pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan persekitaran. Perubahan ini

hendaklah berlaku dalam masa yang agak lama, tekal dan kekal (Abdul Rahim M.Ali,2001;110)



 iv.    Pengertian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    a. Menurut Gerlach dan Ely, Strategi Pengajaran dan Pembelajaran adalah cara-cara yang

        dipilih untuk menyampaikan materi pelajaran dalam lingkungan pengajaran tertentu,

        yang meliputi sifat, lingkup dan urutan kegiatan yang dapat memberikan pengalaman

        pembelajaran kepada pelajar(Zulfikri.Pg)



    b. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, menurut J.R. David dalam Teaching Strategies

        for College Class Room(1976) ialah “a plan, method, or series of activities designe to

        achicves a particular educational goal”. Menurut pengertian ini strategi pengajaran dan

        pembelajaran meliputi rencana, metode dan perangkat kegiatan yang direncanakan untuk

        mencapai tujuan pengajaran tertentu. Untuk melaksanakan strategi tertentu diperlukan

        seperangkat metode pengajaran. Strategi dapat diartikan sebagai “a plan of operation

        achieving something “rencana kegiatan untuk mencapai sesuatu”. Sedangkan metode

        ialah “a way in achieving something” cara untuk mencapai sesuatu”. Untuk
       [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



       melaksanakan suatu strategi digunakan seperangkat metode pengajaran tertentu. Dalam

       pengertian demikian maka metode pengajaran menjadi salah satu unsur dalam strategi

       pengajaran dan pembelajaran. Unsur seperti sumber pembelajaran, kemampuan guru dan

       pelajar, media pendidikan, materi pengajaran, organisasi adalah: waktu tersedia, kondisi

       kelas dan lingkungan merupakan unsur-unsur yang mendukung strategi pengajaran dan

       pembelajaran (Hidayatullah bin H.Te'an)



   Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti pendekatan,

kaedah dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan dan ianya saling lengkap-

melengkap antara satu sama lain dan dengan inilah ianya sering mendatangkan kekeliruan di

kalangan guru-guru sekolah samada guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang

lain. Maka perlulah diteliti terlebih dahulu pengertian bagi istilah istilah yang dinyatakan di atas



 Pendekatan     Satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik (kenyataannya dianggap benar)

                dan di amalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada

                objektifnya.

   Kaedah       Cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan dan

                dan bahan bantuan mengajar oleh guru supaya objektif sesuatu pelajaran itu

                tercapai.

   Teknik       Satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan-bahan pengajaran

                kepada pelajar-pelajar
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



     2. Komponen Umum Strategi Pengajaran dan Pembelajaran



Komponen-komponen tersebut adalah:

   i.   Tujuan/Objektif Pengajaran

Tujuan pengajaran merupakan intipati utama yang dipertimbangkan untuk memilih strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai



 ii.    Pengurus ahli didik(Guru)

Setiap guru mempunyai tingkat perbezaan masing-masing dalam pengalaman, pengetahuan,

kemampuan menyampaikan pelajaran, gaya mengajar, pandangan hidup dan visi. Perbezaan ini

mengakibatkan adanya perbezaan dalam pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan dalam program pengajaran.



 iii.   Peserta ahli didik(Murid atau Pelajar)

Dalam kegiatan pengajaran dan pembelajaran peserta didik mempunyai latarbelakang yang

saling berbeza, hal ini perlu dinilai dalam menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.



 iv.    Materi/Bahan pelajaran

Materi pelajaran dapat dibezakan antara materi formal (isi pelajaran dalam buku teks resmi) dan

materi informal (bahan-bahan pelajaran yang bersumber dari lingkungan sekolah)
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



  v.    Metode/Kaedah pengajaran

Ada berbagai metode pengajaran yang perlu diteliti sebelum diaplikasikan dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran



 vi.    Media pengajaran

Kejayaan matlamat pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya bergantung kepada

kecanggihan atau tidaknya media yang digunakan, tetapi dari kesesuaian dan hasil manfaat

media yang digunakan.



vii.    Faktor pengurusan dan keewangan

Iaitu yang terdiri dari jadual pelajaran, keadaan institusi dan ruang pembelajaran.


     3. Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

   i.   Strategi Pemusatan Guru

 ii.    Strategi Pemusatan Pelajar

 iii.   Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran



   i.   Strategi Pemusatan Guru

        Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mana

        guru menguasaai dan mengawal aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberikan

        penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar

        Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru:

                a. Guru memainkan peranan penting
[STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



       b. Komunikasi sehala iaitu guru banyak bercakap.

       c. Kepimpinan guru secara autokratik

       d. Pencapaian objektif guru diutamakan

       e. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

           murni dan perkembangan emosi.

       f. Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat

           dan menghafal.

       g. Interaksi di antara murid adalah pasif.

       h. Pelajar - pelajar kurang kreatif dan tidak berinitiatif.

       i. Kaedah Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan,

           bercerita, keseluruhan kelas.



Kebaikan Strategi Pemusatan Guru

      Guru mudah menguasai kelas.

      Guru mudah menerangkan bahan pelajaran berjumlah besar

      Dapat diikuti anak didik dalam jumlah besar.

      Mudah dilaksanakan



Kelemahan Strategi Pemusatan Guru

      Membuat pelajar pasif

      Mengandung unsur paksaan kepada pelajar

      Membendung daya kritis pelajar
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



                Anak didik yang lebih kepada persepsi visual akan menjadi rugi dan anak didik

                 yang lebih persepsi auditifnya dapat lebih besar menerimanya.

                Sukar menilai sejauhmana pencapaian pengajaran anak didik.

                Kegiatan pengajaran menjadi verbalisme (pengertian kata-kata).

                Bila terlalu lama membosankan.



                               Contoh Praktikal Strategi Pemusatan Guru

Peringkat            Tahun 7

Pelajaran            Sejarah

Tajuk                Kelahiran Nabi Muhammad

Alat Bantu           Buku Teks, Papan Putih

Kaedah               Syarahan



 ii.    Strategi Pemusatan Pelajar

        Strategi pemusatan pelajar merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mana

        pelajar memainkan peranan penting dan penglibatan aktif dalam proses pembelajaran.

        Guru menjadi pemimpin yang membimbing pelajar-pelajar yang di peruntukkan lebih

        banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, samaada secara berkumpulan atau

        individu.

        Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Pelajar:

                 a. Pelajar memainkan peranan penting

                 b. Komunikasi dua hala. Guru menyoal dan membimbing.
       [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



               c. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan dan galakan pelajar

                   memberi pendapat,

               d. Objektif pencapaian pelajar diutamakan

               e. Perkembangan pelajar secara menyeluruh dan seimbang

               f. Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan pelajar.

               g. Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat

                   kesimpulan,

               h. Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur,

                   tolong-menolong)

               i. Kaedah kumpulan atau perbezaan dan minat pelajar dipupuk.

               j. Pelajar-pelajar bersifat kreatif dan berinitiatif.

               k. Kaedah dan Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,

                   penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan

                   kecil dan sebagainya.



Kebaikan Strategi Pemusatan Pelajar

      Mendorong pelajar berpikir kritis.

      Mendorong pelajar meluahkan pendapatnya secara bebas.

      Mendorong pelajar menyumbangkan buah pikirannya untuk menyelesaikan masalah

       bersama.

      Mengambil satu alternatif jawaban atau beberapa alternatif jawaban untuk memecahkan

       masalah berdasarkan pertimbangan yang seksama.
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



       Melatih anak didik bahwa masalah dapat diselesaikan dengan berbagai jalan

       Melatih anak didik bahawa dengan berbincang mereka saling mengemukakan pendapat

        secara konstruktif sehingga memperoleh keputusan yang lebih baik.

       Membiasakan anak didik untuk mendengarkan pendapat orang lain sekalipun berbeza

        dengan pendapatnya dan membiasakan bersikap toleransi.



Kelemahan Strategi Pemusatan Pelajar

       Tidak dapat dipakai dalam kelompok yang besar.

       Peserta perbincangan mendapat informasi yang terbatas.

       Di monopoli oleh pelajar- pelajar yang suka berbicara.



                           Contoh Praktikal Strategi Pemusatan Pelajar

Peringkat           Tahun 7

Pelajaran           Fiqh

Tajuk               Syarat Sah dan Perkara Membatalkan Solat

Alat Bantu          Buku Teks, Kertas Edaran

Kaedah              Penerangan, Perbincangan



 iii.   Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

Strategi pemusatan bahan pelajaran merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mana

bahan pelajaran memainkan peranan penting yang mana penggunaanya dijadikan sumber utama

untuk bergantung sepenuhnya oleh guru dan pelajar untuk mencapai objektif pelajaran.
       [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Bahan:

               a. Bahan pelajaran memainkan peranan penting.

               b. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

               c. Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dan bahan atau pelajar dan

                   bahan pembelajaran

               d. Kecekapan dan kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran

                   diutamakan

               e. Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif.

               f. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

               g. Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.

               h. Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat

                   dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan

                   sebagainya.

               i. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan

                   pelajaran

               j. Kaedah dan Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku

                   rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video,

                   televisyen, projector dan sebagainya.



Kebaikan Strategi Pemusatan Bahan

      Perhatian pelajar dapat lebih dipusatkan .

      Proses pembelajaran lebih terarah pada materi yang sedang dipelajari.
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



       Pengalaman dan kesan sebagai hasil pembelajaran lebih melekat dalam diri pelajar

       Membantu anak didik memahami dengan jelas jalannya suatu proses dan praktik suatu

        benda.

       Memudahkan berbagai jenis penjelasan .



Kelemahan Strategi Pemusatan Bahan

       Tidak cukupnya alat-alat mengakibatkan tidak setiap anak didik berkesempatan

        mengadakan ekperimen.

       Jika eksperimen memerlukan jangka waktu yang lama, anak didik harus menanti untuk

        melanjutkan pelajaran.

       Metode ini lebih sesuai untuk menyajikan bidang-bidang ilmu dan teknologi.



                            Contoh Praktikal Strategi Pemusatan Bahan

Peringkat           Men 4

Pelajaran           Fiqh

Tajuk               Penyelenggaraan Jenazah

Alat Bantu          Slide Komputer, Specimen Patung

Kaedah              Paparan Tayangan, Simulasi


Saran
  i.    Untuk mencapai berkesan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memilih

        metode/kaedah yang paling tepat untuk di gunakan. Dalam pemilihan tersebut banyak

        yang perlu dipertimbangkan, iaitu;
        [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



 ii.    Keadaan pelajar yang mencakupi penilaian tentang tingkat kecerdasan, kematangan,

        perbezaan individu lainnya.

iii.    Objektif yang hendak dicapai.

iv.     Situasi yang menyangkut hal yang umum seperti situasi kelas, situasi lingkungan dan

        sebagainya.

 v.     Alat-alat yang tersedia.

vi.     Kemampuan pengajar.

vii.    Sifat dan bentuk dalam pengajaran.

Al-Syaibany menambahkan bahwa dasar-dasar penyusunan metode dalam pendidikan Islam

dengan mempertimbangkan;

       Aspek agama (al-Qur'an, hadits, para sahabat dan ulama’ salaf)

       Aspek biologi, meliputi pertimbangan keperluan jasmani dan tingkat perkembangan usia

        anak didik.

       Aspek psikologi, meliputi pertimbangan terhadap motivasi, keperluan, emosi, minat,

        sikap, keinginan, kesediaan, bakat dan intelektual anak didik.

       Aspek sosial, meliputi pertimbangan keperluan sosial di lingkungan anak didik.
      [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



Penutup
Strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan mengambil kira pemilihan kaedah bersesuaian

bergantung juga kepada pertimbangan dan kreativiti pendidik. Disinilah dituntut kemampuan

pendidik menganalisis untuk selanjutnya memilih strategi pengajaran dan pembelajaran untuk

diserasikan dengan kaedah pengajaran.

Dengan upaya memahami diri pendidik, strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah,

diharapkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin baik, sehingga tahap

pendidikan negara muncul kehadapan dan berfungsi memperkembangkan potensi anak didik

bagi kesempurnaan rohani, aqli dan jasmani.
  [STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN]



                                      Rujukan



1. Abd Rahim M Ali, Ilmu pendidikan untuk KPLI, Utusan Publication, Shah Alam, 2001

2. Amir Awang, Teori-teori pembelajaran, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya 1986

3. Asmah bt Hj Ahmad, Pedagogi 1, Longman Malaysia, Petaling Jaya 1989

4. Ee Ah Meng, Pedagogi 1:Kurikulum dan pengurusan bilik darjah, Penerbit Fajar Bakti,

   Shah Alam 2000

5. Kamaruddin Hj Husin, Pedagogi 3, Longman Malaysia Petaling Jaya 1989

6. Kamaruddin Hj Hussin, Pedagogi 2, Longman Malaysia Petaling Jaya 1989

7. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala

   Lumpur 2005

8. Sharifah Alwiah AlSagoff, Psikologi Pendidikan 1, Longman Malaysia, Petaling Jaya

   1988

9. http://pakguruonline.pendidikan.net/buku_tua_pakguru_dasar_kpdd_b11.html

10. http://www.scribd.com/doc/2466850/Strategi-Belajar-Mengajar

				
DOCUMENT INFO