1995 SPI 8 - PENYERTAAN PELAJAR DALAM PERTANDINGAN ANJURAN PERSATUAN ATAU BADAN INDUK SUKAN by suliasuhed

VIEWS: 126 PAGES: 2

									                   PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
                   KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
                   PARAS 7, BLOK J,(SELATAN)            Tel : 03-2556900
                   PUSAT BANDAR DAMANSA                     Fax : 03-2535150
                   50604 KUALA LUMPUR                     Kawat:”PELAJARAN”

_______________________________________________________________________
                                               KP(.BS)8591/Jld.VIII/(18)

                                                        11 Oktober 1995
Semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Y.Bhg.Dato'/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8 / 95
PENYERTAAN PELAJAR DALAM PERTANDINGAN
KEJOHANAN SUKAN ANJURAN PERSATUAN
ATAU BADAN INDUK SUKAN

Saya ingin menarik perhatian Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan kepada surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.7/1988 bertarikh 10 Mac 1988 mengenai Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan atau
Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan.

2. Kementerian Pendidikan mendapati bahawa ramai pelajar sekolah yang melibatkan diri
dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan Induk
Sukan. Oleh itu,terdapat pertandingan dan kejohanan sukan ini bertembung dengan
pertandingan dan kejohanan sukan MSSM. Didapati juga pelajar mengikat kontrak untuk
menyertai pertandingan atau kejohanan yang diadakan oleh Persatuan atau Badan Induk
Sukan menyebabkan pasukan MSS Negeri dan MSSM tidak dapat menyediakan pasukan
vang terbaik dalam pertandingan atau kejohanan yang disertainva.

3.    Berikut adalah perkara tambahan kepada Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1988:-

       3.1.   Pelajar sekolah. tidak dibenarkan mengikat kontrak dengan mana-mana
              Persatuan atau Badan Induk Sukan untuk menyertai dalam sebarang
              pertandingan Liga vang dianjurkannya.

       3.2.   Sekiranya pertandingan atau kejohanan sukan anjuran Persatuan atau Badan
              Induk Sukan bertembung dengan pertandingan atau kejohanan sukan
              MSSM, keutamaan hendaklah diberikan kepada MSSM. Tegasnya pelajar
              tersebut dikehendaki mewakili MSS Negeri di peringkat kebangsaan dan
              MSSM di peringkat antarabangsa (ASEAN, Asia dan lain-lain).
 4.     Y.Bhg'.Dato'/Datuk/Tuan adalah diminta memaklumkan kandungan surat Pakeliling
 Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri, Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

 Sekian, terima kasih.

 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

 Sava yang menurut perintah,




(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN),
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan..

S.k.

1.     Y.B. Dato' Seri Motid. Najib b.Tun Haji.Abdul Razak,
       Menteri Pendidikan Malaysia.

2.     Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Orin,
       Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

3.     Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid b. Mohd.Yunus,
       Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

4.     Ketua Setiausaha,
       Kementerian Pendidikan Malavsia.

5.     Ketua Pengarah Pendidikan,
       Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.     Timbalan Ketua Setiausaha I,
       Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.     Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan,
       Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.     T-imbalan Ketua Setiausaha II,
       Kementerian Pendidikan Malavsia.

9.     Ketua-Ketua Bahagian,
       Kementerian Pendidikan Malaysia.

10.    Ketua Unit Perhubungan Awam,
       Kementerian Pendidikan Malaysia.

								
To top