Docstoc

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara

Document Sample
Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Powered By Docstoc
					                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   1



                                             Daftar Isi:

1. Pendahuluan
2. Perbahasan
3. Definisi Tajuk
4. Dasar Pendidikan Negara 1954
            i.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Sistem Struktur Pendidikan
           ii.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum
          iii.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur
          iv.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Pendidikan Ugama
           v.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Persepsi Masyarakat
          vi.     Pengaruh Media Massa dalam Perkembangan Dasar Pendidikan Negara
          vii.    Pengaruh Guru dalam Perkembangan Dasar Pendidikan Negara
5. Dasar Pendidikan Negara 1962
            i.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Sistem Struktur Pendidikan
           ii.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum
          iii.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur
          iv.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Pendidikan Ugama
6. Dasar Pendidikan 1972
            i.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Sistem Struktur Pendidikan
           ii.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum
          iii.    Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur
          iv.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Pendidikan Ugama
7. Dasar Pendidikan Konsep Dwibahasa 1984
             i.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Sistem Struktur Pendidikan
            ii.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum
           iii.     Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur
8. Kesimpulan
9. Bibliografi
                             Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   2




Pendahuluan


       Dasar Pendidikan Negara yang utuh adalah sandaran bagi menampung keperluan-
keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan falsafah pendidikan negara
kearah usaha yang berterusan bersumberkan naqli dan aqli ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang berilmu dan berkepandaian,
beriman, bertaqwa dan beramal serta berakhlak Mulia yang akan menimbulkan suatu identiti
kebangsaan berdasarkan falsafah negara iaitu Melayu Islam Beraja bersendikan kepada
ajaran-ajaran Agama Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai tapak pertumbuhan
ketaatan kepada Agama, Raja dan Negara Brunei Darussalam

       Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan dari tahun 1954 hingga 1984, telah timbul
kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Brunei tentang betapa mustahaknya diadakan
satu sistem pendidikan nasional yang menepati dan memenuhi kehendak negara. Secara
berperingkat dasar pendidikan Negara di asaskan, di laksanakan, di nilai dan di gubal.
Semuanya bertujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan
satu masyarakat yang berilmu, beramal, taqwa dan zikrullah.


Perbahasan

   1. Definisi Tajuk
  i.   Dasar
Menurut Kamus Dewan, dasar bererti pertimbangan (cara, sistem) yang menjadi pokok
berkenaan sesuatu. Asas, prinsip, teras, pendirian yang menjadi asas segala tindakan (sikap,
keputusan, polisi)


 ii.   Pendidikan
   a. Menurut Kamus Dewan, pendidikan berasal dari perkataan didik bererti pelihara,
       jaga, ajar (dengan hati-hati).
                            Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   3



   b. Pendidikan dalam bahasa English merujuk kepada Education. Manakala Education
       berasal daripada perkataan Latin educere bererti memasukkan sesuatu ilmu ke dlm
       akal manusia.
   c. Menurut Hasan Langgulung, pendidikan ialah satu proses hasilnya perubahan
       jasmani, jiwa, intelektual, emosi melalui tunjuk ajar.
   d. Manakala bagi Dr. Abd Halim El- Muhammady, pendidikan ialah proses terus
       pengajaran, latihan, bimbingan, pimpinan pelbagai ilmu, nilai agama, budaya.


iii.   Dasar Pendidikan
Jika di gabungkan kedua perkataan diatas dapatlah di ertikan Dasar Pendidikan sebagai satu
set ketetapan, undang-undang dan peraturan sebagai asas perlaksanaan sesuatu system
pendidikan.

Dasar Pendidikan Negara 1954


Rancangan Kemajuan Negara Pertama (1954-1959).


    Pelajaran percuma bagi semua kanak-kanak Melayu (di sekolah-sekolah Melayu yang
       berumur antara 6 hingga 14 tahun, untuk selama 6 tahun)
    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris sebagai satu
       matapelajaran dalam darjah III hingga darjah IV
    Sukatan pelajaran sekolah menekankan mata pelajaran:
         i.   Berkebun
        ii.   Kerjatangan
       iii.   Pertukangan kayu
        iv.   Pertukangan logam
    Murid-murid pilihan dari sekolah Melayu yang menduduki sekolah-sekolah Inggeris
       kerajaan akan diajarkan pelajaran Bahasa Melayu
    Kemudahan menyambung pelajaran peringkat menegah atas bagi yang telah
       menamatkan menengah rendah
                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   4



    Kemudahan percuma tempat tinggal bagi murid-murid Melayu di sekolah Inggeris
       Kerajaan.
    Latihan kejuruan bagi beberapa orang murid-murid yang terpilih untuk belajar di
       sekolah teknikal Syarikat Minyak Shell di Seria
    Bantuan kewangan untuk sekolah-sekolah bukan kerajaan(sekolah misi dan cina)
    Kemudahan pelajaran dewasa bagi menghapuskan buta huruf dan mempelajari
       Bahasa Inggeris
    Minuman dan makan tengah hari percuma
    Perkhidmatan kesihatan percuma di sekolah-sekolah

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Sistem Struktur Pendidikan


       Menjelang tahun-tahun 1950an Sekolah Melayu belum mempunyai pendidikan
peringkat menengah. Darjah paling tinggi hanyalah darjah IV dan hanya ada empat buah
Sekolah Melayu yang mengadakan darjah VI., ia kemudiannya meningkat kepada darjah
VI pada tahun 1959., ini terjadi kerana tidak semua sekolah yang mampu mengadakan
kelas tersebut kerana masalah kekurangan guru. Berbanding dengan sekolah Inggeris yang
telah di tubuhkan pada bulan Oktober 1951 yang sudah mempunyai pendidikan menengah
hingga peringkat tingkatan V.

       Perkembangan dari peningkatan tenaga pengajar juga berlaku pada tahun 1954,
dimana guru-guru Brunei dihantar ke Kirkby Teachers College di Liverpool, England.
Pada tahun 1956 bahawa Brunei telah membentuk sendiri institut latihan guru yang
disebut Brunei Teachers Training Centre (BTTC). Pada awalnya, BTTC dikendalikan di
bangunan blok kajang kayu sementara yang pada masa ini berdekatan dengan Sultan
Mohammad Jamalul Alam Sekolah Menengah (SMJA). Seramai 14 orang guru pelatihnya
telah menyelesaikan tahun pertama mereka di Batu Lintang Teachers College di
Kuching. Guru-guru pelatih ini seterusnya melanjutkan pengajian ke Tahun Dua. Pada
tahun 1958, beberapa pelajar-pelajar daripada aliran Inggeris juga dihantar ke Kota Baharu
Teachers College di Kelantan. Pada tahun 1959, bangunan kekal BTTC yang baru dibina
di Berakas untuk menjadi bangunan kolej yang (pada masa ini diduduki oleh Sekolah
                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   5



Menengah Berakas). BTTC kemudiannya dinamakan sebagai Maktab Perguruan Melayu
Brunei). Pengetua anak melayu Brunei yang pertama adalah Cikgu Othman Bin Bidin
(Dato Paduka)

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum

      Persekolahan Melayu mengandungi tahap pendidikan dari darjah I hingga darjah
  VI. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar dalam semua mata pelajaran.
  Pada masa ini, hampir semua sekolah mempunyai mata pelajaran perkebunan yang
  melibatkan darjah III ke atas yang diadakan tiga kali seminggu dari jam 7.30 – 8.15
  pagi.Dalam pelajaran ini murid-murid diajarkan teknik perkebunan dalam bentuk
  praktikal dan teori. Melalui mata pelajaran pelajaran ini adalah diharapkan murid-murid
  akan memperolehi pengetahuan asas kaedah berladang yang lebih baik berbanding
  dengan berkebun dengan cara tradisional.

      Jadi apabila mereka ini meninggalkan bangku sekolah, maka pengetahuan ini boleh
  digunakan jika memilih kerjaya sebagai petani untuk mewarisi pekerjaan ibu bapa
  mereka. Di samping pelajaran perkebunan ada juga sekolah yang mengajarkan cara-cara
  berternak ayam. Sementara Sekolah Melayu bertujuan mewarisi pekerjaan ibu bapa
  sebagai petani atau nelayan, boleh dilihat dari segi kemunculan mata pelajaran berikut
  tadi iaitu perkebunan, penternakan dan kraf tangan. Mata-mata pelajaran ini begitu
  mendapat penekanan dalam kurikulum persekolahan Melayu dalam tahun-tahun 1950an

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur


      Semua Sekolah Melayu adalah dimiliki dan dibiayai oleh kerajaan, ia adalah
  sekolah percuma kepada rakyat. Pada tahun 1950, Brunei mempunyai 28 buah sekolah
  Melayu dengan keramaian keseluruhan muridnya 2255 orang. Dari keramaian tersebut
  cuma 427 orang murid perempuan. Situasi ini berterusan sehingga tahun 1954,
  sungguhpun pertumbuhan Sekolah Melayu semakin bertambah pada tahun ini menjadi
  36 buah. Tetapi keramaian murid perempuan masih jauh berbeza dengan murid lelaki
                        Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   6



kerana murid perempuan hanyalah berjumlah 713 orang, sedangkan murid lelaki sudah
mencapai 2462 orang.

    Pada tahun 1958 terdapat 47 buah Sekolah Melayu dengan keramaian murid lelaki
3850 orang dan murid perempuan 1947 orang menjadikan jumlahnya 5797 orang.
Bilangan ini terus meningkat menjelang tahun 1959 dengan jumlah 52 buah Sekolah
Melayu seluruh negara, keramaian murid lelaki menjangkau kepada 4590 dan murid
perempuan 2574 orang, jumlah semuanya 7184 orang. Kesannya pada tahun 1958 ini
hampir semua kampung mempunyai sekolah, 80% kanak-kanak lelaki Melayu dan 37%
kanak-kanak perempuan yang layak bersekolah telah menduduki bangku sekolah.

    Ternyata persekolahan Melayu merupakan salah satu bentuk sistem pendidikan
yang disumbangkan oleh kerajaan Brunei dalam meningkatkan taraf pendidikan
generasi muda di negara ini. Pada masa ini majoriti masyarakat tempatan telah
mempunyai kesedaran tentang pentingnya memberikan pendidikan anak-anak melalui
sekolah. Kesan dari kesedaran ini kemunculan Sekolah Melayu tahun-tahun demi tahun
terus berkembang. Masyarakat tempatan terutama di kawasan luar bandar juga turut
serta dalam bantuan infrastruktur pendidikan seperti contoh, mendirikan sekolah dan
rumah guru dengan sukarela. Segala perbelanjaan bahan binaan ditanggung sepenuhnya
oleh mereka.

    Kerajaan juga menyediakan peruntukan yang besar melalui Rancangan Kemajuan
Pendidikan bagi Tahun 1954 hingga 1960. Seperti contoh pada tahun 1954, bangunan
sekolah dan rumah guru yang didirikan oleh orang ramai telah mendapat bantuan
kewangan dari kerajaan sebanyak $400.00 bagi setiap buah sekolah. Dalam rancangan
ini kerajaan bukan sahaja membina sekolah bahkan juga menyediakan kemudahan-
kemudahan lain kepada murid-murid sekolah. Contohnya menyediakan pengangkutan
percuma untuk murid-murid berulang alik ke sekolah, elaun sara hidup, skim
permakanan di sekolah-sekolah dan pemeriksaan kesihatan.
                          Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   7




Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Pendidikan Ugama


   1954 –laporan dua orang pegawai ugama Johor
        i.   Pelajaran Ugama Sekolah Melayu dan Inggeris tidak cukup masa
       ii.   Banyak murid tidak tahu ucap kalimah syahadah dan rukun Islam
      iii.   Guru kurang profesionalisme
   1956- Pada September 1956, Sekolah Ugama Formal mula di wujudkan.
   1956 – Pada Oktober 1956, Pejabat pelajaran Ugama ditubuhkan
   1958 - Kelas dewasa ugama mula ada di kawasan bandar bertujuan :
        i.   Tahu membaca al-Quran dgn baik tajwid,tertil dan berlagu
       ii.   Tahu teori dan praktik fardu ‘ain dan fardu kifayah
      iii.   Menanamkan taat kepada Allah,Rasul dan Sultan
      iv.    Menanamkan perasaan aktif semarakkan masjid dan syiar Islam
       v.    Membentuk peribadi menurut ajaran Islam
      vi.    Saluran memahami ajaran ajaran

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Persepsi Masyarakat


     Pada awal tahun 1950an Sekolah Melayu memang kurang mendapat sambutan dari
 masyarakat Brunei, lebih-lebih lagi bagi menyekolahkan anak-anak perempuan. Hal ini
 berlaku kerana tenaga anak-anak lelaki dan perempuan diperlukan oleh ibu bapa untuk
 menolong kerja-kerja harian mereka. Bagi anak-anak lelaki amat diperlukan dalam
 menolong menyara kehidupan keluarga mereka, sementara itu anak-anak perempuan
 akan dikahwinkan dalam usia yang begitu muda.

     Senario ini berlaku kerana rata-rata ibu bapa masyarakat Brunei memerlukan
 tenaga anak lelaki mereka yang sedang meningkat remaja untuk membantu dalam
 pekerjaan sebagai petani, nelayan atau lain-lain kerja persendirian. Ibu bapa perlu
 melakukan perkara ini kerana kebanyakan kehidupan masyarakat Melayu pada awal-
 awal tahun 1950an tidaklah begitu mewah.
                        Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   8



    Pendidikan di sekolah dipandang oleh masyarakat Brunei hanya bertujuan untuk
melatih anak-anak mereka bagi mendapat jawatan atau pekerjaan makan gaji terutama
di sektor kerajaan. Dengan yang demikian timbullah pandangan bahawa sesiapa yang
tidak berkehendakan pada pekerjaan tersebut tidaklah perlu menuntut ilmu. Lagipun
pada tahun-tahun 1950an masyarakat Brunei boleh dikatakan tidak suka berkhidmat
dengan sektor kerajaan kerana pendapatan dengan bekerja sendiri lebih baik. Inilah
yang menyebabkan Sekolah Melayu kurang mendapat sambutan.

    Bagaimanapun menjelang akhir tahun 1950an sikap ini mula berubah, apabila rata-
rata masyarakat Brunei sudah bersedia untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Melayu. Perubahan sikap ini hasil dari kempen kerajaan, pengaruh kaum guru dan
media massa dalam mengalakkan masyarakat Brunei untuk menghantar anak-anak
mereka ke alam persekolahan. Perubahan ini jelas apabila jumlah bangunan Sekolah
Melayu dan murid-muridnya seluruh negara meningkat dari tahun ke tahun. Perubahan
yang menarik ialah sikap ibu bapa terhadap anak-anak perempuan. Mereka telah
mengizinkan anak-anak perempuan untuk memasuki alam persekolahan.

    Orang ramai telah menyedari bahawa untuk berurusan dengan pihak kerjaan atau
swasta memerlukan mereka pandai membaca dan menulis. Contohnya urusan
permohonan menjual, membeli dan memiliki tanah, membina sekolah, masjid, jalan
raya dan sebagainya. Ini telah menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bahawa
kepandaian membaca dan menulis adalah penting dan memberi kemudahan kepada
mereka terutama sekali dalam berkomunikasi dengan pihak kerajaan. Jadi ini membuka
mata dan pemikiran mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

    Perubahan positif yang berlaku di kalangan masyarakat Brunei ini kerana mereka
telah menyedari bahawa memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah penting
untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik di masa depan. Peluang-peluang
pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta terutama dalam Syarikat Minyak
Shell Brunei telah boleh didapati dengan banyaknya.
                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   9



        Ada di antara ibu bapa yang berkhidmat dengan kedua-dua sektor telah menyedari
 bahawa kepandaian membaca dan menulis adalah penting. Dengan kepandaian tersebut
 barulah boleh mendapat kedudukan dan tangga gaji yang lebih baik, andaikata anak-
 anak mereka mahu berkhidmat dengan kedua-dua sektor tersebut.Kesedaran ini tidak
 hanya dilahirkan dalam bentuk pandangan dan menghantar anak-anak mereka ke
 sekolah secara beramai-ramai bahkan mereka sanggup mendirikan sekolah secara
 sukarela.

Pengaruh Media Massa dalam Perkembangan Dasar Pendidikan Negara


        Kemasukan media elektronik seperti radio dalam tahun-tahun 1950an juga serba
 sedikit mempengaruhi minda masyarakat tempatan. Menerusi media ini mereka bukan
 sahaja mendapat hiburan bahkan mereka telah mula terdedah dengan perkembangan
 politik, ekonomi dan sosial luar negeri yang disiarkan menerusi stesyen radio Sarawak,
 Tanah Melayu dan Indonesia, di samping stesyen radio tempatan. Dalam ruang-ruang
 perbincangan yang membabitkan orang ramai di radio Brunei, mereka telah berani
 mengketengahkan berbagai isu dan idea yang melibatkan hal-hal politik dan pentadbiran
 kerajaan termasuklah isu-isu pendidikan.

        Di samping itu bahan bacaan seperti surat khabar, buku-buku, majalah dan wayang
 gambar tidak kurang juga memainkan peranan dalam mengubah sikap masyarakat
 Brunei. Orang ramai juga mendesak kerajaan supaya mengadakan rancangan
 pendidikan yang lebih teratur bagi anak-anak Brunei. Ini menunjukkan masyarakat
 Brunei sudah mempunyai sikap sensitif terhadap perkembangan persekolahan di negara
 ini.

Pengaruh Guru dalam Perkembangan Dasar Pendidikan Negara


        Kaum guru ini merupakan golongan elit yang dihormati dan digalati oleh
 masyarakat Brunei pada ketika itu. Kemunculan orang-orang terpelajar yang dipelopori
 oleh guru-guru Melayu tempatan telah memainkan peranan penting dalam menyedarkan
                          Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   10



  masyarakat Brunei. Mereka telah mendorong supaya para ibu bapa memberikan didikan
  persekolahan kepada generasi muda. Kerana mereka bukan sahaja dipandang sebagai
  golongan terpelajar bahkan mereka sebagai pemimpin yang berpengaruh di mana sahaja
  mereka berada.

      Pengaruh kaum guru bukan sahaja pada masyarakat tempatan bahkan juga pada
  pihak kerajaan kerana ada di antara mereka ini dilantik oleh kerajaan menjadi ahli
  Majlis Mesyuarat Daerah, Majlis Mesyuarat Negeri, Jawantankuasa Perkhidmatan
  Awam, Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Tanah. Jadi boleh dikatakan
  hubungan guru dengan masyarakat dan kerajaan boleh dikatakan erat. Sebagai golongan
  elit ketika itu ternyata kerajaan memerlukan tenaga mereka untuk sama-sama
  membangun Brunei.

Dasar Pendidikan Negara 1962


      Pada tahun 1959, kerajaan Brunei telah melantik dua orang konsultan pendidikan,
  Aminuddin Baki dan Paul Chang untuk menjalankan penilaian yang komprehensif dan
  sistematik ke atas perkembanagan dan pencapaian pendidikan di Negara ini. Penilaian
  tersebut telah menghasilkan beberapa cadangan bagi perubahan dalam system
  pendidikan di Brunei, antaranya:

             Mewujudkan pendidikan kebangsaan
             Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
             Mempelbagaikan bidang pengajian
             Kesedaran untuk menerap nilai-nilai murni dan budaya


Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Struktur Sistem Pendidikan

      Menjelang tahun 1960an barulah ada sekolah Melayu yang mencapai taraf pendidikan
menengah dengan mengadakan darjah VII (setaraf tingkatan I). Pada pertengahan tahun
1960an. Sekolah Melayu telah menempa sejarah baru apabila sistem menengah bagi sekolah
ini telah diperkenalkan. Dengan adanya pendidikan menengah Melayu ini maka peluang
                          Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   11



untuk pelajar sekolah ini melanjutkan pelajaran semakin cerah, khusus ke Malaysia. Pada
awal 1960an dilaporkan ramai murid-murid Sekolah Melayu menunjukkan minat untuk
melanjutkan pelajaran mereka hingga ke peringkat menengah. Pendidikan menengah ini
kemudiannya dilaratkan ke daerah Tutong dan Belait pada tahun 1961. Ianya diwujudkan
kerana makin ramai pelajar dari Sekolah Melayu yang mahu meneruskan pendidikan mereka
hingga ke peringkat menengah.



Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum

       Pada tahun 1966, pelajar-pelajar aliran Melayu telah dapat melanjutkan pelajar ke
peringkat lebih tinggi dengan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Rendah Pelajaran,
Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan. Manakala pada tahun 1968,
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di bukakan pada pelajar sekolah ini. Oleh yang
demikian mereka akan berpeluang untuk melanjutkan pendidikan hingga peringkat universiti
seperti mana yang telah berlaku ke atas rakan-rakan mereka dalam Sekolah Inggeris dan
Arab. Dengan itu tujuan Sekolah Melayu hanya untuk setakat pandai membaca dan menulis
sudah tidak dapat diterima lagi menjelang tahun 1960an, malah pihak Inggeris terpaksa akur
dengan perubahan yang berlaku ke atas masyarakat Brunei yang sudah melihat persekolahan
adalah sudah menjadi satu kemestian dan budaya dalam kehidupan generasi muda.
Pencapaian pencapaian ini telah berhasil membukakan peringkat tingkatan VI bawah yang
telah diwujudkan pada tahun 1969.

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur Institusi

       Kerajaan secara rasmi menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Melayu pada 30
Januari 1966, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Melayu Pertama (SMMP). Ia
telah di tempatkan buat sementara di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam di
bandar Brunei. Pada peringkat awal pembukaannya lebih kurang 900 orang pelajar telah
diterima masuk dalam tujuh buah tingkatan I, 24 buah tingkatan II dan lima buah tingkatan
III. Oleh kerana masalah tempat yang tidak mencukupi Jabatan Pelajaran Brunei hanya
menjadikan Sekolah Menengah Melayu Pertama sebagai menempatkan pelajar tingkatan II
dan III sahaja.
                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   12




      Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Pendidikan Ugama


    1965 – Mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam diadakan Sekolah Rendah dan
      Sekolah Menengah.

    1966 – Sekolah Menengah Arab Hassanal Bolkiah dibukakan dengan
      menempatkan seramai 46 orang pelajar.

    1968 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah telah meletakkan
      batu asas bagi pembinaan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan dan mula
      beroperasi 8 Januari 1972.

    Tujuan MPUSB ditubuhkan :

         i.   Melatih guru- guru mengajar ugama

        ii.   Mengadakan kursus seperti kursus membaca quran, kursus mubaligh dan
              sebagainya

       iii.   Meninggikan nilai pelajaran utk negara dan sumbangan kepada negara lain
              dirantau ini amnya.

Dasar Pendidikan 1972


      Pada tahun 1970, Suruhanjaya Pelajaran telah ditubuhkan dan di berikan mandate
untuk menilai Laporan Aminuddin Baki dan Paul Chang 1962 dan membentuk dasar-dasar
dan perancangan-perancangan bagi meningkatkan tahap pendidikan Brunei. Suruhanjaya
itu telah menghasilkan Laporan Suruhanjaya Pelajaran 1972 yang telah di terima pakai
sebagai sebuah dokumen.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sekolah-sekolah rendah dan
      menengah kebangsaan
                          Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   13



    Meninggikan ukuran penggunaan Bahasa Inggeris dalam sekolah-sekolah rendah
      dan menegah.

    Menitikberatkan pelajaran Ugama Islam

    Menyediakan ikhtisar matapelajaran yang isinya serupa yang taraf pelajaran
      disemua sekolah adalah sebanding

    Menjadikan pelajaran menengah dapat dicapai oleh semua orang berdasarkan
      kepada kehendak-kehendak dan kebolehan mereka.

    Memberikan semua kanak-kanak Brunei segala kemungkinan peluang demi
      menjadikan mereka berguna untuk perkembangan Negara.

    Untuk menimbulkan melalui saluran-saluran di atas suatu identitI kebangsaan
      sebagai tapak pembangunan rasa taat setia kepada Brunei

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Struktur Sistem Pendidikan


      Pada tahun 1973, Sekolah Melayu telah mengalami zaman kemalapan apabila
peluang meneruskan pendidikan ke Malaysia terganggu tahun berikutan hubungan Brunei
dan Malaysia berkeadaan dingin disebabkan oleh isu politik pada itu. Pada tahun 1974
beberapa buah Sekolah Melayu telah dicampurkan dengan Sekolah Persediaan Inggeris
Dalam tahun 1975, penyatuan pendidikan Melayu dan Inggeris di laratkan dari peringkat
menengah rendah hingga peringkat menengah tinggi apabila Pusat Tingkatan Enam
ditubuhkan pada tahun tersebut. Dalam penyatuan ini juga melibatkan pelajar tingkatan VI
dari Sekolah Menengah Arab.

      Masyarakat Brunei telah mengalami perubahan sikap, kesan dari perlaksanaan Dasar
Pendidikan Negara. Mereka telah menyedari perlunya anak-anak mereka diberikan
pendidikan formal. Oleh kerana peluang meneruskan pendidikan ke Malaysia terbatas,
sebagai gantinya kerajaan membuka peluang kepada pelajar Sekolah Melayu untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di United Kingdom dalam tahun 1976. Namun
dasar ini kurang berjaya kerana pelajar yang dihantar ramai yang gagal kerana masalah
                            Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   14



penguasaan bahasa Inggeris. Dalam pada itu keramaian pelajar Sekolah Melayu terutama di
sekolah menengah mula berkurangan kerana ibu bapa lebih suka menyekolahkan anak-anak
mereka ke sekolah Inggeris dan Arab kerana mereka menyedari masa depan anak-anak
mereka lebih terjamin berbanding jika mereka di Sekolah Melayu.

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Kurikulum


      Pada tahun 1970, pelajar-pelajar Sekolah Melayu mula mengambil peperiksaan Sijil
Tinggi Persekolahan. Walau bagaimanapun pada tahun 1972 barulah pertama kali empat
orang pelajar Sekolah Melayu dari Maktab Melayu Paduka Seri Begawan Sultan Jalan Muara
lulus peperiksaan tersebut. Pada tahun 1973, banyak perubahan telah berlaku yang member
kesan kepada pendidikan Negara, berikutan hubungan dingin di antara Brunei dengan
Malaysia. Semua peperiksaan awam yang dikendalikan oleh kerajaan Malaysia kemudian
ditukar kepada Sijil Rendah Pelajaran Brunei bagi menggantikan peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran. Sementara itu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan diganti
dengan Sijil Am Pelajaran Singapura Cambridge peringkat biasa dan Singapura. Peristiwa ini
berlaku dalam tahun 1974.

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur


      Pada tahun 1971, bangunan kekal baru bagi Maktab Perguruan Melayu Brunei dibina
di Gadong yang di kenali sebagai Sultan Hassanal Bolkiah Teachers College. Pada masa itu
juga, beberapa pelajar melayu Brunei sudah memenuhi syarat kelayakan dan bertugas
sebagai pengetua kolej. Pada Januari 1972, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan mula
membukakan pintu pengajiannya.Maktab perguruan ini bertujuan bagi menghasilkan
graduan-graduan guru ugama sebagai tenaga pengajar bagi bidang-bidang yang berkaitan
dengan jurusan ugama.

      Dalam tahun 1973 dan 1974, jumlah Sekolah Menengah Melayu telah menjadi tujuh
buah.Ini menunjukkan sambutan masyarakat terhadap sekolah ini pada ketika itu adalah
positif. Mereka telah memandang peluang untuk pelajar Sekolah Melayu melanjutkan
                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   15



pendidikan makin bertambah baik kerana sudah boleh mengambil peperiksaan awam
sehingga peringkat yang lebih tinggi.

       Walau bagaimanapun menjelang tahun 1975 keramaian pelajar dan bilangan Sekolah
Menengah Melayu mula merosot. Pada tahun ini jumlah pelajar sekolah ini hanyalah 1564
orang dengan 934 orang pelajar lelaki dan 630 orang pelajar perempuan. Bilangannya
seluruh negeri cuma tinggal lima buah. Keadaan ini terus merosot menjelang tahun 1984,
keramaian pelajar sekolah ini hanya 1003 orang dan bilangan Sekolah Menengah Melayu
tinggal empat buah.

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Pendidikan Ugama


    1970 - 7 buah Sekolah Ugama dengan tenaga pengajar seramai                            9 orang guru
       beroperasi dengan sukatan, buku teks dan beberapa guru di datangkan dari Johor.

    1976 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan
       peruntukkan khas bagi membina sekolah-sekolah ugama. .

    1978 - 7 buah bangunan baru bagi sekolah ugama telah siap di bina dan 7 buah lagi
       dalam proses pembinaan.

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Persepsi Masyarakat

       Kemerosotan Sekolah Rendah Melayu berlaku kerana jumlah murid yang memasuki
Sekolah Persediaan Inggeris bertambah tiap-tiap tahun. Kesannya keramaian yang memasuki
Sekolah Menengah Melayu mengalami kekurangan. Ini menunjukkan orang ramai lebih
cenderung menyekolahkan anak-anak mereka ke Sekolah Inggeris atau ke Sekolah Arab.
Dalam pada itu ramai pelajar Sekolah Melayu ini apabila lulus dalam peperiksaan Sijil Am
Pelajaran peringkat biasa dan lanjutan berhenti sekolah. Mereka sama ada menjadi guru atau
mencari kerja-kerja yang lain. Fenomena berhenti sekolah ini lebih ketara apabila peluang
untuk pelajar Sekolah Melayu melanjutkan pelajaran ke Malaysia tergendala pada awal tahun
1970an ekoran dari hubungan dingin antara Brunei dan Malaysia.
                             Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   16



         Memandangkan kemerosotan jumlah pelajar Sekolah Menengah Melayu ini terus
berlaku. Maka secara perlahan-lahan kerajaan memperkenalkan konsep intergrasi antara
Sekolah Menengah Melayu dengan Sekolah Menengah Inggeris. Dalam masa yang sama
sambutan ke atas Sekolah Melayu sudah mula berkurangan. Hal ini berlaku kerana
masyarakat Brunei telah mempunyai pilihan untuk memberikan pendidikan formal kepada
anak-anak mereka, iaitu menyekolahkan anak-anak mereka sama ada ke Sekolah Inggeris
atau Arab.

         Keramaian murid Sekolah Melayu ini mula merosot sebaik-baik sahaja dalam darjah
V dan VI, dan seterusnya di Sekolah Menengah Melayu. Ini disebabkan dalam darjah IV,
murid-murid sudah dibenarkan untuk memilih sekolah samada mahu masuk ke Sekolah
Persediaan Inggeris atau Sekolah Arab. Mereka boleh menduduki peperiksaan untuk masuk
kedua-dua sekolah tersebut selagi umur mereka belum melebihi 12 tahun. Setiap tahun
jumlah yang masuk ke Sekolah Persediaan Inggeris adalah tinggi. Keramaian pelajar-pelajar
di Sekolah Menengah Melayu ini terus berkurangan menjelang akhir tahun-tahun 1970an dan
awal 1980an, hal ini berlaku bukan sahaja sikap ibu bapa, tetapi kerana kesediaan kerajaan
membuka peluang lebih luas untuk pelajar Brunei memasuki sama ada Sekolah Inggeris atau
Arab.

Dasar Pendidikan Konsep Dwibahasa 1984


        Konsep perpaduan dan satu sistem pendidikan
        Penerapan pendidikan Islam
        Konsep dwibahasa
        Bahasa Inggeris mula digunakan di samping bahasa Melayu
        Penerbitan buku Sistem Pendidikan Negara Brunei Darussalam pada1985
        Tiga konsep utama ditonjolkan:
              i. Islamisasi Ilmu Pengetahuan
             ii. Konsep Dwibahasa
             iii. Konsep Melayu Islam Beraja.
                           Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   17




Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Struktur Sistem Pendidikan


       Sejak tahun 1984 Negara Brunei Darussalam telah memperkenalkan dasar pendidikan
dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mulai dari peringkat pra-sekolah hingga darjah III,
bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran adalah bahasa Melayu kecuali mata pelajaran
English Language. Daripada darjah IV dan seterusnya pelajar akan mengikuti pengajaran
yang menggunakan dua bahasa. Bahasa Melayu digunakan bagi mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu, Pengetahuan Agama Islam, Pendidikan Jasmani, Lukisan dan Pertukangan
Tangan, Sivik, dan MIB (Melayu Islam Beraja). Manakala bahasa Inggeris pula digunakan
bagi mengajar mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Geografi, Sejarah, dan Bahasa
Inggeris itu sendiri.

       Apabila Universiti Brunei Darussalam ditubuhkan pada tahun 1985, bahasa Melayu
terus membuktikan dirinya bahawa ia mampu untuk menjadi bahasa ilmu di peringkat
pengajian tinggi seperti mana bahasa Inggeris dan Arab. Hal ini jelas kursus-kursus yang
ditawarkan dalam bahasa Melayu terus wujud dan mendapat sambutan dari mahasiswa-
mahasiswi. Oleh itu disebalik sejarah hubungan Brunei dan Inggeris, ternyata telah banyak
memberikan saham perubahan besar kepada perkembangan sistem persekolahan di negara ini
dan tidak terkecuali persekolahan Melayu.

Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Infrastruktur


       Pada tahun 1982 jumlah sekolah melayu telah mencapai 112 buah dan muridnya
berjumlah 17107 orang. Dari jumlah ini murid perempuan sudah tidak jauh bezanya dengan
murid lelaki, keramaian murid perempuan 8013 dan murid lelaki 9094 orang.Memandangkan
keramaian murid Sekolah Melayu semakin meningkat, maka kerajaan perlu menaikkan taraf
kelas yang ada. Akhirnya Sekolah Menengah Melayu telah ditiadakan dalam dasar
pendidikan Brunei apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Pendidikan Konsep Dwibahasa
pada bulan April 1984.
                          Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   18




Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Dari Segi Persepsi Masyarakat


      Dari satu segi dasar ini memang baik kerana ia kelihatan mempunyai ciri-ciri
kesesuaian kerana semua pelajar berpeluang memasuki Sekolah Inggeris, selain memilih
Sekolah Arab. Lagipun kerajaan membuat dasar ini sebagai mengikuti kemahuan orang
ramai yang kebanyakannya berlumba-lumba memasukkan anak-anak mereka ke Sekolah
Inggeris. Ianya juga sebagai persediaan bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di
kalangan rakyat Brunei yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Untuk mencapai
matalamat ini, maka perlunya mereka menguasai bahasa Inggeris kerana perkembangan ilmu
dan pengunaanya di peringkat antarabangsa memang ketara.Tenaga manusia seperti ini amat
diperlukan lebih-lebih lagi setelah Brunei mencapai kemerdekaan dari British pada tahun
1984. Penguasaan hal-hal pentadbiran dalam dan luar negeri yang telah dikembalikan ke
pangkuan kerajaan Brunei sudah tentu memerlukan orang-orang Brunei yang mempunyai
penguasaan bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.

Kesimpulan



      Dasar pendidikan negara selama empat dekad telah menumpukan kepada tiga
pendidikan utama iaitu pendidikan Melayu, pendidikan Islam dan pendidikan
Inggeris. Dalam tempoh di nyatakan tadi pemimpin Negara, pemuka-pemuka bidang
pendidikan menyedari akan pentingnya pendidikan-pendidikan yang di sebutkan
untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Dalam tempoh ini juga, rakyat Negara
Brunei Darussalam turut member sokongan dalam perlaksanaan dasar pendidikan
Negara. Sehingga kini usaha-usaha terus di jalankan bagi mewujudkan satu sistem
pendidikan Negara yang menyeluruh yang sesuai dengan falsafah Negara dan falsafah
pendidikan Negara.
                          Perkembangan Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam 1954 – 1984, Satu Tinjauan   19



Bibliografi

   1. Abd. Halim El-Muhammady, Pendidikan Islam : Peranannya dalam Pembangunan
      Ummah, 1994, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Selangor Darul Ehsan.

   2. Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid bin Mohd Daud, Perkembangan persekolahan
      agama di Negara Brunei Darussalam dari tahun 1956-1984, 2004, Dewan Bahasa dan
      Pustaka, Bandar Seri Begawan.

   3. Dr Hj Awg Asbol bin Hj Mail, “Persekolahan Melayu Brunei Darussalam 1950 –
      1984:Perubahan dan Cabaran”, Seminar Sejarah Brunei III, Ulang Tahun Hari
      Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-22, Bandar Seri Begawan, 23 Feb 2006.
      Kertas Kerja.

   4. Hasan Langgulung, Asas-Asas Pendidikan Islam, 1991, Dewan bahasa dan Pustaka,
      Kuala Lumpur.

   5. Kamus Dewan, 1989, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

   6. Matassim Bin Haji Jibah, Perkembangan persekolahan Melayu di Brunei dalam
      pentadbiran sistem residen 1906-1959, 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri
      Begawan.

   7. Pg. Haji Abu Bakar bin Pg. Haji Sarifuddin, “Dasar pendidikan bersepadu dalam
      konteks Negara Brunei Darussalam”, Seminar Pendidikan, Persatuan Pendidik Nasional,
      Bandar Seri Begawan, 18 Oktober 1998. Kertas Kerja

   8. Pg. Haji Mohammad bin Pg. Haji Abd. Rahman. "Perkembangan ilmu Islam di Brunei :
      peralihan dari sistem balai ke sistem persekolahan moden (1931-1956)." Seminar Bahan
      Rujukan Islam Nusantara. Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Bandar
      Seri Begawan. 20 - 23 Aug. 2001. Kertas Kerja.

   9. Sistem Pendidikan Negara abad ke-21, 2009, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bandar
      Seri Begawan.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Stats:
views:4140
posted:5/20/2010
language:Indonesian
pages:19