BAB 13 - Slide 1

					BAB 13: PERLETAKAN HARGA
BAB 13: PENENTUAN HARGA

13.1   PENGENALAN & KONSEP HARGA
       a) Definisi Harga
       b) Konsep Harga
13.2   OBJEKTIF PENENTUAN HARGA
       a) Kemandirian (survival)
       b) Memaksimumkan Keuntungan
       c) Menguasai Syer Pasaran
       d) Kepimpinan Kualiti
       e) Pulangan Pelaburan

13.3   FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUI PENENTUAN HARGA
       a) Pengguna
       b) Kos
       c) Dasar Kerajaan
       d) Saluran Pengedaran
       e) Persaingan
       f) Objektif Syarikat
       g) Ciri-ciri produk
       h) Permintaan dan Penawaran
13.4   KAEDAH-KAEDAH PENENTUAN HARGA
       a) Penentuan Harga Berdasarkan Kos
           • Harga Tokokan Kos
           • Harga Titik Pulang Modal
       b) Penentuan Harga Berasaskan Nilai

       c) Kaedah Harga Berasaskan Persaingan
            • Harga Setara
            • Harga Pembidaan Kompetitif (competitive bidding)


13.5   STRATEGI PENENTUAN HARGA
       a) Harga Produk Baru
           • Harga tarahan
           • Harga Penembusan

       b) Harga Psikologi
           • Harga genap
           • Harga ganjil
       c) Harga Profesional
       d) Harga Diskaun
              OBJEKTIF
• Memahami definisi harga dan konsep
  harga
• Memahami Objektif penentuan harga
• Mengaplikasi faktor-faktor mempengaruhi
  penentuan harga
• Menganalisis kaedah penentuan harga
• Mengaplikasi strategi penentuan harga
    13.1 PENGENALAN DAN KONSEP HARGA




a) Definisi Harga
                          b) Konsep Harga
                       BAB 13: PENENTUAN HARGA

13.1   Pengenalan & Konsep Harga

       a)     Definisi Harga
              -         Sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu
                        barangan @ perkhidmatan yang diberikan
                                                                        Kotler

              -       Harga adalah nilai yang dibayar oleh pembeli
                      sebagai pertukaran untuk mendapatkan produk @
                      perkhidmatan yang dijual dalam urusniaga
                      pasaran.
              -       Cth: beli pakaian, sewa rumah, bayaran yuran

       b)     Konsep Harga
              -       Konsep harga meliputi 3 elemen utama:

              i.         Nilai Pertukaran
              Nilai pertukaran diperlukan sebelum berlakunya proses
              pertukaran. Melalui nilai pertukaran pembeli dapat mengetahui
              nilai apa yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu
              barangan.
              Cth: 10 ekor ikan ditukar dengan seekor ayam.
ii.    Menggambarkan Kepuasan
       Harga melambangkan prestij dikalangan pengguna
        dalam pasaran sasar tertentu akan memberikan
        kepuasan kepada mereka.
       Ini kerana pengguna percaya harga yang mahal
        melambangkan kualiti dan mutu yang tingi.
       Cth: Barangan berjenama seperti Rolex dan Christian
        Dior.



iii. Menunjukkan Hasil/Untung
      Harga sebagai asas untuk kira hasil @ untung. Tanpa
       harga, sukar untuk tentukan untung.
      Dalam disiplin perakaunan nilai wang penting
       sebelum membuat sebarang pengiraan hasil atau
       untung.
                    Memaksimumkan
                      Keuntungan
                                          Menguasai Syer
Kemandirian                                  Pasaran




              13.2 Objektif Penentuan Harga




          Kepimpinan                  Pulangan
            Kualiti                   Pelaburan
13.2 OBJEKTIF PENENTUAN HARGA.
  Kemandirian ( Survival )/Tumpuan untuk terus beroperasi.
         Jika persaingan yang dihadapi oleh syarikat adalah hebat dan
        pengguna sentiasa berubah kehendak dan citarasa mereka, jadi
        objektif syarikat bukan lagi untuk keuntungan tetapi untuk terus
        beroperasi/survive.
         Syarikat akan tawarkan harga produk pada paras yang rendah.
         Tujuan untuk mendapat perolehan pasaran.
         Objektif ini berbentuk jangka pendek.
         Meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing supaya
        dapat menampung kos operasi dan syarikat boleh beroperasi
  Memaksimumkan Keuntungan
         Harga yang diputuskan haruslah dapat memaksimumkan
        keuntungan.
        Biasanya diletakkan pada harga yang tinggi
         Caranya dengan membuat anggaran terhadap permintaan dan
        kos bagi harga yang berbeza terhadap barangan dan
        perkhidmatan.
         Cth, barangan istimewa, barangan baru
 Menguasai Syer Pasaran

   - Jualan yang tinggi membolehkan syarikat menguasai syer
       pasaran.
       - Strategi ini digunakan oleh firma dengan meletakkan
       harga yang rendah untuk mendapatkan syer pasaran yang
       tinggi.
        Cth: Jumlah jualan kereta 1997 di Malaysia 80 % adalah
       kereta Proton. Ini menunjukkan Proton mempunyai 80 %
       syer pasaran kereta di Malaysia.

 Kepimpinan Kualiti

          Kebanyakan syarikat ingin memasarkan barangan yang
           paling berkualiti di pasaran.
          Syarikat meletakkan harga yang tinggi
          Syarikat mengenakan harga yang tinggi untuk meliputi
           kualiti prestasi yang tinggi dan kos R&D yang tinggi
          Biasanya mempunyai sasaran pasarannya yang
           tersendiri
          Cth, kereta Ferrari, jam Rolex dll.
   Pulangan Pelaburan
       Pulangan (btk %) kepada pelabur daripada jumlah wang
      yang dilabur dalam sesuatu perniagaan.
      Syarikat perlu meletakkan harga dengan mengambilkira
      usaha untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan
      pelaburan yang diharapkan.
       Cth: Suzana melabur RM20,000 dalam perniagaan kain.
      Beliau telah menetapkan 20 % daripada jumlah pelaburan
      tadi pada akhir tempoh perakaunan.
13.3   FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENENTUAN HARGA.


       a) Pengguna
               Dalam pasaran, terdapat 3 golongan pengguna iaitu
                golongan atasan, pertengahan dan bawahan.
               Pengeluar perlu menyesuaikan harga berasaskan kepada
                3 golongan pengguna tersebut


       b) Kos
               Sesebuah syarikat itu perlu menutup kosnya sebelum
                memikirkan tentang memperolehi keuntungan
               Kos pengeluaran seperti bahan mentah, buruh, sewa dll akan
                menentukan harga sesuatu produk.
               Kebanyakan syarikat cuba menjadi pengeluar berkos rendah.
c) Dasar Kerajaan
      Kerajaan boleh mempengaruhi penetapan harga melalui
       dasar, akta dan peraturan tertentu dalam negara
      Sesetengah barangan berada di bawah barangan kawalan
       dan harga ditentukan oleh kerajaan.
      Cth: Petrol, gula, beras, simen dan lain-lain

d) Saluran Pengedaran
      Orang tengah yang terlibat di dalam pemasaran barangan
       seperti agen, pemborong dan peruncit.
      Jenis barangan boleh mempengaruhi saluran pengedaran
       yang dipilih dan dimasa yang sama boleh mempengaruhi
       harga barangan tersebut
e) Persaingan
    – Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga
      bergantung kepada harga yang ditawarkan pesaing
      serta kemungkinan tindakbalas pesaing terhadap
      penentuan harga yang dilakukan oleh syarikat.
    – Produk syarikat yang mempunyai kualiti yang sama
      dengan produk pesaing, harga yang diletakkan lebih
      kurang sama.
    – Jika produk syarikat mempunya kualiti yang lebih baik,
      syarikat mempunyai kelebihan untuk meletakkan harga
      yang tinggi setanding dengan kualitinya
f) Objektif Syarikat
 Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif perniagaan yang
tertentu.
 Sekiranya objektif syarikat ingin menguasai syer pasaran, harga
yang murah perlu diletakkan.
 Sekiranya objektif syarikat untuk mendapatkan keuntungan,
harga yang lebih tinggi perlu diletakkan.
 Boleh juga bergantung kepada Kitaran Hayat Produk

g) Ciri-Ciri Produk
 Merujuk kepada produk mudah beli, beli belah atau istimewa.
 Produk mudah beli biasanya harga yang rendah.
 Produk istimewa, harga yang lebih tinggi.
 Selain itu, ciri-ciri pada produk seperti kualiti, ketahanan,
   pembungkusan, kitaran hayat produk dll.
h)   Permintaan dan Penawaran
      Kedua-dua pembeli iaitu pengguna dan industri
       menseimbangkan harga produk dengan faedah yang
       diperolehi dengan memilikinya.
      Peletakkan harga bergantung kepada jenis pasaran.
      Cth, Persaingan sempurna – harga ditentukan pasaran.
             Pasaran monopoli – penjual menentukan harga
Penentuan Harga                              Penentuan Harga
 Berdasarkan Kos                             Berasaskan Nilai




                    13.4 Kaedah-kaedah
                         Penentuan Harga




                   Kaedah Harga Berasaskan
                          Persaingan
13.4   KAEDAH PENENTUAN HARGA
a) Penentuan Harga Berasaskan Kos (cost – plus pricing)
        Terdapat dua kaedah penentuan harga di bawah pendekatan ini:
       i) Penentuan harga tokokan kos
       -Kaedah ini melibatkan penambahan mark up piawai kepada kos
       sesuatu produk.
       -Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah margin
       keuntungan yang dikehendaki ke atas kos pengeluaran produk
       tersebut.
       - Formula untuk mengira harga mark up:
       Hg Mark-up = Kos Seunit /1–pulangan yang diinginkan dari jualan


              Formula untuk mengira kos seunit:
               Kos seunit = Kos berubah + kos tetap
                                Jualan (unit)
Contoh Pengiraan:
 Dalam pengeluaran komputer, kos-kos terlibat seperti berikut:

Kos berubah              = RM15.00
Kos tetap                = RM 300 000
Jumlah jualan dijangka   = 200 000 unit

 Jika pengeluar komputer ingin menikmati tokokan kos ke atas
jualan sebanyak 40%
 i) kirakan harga tokokan pengeluar tersebut.
ii) Berapakah untung yang diperolehi daripada setiap unit
komputer.

Jawapan:
Kos seunit = kos berubah + (kos tetap/jumlah jualan)
            = RM15.00 + (RM 300 000/200 000 )
           = RM 16.50

Harga Tokokan = RM 16.50/(1 – 0.4)
                  = RM 27.50
            ii) Perletakan Harga Berdasarkan Titik Pulang Modal.
             Firma menggunakan kaedah ini untuk menetapkan harga
               yang membolehkan firma tersebut mendapat pulang modal.
             TPM ialah jumlah hasil yang menyamai jumlah kos yang
               dibelanjakan     (Jumlah Hasil = Jumlah Kos).
             Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti jumlah dd /
               jualan yang diperlukan pada sesuatu titik harga untuk
               mencapai TPM.


                                     TPM =       Kos Tetap
                                             Harga – Kos Berubah

Hasil/Kos             JH
                           JK
                                Untung sasaran
                TPM

                            KT



                            Ktt / volum jualan
b) Penentuan Harga Berasaskan Nilai

 Menggunakan persepsi nilai pengguna dan bukannya kos penjual
  sebagai kunci kepada penentuan harga.
 Syarikat akan menetapkan harga keluaran yang diinginkan
  berdasarkan persepsi pembeli terhadap nilai keluaran tersebut.
 Contohnya harga ‘ steak’ lebih murah dijual oleh penjaja
  berbanding dengan hotel kerana persepsi nilainya mengambil kira
  persekitaran dan suasana hotel.
c. Penentuan Harga Berasaskan Persaingan.
       i) Harga Setara
        Syarikat boleh meletakkan harga yang sama, lebih
       tinggi atau kurang daripada harga pesaing utama.
        Bagi syarikat bersaiz kecil mereka akan mengikut
       harga yang ditetapkan oleh pemimpin pasaran.
        Strategi ini sesuai digunakan untuk mengelakkan
       peperangan harga yang boleh mengelirukan pengguna.

       ii) Harga Pembidaan Kompetitif (competitive bidding)
        Harga yang diletakkan untuk bersaing dengan
       pesaing-pesaing lain dalam industri yang sama.
        Firma meletakkan harga berdasarkan bagaimana ia
       fikirkan pesaing-pesaing akan meletakkan harga dan
       bukan berasaskan kos mereka atau permintaan
        Biasanya, dalam proses pembelian dan jualan secara
       tender
        Harga diletakkan lebih rendah dari pesaing tetapi
       tidak melebihi dibawah paras kos syarikat.
                                     Harga Psikologi
Harga Produk Baru




               13.5 Strategi Penentuan
                        Harga



                                         Harga Diskaun
Harga Profesional
13.5   STRATEGI PENENTUAN HARGA
       a) Harga Produk Baru
         i) Harga Tarahan
           Strategi ini meletakkan harga pengenalan pada harga yang
          tinggi.
          Meletakkan harga yang tinggi dan kemudian akan menarah
          (menurunkan) sedikit demi sedikit. Ianya sesuai bagi produk
          tertentu sahaja seperti imej dan kualiti, dan kos pengeluaran
          yg. tidak terlalu tinggi supaya bila harga diturunkan syarikat
          masih lagi untung.
           Tujuan:
              • Untuk menarik pembeli yang mementingkan kualiti
              bukannya harga.
              •Kaedah ini dgunakan untuk menyatakan prestij + kualiti
              sesuatu produk.
              •Cth:Komputer, Telefon Bimbit dan sebagainya
• ii) Harga Penembusan
     – Strategi meletakkan harga permulaan pada tingkat
       harga yang rendah untuk menembusi pasaran yang
       lebih luas .
     – Membina syer pasaran yang besar dan membentuk
       kesetiaan pengguna terhadap jenama baru.
b) Harga Psikologi
Penentuan harga yang bertujuan mempengaruhi emosi pembeli.

  i) Harga Genap
        - Digunakan untuk memberikan imej yang ekslusif kepada produk.
        - Pengguna mungkin akan membuat anggapan sepasang baju
        yang berharga RM100.00 adalah lebih mahal & berkualiti jika
        dibandingkan dengan harga sepasang baju RM99.90.

 ii) Harga Ganjil
        - Harga yang diakhiri dengan nombor ganjil dan menunjukkan
        produk itu lebih murah
        - Pembeli akan membuat tanggapan harga ganjil baju RM99.90
        lebih murah jika dibandingkan dengan harga genap iaitu
        RM100.00.
c. Harga Profesional
       - Harga untuk perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh
       golongan profesional.
       - Berdasarkan kepakaran mereka.
       - Cth: Peguam, doktor, akauntan dll.

d. Harga Diskaun
      - Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.
      - Mengurangkan harga untuk memberi ganjaran kepada respon
      pelanggan seperti pembayaran awal atau mempromosikan produk
      - Diskaun terdiri daripada
           i) Diskaun tunai: Pengurangan harga bagi produk, jualan
           penghabisan stok dan pembukaan kedai baru.
           ii) Diskaun musim: Pengurangan harga mengikut musim
                 a. Produk diluar musim – Cth, hotel
                 b. Produk pada musim – Cth, baju sekolah
           iii) Diskaun kuantiti: Diskaun harga jika pembelian dalam
           kuantiti yang besar.
           iv) Diskaun fungsi: Pengurangan harga yang ditawarkan
           kepada saluran seperti peruncit @ pemborong.

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:740
posted:5/15/2010
language:Malay
pages:27