Docstoc

APA ITU PROGRAM LINUS

Document Sample
APA ITU PROGRAM LINUS Powered By Docstoc
					APA ITU PROGRAM LINUS ?

Posted by shaiful fairuz
          Kalau anda ingin tahun LINUS adalah hampir sama dengan KIA
2M. Linus ialah Saringan Literasi dan Numerasi ( Literacy and Numeracy
Screening ) iaitu satu program pemulihan untuk memastikan murid sekolah
rendah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi di akhir 3 tahun
persekolahan pendidikan rendah. Murid-murid yang menghadapi masalah
membaca, menulis dan mengira iaitu 3M akan menjalani program ini.
             Bertempat di Pulau Langkawi, guru-guru Bahasa Melayu
seluruh Perlis telah berhimpun untuk mendengar taklimat dan membuat
bengkel tentang program LINUS ini. Berbagai aktiviti telah diperkenalkan
dalam memastikan program ini berjalan lancar pada bulan Mac nanti.



Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di
seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010
dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas
tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian
daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012.
Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik
diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010.
Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di
seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing. Bagi guru-guru negeri Kelantan, kursus
akan dilaksanakan mengikut PPD masing-masing sebagaimana tarikh dan tempat yang telah
ditetapkan. Bagi semua guru Bahasa Melayu dan Matematik yang mengajar di tahun 1, jadual
kursus boleh dirujuk sebagaimana lampiran Jadual Kursus berikut:



   (a)         Apakah sebenarnya Program LINUS yang sering diwar-warkan kini?

                 Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
                 Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa
                 semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi
                 selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

         (b)      Apakah Definisi Literasi dan Numerasi ?

                 Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan,
                 ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan
                 tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
               Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik
               serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan
               serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

       (c)      Bilakah program ini akan dilaksanakan ?

               Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan
               murid-murid di tahun 1 yang akan discreen melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2
               (Jun) dan Saringan 3 (September).



Definisi Literasi
Definisi asas literasi ialah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal
dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian .

Objektif
Objektif Program Literasi adalah memastikan pada akhir program Pencapaian Literasi , murid dapat :
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dan perkataan yang
berimbuhan awalan dan akhiran
iii.Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk yang mudah dengan
menggunakan kata hubung “dan'

Pendekatan

Program LINUS menggunakan pendekatan belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan
menyeluruh. Murid belajar mengenai huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat dan
Memperkenalkan huruf secara berperingkat-peringkat melalui kemahiran menulis,guru terus mula
mengajar membaca melalui kaedah gabungan bunyi dengan Fonetik suku kata tanpa mengajar huruf a-z.
Murid mengenali huruf dalam kemahiran menulis .

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:6888
posted:5/14/2010
language:Malay
pages:2