; FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Documents
Resources
Learning Center
Upload
Plans & pricing Sign in
Sign Out
Your Federal Quarterly Tax Payments are due April 15th Get Help Now >>

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

VIEWS: 3,640 PAGES: 6

  • pg 1
									                                    Falsafah Pendidikan Islam



                                                 Daftar Isi


          1. Pendahuluan


          2. Perbahasan


  i.   Pengertian Falsafah Pendidikan Islam


 ii.   Sumber Falsafah Pendidikan Islam


iii.   Tujuan Falsafah Pendidikan Islam


iv.    Prinsip dan Falsafah Pendidikan Islam


 v.    Fungsi Falsafah Pendidikan Islam


          3. Kesimpulan
                                  Falsafah Pendidikan Islam




  1. Pendahuluan




     Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya
     kepadanyalah kami menyembah.

                                                                    Surah al-Baqarah:Ayat 138

     Pendidikan umpama mekanisme celupan yang membentuk kesempurnaan hal ehwal
     manusia. Tiadalah pembentukan yang lebih baik kecuali pembentukan yang datang dari
     Allah. Pengamatan terhadap corak pendidikan terutama corak pendidikan dunia pada masa
     kini, ternyata setiap sistemnya di pengaruhi pelbagai falsafah falsafah nya yang
     mengutamakan celupan akal manusia semata mata. Pendidikan dan falsafah yang terbaik
     adalah berasaskan iman kepada Allah dan menolak sama sekali unsur-unsur syirik, Falsafah
     pendidikan yang tidak seimbang dasarnya, yang menolak wahyu dan fitrah kepada iman
     akan hanya mencacatkan martabat manusia.

  2. Perbincangan

i.   Pengertian Falsafah Pendidikan Islam

     Pengertian Falsafah Pendidikan Islam berasal dari tiga perkataan yang mempunyai makna
     tersendiri dan di rangkaikan untuk menjadi satu terminologi yang menyeluruh untuk
     dijadikan sandaran utama pembentukan dan hala tuju pendidikan yang mempunyai nafas
     Islami.

     Dari segi bahasa Falsafah boleh diertikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang
     dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

     Pendidikan adalah usaha berterusan dan tersusun untuk mewujudkan suasana belajar dan
     proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk
                                     Falsafah Pendidikan Islam



       memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak
       mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat.

       Islam bererti beriman dengan wahyu Allah yang di sampaikan Malaikat Jibril kepada Nabi
       Muhammad. Beriman yang meliputi perihal penerimaan dari dan tunduk kepada Allah, dan
       penganutnya membuktikannya dengan menyembah-Nya, menuruti perintah-Nya, dan
       menghindari syirik.. Daripada tiga rangkaian perkataan di atas dapatlah di ertikan bahawa
       Falsafah Pendidikan Islam ialah suatu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu,
       membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As
       Sunnah sepanjang hayat.

 ii.   Tujuan Falsafah Pendidikan Islam

       Pendidikan Islam terhadap manusia menitikberatkan kemantapan rohani sebagai asas utama
       agar menyedari bahawa tugas utama manusia adalah i`tiraf bahawa dirinya adalah hamba
       Allah dan khalifah di muka bumi. Untuk mencapai tahap i`tiraf itu hala tuju dan natijah
       Falsafah Pendidikan Islam mestilah menghasilkan muslim yang beriman, berilmu, taqwa
       berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan Al Quran dan As Sunnah.

iii.   Sumber Falsafah Pendidikan Islam

       Bagi melahirkan manusia,khasnya pendidik dan ahli didiknya yang sempurna sifat
       kemanusiaan dan hal ehwal kehidupan duniawi dan ukhrawi yang bersandarkan Islam, asas
       dan rujukan utama yang menjadi landasan bagi usaha berterusan ini hendaklah kembali
       kepada dua sumber berikut :

          a. Sumber Wahyu (Al Qur`an dan As Sunnah)

          b. Sumber Aqli (Ijma, Qiyas dan Ijtihad)

iv.    Prinsip Falsafah Pendidikan Islam

       Islam agama yang bersifat syumul ajaran-ajarannya terhadap seluruh aspek kehidupan
       manusia. Semua ajaran-ajaran dalam agama Islam menjurus kepada tiga dasar utama iaitu:
                                   Falsafah Pendidikan Islam



     Beriman, Beramal dan Berakhlak. Menurut Dra Zuhairini urutan keutamaan pendidikan
     Islam berkisar pada tiga perkara:

         a. Pendidikan Keimanan kepada Allah Ta`la

         b. Pendidikan Akhlaqul Karimah

         c. Pendidikan Ibadah

v.   Fungsi Falsafah Pendidikan Islam

 Prof. Mohammad Athiyah Al Abrosyi dalam kajiannya tentang Pendidikan Islam telah
 memberi kesimpulan 5 tujuan yang asasi bagi pendidikan Islam yang diuraikan dalam “ At
 Tarbiyah Al Islamiyah Wa Falsafatuha “ yaitu :

     a. Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia. Islam menetapkan bahwa
        pendidikan akhlak adalah jiwa pendidikan Islam.

     b. Persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Pendidikan Islam tidak hanya
        menaruh perhatian pada segi keagamaan saja dan tidak hanya dari segi keduniaan saja,
        tetapi dia menaruh perhatian kepada keduanya sekaligus.

     c. Menumbuhkan ruh ilmiah pada pelajaran dan memuaskan untuk mengetahui dan
        memungkinkan ia mengkaji ilmu bukan sekadar sebagai ilmu. Dan juga agar
        menumbuhkan minat pada sains, sastra, kesenian, dalam berbagai jenisnya.

     d. Menyiapkan pelajar dari segi profesional, teknikal, dan perusahaan supaya ia dapat
        menguasai profesion tertentu, teknikal tertentu dan perusahaan tertentu, supaya dapat
        ia mencari rezeki dalam hidup dengan mulia di samping memelihara dari segi
        kerohanian dan keagamaan.

     e. Persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan segi-segi kemanfaatan. Pendidikan
        Islam tidaklah semuanya bersifat agama atau akhlak, atau spiritual semata-mata, tetapi
        menaruh perhatian pada segi-segi kemanfaatan pada tujuan-tujuan, kurikulum, dan
                                Falsafah Pendidikan Islam



     aktivitinya. Tidak lah tercapai kesempurnaan manusia tanpa mensepadukann antara
     agama dan ilmu pengetahuan.

3. Kesimpulan

   Kesimpulannya Falsafah Pendidikan Islam adalah pendidikan yang mengambil berat akan
   keperluan keperluan manusia baik di dunia dan di akhirat. Falsafah Pendidikan Islam
   tidak dapat tidak mesti dilaksanakan secara berterusan, dalam erti kata lain pengajaran
   serta Pendidikan Islam harus bermula daripada “buaian hingga ke liang lahad”. Oleh
   kerana pendidikan begitu penting sekali hingga mencorakan seluruh aspek kehidupan
   manusia dan makhluk-makhluk disekelilingnya maka Pendidikan Islam dan falsafahnya
   wajar sekali diasaskan kepada roh Islami agar mencapai matlamat ridha Allah terhadap
   manusia supaya memperakui dan menghayati bahawa dirinya adalah hamba Allah dan
   khalifah yang di pertanggungjawabkan memakmurkan alam.

                              Cita-cita saya terhadap anak saya

    Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
        kami sebagai penyenang hati kami (Solihin dan Solihah), dan jadikanlah kami
                imam(dalam barisan hadapan) bagi orang-orang yang bertakwa.

                                           Amiin.
                             Falsafah Pendidikan Islam



Rujukan

   1. Al-Qur`an

   2. Al-Hadith

   3. Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep &
      Applikasi,PPKUPUSB, Bandar Seri Begawan, cet 1, 2008

   4. Ghazali Darussalam, Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan Publication & Dist, cet
      1, 2004.

   5. Mohd Yusuf Ahmad, Falsafah & Sejarah Pendidikan Islam, Utusan Publication
      & Dist, cet 1, 2004.

   6. Zuhairini dkk Dra, Filsafat Pendidikan Islam, Bumi Aksara, Jakarta, cet 1, 1992.

								
To top