PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN MUSTAHAK SILA

Document Sample
PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG PERJANJIAN MUSTAHAK SILA Powered By Docstoc
					PANDUAN MENGISI DAN MENANDATANGANI BORANG
                 PERJANJIAN


      MUSTAHAK :

      SILA BACA PERATURAN INI DENGAN TELITI SEBELUM
      MENGISI SURAT PERJANJIAN. KEGAGALAN TUAN /
      PUAN MENYEMPURNAKAN PERJANJIAN ATAU JIKA
      BERLAKU KESILAPAN DALAM PENGISIAN, BOLEH
      MENYEBABKAN KELEWATAN PEMBAYARAN ELAUN –
      ELAUN BIASISWA

      SURAT PERJANJIAN INI HENDAKLAH DIKEMBALIKAN
      KE KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
      DENGAN KADAR SEGERA



 1.    SURAT PERJANJIAN :

       Pegawai yang ditawarkan Hadiah Latihan Biasiswa dikehendaki menandatangani
       satu perjanjian ( dalam 3 salinan ) sebelum memulakan kursus .

 2.    CARA – CARA MENGISI SURAT PERJANJIAN

       a) Hanya TULISAN RUMI SAHAJA dibenarkan unutk mengisi borang – borang
          perjanjian termasuk initial dan tandatangan

       b) semua salinan hendaklah disi dengan pen dakwat hitam ( DAKWAT HITAM
          SAHAJA) ATAU DI TAIP DI SETIAP HELAI SURAT PERJANJIAN
          SALINAN KARBON TIDAK DITERIMA.

       c) Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan
          ditandatangani ringkas oleh pegawai / pelajar. Penggunaan sebarang cecair
          pemadam untuk tujuan pembetulan adalah tidak dibenarkan. Pegawai /
          pelajar diingatkan bahawa kementerian ini berhak menolak borang
          perjanjian yang didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan dan
          pegawai / pelajar adalah dikehendaki menandatangani borang perjanjian
          baru.

       d) Nama penuh, alamat rumah yang tetap ( alamat pejabat, rumah jabatan /
          kerajaan / agensi tidak dibenarkan ) dan nombor kad pengenalan semua ahli
                                         1
            yang terlibat di dalam perjanjian itu hendaklah dinyatakan dengan penuh dan
            betul.

     e) Adalah dinasihatkan supaya menulis dengan HURUF BESAR DI SEMUA
        PERKATAAN ( HURUF CERAI )

     f) DI MUKA SURAT PERTAMA DAN AKHIR ( JADUAL PERJANJIAN ) :

            Perjanjian ini dibuat pada ( Tarikh pada hari setem dicop / dimatikan )
            haribulan ……………… Dua ribu ……………. (20 ……… ) .

            Di antara { Nama Penuh Pegawai ( Pelajar ) } no. kad pengenalan
            ……………………….. yang beralamat di { Alamat Tetap Pegawai ( Pelajar ) }

     g) TANDATANGAN RINGKAS ( INITIAL ) :

            Pegawai dikendaki menandatangani ringkas ( initial ) * di sebelah kiri
            perenggan atau di setiap pecahan – pecahan perenggan ( mengikut jenis
            perjanjian ) seperti berikut – TIDAK BOLEH MEMBUAT PILIHAN

            i.Am 19c – LDP Flexi Para 3(f), Para 6 (a , b , c ) dan Para 9

3.   SAKSI –SAKSI

     (i) Saksi –saksi hendaklah menurunkan tandatangan dan cop rasmi yang
         Menyatakan dengan jelas :
         a) Nama
         b) Nama jawatan
         c) Alamat rumah / pejabat
         d) No. kad pengenalan

     (ii)      Saksi –saksi bagi pegawai hendaklah terdiri pegawai – pegawai yang
               terdiri dari “ kumpulan A “ dalam perkhidmatan Kerajaan / Kerajaan
               Negeri dan agensi – agensi kerajaan di bawahnya ( PEGAWAI –
               PEGAWAI DARI BADAN SWASTA TIDAK DIBENARKAN ).

4.   PERENGGAN 9 :

     4.1 Pegawai hendaklah menandatangani ringkas ( initial ) * di sebelah kiri
         perenggan ini dengan mengisi buti – butir berhubung dengan rujukan dan
         tarikh :

                 i.     Surat tawaran biasiswa




                                            2
       4.2 Kosongkan Bahagian – Bahagian Ini :

          ruangan yang berbunyi : -

                “ DITANDATANGANI DAN DIMETERI OLEH “
                               Dan ruangan
                “ bagi pihak kerajaan Malaysia di hadapan “

  5.   JADUAL

       Sila Isikan ruangan jadual seperti maklumat di para 2 (f) di atas, manakala
       Butiran 1 ( nama kursus ), 2 ( Tempat kursus ) dan 3 (tarikh dan tempoh kursus)
       adalah mengikut surat tawaran biasiswa.

  6.   CUKAI SETEM / SETEM HASIL

       Borang – borang perjanjian yang telah dipenuhi hendaklah dimatikan pejabat
       setem ( rm 10.00 setiap helai )

  7.   Semua BORANG PERJANJIAN yang telah disempurnakan hendaklah
       dikirimkan dengan POS BERDAFTAR ke Kementerian Pengajian Tinggi
       Malaysia atau dengan datang sendiri ke alamat seperti di bawah ini :

       Setiausaha Bahagian
       Bahagian Biasiswa
       Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
       Aras 4 , Blok 1 , Menara Pjh
       Presint 2
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
       62100 Putrajaya
       ( U.P : Pegawai Yang Menandatangani Surat Kelulusan Cuti Belajar )

  8.   PERTUKARAN ALAMAT TETAP

       Sebarang pertukaran alamat tetap pegawai / pelajar seperti yang dinyatakan di
       mukasurat 1 borang perjanjian hendaklah dimaklumkan segera ke bahagian
       biasiswa, kementerian pengajian tinggi Malaysia .




BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

                                         3
  PERKARA – PERKARA YANG SANGAT PENTING
  DIBERI PERHATIAN OLEH PEGAWAI / PELAJAR


1) Matikan setem di pejabat hasil ( RM 10.00 setiap helai )

2) ALAMAT TETAP pegawai / pelajar

3) Semua slainan perjanjian adalah SALINAN ASAL

4) SEMUA MAKLUMAT di dalam perjanjian hendaklah diisi sepenuhnya oleh pegawai
   / pelajar

5) TARIKH SETEM DIMATIKAN hendaklah sama dengan TARIKH PERJANJIAN

6) COP NAMA, JAWATAN DAN JABATAN BAGI SAKSI hendaklah diturunkan
   bersama –sama dengan tandatangan saksi

7) Jangan mengisi ruangan bagi PIHAK KERAJAAN

8) Hanya tulisan RUMI YANG DI TULIS DENGAN PEN DAKWAT HITAM sahaja
   boleh digunakan atau DITAIP

9) Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan satu                       garisan    dan
   DITANDATANGANI RINGKAS OLEH PEGAWAI / PELAJAR

10) Tandatangan ringkas (initial) * pegawai / pelajar di sebelah kiri perenggan No. 3 (f),
    No. 6 (tandatangan ringkas semua pecahan amaun yang tertera) yang berkaitan
    dengan jumlah wang gantirugi dan juga no. 9 yang berkaitan dengan surat tawaran
    hadiah latihan. (yang ditanda x )




                                          4
                      MAKLUMAT TAMBAHAN
                        ( UNTUK SAKSI )


 UNTUK MAKLUMAN PEGAWAI / PELAJAR


 1.   Saksi – saksi bagi pegawai / pelajar hendaklah terdiri dari Pegawai – Pegawai
      Kerajaan ( pegawai – pegawai dari badan swasta tidak dibenarkan ) yang boleh
      Mengesahkan butir – butir keterangan pegawai / pelajar. Mereka boleh terdiri
      Daripada :

            a) Penghulu, Ketua Mukim dan Ketua Kampung yang mempunyai cop
               jawatan rasmi

            B) Semua Pegawai – pegawai kerajaan dalam kumpulan “ A “ dan yang
               setaraf denganya yang mempunyai cop – cop rasmi jawatan seperti
               pegawai daerah, penolong setiausaha, penolong pengarah dan
               sebagainya.

            c) Pegawai – pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman
               seperti majistret dan Peguam yang berkhidmat dengan Kerajaan
               sahaja.

            d) Wakil Rakyat

            e) Jaksa Pendamai

            f) Pengetua Sekolah Menengah Sahaja ( guru besar tidak diterima )

2.    Saksi hendaklah menurunkan Cop Rasmi yang mengandungi Nama, jawatan
      dan Jabatan yang jelas.




                                       5
              CONTOH MENGISI JADUAL


                             JADUAL


Ini jadual yang disebutkan dalam perjanjian yang dibuat pada …SATU..
haribulan…..OGOS….. DUA RIBU ….. LIMA …. (20..05..) DI ANTARA …….. AHMAD BIN
ALI …. yang beralamat di … NO. 5 , TAMAN KERAMAT, 54200 KUALA LUMPUR …….
Sebagai pihak pertama dengan KERAJAAN MALAYSIA, sebagai pihak kedua.



BUTIRAN 1.      Nama Kursus :

                      Ph.D – Kejeruteraan Awam




BUTIRAN 2.      Tempat Kursus :

                      Universiti Malaya




BUTIRAN 3.      Tarikh dan Tempoh Kursus

                      03 JULAI 2005 HINGGA 02 JULAI 2008

                      36 ( TIGA PULUH ENAM ) BULAN




                                          6