Docstoc

1995 SPI 9 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid Tahun 6

Document Sample
1995 SPI 9 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid Tahun 6 Powered By Docstoc
					                   PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
                   KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
                   PARAS 7, BLOK J,(SELATAN)              Tel : 03-2556900
                   PUSAT BANDAR DAMANSA                    Fax : 03-2535150
                   50604 KUALA LUMPUR                     Kawat:”PELAJARAN”

_______________________________________________________________________
                                                     KP(BS)8591 /Jld.Vll/(l8)

                                                                 19 Oktober 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato'/Tuan,

Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 9/1995
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas
Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6

Sebagaimana Y. Bhg. Dato'/Tuan sedia maklum, selepas tamat peperiksaan UPSR, murid-
murid khasnya di Tahun 6, kurang tertarik untuk datang ke sekolah. Untuk menarik minat
murid-murid supaya terus hadir di sekolah, adalah dicadangkan pihak sekolah merancang
dan melaksanakan program, projek dan aktiviti yang dapat mendatangkan faedah dan
menfaat kepada mereka.

Bersama ini dilampirkan Lampiran A yang mengandungai cadangan-cadangan aktiviti yang
boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memenuhi masa murid-murid dengan lebih
bermakna.

Harap maklumkan dengan segera kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua Guru Besar
di bawah pentadbiran Y. Bhg. Dato'/Tuan.

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD. NOORDlN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia



S. K: 1        Y. B. Dato' Seri Mohd- Najib bin Tun Haji Abdul Razak
               Menteri Pendidikan Malaysia

          2.   Y.B. Datuk Mohd. Khalid bin Yunos
               Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

          3.   Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
               Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
      4.     Ketua Setiausaha
             Kementerian Pendidikan Malaysia

      5.     Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I
             Kementerian Pendiclikan Malaysia

      6.     Timbalan Ketua Setiausaha I
             Kementerian Pendidikan Malaysia

      7.     Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II
             Kementerian Pendidikan Malaysia

      8.     Timbalan Ketua Setiausaha II
             Kementerian Pendidikan Malaysia

      9.     Ketua-Ketua Bahagian
             Kementerian Pendidikan Malaysia

       10.   Pegawai Perhubungan Awam
             Kementerian Pendidikan Malaysia


                                                              LAMPIRAN

                              GARIS PANDUAN

                      AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN
                   SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR UNTUK TAHUN 6

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan cadangan dan pihak
sekolah bolehlah memilih melaksanakannya mengikut kemampuan, kemudahan-kemudahan
yang ada dan kedudukan sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN

1.    Pelaiaran Tambahan

2.    Kegiatan-Kegiatan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

      2.1    Permainan-permainan olahraga, jimnastik, permainan-permainan seperti
             mencungkil bakat, syarahan, pantun, muzik, nyanyian, lakonan/drama,
             bahas, kuiz, karangan dan lain-lain;

      2.2    Peraduan syarahan, kuiz, catur, bahas dan sebagainya;

      2.3    Rancangan "Buku Hijau", berkebun, menternak;

      2.4    Khidmat gotong royong di sekolah seperti:

             (a)    Membersih dan mencantikkan alam sekitar (environment) sekolah;
             (b)    Mengecat perabot, membaiki harta benda sekolah, menyelenggara
                    perpustakaan.

      2.5    Tayangan filem-filem pendidikan, Radio/TV Pendidikan, Video.
3.   Lawatan Sambil Belajar

     Melawat tempat-tempat yang berfaedah dan menarik seperti :-

     3.1       Kilang-kilang dan kawasan perindustrian;

     3.2       Ladang-ladang dan kilang-kilang getah, kelapa sawit dan tempat-tempat
               lain yang sesuai;

     3.3       Kolam air, kolam ikan, rancangan tali air;

     3.4       Tempat-tempat ternakan, zoo;

     3.5       Pejabat-pejabat kerajaan, Pejabat Pos, Pejabat Daerah,Mahkamah, Balai
               Polis, Bomba dan lain-lain;

     3.6       Hospital, pusat kesihatan, klinik-klinik dan lain-lain;

     3.7       Ke sekolah-sekolah luar bandar dan sebaliknya;

     3.8       Tempat-tempat bersejarah, muzium;

     3.9       Institusi-institusi pendidikan dan latihan;

     3.10      Dan lain-lain.

4.   Ceramah Keselamatan, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain

     Mengundang para jemputan luar seperti ibu bapa / ahli PIBG , ahli Jemaah Pengurus
     Sekolah, Pegawai Polis, Pegawai Tentera, dan lain-lain untuk memberi ceramah
     yang ada kaitan dengan keselamatan, kemasyarakatan dan lain-lain.

     Tajuk-Tajuk Ceramah Keselamatan,
     Kemasyarakatan Dan Lain-Lain Yang Dicadanakan

     i.         Keselamatan (jalan raya, di rumah, di sekolah, air dan lain-;ain).

     ii.        Pendaftaran kad pengenalan.


     iii.      Pendidikan alam sekitar (Environmental Education) pencemaran dalam
               (pollution), ekologi dan lain-lain.

     iv.        Perkhidmatan kemasyarakatan - rukun tetangga, kelab-kelab belia,
                pertubuhan-pertubuhan sukarela dan lain-lain.


5.          Pertunjukan

     5.1        Kebudayaan

     i.         Adat istiadat perkahwinan berbilang kaum/bangsa

     ii.       Tarian-tarian asli dan moden kaum di Malaysia
       iii.   Permainan seperti congkak, gasing, kompang dan lain-lain


       iv.    Seni mempertahankan diri (martial arts)

       5.2    Pameran

               Pameran-pameran seperti hasil projek-projek yang disediakan.

       5.3        Hari Pesta

                                      192
6.    Hobi-Hobi Berunsur Kreatif (Termasuk Hobi Saintifik)

      Karya-karya diperbuat daripada bahan-bahan seperti:

              (a) Kayu;

              (b) Tanah Liat;

              (c) Kertas;

              (d) Kain;

              (e) Plastik;

              (f) Kaca/Tembikar;

              (g) Logam;

              (h) Batu;

              (i) Daun-daun dan lain-lain

7.    Rancangan Kegiatan Dakwah Islamiah
      Untuk Murid Tahun 6 Selepas Peperiksaan UPSR

7.1      Tujuan

      (i)     Menyubur dan menjiwai murid-murid dengan ajaran Islam sebagai benteng
              menyekat mereka dari tercebur di dalam perkara-perkara maksiat seperti
              dadah, judi dan sebagainya.

      (ii)    Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping
              membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya
              peperiksaan UPSR.

      (iii)   Mendedahkan kepada murid-murid ajaran Islam yang murni sebagai satu
              cara hidup yang mesti diikut.; di samping memberi peluang murid-murid
              mengemukakan kemusykilan mereka di dalam hal beragama.

      (iv)    Menambah pengetahuan murid-murid dari perkara-perkara yang tidak,
              terdapat dalam buku teks mereka.
      (v)     Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima di segi ibadat dan
              muamalat.

      (vi)    Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan mengikis
              fahaman yang tidak tepat mengenai agama Islam.

      (vii)   Menolong guru-guru mengawal disiplin sekolah dan juga ibubapa
              menyelesaikan masalah pendidikan Islamiah di kalangan anak-anak mereka
              dengan cara yang lebih tepat dan berkesan.

7.2   Susunan Gerakerja

      (i)     Penceramah bukan dari guru-guru yang mengajar mereka tetapi guru-guru
              agama yang mengajar darjah lain bagi menambah sambutan murid-murid
              (jika guru sekolah sendiri).

      (ii)    Adakan pertukaran penceramah dikalangan guru-guru agama bagi sekolah-
              sekolah yang berhampiran.

      (iii)   Penceramah dari luar yang diperakui oleh pihak Jabatan Pendidikan boleh
              dijemput ke majlis ini, tetapi jika melibatkan wang hendaklah dari wang
              sekolah / persatuan agama.

      (iv)    Tajuk dan corak kegiatan hendaklah ditukar tiap-tiap hari, masa kegiatan
              hendaklah pada waktu pagi dan awal petang bagi sekolah-sekolah bersesi
              petang.

7.3   Rancangan

      (i)     Syarahan/ceramah

      (ii)    Soal jawab agama

      (iii)   Forum agama

      (iv)    Perbincangan dalam bentuk USRAH seperti melancarkan bacaan Yasin,
              Qunut dan lain-lain bacaan sembahyang.

      (v)     Latihan kerohanian seperti berzikir, berdoa dengan diterangkan cara-
              caranya sekali.

      (vi)    Latihan amali perkara-perkara yang melibatkan kehidupan harian seperti
              sembahyang dan sebagainya.

      (vii)   Lain-lain rancangan agama yang sesuai.

7.4   Tajuk-Tajuk_

      7.4.1     Fiqah

      (i)     Kebersihan (attaharah), makanan/minuman, pakaian, tempat tinggal dan
              lain-lain.

      (ii)    Sembahyang dan hikmah-hikmahnya, bagaimana boleh sembahyang
              dengan baik dan jenis-jenis sembahyang termasuk sembahyang sunat yang
                 selalu diamalkan.

        (iii)    Zikir dan doa yang diamalkan tiap-tiap hari seperti tahlil, doa selepas
                 sembahyang serta aturan-aturannya sekali.

        (iv)     Konsep halal dan haram dan hikmat-hikmatnya kepada manusia.

7.4.2         Tauhid

(i)     Mengadakan perbincangan umum mengenai ketuhanan, kenabian dan
        soal-soal akhirat.

(ii)     Sejarah/Budi Pekerti

        (a)      Hormat dan taat kepada kedua-dua ibu bapa

        (b)      Hormat dan taat kepada guru

        (c)      Apakah maksud taat kepada pemerintah

        (d)      Adab bergaul dengan jiran

        (e)      Sifat-sifat terpuji Nabi Muhamad s.a.w. yang patut dicontohi

        (f)      Nilai-nilai moral dalam ajaran Rasulullah

        (g)      Memperkenalkan tokoh-tokoh Islam

				
DOCUMENT INFO
Shared By:
Categories:
Tags:
Stats:
views:426
posted:5/7/2010
language:Malay
pages:6