MINITPIBGSKS1
Document Sample


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL ( 1 )
KALI KE - 32
TARIKH : 6 MAC 2010
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SRI PERDANA, SK SENTUL (1)
KEHADIRAN : 114 ORANG
JAWATANKUASA INDUK:
Yang Dipertua : Encik Mohd Ritzaudeen Mohd Tahir
Naib Yang Dipertua : Encik Jamiri Haji Sainan
Setiausaha : Puan Zeatie Haney Yusuf
Naib Setiausaha : Cik Juraliana Arbain
Bendahari : Puan Juariah Ibrahim
Naib Bendahari : Puan Arvinder Kaur A/P Gorchan Singh
AJK Guru : Encik Hadi Hasan
: Encik Zuhaimi Omar
: Puan Zainon Mohamad
: Cik Nor Hasimah Ramelan
AJK Ibu Bapa : Encik Abul Kassim Haji Abdul Kader
: Encik Syed Esa Syed Ahmad
: Encik Che Long Hamid
: Encik Vijaya Raghavan
: Puan Siti Rafidah Mohd Hanif
: Puan Nora Kamarudzaman
Juruaudit Dalaman
Ibu Bapa : Encik Asit Gandhi
Guru : Puan Rohani Abdullah
TURUT HADIR:
Guru Besar SK Sentul (1) / Ex-Officio PIBG : Puan Chan Bee Tin
Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum : Puan Puziah Abdul Rahman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Encik Pentayah A/LMalaidu Adar
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum : Encik Alias Mispan
AGENDA-AGENDA :
1- Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis
2- Bacaan Doa
3- Ucapan Penasihat PIBG SK. Sentul ( 1 )
4- Ucapan Yang Dipertua PIBG SK. Sentul ( 1 )
5- Ucapan Perasmian Oleh En. Ng Lip Yong, Timbalan Menteri Perdagangan
6- Menerima Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30
7- Membentangkan Dan Menerima Laporan Tahunan 2007
8- Pembentangan Dan Menerima Penyata Kewangan
Yang Berakhir 31 Disember 2007
9- Pembubaran Jawatankuasa PIBG Kali Ke-29
10- Pembentangan Usul
11- Pemilihan Jawatankuasa PIBG Bagi Sesi 2008/2009
12- Ucapan Penangguhan
BIL. AGENDA CATATAN
1. UCAPAN ALU- ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Selaku pengerusi majlis, En. Mohd. Azrul dan Puan Ziti
Natrah Masran mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan,
AJK PIBG, semua ibu bapa dan juga guru ke Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-32 bagi tahun 2010.
1.2 Beliau turut menyatakan rasa terima kasih di atas komitmen
yang ditunjukkan ibu bapa terhadap pembelajaran anak
masing-masing dengan menghadirkan diri ke mesyuarat ini.
2. BACAAN DOA
2.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin
oleh Ustaz Mohd. Azizul Bin Azman.
3. UCAPAN PENASIHAT PIBG SK. SENTUL ( 1 ) Makluman
3.1 Pn. Chan Bee Tin selaku Guru Besar merangkap Penasihat
PIBG SK. Sentul ( 1 ) merakamkan ucapan setingi-tinggi
jutaan terima kasih di atas kesudian Puan Siti Halimah
Binti Syed Nordin (Ketua Unit Perhubungan dan
Pendaftaran Sekolah JPWPKL) untuk hadir bagi
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 32 pada
tahun ini.
3.2 Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih di atas kehadiran YDP, NYDP, AJK
PIBG, para guru dan para ibu bapa di Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke- 32 pada tahun ini.
3.3 Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih di atas kehadiran para ibu bapa ke
Temasya Sukan Sekolah SK Sentul (1) yang telah diadakan
pada 27 Februari 2010 yang lalu.
3.4 Beliau memaklumkan bahawa peranan PIBG sebagai salah
satu penyumbang utama sumber kewangan kepada pihak
sekolah adalah satu yang tidak dapat dinafikan kerana
melalui sumbangan kewangan tersebut ianya telah banyak
membantu pihak sekolah melaksanakan segala program
yang dirancang dengan jayanya.
3.5 Beliau menarik perhatian hadirin mengenai semangat
kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan PIBG
melalui Program Pemuafakatan amat bernilai bagi
memastikan Visi dan Misi sekolah tercapai demi kejayaan
dan kecemerlangan anak-anak.
3.6 Beliau juga meyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa
bersikap positif dalam mendengar segala aduan, rungutan,
rintihan, ketidakpuasan hati, pandangan yang diajukan oleh
ibu bapa yang berkaitan dengan pelajar dan sekolah demi
kejayaan pendidikan anak-anak.
3.7 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
mengadakan serta merancang pelbagai aktiviti yang
bertujuan memantapkan pencapaian sekolah terutamanya
dalam bidang akademik. Di antaranya ialah :
3.5.1 Perlaksanaan Kelas NADI untuk murid-murid tahun
6 telah dilaksanakan
3.2.2 Kelas tambahan bagi pelajar tahun 5 akan
dilaksanakan pada cuti persekolahan penggal
pertama bulan Mac 2010
3.8 Sebagai mengakhiri ucapan beliau, beliau sekali lagi
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Siti
Halimah Binti Syed Nordin (Ketua Unit Perhubungan dan
Pendaftaran Sekolah JPWPKL) di atas kesudian beliau
untuk hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke- 32 pada tahun ini.
4. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SK. SENTUL ( 1 ) Makluman
4.1 Yang Dipertua PIBG SK. Sentul ( 1 ), En. Mohd. Ritzaudeen
Mohd Tahir merakamkan jutaan terima kasih dan bersyukur
kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk memberikan
ucapan terakhir sebagai YDP di Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke- 32 ini.
4.2 Beliau juga mengambil kesempatan ini mengalu-alukan
kehadiran tetamu jemputan, guru besar, guru-guru penolong
kanan, para guru dan para ibu bapa kerana memberi
sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di
sekolah.
4.3 Beliau turut berkongsi pengalaman sepanjang menjadi YDP
iaitu banyak pencapaian yang diperoleh oleh pihak sekolah
sama ada dalam bidang ko-kurikulum dan kurikulum.
Sebagai contoh, pencapaian 5A dalam UPSR iaitu tahun
2006 seramai 19 orang, diikuti 25 orang pada 2007, tahun
2008 pula seramai 26 orang dan 2009 seramai 15 orang
dengan peningkatan peratus kelulusan.
4.4 Beliau amat berharap agar AJK PIBG yang dilantik nanti
akan berusaha dan memberi kerjasama serta komitmen yang
tinggi untuk meningkatkan pencapaian UPSR. Selain itu, di
bidang ko-kurikulum terdapat murid yang berjaya mewakili
Wilayah Persekutuan dalam bola jaring, bola baling dan
lompat tinggi.
4.5 Beliau turut menekankan bahawa PIBG berperanan untuk
menjalinkan pemuafakatan denagan sekolah-sekolah
berdekatan dengan mengadakan solat hajat perdana dan
program kecemerlangan UPSR. Dengan sumbangan ibubapa
juga, segala aktiviti di sekolah dapat dijalankan dan
dilaksanakan. Namun, masih terdapat sebilangan kecil
ibubapa yang belum menjelaskan sumbangan kepada
sekolah.
4.6 Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar supaya menjaga
tatasusila berpakaian iaitu pakaian yang sopan ketika berada
di kawasan sekolah.
4.7 YDP mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, Puan
Chan Bee Tin kerana telah mengambil inisiatif awal untuk
menyelesaikan segala permasalahan yang di ajukan oleh ibu
bapa.
4.8 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua warga
SK Sentul (1) di atas kerjasama yang diberikan sepanjang
khidmat beliau menjadi YDP PIBG.
5. UCAPAN PERASMIAN OLEH PUAN SITI HALIMAH Makluman
SYED NORDIN
5.1 Puan Siti Halimah mengucapkan terima kasih dan
melahirkan rasa syukur kerana dijemput untuk merasmikan
mesyuarat agung PIBG kali ke 32 di SK Sentul (1). Beliau
juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat
hadir bersama-sama dalam mesyuarat kali ini. Ucapan
tahniah dan terima kasih buat semua ibu bapa yang hadir
kerana membuktikan komitmen mereka terhadap
kecemerlangan pendidikan anak-anak. Majlis yang
seumpama ini memberi banyak manfaat buat ibu bapa dan
mampu mengurangkan salah faham terhadap pihak sekolah.
5.2. Seterusnya, beliau menyatakan bahawa PIBG merupakan
persatuan sukarela bagi membantu sekolah untuk mencapai
kecemerlangan. Antara peranan PIBG ialah:
(i) Membantu menambahkan sumber kewangan persatuan
selain daripada kutipan/sumbangan yang telah di
tetapkan,
(ii) Meningkatkan kemesraan dan menjadi penghubung
dengan masyarakat setempat,
(iii) Meningkatkan keceriaan premis sekolah,
(iv) Melahirkan generasi berkualiti di masa hadapan.
5.3. Beliau berharap agar ibu bapa memberi kerjasama dan
kepercayaan kepada pihak sekolah serta bersama-sama
menggembeleng tenaga untuk pendidikan dan
kecemerlangan anak-anak.
5.4. Beliau juga meyarankan para ibu bapa agar memberi
sepenuh perhatian dan mengawasi tingkah laku serta gerak
geri anak-anak kerana masalah sosial yang berlaku pada
masa kini.
5.5 Selain itu, beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah
mengadakan sehari bersama guru bagi memberi peluang
ibu bapa merasai sendiri pengalaman dan suasana
persekolahan yang sebenar.
5.6. Cadangan beliau juga agar pihak sekolah mengadakan
tabung kutipan sumbangan ikhlas dari pihak ibu bapa dan
guru semasa majlis PIBG berlangsung di masa akan datang.
5.7 Ibu bapa merupakan cermin kepada anak-anak. Oleh itu, ibu
bapa perlu berusaha untuk menjadi ibu bapa yang
cemerlang dengan memberi pendidikan awal anak-anak
sejak kecil. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad
yang mengkehendaki mendidik anak bersolat sejak umur 7
tahun, dan memukul mereka ketika berumur 10 tahun jika
enggan bersolat.
5.8. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
barisan AJK PIBG yang telah melaksanakan tugas dengan
baik. Manakala, kepada AJK baru yang akan dilantik
diharap dapat melakukan tugas dengan baik juga.
5.9. Beliau turut mengingatkan para guru agar sentiasa memberi
dan menyampai ilmu dengan ikhlas kepada anak didik bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang kerana ia
merupakan tugas yang mulia.
5.10. Dengan lafaz suci Bismillah, beliau merasmikan mesyuarat
agung PIBG kali ke 32.
6. MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT KALI KE 31
Pencadang : Cik Nor Hasimah Ramelan
Penyokong : Encik Che Long Hamid
7. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN Makluman
TAHUNAN SEKOLAH SESI 2009/2010
Laporan dibentangkan oleh YDP PIBG, Encik Mohammad
Ritzaudeen Mohd Tahir.
Pencadang : Encik Abu Bakar Abdul Rahman
Penyokong : Puan Zuraidah Ahmad
8. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN YANG Makluman
BERAKHIR 31 DISEMBER 2009
8.1. Laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari Kehormat,
Puan Juariah Ibrahim.
8.2. Jumlah pendapatan sepanjang 2009 sebanyak RM
131,641.60 manakala jumlah perbelanjaan sebanyak RM
104,679.76. Lebihan pendapatan sebanyak RM 26,961.84
merupakan kutipan sumbangan sumbangan bagi tahun
2010.
8.3. Encik Nor Azemi Azelan mencadangkan agar diletakkan
bilangan murid yang telah membuat bayaran supaya dapat
mengetahui jumlah murid yang belum menjelaskannya.
9. MELULUS DAN MENGESAHKAN LAPORAN
KEWANGAN PIBG 2009
Pencadang : Encik Nor Azemi Azelan
Penyokong : Puan Intan Diana Jalil
10 PEMBENTANGAN USUL Makluman
10.1 YDP PIBG memaklumkan bahawa terdapat perbezaan
antara usul, cadangan dan aduan atau komen. Kebanyakan
yang di terima daripada ibu bapa adalah cadangan dan
aduan atau komen bukannya usul. Walau bagaimanapun,
beliau meneruskan majlis dengan memaklumkan
pembentangan usul hanya akan dibahaskan bagi ibu bapa
yang hadir bagi menjimatkan masa.
A. AKADEMIK
A-10.2.1 Usul oleh En Hussain b Mamat & Pn Siti Anisah bt
Abd Rahman supaya diadakan kelas khas untuk murid
yang tidak tahu membaca.
(Pn Chan menyatakan bahawa program KIA 2M telah
dilaksanakan pada tahun lepas. Manakala, pada
tahun ini program tersebut dikenali sebagai LINUS
telah dilaksanakan bagi murid tahun 1 yang
menekankan 3M selaras dasar kerajaan NKRA. Bagi
murid tahun 2 & 3 ia dikenali sebagai kelas
pemulihan dan murid tahun 4 - 6 ialah PROTIM. Bagi
murid tahun 6 yang masih belum menguasai 3M,
program tersebut akan dijalankan selepas tamat
UPSR.)
A.10.2.2 Pn Rosmawati bt Mohd Sarip mencadangkan agar
dikekalkan kelas NADI.
(Bagi cadangan ini, Pn Chan memaklumkan bahawa
kelas NADI telah dijalankan pada awal bulan MAC
lalu. Kelas ini dianjurkan oleh DBKL dan bilangan
murid adalah terhad dan dipilih mengikut kriteria
kelayakan.)
A.10.2.3 En Ruddyansjah b Mahtar Hams mencadangkan agar
kelas tambahan diluaskan kepada murid tahun 4 & 5.
(Pn Chan memaklumkan bahawa kelas tambahan
tahun 5 akan diadakan pada cuti persekolahan Mac
ini dan dikenakan bayaran minima bagi murid yang
berminat atas permintaan beberapa orang ibu bapa.
Manakala, kelas tambahan tahun 4 tidak dapat
dilaksanakan kerana pihak sekolah menghadapi
kekangan masa dan tenaga pengajar.)
A.10.2.4 Cadangan daripada En Zanoddin b Ramelan supaya di
adakan tuisyen online denagn membuat bayaran
bulanan.
(Pn Chan memaklumkan bahawa tuisyen online boleh
dilanggani sendiri oleh ibu bapa melalui program
Skor A. Pihak sekolah tidak dapat menyediakan
kepada setiap murid kerana kos yang tinggi.)
B. KEMUDAHAN/PRASARANA
B.10.3.1 En Noor Samsul b Abdul Malik memmaklumkan
bahawa tandas murid terlalu kotor dan selalu ketiadaan
air.
(Pn Chan memaklumkan bahawa kejadian ini hanya
berlaku pada minggu pertama dan kedua
persekolahan di buka kerana masalah kebocoran
pam. Walaubagaimanapun, perkara ini telah diatasi
dan diperbaiki.)
B.10.3.2 Cadangan En Ruddyansjah b Mahtar Hams supaya
menyediakan peti cadangan/aduan untuk PIBG di
pintu masuk sekolah.
(YDP memaklumkan bahawa peti cadangan telah
diletakkan di pondok pengawal sebelum ini. Walau
bagaimanapun, akibat cuaca ia telah dialihkan
berdekatan tiang lobi sekolah. Seterusnya, YDP
bersetuju akan meletakkan sebuah lagi peti
cadangan/aduan di pondok pengawal bagi
kemudahan ibu bapa.)
B.10.3.3 Usul oleh En Sivaraja A/L Poopalasingan supaya
kemudahan telefon awam di letakkan berhampiran
bilik guru/pejabat bagi memastikan telefon berkeadaan
baik dan berfungsi.
(GPK HEM, En Pentayah memaklumkan bahawa
telefon telah dibaiki dan sentiasa dipantau bagi
mengelakkan sebarang kerosakan berlaku.)
B.10.3.4 Cadangan daripada En Abdol Rashid b Abdullah agar
kelas pembelajaran komputer dipanjangkan pada cuti
Sabtu tidak termasuk hari persekolahan.
(Pn Guru Besar memaklumkan bahawa kelas
komputer hanya akan diadakan pada waktu petang
selepas waktu persekolahan. Ini kerana, ramai murid
yang tidak dapat hadir. Ia hanya dibuka kepada murid
tahap 1(tahun 1,2 & 3) Pn Chan turut memutuskan
jika terdapat permohonan seramai 10 orang murid
atau lebih, maka kelas ini akan dijalankan pada April
nanti.)
B.10.3.5 En Zainoddin b Ramelan mencadangkan supaya pihak
DBKL menyambung laluan dari luar sekolah
berbumbung sehingga pintu masuk sekolah.
(YDP memaklumkan bahawa pihak PIBG dan sekolah
telah mengemukakan permohonan bagi laluan
berbumbung kepada pihak DBKL. Namun,
permohanan tersebut belum mendapat kelulusan
daripada pihak mereka. YDP berharap agar AJK
PIBG yang baru akan membuat tindakan susulan.)
B.10.3.6 Pn Rozita bt Mohd Nor mencadangkan supaya buku
teks atau buku yang tiada kerja rumah boleh
ditinggalkan didalam loker atau almari yang berkunci
kerana beg tahun 1 terlalu berat.
(Pn Chan memberitahu bahawa buku teks merupakan
tanggungjawab individu sendiri. Beliau juga
memaklumkan bahawa sekolah tidak mempunyai
kemudahan loker atau almari berkunci. Selain itu,
guru tahap 1 telah membenarkan buku latihan dan
aktiviti ditinggalkan di sekolah.)
C. LAIN-LAIN
C.10.4.1 Usul daripada En Kamarul Zaman b Ajid & En Nordin
b Saad adalah berkaitan isu harga makanan kantin
sekolah.
(Pn Chan memaklumkan bahawa harga makanan di
kantin sekolah telah dipamerkan. Pihak kantin juga
telah di maklumkan tentang harga makanan yang
dijual mestilah berpatutan dan tidak terlalu mahal.)
C.10.4.2 En Zawawi b Barmawi mengusulkan supaya makanan
tambahan di sekolah diberikan kepada murid yang
pendapatannya lebih kurang RM 2 500.00 ke bawah
dan yang mempunyai anak lebih daripada 3 orang
bersekolah.
(Pn Chan memberitahu bahawa murid yang layak
diberi RMT adalah ditentukan mengikut syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Segala program yang dibuat di sekolah
adalah berdasarkan dasar KPM.)
C.10.4.3 YDP mencadangkan agar usul lalulintas dirangkum
bagi menjimatkan masa. Usul lalulintas adalah
daripada Pn Noriah bt Kadri, En Mohd Zaid b
Hamzah, En Sihadi b Asbullah, Pn Hilwati bt Halim,
Pn Zuraida bt Ahmad, En Abd Rashid b Rambli dan
En Zawawi b Barmawi.
(YDP memaklumkan bahawa terdapat pengawal
lalulintas sebelum ini dan telah dibayar elaun
sebanyak RM 250.00 sebulan. Namun, pihak PIBG
menghadapi masalah untuk mencari pengganti setelah
pengawal lama berhenti disebabkan keuzuran. Beliau
mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk
berjumpa terus pihak PIBG atau sekolah. Seterusnya,
YDP berharap ibubapa melatih anak-anak
menggunakan jejantas yang disediakan sebagai
mengatasi masalah ketiadaan pengawal lalulintas.)
(Pn Chan juga memaklumkan bahawa tanggal 3 Mac
2010 yang lalu, JPWP telah menghantar surat
berkenaan jawatan pengawal lalulintas ini kepada
jawatankuasa sekolah. Untuk itu, pihak sekolah telah
memohon seorang pengawal lalulintas bagi sekolah.)
C.10.4.4 Usul daripada En Ruddyansjah b Mahtar Hams supaya
minit mesyuarat diedarkan kepada semua ibubapa
untuk makluman keputusan terutama kepada ibubapa
yang tidak dapat hadir ke mesyuarat PIBG.
(YDP amat bersetuju dengan cadangan tersebut. Akan
tetapi, disebabkan kekangan tenaga dan kos maka ia
tidak dapat dilaksanakan. Tetapi beliau bercadang
akan mempamerkan satu set minit mesyuarat di papan
notis PIBG)
C.10.4.5 En Kalimuthu A/L Adaikan mencadangkan agar isu
buli di tangani.
(En Pentayah selaku GPK HEM memaklumkan
bahawa kes buli telah diselesaikan oleh pihak
sekolah.)
(Pn Chan turut memaklumkan demi keselamatan
murid, ibu bapa dikehendaki mengambil pas masuk di
pondok pengawal, kemudian berurusan dengan pihak
sekolah di pejabat. Pn Chan menegaskan bahawa
ibubapa tidak dibenarkan berjumpa terus dengan
anak tanpa melalui prosedur ini. Selain itu, ibubapa
atau penjaga hanya dibenarkan menghantar atau
mengambil anak sekadar di depan pagar sekolah
sahaja.)
C.10.4.6 Usul yang di bawa oleh En Azuan Herdy b Samsudin
ialah supaya baju sekolah digantikan dengan baju
biasa untuk program kem bestari solat.
(GPK1 Pn Puziah memaklumkan bahawa murid-
murid hanya dibenarkan memakai uniform sekolah
bagi menghadiri program kem bestari solat kerana
faktor keselamatan murid. Ini kerana, dikhuatiri
murid akan melencong ke tempat lain.)
C.10.4.7 Usul daripada En Zawawi b Barmawi ialah supaya
bayaran tambahan yang diusulkan oleh PIBG
hendaklah dikenakan kepada murid tahun 6 sahaja.
(Pn Chan memaklumkan bahawa bayaran tambahan
ditetapkan oleh KPM dan telah dihebahkan kepada
semua murid.)
C.10.4.8 En Zainodin b Ramelan mencadangkan agar diadakan
tabung PIBG.
(YDP telah bersetuju untuk mencari dana daripada
syarikat atau kenalan rapat bagi mendapat dan
menambahkan sumber kewangan PIBG.)
11 PEMBUBARAN AJK PIBG 2009/2010 Makluman
11.1. Encik Mohammad Ritzaudeen Mohd Tahir membubarkan
AJK PIBG 2009/2010.
12 PEMILIHAN AJK PIBG 2010/2011 12
12.1. Encik Rooslee Yahaya dilantik sebagai pengerusi
sementara.
12.2. Mesyuarat sebulat suara memilih AJK PIBG bagi sesi
2010/2011 seperti berikut:
Ex-Officio : Puan Chan Bee Tin
Yang Dipertua PIBG : Encik Jamiri Sainan
Pencadang : Puan Faridah Hanum Ahmad
Penyokong : Cik Azirawati Hassan
Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Suhaimi Deraman
Pencadang : Encik Razman Omar
Penyokong : Encik Armanizam Ab. Rahman
Setiausaha : Puan Arvinder Kaur A/P Gorchan Singh
Naib Setiausaha : Encik Mohd Hakim Mokhtar
Bendahari : Puan Ija A/P Apok
Naib Bendahari : Puan Mardziah Yunus
AJK Guru : Puan Siti Huzaifah Syed Alias
Puan Suhaini Che Hamzah
Encik Noor Azam Kamal
Encik Mohd Dzuraidi Abu Talib
AJK Ibu Bapa :
Encik Ruddyansjah Mahtar Hams
Pencadang : Puan Zeatie Haney Yusoff
Penyokong : Cik Juraliana Arbain
Encik Che Long Hamid
Pencadang : Encik Muhammad Azrul Zailan
Penyokong : Encik Hasre Adha Hasan
Puan Siti Rafidah Mohd Hanif
Pencadang : Puan Hamizatun Khalil
Penyokong : Puan Aesah Idris
Encik Mohd Khalil
Pencadang : Encik Noor Azam Kamal
Penyokong : Encik Jamil Jamaan
Encik Nasri Ahmad
Pencadang : Encik Mohd Hashim Salman
Penyokong : Encik Adam Husin Yusof
Encik Zainoddin Ramelan
Pencadang : Cik Bawany A/P Munusamy
Penyokong : Cik Roszaliza Sahab
Juruaudit Dalaman:
Ibu Bapa : Puan Nora Kamarudzaman
Pencadang : Cik Zuraini Md Nayan
Penyokong : Encik Zuhaimi Omar
Guru : Puan Izati Abdul Rahman
13 HAL-HAL LAIN Makluman
13.1 En Nor Azemi b Azelan mencadangkan agar pihak sekolah
mewujudkan facebook untuk SK Sentul (1). Ini kerana,
melalui facebook ibubapa dapat mengetahui
aktiviti/program yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu,
maklumat atau sebarang perkembangan mengenai sekolah
boleh dimuatkan.
13.2 Sebarang permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak
disekolah, diharap guru akan terus menghubungi dan
memaklumkan ibubapa dengan segera.
13.3 Beliau turut mencadangkan agar pada masa akan datang,
ibu bapa diberi lebih peluang dalam pemilihan AJK PIBG
tanpa dibayangi pencalonan dari pihak guru.
14 UCAPAN PENANGGUHAN
14.1 YDP mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang
diberikan kepada beliau bagi mengemudi PIBG sesi
2010/2011.
14.2 Beliau mengharapkan tunjuk ajar dan teguran diberikan
kepada beliau khususnya dari barisan AJK PIBG amnya
dan berusaha memikul tanggungjawab yang telah
diberikan.
14.3 Beliau turut mengharapkan kerjasama dari semua pihak
agar setiap aktiviti yang di rancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya.
14.4 Ucapan terima kasih juga dikalungkan kepada mantan YDP
iaitu En Mohammad Ritzaudeen di atas segala tunjuk ajar
yang diberikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.05 petang.
Dicatat oleh,
1. Puan Izzati Che Ibrahim
2. Puan Nor Suryani Jaffar
3. Cik Norzatul Daut
Disediakan oleh, Di semak oleh,
_____________________ __________________________
(PN. ARVINDER KAUR) (EN JAMIRI B. HAJI SAINAN)
Setiausaha Kehormat PIBG, Yang Dipertua PIBG,
Sek. Keb.Sentul 1, Kuala Lumpur Sek. Keb. Sentul 1, Kuala Lumpur
Get documents about "