PERANAN KEPIMPINAN by d0ckst0ck

VIEWS: 11,999 PAGES: 19

									PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH




Pendahuluan


Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan amat penting dalam
membentuk kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah
adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Sekolah adalah
titik permulaan menuju visi dan wawasan. Di sini jugalah tempat kita membina
bangsa kita. Dengan yang demikian tidak hairanlah kalau isu pendidikan tetap
dibincang oleh masyarakat, walau apa pun bentuk dan taraf sesuatu masyarkat itu.


Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Kalau sistem dan
carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya terkandas, maka cita-
cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang
begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Negara hanya tinggal terukir
di pejabat atau di bilik pentadbir sekolah dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah
semata-mata. Oleh yang demikian untuk mewujudkan visi dan wawasan
pendidikan negara, perlulah setiap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab
menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali sebagai seorang
pentadbir sekolah, guru besar atau pengetua yang bertanggung jawab secara
langsung di sekolahnya.


Hari ini ramai juga orang memperkatakan tentang kewibawaan guru penolong
kanan atau pengetua (kedua-dua dirujuk sebagai pentadbir) di sekolah. Macam-
macam pendapat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Seolah-olah
pengetua sahaja yang memainkan peranan tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan
sosio-budaya masyarakat setempat. Walaupun banyak elemen yang berkaitan
dengan perkembangan pendidikan seeorang pelajar, tetapi kalau masing-masing
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


mengetahui dan menginsafi tetang tugas dan tanggungjawabnya, kita yakin,
Falsafah Pendidikan Negara melalui SPN21 akan terlaksana dan kita akan dapat
menuju ke satu era kecemerlangan ilmu dan pembangunan negara akan berlaku
secara seimbang di antara, emosi, jasmani, rohani dan intelek. Untuk itu, kertas
tugasan ini akan membincangkan serba sedikit mengenai kepimpinan pentadbir
sekolah (pengetua, guru besar, ketua guru atau guru penolong kanan) dalam
pengurusan sekolah sebaik yang mungkin

Definisi


     i. Definisi Kepimpinan
          a. Kepimpinan dari segi bahasa dan istilah
        Kepimpinan mengikut Kamus Dewan adalah terbitan daripada “pimpin”
        membawa erti “bimbing”, “pandu” atau “tunjuk”. Memimpin diberi erti
        sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju sesuatu tempat.
        Kepimpinan membawa erti keupayaan memimpin.


          b. Kepimpinan dari segi Islam




        Maksudnya:
            “Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan
            Diameninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa
            derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.
            Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia
            Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah al-An'am ,Ayat :165
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH




            Penjelasan bagi ayat di atas berkaitan kepimpinan juga di terangkan
            dalam sabda Rasulullah sepertimana berikut dibawah:


            ٌ ‫أ َ ع َ ه ِ َ ُ َ َ ق ل َ ِ ت َس ل ه ِ َه ه ُ َه ِ َ َه َ ق ُ ُُك ر ٍ و ُُك ْ َ ئ‬
            ‫ٌَ َبْذ انَه بٍْ عًر يَ ُى ُ سًعْ ُ ر ُى َ انَه صَى انَه عَيْه وسَى يَ ُىل كه ُىْ َاع َ كه ُى يسْ ُىل‬
            ُ ‫ْ ِ ه َ َ ئ ل ع رعي ِ و ْ َ ْأ‬               ٍ ‫ع رعي ِ ِ و ر ٍ َ َ ئ ٌ ع رعي ِ و ر ُم ر‬
            ‫ٍَْ َ ِ َتِه انْإيَب ُ َاع ويسْ ُىل ٍَْ َ ِ َتِه َان َج ُ َاع فِي أَههِه وَ ُى يسْ ُى ٌ ٍَْ َ ِ َتِه َانًرَة‬
             َ ‫ر ع ٌ ف ب ت ز ِه َ َ ئ ٌ ع رعي ِه و دو ر ٍ ف ي ل سيذ ِ َ َ ئ ٌ ع ر ي ِ ق‬
             ‫َا ِيَت ِي َيْ ِ َوْج َب ويسْ ُىنَت ٍَْ َ ِ َت َب َانْخَب ِ ُ َاع ِي َب ِ َ ِ ِه ويسْ ُىل ٍَْ َعِ َ تِه َبل‬
            ‫و َس ت أ ْ ق ْ ق َ و ر ُم ر ٍ ف ي ل أب ِ َ َ ئ ٌ ع ر ي ِ َ ُُك ر ٍ َ َ ئ ٌ ع رعي ه‬
            ِ ِ‫َح ِبْ ُ ٌَ َذ َبل َان َج ُ َاع ِي َب ِ َ ِيه ويسْ ُىل ٍَْ َعِ تَِه وكه ُىْ َاع ويسْ ُىل ٍَْ َ ِ َت‬
            Yang bermaksud:
            “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya
            tentang orang yang anda pimpin. Imam adalah pemimpin atas rakyat dan
            akan ditanya tentang mereka; seorang laki-laki adalah pemimpin rumah
            dan akan ditanya tentang rumah tangga; seorang wanita adalah pemimpin
            atas anak-anaknya dan ia akan ditanya tentang mereka”
                                                          Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim


                                                           ‫ر‬
            Rasulullah SAW menggunakan istilah “ra„in” ( ‫ ) َاع‬dalam hadis sahih di
            atas, yang membawa maksud pelindung (protector), penjaga (guardian)
            dan pembimbing (shepherd) yang membawa makna kepimpinan.
            Penggunaan istilah ini sangat bermakna kerana konsep kepimpinan dalam
            Islam berasaskan kepada berapa unsur penting seperti amanah, kasih
            sayang, keadilan, tidak pilih kasih atau berat sebelah, penjagaan rapi dan
            rasa tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pihak yang
            dipimpinnya.
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


          c. Kepimpinan dalam Pendidikan Islam
          Dalam pendidikan Islam, contoh teladan yang baik amat besar
          pengaruhnya terhadap pendidikan dan permbinaan seseorang individu,
          terutama kepada kanak-kanak dan remaja sekolah. Seseorang pelajar
          memperoleh pelbagai ragam tingkah laku melalui pemerhatian tingkah
          laku orang lain di sekelilingnya. Peniruan melalui contoh teladan yang baik
          menjadikan seseorang pelajar itu memperoleh tingkah laku dan sikap-sikap
          yang baik. Umat Islam sudah mengetahui Nabi Muhammmad s.a.w.
          menyuruh seseorang itu berbuat sesuatu apabila baginda terlebih dahulu
          mengerjakan perkara tersebut dan tidak melarang seseorang itu berbuat
          sesuatu sehinggalah baginda menjauhinya terlebih dahulu


          Sikap seperti ini hendaklah diikuti oleh semua pengetua sehingga tingkah
          laku yang baik sama ada dalam pekerjaan, ilmu pengetahuan dan
          sebagainya memberi kesan kepada diri pelajar. Ini bermakna pengetua
          haruslah bersifat terpuji, iaitu bercirikan insan cemerlang, bijak memimpin,
          berakhlak, mempamerkan teladan yang baik dan berketrampilan. Oleh itu,
          tidak ragu lagi contoh teladan yang baik yang ditunjukkan oleh pengetua
          dalam amalan kepimpinan pengajarannya dipandang sebagai salah satu
          kaedah utama dalam pembentukan akhlak pelajar. Akhlak yang baik akan
          memudahkan pelajar mendisiplinkan diri seterusnya membantu ke arah
          mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah.


          d. Kepimpinan dari segi Pendidikan
                 Dalam hal ini, Hadari Nawawi mengemukakan pengertian
                    kepimpinan pendidikan dan kepimpinan sekolah sebagai berikut:
                    "Kepimpinan sekolah adalah proses menyatukan buah fikiran dan
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                    pendapat untuk mewujudkan menjadi kesatuan gerak yang terarah
                    pada pencapaian matlamat persekitaran, kakitangan sekolah, yang
                    didalamnya terkandung makna menggerakkan, memotivasi orang
                    lain dan kelompok agar bersedia melakukan tugas-tugas sebagai
                    rakan kerja di sekolah"


                 Ahmad Rohani H.M dan Hijrah Abu Ahmadi mentakrifkan
                    kepimpinan                   Pendidikan              sebagai        berikut:
                    "Kepimpinan Pendidikan iaitu muat kegiatan mempengaruhi,
                    menggerakkan dan menyelaras individu-individu organisasi atau
                    institusi tertentu untuk mencapai tujuan yang telah dirumuskan".


                 Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan definisi
                 kepimpinan         pendidikan        sebagai     satu   kemampuan    dan   muat
                 mempengaruhi, menyelaras dan menggerakkan orang-orang lain yang
                 ada hubungan dengan pembangunan ilmu pendidikan dan pelaksanaan
                 pendidikan dan pengajaran, agar kegiatan-kegiatan dijalankan boleh
                 lebih berkesan dan cekap di dalam pencapaian tujuan-tujuan
                 pendidikan dan pengajaran.


     ii. Definisi Pengurusan Sekolah
                 Menurut Stephen J. Knezevich, Pengurusan Sekolah adalah
                    suatu proses yang terdiri             dari usaha     mencipta,   memelihara,
                    merangsang, dan mempersatukan semua daya yang ada pada suatu
                    organisasi pendidikan agar tercapai tujuan yang telah ditentukan
                    lebih dulu.
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH



                 Manakala           menurut         Albert       Shuster,   Pengurusan    Sekolah
                    didefinasikan sebagai integrasi seni dan ilmu secara kreatif idea-
                    idea, material, dan orang dalam satu kesatuan organik atau
                    unit yang bekerja          secara       harmoni     untuk   mencapai    tujuan
                    yang diharapkan.


               Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah dirumuskan definisi
               pengurusan sekolah sebagai segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu
               organisasi pendidikan untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu
               disamping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi
               pendidikan tersebut.

Perbahasan


Kepimpinan pendidikan secara amnya sangat di titikberatkan dalam menjayakan
matlamat pendidikan Negara. Kepimpinan pentadbir sekolah, secara khasnya
pengetua, guru besar, ketua guru atau guru penolong kanan akan menentukan
perlaksanaan pendidikan yang sempurna di sesebuah sekolah yang di tadbir dan
diurus. Perkara ini disentuh dalam titah dan ucapan seperti dibawah berikut:
          i. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
               Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-
               Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pembukaan Rasmi
               Pameran Kepimpinan RajaPada 18 Februari 2004
          “Kita perlu inovatif kerana jika tidak, kita akan terkeluar dari gelanggang
          persaingan. Tetapi kerja-kerja yang sempurna serta berkesan adalah
          memerlukan kepimpinan. Jika kepimpinan lemah dan tidak berwawasan,
          maka ia boleh mengurangkan mutu kerja, jika pun tidak menggagalkannya
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


          sama sekali. Oleh itu, di samping memiliki kelayakan-kelayakan biasa,
          kepimpinan juga perlu bagi memastikan survival bangsa dan negara tetap
          berlaku. Jika kepimpinan ada, maka kita bukan sahaja wujud, malahan
          dalam persaingan, kitalah juara. Kepimpinan bukan mesti merujuk kepada
          umur tua, tetapi kepada minda besar yang mampu melahirkan idea-idea
          bernas, serta kemudiannya menjadikan idea-idea itu kenyataan dalam
          bentuk-bentuk rancangan dan pekerjaan.”


          ii. Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar
               Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain
               berucap ketika merasmikan Ceramah Kepimpinan Sekolah, berlangsung
               di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, 20 Ogos 2008.
          “Dalam pada itu, pengetua-pengetua, guru-guru besar dan ketua-ketua
          guru sebagai pemimpin yang berwibawa itu perlu memiliki keperluan-
          keperluan asas sebagai seorang pengurus dan pemimpin sekolah, iaitu
          kemahiran-kemahiran tertentu, di samping mempunyai ciri-ciri peribadi
          yang sesuai dengan keperluan tugas dan tanggungjawab serta amanah.”

Peranan Pentadbir Sekolah (Pengetua dan Guru Penolong Kanan)


Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah.
Dia adalah seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang
pemimpin. Dalam konteks ini, aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait
langsung dengan kepimpinan. Ketiga-tiga konsep itu, kita perlu memahami dan
menghayati dengan jelas.
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


Menurut Ibrahim Mamat, secara umumnya peranan pentadbir sekolah(pengetua,
guru besar, ketua sekolah atau guru penolong kanan) melibatkan empat perkara
besar iaitu:
         Membentuk falsafah sekolah iaitu dengan menentukan matlamat dan
            objektif sekolah dan membentuk budayanya.
         Membentuk struktur sekolah iaitu dengan membentuk polisi dan
            memperuntukkan pelbagai sumber untuk merealisasikan matlamat dan
            objektif yang ditetapkan dengan pengagihan tugas kepada kakitangan
            bawahan.
         Mengurus dan memotivasi kakitangan sekolah. Memotivasikan semua
            manusia disekolah supaya melaksanakan tanggungjawab yang sudah
            ditentukan.
         Memberi kepimpinan. Sebagai seorang yang penting untuk menentukan
            kejayaan sekolah, pentadbir sekolah mesti member kepimpinan.


Sebagai seorang pentadbir, yang melibatkan diri dalam pentadbiran pendidikan.
maka ia perlu kepada proses kerjasama di antara dua orang atau lebih yang
berasaskan kepada rasional yang tertentu untuk mencapai tujuan yang telah
ditentukan sebelumnya , pentadbiran secara amnya tertumpu kepada hal-hal yang
sebahagian besar berhubung dengan pembahagian kerja dan penyelarasan
perhubungan untuk melahirkan kecekapan dalam organisasi.

Kepimpinan Pentadbir Sekolah (Pengetua dan Guru Penolong Kanan)


    i. Kepimpinan Pentadbir Sekolah
        Boleh diertikan sebagai kemahiran atau keupayaan yang dimiliki seseorang
        di dalam mempengaruhi sekumpulan orang atau kelayakan menyelaras,
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


        menggerakkan dan membimbing kakitangan sekolah mencapai tujuan
        pendidikan dan pengajaran. Pentadbir Sekolah sebagai pemimpin dalam
        suatu organisasi pendidikan hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas
        dan kemahiran kepimpinan agar mampu mengawal, mempengaruhi dan
        mendorong pekerja bawahan dalam menjalankan tugas dengan jujur,
        tanggung jawab, efektif dan efisien.


    ii. Pendekatan sifat-sifat kepimpinan dan perilaku kepimpinan.
          a. Pendekatan sifat-sifat kepemimpinan
               Untuk memperoleh kemampuan dalam dalam kepimpinan diperlukan
               sejumlah sifat-sifat yang baik dan tepat, tetapi untuk sejumlah sifat-sifat
               tersebut tidaklah cukup untuk memperoleh sifat pemimpin. Kerana
               sifat-sifat itu harus diterapkan dalam praktek pada waktu dan keadaan
               yang tepat pula. Disamping itu diperlukan pula adanya bawahan atau
               sekumpulan orang yang mencari kepimpinannya. Sifat-sifat kepimpinan
               itu mencakupi : pengetahuan, kecerdasan, imaginasi, kepercayaan diri,
               integrasi, kepandaian berbicara, pengendalian dan keseimbangan
               mental dan emosional, pergaulan sosial dan persahabatan, dorongan,
               entusiasme dan keberanian.


          b. Pendekatan perilaku kepimpinan
               Pendekatan perilaku akan menentukan apa yang dilakukan oleh para
               pemimpin efektif, bagaimana mereka mendelegasikan tugas, bagaimana
               mereka berkomunikasi dan memotivasi bawahan mereka, bagaimana
               mereka menjalankan tugas. Tidak seperti pendekatan sifat, pendekatan
               perilaku dapat dipelajari atau dikembangkan sehingga individu-individu
               dapat dilatih dengan perilaku kepimpinan yang tepat agar mampu
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


               memimpin          dengan        efektif.     Pendekatan          perilaku     memusatkan
               perhatiannya pada dua aspek perilaku kepimpinan iaitu :


               b.i Fungsi Kepimpinan
                 Kepimpinan yang efektif hanya dapat wujud apabila dijalankan sesuai
                 dengan fungsinya. Fungsi pemimpin ini berhubungan langsung
                 dengan keadaan sosial dalam kehidupan kelompok atau organisasi
                 masing-masing yang mengisyaratkan bahawa setiap pemimpin berada
                 di dalam dan bukan di luar keadaan itu. Pemimpin harus berusaha
                 agar        menjadi         sebahagian           di      dalam        situasi      sosial
                 kelompok/organisasinya.


                 Pemimpin yang membuat keputusan dengan memperhatikan situasi
                 sosial kelompok/organisasinya, akan dirasakan sebagai keputusan
                 bersama yang menjadi tanggung jawab bersama pula dalam
                 melaksanakannya. Dengan demikian akan terbuka peluang bagi
                 pemimpin untuk mewujudkan fungsi-fungsi kepimpinan sejalan
                 dengan situasi sosial yang dikembangkannya.


                 Fungsi kepimpinan itu memiliki dua dimensi sebagai berikut :
                         Dimensi         yang      berkenaan          dengan     tingkat    kemampuan
                           mengarahkan           (direction) dalam tindakan                 atau   aktiviti
                           pemimpin, yang terlihat pada pandangan orang-orang yang
                           dipimpinnya.


                         Dimensi yang berkenaan dengan tingkat dukungan (support)
                           atau      keterlibatan         orang-orang      yang      dipimpin       dalam
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                           melaksanakan tugas tugas pokok kelompok/organisasi, yang
                           dijabarkan dan dimanifestasikan melalui keputusan-keputusan
                           dan kebijaksanaan-kebijaksanaan pemimpin.


                 Berdasarkan kedua dimensi itu, selanjutnya secara operasional dapat
                 dibahagikan kepada lima fungsi asas kepimpinan. Lima fungsi
                 kepimpinan tersebut adalah :
                      Fungsi Instruktif
                     Pemimpin sebagai pengambil keputusan berfungsi memerintahkan
                     pelaksanaannya pada orang-orang yang dipimpin. Pemimpin
                     sebagai komunikator merupakan pihak yang menentukan apa (isi
                     perintah), bagaimana (cara mengerjakan perintah), bila (waktu
                     memulai, melaksanakan dan melaporkan hasilnya), dan dimana
                     (tempat mengerjakan perintah) agar keputusan dapat diwujudkan
                     secara efektif.


                      Fungsi Konsultatif
                     Pemimpin kerapkali memerlukan bahan pertimbangan yang
                     mengharuskannya             berkonsultasi    dengan   orang-orang   yang
                     dipimpinnya. Konsultasi dapat pula dilakukan melalui arus
                     sebaliknya, yakni dari orang-orang yang dipimpin kepada
                     pemimpin yang menetapkan keputusan dan memerintahkan
                     pelaksanannya. Hal ini berarti fungsi ini berlangsung dan bersifat
                     komunikasi dua arah, meskipun pelaksanaannya sangat tergantung
                     pada pihak pemimpin.


                      Fungsi Partisipasi
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                      Fungsi ini bererti kesediaan pemimpin untuk tidak berlepas tangan
                      pada saat-saat orang yang dipimpin melaksanakan keputusannya.
                      Pemimpin tidak boleh sekedar mampu membuat keputusan dan
                      memerintahkan pelaksanaannya, tetapi juga ikut dalam proses
                      pelaksanaannya, dalam batas-batas tidak menyimpang dan
                      mengganti petugas yang bertanggung jawab melaksanakannya.


                       Fungsi Delegasi
                      Fungsi ini mengharuskan pemimpin memilih tugas pokok
                      organisasinya dan menilai yang dapat dan tidak dapat untuk
                      diberikan kepada orang-orang yang dipercayainya. Fungsi delegasi
                      pada dasarnya bererti kepercayaan. Pemimpin harus bersedia dan
                      dan     dapat       mempercayai             orang    lain    sesuai   dengan
                      jawatan/jabatannya.


                       Fungsi Pengendalian
                      Pemimpin mampu mengatur aktiviti anggotanya secara terarah dan
                      dalam      koordinasi        yang      efektif,   sehingga   memungkinkan
                      tercapainya tujuan bersama secara maksimum.


               b.ii      Gaya kepimpinan
                      Pandangan kedua tentang perilaku kepimpinan ini memusatkan
                      pada gaya kepimpinan dalam hubungannya dengan bawahan.
                      Menurut Nasution (2004) Gaya kepimpinan adalah suatu cara yang
                      digunakan pemimpin dalam berinteraksi dengan bawahannya.
                      Gaya kepimpinan ini pada gilirannya merupakan dasar dalam
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                     mengklasifikasikan            jenis     kepemimpinan.      Gaya   kepimpinan
                     memiliki tiga corak dasar, yaitu :
                      Gaya kepimpinan yang mementingkan pelaksanaan tugas secara
                         efektif dan efesien, agar mampu mewujudkan tujuan secara
                         maksimal.
                      Gaya kepimpinan yang mementingkan pelaksanaan hubungan
                         kerja sama.
                      Gaya kepimpinan yang mementingkan hasil yang dapat dicapai
                         dalam rangka mewujudkan tujuan organisasi. Disini pemimpin
                         menaruh perhatian yang besar dan memiliki keinginan yang
                         kuat, agar setiap anggota berprestasi sebesar-besarnya.


                     Ketiga corak dasar perilaku kepimpinan dalam praktik tidak terjadi
                     terpisah-pisah.          Pemisahan           sebagaimana    tersebut   diatas
                     dimaksudkan sebagai uraian teoritis, yang akan membawakan
                     kepada kategori kepimpinan menjadi lima kategori asas dalam
                     kepimpinan. Kepimpinan yang efektif tidak mungkin wujud
                     dengan mengunakan salah satu jenis kepimpinan secara murni.
                     Arifin (2005) kelima jenis kepimpinan tersebut adalah :
                      Kepimpinan Autokratik
                     Kepimpinan ini menempatkan kekuasaan di tangan satu orang atau
                     sekelompok kecil orang yang diantara mereka tetap ada seseorang
                     yang paling berkuasa. Pemimpin bertindak sebagai penguasa
                     tunggal. Kedudukan bawahan semata-mata sebagai pelaksana
                     keputusan, perintah dan bahkan kehendak pemimpin. Pemimpin
                     memandang dirinya lebih dalam segala hal, dibandingkan dengan
                     bawahannya. Perintah pemimpin tidak boleh dibantah, kerana
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                     dipandang sebagai satu-satunya yang paling benar. Oleh karena itu
                     tidak ada pilihan lain bagi bawahan selain tunduk dan patuh di
                     bawah        kekuasaan        sang      pemimpin.   Kekuasaan     pemimpin
                     digunakan untuk menekan bawahan, dengan mengunakan tindakan
                     atau hukuman sebagai alat utama.


                      Kepimpinan Paternalistik
                     Jenis kepimpinan ini lebih mengutamakan kebersamaan. Jenis ini
                     memperlakukan semua satuan kerja yang terdapat dalam organisasi
                     dengan seadil dan serata mungkin.


                      Kepimpinan Karismatik
                     Dalam jenis ini pemimpin mempunyai kemampuan menggerakkan
                     orang lain dengan mendayagunakan keistimewaan atau kelebihan
                     peribadi yang dimiliki oleh pemimpin, sehingga menimbulkan rasa
                     hormat, segan dan patuh pada orang-orang yang dipimpinnya.
                     Adapun        keistimewaan          keperibadian    yang   umum    dimiliki
                     kepimpinan jenis ini adalah akhlak yang terpuji.


                      Kepemimpinan bebas (Laissez Faire)
                     Dalam kepimpinan ini, pemimpin berkedudukan sebagai simbol.
                     Kepimpinan dijalankan dengan memberikan kebebasan penuh pada
                     orang yang dipimpin dalam mengambil keputusan dan melakukan
                     kegiatan (berbuat) menurut kehendak dan kepentingan masing-
                     masing, baik secara perseorangan maupun berupa sekumpulan
                     kecil. Pemimpin hanya menjadikan dirinya sebagai penasehat,
                     yang dilakukan dengan memberi kesempatan untuk berkerjasama
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                     atau bertanya bagi anggota kelompok yang memerlukannya.
                     Dalam kepimpinan ini apabila tidak ada seorangpun dari anggota
                     kumpulan         atau bawahan yang                mengambil inisiatif untuk
                     menetapkan suatu keputusan maka tidak ada aktiviti/kegiatan
                     organisasi.


                      Kepimpinan Demokratik
                     Jenis kepimpinan ini menempatkan manusia sebagai faktor utama
                     dan      terpenting       dalam       setiap     kumpulan/organisasi.   Proses
                     kepimpinan diwujudkan dengan cara memberikan kesempatan
                     yang luas bagi anggota kumpulan/organisasi untuk turut serta
                     dalam setiap kegiatan. Setiap angota kumpulan tidak saja diberi
                     kesempatan           untuk       aktif,      tetapi   juga    dibantu   dalam
                     mengembangkan sikap dan kemampuannya memimpin. Keadaan
                     ini memungkinkan setiap orang siap untuk dinaikkan menduduki
                     jabatan       pemimpin         secara        berperingkat,   bilamana   terjadi
                     kekosongan jawatan.


                     Kepimpinan Demokratik adalah kepimpinan yang aktif, dinamik
                     dan terarah. Kegiatan-kegiatan pengendalian dilaksanakan secara
                     tertib dan bertanggung jawab. Pembahagian tugas yang disertai
                     arahan dan butiran tanggung jawab yang jelas membuatkan setiap
                     angoota turut serta secara aktif. Dengan kata lain setiap anggota
                     mengetahui secara pasti sumbangan yang dapat diberikan untuk
                     mencapai tujuan organisasinya.
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


Tindakan Pengetua atau Guru Penolong Kanan Untuk Memastikan
Kepimpinan Berjalan Lancar


Walau apa teori pun tidak semudah seperti yang diperkatakan oleh teori itu.
Penentu kepada kejayaan bukan hanya satu sahaja, tetapi kesemuanya adalah
berasaskan kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah (pengetua dan yang lain-nya)
dalam mengguna pakai kepimpinan yang bersesuaian, samaada untuk mengekalkan
kredibiliti prestasi pengurusan sekolah, meningkatkannya ataupun mencari punca
sesuatu masaalah dan menyelesaikannya.


Dalam hal ini maka tidak timbulah seorang pengetua yang ditafsirkan sebagai suka
mencari kesalahan. Seorang pengetua bukan ditugaskan untuk mencari kesalahan,
tetapi untuk mengubati masalah. Membimbing mereka ke arah atau hala tuju yang
betul secara klinikal Maka untuk inilah memerlukan daya kepemimpinan yang
tinggi.


Sebagai seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang
berkesan. Seorang pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan
pelajar yang berkesan. Sebagai contoh, sifat pengetua yang menekankan kepada
jenis kepemimpinan demokratik merupakan asas kepada keberkesanan seorang
pengetua. Kepimpinan demokratik disini bukanlah bersifat demokratik mutlak
namun pada tahap-tahap tertentu yang tidak provokatif kepada professionalism
seorang pentadbir sekolah. Seorang pengetua yang mengutamakan corak
kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi oleh guru. Dia
mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-orang di
bawah kumpulannya.
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari idea-idea yang
diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam
menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan sahaja dengan
guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Bagi orang-orang di
bawah kawalannya, mereka akan merasa amat gembira kalau pemimpinnya
menghargai idea mereka. Dengan ini akan lahirlah sikap mereka yang kuat dan
rajin bekerja.


Sebagai seorang pengetua yang demokratik, dia juga hendaklah mampu
mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangan di bawahnya. Dia adalah
sumber kepada mereka untuk terus membangunkan diri. Bagi pekerja-pekerja di
bawahnya, seorang pengetua hendaklah sentiasa dapat memberi dan menanamkan
minat guru-guru dan kakitangan yang lain supaya dapat menyumbangkan tenaga
dan idea dari semasa ke semasa. Dalam konteks ini, pengetua itu seharusnya
mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, sanggup menyertai sama
dalam satu kumpulan kerja.


Sebagai seorang pengetua yang mempunyai ciri-ciri demokratik, selain dari di atas
tadi, dia juga hendaklah menunjukkan sebagai seorang yang mempunyai minat
berkomunikasi          secara      terbuka,      seorang          yang   peramah   mesra.   Sentiasa
menunjukkan wajah yang disenangi oleh pengikutnya. Mempunyai komunikasi
dua hala.Tidak ada perasaan ego dan tidak menekankan kepada sifat ultra
autokratik. Pengetua sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri professional,
hendaklah menggunakan saluran demokratik itu secara terpimpin, kalau
demokratik tanpa batasan akhirnya akan lahir satu bentuk kepemimpinan yang lain
iaitu laissez-faire. Teori kepemimpinan Laissez-faire ini akan banyak memberi
kuasa otonomi kepada pekerjannya. Pengikut atau pekerjanya mempunyai ruang
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


yang amat bebas untuk membuat keputusan. Suasana sekolah akan menjadi
pincang, urusan pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai matlamat lagi.
Oleh itu pengetua atau guru penolong kanan sepatutnya cekap dan arif dalam
menerapkan sifat-sifat kepimpinan bersesuaian pada waktu dan keadaan yang
tepat.

Penutup


Sebagai penutup,kepimpinan pentadbir sekolah (pengetua, guru besar, ketua guru
atau guru penolong kanan) dalam pengurusan sebuah sekolah secara amnya
merupakan tunggak utama dalam meningkatkan prestasi organisasi pendidikan
yang di tadbir baik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, pemupukan
kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Seorang
pentadbir sekolah sepatutnya bijak dalam mengapplikasikan gaya dan fungsi
kepimpinannya bersesuaian dengan keadaan, keperluan dan
matlamat sekolahnya


Sistem pendidikan negara melalui SPN21 telah mengalami perubahan selaras
dengan perkembangan negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan
budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab pengetua juga telah
mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha
menyesuaikan gaya kepimpinan samada kepimpinan pendidikan secara amnya dan
kepimpinan pengurusan sekolah khasnya, mengikut masa dan situasi.
PERANAN KEPIMPINAN AMAT PENTING DALAM PENGURUSAN SEBUAH SEKOLAH


                                                   Rujukan

        1. Al-Qur`an.
        2. Al-Hadith An-Nabi.
        3. Abdullah Nasih Ulwan(1981), Pendidikan anak-anak dalam Islam. Pustaka Nasional,
            Singapura.
        4. Abdullah Sani Yahaya(2003), Mengurus sekolah, PTS Publications, Pahang Darul
            Makmur.
        5. Ahmad Rohani (1991), Pedoman penyelenggaraan administrasi pendidikan sekolah,
            Bumi Aksara, Jakarta.
        6. Albert H. Shuster(1977), The emerging elementary curriculum, Merrill, Ohio.
        7. Arifin(2005), Skripsi: Peranan Kepemimpinan dalam Meningkatkan Semangat Kerja
            Pegawai, Bojonegoro: STIE Cendekia Bojonegoro.

        8. Hadari Nawawi(1986), Administrasi Sekolah, Ghalia Indonesia, Jakarta.
        9. Ibrahim Mamat(2001), Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepemimpinan,
            Kumpulan Budiman, Subang Jaya.
        10. Kamarudin Hj. Kachar(1989), Strategi pentadbiran pendidikan, ASAS Teks Pub,
            Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
        11. Kamus Dewan(1989), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

        12. Nasution, M.N. (2004), Manajemen Mutu Terpadu, Bogor: Ghalia Indonesia

        13. Omardin Haji Ashaari(1999), Pengurusan sekolah suatu panduan lengkap, Utusan
            Publications, Kuala Lumpur.
        14. Stephen J. Knezevich (1984), Administration of public education, Harper & Row,
            New York.
        15. Zainal Abidin Mohamed(1999), Pengurusan strategik di sektor pendidikan,
            Universiti Putra Malaysia, Serdang.

								
To top